"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, March 8, 2011

REALITI HIDUP


Maka akhirnya kita tinggal seorang. Itu sudah menjadi kebiasaan. Jika isteri tidak ditinggal suami maka suami akan  ditinggal isteri. Biasanya isteri ditinggal suami kerana rata-rata isteri umur lebih panjang. Ini lumrah bagi kehidupan warga emas.

Biasanya isteri tidak berkahwin lagi jika sudah meninggal suaminya. Ia boleh mengurus hidup harian dan mudah menyesuai diri jika diambil duduk bersama anak. Tetapi bagi lelaki, ia berlainan sekali. Biasanya ia akan berkahwin lagi dan selalunya mencari isteri yang lebih muda dari isteri yang telah pergi. Ini tidak menjadi kesalahan. Tetapi nanti anak-anak tidak "selesa" kerana takut ayah mendapat zuriat baru dan nanti terpaksa berkongsi harta pusaka. Tetapi pada setengah anak-anak pula ini tidak menjadi hal kerana jika lebih muda maka mereka tidak pening kepala memikirkan siapa yang kena menjaga ayahnya ketika ia lebih tua dan uzur pula nanti.

Inilah reality hidup. Saya mengenali seorang kawan yang agak berjaya hidupnya yang "membayar" seorang perempuan sederhana umurnya untuk berkahwin dengan ayahnya yang sudah berumur sembilan puluhan bila ibunya meninggal dunia. Perempuan itu setuju kerana ia berumur lima puluhan dan rasa masih berkeupayaan. Tambahan pula hidupnya susah dan jumlah "bayaran" / belanja perkahwinan itu agak lumayan padanya. Saya difahamkan RM 40, 000. Bagi anak-anak yang berjaya, jumlah ini tidak menjadi hal dan amat berterima kasih pada ibu yang baru ini. Saya kurang tahu adakah ramai yang seperti ini.

Apa yang penting ialah dihari tua kita berhati lega dan berlapang dada. Ambil yang jernih buang yang keruh. Kita fokus pada hakikat bahawa dunia ini akan kita tinggalkan. Kita bawa amalan dan semoga allah menerima amalan kita. Jika kita masih ada kemampuan, mendapat ruang dan peluang untuk menyumbang pada masyarakat, maka itu kita lakukan dengan penuh ikhlas. Buat kerana Allah dan tidak buat pun kerana Allah.

Sebenarnya kata-kata ini adalah untuk ingatan diri sendiri. Bila sampai masanya Allah takdirkan kita hidup seorang maka kita terima penuh redha. Semoga kita berseorangan tetapi kita tidak keseorangan. Ustaz pun selalu mengingatkan supaya sentiasa mengingat Allah dan pastikan semua yang kita buat semestinya dalam ruang lingkup mentauhidkan Allah. Itu nanti yang akan di tanya di alam kubur atau alam barzah.

Semoga Allah sentiasa bersama hingga ke akhir hayat. Ameen.

4 comments:

Kerabu Jantung said...

Sis,

Orang tua-tua dulu kalau ada suami yang kematian isteri cepat-cepat mereka mencarikan jodoh untuknya,sebab mereka tahu hanya isteri dapat menjaga suami sepenuh masa.

Ada orang kata tanah masih merah suami dah kawin lain- sedara mara pulak kata sapa nak jaga makan pakai dia? Kami tak larat....

ngasobahseliman said...

Dear sister, sama-sama kita doa kita dapat mengurus diri hingga ke akhir hayat dan semoga Allah memudahkan siapa jua yang mengawasi kita (semoga anak-anak kita) hingga ke akhir hayat. Amin.

Kaktiny said...

Assalamualaikum Bonda ngasobahseliman..

sungguh benar apa yg Bonda nyatakan..

arwah tok dan wan tiny (sebelah ibu) dapat menikmati saat-saat indah kehidupan berumahtangga dengan memiliki 10 anak (5 lelaki 5 perempuan), 10 menantu dan brkesempatan melayani 43 cucu beserta 1 cicit sehingga sampai perjanjiannya dengan Pencipta..
Tahun 2001 arwah tok (perempuan) meninggal pd usia 75, tahun 2002 arwah wan (lelaki) menyusul di umur 83 tahun.. menamatkan usia perkahwinan mereka di tangga 58 tahun.. indah kan.. Alhamdulillah..
Namun tak semua pasangan dapat kecapi nikmat sedemikian kan..

... tapi, cinta dan kasih apa yg lebih mulia dan indah selain menyintai dan dicintai Allah serta mengasihi dan dikasihi Rasulullah.. benarkan?

Semoga pengucapan "HASBIYALLAHU WA NI'MAN WAKIL" itu dapat meresap masuk terus di jantung dan jiwa kita semua dan dapat benar-benar dipraktikkan sejujurnya.. ameen..

ngasobahseliman said...

Alhamdulilah, benar dear Kaktiny. Cukuplah Allah sebagai penolong dan pelindung kita. Kita buktikan, antara lainnya, dengan menunai janji yang dikata dikota, yang zahir itulah yang batin, buat kerana Allah dan tidak buat pun kerana Allah, menyuruh berbuat baik dan dan menyuruh meninggalkan yang mungkar adalah dua kewajiban jalan serentak dan kita hanya takut pada Allah jua. Sama-sama kita doa Allah sentiasa menunjuki jalan yang benar dan menganugerah kebijaksanaan dan kekuatan untuk berjuang menegakkan yang Hak bagiNya. Salam.

Related Posts with Thumbnails