"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, May 29, 2009

anak jiran anak kita - anak yatim anak kita


Hari ini Jumaat 29 Mei 2009. Ingin merakamkan kerinduan pada anak-anak teman karib Mahanum Hitam, (anak-anak Yatim dan Miskin) di Kampung Pengkalan Ara, Chenderong Balai, Teluk Intan.


Pertubuhan Mawaddah Malaysia menganggap anak-anak ini adalah anak-anak kami jua. Dalam kemampuan yang kami ada, kami dari masa kemasa akan berkunjung dan membuat program motivasi dan lain-lain sebagai usaha mendidik dan membina minda mereka supaya mereka dengan pertolongan Allah dapat menjadi dewasa yang dapat menyumbang pada agama, masyarakat dan negara. Ada diantara anak-anak ini adalah anak-anak jalanan yang terbiar dan ada anak-anak orang pelarian dari Myanmar. Sesiapa yang ingin menyumbang apa jua boleh menghubungi kami. Dalam kehidupan "mewah" yang ada di Malaysia ini sukar kita hendak mendapatkan sukarelawan untuk meluang masa membantu seadanya. Tetapi alhamdulilah, rezki anak-anak ini melempah luah dari segi kewangan. Cuma kami inginkan sokongan moral untuk berinteraksi dengan anak-anak ini agar mereka merasai mereka tidak terpinggir dan dipinggir. Alhamdulilah Mahanum Hitam punya daya kesabaran dan keluhuran untuk memberi segala-galanya kepada anak-anak ini. Rakan-rakan terharu dengan kegigihan ini dan semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan zahir dan batin untuk meneruskan khidmat bakti ini.

Pertubuhan Mawaddah Malaysia juga punya program "ANAK JIRAN ANAK KITA" yang sekarang ini dilaksana di Shah Alam kerana ramai ahli-ahlinya adalah di Shah Alam. Saya masih ingat semasa saya kecil dahulu (dalam tahun lima puluhan) saya hormat dan sayang pada pakchik makchik jiran. Kalau buat salah takut mereka nampak sebab pasti ia akan dilapor pada emak saya sendiri. Konsep extended famili waktu itu hingga ke jiran. Hari ini konsep ini amat tipis sekali. Hubungan anak saudara pun sudah amat renggang mengikut pemerhatian yang ada. Inikan pula anak jiran. Selalu kita mendengar ungkapan "it takes the whole village to raise a child". Sekarang ini hubungan denga nenek dan datuk pun sudah banyak yang renggang. Kadang kala kita dengar sungutan-sungutan orang-orang tua rindukan cucu. Anak-anak nanti beri alasan: " Tak bole balik, Mak. anak ada tuisyen, ada kelas piono etc, etc." Alangkah malang nenek dan datuk. Jauh lepas ke belakang. Kalau miss tuisyen sekali dua apa salahnya. Semacam kita lebih kepada "kebendaan" daripada kasih sayang. Jangan hairan satu hari nanti budaya Islam Melayu akan berubah rupa. Anak-anak dan cucu-cucu akan menjadi lebih individualistik. Jadilah kita macam negara yang menganggap dirinya maju. cara kita mengolah keluarga sudah tidak lagi mengikut al Quran Di dalam al Quran ada prinsip-prinsip kekeluargaan. Antaranya ayat-ayat dalam Surah Lukman. Ikuti tafsirnya. Yang unggul dalam pendidikan adalah akhlak yang berpaksikan paradigma Tauhid.

Jadi kalau kita kembali pada fitrah yang Allah corakan seperti yang disebarkan oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad saw, kita akan punya keterbukaan minda dan hati untuk benar-benar luhur dan mudah menganggap anak jiran itu adalah anak kita, apatah lagi anak yatim yang memang disebut khusus di dalam al Quran, tak kira ia kaya atau miskin. Anak yatim adalah amat istimewa kerana Rasullullah adalah juga anak yatim.

Anak-anak yatim di Teluk Intan yang disebut di atas tadi, seperti juga anak-anak yatim di tempat-tempat lain perlu sokongan padu. Saya berpendapat sesiapa yang masih bekerja sekarang jangan terlalu mengatakan " I want to help, but I dont have the time" itu kesilapan yang saya lalui. Eluk kita katakan, " ya Allah I want to help. Grant me the wisdom and other attributes so I can help them".

Dengan itu, insyaAllah kita boleh mula sekarang. Jangan tunggu esuk kerana esuk mungkin bukan untuk kita.









Coffee and Tennis

I forgot that coffee in the evening spells trouble for me. I can't sleep and its now 2 in the morning. In my younger days I love sports and tennis was my favorite past time. So I watched the French Open, hoping to go to sleep. But how could I have such a thought. A movie may put me to sleep but never tennis. My hubby said that I should not be wasting my time with TV especially watching tennis. Actually I quite agree with him but tonight I accidently turn on the new channel. But that is just an execuse.

I used to be a football fan too. But I got over it now, since 10 years ago. But once in a while I watch the grand slams event. I am trying hard to give it up. I should be more into something that will be good for me now and the hereafter. May Allah have pity on me and directs me to something more meaningful.

Thursday, May 28, 2009

From Embah to Huzaifah..."Ujai Tokoyo"

Every time I miss having him around I would think of his cute responses on our "conversations". I have his printed photo on the fridge door and I would ask "who is that?" Every time he would answer " itu Ujai. Ujai Tokoyo".We would laugh at him because what he meant was "Ujai di Tokyo". Cute isn't it? It was a picture of him when he was a year and a half playing in the snow. He remembers the snow but pronounces the word almost like "snow".

Huzaifah was born in Putra Jaya and I raised him until age six months before we decided it was time to send him to stay with his Ibu, the righful place. Although the apartment in Tokyo was small but it could not be better for Huzaifah. If it was bigger my daughter would have more problem minding him. He is such an active little toddler that for a person my age it can be very trying because I do not have all the energy to be running around making sure he "behaves". My husband whom Huzaifah called 'Tok Ayah" often says " ada cucu susah, tak ada cucu pun susah. Lebih baik ada daripada tak ada".In other words whatever he does, it is fun and fulfilling to have him around.


When his little brother Akif came along, Huzaifah was a year and seven months old. But he behaved like he knew that now he has a little baby brother. At times he would be 'rough' on him but often times he would softly kissed Akif on the face and he would smile and later continue with his mischevious acts. Huzaifah is born with a double thumb finger on his right hand. So we often say that there must be something special about him. It is in fact a doa that he will not grow up feeling different in a negative way. We often say " give me a six, instead of saying give me a five" and slap his hands. He would respond laughing all the same. Allah is the Greatest, and his blessings come in many different form and sizes. We have to learn to recognize it and be thankful for all the grace he bestows upon us.His greateness is infinite.

I stayed for two months in Tokyo caring for Akif when he was born in April 2007. Together with Huzaifah it was quite a task. Alhamdulilah Akif was easy to care unlike Huzaifah at the same age. That is why we say Huzaifah will grow up to be special.It is our doa because right now he will do things his way and do not like to be told without giving him reasons that he would understand.The difficult task is how to be creative and think like a three year old.





Luhurnya Tekad

Dalam kepenatan setelah sessi Tai Chi awal pagi tadi, sempat juga mendengar radio IKIM. Ia sedang berbincang tentang perjuangan tentera dan pahlawan-pahlawan kita dalam mempertahankan negara. Syabas dan tahniah pada angkatan tentera kita.

Tetapi dalam celah-celah "kebanggaan" itu teringat pulak prinsip-prinsip perjuangan dalam Islam, terutamanya dalam hal-hal peperangan. Islam bukan agama pedang, walaupun ada gambar pedang dibendera Arab Saudi. Islam berperang jika ia diperangi, jika ia dianiaya dan jika tanah airnya digugat dirampas. Dalam Islam Allah membenarkan bunuh membunuh, tetapi ada had-hadnya seperti bukan wanita, kanak-kanak dan siapa jua yang dilindungi undang-undang.

Pagi tadi dalam radio ikim ada seorang penulis yang mencatat sejarah salah seorang pejuang yang membunuh 7 orang komunis. Katanya ini adalah sebagai membalas dendam kerana setahun sebelum itu seramai 7 orang rakannya dibunuh oleh komunis. Barang diingat kata Ustaz, dalam Islam membunuh, walaupun dalam peperangan bukan atas dasar "balas dendam". Walauapa jua sekalipun membunuh mesti atas dasar "kerana Allah" semata-mata.

Ada satu kisah dalam hadith di mana Sayidina Ali telah dapat menundukan seorang musuh dan sudah boleh membunuhnya tetapi sebelum sempat dia berbuat demikian musuh itu telah meludahnya ke arah muka. Sayidina Ali Amat marah dan melepaskannya. Terkejut musuh itu. Sayidina Ali kata "aku tidak akan membunuh kerana kemarahan aku tadi. Aku akan membunuh semata-mata kerana Allah" Begitu tinggi KELUHURAN TEKAD nya. (Kisah hadith ini secara terperinci boleh disemak dalam kitab.)

Mungkin dalam hal-hal seperti ini ada suatu pihak yang mentarbiah pejuang-pejuang kita supaya jangan tersalah "NIAT". Takut-takut usaha dan pengorbanan kita jadi sia-sia. Ini adalah satu pandangan sahaja, kerana Allah sahaja yang maha melihat dan maha mengetahui hati-hati hambanya.




Wednesday, May 27, 2009

PALESTINE DIHATI KU

Tetap dihati ku. Rasa risau sebab cabaran untuk membebaskan Bumi Barakah ini makin sulit dan mencabar. Seperti dijangka President Obama tidak sungguh2 untuk membantu. Tetapi apa dihairankan. Tidak pernah ada President Amerika yang berbeza dengan Israel. Umat Islam dan negara Islam janganlah mengharapkan apa2 darinya.

Tetapi yang lebih mengkhuatirkan ialah trend keruntuhan moral umat Islam dibanyak negara yang akan mengundang lebih banyak masaalah. Pertolongan Allah dekat dengan syarat kita berpegang teguh pada prinsip Tauhid, tidak mensyirikkanNya, berbuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Kita hanya perlu tanya diri kita masing2 dimana kita. Bila kita lihat Surah An Nur ayat 55 kita akan tahu apa janji Allah. Umat Islam dijanjikan kemenangan dengan syarat2 tertentu. Kalau kita faham dan mahu menghayatinya insyaAllah pertolongan Allah amat dekat.

Baru-baru ini Ummu Muhammad dan Ummu Umar telah datang ke Malaysia dan Pertubuhan Mawaddah Malaysia bersama Aman Palestine Berhad telah mengaturkan program ceramah. Ummu Muhammad adalah balu Asyahid Sheikh Rantissi yang telah gugur tidak lama setelah Asyahid Sheikh Ahmad Yassin.Ummu Umar adalah isteri pejuang Palestin yang tinggal di Syria. Kedua-dua mengatakan mereka amat menghargai bantuan kewangan tetapi lebih penting dari itu mereka menyeru agar kita meningkatkan keimanan kita dan benar-benar menjalani penghidupan seperti tuntutan Allah kerana itu sahajalah yang dapat mengangkat maruah orang Islam, dan pertolongan Allah sememangnya hampir. Sekarang pun berkat doa umat Islam dan keluhuran perjuangan rakyat Palestin, Allah sudah menampakan janji-janji nya dan menurunkan pertolongan seperti yang tidak disangka-sangka. Kita boleh baca kisah-kisah ini diinternet. Dan siapa yang berminat boleh menghubungi Aman Palestine Bhd untuk membeli buku-buku yang menceritakan tentang pergolakan dirantau itu kini. Siapa juga boleh jadi sukarelawan untuk mengutip dana bagi membantu rakyat Palestine.

Perangai dolak-dalek Israel sudah pun termaktub dalam al Quran. Mereka tidak akan puas hati hingga kita tunduk padanya. Tunduk padanya tidak bererti kita diperintah olehnya. Mereka sudah menjajahi pemikiran minda dan perlakuan diri umat Islam di sana sini. Tidak kurangnya di Malaysia. Mula-mula mereka mengumpan dengan program hiburan dan budaya bersantai dan bersenang-senang. Ini ialah untuk melemahkan semangat juang pada diri dan umat Islam akan hanyut begitu saja. Semacam jadi pak turut. Kita rasa hebat dengan kesenangan dan kemewahan yang kita ada dan ini menyebabkan kita terperangkap dalam "comfort zone" dan tidak dapat memahami dan merasai bentuk penjajahan yang membelenggu kita.

Ayuh kita bangun. Cubit peha kita kuat-kuat dan tanya diri. Betul ke ini? Kita bertindak sewajarnya hari ini juga kerana esuk mungkin bukan untuk kita.





bertemu jalan buntu

Maseh teringat ketika remaja dulu.Setengah abad jauh berlalu tapi masih ku ingat. Hati terlonjak-lonjak untuk mendapat kebebasan berfikir dan bertindak bila saja lulus periksa dan tamat sekolah. Apa jua masaalah yang dilalui semacam mudah diatasi. Keputusan peperiksaan tingkatan lima bukan baik benar. Tapi dapat ke tingkatan enam dan kemudian ke University. Semacam satu mimpi dapat sampai keperingkat itu. Bukan tidak ada masaalah ketika itu. Ada pilihan untuk keluar negara atau ke university tempatan. Tanpa berfikir panjang aku telah memilih luar negara tanpa tahu apa masaalah yang akan dipikul. Tidak ada kaunseling ketika itu. Nyata kemampuan ku tidak dapat menangani masaalah yang ada. Kursus yang dipilih tidak menepati keterampilan yang ada. Ini di Amerika Syarikat dengan sistem pendidikan yang liberal.

Untuk memendekan cerita aku pulang tanpa membawa Ijazah selepas setahun di sana. Ini masaalah besar ketika itu. Walaupun aku ada pilihan untuk terus mencuba di US, tapi aku pilih balik. Jika mengimbas kembali kadang kala terfikir kenapa mengaku kalah sebelum mencuba bermati-matian. Ego agak tergeser juga dan bila masuk ke uNiversity Malaya pula setahun lepas itu ramai yang bertanya kenapa dua tahun terlambat. Coverline yang diguna waktu itu " I married a sailor, lived in the US for a while but decided to give up". Tidak ada siapa yang percaya tapi itulah ceritanya.

Ketika itu yang dibawa pulang hanyalah pengalaman dan apa yang kita katakan sekarang "people's skill". Ketika itu tidak duduk dengan orang Melayu sebab sangat kurang orang Melayu. Kalau bercakap orang tak tengok muka pasti ingat yang bercakap itu orang Amerika. Tapi sekarang sudah tidak ada keterampilan itu. Jauh jadi luntur.

Apa yang hendak dikatakan di sini ialah ketika itu seperti tidak ada jalan buntu. Seperti ada penyelesaian pada setiap masaalah. Mungkin kerana sudah berlalu begitu lama maka sudah tidak rasa kepahitan membuat pilihan-pilihan untuk meneruskan kehidupan. Ketika itu Ilmu agama amat kurang sekali. Hanya tahu minta ibu berdoa. Sendiri pun berdoa juga tetapi hanya Allah yang tahu.

Dewasa ini, impian yang diidam-idakam ketika remaja dulu untuk mendapat kebebasan berfikir dan bertindak sebenarnya bukanlah suatu yang sentiasa menyeronokkan. Kalau dulu kita hanya berfikir sehala atau paling baik dua hala dalam usaha menyelesaikan masaalah, sekarang ini kita tahu kita kena fikir banyak-banyak hala dan fikir dalam keadaan tenang-tenang. Itu yang selalu dinasihatkan pada kita. Tetapi semua ini lebih muda untuk berbicara. Sebab orang tua-tua kata lidah tidak bertulang.

Jadi apakah penyelesaian bila bertemu jalan buntu. Kalau kata orang alim-alim atau ustaz-ustaz jawapan nya mudah. Banyakkan munajat dan doa. Tapi prerequiste nya ialah ilmu dari al Quran dan hadith. Buat yang disuruh dan tinggal yang dilarang supaya pertolongan Allah jadi hampir. Kata Ustaz Iman dan Taqwa. Kalau kita dalam kesusahan dan menemui jalan buntu, antaranya ialah doa Nabi Yunos ketika dalam mulut ikan. Juga bahagian akhir ayat 44 surah Al Mukminun. "Aku serah bulat-bulat urusan ku pada Allah. Sesungguhnya Allah maha melihat akan keadaan hamba-hambanya". Hanya seNya Allah yang maha mengetahui.



Tuesday, May 26, 2009

from embah to huzaifah -- THE TRIP

Oh what a trip !.... It was a lot of fun but it was also the most tiring ever. How not to be.... Huzaifah made a lot of "cute" comments about happenings which we never expect a kid of that age would make. But he was also so active and exuberant that it was such a task to make him adjust to an " inside a car environment" if you know what I mean. I will share with you as we go along.

This was actually a "Baby Sitting" trip. I was to accompany my daughter Azra on her official trip to Dungun Trengganu. She needed help to take care of 2 boys and a baby boy. She knew the maid could not handle them, not on a trip anyway. As always Huzaifah and the kid brother, Akif was excited to be riding in a car. As we used to joke, " in Japan he was always either on a bicycle with ayah and ibu or on a train ride," that is why it is an excitement to be in a car. Azra could not afford a car while in Japan because she was saving for something more important for the Family. So it was an interesting experience as a civil servant who is used to " a luxary comfort at home". But it did a lot of good. She was as slim as she was before becoming a mother, although she is something else right now.

To Huzaifah and Akif this is like any car ride ever since they are back from Japan. But for me this is a trip with a difference. The last time we were together in a car we were bound to Johore in a bigger spacious car. It was Toyota Alphard loaned to us by our dear brother, Ayah Tam. There was more room for the boys to jump around from one seat to another, and for some reason they were better "behaved" then. Or at least I was not "the target" of their exuberance. The acrobatic acts were less and and we were in "relative comfort". Imagine Huzaifah prefering to stand on his head and his feet would touch TokAyah's head who was then driving. To him this is fun and exciting and he would be singing his favorite tune of "Thomas and his Friends".But to a person driving, this can be a big discomfort and distraction. So we had to drive slower and allowed him some room to "enjoy" himself. Otherwise he would pull TokAyah's hair and screaming away like as though this was a big achievement in"communication". Sitting just behind the drtiver seat I had to moderate this "fun Acts" but it was no easy task because he would start on a different "stunt act". He would say he wanted to sleep on my lap and I agreed happily thinking he would now calm down and maybe fall asleep. But that was not to be. What he meant by sleep with Embah was to lie his head on my lap and to my "anger" he would put his feet on my face. He laughed and giggled thinking that was a special an act of " loving communication" again. I said that was not nice, "dosa" to put your feet like that on people. But those words dont mean nothing to him. This went on intermittently but it was an "ordeal" for me.

Now that Huzaifah is with Ibu and I'm without him for a while I feel relaxed. I got up late this morning or rather I slept on after my solat subuh because I was really beat. Kids are kids. I suppose its right that we should think like they do and not ask them to think like we do, not all the time anyway. If only we had a video camera on the trip we could show it to them 10 years on, especially how they behave when stopping at shopping mall or at R &R. I bought for Huzaifaf a rm7 candy lolipop and rm5 for Akif at Amos. I think they enjoyed possessing those colorful candies than eating it. I had to give them because they did not budge from the place whatever reason I gave them. I just thought of the kids in Palestin and they could do with a lesser candy bars. But kids are kids. The best way is to not to take them to those places. Or is there a better alternative?





Monday, May 18, 2009

ISTIMEWANYA PROFESYEN GURU - Sempena Hari Guru 2009

Hanya profesyen guru yang namanya disebut dalam doa orang-orang yang soleh. Alangkah istimewanya. Di hujung doa untuk apa jua kebaikan akan di sebut, "dan juga untuk guru-guru ku".Oleh kerana guru adalah satu istilah yang luas, maka ramailah yang tergolong dalam kategori ini. Rasulullah saw pun diajar oleh Malaikat Jibril. Tidak akan ada apa jua profesyen jika tidak ada guru.

Bagi ku guru yang sangat istimewa ialah Miss Tan Lee Kiang. Beliau menjadi guru kelas ku pada tahun 1962. Amat prihatin pada anak murid hingga sekarang, walaupun kini sudah melebihi 60 tahun. Beliau dalam lingkungan awal 70 an. Masih lagi memberi maklumat tentang bagaimana mengawal penyakit dan mengirim risalah-risalah tentang makanan dan pemakanan. Cara beliau bercakap dan bertindak seolah-olah kita ini masih anak-anak muridnya.

Di sekolah dulu beliau tidak menunjukan pikih kasih, sama ada pada yang pandai atau yang kurang pandai, yang Melayu atau yang bukan Melayu, yang asal kampung atau yang asal dari bandar. Beliau sentiasa menolong. Sebenarnya pada murid Melayu beliau sangat prihatin. Akan memberi buku-buku cerita bahasa Inggeris untuk kita yang tidak berkemampuan membeli.

Semasa bekerja dulu kalau berjumpa akan memberi tahu siapa yang disekeliling nya bahawa kita anak muridnya. Tidak pernah marah. Hanya kata-kata merangsang minda. Dari awal dia mengajarkankita semua bagaimana mengambil nota, bagaimana mengulang kaji dan lain-lain lagi. Sangat mengkagumkan lebih-lebih lagi ketika itu murid-murid Melayu ramai yang tidak berkemampuan. Bukannya guru-guru Melayu tidak prihatin, tetapi Miss Tan Lee Kiang menampakan kasih sayangnya hingga kita dah dewasa pun.

Kini beliau agak uzur tetapi belum berpeluang untuk menziarahinya. Tapi doa ku semoga satu hari beliau mahu menjadi seorang Muslim.

Monday, May 11, 2009

tikus - jangan diingat tiada gunanya

Kalau kita ditanya orang,"are you smater than the rat?" Rasanya pasti kita akan berkata, "apalah punya soalan" Tidak mungkin tikus lebih pintar dari kita.

Teringat nak cerita pasal tikus sebab dirumah tiba-tiba ada tikus. Agaknya datang dari kawasan yang dahulunya kosong tetapi sekarang sudah dibina kondominium separa mewah. Tikus sudah tidak ada tempat mencari makan Sebab itu tikus-tikus itu meluru kerumah-rumah orang berdekatan.Teringat macam duduk kawasan orang-orang pelarian semacam di Dafur, Sri Langka dan sepertinya.Bayangkan di Petaling Jaya duduk "bersama" tikus.

Berbalik kita pada soalan "are you smater than the rat". Ada satu kajian dibuat di mana saekor tikus dikurung hingga lapar. Berhampiran dengannya di letak sebuah kotak yang dibentuk seperti lubang 'pigeon hole'.Dalam salah sebuah lubang diletak makanan. Apabila dibuka kurungan tikus, ia akan meluru keluar mencari makanan itu dengan menghidu hingga betul-betul dapat makanan dalam lubang. Kemudian tikus dikurung lagi. Untuk beberapa kali makanan di letak dalam lubang yang sama dan tikus diperhatikan terus meluru kelubang itu tanpa menghidu apa-apa. Pada kali yang keenam , makanan ditrukar ke lubang yang lain. Bila tikus dilepas keluar ia akan menuju kelubang yang pertama tadi. Tapi bila didapati tidak ada makanan, ia akan terus menghidu laubang-lubang yang lain sampai jumapa makanan di lubang yang baru. Tikus tidak termenung dulu atau berhenti sejenak. Ia terus meluru mencari-cari.

Cuba lihat diri kita, manusia. Kebanyakkan kita bila kita sudah terbiasa dengan sesuatu kebiasaan 'routine' dan satu hari routine itu diubah atau berubah, manusia akan terhenti dan mula berfikir mengapa perkara yang dia sudah biasa kini bertukar. Dia biasanya akan rasa kecewa atau marah dan akan berdiri di tempat itu beberapa kita, mungkin beberapa hari, mengikut keadaan.

Contoh yang mudah: Kalau kita biasa menjemput isteri jam 5 petang di depan kedai mamak, kita sudah selesa dengan peraturan itu dan jika satu hari isteri lambat, ia akan tunggu juga. Dia akan memikirkan sebab-sebab isteri lambat etc etc. Dia tidak akan terus cari isteri. Bila dah agak lama sangat hingga jam 7 mungkin, baru dia pergi cari isterinya. Masa 2 jam telah terbuang sia-sia.

Dalam senario yang lain, banyak terdapat kita selalu lambat membuat tindakan baru. Kita banyak bergantung pada pengalaman. Walhal bukan semua pengalaman itu suatu yang positive. Bila kita lihat balik perihal tikus tadi, ia tidak berhenti. Ia terus bertindak. Dengan cara ini penyelesaian lebih cepat tercapai. Cuba kita fikirkan sekali lagi "kita pintar atau tikus lebih pintar"


reflections while at the ministry of education

These reflections may mean nothing to a lot of people, especially the younger generation.But I am going to write it any way for HUZAIFAH my grandson now three and a half years old. Time is the essence. I hope he will learn something as he grows up to be a man inheriting something 'valuable from me'. I was in the ministry from 1975 -1986 and from 1993 - 2003.

If there is one thing lacking that I can name in the ministry of education which I spent 20 years out of my 30 odd years in the civil service is SINCERITY in the hearts and mind of people that matters. This is my perception and judgement alone and I could be wrong. This is my sincere observation but of course it can be challenged.

I said this because I often made a request that a research study must be done on why in spite of the many straight 'A' students graduating secondary schools, we are not able to reason why aren't we not able to state (every now and then) the number of students that graduate with first class honours at the University level.Where have all the great brains gone. As I always tasked my daughter who had eight straight 'A' at form 5 but only manage second class lower honours at the degree level, what went wrong. I expected at least an upper class honours. In my own case, I never saw an 'A' in my examanation results, never, but also graduate with a second class lower honours. She did law and I did economics. The question is are now over-rating our students? I think this is a fair question to be answered by the power that be.

In another observation I often wonder why are always loosing sight of the' big picture' in solving the problems of the day. By this I mean that we are often over concerned with the quality of examanation results but little concern with results of non tangible subjects, like morality and civic mindedness which in the final analysis we would like to see Malaysian citizens to be academically smart but also moral and civil. Are we not concern with the issue of morality in nation building? Or is this not the responsibility of the ministry of education?

I will now put the other reflections in point form to shorten my writing.
  • During those years , believing in God is not included as an item of morality in the subject of moral education.
  • "Latih Tubi" for students taking Final Exams is I think making students in the end to be less creative and very narrow minded on a lot of things when they go into the world of work.
  • The ministry tried to please political factions all the time that in the end some 'Educational values and priority" takes second place.
  • The ministry often trusted the results of International Studies to be Gospel truth and that there is a lack of caution in making conclusions for Malaysia.
  • The policy of promoting the Arabic language was never very clear and the teaching of the Arabic alphabet was also back and forth. It was once taught under Bahasa Malaysia and some years later its taught under Islamic Religious language. We choose to call ourselves an Islamic country. Therefore anything related to it must be consistantly considered.
  • There were some views, though not strongly advocated, that the Malays should also be given the opportunity to learn Mandrin. I think its ashamed that Malays in Malaysia whose population is almost half Chinese, do not know Mandrin.
  • This list would be expanded at a later date, insyaAllah.










....Madison on a bicycle

This was in 1979 -1981 when Iwas doing may masters degree in Education at the University of Wisconsin, Madison. Then the student population was about 60,000 and I was renting a room at University Ave. just outside the campus. Its 10 mins walk but I bought a 10 speed bicycle to enjoy my student days again better. I was already 7 years into the civil service before I decided to do my masters.I though its better late than never and true enough when I looked back now I could'nt have enjoyed my self better then.
The campus is beautiful especially in the Fall and Winter. Its by the lake, the Great lakes. And bicycling in and around campus was like being free again from the formal rigour of a civil servant. My Malaysian friends at the campus gave me a certain kind of look when I cycled to their apartment for a meal or just helping them at the vegetable garden in the summer. They didn't say it but it "sounded" like saying MY..... You must be crazy. You can afford a car but You chose a bicycle.
When I thought about my 2 years in Madison I  always tell my children that you are only 10 years old once in your life, or for that mater you are twenty or thirty years old only once in your life. Do not waste it by sleeping  and doing nothing but watching the darn TV. Go out and explore this earth. It doesn't matter where you are. Just be out there and watch the butterflies, watch the squirell or just go on a bicycle or just walk and feel the fresh air, feel the wind blowing and you will feel very blessed to be on born on this earth. My daughter finally got to doing something and not just lying around readnig love novels. Her greatest achievement outdoor was climbing Mount Kinabalu , the highest peak in Malaysia. Now that I am sixty I never regreated my short stint with my bicycle. I took the bicycle home to my house now in PJ. But it is now rusty and out of service. But I just couldn' sell it out to the Iron Vendour wo bought old broken iron 'whatever'
In the summer I went fishing with friends with my bicycle in Madison. The bicycle is very light and when I needed to go up the stairs at the Education Department, I could lift it up easily. Come to think of it, it was fun beccause at that time you will not see a Malay girl using a bicycle in campus with a bag-pack.That was awesome experience. You can cycle around and feel like you don't have aproblem in this world.I cycled to the nearest grocery, the nearest department store or just cycle around to see the beautuful neighbourhood especially in the spring and in the Fall. But come winter, my bicycle styed in my room.I had a studio where mostly aAmericans and Arabs stay, because it is relativelly more expensive. I though what I saved on bying a car, I decided to rent a more comfortable room by American standard.
While I enjoyed myself with my bicycle , I also learned canoing in the lakes. Since I could swim a bit, I wasn't frightened to be in the water and in fact I also learn how to flip-up if the canoe turned upside down. I remembered learning how to sail while doing a short coure in London in mid 70's. When now I watched a bit on Yautching competion in Trengganu, I could at least imagine how difficult it is to manouver the sails.
Life can't be more exciting thean an outdoor life for me. That's  why I  encourage the children not to waste their youth on indoor activity alone. Why just go to the Gym. Why not run around the the housing area, or the the jogging track at the Taman. As I said before, go and climb the hills, go to the forest park etc, etc. There is nothing like enjoying nature Allah has created for us.
Now I remembered A Course I attended in Trengganu conducted by an American clinical psychologist on managent. One of the session was just to sit out otdoor and observe nature and later to tell him what have we learnt from them.Just an exemple is watching the butterflies.  They don't fly on a straight line while collecting necter from the flowers. They fly zig-zag, slowly and steadily. This could be interpreted in management that sometimes we do have to go head-on in tryin to achieve our objectives in life or in an organization. Learn from the butterflies how we can strategized our steps to overcome problems and at the end of the day we emerge successful.
So much for the bicycle tour of life........

Friday, May 8, 2009

.........she has to be neutralized

Those were the words of my no. 1 boss when he bid farewell on my day of retirement from the civil service. Would you take that as a compliment or would you take that as parting words to someone you are happy to rid off. I don't know but of course I took that as a compliment because he said it right in front of me, right beside me.

I was not surprise at all that he finally got it out of his system. After that he would not have me say another word to annoy him or to cause discomfort to his high office. I smiled when he said that. I left for retirement with a mixed feeling of happiness and bitterness, although to be honest I was more bitter than I was happy. I have more reason to be bitter about than to be happy about. The only reason I was happy is because I could now move to doing something else that I would be happy about, or at least be at peace with myself.

"She has a lot of ideas in talking about change, but there are many things around us that are not suitable to the kind of change that she was talking about. Therefore we have to neutralize her."

I remember that many policy decisions need to be reviewed and many action plans need to be reversed. Some of the things I still remember are the following:
  • That we need not follow the education structure of the West. If we need to integrate Fardhu ain and Fardhu kifayah subjects and therefore we need more tuition time, we must be ready to extend up to 6 or 7 years of secondary school as the case may be. It should be a "touch and go" policy. It must be really effective. "integration" should not be for the sake of politics.
  • The custodian of the Arabic language must be the Federal Government and not the state government. This is because it is the Federal government that has the required funds for additional budget. And if the government is really serious to promote and implement Islam and make Malaysia an Islamic country, then the Arabic language must be given due importance. More teachers must be trained in the subject and there must be at least one subject to be taught in Arabic. This is possible because after all science and mathematics is already taught in English.
  • Besides Science and technology, it is the teaching of Islam that will give Malaysia the cutting edge advantage over other countries. Malaysia should have more faith in Islam and not "be held at ransom" by other world power.
  • We should have a policy where by the Chinese can learn the Malay language and the Malays can learn the Chinese Lanuage i.e Mandrin. That wii strengthen the position of the Malays, not weakened it.
  • Why are restricting Muslim Malays to study in othe Islamic countries, especially in the Middle East but do not restrict others to study any where they choose to, example Singapore, Japan, Korea,china etc etc. Why must we be skewed in our world view.
  • The teaching of science and maths in English is not a smart policy if the objective is to make Malaysians to be conversant in the English language. The teaching of History may be a better alternative considering our teachers themselves are not good in English.

I will add to this list at a later date as and when I remember. I will end this note by stating that my boss actually has his hands tied and survival is the only reason why he has to neutralize me. In life you cannot win all. Win some, lose some as the saying goes. But now Iam happy because I am in the business of interacting with people, young and old to have strong Faith in Islam and real success in life can only be achieved through a strong committment in Islam. It is not fundamental Islam, it is not extremist Islam, it is not liberal Islam it is not moderate Islam. It is ISLAM.

menantu pilihan

Teringat peristiwa semasa bekerja dahulu.Sepuluh tahun dahulau bukan masa yang singkat untuk meningat kembali perbualan-perbualan denga rakan-rakan sejawatan dan rakan-rakan seperjuangan. ketika itu belum ada menantu lagi dan selalu kami bebual dan melawak tentang perihal mencari atau mendapat menantu.

Teringat juga seorang teman yang muda lebiah kurang tiga tahun tetapai ketika itu telah menantu dan telah dikurnia seorang cucu. Tesermpak di pasar tetakala membeli barang-barang keperluan dapur.
"Seorang saja?" aku bertanya.
"Tidak," jawabnya, "member (suami) ada tunggu kat kereta."
"Oo, kuat ke angkat barang berat tu?" aku bertanya seolah-olah simpati dengan tanggong jawabnya.
"Inilah nasib," tiba-tiba ia berkata. "Dulu semasa anak kecil kita pergi pasar. Ini ada anak besar, ada menantu kita juga yang pergi pasar," dia berkata sambil gelak-gelak.
"Tak apalah kita masih kuat. Nanti kita dah tak kuat tentu dia orang tolong." aku berkata cuba meyenangkan hatinya atau mengurangkan penyesalannya kerana pastinya dia lebih selesa kalau ada anak atau menantu yang membantu ke pasar, terutama pasar lama yang kotor dan sempit. Tetapi oleh kerana harga lebih murah dari pasar yang 'modern' maka ke situ jugalah perginya.

Diketika yang lain teringat juga sembang-sembang kosong dengan rakan-rakan diwaktu rehat tengah hari di pejabat.Cerita pilih menantu ketika itu memang popular.
"I suka kalau dapat menantu yang faham kesukaan dan karenah I sebagai ibu.Harap-harap kalau dapat menantu ia suka memasak. Renganlah sikit kerja I di dapur."
"Jangan haraplah anak-anak sekarang," menyampuk seorang kawan yang lain."You tak percaya tengoklah. Nanti dia orang bangun lambat, especially on week ends. Katanya penat sepanjang minggu.Kita dulu dengan mak -mak kita jangan harap kita dapat bangun lambat. Pasti kena berleter.
"Ialah. Bukan kita tak berleter anak-anak kita, tetapi tak tahu kenapa dia orang buat dek aje. Kita dengan mak mertua sekurang-kurang malu kalau tak tolong di dapur. Tak pandai masak macam dia pun kita duduk di dapur. Menyebuk itulah, inilah."kata seorang kawan lagi.
"I pulak tak apa tak tolong di dapur, tapi pantang sekali kalau depa tu tidur sampai tengah hari. Anak ke, menantu ke, memnag I tak boleh tahan. Sebab I kecil sampai dewasa sampai la ni pun I tak tidur sampai bangun lambat. I will get up and do something, just anything. I tak apa tak tolong di dapur kalau I tengok anak dan menantu buat apa jua yang tidak membuang masa dengan tidur. Kata mak -mak zaman dulu tidur pagi tak dapat rezki, papa dan kalau tidur lepas asar, gila. Rupanya kata ustaz ada hadis yang kata begitu"
"Tak apalah kalau tak tolong masak. Kemas bilik dan ruang tamu pun jadilah" kata yang lain. "Kalau kita nak sindir, kita beli makan untuk sarapan dan lepas tu untuk tengah hari." dia menyambung.
"Anak-anak sekarang terlalu manja, bukan kita manjakan tapi tak tahu kenapa manja. Nak kata malas, kita bukan keturunan orang yang malas-malas. Macam mana tu?"

"Kita ni kritis benar pasal nak pilih menantu. Agaknya kalau kita pusing dunia tiga atau empat kali pun tak dapat kita menantu yang ideal. Yang unggullah kata orang melayu." seorang kawan menyimpulkan sembang-semban tadi. Lepas tu semua balik ke tempat masing-masin. Ada yang terus tersenyum sendirian mengingat anak-anak zaman cyber sekarang. Kalau boleh masak, kemas rumah dan lain-lain dengan robot agaknya tak adalah masaalh. Tapi masaalah lain pulak timbul.

Apa yang sebenarnya dikhuatirkan sekarang ialah keadaam individu, keluarga dan masyarakat yang makin hari makin renggang perhubungan antara satu sama lain.Teknologi telah mula mengambil alih aspek adab dan budi bahasa yang amat dipandang berat oleh golongan sebelum dunia cyber meleluasa. Siapa yang harus beperanan untuk mengembalikan hubungan ini. Anak-anak sekarang tidak mahu menalipon. Sentiasa guna SMS. Dulu sekurang-kurangnya kita mendengar suara kalau tak sentuhan kasih sayang. Sekarang ini teknologi sudah menjajahi hati-hati nurani genarasi kini. Kalau balik rumah orang tua, lama duduk di depan t.v kalau tidak tidur. Tu=iadak mahu sembang kosong. Lebih baik bukak vcd atau lain-lain dan duduk bersama tapi mata kearah terminal TV. Alangkah menakutkan senario ini.

Cucu-cucu pun kalau dipakasa duduk bersama dengan keluarga pun mereka akan sibuk main game dalam telefon. Alangkah sedihnya. Dulu anak-anak remaja mahu juga sembang dengan datuk nenek, tetapi sekarang datuk/nenek yang kena banyak memulakan segalanya. Tak hairanlah kalau nanti satu hari fenomena yang terjadi di negara barat akan juga jadi di Malaysia. Semoga Allah lindungi dan ini tidak terjadi.

Satu cara ialah harus ada satu gerakan yang serious untuk mengembalikan hal-hal kerohanian kepada masyarakat. Janganlah kita sibuk berhibur hinga maksiat yang menjadi hasil .Eluk kita tubuh kumpulan dalam masyarakat untuk untuk menimba ilu mengenal apa itu hidup dan apa itu kehidupan. Haruasa ada kumpulan yang sentiasa mengingatkan masa berjalan tanpa disedari dan pengaruh Yahudi menyerap juga tanpa di sedari. Siapa agaknya yang harus menggerakan kumpulan-kumpulan seperti ini?

Mari kita fikirkan bersama dan terus bertindak ikut kemampuan. Jangan tunggu hari esuk. Kerana esuk munngkin bukan untuk kita.


Thursday, May 7, 2009

Biro Wanita, Masjid Ar Rahman. LAMPASAN MINDA. 4 Julai 2008

SILATURRAHIM UNTUK APA.

Kita hulur salam silaturrahim, salam pertemuan
Kita sambut pelukan mesra antara teman dan rakan
Bertukar bicara, beramah mesra, menjamu selera penuh senyuman
Gelak ketawa bersilih ganti dalam suasana aman dan damai
Alhamdulillah........
Sungguh bahagia kurnia Allah dan kita mohon berterusan.

Namun dalam celah-celah kemesraan seperti ini kita harus bertanya
Silaturrahim ini untuk apa dan untuk siapa
Sudahkah ia teguh atau rapuh tiada upaya
Sekadar luaran dan tidak bertunjangkan komitmen didada.

Silaturrahim bukan sekadar bertegur siapa, gelak ketawa
Bukan sekadar beramah mesra menjalin kasih antara kita.
Silaturrahim menuntut kita cinta dan sayang sesama manusia
Yang seagama sudah pasti akan haknya
Yang bukan kita bantu kerana itu kewajiban juga
Agar mereka mengerti orang muslim mukmin
Berjiwa besar demi Allah Pencipta semua
Di sini, di sana, di hujung dunia di mana jua.

Kita renong sejenak Silaturrahim kita berpaksi apa
Kita renong sejenak kita ikhlas atau kita pura-pura
Sekadar mahu bersua muka bercerita-cerita
Menghilangkan bosan dihati dan membuang masa.

Betulkah kalau kita diperkata
Silaturrahim kita belum teruji belum terduga
Belum cukup merasai pedih luka dan duka
Yang dirasai jiran sekampung dan mereka di dunia sana
Mereka yang terpinggir dan dipinggir
Mereka yang tertindas dan ditindas dalam kemelut tamak kuasa
Mereka yang tiada mendapat perhatian dan bantuan secukupnya.

Lihat sajalah saudara kita di Bumi Plalestin yang indah
Bumi barakah di mana Isra'nya Rasulullah
Di situ terdiri Masjid Al Aqsa yang tidak dapat kita kunjung beribadah
Tidak dapat kita menjejak kaki melutut sujud memohon Rahmat yang melimpah.

Al Aqsa juga kesunyian merindui umat Islam yang berani gagah
Walaupun dibenci Yahudi yang engkar, sombong dan zalim memerintah
Rakyat Palestin menderita tiada siapa yang benar-benar kisah
Anak-anak kecil berpaut dan orang-orang tua berpapah
Namun mereka tetap berazam, kuat dan tabah.

Derita seperti itu belum pernah kita rasa
Belum rasa lapar dahaga, belum rasa panas terik tanpa bumbung dikepala
Belum rasa pendarahan luka yang tiada ubatnya
Belum rasa pilu dan rindu akan suami, anak, saudara yang terpisah terkorban nyawa.

Kita saudara seagama..........
Kita lihat semula ikatan silaturrahim kita, kita nilai semula kasih sayang kita
Silaturrahim seharusnya memperkuat tekad, memperkuat perjuangan
Tidak kira umur, tidak kira tempat dan tidak kira zaman
Silaturrahim harus dapat memperkuat diri untuk berkorban,
Bukan hanya untuk sendiri, tetapi untuk teman, untuk saudara sesama Islam
Di Bumi Malaysia, di Patani, di Afghanistan diseluruh alam.

Ayuh kita ambil tanggong jawab walau pun sukar
Kita bukti kesunguhan walaupun hilang keselesaan
Sebab silaturrahim kita berakar umbi berasaskan firman Tuhan
Silaturrahim kita bukan sekadar bersalam-salaman.

Ayuh kita beranikan diri maju ke hadapan,
Walaupun kita tiada senjata, harta dan kekayaan
Tulang empat kerat yang kita janjikan
Kekuatan Iman yang kita pertaruhkan
Dengan Iman pertolongan Allah amat berdekatan
Dia tidak mensia-siakan hambaNya yang berjuang bertawakal.

Ayuh kita tinggalkan budaya bersantai, budaya berhibur bersenang-senang
Kita bantu saudara kita yang sakit dan yang kelaparan
Setiap hari menyabung nyawa menentang musuh durjana tanpa ketakutan.
Kita bantu anak-anak yang tebiar tiada pelajaran dan pendidikan
Agar perjuangan berterusan hingga Al Quds dan seluruh Bumi Isalm dibebaskan
Kita bantu yang tiada upaya, yang terlantar kesaorangan
Namun doanya terangkat kerana kerana mereka dizalimi hidup keperitan
Ayuh kita bantu.......
Untuk kita, untuk mereka, untuk semua demi Iman dan Islam
Semoga kita mati dalam Jihad, bersama para syuhada',
Semoga kita Allah kurnia keredhaan,
Di taman-taman Syurga bertemu Allah yang kita idam-idamkan.
Amin......








wahai guru

Wahai guru.......
Dulu pepatah mengatakan : guru itu ibarat lilin
Membakar diri untuk menerangkan orang lain
Kini ada yang berkata : guru adalah ibarat limau kasturi
Ia sungguh wangi dan mewangikan setiap kali
Namun.......
Wangi itu akan hanya sermebak terserlah
Jika ia dikupas, dipicit-picit atau dibelah-belah

Wahai guru,
Lilin atau limau kasturi atau apa jua gelaran diberi
Pengorbanan tetap menjadi dasar jati diri
Tidak mengenal penat lelah dan tekanan kerja dari kanan dan kiri.
Siapa jua ia ajar, ia didik dengan kasih sayang penuh menyedari
Bahawa guru itu tetap guru diminda dan dihati
Di bilik darjah atau di masyarakat atau ketika menyendiri.

Guru sentiasa munajat agar anak didik berjaya cemerlang
Bukan mengikut acuan masyarakat yang tidak mengenal al Quran
Didikan harus mengikut Sirah dan contoh sejarah Islam gemilang.

Akhlak menjadi sasaran utama
Mengenal paradigma Tauhid dan menjadi pejuang menegak agama
Bukan sekadar boleh melaksana kewajipan yang lima
Tetapi dapat memakmurkan dunia dan segala isi didalamnya.






UMUR KU

Nukilan ini dirakam dalam satu 'get-together' untuk bertanya khabar setelah bersara dari perkhidmatan awam.



UMUR  KU
Umur ku seperti umur mu
Tak kira berapa rasanya masih belum jemu
Masih teringat seronok hidup seperti dulu
Mencabar minda, mengasah intelek yang katanya perlu
Takut hidup ditelan usia dan jasad ini jadi lesu.
Aku masih terkejar-kejar memburu waktu
Untuk siapa gerangan aku bingung tidak tahu

Yang aku tahu umur enam puluhan kini tiba
Rambut gugur, mata kabur, litut kendur sudah makin terasa
Tandanya Garisan Penamat akan segera menjelma.
Garisan ini tidak mengira anugerah gelaran pada nama
Tidah kira harta dan pengaruh di sekelilingnya
Tidak mengira paras rupa dan bilangan waris yang ada
Hanya perlu beri penjelasan bicara hati dan gundahnya jiwa
Pada RabbulJalil Pencipta kita.

Ku tanya sendiri di mana diri ku kini
Terngiang-ngiang nasihat ibu ku dengari kembali
Sayup-sayup suara guru-guru ku melintasi hati
"Ingat, jaga diri. Setiap yang hidup pasti akan mati.
Bekalan hidup mu jangan lalai, jangan lagha kau jaga pasti
Jangan sampai nanti engkau ditanya , tak tahu tak mengerti.
Jangan sampai masih ramai yang menuding jari
Lantaran belum selesai segala tugasan di Bumi ini
Dan belum sempurna misi hidup mengabdikan diri
Pada Tuhan semesta alam yang perlu ditakuti dan ditaati."

Tak dapat ku jawab di mana letaknya diriku kini
Tidak mampu jasad kerdil ini berbicara mempertahan diri,
Kerana.......
Isi Al Quran belum ku teliti keakar umbi
Jangan ditanya pasal hadith dan yang lain-lain lagi.
Rasulullah pun belum ku kenal hati dan budi
Contoh hidupnya belum ku ikut sepenuh hati
Bolehkah aku dapat syafaatnya di akhirat nanti.
Berdebar cemas bila mengingat perhal ini,

Makin hari makin dekat Sakaratul Maut menghampiri
Persediaan ku masih jauh dari mencukupi
Rahmat Allah belum terfikir semasaknya di lubuk hati.

Yang fakir miskin dihujung dunia belum ku bantu
Pejuang pembela Islam yang terkandas ku biar saja begitu
Seolah-olah perjuangan itu bukan perjuangan ku.
Banyak lagi yang belum ku sokong dan ku bantu
Orang-orang Asli di hutan belentara belum ku nasihat satu persatu
Remaja peria melanggar batasan ku biar liar
Kerana ku sangka itu bukan tanggong jawab ku.
Malang sungguh diriku ini jika berterusan begini
Pastinya aku akan disoal satu persatu minda dan hati
Detik-detik waktu berlalu lebih banyak bersantai, tanpa berbakti
Intelek ku, jasad ku amat sibuk tetapi Ruh ku biarkan sepi

Ingatlah.....
Jangan sampai destinasi yang dituju hanya ibarat sebuah mimpi
Bagaimana hendak ku jelaskan pengabdianku yang belum terbukti.
Hanya maghfirah yang Esa ku pohon ku pinta
Hanya janji yang mampu ku beri agar aku diitiraf hamba
Kan ku tinggal apa jua yang tiada kaitan dengan perintah Nya
Taubat nasuhah dan harapan menggunong yang akan ku bawa.
Melutut sujud membenam muka mengalir air mata
Semoga jasad dan Ruh ini diterima dan terbela
Mendapat kurnia Rahmat Nya yang tidak terhingga.

Wednesday, May 6, 2009

...... catatan minda

KESUNYIAN

Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Dari Al Aqsa ke Sidratulmutaha
Terus bertemu Allah yang maha besar
Menerima wahyu Nya bersolat lima

Masjidil Haram sentiasa penuh manusia
Dari pelusuk dunia tidak kira tua muda
Tapi Al Aqsa kesunyian, lengang tiada siapa
Hanya wanita dan orang-orang tua

Al Aqsa merindui tapak-tapak yang mengaku hamba setia
Tetapi di mana mereka dan di mana kita?
Hanya sanggup berkata, "kalaulah aman di sana
Kan ku pergi ikut suka, bila-bila masa"

Tetapi.....
Adakah cukup sekadar berkata dibibir tanpa usaha
Ayuh bangun bebaskan Al Aqsa dari cengkaman musuh durjana
Jangan sekadar berdiam diri, menanti takdir Ilahi
Nanti malu untuk berdepan dengan Sallahuddin Al Ayubi

Jangan kita mengira bangsa
Jadikan Iman perisai didada
Menggadai nyawa agar Islam kembali berkuasa
Agar Al Aqsa tida lagi akan kesunyian
Tidak lagi merindui suara dan bisikan pengabdian
Bumi barakah seperti disebut dalam Al Quran
Membawa Rahmat kepada semua sepanjang zaman.


....................................................................................................................................................................


YAHUDI....

Yahudi di belakang kita, di hadapan kita, di sisi kita
Betapa tidak........
Jasadnya tidak wujud
Tetapi minda nya menyerang berleluasa
Anehnya kita tidak sedar dan tidak mahu sedar
Kita marah pula pada yang sedar dan mahu menyedarkan
Itu katanya ekstremis, Islam itu sederhana
Dengan makna yang itu boleh dan yang ini pun boleh
Solat, puasa dan lainnya dikerjakan tanpa tinggal
Tetapi pergaulan bebas dan kemungkaran yang lain juga diamal
Ia dianggap tiada kaitan dengan iman
Katanya iman letaknya dihati, hanya Tuhan yang mengetahui
Tidak mahu mereka meyakini
Tanggapan itu meleset jauh dari ajaran Nya.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ampunilah kami dan didiklah kami
Semoga Redha Mu meliputi hidup dan mati
Dan semoga tidaklah rugi hidup kami
Seperti Yahudi yang Engkau laknati.



............................................................................................................................................................


MENGAPA AKU TERBELENGGU.

Aku masih kesal mengapa aku biar minda ku beku
Terbelenggu dan dibelenggu.
Mengapa bebal hingga tertipu dan terperdaya
Dan percaya Bahasa Arab tidak membawa kita kemana-mana.

Aku diasuh dan diajar Bahasa Inggeris itu utama
Konon katanya itu Bahasa antarabangsa semua manusia.
Bahasa Arab hanya sekadar untuk orang Islam menegak agama
Tiada nilai komersial, sains, teknologi atau apa jua

Bila dewasa ku cuba melawan arus dan berfikir beza
Namun usaha ku untuk mengangkat Bahasa Arab tidak berjaya
Katanya Bahasa itu untuk Imam dan Qadhi semata
Aku ditanya terus ditanya..........
Siapa yang mahu menerima mereka untuk bekerja.
Katanya ia tidak mampu membina jati diri untuk tidak meminta-minta
Ia cuma omong kosong madrasah lapuk yang tiada misi visi yang nyata.

Kini umurku sudah jauh melepasi medan peluang berbicara
Hati pilu, sedih dan kecewa
Kerana nada yang sama masih ku dengar di sini sana
Setiap diri harus bertanya dan ditanya
mengapa kita masih sangsi Bahasa Arab adalah alat menakluk dunia
Meyakinkan manusia sejagat Al Quran itu unggul meliputi Bahasa nya
Tanpa wujudnya hidup di dunia tidak bermakna
Bukan fenomena kebetulan semata
Buka Bahasa terrorist yang kononnya berideologi gila
bukan bahasa manusia bertamadun rendah seperti hasutan musuh durjana.

Bahasa Arab bahasa pilihan Pencipta insan
Pasti ada rahsianya dan hikmahnya perlu diterokai berterusan
Ia penghubung maha Pencipta dengan manusia untuk mencari kesejahteraan
Bukan setakat dipelajari dan dibanding Bahasa lain di pasaran.

Ayuh kita semua berbahasa Arab, lembaran baru dalam Jihad
Langkah jitu untuk mencapai kejayaan sebelum ke liang lahad
Mengharap janji taman-taman indah tempat kita beristirehat
Dari sekarang kita berjuang Bahasa Arab kita junjung mertabat.
Moga Allah membela kita dan di sisi Nya kita berdarjat
Mendapat kurnia RahmatNya di dunia dan di akhirat.








Tuesday, May 5, 2009

THE NOTION OF "IBU TIRI / MAK TIRI"

Coretan kisah ibu tiri/mak tiri mengimbas kembali cerita lagenda Bawang Merah / Bawang Putih.Apabila cerita ini dilayar peral atau dikaca talivision, ramai yang terpaku melihatnya. Rata- rata ramai yang akan menerapkan isi cerita dengan apa yang mereka tahu kisah benar yang dilalui oleh ramai anak yang terus mendewasa. Rata-rata juga empathy dan simpati akan di berikan kepada anak tiri dan cemohan kepada ibu tiri. Hinggakan timbul pepatah melayu atau peribahasa Melayu "jangan menanak-tirikan atau dianak-tirikan"

Sejauh yang di ketahui tidak ada lagi cerita yang dipaparkan kepada masyarakat ramai kisah atau tanggapan yang sebaliknya. Tidak ada kata-kata yang menaikan moral seorang ibu tiri, tidak ada kata-kata manis dan penghargaan padanya.

Kenapa dan mengapa agaknya demikian. Belum lagi bertemu satu kenyataan atau penulisan yang menjunjung martabat status ibu tiri. Belum ada lagi pembelaan terhadap kedudukan seorang ibu tiri. Jangankan dari orang -orang yang tidak berkaitan, dari seorang suami yang berkaitan terus denga hal ini pun tiada apa-apa pendirian yang berani diketengahkan. Kenapa juga agaknya sang suami demikian. Adakah itu satu bentuk 'defence mechenism' bagi dirinya atau senghaja ia mahu menyembunyikan rasa sesalnya atu rasa malunya. Belum ada seorang sang suami yang mahu tampil ke hadapan untuk membuat suatu pembenaran dan suatu pembelaan.

Fenomena ini wujud agaknya kerana senario penghasilan anak-anak tiri adalah disebabkan oleh keadaan yang ramai menganggapnya bukan suatu fenomena yang positif. Ramai yang beranggapan ini suatu fenomena yang sebenarnya boleh dielakkan jika sesaorang itu befikiran "waras" dan "rasional". Kisah-kisah sejarah (belum lagi memadukan sirrah Rasulullah) tidak dapat atau belum dapat meyakinkan bahawa status ibu tiri sama denga status ibu asli. Oleh itu dari sudut manakah dapat kita lihat semula fenomena itu untuk memberi "keadila" kepada seorang ibu tiri.

Adalah diperhatikan bahawa asal usul cerita kedudukan ibu tiri yang dipandang serong adalah kerana seorang suami berkawin satu lagi atau dua lagi atau tiga lagi tanpa "keredhaan" isteri pertama. Sang suami akan menggunakan banyak alasan untul membuktikan "keikhlasannya". Sang isteri kedua, ketiga atau keempat pula akan mengatakan ia "tiada pilihan" lain dalam hidupnya. Ada yang mengatakan ia perlu zuriat, ada yang menatakan ia perlu berpaut dan menumpang kesenangan yang ada pada seorang suami. Ada pula yang mengatan secara berseluruh bahawa ia sanggup menjadi isteri kedua , ketiga atau keempat kerani Allah hanya buat dua jenis specie manusia sahaja. Berbagai yang kita dengar. Apa pun sebabnya pakar sosiolosist ada yang "membenarkannya" kerana tidak cukup bilangan lelaki yang eligible. Apa jua sebab hasil nya hampir serupa, padahnya hampir serupa dan penyelesaiannya pun hampir serupa.

Jadi apakah yang hendak diperkatakan dalam coretan ini. Sebelum itu kita lehat satu lagi fenomena, iaitu anak tiri yang disebabkan peceraian hidup atau perceraian mati. Fenomena ini pastinya berlainan sedikit. Biasanya isteri yang baru "terpaksa" menerima perkahwinan ' lock stock and barrel'. Ada wanita yang mengatakan 'I adopted the father, therefore I adopted the children' Nampaknya ini macam satu pendirian yang agak neutral. Jika ini berlaku rumah tangga akan lebih harmony lebih-lebih lagi jika sang suami pandai meminkan peranannya. Jika tidak maka tiada jaminan kerana 'ibu yang baru' pasti susah hendak diyakini komitmennya. Jika isteri baru ini pandai memainkan peranannya, kerana sudah pasti tidak ada konsep "substitute mother" yang boleh difahami dan boleh diterima pakai oleh orang-orang yang berkepentingan di sekelilingnya, terutama kedudukakan ibu mertua maka 'some form of harmony' boleh wujud juga.

Dalam keadaan yang di atas ini, iaitu di mana seorang ibu tiri sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang ada dan sudah dapat diterima oleh anak-anak tirinya dan yang lain-lain juga, keadaan akan berubah jika sang suami menikah saorang lagi atau dua lagi atau tiga lagi. Dalam keadaan ini , senario yang sama seperti dalam kes yang terdahulu akan wujud juga., iaitu 'back to square one'. Mengapa pulak demikian, mungkin kita akan tertanya. Ini bukan suatu yang menghairankan kerana fenomena tidak serupa. Isteri baru ini dianggap sebagai penceroboh rumah tangga orang. Jangan difikir bahawa soal ini dibolehkan di dalam hukum Islam. Sebab tafsiran pun berbeza anta ustaz-ustaz yang ada. Biasanya tafsiran mereka akan memihak pada sang suami. Betul atau tidak tanggapan ini terpulan pada masing-masing untuk memikirkannya. Yang pasti ayat Al Quran tidak mengatakan Allah menyuruh berkahwin lebih dari satu. Allah cuma membenarkan berkahwin lebih dari satu. Dan untuk mengetahui dengan lengkap syarat-syarat nya kita harus meneliti lain-lain sumber hukum seperti hadis dan lain-lain mengikut penentuan hukum dalam Islam.

Kesimpulan mengenai hal dan status ibu tiri vis-a-vis anak tiri tidak mudah dibuat, oleh sesiapa pun kerana ini melibatkan banyak pihak, banyak tafsiran hukum dan kedudukan iman didiri orang-orang yang terlibat. Seperti setengah orang mengatakan,"tepuk dada tanya iman'.....................

Ada satu cadangan untuk menghasilkan suatu nobel berthemakan fakta di atas ini. Tetapi nampaknya ia agak rumit untuk dinukilkan agar dapat satu kesimpulan yang universal yang tidak boleh dipertikai mengikut prinsip-prinsip Islam.

InsyaAllah mungkin satu hari Allah akan memberi ilham untuk mencatat bahawa yang benar itu benar dan yang batil itu batil dan Allah memberi ilmu dan kebijaksanaan untuk membezakan antara keduanya.






Monday, May 4, 2009

"jerangkap samar" dalam kehidupan

Bila masa jua kita rasa sihat dan berkeyakinan ketika memandu, pasti kita akan memilih 'the fast lane' kerana kita merasakan kita pasti dapat menuju destinasi dengan selesa dan dalam masa yang lebih singkat. Begitulah ibaratnya dalam menjalani kehidupan dari sejak kita memulakan kerjaya hingga kini. Jarang sekali kita terfikir lane yang laju punya risiko yang lebih tinggi kerana rata-rata orang yang suka mengambil risiko akan menggunakan laluan itu. Tetapi biasanya rasa seronok akan mengatasi rasa-rasa yang lain.

Semasa umur muda biasanya kita bersikap lebih anjal dalam menangani apa jua masaalah. Jadi kalau kita mendapat "kemalangan" sekalipun semasa di laluan laju, kita masih boleh senyum, kita boleh tangkas bangun dan boleh meneruskan perjalanan tanpa banyak penyesalan. Tetapi apabila umur meningkat persepsi kita mengenai banyak perkara mula berubah. Mind set kita dipengaruhi oleh banyak perkara. Anehnya yang dahulu kita pandang kecil, bila umur meningkat perkara yang kecil nampak jadi besar. Tapi pandai pulak kita menasihati diri sendiri seperti pakar psikologi. Kita dengari balik cerita-cerita lama, pengalaman-pengalaman silam dan kita dengari balik nasihat orang-orang tua.

Susah sebenarnya hendak bercerita mengenai "jerangkap samar" dalam kehidupan. Bila sudah terkena baru kita menyedari. Ia adalah seperti merasai satu kejutan semasa bermimpi di siang hari, satu kejutan yang boleh diibaratkan kita termasuk lubang besar semasa memendu kenderaan di lane yang laju. Debummmm!!! Terhenti kita dan tidak dapat berfikir sejenak apa yang sebenarnya telah berlaku. Hendak undur kembali pasti tak munkin dan hendak meneruskan dengan kenderaan yang ada pun pasti amat sukar kerana lubang besar itu telah merosakkan kenderaan. Bukan sedikit tetapi enjinnya hampir punah. Ia perlu ditarik dan ditunda oleh kenderaan lain.

Dengan lain perkataan satu kejadian yang tidak disangka-sangka jika berlaku dalam hidup kita boleh menggangu pegangan hidup kita yang kita yakin sudah sempurna. Kalau mahu diceritakan pada teman pasti malu sebab nanti katanya kita tidak pandai memandu kenderaan dan mempunyai sikap 'over confident'. Jadi kita menganalisa kejadian dengan akal fikiran sendiri. ini pasti satu proses yang rumit kerana untuk mencari kesimpulan ia boleh ditafsirkan sebagai mencari satu pembetulan atau pembenaran dan bukan mencari satu kebenaran.

Oleh itu proses "merawat" satu kejadian yang diibaratkan seperti terkena "jerangkap samar" pasti akan memakan masa. hingga bila agaknya susah untuk mendapat kepastian. Sementara itu apa yang mampu dibuat ialah melapor diri pada yang Maha Bijaksana dan mohon pertolongan Nya. Semoga tidak lagi terkena "jerangkap samar" dalam melalui kehidupan terutamanya kehidupan yang sudah hampir kepenhujungnya.

Sunday, May 3, 2009

keserasian

Tidak lama lagi satu keputusan amat penting dalam hidup munkin terpaksa dilakukan .Ramai orang kata apabila kita menghadapi sesuatu masaalah, selalunya kita mendapat perasaan fahaman yang seolah-olah ada perkara-perkara dalam hidup yang tidak boleh diubah.Sekali fikir ungkapan itu tidak betul. Tapi bila fikir dalam-dalam perasaan lagi jadi celaru. Mudah saja orang memberi nasihat. Jangan fikir panjang dan jangan fikir susah-susah. Ingat saja Allah dan bertekad bahawa kita mesti percaya qadha dan qadar. Tapi Allah pun suruh kita berfikir. Jadi bagaimana kita membuat pertimbangan.

Fakta keserasian dalam hidup, adakah ia dalam pemikiran atau ia dalam perasaan? Keserasian dalam hubungan melibatkan banyak fakta.Kalau dalam hukum hakam Islam kalau sesaorang itu berhajat mendirikan rumah tangga maka faktor sekufuk harus diambil kira sewajarnya. Nanti takut -takut tidak terjalin keserasian. Tetapi definasi sekufuk pun susah hendak dihurai tepat-tepat. Adakah dari latar belakang fakta sosio-ekonomi, pendidikan, status sosial ibu bapa dan lain sepertinya atau apa sebenarnya.

Oleh yang demikian kata Tok Guru , kita pegang saja fakta iman, iaitu pendidikan agama. Ini pun sebenarnya pun susah untuk dibuat pengukuran dalam masa yang singkat, kerana iman bukan boleh diukur dengan kelulusan yang terbukti di atas kertas. Dengan pemerhatian yang agak lama pun sesaorang tidak dapat menentukan tahap keimanan yang sebenarnya kerana keluhuran iman perlu kepada pembuktian. Pembuktian yang bagaiman pula yang harus dilihat. Nyata kesmua ini tidak dapat sesaorang itu menentukan dengan keyakinan seratus peratus.

Menapa pula kita mengatakan demikian? Mungkin kerana fakta keserasian ini ada kaitan terus dengan latar belakang sosio budaya yang dilalui oleh sesaorang. Ia juga ada kaitan terus dengan pengalaman senang susah yang dilalui ketika remaja, dan juga kepada latar belakang keibu-bapaan yang dialaminya. Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita pegang.

Terpulang........................................

.......bicara sambungan dari Emabah ke Huzaifah

Semalam di Port Dickson Embah tengok Ujai telah melangkah setapak lagi dalam kematangan minda. Ujai baru berumur 3 tahun 7 bulan tetapi tak nak berpisah dengan Akif. Mesti naik satu kereta. Betul-betul Ujai nangis. Embah tak sangka ujai dah mula ada semangat kita bersatu kita bersama, dalam apa keadaan sekali pun.Nak minum pagi pun Ujai cari ayah dan ibu.Dah jumpa baru nampak lega. Semoga kematangan ini berterusan kerana ini adala bibit kekuatan bertindak.

Untuk ada kekuatan dalam perjuangan kita harus mempunyai perasaan kasih sayang yang kuat, dan komitmen yang luar biasa. Setengah orang kata "we must have passion".Sikap ini boleh membuat kita FOKUS kepada objektif yang kita nak capai. KIta tidak akan rasa meraba-raba dalam memilih tindakan mana yang lebih baik untuk mencapai sesuatu.

Ujai masih terlalu muda untuk faham ini. Jadi Emabah tulis supaya dewasa nanti Ujai boleh baca. Betul tak yang Embah kata ini.Embah teringat pesanan seorang pejuang Palestin yang datang ke Kuala Lumpur tahun lepas dan dia berbicara tentang bagaimana kita boleh terus berjuang untuk membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa. "We must stay focus" Komitmen untuk membebaskan Al Aqsa adalah sama seperti komitmen solat, puasa dan sebagainya. Sebab isu al Aqsa disebut nayata dalam Al Quran. Kalau kita tidak ada komitmen ini, kita pasti senang putus asa.

Satu elemen penting dalam sikap sesaorang yang komited dalam perjuangan ialah TIDAK MENANGGUH KERJA. Masa adalah fakta penting dalam apa jua, terutama dalam perjuangan menegakkan kebenaran Allah. Antara dorongan untuk tidak menanguh kerja ialah kita harus YAKIN PADA KEMAMPUAN KITA. Kita jangan membanding kebolehan kita dengan kebolehan orang lain. Kalau kita membanding sesuatu yang kita tidak jelas takut-takut nanti kita terperangkap dalam SINDROM MANGSA (victim syndrome). Ini amat bahaya kerana ia pasti melemahkan semangat dan akan membuat pemikiran kita kabur dan suka bersikap "apologectic", iaitu cepat memaafkan diri jika menemui kegagalan.

Apabila kita bertemu dengan masaalah jangan cepat menhukum, "do not be judgemental too soon".Semua manusia berbeza. Oleh itu kita jangan suka membanding diri kita dengan orang lain denga tanpa sebab. Takut sikap suka membanding-banding dalam hal yang tidak perlu akan merugikan kita. Kita hendaklah yakin pada keistimewaan yang ada dalam diri kita. Kita bina keistimewaan ini. Kalau kita suka membanding, takut nanti keistimewaan ini nampak kecil dihati dan taku ia akan runtuh sebelum kita dapat membinanya.

Seperkara lagi ialh kita mesti yakin pada kekuatan yang ada pada diri kita, zahir dan batin. Yang lebih penting di sini ialah kekuatan batin dapat memperkuat kekuatan Zahir. Inilah yang istimewa pada diri seorang Muslim dan Mukmin. Kalau kita agak ragu mengenal pasti dimana kekuatan kita sebenarnya, maka kita mesti berani mencuba. Tiap-tiap kegagalan dalam percubaan itu adalah lebih baik daripada berfikir kosong dan berdiam diri. Dan kita harus mencuba berulang-ulang. "Practice makes Perfect". Dan apabila hasil kejayaan sudah mula nampak kita mesti meneruskan tanpa berhenti. "Do not Rest on your Laurels". Takut ini memerangkap diri sendiri.Kita harus mencapai sesuatu yang mesti boleh dikekalkan, (must be sustainable).

Hingga di sini dulu. Nanti Emabah sambung lain. Cuma Embah nak turunkan dibawah ini beberapa kunci kejayaan yang sekarang terfikir:
  • Lihat sekeliling dan kita bina keinginan positif yang ada pada diri kita.Keinginan ini mungkin timbul dari dalaman dan mungkin timbul dari luaran. Harus rajin memerhati dengan minda dan hati.
  • Berazam untuk menambah ilmu pengetahuan. Pastikan setiap hari kita tambah satu maklumat baru.
  • Apabila sudah ada maklumat, jangan simpan sahaja. kita berusaha melaksana maklumat itu.
  • Kita mesti harus sentiasa optimis dalam segala usaha kita. Kita bersabar kerana Allah telah berjanji baha Allah adalah bersam dengan orang-orang yang bersabar.
  • Sentiasa bayangkan akan Pertolongan Allah pasti sampai.
  • Buat perkara yang baik setiap hari. Kalau berdakwah yang khusus, jangan berhenti walau sejenak. Semasa berhenti itulah musuh kita Syaitan akan memasuki diri.
  • Sikap berdisiplin amat penting dan kita mesti berusaha secara konsisten. Usaha kita mesti berterusan. Kalau 'jatuh' bangun balik.
  • Juga penting kita mesti ANJAL dalam melaksanakan sesuatu. Jangan mudah prejudice. Cari jalan-jalan alternatif.
  • Apabila kita bercakap dengan sesaorang, kita harus ingat agar kita becakap dengan mengambil kira kemampun orang itu. Jangan kita hairan diri sendiri sahaja.




Saturday, May 2, 2009

....PERGINYA SAADAH DIN

Hari ini rasa sayu kerana tiada lagi rakan ku Saadah Din.Allah lebih sayang padanya dan telah menjemputnya uuntuk pulang kepangkuan Nya.Agak terkilan tidak dapat menziarahinya dan tidak dapat mensolat dan mendoakan nya. Namun aku sunguh-sungguh memohon semoga Allah telah meredhainya dan menempatkan dia bersama-sama para syuhada', sidiqin dan solehin. Moga alam Barzah merupai taman tempat ia beristirehat sambil menunggu hari Penentuan, dan semoga Hari Penentuan itu hari yang mudah baginya. Inilah doa ku untuk diri ku dan inilah doa yang ku pohon bagi teman yang telah banyak membantu hidup ku terutamanya semasa bertugas dahulu.

Allah yarham Saadah Din sentiasa manis rupa muka, sentiasa gelak dalam celah-celah kemarahannya dan akan menjelingkan matanya bila tidak gemar pada sesuatu di depan nya.Jiwanya murni, suka membantu dan amat sayang pada anak-anaknya. Setiap insan melalui pahit manis dalam hidup, dia pernah berkata. Tapi sikapnya positif dan ia punya 'sense of humour' yang tinggi. Tidak berhenti tertawa kalau bersamanya. Orangnya murah hati. Selalu sahaja menjemput rakan dan staf di pejabat menjamu selera di rumahnya. Dia selau berlapang dada walaupun aku tahu ada perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan semuanya.

Dia amat peka dengan cara anak-anaknya membawa diri dalam hidupnya dan sentiasa membantu dengan cara yang boleh menyentuh hati orang yang memahaminya.Hingga akhir hayatnya, ada anak yang sentiasa bersamanya."Tak boleh jauh dai Mak" katanya dengan senyum lebar tetekala ku ziarahi dia di rumahnya.Walaupun ketika itu ia sudah nampak amat uzur, tapi masih boleh menunjukan keazaman yang yang tinggi untuk terus memperjuangkan diri dalam dunia Allah yang Fana ini. "Sobah you must come again and I will cook lunch for you" katanya sambil ia memeti k pucuk daun keledek dan labu yang ditanam di belakang rumahnya untuk ku bawa pulang. Akan sentiasa aku ingat ini kerana sifatnya yang sentiasa suka meraikan kawan-kawan.

Itulah Allahyarham Saadha Din. Rasanya sampai di sini aku mampu memperingatinya kerana rasa sayu ini amat ku rasakan.Lagi sekali ku berdoa bagi diriku dan dirinya semoga Allah menerimanya dan taman-taman Syurga tempat ia kembali. AMIN.

Friday, May 1, 2009

RASA NAK MARAH, RASA MARAH

Pagi ini timbul semula rasa dendam nak marah pada sesaorang yang diri ini sekarang rasa hampa dan kecewa untuk berbicara apa jua. Marah kerana nyata diri ini tidak pandai menilai, tidak pandai meneka.Kata ustaz kalau marah sedang duduk, hendaklah berbaring. Kalau marah sedang baring hendaklah bangun. Kalau masih marah hendaklah ambil wuduk.
Dalam kehidupan ini pasti ada ranjau yang harus dilalui, ada bukit bukau yang pasti perlu didaki dan ada bermacam karenah yang perlu ditangani. Ini rasanya mudah diatasi jika ada keyakinan dan ada harga diri.Bagi wanita, harga diri adalah elemen yang paling dipegang kuat dihati. Tapi pastinya semua insan perlu ada rasa harga diri. kerana jika hilang rasa harga diri seperti kebanyakan remaja Malaysia, maka mereka terpaksa direhatkan di Pusat Serenti untuk melihat semula minda dan hati.
Kebanyakkan wanita akan tergugat harga diri jika merasai kasih dihati di perenyuk seperti tak guna lagi. Tetapi setengah orang mengatakan perasaan itu bukan berasaskan prinsip-prinsip hadith dan al Quran.Itu mengikut syaitan.Jika tidak dibendung, akan terjerumus di lembah kebinasaan. Fakta inilah yang selalu dipergunakan oleh pihak-pihak yang berpegang dirinya yang benar, prinsipnya luhur mengikut panduan Rasulullah tersayang. Jika di sentuh perihal Rasulullah ia tak boleh dibincang sewenana-wenang takut terjerumus ke arena yang sesat dan menyesatkan. Jadi wanita selalunya terperangkap atau seolah-olah seperti terperangkap dan ini amat menyedihkan.
Esuk lusa rasa seperti ini munkin lenyap seketika terselit dalam lipatan-lipatan hidup yang sentiasa kesibukan. Oleh itu kena cari sudut-sudut keindahan yang Allah berikan walaupun kita serba kekurangan. Di sisi Allah pastinya terletak keadilan yang tidak dapat dipertikaikan. Manusia akan sentiasa cuba memperbenarkan tindakan kerana keselesan EGO mesti terus dipertahankan. Ini sebenarnya masaalh insan, mahu sentiasa rasa dirinya diraikan. Jika tidak akan timbul kesangsian kerana tidak lagi duduk di 'center stage' dalam kehidupan.Dalam masyarakat politik, masyarakat perniagaan atau peringkat mana jua, ego 'center stage' ini amat dalam berkesan dijiwa insan.
Kesimpulanya kita kembali kepangkal jalan, iaitu Fitrah Allah mencipta semua kejadian. Hanya sanya Dia sahaja yang maha menetahui keburukan dan kebaikan jika kita sampai di persimpangan jalan. Bukan 'tepuk dada tanya selera' sebagai jawapan tetapi munajat di malam sunyi untuk penjelasan dan  untuk mendapat rahmat belas kasihan sebagai bekalan seterusnya dalam kehidupan. Agar nanti di Alam Barzah kita dapat beristirihat dalam penuh kepuasan, merasa nikmat allah yang kekal berpenjangan. Amin.

KAU KAN KU BELA........

Baru aku mengerti penderitaan,
Baru ku merasai kepahitan, kepedihan yang kau lalui berlarutan
Aku rasa berdosa kerana lalai untuk memperdulikan......
Kini aku rasa terseksa, aku rasa kecewa
Kerana kian lama aku hanya bersantai gelak ketawa.....
Aku biarkan kau bermati-matian
Aku biarkan kau melawan Zionist yang bertuhan syaitan
Sendirian...................

Tidak......tidak......
Aku kini bangun mahu bersama Mu
Dan engkau tidak akan aku biarkan
Kerana Palestin bumi mu, ia juga bumi ku
Kurnia Allah tak akan aku lepas begitu
Biar putih tulang ini
Biar kering darah ini
Biar putus nyawa, tak akan aku berputih mata
Aku bersumpah penjajah durjana tak akan terus bermaharajalela
Kau akan ku bela.....

Al Aqsa akan ku tuntut kembali
Agar tidak lagi Ia kesunyian menanti hamba-hamba yang beriman sejati
Munkin aku tidak berkesempatan melihat kau bebas nanti
Tapi akan ku bangkitkan waris keturunan ku kukuh jati
Supaya mengikut jejak-jejak Salahuddin Al Ayubi
Berjuang, berperang tidak takut mati
Membenteras kezaliman dengan usaha yang bertubi-tubi

Gaza.........
Kau benteng pertahanan terakhir bumi barakah
Kan ku bela, dan aku bersumpah tak akan menyerah
Kerana janji Allah tetap benar dan aku akan pasrah
Membina iman yang kental, menegakan kebenaran tanpa keloh kesah.

Aku yakin Zionist Israel akan lari bertempiaran
Dan akan tertegak kembali kegemilangan Islam
Pertolongan Allah amat dekat, aku tak ragu dan aku tak bimbang
Hanya perlu ikut perintah Nya dan tinggal yang dilarang
Ini tekad yang ku junjung dalam perjuangan,
Untuk bumi Palestin yang ku sayang.
Related Posts with Thumbnails