"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, November 22, 2013

Tidak perlu risau ?...




Kalau kita dilautan luas terbuka dalam boat kecil dan pukulan ombak menggerunkan, perlukah kita rasa risau?

Pada yang biasa dan tahu segala rahsia meneroka laut, badan sihat dan minda segar, maka saya percaya tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan atau dirisaukan.

Sebenarnya saya ini adalah seorang yang mudah risau. Bukan saya tidak yakin bahawa jika kita sudah berusaha maka kita harus pasrah pada yang maha Esa maha Berkuasa,. Tetapi yang sering saya tidak tahu sama ada yang saya usahakan itu sudah menepati erti usaha sebenarnya. Kalau dalam bahasa Inggeria selalu kita kata: "make sure you leave no stones unturned" barulah kita boleh kata "sit back and relax". Biar takdir menentukannya. Jangan putus-putus berdoa kerana "tiada kekuatan melainkan kekuatan dari Allah jua".

Kelmarin saya menemani anak perempuan saya ke Hospital UKM di Ceras (Jabatan Psikatri kanak-kanak dan remaja) untuk menghantar cucu saya Huzaifah (Ujai) mengambil "test" untuk melihat apa kekurang yang ada pada dirinya, kini berumur 8 tahun. Ini adalah sessi susulan  untuk memutuskan sama ada cucu saya ini termasuk dalam kategori anak kurang upaya. Jika sudah pasti doktor akan memberi kenyataan muktamad dan Huzaifah boleh bersekolah di sekolah Khas di mana ia boleh mendapat bantuan pendidikan yang istimewa bagi kanak-kanak sepertinya. 

Saya risau...

"Jangan risau, Mak....." kata anak saya. "He is in good hands.  Mereka doktor pakar. Tak kan kita nak risau..."

Saya diam seketika. 

"Tapi Kak...."  saya sambung luahan hati saya.

"Dulu semasa kat Tokyo semasa Ujai umur dua tahun lebih, kita pun dah tanya doktor Jepun sama ada Huzaifah ini 'over active'. Doktor membuat pemerhatian khas dan di akhirnya dia kata Huzaifah ni okay. Cuma active, bukan over active."

"Tak ape Mak. Dulu dia masih kecil. Belum nyata semua karenahnya. Sekarang sudah dua tahun bersekolah, dah dapat  dikesan apa lagi yang Huzaifah kurang dan lemah."

"Bukan maksud Mak risau Ujai ditakdirkan berbeza upaya...." Saya cuba menjelaskan maksud. "Mak risau sama ada doktor-doktor ni betul-betul melihat anak-anak kecil dengan penuh kasih sayang macam anak depa sendiri."

"Ish...ish... Mak, tak boleh kata gitu. Jangan risau samapi nak buruk sangka".

"Tak lah begitu," Saya cuba bela diri. "Ingat tak dulu masa kita bawak Akif (adik Ujai) jumpa doktor pakar dalam "child development" dan kita tanya apa yang tidak kena pada Akif ? Doktor kata dia okay cuma ia lambat bercakap dan perlu diberi speech therepy. Bila mak tanya tepat-tepat: Is Akif autistic ? Dia tenguk muka mak....terkejut !"

"Siapa kata dia Otistik?" Dr tanya macam kehairanan.

"Doktor di hospital Putra jaya, " Kak jawab. "Tapi mereka syak sahaja. Sebab itu Akif di rujuk ke sini."  Waktu itu di Pusat Perubatan Unviversity Malaya.

"Tidak, jangan bimbang....Akif is okay...." dan doktor menerangkan ciri-ciri otisma.

Kami lega hingga setahun lepas itu saya bertanya dengan seorang teman akrab yang juga pakar kanak-kanak tentang Akif. 

"Panggil dia....I tengok sikit," Dia segera respon pada kerisauan saya. Ketika itu doktor teman saya ini berhari Raya di rumah saya.

Selepas dipegang dibelek sikit-sikit (kerana rumah buka klinik) dia kata kat saya.

"Eluk pergi dapatkan second opinion. Sebab jika 'mild autism' susah nak didiagnos dengan sekali periksa."

Maka saya ikut anak saya beberapa kali ke Hospital yang diperakukan dan akhirnya Akif disahkan "mild Autism". Sekarang Akif belajar di kelas khas dalam sekolah biasa. Kelas integrasi, kata gurunya. Waktu rehat dan dalam aktiviti tertentu mereka dibenarkan bersama dengan anak murid yang 'normal'.

Kelmarin sambil menunggu giliran Huzaifah dipanggil saya katakan lagi pada anak saya, "Mak masih risau...".

"Kenapa mak ?...." anak saya memandang muka saya bingung....agaknya.

Mak risau sebab Kak (sebutan nama di rumah) sangat yakin dengan pendapat pakar-pakar yang juga boleh buat silap. Sememangnya depa ada latihan bertahun, ada ilmu...ada pengalaman. Tapi Kak sebagai ibu pastinya lebih rapat dengan anak dan dapat "merasai". Pakar-pakar ada kepakaran. Tapi Kak ada "firasat". Tentu Kak boleh rasa jika guru kelas khas atau doktor pakar tak tepat pemerhatiannya. Kak kena luahkan perasaan dan pemikiran. Jangan ikut terus dan yakin bulat. Allah bagi juga ruang untuk Kak bagi pendapat."

"Apa maksud Mak ?" anak saya terus duduk menghadapkan muka ke arah saya dan melihat muka saya tepat.

"Entahlah...mak risau sebab mak teringatkan cerita 'One Flew Over the Cucukoo's Nest'. Mak tak baca novelnya tapi mak menonton filemnya. Ini cerita keadaan bagaimana orang-orang 'gila' atau cacat fikiran di urus dalam sebuah institusi khas. Yang kurang 'gila' jadi lebih teruk keadaannya lantaran cara pengurusan yang tidak wajar...."

"Jadi.....apa kaitannya dengan cucu mak. Depa bukan 'gila'. Cuma kekurangan dalam beberapa hal sahaja. Tak kan nak jadi 'gila' pulak." anak saya serious mukanya.

"Bukan gitu..." Saya cuba bela diri lagi dan mahu mengelakan salah faham..."

"Kalau doktor dan staff Perubatan yang mengendali kes juga punya prasangka dalam mengendali anak-anak kurang upaya macam Ujai dan akif, takut kes depa jadi lebih teruk.  Kak kena juga hati-hati dan jangan percaya tanpa melihat sendiri secara bebas. Kak lama bersama anak banding denagan pakar-pakar tu. 'Sometimes intuition works better than acquired knowledge'. Setuju ?...."

"Mak jangan kata gitu. Takut mak yang banyak pra sangka, banyak prejudis tentang setengah-setengah doktor hanya kerana satu dua pengalaman yang kurang memuaskan."

Terhenti saya sebentar. Terigantkan anak saudara yang juga seorang doktor. Dia bererja di Australia. "Iya tak Iya....Kita ada doktor dalam keluarga besar kita. Anak Nyah tu.  Kecik hatinya kalau kita tak percaya penuh pada doktor. " hati kecil berkata.

Bila saya sampai di rumah setelah selesai urusan Ujai, saya duduk di hadapan TV tetapi masih teringat-ingat kes cucu-cucu istimewa. Saya diam sekejap. Betul juga kata anak saya tu. Jangan terlalu khuatir, terlalu risau. Kalau terlalu risau memanglah nampak benda yang sebenarnya tidak ada. Kalau sentiasa terlalu takut, pastinya kerja tidak akan menjadi.


Saya berusaha menenagkan diri, reset fikiran. Kalau tidak ada pakar dalam bidang masing-masing, siapa pulak yang kita boleh percaya. 

Allah maha memerhati hamba-hamba Nya. Semoga Dia Memudahkan dan Meredhai.
Ameen ya Rabb...


...

2 comments:

Hafiz said...

Salam Mak Long,
Memang kena ada keyakinan terhadap doktor (terutamanya doktor pakar) tapi memang tak salah untuk mendapatkan second opinion. Sebab doktor juga manusia yg buat kesilapan dan masih banyak tak diketahui dalam bidang perubatan ini. Pada pendapat Hafiz, seorang doktor akan cuba memberikan diagnosis yang terbaik dan ini mestilah berdasarkan evidence-based-medicine. Pesakit/famili pula harus membuat informed decision based from the doctor's suggestion.
Selepas itu, kita bertawakal supaya that decision is the best for the patient. Satu lagi, kena ada constant follow up. We expect an autistic person to make an improvement if the necessary intervention is taken. If they deteriorate, it should be picked-up early and the diagnosis can be revised if needed.

Salam dari bumi Kanggaru,
Hafiz

ngasobahseliman said...

Salam kembali dear Hafiz. Tq for visiting. Kalaulah Hafiz dekat boleh tanya-tanya dan minta nasihat selalu. Betul kata Hafiz tu. Kita harus yakin pada doktor perubatan atas apa jua penyakit. Kak Azra pun sibuk buat rawatan susulan. Mak Long tolong mana yang boleh. Akif autistik, mild tapi perlu perhatian yang sama. Hafiz tolong doa. Nanti bila ada kesempatan balik KL boleh tengok-tengok Ujai dan Akif.
We hope to see you soon. InsyaAllah jumpa lagi. Ayah Long pun kini terlalu kurus. Mak Long kata jumpa Doktor. Ayah Long senyap je....

Related Posts with Thumbnails