"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, November 22, 2011

KAMBING BUKAN LEMBU


Waktu kebelakangan ini ramai  sangat orang bercerita mengenai kes ternakan lembu dan bagaimana  National Feedlot Centre tidak menepati target operasinya.  Saya sebagai rakyat biasa rasa tidak seronok kalau apa yang dikatakan itu benar. Kepada siapalah saya boleh berharap  untuk menjadikan Malaysia makmur. Saya hormat  pada Ketua Odit Negara yang telah berusaha sedayanya untuk menyatakan apa yang telah dipertanggongjawabkan padanya.

Maka saya katakan pada suami: Hati-hati jika mahu melabur dalam industri seperti ini. Kita harus bergabung dengan mereka yang berpengalaman dan berilmu kerana industri ini bukan sesenang yang dianggapkan. Jika kita tidak pernah turun ke tanah dan mahu berjinak dengan binatang, dan tidak pula  ada yang tahan lasak dalam mengendalikan operasi seperti ini, maka saya pasti projek  ini akan gagal, walaupun kita mempunyai  modal yang lebih dari mencukupi.

Apa yang sebenarnya berlaku pada Lembu dalam kes itu hanya puak-puak yang telah berjanji memegang amanah rakyat itu sahaja  yang boleh bercerita yang sebenarnya. Semoga mereka sedar akan janji Allah dan semoga mereka berkata yang benar. Saya sebagai rakyat biasa hanya boleh melihat dan mendengar dan membaca sahaja. Tetapi kami boleh juga berfikir.



Ini suami saya melawat ladang kambing Syami di Rembau, Negeri Sembilan kerana ia berangan-angan untuk melabur dibidang ini. Anak saudara saya kata eloknya melabur pada binatang ia tak boleh jerit balik kalau kita jerit geram padanya. Kalau kita berurusan dengan orang, banyak pantang larangnya, dan banyak pula karenahnya.Boleh difikir-fikir.

Suami saya bercerita katanya kambing-kambing ini di datangkan dari Cyprus, dan harga seekor anak kambing berumur 2 bulan kalau tidak silap saya tidak melebihi. Rm2,000/-. Tanah seluas 5 ekar sahaja pun sudah cukup untuk memulakan ternakan kambing Syami ini. Jika dijaga dengan baik, ia tidak mudah berpenyakit. Maklumat mengenai ternakan lembu seperti yang diatas tadi amat sukar untuk diterima kebijaksanaannya. Pastinya ada yang tidak kena.Kalau tak silap ada pihak yang buat kiraan harga sekor lembu dalam kes ini ialah Rm76,000/-Mustahul?!!! Apa yang tidak kena agaknya.




Mengenai lembu dan kambing saya hanya tahu minum susunya sahaja. Namun sekarang saya lebih suka minum susu kambing,terutmanya kambing syami ini.  Khasiat susu kambing lebih  baik dari susu lembu. Itu kata seorang pakar makanan dan pemakanan. Tetapi iklan mengenai susu kambing ini tidak sehebat iklan susu lembu. Maka ramai orang  lebih yakin pada susu lembu. Saya yakin pada susu kambing tetapi ia agak mahal. Semoga Allah kurnia sihat dengan cara lain.


Rezki Allah ada di mana-mana. Cuma kita perlu usaha.
Dan kita perlu  pastikan usaha kita itu betul dan berintegriti  supaya rezki kita itu halal. Kita pasti dipersoalkan di sana nanti.


.......

Sunday, November 20, 2011

BADAN YANG SIHAT



Sihat dan menyehatkan.


Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa badan yang sihat itu adalah lebih baik dari wang berjuta ringgit. Itu yang saya kesalkan tentang diri saya kerana saya sudah berhenti dari sessi Tai Chi saya hampir setahun sekarang ini. Susah sekali hendak bermula balik setelah berehat kerana saya melancung jauh buat beberapa kali. Saya sedang memotivasi diri untuk bermula semuala.

Jika badan tidak fit, beribadah pun menjadi rumit dan tidak selesa. Bila umur bertamabah banyak perkara yang menjadi rumit. Selalu saya katakan pada anak-anak supaya tidak bertangguh masa untuk berbuat amal. Umur dan kesihatan badan tiada siapa boleh menduga. Kelmarin saya menziarahi biras saya di Cyberjaya. Dia baru bersara awal dari menjadi guru sains dan mathematik dalam umur lewat empatpuluhan. Saya lihat dia slim dan sihat. Kerja-kerja rumah dibuatnya sendiri. Amat jelous saya melihatnya.




Bercerita tentang hal sihat, ingat saya semasa kecil  dahulu emak saya sentiasa memaksa  saya minum segelas lempoyang hampir setiap pagi. Itu satu sistem immunisasi tradisional. Saya membesar sihat. Bila dewasa tua ini saya takut minum jamu dan apa jua jenis ubat-ubatan yang  perlu di minum. Maka baru-baru ini semasa
 kami menginap di Harris Hotel di Jakarta saya tidak mengambil peluang minum jamu yang dihadangkan yang menjadi sebahagian package 'bed and breakfast' yang kami pilih. Alangkah ruginya, kata suami saya. Saya hanya senyum tetapi setuju dihati .........

Seorang teman sedang memilih ramuan yang disukai.

Tinggalah di Harris hotel untuk minum jamu yang berbagai khasiat. Cara  menyediakan dan cara menghidang  membuat pelanggang tertarik untuk mencubanya.....melainkan saya.

Semoga Allah mengurnia kesihatan untuk bekalan  beribadah sepenuhnya pada Allah yang maha Esa.


...........

Friday, November 18, 2011

BEAUTIFUL GARUT




Saya telah beberapa kali ke Garut berkenaan sekolah Situwangi Boarding School yang telah saya cerita sebelum ini. Cuma hari ini saya ingin tunjukan rumah kediaman di Sari Papanndayan Resort dan Agrotours yang saya rasa kos penginapan agak mahal. Katanya rumah seperti di bawah ini harga semalam ialah  hampir bersamaan RM300/-.




Garut temapat peranginan ini terletak di kawasan perkampungan. Udaranya nyaman. Pada malam hari suhu boleh sampai 17* Centigrade. Saya sukakannya. Cuma pada saya masaalah makan menyebabkan kami biasanya tinggal semalam dua sahaja. Saya tidak biasa dengan makanan Sunda. Tetapi Allah maha adil. Setiap kaum ada keunikannya sendiri. Saya keturunan jawa totok, dan cuma suka masakan Jawa. Ini sikap yang menyusahkan diri sendiri dan saya kena didik diri supaya sentiasa bersyukur. Selalu saya katakan pada anak-anak: "If you are not adventureous in food, you are not advetureous in anything." Maka kali ini kena pada diri sendiri. Saya bela diri dengan mengatakan umur saya sudah senja maka kerana itulah saya amat memilih. Percayalah tu....

Saya katakan pada teman-teman: "Datanglah ke Garut. Cantik dan nyaman. Di bawah ini saya rakam beberapa pemandangan yang membuat kita rasa amat bersyukur Allah kurnia Rahmat melihat ciptaanNya. Ini sebahagian zikrullah. AllahuAkbar.

 Kawasan pergunungan Garut

Bangunan Reception.
Kawasan Ladang berhampiran Sekolah SBS

Kolam Ikan yang mengkagumkan akal
Pondok untuk pelancung bersantai
Kawasan tasek di kampus sekolah

Bunga-bunga tumbuh subur


Lagi bunga-bunga

Tempat sarapan pagi

Di kiri wakil penaja , di kanan pembantu sukarela.

      Sampai di sini dulu. Semoga sejahtera.

....

Monday, November 14, 2011

PERSEDIAAN MENJADI JENAZAH





"Ungkapan itu keterlaluan. Ia menakutkan".Kata seorang teman pada saya bila saya mencadangkan tajuk sebuah bengkel anjuran Masjid Kg Tunku pada akhir bulan ini. Bengkel itu ialah mengenai pengurusan jenazah. Tetapi untuk bahagian pertama ahli jawatankuasa pengelola mahu ustazah jemputan memberi penerangan tentang apa yang mesti dibuat apabila kita menjaga orang yang sakit tenat dan kronik pula. Apa nasihat yang harus diberi, bagaimana mengajarkan solat dan zikrullah dan berbagai lagi.

"Kenapa pulak menakutkan. Itu hakikat sebenar pada semua diri. Tiap-tiap yang hidup pasti mati" saya cuba menjelaskan, tetapi dalam hati merasakan juga bahawa ungkapan ini mungkin tidak pernah digunapakai oleh sesiapa pun.

Terdiam teman saya mungkin tidak mahu melayan penjelasan saya. Puan pengerusi pun mengatakan yang sama. "Sememangnya kita semua akan ke situ. Tetapi nanti  terkejut orang medengarnya dan langsung tidak mahu hadir ke bengkel.''

Saya akur dan diam sahaja. Dalam hati saya berkata-kata sendirian. Selalu sahaja kita mahu belajar bagaimana mahu mengurus jenazah. Kenapa kita takut memikirkan yang kita semua akan juga digelar jenazah bila sampai masanya. Orang tidak rasa  takut kalau kita sebut: Persediaan untuk Mati. Tetapi bila sebut: Persediaan untuk jadi Jenazah, kita rasa amat tidak selesa. Seolah-olah ungkapan itu untuk orang lain dan bukan untuk kita. Kita rasa berkewajiban untuk tahu mengurus jenazah, tetapi rasa kekok untuk menerima hakikat yang sebenarnya, iaitu bagaimana orang harus mengurus kita nanti. atau dengan lain perkataan bagaimana kita mahu diurus sebagai jenazah. Adakah kita mempunyi pilihan dalam hal ini. Agaknya itu tidak penting untuk difikirkan. Atau itu penting tetapi kita takut hendak memikirkannya.

Kenapa takut ? Ada kalanya saya juga terfikir-fikir. Kalau kita bersedia untuk menjadi jenazah, iaitu kita  membuat persediaan rapi untuk menghadapi mati dan bertemu dengan yang maha Khalik, dan berdoa  semoga Allah memudahkan proses itu, maka saya yakin Allah akan mengasihani kita dan orang menjadi mudah mengurus kita bila kita jadi jenazah. WaAllahu'alam.

Ini bukan persoalan untuk orang tua sahaja. Saya katakan mengenai cerita di Masjid ini kepada anak saya yang sudah pun berumur awal tiga-puluhan dan tinggal bersama saya. Dia hanya tersenyum, dan saya harap dia memahami. Mungkin dia diam kerana merasakan isu ini belum relevan baginya. Tetapai kata Ustaz, mengingat mati adalah strategy hidup yang terbaik kerana kita akan besegera berbuat yang baik, dan meninggalkan yang dilarang.

Betapa hakikat mati itu suatu yang digeruni. Tetapi kata Ustaz: Hidup itu Nikmat, Mati pun Nikmat. Bagaimana ya?
Kita bincang hal ini dalam forum yang lain, insyaAllah.


.......

Sunday, November 13, 2011

MENGIKTIRAF SUMBANGAN



Naluri manusia suka diiktiraf. Semoga apabila mendapat pengiktirafan, hati semakin khusyuk memandang kebesaran Allah yang maha  Pencipta. Tiada sesuatu sebesar zahrah pun akan begerak jika Allah tidak menggerakannya. Subhanallah.

Maka kelmarin 12 November 2011, Masjid Kg Tunku, Petaling Jaya mengadakan majlis mengiktiraf tokoh-tokoh terpilih yang terserlah sumbangannya  pada masyarakat, negara dan dunia melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu UN. Sebuah buku telah diusahakan dan diterbitkan oleh Masjid itu sendiri sebagai satu pengiktirafan yang boleh dicontohi oleh generasi mendatang.



Buku ini mendokumenkan sumbangan mereka dan diharapkan mendapat sambutan meriah dari pembeli kerana hasilnya adalah untuk program kebajikan masjid. Tokoh-tokoh ini telah bermastautin di Kg Tunku lebih 20 tahun yang lalu dan sewajarnya anak cucu mereka dan semua generasi muda merasa bersyukur kerana  generasi tua telah menunjuk jalan yang terbaik dalam memunafaatkan umur mereka. Dunia ini hanya sementara dan sewajarnya kita semua berbuat sesuatu yang boleh menjadi warisan. Ikutlah prinsip 3M; ia itu Mencari, Memiliki dan Memberi. Apa jua kejayaan seharusnya di kongsikan. Tidak ia dikira kejayaan jika hanya untuk diri sendiri. Islam menyarankan supaya umatnya suka memberi kerana tangan yang memberi itu lebih mulia di sisi Allah swt.




Ini anak remaja yang ikut ayahnya ke Majlis pengiktirafan. Ada anak-anak yang lain tetapi saya dapat rakam yang ini. Semoga tersemat dihatinya mahu berbuat sesuatu yang boleh ditinggalkan sebagai Legacy warisan yang diterima Allah swt, tidak kira dibidang apa asalkan sahaja ia usaha yang diredhai dan nowaitunya jitu untuk pengabdian pada Alllah semata-mata.

Semoga usaha ahli Jawatankuasa Masjid dan siapa jua yang terlibat mendapat ganjaran dari Allah jua. Sesiapa yang berminat membeli buku bolehlah menalipon Ustazah Mardziah di talian 012364035.


.........

Wednesday, November 9, 2011

MATIKAN ROKOK, SEBELUM............







"MATIKAN ROKOK, SEBELUM ROKOK MEMATIKAN KAMU"

Begitu bunyi satu tag line yang saya sempat  lihat  (dalam kesibukan lalu lintas) di dinding hadapan sebuah kedai / pejabat di sebuah bandar kecil dalam perjalanan saya dan beberapa rakan dari Bandung ke Garut pada minggu lepas. Kami ke Garut lagi, sebuah bandar yang mengambil masa lebih tiga jam dari Bandung pada hari-hari hujung  minggu yang lepas.

Ia menarik perhatian saya kerana Indonesia adalah sebuah negara Islam yqang terbesar pendudunya ketika ini dan mereka menjadi mangsa budaya merokok. Sungguh malang kalau orang Islam menjadi lemah dan bermasaalah. Malaysia juga menjadi mangsa pengeluar rokok. Dalam sebuah website saya terbaca bahawa di Malaysia lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun keatas adalah perokok. Dari angka tersebut 20% adalah golongan remaja. dan 85% remaja akhirnya menjadi ketagih rokok.

Ini fenomena yang merbahaya kerana rokok adalah permulaan pada ketagihan dadah merbahaya. Saya tidak mahu mengata orang lain kerana saya sendiri punya kaum kerabat yang kuat merokok, dan amat sedih dihati kerana dalam golongan itu ada golongan kerabat yang terdekat. Saya sudah tidak termampu lagi selain berdoa semoga mereka ini menyedari hakikat bahawa jika mereka berterusan besar kemungkinan  mereka akan mati merana kerana bahana rokok dan orang yang mereka sayangi juga akan merana kerana  asap rokok yang mereka sebarkan. Saya berdoa semoga mereka mengerti bahawa apa jua yang membahayakan diri sendiri dan kita terus membuatnya, maka itu adalah perbuatan yang Allah benci. Semoga mereka akan dapat merasai erti dan akibat Allah benci pada perbuatan kita itu. Kepada siapa lagi kita boleh berharap dan bergantung jikalau Allah sudah membenci perbuatan kita Kemudian kalau tidak bertaubat, mungkin Dia membenci kita pula akibat perbuatan itu. Nauzubilah.

Yang beruntung dalam hal ini hanyalah pengeluar rokok dan mereka yang menjualnya pada peminat rokok. Mengapkah perokok mudah di TIPU oleh kegemaran yang merosakan diri sendiri ini. Pengeluar rokok  mengiklankan rokok seolah-olah seorang perokok itu hebat, tampan dan bergaya. Seolah-olah kalau merokok hati dan fikiran akan tenang dan banyak kerja boleh diselesaikan. (Ini jelas di Indonesia tetapi iklan seperti ini di Malaysia sudah berbentuk lain).  Bukan perokok tidak tahu bahawa fenomena ini adalah kesan jangka pendek. Dalam jangka panjang rokok akan membuat mereka sakit jantung, sakit kanse, ketagih  teruk, dan boleh memporak-perandakan keluarga tersayang. Tetapi mereka berdegil dan akan buat juga dan akan terus merokok. Bila sudah terantuk barulah terngadah, itu akhirnya.

Bila teman-teman rapat menasihati, atau orang tua termanuk ibu-bapa melarangnya, paling baik reaksi ialah mereka tidak merokok depan-depan tatapi tetap merokok di belakang. Mereka bukan tidak tahu bahawa sekilas mereka lalu di hadapan, kita tahu mereka merokok. Badan berbau busuk rokok dan gigi kuning asap rokok. Tidak tahu saya mengapa mereka tetap akan merokok.

Saya perhatikan mereka tidak sayangkan diri. Mereka terjebak menipu diri, sedar atau tidak sedar. Mereka tidak mahu menerima hakikat  bahawa yang buruk itu tetap buruk. Kalau emak bapak tidak tahu, Allah tetap tahu. Bukankah ini seperti membelakangkan fakta mempercayai Allah kerana tidak berkelakuan benar adalah seperti menidakankan hakikat bahawa Allah maha melihat. Semoga mereka akan berfikir.

Rokok mengakibatkan berbagai penyakit. Maklumat ini pun mereka sudah tahu. Tetapi mereka tidak dapat mengawal diri. Bagaimana mahu mengawal keluarga, dan organisasi kalau tidak dapat mengawal diri. Ahhhh...Itu tidak betul, kata mereka. Mereka mengatakan mempunya ramai kawan di tempat kerja dan mempunyai business associate yang ramai jiuka mereka berniaga. Kerana merokoklah mereka rasa aktif dan dengan itu tidak menjadi masaalh mengawal keluarga atau staff dipejabat. Ini juga satu pembohongan pada diri yang nyata tetapi tidak mahu diterima.




Saya amat teringat dan terfikir-fikir mengenai masaalah ini ketika dalam perjalanan ke Garut tempuh hari selepas melihat Tag Line di atas. Maka apabila dalam satu kawasan  R&R saya ternampak seekor anak kucing yang tidak sihat cuba merawat diri, saya terkenangkan perokok-perokok yang bila mula sakit nanti akan seperti anak kucing ini, seorang dan keseorangan. Lihat gambar disebelah.

Saya teringat  dan merasa risau dan sebak di dada  akan kaum keluarga saya yang mungkin mendapat penyakit teruk   kerana rokok. Atau pun mereka tidak sakit teruk tetapi tidak ada kehidupan yang berkualiti kerana sering keluar masuk ke hospital. Ini pengalaman yang telah saya lalui. Kerabat yang saya kasihi ini meninggal dunia di syaki kanser  kerana merokok. Ia baru berumur 52 tahun. Tragedy ini amat dirasai oleh keluarga. Tiada anaknya yang merokok setahu saya. Alhamdulilah dan semoga cucu-cucunya pun begitu.

Rokok membazirkan wang. Ini pun mereka tahu. Tetapi seperti mereka redha membakar wang ringgit. Hendak memberi pada keluarga, rasa berkira. Takut perbelanjaan sendiri tidak mencuckupi. Saya berdoa semoga tabiat merokok ini diberhentikan supaya sekurang-kurangnya corak emosi mereka stabil, tidak mudah gelisah dan bimbang, tidak mudah marah atau merajuk tidak tentu pasal dan sebagainya. Saya juga perhatikan ada kalanya orang merokok tidak dapat memumpu fikiran, maka mereka suka berjaga malam menonton TV untuk relaks, katanya. Ini juga membohongi diri. Semoga mereka segera menyedari.

Saya difahamkan tidak ada undang-undang pencegahan yang boleh dikuatkuasakan dalam hal merokok ini. Pihak pemerintah hanya boleh menakut-nakutkan seperti menulis amaran dikotak rokok. Saya rasa ini tidak langsung dihiraukan. Dari segi hukum syarie pun ada ulamak kata makruh, ada ulamak yang mengatakan haram tetapi ada ulamak yang tidak membuat hukuman demikian. Maka ini peluang bagi perokok untuk ikut yang lebih mudah. WaAllahu'alam.

Saya berdoa perokok akan bertegas melarang diri sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib mereka, melainkan mereka sendiri mengubahnya. Itu pun semeangnya hukum alam. You are what you eat / or do. Semoga Allah mengampuni saya dan mereka. Saya bertanggongjawab tetapi tidak berkemampuan bertindak lebih dari apa yang telah saya lakukan. Semoga mendapat pertolongan Allah jua.


........

Sunday, November 6, 2011

EIDUL ADHA, di mana pengorbanan kita?

Pagi ini solat Eidul Adha di Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya menyentuh hati-hati  orang yang prihatin Erti pengorbanan. Khatib yang bersemangat memberikan sebuah khutbah solat Eidul Adha alhamdulilah berjaya melahirkan keinsafan di hati saya dan saya yakin ramai yang juga tersentuh hati dan minda mengenai persoalan asas dalam pengabdian pada yang maha Pencipta.





Di mana pengorbanan kita? Cukupkah dengan mengorbankan harta dan pada Hari Raya Eidul Adha ini kita mengorbankan nyawa seekor binatang sebagai lambang peristiwa mengambl sempena arahan Allah ke atas Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih anaknya, Ismail?

Semoga Allah menerima korban kita, tetapi janganlah kita berhenti setakat itu sahaja. Kita harus memikirkan sama ada kita telah cukup berkorban untuk menegakan Islam di muka Bumi ini. Sudahkah kita fikir-fikirkan untuk berkorban hatta nyawa kita sendiri. Kalau kita ada harta, membeli binatang ternakan untuk berkorban, pastinya mudah sekali. Yang tidak ada harta mungkin mengatakan bagaiman aku boleh berkorban? Aku tidak ada kemampuan.

Maka Khatib mennceritakan kisah seorang sahabat Nabi saw yang buta matanya. (disebut namanya, tetapi saya sudah lupa). Ia mahu pergi ke medan perang bersama yang lainya tetapi tidak dibenarkan oleh Nabi Muhammad saw kerana ia seorang yang tidak cukup kemampuan. Begitu juga kata Khalifah Saidina Abu Bakar yang menggantikan Rasulullah saw setelah wafatnya. Tetapi apabila sampai ke zaman Khalifah Omar Al Khattab, ia merayu supaya ia dibenarkan juga untuk bersama ke medan peranag. Kalau tidak boleh diberikan pedang, berilah padanya Panji-panji Islam supaya ia terus memegangnya. Saidinar Omar membenarkannya, dan akhirnya sahabat yang buta ini ia mati syahid. Keikhlasan hatinya dan semangat juangnya Allah hargai.

Kita bagaimana?

Sanggupkah kita membiarkan musuh-musuh Islam memperlekeh orang-orang Islam dan sanggupkah kita melihat saudara-saudara Islam kita dizalimi oleh musuh-musuh Islam?

Sama-sama kita fikir-fikirkan dan bermunajat semoga Allah menunjukan jalan yang terbaik dan semoga Allah tidak mematikan hati-hati kita dan hanya mahu bersantai sahaja. Ya Allah ampunilah kami kerana kami lalai, ampuni segala kelemahan dan kekurangan kami dan kurniakankan di hati-hati kami keberanian dan kesungguhan untuk berbakti dan keikhlasan untuk pengabdian yang sebaik mungkin. Hanya kepada Mu kami mengabdikan diri dan hanya kepada Mu kami dikembalikan. Semoga mendapat limpah kurnia Rahmat Mu yang tidak terhingga, ya Allah.....
Ameen.

......
Related Posts with Thumbnails