"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, February 26, 2011

TERKESAN




Berbagai peristiwa dunia berlaku kini.
Rasa sebak dihati.
Rasa seperti muram dunia ini.
Seperti awan mendung di ufuk Timur menutup mentari.

Agaknya apa yang Allah kehendaki supaya manusia sedar diri.

Ben Ali dan Mubarak sudah tidak kedengaran lagi.
Kalau kedengaran pun hanya cerita bagaimana mereka akan membela diri.
Ben Ali di Saudi.
Agaknya buat apa dia hari-hari begini?
Duduk di negara orang hampir tiada yang sayang dan tiada tetamu yang menghampiri seperti dulu lagi.
Dapat pulak berita ia mahu diextradite ke negeri sendiri yang sudah hampir punah kekayaan melainkan kekayan diri.
Tidakah takut, Ini di dunia belum di akhirat nanti.

Mubarak tidak jauh "nasibnya".
Dia di bandar peranginan, di tepi laut yang saya lupa namanya.

Dia di negara sendiri tetapi seperti tidak lagi diambil peduli.
Pastinya  bangun, baring tidur, jalan ke kanan dan ke kiri semuanya tidak selesa di hati.
Ini anggapan sahaja, saya bukanlah pasti.
Tidak akan ada siapa boleh cerita bagaimana orang hidup bila kuasa diragut pergi.
Doa rakyat sudah tidak kedengaran lagi.
Anak-anak pun menjauh diri cuba lari dari keadilan yang dituntut  rakyat yang selama ini ditipu dicaci.

Sekarang Libya pulak bergolak, lebih buruk dari negara Ben Ali.
Dan  lebih buruk dari negara Mubarak yang dahulunya disanjung tinggi
Oleh Amerika dan sekutunya terutamanya Israel yang buta hati.
Semua negara G Twenty mulanya membisu, tetapi kini bersuara agar tidak dikata pengecut jati
Takut kekayannya terjejas, tak kira kalau nyawa orang lain hancur, mati.

Ghadafi tetap bertahan diri walaupun pengikutnya mula habis lari,
Anak-anaknya tetap teguh berdiri, berani mati.
Kalau semua pihak menaku ini Jihad, siapa pula yang tidak mengerti hakikat Iman sejati

Pemimpin dunia mula takut, katanya Ghadafi ada senjata berbahaya  dan dia mencabar berapi-api
Tetapi mungkin Ghadafi sendiri sudah cabut lari
Hanya cakap lalu talipon pada rakyat takut dikesan kerana hakikatnya dia juga takut mati

Ayuh berdoa semoga fenomena ini membawa perubahan positif untuk umat Islam membela diri
Medaulatkan Tauhid pada Ilahi bukan hanya dibibir dan tidak dihati dan budi pekerti
Tanpa berpegang teguh pada Tauhid akibatnya seperti ini, hidup seperti tiada erti.


Lepas satu, satu - negara Arab bergolak mahukan perlembagaannya dan pemimpinnya diganti
Mahu kebebasan, mahu demokrasi, mahu keadilan, pemimpin zalim mesti pergi
Sampai bila huru-hara ini akan berhenti tiada yang pasti,
Semoga ia tidak melarat ke negara ku yang ku cinta ini
Semoga pemimpin ku mengambil iktibr dan muhasabah diri
Rakyat taat jangan disalah erti
Sebab yang terpendam dihati akan meletup jika ketaatannya tidak dihargai

Al Quran telah banyak menunjuk bukti
Kaum yang engakr akan dihapus dari bumi ini
Kaum Aad, kaum Lut, kisah Firaun antara contoh telah diberi
Jangan mendabik diri kerana kita kaya dengan hasil bumi
Kerana Allah tetap memerhati
Jangan sampai ke penghujung nyawa baru mahu berjanji
Mahu patuh pada perintah Ilahi
Nanti Allah murka tidak terperi
Hidup di dunia dan di akhirat tidak berguna lagi.

Semoga Allah mengampuni

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Sis, orang yang kehilangan kuasa sama seperti orang yang mengalami kiamat kecil-hilang semua - kuasa, harta ( mungkin kena rampas balik ),kehebatan, sanjungan dan tanah tumpah darah mereka sendiri menghina dan menghukum mereka.

ngasobahseliman said...

Salam kerabujantung. Semoga Allah sentiasa memberi peringatan kepada kita dan menunjuki kita jalan bagaimana hendak bertindak dalam hidup kita aeterusnya. Peristiwa di Timur Tengah jauh dari segi lokasi, tetapi pastinya Allah suruh kita berfikir dan bertindak seperti yang Nabi M saw telah tunjuk dalam sirahnya.Ini yang sedang Akak fikirkan dan bertanya pada orang-orang yang pandai.

Related Posts with Thumbnails