"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, January 10, 2012

TEKA - TEKI


Peristiwa menarik di dalam negeri
Ramai yang tidak menyangka ia akan terjadi
Khir Toyo di diputuskan guilty
Tetapi Anuar pulak lepas free

Mengapa agaknya ini terjadi 
Ia seperti sebuah teka-teki
Ada orang yang anggap ia mimpi ngeri
Takut Anuar jadi Perdana Menteri

 Tak percayakah Anuar boleh jadi Perdana Menteri
Atau adakah orang yang iri hati
Kan Mahkamah dah yakin pendakwa tak cukup bukti
Kenapa masih ragu mahu persoal kuasa tertinggi

Ada yang berkata itu bukan isu hakiki
Siapa sahaja boleh jadi Perdana Menteri
Asal sahaja ia bekelayakan, berwibawa dan berintergriti
Mungkin yang tidak berparti pun ada potensi  menawar diri

Itulah karenah politik dalam negeri
Masa yang sama ada orang dibuang parti
Kerana engkar, tapi ada yang kata ada orang tikam curi
Apa kaitan semuanya saya kurang mengerti

Tetapi jangan lupa ada kuasa yang maha tinggi
Ia maha melihat, maha mendengar dan sentiasa maha memerhati
Ia tahu perkara yang nyata dan yang tersembunyi 
Jangan siapa lupa itu hakikat, jangan cuba memandai diri

Syurga Neraka, Allah tetap menepati janji
Jangan sombong bermegah nanti senjata memakan diri
Rakyat hanya mampu melihat tak upaya berkata lagi
Hanya berdoa semoga Allah tentukan yang terbaik bagi kami

.....

2 comments:

Temuk said...

Assalamualaikum
Ganjaran atau hukuman di dunia adalah ganjaran dan juga hukuman yang sementara. Yang lebih tepat, dan lebih kekal, adalah ganjaran atau hukuman dari-Nya yang di akhirat nanti.

Selamat Tahun Baru 2012. Semoga di dalam lindungan Allah sentiasa.

ngasobahseliman said...

Waalaikumussalam, Mas Temuk. TK mamper lagi. Betul tu yang dikata. Dalam takut akan fakta janji Allah, kadang-kadang terjebak juga. Semoga Allah mengampuni dan melimpah Rahmatnya yang tidah terhingga.
Semoga tahun baru 2012 mendekatkan kita lagi pada yang maha berkuasa. Semoga kita dapat merasai Kasih dan Sayangnya dan apa jua usaha kita dalam menyeru pada amal makruf dan nahi mungkar Allah redhai. Semoga Allah kurnia kesejahteraan di sini dan di sana.

Related Posts with Thumbnails