"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, February 12, 2012

IBU MANA YANG TIDAK BERHARAP.

 


Cerita Ibu Dan Menantu...


 Jarang-jarang mahu dibincangkan. Sensitif kata setengah pendapat. Seorang anak buah lelaki dari keluarga besar hingga kini belum mahu berumah tangga. Bila ditanya: Bila? Ia hanya senyum. Mungkinkah ia belum bersedia kerana masih mahu benar-benar memahami hati seorang wanita digelar ibu sebelum memulakan hidup baru.(Ibu kandung atau ibu mertua kata ustaz sama statusnya sebagai ibu.)

Setiap ibu saya percaya  sentiasa berdoa semoga  anak-anaknya sejahtera. Antara doa Ibu semoga anak-anak dapat mendirikan rumah tangga penuh bahagia. Ini fitrah impian seorang ibu kerana padanya Ibu sahaja yang pandai menjaga anaknya. Maka jika anaknya itu lelaki ia amat mengharapkan calun isteri yang dipilih mempunyai ciri-ciri watak dan nilai hidup yang sama dengannya atau yang hampir sama dengannya. Ini dapat meyakinkan dirinya bahawa anaknya akan terjaga rapi. Ibu tidak begitu khuatir jika anaknya itu perempuan, kerana rata-rata seorang ibu sudah mengenali anaknya dan anaknya  sudah dididik bagaimana menjadi isteri yang baik dan sempurna.

Seorang Ibu tidak akan berbicara rasa hatinya dalam hal ini secara terus terang. Mungkin kerana ia tidak tahu bagaimana mahu mengeluarkan rasa dihatinya.  Atau mungkin ia khuatir ia dituduh sebagai ibu yang tidak memahami anaknya. Maka rasa itu akan tersimpan dihati dan hanya diluahkan dalam doanya saban hari. Maka  saya berpendapat calun isteri pada anaknya  harus sensitif akan hal ini dan harus pandai mengambil hati si Ibu.

Isteri-isteri muda jangan bimbang dan khuatir kerana dengan izin Allah mereka juga akan menjadi ibu. Fenomena ini akan bersilih ganti.

Saya kebetulan berbual dengan  teman-teman mengenai perkara ini beberapa minggu lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan anak-anak buah yang jauh dan yang  dekat.  Maklumlah musim majlis walimahtul urus ketika itu. Kami berhati-hati dalam memperkatakan sesuatu dan ada diantara kami yang hanya senyum sahaja. Fikirannya dirahsiakan untuk dirinya sahaja.

Ada ibu-ibu yang suka lihat dan dengar sahaja. Biarlah anak-anak muda menyelesaikan masaalah masing-masing kerana dunia ini sudah banyak yang berlainan. Saya pula berkata: jika kita berpegang pada nilai-nilai dan prinsip hidup Islam, tidak ada yang berbeza atau tidak ada perbezaan yang tidak boleh diselesai bersama, asalkan sahaja kita tidak bersikap angkuh  dan beperasaan bahawa hanya orang lain yang perlu pada kita, kita tidak perlu pada orang lain. Kita fikirkan bersama.

Ada ibu yang berani menegur anak menantu. Tetapi rata-rata ramai ibu yang tidak berani menegur anak menantu dan tidak juga berani bertanyakan sama ada dia bermasaalah dengan anaknya. Kenapa agaknya.

Saya pula akan bertanya pada anak sendiri jika isterinya ada apa-apa masaalah mengenai perhubungan dengan keluarga besar. Bukan suka bertanya semata-mata kerana suka menjaga hal orang waimma anak menantu. Tetapi saya boleh melihat orang dari gaya ia membawa dirinya, iaitu dari "body language nya". Maka saya bertanya supaya jika ada masaalah ia tidak menjadi berlarutan. Antara prinsip kasih sayang ialah kita mesti berlapang dada dan sikap keterbukaan boleh membantu menyelesai apa jua masaalah. Sebenarnya tidak kira di mana. Di pejabat pun sikap ini banyak membantu menyelesai masaalah dan dapat  meningkatkan produktiviti.

Secara fitrah, hati ibu rata-rata sama sahaja. Mahu dikasihi dan mahu diambil kira dalam meyelesai sesuatu masaalah keluarga anak-anaknya. Tetapi orang muda lain fikirannya. Pada mereka lebih baik bersikap "jangan menyusahkan".

Tetapi dalam  masaalah keluarga, terutamanya keluarga  Melayu Islam, masalah keluarga ada kait mengait dan bertali-tali pula.  Maka harus ada kebijaksanaan. Dan biasanya  kebijaksanaan datang dari pengalaman.

WaAllahua'lam. Orang tua hanya mampu memberi pendapat dan berdoa. Semoga anak-anak muda bijak berfikir dan berusaha mendengari apa yang tidak dikatakan dengan terus terang.


...

8 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT.

Mertua dan menantu.. memang banyak kisah-kisahnya, ada yang boleh diteladani dan ada yang kena disempadani..

Setuju dengan kak bahawa masalah keluarga dalam Islam perlu ada kebijaksanaan dalam menanganinya.

Semoga kita dapat mengendalikannya jika ada masalah.. amiin

Temuk said...

Assalamualaikum
Bila membaca entry ini teringat pula saya akan adanya juga iktibar sekalipun dari cerita wayang seperti 'Ibu Mertuaku'. Tidak pula ada cerita wayang 'Anak Menantuku' sehingga kini. Saya tetap menjunjung tinggi apa juga kaedah yang bersifat 'islamic' (yang pastinya amat banyak) dalam menyelesaikan masalah keluarga.

ngasobahseliman said...

Salam Werda. Cerita anak menantu berbagai. Bila kita lihat dari berbagai sudut, tidak ada yang semata-mata negatif. Kita kena banyak berlapang dada. Hanya nabi yang maksum. Semoga Werda sihat-sihat.

ngasobahseliman said...

Salam Mas Temuk. Nanti kalau ada script writer yang berjiwa waja, akan terbit agaknya cerita "anak menantu ku". Apa jua cerita, yang mendengar atau melihat harus muhasabah diri sendiri tak kira dia ibu atau menantu. Perubahan bermula dari diri sendiri, bukan gitu?
Kesuwon mamper.

ummu said...

salam kakak
semoga anak2 muda kini tetap menegrti akan kasihs ayang seorang ibu dan ibu mertua itu sendiri bagaikan ibu sendiri.

ngasobahseliman said...

Ya. Benar Ummu.Panggil saya aunti Sobah. Itu doa saya semoga semua keluarga Islam bahagia. Salam.

Mieza said...

Assalamualaikum Aunty Sobah,

Alhamdullilah, saya sangat2 mendambakan tunjuk ajar, pendapat, pandangan dan doa semua yang bergelar ibu, ibu mertua. Your worthy thoughts and words, inspire.

Saya yakin kebahagian sesebuah keluarga Islam dicorakkan dengan peranan ibu dan bapa yang mendidik berlandaskan Quran dan Sunnah.

Aunty Sobah, boleh saya dapatkan postal address aunty, ini special request untuk projek Mail box - Postcode 7647. If you do not mind, other wise, it is ok. My email address is mieza71@gmail.com.

Barakallahu fikum.

ngasobahseliman said...

Dear Mieza. My postal address No 8, Lorong SS 1/24 A, Kg. Tunku, Petaling Jaya, 47300 Selangor.

Related Posts with Thumbnails