"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, November 22, 2011

KAMBING BUKAN LEMBU


Waktu kebelakangan ini ramai  sangat orang bercerita mengenai kes ternakan lembu dan bagaimana  National Feedlot Centre tidak menepati target operasinya.  Saya sebagai rakyat biasa rasa tidak seronok kalau apa yang dikatakan itu benar. Kepada siapalah saya boleh berharap  untuk menjadikan Malaysia makmur. Saya hormat  pada Ketua Odit Negara yang telah berusaha sedayanya untuk menyatakan apa yang telah dipertanggongjawabkan padanya.

Maka saya katakan pada suami: Hati-hati jika mahu melabur dalam industri seperti ini. Kita harus bergabung dengan mereka yang berpengalaman dan berilmu kerana industri ini bukan sesenang yang dianggapkan. Jika kita tidak pernah turun ke tanah dan mahu berjinak dengan binatang, dan tidak pula  ada yang tahan lasak dalam mengendalikan operasi seperti ini, maka saya pasti projek  ini akan gagal, walaupun kita mempunyai  modal yang lebih dari mencukupi.

Apa yang sebenarnya berlaku pada Lembu dalam kes itu hanya puak-puak yang telah berjanji memegang amanah rakyat itu sahaja  yang boleh bercerita yang sebenarnya. Semoga mereka sedar akan janji Allah dan semoga mereka berkata yang benar. Saya sebagai rakyat biasa hanya boleh melihat dan mendengar dan membaca sahaja. Tetapi kami boleh juga berfikir.



Ini suami saya melawat ladang kambing Syami di Rembau, Negeri Sembilan kerana ia berangan-angan untuk melabur dibidang ini. Anak saudara saya kata eloknya melabur pada binatang ia tak boleh jerit balik kalau kita jerit geram padanya. Kalau kita berurusan dengan orang, banyak pantang larangnya, dan banyak pula karenahnya.Boleh difikir-fikir.

Suami saya bercerita katanya kambing-kambing ini di datangkan dari Cyprus, dan harga seekor anak kambing berumur 2 bulan kalau tidak silap saya tidak melebihi. Rm2,000/-. Tanah seluas 5 ekar sahaja pun sudah cukup untuk memulakan ternakan kambing Syami ini. Jika dijaga dengan baik, ia tidak mudah berpenyakit. Maklumat mengenai ternakan lembu seperti yang diatas tadi amat sukar untuk diterima kebijaksanaannya. Pastinya ada yang tidak kena.Kalau tak silap ada pihak yang buat kiraan harga sekor lembu dalam kes ini ialah Rm76,000/-Mustahul?!!! Apa yang tidak kena agaknya.




Mengenai lembu dan kambing saya hanya tahu minum susunya sahaja. Namun sekarang saya lebih suka minum susu kambing,terutmanya kambing syami ini.  Khasiat susu kambing lebih  baik dari susu lembu. Itu kata seorang pakar makanan dan pemakanan. Tetapi iklan mengenai susu kambing ini tidak sehebat iklan susu lembu. Maka ramai orang  lebih yakin pada susu lembu. Saya yakin pada susu kambing tetapi ia agak mahal. Semoga Allah kurnia sihat dengan cara lain.


Rezki Allah ada di mana-mana. Cuma kita perlu usaha.
Dan kita perlu  pastikan usaha kita itu betul dan berintegriti  supaya rezki kita itu halal. Kita pasti dipersoalkan di sana nanti.


.......

2 comments:

Temuk said...

Assalamualaikum. Seronoknya buka perusahaan menternak kambing Cyprus tu. Tapi kok mahal banget harga anak kambingnya, ya? Itu kambing untuk daging atau susunya?

Memang dalam perniagaan/perusahaan kena berhati-hati. Bimbang jadi peniaga buluh kasap, yang boleh kita rendangkan maksudnya dengan menambah 'rugi di dunia, di akhirat lesap'. Kesewon.

ngasobahseliman said...

Kambing-kambing itu katanya untuk susu. Saya antara yang order untuk minum. Tetapi sekarang terhenti sekejap. InsyaAllah sambung lagi. Sedap rasanya. Anak saya kata eluk untuk ibu yang sedang menyusukan. Katanya susu badan bertambah. Suami saya belum mula melabur. Baru berangan-anagan. Saya suka dengan idea itu sebab bapak saya dulu pun menternak kambing kecil-kecilan. Sebuah tradisi....salam.

Related Posts with Thumbnails