"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, March 20, 2011

HANYA KERANA CANTIK........


Banyak sebab orang berbuat sesuatu  kerana cantik.
Ada yang kesannya positif dan ada yang kesannya negatif. Sesakali perlu kita fikirkan.
Saya pula berusaha  memberhentikan kereta untuk mengambil foto taman mini sebuah rumah
terletak dalam perjalanan saya ke tempat pengajian mingguan di Kelana Jaya.
Sungguh cantik dan saya amat kagum dengan sesiapa jua yang ada masa dan tenaga untuk memelihara keindahan alam seperti ini.
Kalau senyuman itu sedekah,maka membuat sesaorang
dapat menikmati kecantikan seperti ini pun saya percaya ia merupakan satu bentuk sedekah. Semoga tuan punya bunga-bunga ini mendapat menafatnya di sini dan selepas ini.

2 comments:

Makbonda61 said...

Bunga yang biasa-biasa, disusun dan diolah oleh kretiviti yang luar biasa,jadi hasilnya kecantikan yang luar dari biasa.

ngasobahseliman said...

Ia betul. Kecantikan itu adalah suatu yang relatif. Dan kecantikan yang dilihat dengan mata hati itulah yang lebih bermakna. Salam. Terima kasih Makbonda sudi ziarah.

Related Posts with Thumbnails