"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, August 31, 2009

Malaysia Merdeka - Jangan Lupa Masjid Al Aqsa

Malaysia telah Merdeka dan rakyatnya hidup mewah dan aman dari peperangan. Alhamdulilah. Dalam kesenangan dan kemewahan, janganlah pula kita lupa akan Masjid Al Aqsa yang ada di Palestine yang sedang dijajah oleh kuasa yang amat zalim, iaitu Zionist Israel.


Walaupun kita Merdeka, pengaruh Zionist keseluruh dunia adalah begitu halus sekali kita tidak akan menyedari. Eluk kita baca 'The Jewish protocol' kalau kita ada peluang supaya kita peka cara bagaimana mereka menjajah minda fikiran kita. Dengan tidak disedari kita mengikut jari telunjuk mereka. Bila kita sudah baca dokumen ini barulah kita dapat mengenal pasti strataegi mereka. Kalau kita masih berkerja, membaca dokumen ini menjadi amat penting kerana kita dapat berwaspada supaya kalau kita terlibat dalam penggubalan dasar untuk keluarga, masyarakat dan negara kita tidak akan tertipu dengan propaganda halus dan licik mereka.

Antara yang nyata ialah dasar kita dibidang hiburan dan rekreasi. Zionist mahu melekakan kita kesatu tahap di mana kita akan sentiasa lagha, dan anak-anak muda dan dewasa suka dengan budaya lepak dan santai. Dengan cara ini kita akan lemah dari segi keimanan. Dan ini yang mereka suka kerana mereka takut dengan Islam sebenarnya dan cuba merosakkan orang-orang Islam dengan cara ini supaya tidak bermaya dari pemikiran untuk melawan mereka. Dan orang Islam mudah di beli dan dipermain-mainkan.

Kita mungkin susah hendak mempercayai strategi ini sedang terlaksana di sekeliling kita. Tetapi percayalah bahawa ini adalah fakta benar. Maka kalau semua orang Islam di seluruh dunia menjadi lemah, maka Palestine akan terus menjadi milik mereka. Di situ letaknya Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa. Masjid Al Aqsa adalah Masjid kita. Allah telah sebut dalam al Quran bahawa bumi barakah itu adalah milik orang yang beriman. Masalah di Palastine adalah masaalah kita, bukan masalah Arab sahaja.

Dalam bulan Ramadhan yang barakah ini mari kita sekurang-kurangnya berdoa semoga Allah perkuatkan iman dan tekad kita untuk membebaskan Palestine dan Masjid al Aqsa. Banyak cara yang boleh kita buat tetapi sekurang-kurangnya kita banyak munajat untuk kesejahteran kita dan juga rakyat Palestine dan semua mujahid dan keluarganya di mana jua mereka berjuang.

Malaysia telah merdeka. Kita teruskan dengan doa semoga Allah melindungi kita dari tipu daya syaitan dan kuncu-kuncunya. Amin.

Sunday, August 30, 2009

52 Tahun Merdeka - Di Mana "Kemegahan" Kita.

Alhamdulillah, Allah kurnia kebebasan. Aku terus berdoa semoga kebebasan ini bukan sahaja dari segi politik dan pentadbiran tetapi juga dari segi minda dan sikap.Di ambang menyambut ulang tahun kemerdekaan ini ada soalan yang masih belum terjawab dan masih menghantui fikiran, iaitu soal Bahasa dan kaitannya dengan Pembangunan negara,terutamanya dari soal ekonomi dan menjunjung agama Islam kerana al Quran adalah untuk manusia sejagat.

Ketika mencapai kemerdekaan, aku baru berumur 10 tahun. Belum faham banyak perkara. Belum tahu erti kemerdekaan atau kebebasan atau tamatnya penjajahan. Dan tidak ada dalam ingatan ku bagaimana sambutan kemerdekaan diadakan di Pontian Johor. Mungkin kerana waktu itu aku tidak terpilih untuk mewakili sekolah berbaris di padang atau sebagainya. Dan waktu itu keluargaku terlalu miskin dan radio pun tidak ada untuk mendengar berita dan apa-apa jua pengumumun.

52 tahun dulu aku masih di "special Malay class 1", iaitu tahun 4 dalam sistem sekarang, cuma pada ketika itu semuanya dalam Bahasa Inggeris. 'Megah dan seronok' pulak tu dapat masuk sistem itu. Bukan sebab apa pun.....cuma abang dan kakak masuk dalam sistem yang sama. Kakak-kakak yang tua lagi cuma sekolah Melayu atau sekolah dewasa. Dan kalau tak silap ingatan, sistem Aliran Bahasa Melayu (Malay Medium Schools) bermula dalam tahun 1963. Aku tak tahu dan tak ingat sistem sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau tamil itu bagaimana bermula. Cuma yang aku terfikir sekarang kenapa agaknya sistem ketika itu demikian. rupa. Cuma yang dapat diingat dan difahamkan ialah untuk mendaulatkan Bahasa Melayu maka akhirnya sistem yang berbahasa Inggeris ditamatkan. Tetapi Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil berterusan hingga hari ini untuk sekolah rendah.

Satu perkara yang telah lama terfikir dan telah berbincang-bincang dengan kawan-kawan ialah kenapa kita orang Melayu tinggal bersama dengan orang-orang keturunan Cina yang bilangannya hampir sama, tetapi tidak boleh berbahasa Cina, setakat bertutur pun tidak boleh. Adakah satu yang mustahil untuk diadakan dasar pada ketika itu dimana Bahasa Melayu didaulatkan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi orang-orang Melayu juga digalakkan memilih bahasa Cina atau Tamil untuk dipelajari serentak. Sebab apa terfikir begitu? Mari kita sama-sama fikir.

Sekarang ini kita wujud dalam dunia tanpa sempadan (world without boarders) tetapi rata-rata orang Melayu tidak boleh berbahasa Cina (sekurang-kurangnya) walhal ramai orang Cina di Malaysia. Kalau pengajaran dan pembelajaran Bahasa tidak dilaksana secara rasmi, maka sememangnya sukar untuk dipelajari. Tamabahan pula yang rasa amat terkilan sekarang ialah kita tidak dapat "bermesra" dengan orang-orang keturun Cina sebab kita tidak bertutur dalam bahasa mereka. Memang boleh kita berbuat demikian dalam Bahasa Melayu, tetapi tidak sama keberkesanannya, tidak sama kemesreannya.

Aku cuma memikirkan sedikit sahaja. Oleh kerana tidak dapat rasa "mesra" maka kalau kita hendak berdakwah mengenai Islam, ia menjadi amat terhad. Peranan Bahasa amat penting untuk "to win the hearts and minds" bagi sesuatu kelompok manusia. Sebab itu di dunia sekarang ramai yang boleh berbahasa lebih dari tiga. Kita di Malaysia agaknya dahulu tidak terfikir soal global dan tidak ada gerakkan dakwah ketika itu yang berfikiran global. Kita cuma berfikiran Melayu, tetapi dalam ingatan saya amat sedikit tersentuh dengan gerakkan Islam jika ada sekalipun.

Tetapi apa nak buat, nasi sudah menjadi bubur. Cuma kita harus mendidik anak-anak generasi kini supaya berfikiran besar.(Think of the BIG picture, and not only the small picture). Ia bermula dengan sistem pendidikan kita. Boleh atau tidak sistem ini dikaji semula dan meletakkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dijadikan agenda penting dalam perancangan menyusun semula struktur pendidikan. Oleh kerana kita adalah negara yang rakyatnya berbilang kaum, maka mungkin kita perlu tambah setahun lagi di peringakat sebelum University. Bukan bahasa sahaja yang hendak dimantapkan, pengajaran asas moral dan agama pun perlu diperkuat. Jadi mungkin kita tidak perlu "graduate at age 17" untuk sistem pendidikan menengah. Mungkin perlu tambah setahun lagi dan umur tamat menengah menjadi 18 tahun. Sudah tentu ini akan melibatkan kos yang tinggi. Tapi Malaysia adalah satu negara yang kaya dengan minyak dan lain-lain lagi. Setakat menambah kos ini aku percaya ia suatu yang mudah kalau kita bebar-benar serious. Kita tidak perlu ikut sistem negara lain walaupun mereka negara maju. sebabnya kepentingan kita tidak sama dan tidak serupa.

Sebenarnya dahulu semasa aku masih di Kementerian Pendidikan, aku pernah menyuarakan hal ini. Tidak sangat dalam hal bahasa tetapi dalam hal pendidikan moral dan Islam. Kepada dua orang Menteri pernah ku katakan berdepan seorang dengan seorang. Tetapi tidak dikira mustahak untuk diterima. Tidak apalah. Janji aku telah katakan. Kerana manusia kadangkala tidak mendengar apa yang dikata, tetapi mendengar siapa yang berkata.

Jadi sebagai kesimpulan, aku rasa agak kebingungan sekarang. Kita merdeka tetapi tidak menguasai ekonomi negara, banyak sebab dan antara sebabnya kerana Bahasa Cina tidak dikuasai oleh orang-orang Melayu. Bahasa Inggeris pun orang Melayu lemah. Jadi di mana letaknya "kemegahan" kita dalam satu negara yang telah Merdeka setengah abad ini.

Aku menyedari perbincangan ku ini agak cetek. Tetapi diharapkan ada diantara generasi muda kita yang mahu memikirkan bagaimana kita boleh mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama boleh menguasai juga bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Ini baik untuk ekonomi negara dan baik untuk dakwah Islam kerana kita mesti menjawab soalan yang Allah tanya dalam al Quran dalam surah 81, (At Takwir) ayat 26 yang bermaksud: "Maka ke manakah kamu hendak pergi (sekiranya kamu masih menyeleweng dari jalan al Quran)" Tanggung jawab berdakwah adalah tanggungjawab semua yang Allah beri kemampuan dan akal fikiran.
Wallahu'alam.

Friday, August 28, 2009

PAKAIAN KU

Saban hari ku renong diri
Ku renong kanan, ku renong kiri
Ku tanya aqal, ku tanya hati

Di mana letaknya keindahan murni
Di mana asasnya kesejahteraan abadi

Setengah abad telah berlalu, jauh berlalu,
Ranjau dilalui, sungai diharungi,
Bukit didaki, hutan tebal direntangi
Namun belum cukup mengerti hakikat pengabdian diri
Belum dapat merasai kasih sayang sejati dari Ilahi.

Belum berdebar gementar hati sanubari
Bila disebut nama Allah yang Maha Tinggi
Belum menitis air mata ke pipi
Bila melihat kemungkaran di sana sini
Lantaran hidup sering dibuai mimpi
Ibadah ritual disangka sudah mencukupi.

Nasihat guru terningiang di telinga
Saat ketika pintu taubat masih terbuka
Qalam Allah satu persatu ku semak semula
Cari erti pakaian taqwa yang termaktub di dalamnya
Untuk perisai perjuangan membela diri dan agama
Mencari erti bahagia sejahtera di sini dan di sana.

Sampai masa aku di arah mengundur diri
Semoga aku cukup redha dan Allah meredhai.

Thursday, August 27, 2009

HELLO TOKYO !

Tonight at the Terawih prayer a friend asked if my daughter is still in Tokyo. No, she is back here in Kuala Lumpur for good and I think she is 'struggling' to care for 3 sons aged four, two and a half and 7 months old baby.

But I have my sister's grand son in Japan, somewhere. I wish he would read my blog and tell me where he is. He is doing Engineering all in Japanese. He's been there almost a year now and, knowing him, I think he's ok. Firdaus, are you okay? Tell me about Ramadhan in Japan.

Before he left for Japan, we had a long talk about mastering the Japanese language for Dakwah purposes. Other than engineering terms, he must also learn words that are essential to be used in explaining to the Japanese people about Islam. When my daughter was in Tokyo and my son in law was the Imam in Akasuka Masjid, I could not find books in Japanese for children about Islam. Those translated by the Saudi Embassy are to high for children So I am hoping Firdaus will one day be able to write simple story books for children on what Islam is all about. May Allah grant him the will power and the skill to keep this dream of writing alive. May Allah grant him the time and space to achieve this dream. Amin.

Wednesday, August 26, 2009

RENUNGAN RAMADHAN - kalau tunggu selepas bersara

Pada hari baik bulan baik ini, Ramadhan Kareem, saya teringat sembang- sembang saya dengan anak-anak bila kesempatan kerana hari ini saya rasa kurang sihat.Tambahan pula ini tadi di kelas tafsir harfiah ada kawan yang mengatakan ustaz pesan jangan samapi masa mengaji menuntut ilmu terlalu padat hingga tidak berkesempatan untuk memunafaatkan ilmu yang telah ada di dada.

Dalam konteks itu saya selalu mengingatkan anak-anak saya jangan bertangguh untuk buat perkara-perkara yang baik. Kalau tunggu lepas bersara bagi yang makan gaji, swasta atau kerajaan, percayalah ! keadaan kesihatan tidak seperti dulu lagi. Mata kabur dan lutut kendor adalah sebahagian dari kekurangan itu. Saya dah kata awal-awal lagi bahawa antara perkara yang baik yang tidak boleh ditangguh-tangguh ialah  menuntut ilmu sebanyak mungkin. Sibuk dan tidak ada masa itu adalah alasan semata-mata. Pepatah Melayu kata: hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh. Janji-janji Allah yang dapat difahamkan mengatakan: Buat apa yang Aku suruh Rahmat ku akan bersama. Kalau kita benar-benar dan sungguh-sungguh pasang niat, Allah akan turunkan pertolongan dan beri kemudahan. Tidaklah pula nak kata kita tak perlu bersusah payah. Dalam bersusah payah itulah Allah nilai komitmen kita.Kita iringi juga dengan doa yang tidak putus-putus kerana Rahmat Allah tidak boleh diambil ringan.

Saya  suka bercerita pada anak saya semasa saya mengikuti kursus Diploma Pengajian Islam di UKM dalam pertengahan tahun lapan puluhan dahulu.  Jalan di Sungai besi itu amat jem kerana lumba kuda. Kelas diadakan setiap Sabtu  jam 3 petang hingga 7 malam. (Tak silap ingatan begitulah.) Pergi jem balik pun jem. Kereta saya pun tidak ada hawa dingin. Kepanasan tak terkira. Tapi alhamdulilah, saya dapat menamatkan kurus itu. Saya tak pergi ambil Diploma itu pun sebab saya hanya mahu ilmunya. Saya selalu ulang-ulang pada anak saya cerita ini. Dia senyum lebar saja. Sekarang dia ada Masters degree. Takkan diploma pengajian Islam tak boleh buat. Tak kira apa cara sebenarnya, atau apa format pengajian sekalipun. Yang penting kita mengaji sekarang bukan tunggu bila dah bersara.

Kalau setakat diploma itu pun kita belum boleh berpuas hati. Ia hanya setakat "touch and go".  Belum mendalam langsung. Ketika itu saya cuba mendaftar Diploma Syariah dengan harapan untuk lebih mendalam. Tetapi tidak dibenarkan kerana ramai yang belum pernah mendaftar, berpusu-pusu  untuk mendaftar. Ketika itu tidak banyak University yang menawarkqn kursus seperti itu. Kemudian  setelah tiga tahun (1990) saya mendaftar pula Diploma Islamic Studies di University Islam Antarabangsa. Konon kalau nak dakwah dalam Bahasa Inggeris, tahulah sedikit sebanyak istilah-istilah yang digunakan. Semua ini perlu jadi 'juggler' dari segi masa. Kalau kita kata kita sibuk dengan anak-anak, percayalah ! nanti bila sudah bersara kita disibukkan pula dengan menolong tengok-tengokkan cucu. Waktu mana pun dugaan pasti ada. Kalau kita mengaji pasal Islam anak dan cucu kita pun akan dapat munafaatnya.

Bila dah bersara, percayalah! masa akan jadi lebih pendek. Sebab buat kerja makin lambat. Ingatan pun makin kurang. Nak buat hafalan doa atau ayat-ayat lazim pun terpaksa mengambil masa berulang-ulang kerana sel-sel di otak telah banyak yang lemah. Kemudian bersusah payah  pula dari segi mencari masa. Bukan sahaja buat kerja makin lambat, kita perlu masa berehat lebih panjang kerana badan sudah tidak steady seperti dulu.

Kalau tunggu selepas bersara baru nak mengaji, bila pula nak laksana. Laksana untuk diri sahaja tidak mencukupi. Kita kena laksana konsep ilmu yang dimunafaatkan seperti yang dituntut dalam Islam. Kalau kita duduk atas jawatan yang boleh menggubal dasar, tetapi kita tidak ada ilmu tentang Islam, maka ada kemungkinan dia jadi "counter-productive" dari segi Islam. Risiko nya amat tinggi. Kadang kala takut buat dasar yang terus terang bercanggah dengan Islam.(mohon Allah simpangkan).

Tambahan pula, proses pembersihan hati nurani makan masa yang panjang, Namun  saya tidak nafikan ada yang tidak begitu kerana semua mengikut kehendak Allah. Tetapi eluklah kita berikhtiar lebih dan buktikan kesungguhan pada Allah swt. Selain dari kelas-kelas yang formal seperti diploma yang saya sebut di atas, kita perlu menghadap Tuan Guru dalam kumpulan yang kecil supaya dapat bertanya kemusykilan. Nak cari guru yang mursyid pun satu usaha yang mencabar. Ia proses yang berterusan insyaAllah hingga kita rasa mantap demgan ilmu yang kita perolehi.Banyak konsep dalam Islam yang perlu kita faham. Yang terpenting di sini  ialah kefahaman aqidah. Ini kita tidak boleh tunggu hingga bersara baru nak mula.Kerana ilmu tauhid itu kait mengait. Jadinya banyak ilmu yang perlu dipelajari serentak.

Sebagai kesimpulan, Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu kifayah amat luas. Yang Fardhu Ain mesti beres dulu. Kerana itu pokok. Jangan tunggu lepas bersara. Jangan buat alasan tentang masa dan kesibukan kerja.  Dalam umur Emas ini pun saya  masih terus mencari dan mengaji. Alhamdulilah Allah masih beri ruang dan peluang. Kadang-kadang  rasa terkilan juga tidak mula dari umur dua puluhan. Umur tiga puluhan baru mula pandang kiri pandang kanan., pandang belakang dan pandang depan. Saya mohon Allah ampunkan dosa kecuaian dan ketidak- pekaan ini.

Ada peristiwa-peristiwa yang unik dan mendebarkan dalam proses mengaji  dan mempelajari yang saya lalui. Mungkin saya kongsikan dilain kali. Perjalanan saya masih jauh, masih banyak yang belum diterokai,  masih banyak yang belum difahami. Tetapi masa makin singkat. Kesihatan dan kekuatan minda makin terhad Semoga Allah sentiasa memberi pertolongan dan memandu saya kejalan yang lurus kerana dalam mencari-cari dan memahami kewujudan makhluk vis-a-vis kewujudan Allah, banyak ranjau disepanjang jalan. Hanya Allah yang maha mengetahui dan Allah yang maha  berkuasa atas segala sesuatu. Kita mohon perlindungan dari Syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan. Semoga kita dapat merasakan kasih sayang Nya dan semoga Allah meredhai hingga keakhir hayat. Amin.

Tuesday, August 25, 2009

"CERITA-CERITA" RAMADHAN 2

Hari ini bilangan kawan yang bersama dalam tadarus sepanjang hayat bertambah 3 orang lagi. Alhamdulillah. Mungkin esuk ada lagi yang ingin memecah tradisi kebanyakan Masjid supaya bertadarus sambil membaca terjemahan atau tafsir. Alhamdulilah, cuma perlu istiqamah dan peka bahawa ilmu "is not an end in itself. It is a means to an end". Ada seorang kawan kata , kita jangan asyik sibuk menuntut ilmu tetapi tidak memunafaatkan nya. Dan, kata beliau, kita munafaatkan untuk diri dan juga untuk orang lain. Kerana dalam Islam kita dituntut untuk menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Belum sempurna Iman kalau tidak sama-sama memikirkan tentang kebajikan orang lain.

Pada hari puasa yang kedua, Pertubuhan Mawaddah Malaysia meraikan lebih kurang 50 orang anak yatim dari Jalan Kebun, Kelang. Saya hanya membantu sedikit kerana badan kurang sihat. Ia dianjurkan bersama dengan beberapa individu dan pelajar UNISEL. Usaha yang kecil tetapi seronok melihat mereka seronok. Tapi yang mengkagumkan saya hari itu ialah apabila bersolat jemaah dengan anak-anak perempuan. Ketua mereka menjadi Imam seperti dilatih oleh gurunya. Ia berumur lebih kurang 15 tahun dan setiap perlakuan ia sungguh tertib. Ruku' nya lama dan sujudnya lagi lama. Jarang sekali saya mengalami perilaku ini. Saya ditarbiyah oleh seorang ustaz dari Aceh, Ustaz Faisal, lama dulu lagi supaya lama sujud. Saya sudah amat dewasa ketika itu. Dan yang saya saksikan hari itu mengkagumkan saya kerana mereka masih kanak-kanak. Alhamdulilah. Pengurus dan guru-gurunya amat prihatin untuk mendidik yang terbaik. Anak yatim adalah anak-anak yang istimewa, dan kalau mereka kaya sekalipun kita kena rai'.

Kita sama-sama berdoa semoga mereka menjadi sebahagian dari generasi yang bertaqwa. Amin.

Monday, August 24, 2009

"CERITA-CERITA " RAMADHAN

Alhamdulilah telah dua hari kita menyempurnakan puasa dan hari ini hari ketiga. Tetapi nak cerita sikit. Pada hari pertama aku terpaksa berbuka awal kerana gula dalam darah amat rendah sekali (hypo), dan waktu itu baru jam 10.30 pagi. Aku mengidap kencing manis dan walaupun malam sebelumnya ketika sahur aku telah kurangkan ubat, tetapi keadaan gula dalam darah tidak menentu. Aku rasa lemah dan menggeletar. Itu bukan pertama kali terjadi dan oleh kerana masih ada lebih kurang 9 jam lagi untuk buka puasa, aku terpakasa buka awal kerana takut ia jadi lebih mudharat kalau oxygen tidak naik ke otak. Semoga Allah mengampuni kecuaian ku menjaga kesihatan diri. Kalau ini sudah kehendakNya, maka aku mohon kesabaran dan memohon belas kasihanNya.

Pada hari terjadinya hypo aku terpaksa bergesa-gesa balik dari masjid kerana ketika itu sedang mengikuti sessi tadarus. Alhamdulillah hari kedua keadaan stabil dan semoga hari ini dan seterusnya Allah kurnia kesihatan yang sempurna. Ikhtiar ku ialah memberhentikan pengambilan ubat dan memonitor level gula dengan alat yang diberi oleh hospital.

Bercakap pasal tadarus pula, kumpulan ku cuba untuk bertadarus sepanjang hayat, iaitu termasuk bulan-bulan selain Ramadhan. Kami tidak khatam di akhir Ramadhan kerana tidak kesempatan kerana kami membaca juga terjemahannya dan juga membaca asbabul nuzulnya. Ini tahun kedua dan setakat ini kami baru sampai surah al Khahfi. Dengan cara ini kami mengharapkan kefahaman kami mengenai isi al Quran akan menjadi lebih bermakna. Di samping itu kami juga menghadiri kelas tafsir dan juga tafsir harfiah. Semoga Allah memberkati usaha ini dan kami dikumpulkan bersama-sama orang-orang yang berzikir dan bertafakur dan bersama-sama ahli fikir dan Ulul Albab di akhirat yang abadi. Rasanya masih jauh perjalanan, namun kami memohon keredhaan Allah dengan usaha permulaan seperti ini.

Itu coretan buat kali ini. Semoga esuk Allah masih mengurniakan kesempatan untuk pengabdian yang lebih sempurna.

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan "Cleaning"

During this blessed month of Ramadhan when most people would talk about cleansing the heart and the soul, I am only talking about cleaning my house "again" now that my maid has just left for home and for good. She is a good honest girl about 29 years old and I must say she is better than most whom I had before. But in terms of real cleaning, it is just ok by my standard which was handed down by my dear mother who once worked as a baby sitter when she was about 50 years old. She has now passed away and in Ramadhan I think a lot of her. She would start cooking for breaking fast like at 3 pm and she would get done before Asar prayer. She would then nap a little and later sembang with my sister who lives behind our "family" house.

At this golden age and after having someone else to clean the house, this chore is indeed taxing. But like I used to tell my daughter, if a job has to be done, it must be done and done well. But I will not bother much at this age. This is Ramadhan and I will not spend my time cleaning the house at the expense of doing what is expected of a Muslim during this period. The adzan call for Zohor prayer is now on and I am stopping here just as I promise myself, that is, to do my prayer at the earliest possible time.

And I hope by the Grace of Allah I would be granted his blessing for a perfect Ramadhan.

Saturday, August 22, 2009

A MOMENT IN THOUGHT WITH UMMU MUHAMMAD

On the first day of Ramadhan, I started to read a book entitled "History of Palestine" by Dr. Mohsen Mohammmed Saleh. I love Palestine and reading anything on this subject invoke a feeling of solidarity with the Palestinians. How can you ever forget the trials and tribulations of the people of Palestine, especially on this blessed month of Ramadhan. As a member of a voluntary organization " Pertubuhan Mawaddah Malaysia" we run a modest campaign to collect fund to help ease their difficulties, and this time we collect fund for 'Iftar Ramadhan', that is for the breaking of fast. Not much but it is the thought that counts.Alhamdulillah.

Reading the book, I remember Ummu Muhammad, the widow of the late Sheikh Rantissi who died a martyr a few years ago. Ummu Muhammad was here in Malaysia just after the 23 Days War in March this year building solidarity with the Malaysians on the Palestenian course. A brave looking, self confident woman. Soft in behaviour but strong in thought and deed. The almost one week I protocol her visit makes me feel very inadequate interms of resilience. Her unrelenting drive to fight through all odds to free Palestine makes me a different person in terms of my own personal mission for Palestine, and thus the Al Aqsa Mosque. Al Aqsa is the first Qibla (direction to which muslims pray) for the Muslims.

In this month of Ramadhan Kareem, I call upon the people of the world to understand the problems of the Palestinians and to help and support their fight for freedom. One does not have to be a Muslim to agree with me that the Palestinians have been unjustly treated by the Israelis, who are the illegal occupiers since 1948. But because the Israelis have the strong and undivided support of the West, especially the United States, they appear to be the RIGHT and the Palestinians to be the WRONG. People forget the history of the Palestinian state. They only remember the recent events and because the Israelis (zionists) control the media, electronic and otherwise, they stand to win the heart and mind of the people of the world. Or at least it appears so to me.

May God Allah protect the Right, and my du'a and prayers are with the Palestinians. Amin.

Friday, August 21, 2009

REFLECTIONS FOR THE MONTH OF RAMADHAN.

For a brief and quick reflections I hereby put forth what was written by Muhammad Assad in his "THE MESSAGE OF THE QURAN" for "people who think".

"In the name of Allah most gracious most merciful,
Read in the name of thy Sustainer, who has created
Created man of out of germ-cell!
Read - for thy Sustainer is the Most Bountiful One
who has taught (man) the use of pen - 
taught man what he did not know.

With these opening verses of the 96th surah - with an allusion to man's humble biological origin as well as to his consciousness and intellect - began, early in the seventh century of the Christian era, the revelation of the Quran to the Prophet Muhammad (saw) destined to continue during the 23 years of his ministry and to end, shortly before his death, with verse 281 of the second surah :

And be conscious of the day on which you shall be brought back 
unto God, whereupon every human being shall be repaid in full for
what he has earned, and none shall be wronged.

Between this first and last verses (the first and the last in the chronological order of their revelation) unfolds a book which, more than any single phenomenon known to us, has fundamentally affected the religious , social and political history of the world. No other sacred scripture has ever had a similarly immediate impact upon the lives of the people who first heard its message and, through them and the generations that followed them, on the entire course of civilization.

It shook Arabia, and made a nation out of its perennially warring tribes; within a few decades, it spread its world-view far beyond the confines of Arabia and produced the first ideological society known to man; through its insistence on consciousness and knowledge, it engendered among its followers a spirit of intellectual curiosity and independent inquiry, ultimately resulting in that splendid era of learning and scientific research which distinguished the world of Islam at the height of its cultural vigour and the culture thus  fostered by the Quran  penetrated in countries in countless ways and by-ways into the mind of medieval Europe and gave rise to the revival of Western culture which we call the Renaissance, and thus became in the course of time largely responsible for the birth of what is described as the "Age of Science" : the age in which we are now living."

How true it is. And now Islam is the fastest growing religion in many parts of the world. I am now invitig all citizens of the world to understand Islam and be a Muslim. May Allah Bless you and bless us all. Amin

Thursday, August 20, 2009

DI AMBANG RAMADHAN aku diperingatkan........

Di Ambang Ramadhan Kareem


Di ambang Ramadhan  Kareem ini aku diperingatkan tentang kekuasaan Allah yang maha sempurna dan kesempurnaan ilmuNya yang maha menakjubkan.Alhamdulillah. Kita manusia dilahirkan kosong dari segala-galanya. Allah berfirman dalam surah an Nahl ayat 78 yang bermaksud: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan ia mengurniakan pada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur."

Sebelum itu dalam ayat 77 Allah berfirman yang bermaksud: " Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan tiadalah hal kedatangan hari Qiamat melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi, sesungguhnya Allah amat berkuasa atas setiap sesuatu."

Dan kemudian dalam ayat 79 pula Allah berfirman yang bermaksud: " Tidakkah mereka melihat kepada burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah ) bagi kaum yang beriman."

Antara lain dalam ayat-ayat ini Allah menunjukan betapa maha kasih dan maha penyayang pada manusia dengan memberi kita ilmu dan segala kemudahan untuk mendapatkan ilmu itu. Dia memberikan pendengaran, penglihatan dan aqal fikiran. Dan kemudian dia memberi sedikit contoh untuk kita mula berfikir dengan menceritakan tentang burung terbang yang sekarang ini kita manusia dapat 'mencipta' pula kapal terbang, kapal angkasa dan segala yang lain yang serupa dengannya.

Dan di sini aku ingin memaku dihatiku mesej yang mengatakan " bagi kaum yang beriman". Iman dan taqwa adalah suatu yang Allah tiada kompromi yang harus ada pada setiap diri manusia. Betapa melangit ilmu yang kita ada, betapa besar dan kuat kaum keluarga yang ada disekeliling kita, betapa berbilion dollar yang ada dalam aset dan simpanan bank kita, Allah tidak mengi'tiraf kita sebagai hambanya yang sejati melainkan kita beriman padaNya melalui Rasullulah saw dan ajarannya dari Al Quran dan hadith-hadith nya.

Yang berilmu Allah uji, yang kaya harta Allah uji yang miskin Allah uji, yang kurang keupayaan fisikal Allah uji dan di ambang Ramadhan ini Allah sedang menguji hatiku dan imanku bagaimana menundukan ego. Ini adalah kerana pada masa ini aku sedang merasai bagaimana tersingungnya dan tergurisnya hati kerana ada sesuatu yang berlaku diluar dugaan aku dan telah mengakibatkan sesuatu yang menjadikan hati ini rasa sedih dan kecewa. Pada fahaman ku Ego adalah sebahagian dari nafsu dan nafsu itu Allah kurnia pada makhlukNya untuk tujuan-tujuan pengabdian semata-mata. Ini fakta yang senang disebut, senang disyarahkan tapi amat sukar untuk dihayati. Rasa seperti amat berat di dada ini.

Dengan apa jua kurnia Allah beri pada kita, kita boleh rasa ujub, boleh rasa rasa riak dan boleh rasa ego. Ada ketika-ketikanya dia boleh wujud serentak. Ketika ini, inilah ujian yang terasa amat besar dan di ambang Ramadhan aku hanya mampu memujuk hati dan minda ku untuk bersabar dan supaya tidak berhenti-henti memuji Allah. Aku teringat firmanNya yang menyuruh kita sentiasa memujiNya walau apapun yang terjadi pada diri kita. Mari kita lihat surah An Nahl ayat 75. M. Quraish Shihab memberi tafsir panjang lebar mengenai ayat ini. Walaubagaimana pun aku petik bahagian terakhir sebagai menyimpulkan erti "alhamdulillah" yang disebut dalam ayat sebagai bermaksud " ....ucapan kesyukuran atas telah sempurnanya pembuktian (kesempurnaan kekuasaan Allah)". Ada juga pendapat yang menjadikannya sebagai pengajaran kepada manusia, seakan-akan ayat ini berkata, 'Hai kaum muslimin / manusia, puja dan pujilah Allah yang telah meanugerahkan aneka nikmat kepada kamu dan memberi kamu petunjuk sehingga mengesakan dan mengakui nikmatnya'.

Memang nyata sekali kita mudah bersyukur kalau sesuatu yang berlaku pada diri kita atau sesuatu yang kita dapat raih adalah yang baik dan menyeronokan Ego kita. Kalau sebaliknya kita susah hendak memuji Allah, seolah-olah kita lupa atau tidak lagi menghargai nikmat yang lainnya. Wal hal Allah sememang wajib dipuji dalam apa jua keadaan. Aku diperingat untuk sentiasa peka dan menghayati hakikat bahawa apa jua kejayaan atau kegembiraan yang kita dianugerah adalah kerana Allah telah membenar dan mengizinkan untuk kita. Dan kalau kita dapat mengelak apa jua kejahatan atau kerugian atau yang seperti dengannya adalah kerana Allah lah yang menghalag dari terjadinya perkara itu. Tiada kuasa manusia melainkan apa yang dipinjamkan oleh Allah. Kuasa mutlaq adalah hanya seNya pada Allah jua. Maka itulah kita sentiasa mengucap 'alhamdulillah'. (tafsir alhamdulillah yang lain dalam surah Al Fatihah).

Aku diperingakan supaya memegang prinsip ini kuat-kuat. Tiada daya upaya melainkan dari Allah semata-mata. Jadi di ambang Ramadhan aku pujuk diri ku untuk mengosongkan diri / qalbu dan diisi dengan kalimah-kalimah taubat pada Allah dan kalimah-kalimah pujian untukNya setiap detik pernafasan. Semoga ego dapat ditundukkan dan merasai kekerdilan di sisi Allah swt. Perjalanan melalui Ramadhan ini pada diri ku, aku ibaratkan seperti perjalanan menuju Allah ketika menunaikan ibdah haji. Iaitu satu proses penyician diri menuju Allah yang seolah-olah melalui proses menuju mati. Aku ingin mencapai kepastian bahawa Hidup itu Nikmat dan Mati itu pun Nikmat. Semoga Allah menjadi Penolongku, dan niat dan ikhtiar ku ini mendapat redhanya. Amin.


Wednesday, August 19, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

Ramadhan,
Engkau akan sampai
Mengikut peredaran ketentuan yang maha besar

Hati ku berdebar gementar
Merindui janji kasihNya Allah, tidak tertahan sabar
Namun,
Rasa khuatir juga menyelit keluar
Dari lubuk hati ku yang sangat gusar

Aku insan yang masih belum sempurna pengabdian,
Masih banyak ruang ibadah yang aku tinggalkan
Hati qalbuku masih belum bersih dari pencemaran
Iman ku masih rapuh untuk menolak kemungkaran

Ya Allah, Ya Rahman ! .......
Terimalah diri ku ini untuk meraih nikmat Ramadhan
Bersama-sama hamba Mu yang telah tinggi maqam Iman
Aku ingin diselimuti Nur Cahaya Mu sejahtera tenang.

Aku panjatkan taubah nasuhah memohon belas kasihan
Memohon maghfirah Mu melutut sujud mengakui kekerdilan
Semoga aku tidak Engkau pinggirkan keseorangan
Dosa ku dengan insan lain juga Engkau pertanggongkan
Dengan izin kurnia Ihsan Mu mereka juga dapat keberkatan.

Siapa lagi yang dapat menolong ku, Wahai Tuhan
Hanya seNya zat Mu yang Maha Agong, Maha Menentukan.
Redha Mu ku pohon dari Ramadhan ke Ramadhan
Hingga ke akhir hayat, wahai yang maha Pelembut, Maha Merezekikan.

 Cantik Indah Di Sini, Tiada Terbayang Di Sana

Tuesday, August 18, 2009

PAKU DI DINDING

Suatu pagi aku dan anakku bermesra berbual sambil sarapan pagi. Hari itu bukan hari minggu tetapi dia seperti tidak bergesa-gesa untuk cepat ke pejabat atau ke studio tempat eksekutif2 menghasilkan kerja-kerja animasi untuk pengeluaran filem cartoon dan filem dokumentry yang lain. Anakku membantu boss dalam aspek pengurusan kerana dia tidak ada keterampilan dibidang animasi..

Sedang kami rancak berbual, Suamiku pulang dari bersarapan dengan kawan-kawan dan duduk bersama untuk mengambil ubat-ubatan buat hari itu. Perbualan diteruskan mengenai hal kerja harian. Tiba-tiba ada topik serious yang dibangkitkan oleh anakku pada ayahnya. Suamiku enggan berbincang tentang hal yang ditanyakan untuk ketika itu, mungkin pada lain hari yang lebih sesuai.

Aku cuba "mendesak" kenapa suamiku tidak mahu bercerita ketika itu. Dia berkata, hal ini ada kaitan dengan ku dan nanti takut aku kecil hati. Cerita yang hendak dirahsiakan dari ku rupanyaaku sudah hampir tahu dan aku meyakinkan suami dan anakku bahawa sudah sampai satu peringkat hidup yang tidak mungkin tidak boleh mengendali perasaan walaupun hal itu mungkin mengguris hati.

Cerita punya cerita aku mengambil kesimpulan dan membentangkan kes pada anak ku. Aku mengatakan aku manusia biasa dan pasti boleh merasai rasa gembira, kecewa, takut, insaf dan lain-lain lagi. Itu lumrah bagi semua orang. Dan aku juga mengatakan bahawa aku pun boleh rasa marah. Tetapiaku mengatakan bahawa isu di sini bukan sama ada sesaorang itu boleh rasa marah, atau rasa kecewa, atau apa saja. Isunya di sini ialah kita harus rasa peka mengenai sensitiviti sesaorang Tidak kira siapa. Dan kita seharusnya bersikap cermat dan hati-hati dalam mengambil apa-apa tindakkan atau dalam menyelesaikan apa-apa masaalah supaya tidak menyinggung mana-mana pihak, terutamanya orang-orang yang hampir dengan kita. Hampir dengan maksud pertalian darah atau hampir kerana selalu berjumpa, seperti rakan di pejabat contohnya. Ibarat kata pepatah, 'seperti menarik rambut dari dalam tepung'.Begitulah seharusnya cara kita berhati-hati.

Ini amat penting kerana apabila kita melukakan hati sesaorang, kita boleh memohon maaf dan mungkin kita dapat dimaafkan. Tetapi kesan pada PERASAAN DIHATI tidak dapat diubati serta merta. Mungkin tidak terubat langsung sebab manusia mempunyai tingkatan nafsu dan iman yang berlainan antara satu sama lain. Ibarat kata orang tua-tua "KESAN PAKU DI DINDING, YANG TERPAKU KUAT DAN KEMUDIAN DICABUT". WALAUPUN KITA MENCABUT DENGAN CERMAT, KESAN LUBANG ITU TETAP ADA DAN NAMPAK DI MATA.

Mungkin akan dikata bahawa itu tandanya tahap Iman sangat rendah. Apa jua yang akan dikata, perasaan tersinggung, kecil hati, marah dan sebagainya tetap wujud hingga kesatu masa yang tiada siapa yang dapat menentukan. Mungkin kalau sesaorang itu tahap imannya tinggi, ia kuat munajat dan faham benar-benar apa itu ujian, dan apa itu qadha dan qadar dari Allah swt, mungkin ia boleh bersabar dan boleh menyebabkan kesan yang memaku dihati hapus, dan mungkin hapus sama sekali. Aku pernah medengar ada Ustaz mengatakan kalau kita boleh memaafkan sesaorang atas sesuatu hal terutamanya sesuatu yang amat berat menghempit perasaan, maka Allah malu kalau tidak mengampukan dosa orang ini dan memasukan dia ke syurga.

Ia bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang di sediakan bagi orang-orang yang taqwa,
Ia itu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahaan kemarahannya, dan orang-orang yang memaaf kesalahan orang, dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara -perkara yang baik".
Surah Ali Imran, Ayat 133-134.

Pagi itu aku berkata pada anakku supaya jangan mengambil ringan prinsip-prinsip murni dalam hidup kita. Antara lain kita jangan sekali-kali membuat andaian-andaian mengenai sesiapa jua bahawa kita benar-benar mengenali nya, samaada sebagai suami atau isteri, sebagai adik beradik, kawan di pejabat atau sebagai ketua di tempat kerja. Jika kita peka dalam hal ini kita tidak akan berbuat sesuatu yang boleh merosakkan hubungan baik, keyakinan dan kepercayaan, kasih sayang dan sebagainya.

"Muzakarah" ringkas pagi itu habis setakat itu. Anakku pun naik untuk bersiap ke pejabat. Suamiku senyum tawar. Mungkin ada yang masih belum selesai di hati. Bagi ku setiap hari adalah peristiwa-peristiwa hidup dan kehidupan yang harus dilalui dengan berlapang dada walau bagaimana pahit dan sukar sekalipun. Apa jua yang berlaku pasti ada hikmahnya kerana aku sudah bertekad bahawa apa yang aku buat mesti dengan nuwaitu kerana Allah. Maka walau apa pun yang berlaku aku mendidik hati ku untuk bersyukur dan bersabar.
Wallahua'lam.

Monday, August 17, 2009

Kepinggiran Rakyat - Selsema H1N1

Hari ini tadi saya melihat YAB Timbalan Perdana Menteri ditemuduga oleh wakil RTM di TVI semasa penamaan Calon pilihan Raya kecil di P. Pinang. Apa yang mengejutkan pemerhatian saya ialah beliau memakai 'mask' tutup hidung seperti yang dipakai oleh sebahagian rakyat Malaysia yang takut dijangkitai wabak H1N1. Dan saya terbaca (di mana tak ingat) kebelakang ini yang mengatakan bahawa YB Menteri kesihatan memberi jaminan bahawa wabak ini belum sampai keperingakat dharurat. Tetapi kenapa YAB TPM memakai tutup hidung itu.? Bukankah ini menggambarkan bahawa beliau sudah rasa takut akan wabak ini.

Tetapi rakyat bagaimana?

Kenapa rakyat dibiarkan tertanya-tanya? Adakah ini bermakna kalau yang mati disebabkan H1N1 itu rakyat biasa, maka itu lumrah? Kenapa rakyat dipinggirkan dalam hal ini. Semacam tidak cukup amaran. Saya kecewa sebab pemimpin selalu mengatakan rakyat didahulukan. Pemimpin sayang pada rakyat dan pemimpin sanggup berkorban untuk rakyat.

Alangkah bahagianya kalau apa yang dikata itu dikota! Rakyat hanya mampu berdoa semoga Allah swt melindungi dari terjebak dengan wabak ini. Allah yang maha mengetahui dimana letaknya kebenaran dan dimana letaknya keadilan.

Kurang bijak? Di Bandung membeli- belah tanpa memakai 'mask'

Kita Melihat Perilaku Haiwan, Kita "melihat" Allah.



Lima hari yang lalu anak saya pulang dari negeri China membantu adik ipar saya mengendali booth pameran perdagangan di Xining, di daerah Qinghai.a Banyak gambar-gambar yang diambil dan saya amat tertarik dengan hasil penggambaran itu. Antaranya ialah gambar binatang-binatang di ladang-ladang sepanjang perjalanannya dari Qinghai ke Wulan.

Dalam menatap gambar-gambar itu teringat saya kepada cerita-cerita binatang dalam T.V di bawah program "Animal Planet" di Astro. Antara yang meyentuh hati saya ialah cerita haiwan liar, Gajah. Gajah adalah binatang yang terbesar di muka bumi sekarang yang belum pupus. Semoga Allah melindungi haiwan itu dari sifat tamak makhluk yang bergelar Manusia.

                                                     Gajah di Taman  Zoo Negara, Malaysia

Dalam rencana itu diceritakan bahawa Gajah adalah binatang yang suka hidup dalam kelumpuk. Ia tidak mencari makanan dari tempat ke tempat seekor diri. Dalam kelumpuk itu ada ketuanya dan dalam fahaman saya dia adalah seekor gajah jantan yang tertua dalam kelumpuk iitu. Gajah adalah binatang yang mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan ahli kelumpuknya walau pun seekor.

Dalam satu ketika penonton T.V ditunjukan dengan satu peristiwa dimana sekelumpuk gajah mahu menyerbangi sungai. Sungai itu tidak deras airnya dan kesemua dapat menyerbani melainkan seekor gajah "remaja".Dia berteriak dan berteriak supaya ditunggu atau ditolong kerana nampaknya macam dia takut hendak menjejakan kakinya ke dalam air.Gajah-gajah yang tua pun berteriak balik seolah-olah cuba meyakinkan gajah muda ini supaya memberanikan diri dan menyerbangi sungai. Setelah beberapa lama mencuba gajah yang tua itu pun mengalah dan "mengarahkan" semua gajah-gajah ynag dalam kelumpuknya supaya menyerbangi sungai balik keseberang yang asal.

Lihat bagaimana kelumpuk itu tidak akan bergerak melainkan semuanya selamat. Saya kagum dengan cerita haiwan seperti itu kerana bila saya kenang-kenang dan fikir-fikir kembali mengenai makhluk yang digelar manusia ini, sikap seperti itu amat berkurangan sekali. Kita pula yang berfalsafah  "survival of the fittest".

Dalam peristiwa yang lain pula penonton di ceritakan dengan kisah seekor gajah yang baru melahirkan anak tetapi malangnya anak itu mati sejurus dilahirkan. Ibu gajah ini tidak berganjak dari tempat ia melahirkan selama dua atau tiga hari. Dia cuba mengangkat-angkat anaknya dengan belalainya supaya bangun berdiri tetapi tidak berhasil.  Tetapi ia tetap mencubanya berterusan hinggalah seekor gajah betina tua menghampirinya dan berteriak-teriak sambil ia sendiri mengangkat-angkat anak gajah itu seolah-olah memberi tahu ibunya bahawa anak itu telah mati. Setelah beberapa ketika barulah ibu gajah ini meninggalkan tempat itu.

Saya pun kagum melihat peristiwa ini. Lihat bagaimana seekor IBU gajah tidak akan mengambil ringan keselamatan anaknya. Betapa kasih sayangnya terserlah walaupun hanya makhluk yang bergelar Haiwan. Tetapi kita lihat setengah manusia sanggup membuang bayinya sendiri seperti yang kita lihat dalam masyarakat Malaysia. Saya tidak tahu siapa lagi yang patut dipersalahkan selain ibu pada bayi itu. Kenapa nilai yang ada pada diri tidak lagi mengikut fitrah yang Allah telah kurnia dalam naluri seorang ibu?

Eluklah kita renong bersama kerana dalam Islam kita harus bantu membantu dalam menangani masaalah .Kita kembali pada fitrah dimana Allah swt telah mengajarkan pada manusia melalui Nabi junjungan kita  Muhamad Rasulullah (saw) mengenai semua prinsip hidup dan kehidupan.Jangalan kita dilekakan  dan terpedaya dengan unsur-unsur yang namapak seperti suatu yang baik tetapi sebenarnya ia adalah suatu maksiat larangan Allah.Jika kita tidak peka maka kehidupan kita akan jadi haru-biru. Semoga Allah memberi kita taufik dan hidayahNya.
Waallahua'lam.

Friday, August 14, 2009

MUNAJAT IBN ATHAILLAH, Penulis buku Al Hikam

Antaranya.........
" Tuhanku, keluarkan aku dari hinanya diri!
Sucikan aku dari keraguan dan syirik sebelum masuk Liang Kubur,
Kepada Mu aku meminta pertolongan. Tolonglah aku
Kepada Mu aku bersanadar, maka jangan tingglkan diri ku,
Kepada Mu aku mengaitkan diri, maka jangan jauhkan diri ku
Di pintu Mu aku bersimpuh, maka jangan Kau usir aku
Kepada Mu aku meminta, maka jangan kecewakan diri ku
Kurnia Mu yang aku inginkan, maka jangan kau haramkan aku darinya."

Indahnya alam ciptaan Allah

Thursday, August 13, 2009

"TIME IS GOD GIVEN" Part II

Dalam kesempatan yang dahulu saya ada membincangkan sedikit perihal masa. Ketika itu saya hanya menyentuh bagaimana manusia biasa menggunakan dan mengawal masa. Hari ini saya terpegun sebentar (masyaAllah) bila saya ditunjukan oleh seorang Ustaz tentang berapa jauh beza antara masa yang Allah cipta untuk manusia dan masa yang Allah cipta untuk malaikat dan lain-lain makhluknya. Kita telah pun mengetahui bahawa Allah tiada bermasa dan tidak bertempat. Maha suci Allah dari apa jua yang serupa denganNya.

 Rahsia Langit dan Bumi belum berkehabisan terokaan Manusia.

Lihat surah An Nahl ayat 77 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan tiadalah hal kedatangan hari Qiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat; sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Dari segi masa, fakta yang kita hendak lihat ialah "kedatangan Hari Qiamat itu seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat." M. Quraish Shihab memberi tafsiran yang saya petik sebahagiannya seperti berikut:

"Ayat ini dapat di fahami dalam erti bahawa persoalan Qiamat adalah sesuatu yang amat mudah bagi Allah swt, kerana itu jangan duga Qiamat tidak dapat terjadi.Qiamat datang dengan cepat. Ia terjadi begitu dengan tibanya ketetapan Allah. Kedatangannya mengejutkan semua makhluk. Untuk memberi contoh yang dapat mendekatkan pemahaman kepada manusia, maka mudah atau cepatnya peristiwa Qiamat itu adalah seperti kerlingan mata, bahkan lebih mudah dan cepat daripada kerlingan mata itu.
Benar, peristiwa Qiamat bagi Allah lebih mudah dan lebih cepat dari kerlingan mata manusia, kerana betapapun mudah dan cepatnya mengerling bagi manusia, ia masih memerlukan alat, syarat, gerak dan waktu (masa) untuk mewujudkan kerlingan itu. Berbeda halnya dengan Allah swt yang tidak terikat dengan syarat, tidak memerlukan alat, tidak juga memerlukan waktu."

Surah Yasin, ayat 82 Bermaksud seperti berikut: " Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanya berfirman kepadaNya, 'kun (jadilah)' maka ia jadi." Perbuatan Allah tidak bergantung pada masa kerana dia tidak perlu pada masa. Hanya manusia yang perlu pada masa.

Allah swt Maha Pencipta
Walau pun demikian, Allah boleh memberi keistimewaan kepada sesiapa sahaja yang ia kehendaki. Kita lihat pula peristiwa Israk dan Mikraj junjungan besar Nabi Muhamad saw. Perjalanan dari Masjid Al Haram di Kota Mekah ke Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin dan kemudian diangkat naik melepasi Sidratul Muntaha dan bertemu Allah swt dan kemudian kembali semula hanya memakan masa satu malam.

Dalam konteks ini saya berpendapat cerita tiga orang lelaki muda di Gua Kahfi yang diceritakan dalam al Quran boleh juga dilihat sebagi fakta masa itu adalah kurnia Allah semata-mata. Walau pun sudah berada di gua dalam keadaan tidur untuk lebih 300 tahun, tetapi dirasai oleh mereka seolah-olah baru ketiduran selama semalam jua. Mereka hairan apabila mendapati mata wang yang dipunyainya sudah tidak boleh digunakan lagi.

Kemudia kita beraleh pula pada fakta masa yang Allah swt kurnia pada malaikat dan Jibril. Kita lihat surah Al Ma'arij ayat 4 yang bermaksud: "Naiklah malaikat-malaikat dan Jibril kepadaNya dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun."

Tafsir Jalalain mengatakan masa yang lama yang dirasakan oleh orang kafir, ialah kerana penderitaan dan kesengsaraan yang mereka temui pada hari itu. Ada pun orang yang beriman merasakan hal itu amat pendek. Demikian menurut keterangan yang disebut dalam al Hadith. Kata Ustaz saya ayat ini boleh juga dilihat sebagai bukti bahawa masa yang Allah kurnia pada para malaikat dan khusus nya Jibril amat istimewa sekali. Sememangnya beban tugas para malaikat amat berat dan rumit. Tetapi masa adalah hak Allah yang mutlak dan dengan itu telah membolehkan para malaikat bekerja dengan suatu kepantasan yang tidak terduga oleh akal manusia biasa.

Kesemua ini membuktikan Bahawa Allah swt mempunyai kudrat yang kamil, iaitu yang maha sempurna. Ilmunya juga maha sempurna. Semua rahsia yang ghaib adalah ciptaanNya dan Maha Suci Allah dari segala bandingan. Justeru kita sujud memohon ampun atas segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita. Masa dua puluh empat jam sehari semalam bagi kita manusia adalah kurnia Allah yang amat berharga Dan Allah juga bersumpah dengannya agar manusia tidak merugikan diri sendiri. Lihat Surah Al 'As ayat 1-3 yang bermaksud: "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

 Allah swt Maha Pencipta


WaAllahua'lam.

Wednesday, August 12, 2009

SILENCE IS THE DEADLIEST WEAPON OF MASS DESTRUCTION


Kelmarin kami didatangi oleh seorang wakil dari COMPLETE, iaitu Coalition of Malaysian NGOs Against Persecution of Palestinians (Gabungan Ngo-Ngo Malaysia untuk Menentangan Kezaliman Ke Atas Rakyat Palestin). Cogankatanya seperti di atas. Setiap kali saya mengingati Palestin, setiap kali saya di tunjukkan gambar-gambar yang menyayat hati, setiap kalilah hati ini jadi sedih dan marah. Tetapi ke manakah hendak ditalakan kesedihan dan kemarahan ini.

Syabas saya ucapkan kepada Complete atas keperhatinan mereka menyebarkan kesedaran tentang isu Palaestin. Saya sendiri telah menganggotai Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan juga menjadi Sukarelawan Aman Palestin dalam usaha saya mahu "berperang" dengan Israel. Dan saya telah menghadiri kursus yang diadakan untuk sukarelawan2 oleh Wakil dari Palestin tentang, antara lain, bagaimana cara untuk membantu rakyat Palestin.

Hari ini saya hendak berkongsi pemikiran mengenai isu ini tetapi di lihat dari sudut mengapa dunia "membiarkan" isu ini berlarutan. Tetapi kalau cerita pasal dunia ia terlalu besar dan kita nanti akan hilang ditelan kesibukan minda orang-orang yang sentiasa sibuk. Oleh itu kita cerita tentang masyarakat Malaysia sahaja dulu, dan lebih kecil dari itu kita cerita tentang ahli keluarga kita, ahli qariah kampung kita dan kawan-kawan kita tentang keperhatinan mereka mengenai isu ini.

Saya sendiri pun belum lama melibatkan diri dalam hal ini, cuma selepas tugas menjaga orang tua kini tiada dan selepas saya bersara dari perkhidmatan awam. Dalam ingatan saya semasa bekerja dulu pun tiada gerakan seperti ini yang sampai ke Kementerian tempat saya bekerja. Mungkin saya sendiri yang terlalu sibuk dan terlepas pandang. Tetapi rasanya tiada. Sekarang ini saya cuba menggerakan ahli keluarga saya dan kawan-kawan rapat yang hidupnya selesa dari segi harta dan kebendaan yang lain. Alhamdulillah, saya rasa seronok kerana sambutan dari mereka amat menggalakkan. Cuma saya terkilan dengan diri saya kenapa tidak bertindak ke arah ini lebih awal lagi. Tapi saya cuba memujuk diri saya dan cuba meneruskan usaha walaupun dari segi kemampuan fisikal kini saya agak terhad. Hanya saya perkuat dengan doa semoga Allah masih memberi saya peluang untuk berjihad ke arah ini dan semoga saya dapat kurnia dari Allah  mengakhiri hayat bersama-sama mereka yang Syahid ke jalan Allah walaupun saya tidak pernah menjejak kaki di Bumi Ambia yang penuh barakah itu.

Saya juga cuba mengerakkan ahli qariah Masjid. Ada yang memberi sambutan tetapi ada juga yang berkata,"apa yang you susah-susah, Ngasobah. Orang Arab sendiri pun bertelingkah sama sendiri. Biarkan depa selesai masaalah depa tu." Agak terkejut saya bila mendengar kata-kata ini. Arab bukan contoh kita, bukan Idola kita. Pejuang Islam yang terkenal Salahuddin Al Ayubi yang pernah menawan Bitul Maqdis bukan seorang Arab. Dia berbangsa Kurdish. Lagipun bukan orang berbangsa Arab yang tidak bersatu hati, tetapi pemimpin-pemimpin mereka yang masih  mahu mempertahan kuasa politik untuk kepentingan sendiri.

Soal Palestin bukan soal Arab. Ia isu Islam dan Islam sangat peka pada isu kemanusiaan. Dalam hal ini jangan kita katakan , " Ayuh kita bantu Palestin dan jangan kita kira bangsa dan agama." Jika kita kata demikian seolah-olah Islam tidak perhatin tentang kemanusiaan. Islam perhatin semua isu yang menyentuh kezaliman , ketidakadilan dan sebagainya. Orang Islam di mana jua mesti faham bahawa Palestin adalah isu bumi barakah yang Allah sebut dalam al Quran. Masjid Al Aqsa adalah Masjid setiap orang Muslim. Oleh itu tidak boleh kita mengatakan Palestin adalah isu Arab. Palestin adalah isu kita juga, isu orang-orang di Malaysia.

Jangan lah kita membisu mendiakan diri, kerana ini merugikan kita di dunia dan di akhirat. Kita terus bertindak mengikut kemampuan yang ada dan terus berdoa semoga Allah mempertingkat keimanan dan ketaqwaan kita dan semoga kita menjadi sebahagian dari gerakakn jihad dan matinya kita dianggap mati seorang yang Syahid walaupun kita tidak berada di medan perang. Amin.

Tuesday, August 11, 2009

dari Embah ke Huzaifah -- HIDUP IBARAT LEBAH

Dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud:
" Dan Tuhan mu memberi ilham kepada lebah, 'hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.'
'Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan dan turutlah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang di ilhamkan dan dimudahkannya kepada mu,' (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir".

Tafsir Ar Rahman mengatakan bahawa Allah jua yang memberi ilham kepada lebah membuat sarangnya pada tempat-tempat yang tersebut di atas. Pembentukan sarang lebah yang demikian rapinya, cara hidupnya di dalam sarangnya yang cukup teratur, dan lengkap dengan rajanya, pengawal-pengawalnya dan pekerja-pekerja yang ditugaskan keluar menyedut madu bunga pokok-pokok tanaman dan tumbuh-tumbuhan untuk dibawa ke sarangnya dari tempat sejauh-jauhnya dan tentang caranya mengeluarkan madu dan menyimpannya dengan sebaik-baik dan sebersih-bersihnya, adalah kesemua itu menjadi dalil-dalil yang nyata yang membuktikan kebijaksanaan dan kekuasaan Allah yang menjadikannya.

Dan di dalam hadith pula ada disebut tentang madu lebah menjadi ubat penawar untuk berbagai-bagai penyakit dan ini di akui oleh ahli-ahli perubatan lama dan baru.

Dengan maklumat di atas bijak pandai hari ini berkata: BIARLAH KITA HIDUP SEPERTI LEBAH. IA MAKAN HANYA YANG BAIK-BAIK, DAN IA MENGELUARKAN APA YANG BAIK, DAN JIKA IA HINGGAP DIMANA JUA, DI BATANG YANG RAPUH SEKALIPUN, IA TIDAK AKAN ROSAK BINASA LANTARANNYA."

Dan ilmu sains moden mengatakan bahawa lebah hanya menggunakan lebih kurang 6% dari madu yang diusahakan nya untuk menyara hidupnya. Yang lain ia tidak ambil untuk dirinya. Ini fitrah kejadiannya.

Setiap kali saya mendengar cerita lebah seperti ini teringatlah saya seorang teman di Johor Baharu yang sangat mengambil contoh kehidupan lebah. Ia menggunakan hanya apa yang benar-benar perlu untuk diri dan keluarganya. Yang lain diinfakan untuk yang memerlukan. Contohnya,  apabila beliau membeli kenderaan ia akan menyediakan buget terlebih awal dan kemudian dia akan mencari di pasaran kenderaan mana yang termurah dan beliau akan membeli yang termurah mengikut keperluannya. Penjimatan yang terdapat terus diinfakkan. Alangkah mulia tindakkannya. Dia tidak mencari kenderaan yang terbaik, yang tercanggih walaupun dia mampu berbuat demikian.

Saya sendiri cuba mencontohinya, tapi belum terlaksana. Masih inginkan kenderaan yang agak selesa. Tetapi fakta keselesaan adalah suatu yang relatif. Mungkin kerana inilah maka ada individu-individu yang akan membeli kenderaan yang ada "class". Kemudian ada juga individu yang akan memilih nombor pendaftaran yang unik yang hanya satu digit sahaja, walaupun ini bermakna mesti membayarnya dengan harga yang sememangnya tinggi mengikut persaingan tawaran dari mereka yang berminat untuk memperolehinya. Saya yakin rakan saya yang di Johor Bahru ini tidak akan memelih tindakan seperti ini. Beliau mengatakan ramai orang yang memerlukan pertolongan kita. Kenapa kita perlu bermewah-mewah kalau saudara seIslam kita masih fakir miskin dan tidak upaya.

Melihat sikap zuhud yang ada padanya saya cuba sedaya upaya untuk mencontohinya. Kata seorang Ustaz, kita contohi kehidupan lebah dari segi memiliki "kebendaan" dan jangan mencontohi sikap kehidupan semut. Beliau mengatakan dari pemerhatian sains, komuniti semut rajin berusaha untuk menyara kehidupannya. Semut akan mengumpul keperluan untuk kehidupannya hingga seolah-olah ia akan hidup lama.Dari permerhatian sains, semut bekerja mengumpul untuk kegunaan selama 6 tahun, wal hal ia hanya hidup  enam atau tujuh bulan sahaja. Yang tinggal, membazir sahaja, tidak dapat digunakan oleh lainnya.

Kalau dapat kita simpulkan, mengikut kata Ustaz, Lebah mecari, memiliki dan memberi. Semut hanya suka memiliki, sangat lebih dari apa yang dia perlu. Maka dengan yang demikian saya teringat pula kisah  seorang Islam yang berhampiran dengan rumah saya. Khabarnya dia telah membeli sebuah rumah bunglow yang harganya lebih kurang RM 2 juta. Saya terkejut bila saya lihat rumah ini dirobohkan kesemuanya untuk didirikan rumah yang baru. Alangkah sayangnya! Pastinya tuan punya tanah yang baru ini  amat kaya jika dibanding dengan purata orang Islam di Malaysia. Saya takut ini adalah satu pembaziran walaupun dia punya kekayaan yang berlebihan. Alangkah baiknya kalau dia beri pada rakyat Palestin yang amat terdesak kehidupan mereka sekarang ini.Atau beri kepada siapa jua mengikut asnaf yang lapan. Di kawasan perumahan saya memang banyak yang berbuat demikian, tetapi mereka bukan Islam. Baru ini saya lihat  seorang Islam berbuat demikian.

Dalam sejarah, Khalifah Umar al Khatab pernah mengutus surat pada Abu Musa Al Asri supaya bersikap 'konaah' dengan rezki kerana Allah telah melebihi rezki pada seorang atas seorang. Masing-masing Allah Uji. Yang diberi lebih diuji, dan  yang diberi kurang pun diuji. Yang lebih diuji bagaimana ia mensyukurinya, (seperti memberi pada yang hak) dan yang Allah sempitkan rezkinya diuji bagaimana ia bersabar.

Mari kita renongkan dan muhasabah diri. Semoga Allah memelihara kita untuk sentiasa bertindak mengikut syariatnya dan contoh-contoh dari sahabat-sahabat nabi dan orang-orang  yang soleh.
Waallahua'lam.


Monday, August 10, 2009

WADAHNYA DI BERSIHKAN DAHULU

 R & R antara Jakarta dan Bandung
Membeli Tid-Bits di R & R

Pada hari ini minggu lepas saya dan rombongan kecil berada di Bandung untuk menghantar anak seorang teman menjadi peserta di Pasantren Darul Tauhid yang agak terkenal di situ. Tepat dengan namanya anak muda yang kami hantar ini bernama Solehah. Dia pernah menjadi peserta selama lebih kurang sebulan tidak berapa lama dahulu dan kini ia ingin kembali untuk memantapkan lagi kekuatan minda dan ruh semoga benar-benar menjadi muslim mukmin seperti yang dituntut oleh Al Quran dan hadith.

 Bersama Solehah

Udara di Bandug dingin dan nyaman. Suasana di Pasantren tenang dan syahdu. Kami nampak pelajar-pelajar yang berumur belasan tahun dan awal duapuluhan berdiri bercakap-cakap di beberapa bangunan seperti sedang membuat persediaan. Semuanya berpakaian rapi yang melambangkan keutuhan peribadi muslim. Kalau ada ibu-ibu yang anaknya ada di situ , rasanya mereka akan berkata "sejuk perut ibu mengandung". Program yang diikuti oleh Solehah ialah program keusahawanan yang memberi kurikulum bersepadu anatra ilmu akademik, ilmu kerohanian dan pengalaman (hands on).

 Bersantai di Cottege Darul Jannah

Kami bermalam di cottege Darul Jannah dalam kampus Pasantren itu sendiri. Sarapan pagi disediakan dan kos penginapan amat sederhana. Kami melihat-lihat di sekeliling Pasentren untuk merasai satu suasana yang hampir macam di Mekah. Pelawat-pelawat luar membeli belah dan orang tempatan sibuk dengan kerja masing-masing. Masjid di situ buka 24 jam dan keadaannya bersih dan teratur. Kami mengambil kesempatan Qiam di Masjid malam hari dan terus menunggu hingga subuh. Semoga lawatan kami diberkati Allah swt dan kembali kita ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat berkongsi pengalaman walaupun sedikit.

Pertemuan istimewa dalam lawatan itu ialah kunjung hormat kepada isteri pengasas Pasentren tersebut. Sungguh mesra dan kami bercerita tujuan lawatan dan sedikit mengenai aktiviti dan aspirasi pertubuhan sukarela yang kami wakili, iaitu Pertubuhan Mawaddah Malaysia. Beliau bercerita juga mengenai perjalan Pasantren dan objektifnya sedikit sebanyak untuk kami lebih memahami misi dan visinya. Soal pokok yang saya boleh simpulkan ialah isu Iman dan Taqwa dalam gerakan harian, tidak mengira jurusan apa yang kita pilih dalam menyusun hidup di dunia yang sementara dan pantas berpusing ini.

 Kenangan bersama Isteri Pengasas Darul Tauhid (kanan sekali)

Kami berbual dan bercerita selama lebih kurang setengah jam tetapi dalam masa yang singkat itu kami dapat merasai "ruh" perjuangan dalam Islam. Dan untuk berjuang kita tidak perlu menunggu untuk berharta yang banyak sebelum mula bertindak. Semangat perjuangan menegakkan kebenaran Islam boleh dimulai bila-bila masa. Untuk rasa yakin kita hanya perlu bermula dengan menanam rasa insaf, benar-benar insaf pada diri-diri kita dan mula beramal dengan terlebih dahulu menimba ilmu yang mana kita boleh buat serentak. Tiada Ilmu tiada amal. Dengan tersenyum beliau berkata, "TAPI WADAHNYA PERLU DIBERSIHKAN DAHULU". Beliau bermaksud kita harus mengosongkan dan mensucikan hati nurani kita, qalbu kita agar yang baik-baik sahaja yang dapat bertempat didalamnya. Inilah yang akan menjadi pendorong kepada pada minda dan usaha kearah mengabdikan diri pada Pencipta kita.

Bila kembali ke Kuala Lumpur, teringatlah lagi kata-kata Mutiara dalam lawatan ke Darul Tauhid itu. Mari kita rujuk firman Allah dalam al Quran yang bermaksud:

" Dan hendaklah kamu memohon ampun kepada Tuhan mu dan bertaubat kepadaNya, nescaya dia akan memberi kenikmatan yang baik kepada kamu sampai waktu yang telah ditentukan. Dan dia akan memberikan kurniaNya kepada setiap orang yang berbuat baik. Dan jika kamu berpaling, maka sungguh aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar (qiamat)."
Surah HUD ayat 3.

Setiap kita pasti pernah melakukan dosa, tidak ada seorang manusia biasa yang sunyi dari dosa dan kesalahan. Allah maha pengampun dan setelah kita memohon ampun dan bertaubat kita berdoa jangan sampai kita terjerumus dalam kesalahan yang sama. Juga Allah swt berfiram yang bermaksud:

" Katakan lah (wahai Muhamad), mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada sesuatu itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga yang mengalir dari di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan yang suci bersih serta keredhaan dari Allah, dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat akan hamba-hambaNya"
" Iaitu orang-orang yang berdoa dan berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka."
" (dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memeohon ampun) pada waktu sahur."
Surah Ali Imran, ayat 15,16 dan 17.

Ustaz saya menyarankan supaya kita rajin-rajin solat taubat. Ini adalah proses membersihkan qalbu. Pada rekaat yang pertama bacalah ayat 133-136 surah Ali Imran yang bermaksud seperti berikut:

" Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Ia itu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa yang senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahan, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiyaia diri sendiri, mereka segera ingat pada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang mengampun dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang demikian sifatnya balasanya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga -syurga yang mengalir dari di bawahnya beberapa sungai, mereka pula kekal di dalamnya, dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal."

Pada rakaat yang kedua bacalah ayat 106 - 112 Surah An Nisa' yang bermaksud seperti berikut:

" Dan hendaklah kamu memohon ampun pada Allah, kerana sesunggunya Allah adalah maha pengampun maha mengasihani.
Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri-diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.
Mereka menyembunikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyika (kejahatan mereka) daripada Allah. Pada hal Allah ada bersama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari kata-kata yang tidak di redhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan.
Sedarlah kamu ini ialah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran) kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah dengan Allah untuk membela mereka itu pada hari Qiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab sikasa yang disediakan oleh Allah).
Dan siapa yang melakukan kejahatan atau menganiyaia dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun pada Allah nescaya ia akan dapati Allah Maha Pengampun maha Mengasihani.
Dan sesiapa yang melakukan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana) yang menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah maha Mengetahui maha Bijaksana.
Dan sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan atau sesuatu dosa, kemudian ia menuduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata."


Itulah yang dapat saya kongsikan buat kali ini. Saya juga menyeru diri saya sendiri untuk terus membersihkan hati nurani semoga Allah akan meredhai kita dan mendapat RahmatNya yang tidak terhingga. Amin.

Sunday, August 9, 2009

menjelang Ramadhan di Kampung ku -- mengharap perubahan

Hari hari dibulan Sya'ban berlalu laju. Akan tibalah Ramadhan yang ditunggu2. Seorang teman Ustazah  Maznah namanya, dalam satu penulisannya memberi peringatan untuk membuat persedian rapi agar kita dapat memunafaatkan bulan yang mulia ini. Jangan tinggalkan ibadah-ibadah sunat dan banyak memohon keampunan, adalah antara beberapa perkara yang disarankan. Ya, ku pohon doa semoga Allah memberi peluang pada ku untuk dapat bertemu Ramadhan nanti. Kalau ditakdirkan Allah ada rancangan yang lain, ku pohon apa jua yang Allah tentukan adalah yang terbaik bagi ku. Dan aku mohon  Allah redha pada diri ku.

Sementara itu aku tertanya-tanya adakah masjid yang terdekat dengan rumah ku  ini akan menjemput Imam khas untuk mengetuai Solat Tarawih. Mungkin seorang al Hafiz atau siapa jua sebagai "menukar selera". Kadang kala teringin juga berjemaah dengan Imam yang baru bukan untuk selamanya, tetapi beberapa hari dalam Ramadhan.

Secara peribadi aku berdoa mendapat Imam yang slow sedikit dalam bacaan dan gerak solat kerana makin tahun makin lutut ini kurang prestasinya. Maklumlah sudah masuk zon umur enam puluhan. Walauapa pun, semoga Allah menurunkan RahmatNya dan Ramadhan ini menjadi lebih bererti untuk ku dan untuk jemaah sekelian.

MENITI KEHIDUPAN, MENCARI KEDAMAIAN

Malam kelmarin walaupun rasa badan terlalu penat aku pergi menziarahi seorang ahli keluarga semata-mata untuk menjalin kemesraan dan untuk menunjuk contoh bahawa hubungan silaturrahim ini suatu yang mesti diberi keutamaan.Keluarga ini masih muda yang baru mendirikan rumahtangga dan baru bertatih untuk menjalani hidup yang serba mencabar. Sebenarnya cabaran hidup bukan hanya di bandar-bandar tetapi juga di kampung-kampung. Pengaruh gejala sosial yang dahulunya hanya di bandar kini telah menular ke kampung pula.

Alkisah dalam perbualan kami, timbul pula cerita-cerita yang menarik perhatian. Cerita-cerita yang berkaitan dengan soal isi hati dan perasaan harus didengri kalau kita mahu mencari jalan untuk cuba meringankan beban pemikiran sesaorang. Bukan semestinya perbualan antara dua hati dapat menyelesai masaalah, tetapi ia dapat sedikit sebanyak melihat masaalah yang ditanggong dari sudut yang berlainan. Dengan ini adalah diharapkan cara bertindak akan dapat disesuaikan dengan penemuan yang munkin dapat disimpulkan dari pendekatan yang berlainan ini. Kadangkala kita akan tertumpu pada satu sudut sahaja dan ini biasanya akan menghalakan kita ke jalan yang buntu.

Keluarga muda ini berasal dari kampung yang amat jauh dari bandar. Rata-rata penduduk di kampung itu miskin dan anak-anak pun kurang yang berpelajaran. Jangankan berpelajaran tinggi, pendidikan sekolah menengah pun ramai yang terkandas dan akhirnya tidak dapat mengubah tahap ekonomi keluarga yang sedia ada. Kemiskinan boleh menjadi punca segala masaalah tetapi ianya bukan semestinya penentu bagi kegagalan.

Kegagalan hidup bermula dari minda yang sempit. Minda yang sempit adalah disebabkan tiada pendedahan yang mencukupi untuk membolehkan sesaorang itu bertindak rasional. Kurang pendedahan juga bererti kurang ilmu pengtahuan. Ilmu pengetahuan adalah punca utama yang mendorong sesaorang ke arah kegagalan, bukannya kemiskinan.

Dipendekan cerita, keluarga muda ini mempunyai sanak saudara di kampung yang mahu mula berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan setelah bersara dari perkhidmatan awam. Usaha ini amat murni memandangkan jumlah bayaran persaraan pun amat rendah dan masih ramai anak yang bersekolah. Mereka mahu membuka kedai runcit dan warong menjual makanan memandangkan lokasi yang strategik, ia itu di tepi jalan raya dan belum ada pengusaha demikian rupa di kawasan tersebut.

Malangnya mereka belum mengetahui budaya perniagaan dan belum memahami bahawa dalam dunia perniagaan kita memerlukan sikap positif seperti keperhatinan, kerajinan, kesabaran, budi bahasa halus untuk menarik pelanggan, daya ketahanan, yakin diri dan berbagai lagi. Yang penting sekali kita mesti mengambil berat tentang perlakuan ibadah fardhu ain, kalaupun kita kurang dalam ibadah fardhu kifayah.

Keluarga muda ini mahu membantu dan mengeluarkan modalnya sendiri untuk membeli perkakas dan bahan perniagaan untuk permulaan.Tetapi oleh kerana tiada keperhatinan dari mereka yang dibantu, maka usaha murni ini tidak menampakan potensi untuk maju. Aku menasihatkan untuk melihat semula tindakan yang telah diambil dan memeriksa semula sama ada suasana dan jiwa perniagaan ada dijiwa saudara yang ingin dibantu ini. Dari cerita yang diberi tidak nampak ada potensi dayamaju kerana katanya mereka ini tidak menunjukan kesungguhan. Mereka sentiasa bangun dari tidur lewat pagi, dan kadang-kadang hingga tengah hari belum bangun lagi. Oleh itu pelanggan yang mulanya dahulu datang membeli keperluan, lama kelamaan menukar haluan dan berbelanja di tempat lain walau pun mereka mengatakan tempat itu jauh.Si ayah tidak menunjuk contoh pada si anak. Apabila diberi nasihat mereka kurang senang dan rasa tersinggung, konon katanya dia lebih tua dan dia tahu apa yang dia buat.

Dengan sikap seperti ini jelas tidak akan berjaya, bukan sahaja dalam perniagaan tetapi dalam kehidupan umumnya. Aku sebenarnya telah membuat pmerhatian sendiri bahawa usaha ini mungkin menemui jalan buntu kalau mereka tidak mengubah sikap. Tetapi perubahan sikap bukan sesuatu yang boleh dibuat secara tiba-tiba. Ia memerluka tarbiah dari awal lagi. Di sinilah kekurangan yang amat nyata yang aku sendiri tidak dapat membantu. Yang dapat aku katakan pada keluarga muda ini ialah supaya mereka mengambil iktibar dari kisah ini dan mengorak langkah untuk berbuat sesuatu yang mengubah dasar pada sikap, dan pada prinsip penghayatan hidup mereka. Terutamanya pemahaman mengenai kewajiban mereka terhadap Allah swt mesti dirombak dan diterapkan semula.

Dicelah-celah peristiwa ini aku bertanyakan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan. Aku percaya cerita yang diberi tahu pada ku bukan fakta terpenting dalam kegagalan memajukan usaha untuk perniagaan ini. Mesti ada sebab yang lainnya. Selepas beberapa ketika timbulah kisah sebenar, iaitu mereka ini telah bercerai berai walaupun belum secara rasmi.. Isteri ke tempat lain dan suami telah berkahwin lagi. Tetapi isteri muda tinggal jauh di negeri lain. Anak-anak pula  tiada yang benar-benar berjaya dalam hidup kalau dilihat dari ukuran manusia biasa. Maka aku berkata pada keluarga muda ini bahawa mereka itu hidup dalam keadaan yang serba tidak kena, merasa tekanan kekeluargaan, tekanan kewangan dan tekanan pendidikan anak-anak. Oleh yang demikian aku membuat kesimpulan pada ahli keluarga muda ini untuk melihat semula senario yang ada dan dia sendiri harus banyak bermunajat dan berdoa agar Allah menurunkan hidayah dan pertolongan dan ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Walaubagaimanapun aku mengatakan padanya bahawa kesabaran bukan bererti duduk diam dan menanti agar berlaku perubahan. Kesabaran bererti kesungguhan untuk berusaha agar mencapai perubahan yang dicita-citakan. Tidak ada jalan pintas dalam meniti kehidupan. Kalau kita tidak minta pertolongan pada Allah, pada siapa lagi. Tetapi pertolongan hanya datang setelah kita menunaikan segala kewajipan ke atasNYA, iaitu membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.Nawaitu dalam kehidupan perlu diperbaharui dalam ruang lingkup mentauhidkan Allah swt.

Sebenarnya tiada siapa yang terlepas dari masaalah dalam kehidupan. Dan masaalah ini datang dalam berbagai bentuk. Aku sendiri menghadapi berbagai masaalah tetapi yang penting nya ialah kita harus mencari penyelesaian yang membawa kepada kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Yang lebih penting ialah untuk akhirat kerana di dunia ini jangka masa hidup amat pendek sekali berbanding dengan kehidupan di akhirat. Aku berkata pada ahli keluarga muda ini supaya rajin-rajin berdoa dan berfikir dan berikhtiar. Semoga pertolonan Allah dekat dan kita dikurnia limpah RahmatNya.

 Memghayati kedamaian dalam ciptaan Allah swt.
 

Saturday, August 8, 2009

ANTARA ERTI PERJUANGAN

Tiga hari dulu saya balik dari lawatan ke Jakarta, Bandung dan Bogor di Indonesia. Tujuan lawatan ialah untuk memperluas pemandangan dan menghayati keindahan alam ciptaan Allah Macam biasa sahaja lawatan ini. Cuma yang istimewanya saya pergi bersama rakan seperjuangan yang melawat Jakarta dan Bandung untuk mengeratkan hubungan dengan jemaah di Darul Tauhid di Bandung. Saya akan cerita pengalaman di Pasentren itu dalam kesempatan yang lain. Hari ini saya hendak bercerita rahsia kehidupan seorang Ustaz yang berjiwa waja dan sikapnya menarik perhatian saya.

Rakan saya telah mengaturkan perjalanan ke Bogor dengan sebuah kenderaan yang agak mewah. Alhamdulillah. Sepanjang lawatan saya bersyukur Allah mengurniakan keselesaan melalui rakan ini. Saya pernah ke Bogor 30 tahun yang lalu dan pastinya Bogor hari ini sudah banyak berbeza. Kami terus ke daerah Sukaraja, tidak jauh dari bandar, cuma lebih kurang setengah jam dengan lalulintas yang amat sibuk. Tujuan ke Bogor ialah untuk menemui Ustaz dan melihat perkembangan pembangunan pasentrennya.


Ustaz ini namanya Ustaz Maulana. Dia sudah menunggu dan dari jauh saya sudah nampak dia melambai-lambaikan tangannya tanda seronok. Suami saya pun ikut sama dalam lawatan ini dan dia juga nampak seronok kerana kami telah sampai ke Pasentren yang selalu Ustaz menceritakannya pada kami semasa kami mengenalinya di Kuala Lumpur lebih lima tahun yang lalu. Ketika itu Ustaz mengikuti pengajian di peringkat Phd di bidang Bahasa Arab di University Malaya. Sebelum itu Ustaz berada di University al Azhar di Cairo, Egypt.

Pasentren Ustaz diberi nama Darus Sa'adah. Kecil sahaja dan hanya menempatkan seramai lebih kurang 50 pelajar dari umur 7 tahun hingga 14 tahun. Kesemuanya lelaki dan tinggal di tingkat atas. Di tingkat bawah terletak musolla dan tempat pengajaran dan pembelajarann. Ustaz tinggal disebelah bawah lereng bukit dengan isteri dan empat orang anak, lelaki kesemuanya.

Cerita yang saya ingin kongsikan di sini ialah berkenaan kegigihan usaha yang tidak mengenal penat lelah. Semasa merancang penubuhan Pasentren ini Ustaz mungkin berumur 45 tahun dan sekarang ia dalam lingkungan awal lima-puluhan. Untuk membiayai Pasentren tersebut saya lihat tanaman-tanaman sayur-sayuran dan pokok-pokok ubi keladi ada di sekeliling bangunan utama Darul Sa'adah. Kolam menternek iwak lelenya berada dilereng bukit di sebelah bawah. Saya bertanya mengapa Ustaz memilih menubuhkan Pasentren yang memerlukan kerja fisikal dan mental yang kuat, menekala Ustaz boleh mengajar di peringkat University dan tidak perlu berpanas mengerjakan ladang singkong dan sayur-sayuran serta menjaga kolam-kolam ikan untuk mendapatkan hasil membiayai Pasentran yang ada.

Dengan senyum Ustaz mengatakan memang sudah menjadi cita-cita dari dulu lagi untuk menubuhkan Pasentren sebab impiannya ialah untuk membentuk generasi yang menitikberatkan hal-hal fardhu ain dan fardhu kifayah. Dia mengatakan sistem yang cuba diterapkan ialah suatu yang sepadu antara ilmu akademik dan ilmu kerohanian. Saya lihat badannya tegap sihat dan mudah tersenyum. Dalam hati kecil saya mengatakan inilah komitmen seorang yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Dari perkenalan di Malaysia lagi suami saya dan saya sudah tertarik dengan sikapnya yang sentiasa sibuk berbuat sesuatu untuk menambah pendapatannya dan juga untuk mencari badan-badan atau orang-orang persaorangan yang boleh menaja Pasentern yang ketika itu sedang dirancang pembinaannya.

Suami saya dan saya dan rakan-rakan yang bersama dalam lawatan itu rasa kagum dengan kerajinan dan kegigihannya. Ada kalanya saya teringat kenapa saya tidak segigih itu. Pendekatan saya semasa muda dulu amat elitis. Itu suatu kesilapan yang cuba saya ubah dari sejak saya mula mendalami ilmu Ad Din Islam. Saya selalu memohon ampun atas kesilapan-kesilapan seperti ini. Walaupun saya dari keturunan pendatang dari tanah Jawa dan terpakasa berkerja kuat untuk berjaya, tetapi saya tidak terlintas untuk berdikari dan berusaha sendiri dan tidak " makan gaji" untuk menyara hidup.

Inilah rahsia keistimewaan hidup dalam perjuangan walaupun mencari penyaraan diri dan dan penyaraan perjuangan secara menternak iwak lele (ikan keli)dan berladang. Perjuangan menegakkan kebenaran Allah swt sememangnya bukan suatu yang mudah. Nilai-nilai hidup seperti inilah yang suami dan saya cuba menerapkan pada anak-anak dan semoga sempat kepada cucu-cucu. Kami berjanji pada diri-diri kami untuk mencari jalan membantu usaha murni ini denga apa jua cara yang mungkin. Semoga Allah menurunkan pertolongannya dan memudahkan segala urusan. Semoga kami diberi kesihatan yang sempurana kerana perjuang seperti ini memerlukan kekuatan fisikal yang tidak kurang pentinganya.

 Ustaz no. 2 dari kiri. Latar belakang ladang singkong.
Dengan teman teman dalam lawatan.
Bangunan utama Pasentren Darus Sa'adah
Ternakan Iwak Lele (ikan keli)

Friday, August 7, 2009

MY FOOT !

No, I am not using it as a swear word. It is actually about a friend who was hospitalized because she had her foot operated on. But my story is not about her foot. It is about the long queue she had to go through before the foot was operated on. Imagine living in pain for some months because the hospital had her appointment postponed to a later date , much later date.

I was with some friends visiting her at her house soon after she was discharged. She was in a happy mood now that it is finally done. She was still in pain but cheerful because the ordeal of waiting is now over. But I could sense some bitterness in her tone. She could never forgive the long wait. I asked whether it was because the hospital do not have enough doctors to attend to her case or is it because the hospital hasn't got enough operating theater to handle many cases at one go.

Of course there was no clear answer. One could only guess the reasons behind the delay. Each one of us in our 60's has our own experience where hospitals are concerned, especially government hospitals. On any visit, we had to wait some five or six hours before we get to be attended to. We Malaysians love Malaysia so we will not complain at the top of our head. We would only ask pertinent questions as to why we are not given a good service considering the fact that Malaysia is not an under developed country. We have rich natural resources and we are told almost every year at the Budget session that our GDP grow by more than 7%.

We, the faithful citizens, always believe that Malaysia is rich, though not the richest in the world. Well educated and well trained youths flood the labour market every year. If we have a shortage in medical doctors, why aren't we training them. Our oil revenue must be enough to cover what ever the cost.

I will rest my case here because I remember my Boss used to say when asked "difficult" questions: "ASK NO QUESTIONS, AND I WILL TELL YOU NO LIES".

Are Malaysians living in self denials?

Thursday, August 6, 2009

SHAMELESS SHAME,

"Shame on you", says a friend one day when I told him the reason why I could not travel. "The Immigration Department freezes my Passport because the Department of Inland Revenue asked them to do do so". "How could you have failed your responsibility being a senior government officer." I smiled. Its not my fault, really because the Public services department did not deduct my gratuity when they make payments on what was due to me on the day I retired from the Public Service.

But all is well now. My dear brother-in-law paid my dues. I must thank him on my blog, and believe me I will be thanking him again and again. Where in the world can you find a brother -in-law like that. In fact I thank all my in- laws for the great favor they did on me. And so now I could travel "the world" again. No, I'm kidding. I am just enjoying "my newly found freedom." That's one of the greatest gift you could ever have. Alhamdulillah. All praises be to Allah the All Mighty that has made all this possible.

And the great discovery I found during my "problem days" is that I am not the only one in this predicament, ( civil servants inclusive). So what I thought was something to be ashamed of, it was indeed no big deal. A problem is a problem. It can come in different shapes and sizes. I am an Honest Civil servant, so be it. Indeed it is a shameless shame. Or can it be any other way?...

Related Posts with Thumbnails