"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, June 30, 2013

Antara Idea dan perlaksanaannya....





Lihat foto sebelah...
Siapa ikut siapa berjalan ?...
Apa jawapan pun, ia betul dan benar. Tak salah. Hanya lelaki ini sahaja yang dapat mengesahkannya.

Apa pula kaitan dan dengan tajuk perbincangan kita ?
Jawabnya...tiada.
Atau ikut suka...

Ramai orang ada idea. Ada idea yang jelas dan nyata tetapi ada juga idea yang hanya difahami oleh orang yang berkata. Tatapi kekadang orang yang berkata pun tidak jelas apa ideanya. Untuk memastikan seseorang itu jelas dengan ideanya, kita tanya satu soalan yang kita mirip faham akanya dan pastikan jawapan itu kita faham sepenuhnya. Biasanya jika seseorang itu punya idea yang sepontan dan ia mengemukakannya pada kita, jarang sekali ia akan keluar dalam bentuk yang jelas dan nyata.

Ini lumrah berlaku pada sesiapa. Saya juga.

Saya belajar sesuatu dari boss saya semasa bekerja. Dalam menjawab sesuatu soalan yang isinya mengandungi sesuatu yang sensitif dan kontroversial dan kita tidak pasti bagaimana mahu menjawabnya, maka kita minta orang yang bertanya itu untuk mengulang soalnya. Biasanya manusia akan rasa tercabar mindanya bila diminta mengulang soalan. Maka semacam otomatik idea dalam soalan yang diulangnya itu akan menjadi berlainan dari soalan asal dan biasanya ia menjadi lebih mudah untuk dijawab.

Maka dari hari itu saya sering menggunakan cara itu. Ia bukan sahaja membuat soalan lebih mudah dijawab tetapi kita mendapat sedikit masa untuk memikirkan jawapan.

Cubalah, tetapi jangan kutuk saya kalau tidak menjadi.

Dalam senario lain pula, kita sering juga diajak berbincang mengenai sesuatu idea. Kalau idea tidak jelas maka kita tanyakan pula bagaimana orang yang punya idea itu mahu melaksanakan ideanya. Idea yang tiada cara untuk melaksanakannya maka ia akan seperti sia-sia. Atau pun ada cara untuk melaksanakannya tetapi ia memerlukan sedikit ubahsuai atau memerlukan penangguhan masa atau ia memrlukan idea itu dibincangakan dalam kumpulan yang lebih besar kerana manusia tidak serupa dalam cara berfikir dan tidak serupa dari segi pengalaman yang boleh mempengaruhi cara idea itu boleh dilaksanaka.

Jika ada pertanyaan pada sesuatu idea tidak brerti orang yang mendengarinya itu tidak bersetuju dengan idea itu. Ia cuma memerlukan kefahaman yang sempurna kerana banyak program dan projek yang menjadi kurang berjaya dalam perlaksanaan kerana tidak ada perbincangan yang mencukupi atasnya.

Saya pernah dimaklumkan dalam satu kursus "international business" semasa saya bekerja dahulu bahawa orang Jepun akan berhati-hati membincangkan idea sebelum perlaksanaan untuk mengelakan kegagalan dan kerugian. Kami dimaklumkan orang Jepun bukan tidak pandai berbahasa Inggeris, tetapi ia minta idea dijelaskan secukupnya supaya mereka punya cukup masa untuk memberi respon yang meyakinkan.

Tetapi senario sekarang mungkin sudah banyak berubah dan saya tidak tahu kerana sudah tidak bergiat dalam banyak bidang secara mendalam. Maka kadang-kadang orang muda salah faham dengan saya dan mengatakan saya cerewet kerana banya soalan atau agaknya mereka percaya saya sudah jumud dan lambat berfikiran.

Tidak mengapa. Saya ikut  yang mana sesuai bagi saya. Setiap orang ada masanya, ada zamannya.

Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan menurunkan pertolonganNya.
Mohon keampunan Mu Ya Rabb...

....

Saturday, June 29, 2013

Rempeyek Klassik dari Sagil !......




Dengan azam dan dorongan mahu berbuat yang terbaik untuk Tadika yang saya bantu urus di Tangkak, Johor, suatu hari terlintas dihati ingin menambah dana melalui jualan kuih raya dengan menjelangnya Ramadhan alMubarak tidak lama lagi. Maka saya bersama teman yang menjadi tunggak mengurus Tadika itu masuk kampung di Sagil Muar mencari pengusaha yang boleh membantu kami.

Teruja dan rasa nostalgia masuk kampung dalam kawasan ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh IOI. Kami berlawak antara kami mengatakan insyaAllah anak-anak didik kami di SmarTop Subur Fitrah ini akan menjadi pengusaha Islam yang unggul yang akan membina ekonomi negara dengan Ilmu yang Benar yang membawa kesejahteraan rakyat di dunia dan di akhirat. 

Apa salahnya berangan-angan seperti Mat Jenin.....

Kami ketawa dan tertawa.....dan diketawakan.
Dalam hati penuh doa semoga Allah memberkati usaha yang kecil dan kerdil ini.



Ini rumah pengusaha, Puan Ramlah yang bergiat aktif dalam Peladangnita.
Saya seronok mendengari cerita-cerita pengusaha di kampung yang mahu berdikari.
Semoga kerajaan lebih serious dalam membantu dan menunjuki jalan 
untuk perusahaan yang lebih besar.


 Ada berbagai jenis rempeyek dan kerepek2.
Kami pilih yang jenis ini kerana kami sukakannya dan mudah diedarkan, insyaAllah.
Kelmarin dulu saya bawa ke rumah seorang teman di Kelana Jaya untuk testing jualan dikalangan teman-teman ( Ex-TKC girls) yang berjumpa beramai-ramai sebelum Ramadhan dalam satu majlis Ilmu. Mereka sukakannya dan mahu lagi untuk Hari Raya. Alhamdulilah. Sambil membeli sambil meyokong satu perjuangan di bidang pendidikan.
Semoga Allah sentiasa menenjuki jalan dan memberi kekuatan.


Puan Ramlah berbaju biru dan Puan Faridah berbaju merah dahulunya membantu beliau tetapi sekarang kami memintanya membantu kami di Tadika.
Foto ini di bilik jualan di bangunan kilang. Keadaan sekeliling amat bersih. Selesa memandang dan kami testing kerepek2 di situ tanpa was-was.
Puan Ramlah punya sekurang-kurangnya tiga orang pembantu dalam sesuatu masa dan telah mahir dilatih olehnya. Alhamdulilah. Sedap kesemua hasilnya.

Maka saya mengambil kesempatan di sini siapa yang ingin membantu  Tadika kami bolehlah hubungi Tadika kami di Tangkak. Alamat dan no tel ada di kolum  sebelah di blog ini.



Ini Boss tadika SmarTop "memeriksa" peralatan yang ada.
Di bawah ini peralatan mengadun rempeyek. 



Kami rasa yakin dengan produk yang ada , maka kami katakan ia "Klassik". 
REMPEYEK KLASSIK DARI SAGIL!
Cubalah sendiri. Pasti mahu lagi!

Kami mohon keberkatan Mu Ya Rabb.
Semoga usaha kami 'kecil-kecil  si cili padi '- mana tahu ia menjadi...dan menjadi...
 denagan limpah Rahmatmu jua Ya Rabb.

...

Friday, June 28, 2013

Bila Hujan dinanti-nanti..

Akibat jerebu, memang sentiasa menanti-nanti bila hujan akan turun untuk mencerahkan semula udara. Seperti terdengar-dengar guruh dilangit. Ada orang kerinduan bulan, saya kerinduan hujan.



Ramai yang mengurung diri dalam rumah. Cucu-cucu saya pun demikian. Terperangkap dalam rumah, tidak bersekolah kerana bahaya Jerebu.
Saya lihat dari segi "nikmatnya". Tiada yang Allah ciptakan itu sia-sia. Dalam contoh kecil di atas, tali ikatan persaudaran terikat dalam usaha menggunakan masa bersama dalam suasana yang boleh membosankan rasa. Maklumlah anak-anak kecil belum memahami semua hal-ehwal hidup dan kehidupan. 
Saya ke kedai mencari-cari mainan sesuai yang dapat membina minda dan melupakan rasa bosan terkurung dari pagi.

 Cucu saya Huzaifah di atas bermain dengan cucu-cucu saudara. Mereka membina truk mainan COGO seperti LEGO. Bermacam jenis mainan hari ini bagi anak-anak kecil tidak seperti dahulu kala. Sepuluh tahun lagi entah apa yang akan ada. Semoga bidang mereka-bentuk mainan di dominasi orang Islam yang boleh mengasimilasikan niali-nilai murni yang di tuntut dalam Islam. Sebagai contoh harapan saya nanti permainan anak patung anak-anak kecil dapat memberi alternatif yang lebih menarik dan lebih bermunafaat dari permainan "Barbie".


Di hadapan rumah anak saya di Putrajaya.

Maka bila hujan turun pada petang 25 Jun saya rasa lega. Alhamdulilah. Semoga bertambah baik dan memudahkan semua.  Selalu kita berdoa semoga ujian dari Allah tidak lama dan kita dapat mengatasi  masaalah yang ada dengan izin dan kehendakNya jua.

..

Thursday, June 27, 2013

Kesyukuran dicelah-celah jerebu....


Biarkan Jerebu....
(25 Jun 2013)



Teringin hendak ke Flora 2013.....
Jom kita pergi. 

Saya juga 'sawan' bunga seperti kawan saya yang pernah saya ceritakan dahulu. Maka kering tekak dan gatal-gatal mata pun saya tahankan sekejap dan meluru ke kawasan bunga.

Malangnya rasa tidak selesa. Suami saya dan seorang cucu tunggu dikereta. Rasa seperti mesti bersegera. Dan saya hanya bawa kamera yang saya kurang mahir menggunakannya  maka hasilnya seperti dibawah ini. 




Hanya menjamu mata buat seketika. Tidak puas rasanya, tetapi saya rakam juga pemandangan di atas untuk bahan cerita ank cucu bila mereka dewasa.

Ada bunga yang saya tidak pernah lihat dan agak teruja memerhatikannya.  Saya lihat dari dekat tetapi masih tidak tahu namanya. Mungkin suatu hari saya akan kenal  dan  kini  kagum dan bersyukur dapat mengerti betapa ciptaan Allah  itu luasnya dan kehebatannya tidak terthingga.


Maka Nikmat Allah yang Mana yang kamu hendak Dustakan.

...

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu berkait-kait...





Awal pagi lagi saya sudah menggerakan anak saya supaya cepat bersiap dan menghantar saya ke Hospital PPUM untuk mengambil darah supaya dapat dianalisa keadaan kesihatan saya kini.

Rutin setiap enam bulan sebagai persedian berjumpa Doktor. 

Kali ini saya dan anak, Amirul, ditemani Jerebu. Sepanjang perjalanan agak lengang kerana sekolah ditutup dan orang ramai  akan mengurung diri di rumah jika tiada urusan penting yang tidak dapat ditangguhkan. 

Cuaca nampak redup dan ini membuat saya agak khuatir takut kesihatan saya boleh terganggu. Berita mengatakan warga tua dan kanak-kanak adalah golongan yang berisiko tinggi akibat jerebu. Tetapi apakan daya, saya hanya mampu berdoa dan berharap semoga Jerebu yang belum tentu bila akan berakhir ini hanya merupakan teguran dari yang Maha Pencipta supaya manusia kembali padaNya.

Kerosakan di Bumi ini sebahagian besarnya adalah  hasil dari perbuatan tangan-tangan manusia yang tamak, rakus, zalim dan engkar pada perintah Allah dan melanggar laranganNya. Ia membuat hati saya berdebar-debar bila berfikir ke arah itu.

Urusan di hospital amat cepat kali ini dan belum sejam saya sudah samapi ke rumah. Dalam perjalanan saya terfikir semula peristiwa di hospital apabila seorang doktor muda menghampiri saya dan meminta saya menjadi sukarelawan membantu suatu kajian PPUM berkaitan dengan penyakit Kanser usus. Saya tidak dapat membantu dan terus terang saya katakan padanya bahawa saya agak susah berulang alik ke hospital buat masa ini. Wajahnya nampak kecewa. Saya tidak sedap hati dan bertanya syarat-syarat menjadi sukarelawan dan berfikir semula mungkin saya boleh membantu. Sekarang ini pun saya sudah menjadi sukarelawan dalam kajian yang berkaitan dengan Jantung. Apa salahnya membantu satu lagi.

Setelah penerangan ringkas saya mendapat tahu bahawa saya tidak layak kerana saya sering bermasaalah apabila berurusan membuang air. Saya rasa lega buat seketika kerana doktor muda itu kini tahu saya tidak boleh menjadi sample kajian. Tetapi dalam pada itu saya rasa agak khuatir kerana apa yang saya alamai boleh jadi salah satu symptom dalam kategori kanser usus. Takut hendak bertanya lanjut saya cepat-cepat minta diri dan terus pulang befikir-fikir panjang...

Maka ingatlah Lima perkara sebelum Lima perkara:
  • Muda sebelum tua
  • Senang sebelum kesibukan
  • Kaya sebelum miskin
  • Sehat sebelum sakit 
  • Hidup sebelim mati 

Rasa seperti jerebu meresap ke ruang dada. 

Mohon keampunan Mu ya Rabb....


....

Monday, June 24, 2013

Sepintas lalu...


Morocco November 2012
MasyaAllah, keindahan itu satu kurniaan.
"Maka Nikmat Allah Yang Mana Yang Hendak Kamu Dustakan."
...

Sunday, June 23, 2013

Penat sangat...



Penat sangat hari ini....
Usai subuh saya buka blog tetapi tidak terdaya berbuat apa. Penat sangat....saya baring semula.
Pasti tertidur sudahnya...

Suami ambil saya di Tangkak hari Jumaat lewat petang dan kelmarin sampai di rumah lewat petang juga bersama teman seperjuangan, Dato Safarudin. Ia tidur sepanjang perjalanan. Saya pun sama. Maka suami saya pun memandu semacam angin. Tidak sampai 2 jam sudah di Shah Alam. Saya igin berhenti membeli buah di perjalanan. Tidak kesampaian. Bila sampai di Kelana Jaya saya namapak Pasar Malam.

Kami berhenti dan membeli sekadarnya. Tiada pembantu di rumah, maka kami membeli lauk untuk makan malam. Saya berjalan dan melihat-lihat berasingan. Maka suami membeli saya pun membeli....lauk yang sama. Gulai nangka. Mujur kesukaan saya maka malam tadi habislah ia.

Saya berada di Tadika Tangkak kali ini seminggu sahaja. Tidak daya lebih dari itu. Hari Isnin ini sampailah masa untuk periksa darah sebeum berjumpa Doktor awal Julai. Semoga ada kebaikannya berjumpa Doktor di Bulan Ramadhan. Sentisa mengharapkan yang terbaik. Kita hambaNYA maka hanya padanya kita memohon yang terbaik di sisiNYA.

Perkembangan Tadika di Tangkak ada yang menggembirakan dan ada yang mengkhuatirkan. Hanya pertolongan Allah yang kami panjatkan semoga semua akan berakhir dengan senyuman. 

Murobbiah kami sudah mula mengaturkan masa untuk ke rumah kami satu malam dalam seminggu untuk menambah kelancaran berbahasa Inggeris. Saya suka melihat kegigihan mereka. Allah maha melihat maha mendengari akan kesusahan kami. InsyaAllah tidak akan putus asa walau sulit melaluinya.

Hari ini saya ingin menziarahi anak buah yang masih di hospital yang doktor belum tahu apa sakitnya. Kita hambaNya. Ada perkara baru, fikir saya, yang Allah mahu kita melaluinya sebagai satu keluarga.

Isterinya penat sangat....

Ia diganti oleh adik lelaki suaminya menjaganya di hospital. Isteri berehat seketika di rumah. Bila saya talipon anaknya menjawab dan Uminya sedang tidur...

Itulah kekuatan kekeluargaan. Sama-sama berkorban. Senang susah dilalui bersama....

Kami mohon keampunan Mu, Ya rabb...

...

Thursday, June 20, 2013

Pelangi itu sentiasa jauh kelihatan...


Rainbow in Brazil
Gambar Ehsan Wallpaper.Com

Ibarat melihat pelangi yang sentiasa jauh dari pandangan...kadang kala tercetus fikiran melayan impian: kalaulah hidup ini sentiasa indah !

Hakikatnya pelangi tidak pernah ada di atas kepala kita. Ia pasti kelihatan jauh. Demikianlah lakaran hidup dan pepatah Inggeris mengatakan: The grass is always greener on the other side of the hill.

Bila kita cari disebalik bukit itu.....oh! sama sahaja. 
Mungkin tidak pun hijau....mungkin kering, sangat kering.

Tidak mungkin kita dapat mengejar pelangi untuk melihat keajaibanya dari dekat. Bagi orang yang biasa-biasa ia sejuk dan indah di mata sahaja. Dan pelangi tidak lama berada di ufuk langit...ia pasti akan hilang dari pandangan.

Maka jangan mengejar apa jua yang hanya cantik di pandangan...
Allah cipta pelangi untuk nikmat mata dan mengingatkan kita kebesaranNya. Pasti ada nikmat-nikmat lain yang kita belum mengerti hakikatnya. Allah sentiasa menyuruh kita berfikir-fikir.

 "Maka Nikmat Allah Yang Mana Yang Hendak Kamu Dustakan"

...

Friday, June 14, 2013

Sudah 10 tahun bersara...


Kelmarin saya di Hospital Serdang menziarahi anak buah yang sakit kritikal. Doktor belum memberi tahu sepenuhnya apa masaalah sebenar. Saya membantu sekadarnya dan di Wad ICU kami menunggu dan menunggu, dan menunggu. Ada kemudahan tempat  rehat berhampiran dan saya cuba mencari kalau-kalau masih ada kerusi yang kosong. Ramai waris yang datang dan kami pakat-pakat berkerjasama kerana ramai juga warga emas.



Dalam kesibukan mencari-cari saya terserempak dengan seorang teman sekerja semasa saya berkhidmat di Kementerian Kerja Raya. Ia seorang akitek dan isterinya juga seorang akitek. Kini telah bersara.

Saya amat teruja bertemu dan suami saya pun masih ingat akannya. Kini sudah menjangkau 70 tahun. Alhamdulilah masih sihat. Dato Abd Rahim namanya dan dia dahulu mengetuai Jabatan Akitek. Saya rakam foto untuk kenangan.

Bila saya sampai dirumah, terfikir-fikir saya pertanyaannya semasa di hospital.

Buat apa sekarang?
Tidak terjawab serta merta. Soalan cepu emas darinya kerana saya masih ingat semasa berkerja dahulu kami selalu bercerita-cerita dicelah-celah kerja bagaimana mahu membawa eleman Islam pada staff dan pada character senibina itu sendiri.
Soalan tidak terjawab hingga kesudah kerana pasti masa yang singkat dalam pertemuan sedemikian tidak dapat mengisi semua pertanyaan. Terakhir saya bersamanya dalam perbincangan  ialah lebih dua puluh tahun yang lalu.

Satu jangka masa yang terlalu lama untuk mengisi ruang perbualan.




Sudah terlalu lama.....

Bagi kami,  waktu sudah senja, hampir malam...
Alhamdulilah...suatu jangka masa yang panjang. Saya duduk berehat sebentar dan mengimbas kembali apa yang saya telah buat selama 10 tahun bersara dari kerja di perkhidmatan awam.


Semasa diberi kursus persaraan, setahun sebelum bersara, nasihat utamanya ialah menjaga kesihatan. Mungkin ada diantara pesara yang panjang hayatnya hingga lebih 20 tahun dari tarikh persaraan. Allahuakbar....
 
Namun saya masih ingat ustaz  pernah memberi tahu bahawa Rasulullah SAW tidak pernah berdoa minta panjang umur.

"Oh ya ?"  Saya berkata di hati mula-mula saya mendengarinya sebab dari mula belajar ketika remaja lagi selalu sahaja dinasihatkan  supaya berdoa minta panjang umur dan murah rezki.

Kata ustaz umur kita Allah telah tentukan hadnya. Namun kata Ustaz kita berdoa memohon umur yang Allah kurnia itu tidak kita sia-siakan dengan amalan-amalan yang buruk yang tidak syar'ie. Kita harus memohon umur kita membawa munafat untuk hidup sejahtera di dunia dan di akhirat. Semoga di akhir hayat Allah meredhai hidup ini  dan kita mendapat kurnia Syurga pilihan dengan limpah RahmatNya.

Sepuluh tahun itu suatu tempuh yang lama, tetapi ia berlalu selaju kilat. 

Saya ingat-ingat nasihat Ustaz. Namun kalau diminta untuk menentukan paras pencapaian nasihat itu, saya masih jauh dari target. Hanya Allah yang maha mengetahui dan kita mohon belas kasihannya.  Rasa takut dan khuatir tetap ada, rasa sentiasa belum sedia. Semoga mendapat perlindungan RahmatNya jua.

Saya masih ingat, atas keperluan keluarga, saya bercuti  separuh gaji menjaga Allahyarham emak beberapa  bulan sebelum tarikh bersara manadatory. (I wish I had done it sooner). Rupa-rupanya menjaga orang tua sepenuh masa memberi kepuasan yang hanya diri yang memahaminya.

Beberapa tahun sebelum bersara saya menjaga ibu mertua. Apabila menjaga emak saya sepenuh masa, ibu mertua saya dijaga oleh adik suami saya. Bila saya imbas kembali, menjaga orang tua mendidik hati kita sendiri dan dapat memahami erti hidup di hujung usia. Kini saya "sudah jadi expert". (hi..hi...) Tidak....cuma memahami lebih sedikit proses penuaan. Bukan dari segi fisikal, tetapi dari segi perasaan dan cara orang-orang tua berfikiran. Semoga ia membuat saya lebih bertenang, dengan rahmatNya jua.

Terasa sunyi bila orang tua sudah tidak ada. Dahulu, walaupun penat masih ada keriangan yang hanya wujud dalam keluarga yang ada orang tua. Satu pengalaman manis luar biasa. Ia tidak dapat diterangkan dengan perkataan, walau panjang berjela.

Semasa saya berbaring-baring menemani Mak saya, saya terdorong menulis sajak dibawah ini. Sudi kiranya membaca.

http://ngasobahseliman.blogspot.com/2009/04/dari-embah-ke-huzaifah.html

Setelah tamat tugas menjaga orang tua dalam tahun 2004 (emak saya meninggal dunia), saya menyertai ajakan seorang teman untuk bergerak aktif dalam NGO. Saya dengan hati yang seronok menumpu masa lapang untuk NGO pula.  Dalam pada itu saya sering membantu biras saya menjaga emak mertua. Ia kembali keRahmatullah tahun 2007 dan selepas itu barulah terluang masa untuk membantu teman saya tanpa teringat-ingat tanggongjawab pada orang tua.

Bila melibat diri ketika umur bersara, satu penyesalan timbul  bersabit dengan kemampun becergas diri membuat kerja-kerja kebajikan melalui NGO. Sepatutnya kerja-kerja NGO ini tidak perlu menunggu bersara. Lagi muda lagi baik. Apabila saya mengikuti program Outreach Masjid Kg Tunku  dengan orang Asli, saya hanya mampu pergi 2 kali sahaja ke dalam hutan, Berinteraksi dengan orang Asli di perkampungan mereka di hutan, memerlukan tenaga dan flexibility. Maklumlah di hutan kemudahan air bukan seperti di rumah. Untuk masuk perkampungan di hutan itu kami naik bot lebih kurang dua jam. Ada kala-kalanya arus air menakutkan. Tetapi kalau kita muda saya pasti tidakak rasa takut. Ini pengalaman saya memudik sungai Rajang di Sarawak bertemu penduduk rumah panjang dalam tahun 1974 dengan rombongan  Mendiang Temenggong Jugah. Ketika muda tidak banyak ingat mati. Tidak teringat pun di Sungai seperti itu banyak 'bujang senang'. Seronok pula membenteras arus yang kuat, (shooting the rapids).Pengalaman yang tidak akan saya lupakan. 

Maka kata saya pada yang muda:  Mengembaralah dan menjelajahlah ketika muda.....

NGO yang pernah saya mengikuti program tertentu adalah PERKIM, Aman Palestine Bhd, Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan HALUAN. Tidak puas rasanya kerana seperti "touch n go". Tetapi apakan daya. NGO perlukan orang muda yang mudah berurusan dengan siapa jua tanpa kekangan usia. Jika  berusia agak tua, mestilah yang sihat tubuh badan. Saya dalam kategory kumpulan "the high fliers"  high blood pressure, high sugar, high cholesterol dan entah apa lagi. Kadangkala tiada upaya untuk bersegera.

Tetapi saya berusaha untuk jadikan masalah itu peluang mencari bahagia....."to turn problems into opportunities" kata teman saya. Dengan penyakit yang ada saya bersetuju dengan sukarela menawar diri menjadi bahan penyelidikan  pakar-pakar perubatan dahulu di HUKM dan sekarang di Pusat Perubatan University Malaya mengenai penyakit saya. Alhamdulilah. Saya rasa seronok dengan harapan dapat "menginfakan" penyakit saya dalam "the development of Medical Science" untuk Malaysia.

Kadang-kadang  saya melawak dan saya katakan: Orang kaya boleh infak duit hingga berjuta, dan orang bijak pandai menginfakan Ilmunya. Saya sakit, maka saya "infakan" penyakit saya demi kemudahan dan kesejahteraan mereka yang memerlukannya  selepas hayat saya.  Semoga Allah menerimanya sebagai amal jariah bekalan ke Sana. (Boleh ke? Itu harapan saya semoga Allah mengasihani saya yang cuba menjadi hambaNYa yang sebenarnya. ) Kajian yang saya terlibat adalah yang berkaitan dengan penyakit diabetis dan sekarang ini yang berkaitan dengan jantung kesayangan saya pula.

Kadang-kadang saya suka bertanya pada anak-anak saya satu fenomena yang pasti tiba. Kita mati maka jantung berhenti ataukah jantung berhenti maka kita mati ? 

Alhamdulilah. Saya ingin mengatakan walau pun saya kurang sihat, saya masih rasa sihat dan semoga sejahtera. Saya amat bersyukur atas segala limpah rahmatNya. Maka dua tahun dulu saya minta anak perempuan saya membenarkan saya menjaga cucu sulung saya untuk tinggal bersama saya dan saya  menghantarnya ke sekolah Adni Islamic School kerana saya amat tertarik dengan cara pendidikan yang diatur dan dilaksana mengikut sistem 'Integrated and holistic education syastem'  berasaskan Quran dan Hadith. Tetapi kekuatan saya tidak dapat bertahan lama dan selepas setahun cucu saya kembali pada ibu-bapanya di Putrajaya. Cucu saya ini ada 'keistimewaan' yang memerlukan perhatian pakar perubatan dan anak saya lebih sesuai menjaganya. Ujian Allah datang dalam berbagai bentuk dan saya mendidik hati untuk bersabar dan bersyukur. Sekarang saya ada 8 orang cucu dan insyaAllah akan bertambah 2 orang cucu tidak lama lagi. Dua orang yang ada kini dalam kategori anak istimewa. Subhanallah. Pencerahan Kasih-Sayangnya berbagai cara. Kekuasaannya bukan untuk membuat kita terasa teraniaya. Kita lihat dengan mata hati dan memohon Kasihnya. Kata ustaz pada anak saya: hanya ibu bapa istimewa Allah kurnia anak istimewa. Maka bersyukur dan berusaha. Tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia. Ada kalanya saya ke Doktor pakar membantu anak saya. Satu pengalaman luar biasa mendengari nasihat doktor dan hilang penat seharian menyesuai diri dengan karenah anak istimewa. Bila bersama mereka saya  sentiasa ingat kebesaran dan kekuasaan Allah. Allahuakbar...

Dalam pada itu oleh kerana saya suka hal-hal pendidikan maka sekarang saya membantu seorang teman melaksana projek Tadika di Tangkak Johor yang saya cerita dalam entry blog saya yang terdahulu. Alhamdulilah,  Allah kurnia minda yang masih aktif dan sihat dan saya bertekad untuk terus membantu teman saya itu mengikut kemampuan yang ada. Tidak mudah untuk berulang alik ke Tangkak, perjalanan selama dua jam setengah bagi saya tetapi saya berdoa semoga pertolongan Allah sentiasa bersama. Projek Tadika ini "is non-profit venture" dan semoga Allah memberi laluan yang mudah bagi semua yang terlibat.



Sambil-sambil itu saya ikut teman-teman melancung luar negara dari masa ke masa  jika cukup ongkosnya. Ini hanya sesekali untuk bertukar angin sahaja. Melancung diumur persaraan amat berbeza berbanding melancung semasa muda. Maka saya katakan pada anak-anak: Berjimat dan menjelajahlah diatas muka bumi ini melihat kebesaran Allah dan ambil iktibar semasa umur muda dan badan sihat. Diumur bersara banyak yang dipelajari tetapi sudah tidak punya tenaga untuk mencontohi kesemuanya.

Walau apa pun aktiviti yang saya ikuti,  saya sentiasa ingat akan pesanan emak: Engkau ngaji, jangan tak ngaji.Mak saya pernah sebut-sebut supaya saya ikut tariqat yang bapak saya bawa, Tariqat Niqshabandiah.Allahyarham bapak saya tinggal di Pasentren di Tanah Jawa sebelum ke Malaya ketika itu.

Maka saya terus mengaji dalam bidang-bidang yang saya rasa amat kekurangan. Saya "lihat-lihat" juga Tariqat yang bapak saya ikuti. Semoga Allah memberi Taufiq dan Hidayahnya dan semoga saya istiqamah dan semoga anak-cucu mewarisi tradisi menuntut ilmu hingga ke akhir hayat,

Saya buat bukan kerana emak, tetapi nasihat emak mendorong saya untuk lebih gigih. Alhamdulilah suami saya pun suka ke arah itu dan ini memudahkan saya dari segi logistik. Semoga Allah terus menganugerah pimpinanNya dan semoga kami sentiasa di jalan yang benar.

Itu sahaja yang mampu tertulis hidup "dalam persaraan". Ustaz kata : seorang Muslim tidak pernah bersara. Maka saya berdoa Allah anugerah ruang dan peluang untuk terus berbakti. Mohon keampunan, Ya Allah ! atas segala kekurangan dan kelemahan dan atas segala dosa yang diketahui dan tidak diketahui.

Mohon Syurga Firdaus Mu, Ya Rabb...
Mohon berkumpul di Sana bersama yang tersayang tanpa hisab.
Dengan Rahmat Mu semata-mata, Ya Rabb....  Ameen.

....

Wednesday, June 12, 2013

Senang atau susah semuanya ujian....




Dari pagi lagi saya sudah bersiap sedia untuk ke hospital Serdang menziarahi Sudin, anak saudara ipar yang  kini  sedang 'bertarung' dengan penyakit yang doktor belum boleh dengan pasti mengatakan apa masaalahnya. Mungkin sakitnya yang dahulu datang lagi. Sudah 5 tahun is sihat, alhamdulilah. Tetapi kini Allah menguji lagi seperti dahulu   Ia tidak berselera makan dan selalu muntah-muntah. Dahulu pun Dr tidak dapat memberi kepastian apa sakitnya.

Keadaannya amat kritikal. Ia tidak tenang dan seperti kena sawan, kata isterinya. Maka Doktor memberi ubat supaya ia berehat seperti tidur.  Hari ini saya terkejut bila diberitahu ia sudah di wad biasa. Tidak mungkin, ikut fikiran saya, ia mula pulih begitu cepat sekali. Rupanya itu hanya langkah sementara kerana wad ICU di Bilik Kecemasan perlu dikosongkan untuk pesakit yang lebih kritikal dan di wad ICU biasa sudah tidak mencukupi untuk seorang lagi pesakit. Sedih saya mendengarnya. Hanya kecewa dalam hati memikirkan negara yang kaya seperti Malaysia pun belum mencukupi memberi kemudahan untuk pesakit dalam kategori rakyat biasa. Saya pujuk hati dan berkata-kata sedirian. Tidak mengapa. Allah ada. Dia maha Penentu maha berkuasa dan maha mengasihani hamba-hambanya. Semoga Allah mendatangkan pertolongannya yang tidak terkira. Saya bersyukur dalam keadaan susah bila teringat pelarian perang dan mangsa perang di mana jua terpaksa mengadapi hidup yang lebih perit.

Semasa sakit yang dahulu keluarga terdekat dan jiran tetangga yang amat prihatin membawanya ke Dr tradisonal. Dengan Rahmat  Allah ia sembuh seperti biasa setelah hampir setahun "menderita". Ujian Allah datang berbagai rupa. Alhamdulilah. Allah kurnia kesabaran menghadapinya.

Kini kami berkampung lagi di hospital. Suami saya pusing entah berapa kali mencari parking kereta. Akhirnya naik kat "curb" dan letak sahaja di mana sesuai. Pak guard membenarkannya. Alhamdulilah. Ingatan saya 5 tahun yang lalu tidak sesak seperti itu. Ini bermakna Kerajaan harus membina beberapa lagi Hospital untuk memberi kemudahan yang memuaskan. Harus ada perubahan walaupun perubahan itu sukar.

Foto di sebelah saya rakam untuk simpanan saya. Nurse dan Doktor sedang membuat persediaan untuk memindahkannya ke Wad ICU di tingkat 4. Saya rasa cemas tetapi cuba bersabar dan bertenang. Isterinya saya lihat tenang sahaja. Mereka ada seorang anak perempuan sahaja diumur remaja maka adik beradik haruslah membantu. Alhamdulilah, ada rasa ikatan persaudaraan yang kuat.

Saya pulang jam 2 petang Semoga Allah memudahkan segalanya. Semoga Allah kurnia yang terbaik bagi Sudin di sisiNya.
Ameen Ya Rabb.

....

Tuesday, June 11, 2013

Semalam....



Semalam seperti tidak tahu apa nak buat. Rasa di hati macam ada tak kena.
Mengapa tiba-tiba teringat video dalam U-Tube yang menunjukan seorang wanita sedang dipukul seksa oleh tentera kerajaan Syria, Saya lihat dalam FB.(Yang sebut tentera Syria ialah yang linkan video itu kat fb saya).

Kejam....terlalu Kejam.

Saya rasa lelaki seperti ini tidak pernah melihat ibunya dan mungkin tidak pernah didakap oleh ibunya...  dan tidak punya adik beradik perempuan dan mungkin tidak ada isteri dan anak perempuan. Mungkin ia membesar sendirian.
Hatinya ganas dan tidak merasakan dirinya juga seorang manusia.
Kalau bukan manusia adakah dia binatang...

Saya bela perilaku binatang sebab binatang hanya ganas kalau kelaparan tiada makanan atau kalau nyawanya rasa terancam.(kadang-kadang kalau mengawan berebut pasangan).
Dalam kes ini tentera itu  pasti tidak kelaparan kerana berbadan besar. Wanita yang dipukul seksa itu diikat kaki dan tangannya. Askar itu berdua dan pastinya tidak ada yang mengancam nyawanya.

Maka dia specie apa agaknya...
Mungkin dari planet asing dan menjelma manusia ? ?
Ya Allah, peliharalah mereka yang tidak berdosa....

Maka saya alihkan ingatan saya seketika dan saya lihat album saya yang tersimpan banyak bunga-bunga. Agak tenang dihati untuk sementara. Bila teringat lagi saya rasa mahu membalas bela kesakitan yang tidak terperi yang  wanita itu merasa.

Entah bagaimana dia sekarang......

Ya Allah, Engakau selamatkanlah wanita ini dan Engkau balaslah si kejam ini sewajarnya. Engkau maha Adil maha Bijaksana...Tetapi Engkau juga maha Haalim. Subhanallah. Aku berfikiran manusia. Enkau maha berkuasa atas segala sesuatu. Aku mohon keampunan Mu.
Kasihanilah kami, Ya rabb...

...

Sunday, June 9, 2013

Nostalgia berbasikal...



Di Romesberg Square, Frankfurt.
(April 2013)


Jom kita sewa basikal. Kita kat tempat orang boleh annonymous. Warga emas pun apa salahnya naik basikal. Dulu masa sekolah pun kita naik basikal.
Suami saya senyum saje. Jangan buat hal. Nanti diketawakan orang. Suami saya ni "sopan" fikirannya. Saya sering berbeza, tetapi bukan semata-mata mahu berbeza. Berbasikal membuat minda lapang, sama seperti bersukan. Bayangkan kita berbasikal laju menembusi angin melintang. Seolah-olah kita merasai kita terbang dan buat seketika merasa bebas, like we are out of this world.  Saya teringat keseronokannya.....


Masa belajar di US kali kedua pada tahun 1979 saya tak beli kereta seperti kawan-kawan yang lain. Saya beli basikal dan seronok berbasikal. (Ten speed bicycle). Waktu itu kira 'canggih' jugalah. Ia ringgan dan bila naik tangga dari bangunan ke bangunan, saya angkat pikul. (Those were the days). Tak perlu nak ingat apa orang kata. Waktu itu di kampus banyak juga orang Malaysia. (University of Wisconsin, Madison, School of Education, Department of Education Policy Studies). Saya ikut apa yang saya rasa baik buat saya.......


Seronoknya melihat orang berbasikal ......

Berbasikal ke rumah impian di atas bukit ?...

Sampai takat ni sahaja bernostalgia. Takut dikira membazir masa. Teringat kata Ustaz: Membazir masa pun dikira amalan Syaitan.

Mohon keampunan, Ya Rabb....

Entry saya yang berkaitan, sila rujuk di bawah,


http://ngasobahseliman.blogspot.com/2009/12/eight-years-old-only-once.html

.....

Saturday, June 8, 2013

"Sudah Solat ?"...








"Akak dah Solat?" tanya  adik seorang teman yang datang berkunjung di pejabat tadika SmarTop Subur Fitrah di Tangkak.
Eh...dalam hati saya, mengapa pulak tanya soalan seperti itu, walhal saya jarang-jarang bertemu dengannya.
"Sudah, akak dah solat. Tapi terlambat. Tidak diawal waktu." saya menjawab santai.

"Jangan marah Kak ya, saya nak biasakan bertanya begitu bila berjumpa sebab Saidina Umar (RA) pun bertanya begitu dengan sesiapa yang ia jumpa."
"Oh...gitu ke? Terima kasih bagi tahu akak. Akak belum pernah dengar."
"Ya Kak.. Kita kena pentingkan soal Solat. Dah solat baru buat yang lain."

Alhamdulilah. Saya dapat satu Ilmu dan bila balik ke rumah saya biasakannya  dengan ahli keluarga.

Sempena peristiwa Isra' dan Mi'raj saya ingin kongsikan ilmu ini. Ia nampak seperti perkara kecil tetapi ia suatu yang besar. Dalam peristiwa Nabi Muhammad SAW mi'raj, saya di sini hanya ingin mengingat semula arahan wajib untuk bersolat lima waktu. Allah menjemput istimewa Nabi Muhammad SAW untuk "memberi tahu sendiri" rukun Islam yang terpenting ini. Yang lain melalui perantaran malaikat Jibril.  Barulah saya dapat mengerti kaitannya dengan 'budaya' bertanya sudah solat atau belum.

Sehubungan dengan ini 2 minggu yang lalu Ustaz  Kariman menekankan dalam satu kelas pengajian bahawa Solat adalah Rukun Islam yang tidak boleh gugur dalam apa jua keadaan. Puasa, zakat dan menunaikan Haji boleh gugur jika ada sebab-sebab yang syar'ie. Tetapi Solat langsung tidak boleh ditinggalkan walau dalam keadaan susah atau uzur sekalipun.

Kata ustaz lihat ayat 37, Surah Ibrahim.

 

A037
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.
(Ibrahim 14:37

Kata ustaz:  Ayat di atas antara lain jelas menunjukan pentingnya solat. Nabi Ibrahim (AS)  berdoa semoga  zuriatnya (dan umatnya) akan dapat bersolat walaupun keadaan sekeliling adalah padang pasir kering kontang tanpa apa-apa tanda yang memudahkan kehidupan. Diakhir doa barulah ia menyebut buah-buahan, satu sumber makanan. Hatinya bulat jitu bahawa denagn sempurnanya solat masaalah yang lain akan Allah tunjuki jalan bagaimana mahu menyelesaikannya.

Maka Ustaz berpesan jangan kita melalaikan solat semata-mata kerana kita ada hal yang lebih penting (mengikut fikiran kita). Saya pun  teringat semasa bekerja dahulu solat tidak menjadi sebahagian dari agenda mesyuarat. Sering sahaja mesyuarat melepasi waktu solat. Siapa yang peka dan komited dengan perintah Allah akan senyap-senyap keluar, solat dan kemudian kembali bermesyuarat.
Allah telah mengingatkan pada kita supaya jangan khuatir tentang rezki hinggakan  berkerja untuk mendapat rezki terpaksa meninggalkan solat, walhal Allah telah berjanji Rezki akan ditunaikan olehNya. Lihat ayat-ayat di bawah.
A056 Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adz-Dzaariyaat 51:56
A057 Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
(Adz-Dzaariyaat 51:57) |
A058 Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Adz-Dzaariyaat 51:58) | 

Saya menulis entry ini untuk anak cucu saya khususnya. Saya percaya ramai yang sudah tahu maka entry ini adalah semata-mata suatu peringatan.
Jika mahu penerangan lanjut boleh hubungi Ustaz Kariman. Beliau sempat bercerita bahawa antara Tuan Gurunya ialah Allahyarham Professor HAMKA.  Beliau tetap akan bertanya pada anak dan pelajar yang lain sama ada sudah solat atau belum walaupun anak sudah amat dewasa dan pelajar-pelajar juga sudah dewasa.
Saya tidak mahu terkandas dalam hal ini dan mohon keampunan atas segala kelemahan dan kelalaian dan segala dosa. Dalam mengingatkan orang, pasti saya akan ingat akan diri sendiri.

Ampunilah kami, Ya Rabb...
...

Thursday, June 6, 2013

Oupik, Kita ikut jalan mana ye ? ....




Namanya Taufik. Cucu saudara saya. Kini remaja di tingkatan tiga. Dia istimewa pada  saya. Punya pemikiran sendiri dan berani menyatakannya, sekurang-kurangnya pada abahnya.

Semasa di penghujung sekolah rendah ia menyatakan pada Abahnya ingin menjadi seorang Tahfiz alQuran. Teruja saya mendengarnya.

Tup...tup belum setahun begitulah,  ia katakan pada Abahnya dia tidak mahu terus di kelas Tahfiz. Berbagai sebab dan alasan yang dikemukakannya mengapa ia mahu bertukar haluan. Perbincangan berlaku dalam keluarga dari berbagai sudut. Saya hanya mendengarinya dari jauh dan tidak memberi apa jua pendapat. Kata Embahnya (kakak saya),ia 'berhujah' dengan perasaan, bukan emosi mendadak. Saya sering berbincang dengan kakak saya mengenai anak dan cucu-cucunya. Alhamdulilah, masih ada semangat mahu berkongsi nikamat hidup dan apa jua yang berkaitan dengannya dalam keluarga besar. Ini satu fenomena yang makin hari makin berkurangan. Ramai yang sudah tidak yakin dengan ketulusan dan kebijaksanaan keluarga besar. Mereka lebih yakin dengan pendapat rakan sebaya.Ini dipelopori oleh media massa kita yang jarang-jarang mahu menonjolkan fakta bahawa golongan tua punya kebijaksanaan (wisdom) walaupun ketinggalan dalam hal-hal teknologi.

Masa sudah jauh beredar dan nilai-nilai hidup dahulu dan sekarang sudah mula mengasingkan dan memisahkan generasi....

Sebenarnya saya tidak kecewa Taufik bertukar ke sekolah biasa. Maahad Tahfiz bukan segalanya dalam mendidik anak-anak. Kita kena lihat kecenderungannya dari masa ke masa kerana perubahan pada pemikiran boleh berlaku dalam proses pembesaran. Pendidikan Islam boleh dibuat dengan berbagai cara. Dan sekiranya anak-anak memilih yang lainya kita boleh juruskan kejurusan yang diminatinya asalkan sahaja AlQuran tidak ditinggalkan dan dilupakan sama sekali. Jurusan apa pun jika tanpa alQuran maka landasan itu amat pincang.

Berbalik pada cerita Maahad tahfiz. Pada awal-awal lagi semasa anak lelaki bongsu saya memulakan persekolahan, saya menghantarnya ke Sekolah Rendah Islam Al Amin. Ia tidak tamat di situ. Saya masukan pula ke sekolah hafaz alQuran (berbagai), seperti di Darul Furqan. Apabila tamat rendah (belum tamat alQuran) saya hantar pula ke Institut Tahfiz di Kelang. Pengalaman saya dengan Institut itu ada yang saya suka, ada yang saya kurang suka. Anak saya aktif  dan suka bersukan. Tetapi di situ tiada kemudahan sukan yang cukup memuaskan. Maka setelah habis PMR dan tamat 16 juz, saya pindahkan dia ke Markas  Maahad Taffiz di Banting (kepunyaan Jabatan Pendidikan Islam, Selangor). 

Pentadbiran di sekolah itu tidak memuaskan saya kerana tiada perhatian khusus pada anak-anak yang sangat aktif dan susah fokus hanya pada alQuran. Maka  apabila tamat SPM, (juga belum tamat alQuran),  saya mula berfikir sama ada mahu terus atau pindah.

Untuk memendekan cerita, hafazan alQuran tidak tamat dan saya hantar pula ke International Islamic University, Khartoum, Sudan untuk mahir Bahasa Arab. Itu pun bermasaalah. Maka akhirnya saya hantar pula ke Jordan dan tamat dengan Sarjana Muda Syariah dari Universitu Mu'tah. Umurnya  25 tahun baru tamat. Alhamdulilah.

Pengalaman pahit manis ini menyebabkan saya tidak bersikap negatif pada Taufik bila bertukar saluran pendidikan. Saya katakan pada Abahnya bahawa tidak mengapa bertukar cara. Hafazan alQuran pada pendapat saya ada 2 cara yang mudah difahami.

       Satu : Bagi mereka yang mahu menjurus secara mendalam dalam pengajian Islam. Dan setelah berjaya mencapai peringkat paling tinggi yang disyaratkan,  mereka bolih menjadi  apa yang difahami sebagai Ulama' (Pakar jurusan ilmu Islam).

      Dua: Bagi mereka yang mahu menghafaz alQuran di samping ilmu fardhu 'ain dan kemudian mahu menuntut di bidang ilmu fardhu khifayah seperti kejuruteraan, ekonomi dan apa jua bidang yang sekarang ini tidak dikuasi oleh orang Islam. Dalam dunia kini, bidang-bidang itu dikuasai oleh orang-orang Yahudi. Kita masih menjadi pengikut sahaja. Maka kita harus berbuat sesuatu.

Maka pada pendapat saya Maahad tahfiz bukan segala-galanya. Menantu saya adalah juga seorang Hafiz alQuran dan sekarang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kerajaan Malaysia di Putrajaya. Saya dapat melihat kekuatannya dan kelemahannya. Ini lumrah manusia apa jua bidang pilihannya. Maka kefahaman saya mengenai bidang ini  membuat saya terus berfikir-fikir.  Betulkah Maahad Tahfiz hanya merupakan salah satu cara untuk menguasai Ilmu Islam.

Di Sekolah Islam Adni ( yang saya ceritakan dalam entry yang dahulu), ada juga hafazan alQuran. Dan lulusan Adni meneruskan pengajian dalam bergagai jurusan.(Lihat websitenya). ADNI menekankan pada pendidikan bersepadu dan holistik yang berpaksikan alQuran dan Hadith.




Semua orang  yang prihatin tahu bahawa orang Islam diwajibkan menguasai semua bidang Ilmu. Sekarang ini saya baru diperkenalkan denagan  konsep pendidikan yang dipelopori oleh seorang Ulama' Besar berbangsa Turkey bernama Fethullah Gulen. Saya difahamkan bahawa yang penting bagi orang Islam sekarang secara mendalam ialah ilmu. Tanpa Ilmu kita tidak  boleh dikira bertaraf Khalifah dimuka bumi ini. Falsafah utama Sheikh Fethullah Gullen ini dalam mengembangkan Islam ialah LOVE and TOLERANCE". Kita tidak akan dapat memecahkan benteng kekuasaan dunia oleh bukan Islam jika kita tidak ada dua elemen ini yang berdiri di atas paksi ILMU Islam yang BENAR. 






 


Sheikh Fethullah Gulen dengan sokongan Jemaahnya (HIZMET) telah menubuhkan beribu sekolah di seluruh dunia, khbarnya melebihi 2,000 buah. Sebuah sekolah sudah dibina di  Kuala Lumpur, Malaysia dan saya dikhabarkan bahawa antara co-sponsor projeknya adalah juga dari dermawan-dermawan tempatan yang berjumlah beratus ribu ringgit dan mungkin berjuta ringgit. 

Sekolah-sekolah ini mengikut istilah saya "berjiwa Islam" tetapi tidak dalam format Islam yang biasa kita tahu. (Ini fahaman saya). Saya berdoa dan berharap suatu hari saya benar-benar dapat memahami falsafah dan pelaksanaan sekolah-sekolah ini supaya saya dapat melihat bagaiman sistem  Integrated and Holistic Education Syatem berlandaskan alQuran, i.e IHES (yang dipelopori oleh Professor Adni dan diiktiraf oleh OIC ) dapat "digabong" dengan sistem Fethullah Gulen ini. (Ini hanya harapan kerana saya kurang kemampuan dan kekuatan yang berbentuk tenaga dan kewanagan untuk  mengkaji dan bertindak sewajarnya). Namun saya akan terus berdoa harapan saya menjadi kenyataan.

Mungkin ada diantara yang membaca entry saya ini boleh menghubungi saya untuk kita terokai bersama ke arah membina satu sistem yang sepadu  yang mengambil  kira semua aspek yang seharusnya diamil kira. Apakah aspek-aspek itu?  Inilah yang harus ditentukan bersama oleh pakar-pakar dibidang ini dan dibidang berkaitan.( INI PUN KALAU PERLU). Sekarang ini saya sedang dalam proses mengisi penuh "Jigsaw Puzzle" dua bentuk sistem pendidikan ini. Tujuan saya semoga saya tidak terkeluar dari landasan yang betul dan tepat di sisi Islam, kerana tanpa ILMU orang Islam tidak akan dapat menerajui kepimpinan dunia sekali goes memenuhi perintah Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. (Saya telah membaca buku-buku di atas tetapi belum mendapat kefahaman sepenuhnya).

....................................................................

Alhamdulilah, dengan izin dan  kehendak Allah semalam saya mendapat tahu dari suami saya bahawa pada bulan September ini saya insyaAllah akan dapat melawat sekolah Fethullah Gulen yang saya sebut di atas yang telah mula beroperasi di Kuala Lumpur ini. Semoga saya panjang umur dan berkemampuan. Nanti saya akan bercerita lagi setelah dapat melawat sambil belajar yang suami saya cadangkan pada pihak pengurusan sekolah itu.  Bagaiman suami saya mendapat peluang ini  insyaAllah saya cerita kemudian dengan izinNya. Sama-sama kita berdoa demi mahu mencari redha Allah.

Maka untuk Oupik, rajin-rajinlah berusaha dan bersungguh-sunguh bersolat dan munajat semoga Allah menunjuki kita jalan yang benar di sisiNya. Semoga dengan jalan  ini  Allah kurnia kita dapat bersama di Syurga Firdaus nanti tanpa hisab bersama semua yang kita sayang.

Ameen, Ya Rabb.....
...

Tuesday, June 4, 2013

Seronok berbahasa Jepun, mengapa tidak Mandarin ?





Tembok besar negara China....
Mercu tanda keagongan Empire Maharaja China berzaman lamanya.

Kini kuasa ekonominya  sudah dapat menandingi kuasa ekonomi Amerika Syarikat , dan sekali gos ekonomi Eropah Barat dan Jepun juga.  Baru-baru ini di Astro diberitakan bahawa China sudah "pandai mencuri" ilmu dari sistem komputer Perisik Keselamatan Negara  Amerika. Jabatan Pertahanan negara Amerika sudah mula menampakan kelemahannya. Ini diperakui sendiri oleh ahli kongressnya dalam wawancara  'The Situation Room' di saluran CNN baru-baru.

Senario kehebatan negara China sudah menjadi agenda perbincangan mengenai keselamatn negara terutamanya negara-negara yang dahulunya sombong mengatakan mereka Pengawal Dunia.

 Di Malaysia, bagaimana ya?...

Saya sebagai pesara tidak arif dengan dasar Malaysia mengenai hal yang sama. Cuma beberapa hari dahulu saya dapat bercerita-cerita dengan cucu saudara saya berkelulusan jurutera electrik dari sebuah University di Jepun tajaan Kerajaan Malaysia mengenai perkembangan syarikat-syarikat Jepun di Malaysia yang salah satunya merupakan tempat ia bekerja. Saya berpeluang juga bekenalan sepintas lalu dengan seorang pensyarah berkelulusan Phd yang mengendali program pelajar-pelajar Malaysia ke Jepun.

Maka saya bertanya padanya:  Dengan keadaan yang ada sekarang, adakah program yang sama untuk menghantar pelajar-pelajar ke negara China bagi tujuan yang sama. Tidakkah teknologi China sekarang sudah setaraf dengan kuasa-kuasa Barat? Mereka sudah ada pesawat Jet perang yang tidak boleh dikesan radar seperti yang dipunyai Amerika. Pastinya ada kemampuan-kemampuan lain yang  di rahsiakan. Saya pasti.




Mungkin ada, cuma saya tidak tahu. Yang saya tahu orang Melayu Malaysia amat sedikit yang boleh berbahasa Mandarin. Mungkin bilangan Melayu yang boleh berbahasa Jepun dengan baik lebih banyak dari yang boleh berbahasa Mandarin. Di foto sebelah ini yang berbaju putih adalah cucu saudara yang seorang sahaja dalam keluarga besar saya yang boleh berbahasa Jepun. Yang berbaju hijau adalah abangnya lulusan Institut pengajian tinggi tempatan.(Anak perempuan saya boleh berbahasa Jepun   tetapi setakat kegunaan biasa sahaja. Banyak character Jepun yang ia belum mahir walaupun pernah belajar di Waseda University, Tokyo.)

Saya merasakan kita masih dalam keadaan "self denial" mengenai kekurang kita orang Melayu dalam bidang pengajian hal-ehwal China. Mungkin pendapat saya ini salah dan saya memang berharap salah. Harapan saya  semoga sudah ada satu  Perancangan Mega untuk orang-orang Melayu menguasai Bahasa Mandarin atau apa jua dialect China yang setaraf penggunaannya..

Saya dan beberapa orang teman selalu bincang-bincang mengenai kejahilan kami dalam Bahasa Mandarin dan betapa kami rasa handicap dalam urusan hidup di Malaysia kini. Ada antara kita yang tidak yakin dengan keperhatinan parti DAP dalam membangunankan Malaysia seperti yang disarankan oleh Parti Barisan Nasional. Tetapi kita tidak punya alat yang dapat berhubung secara intelectual dengan mereka dari hati kehati. Dan kita boleh menyentuh hati sesiapa jua kalau kita boleh berhubung dalam bahasa yang sama. Maka saya rasa boleh tertipu bila berurusan dengan mereka yang mahir dalam bahasa Mandarin atau satu dialect  China dan sekali gos merasa kerugian dan merasa khuatir kerana tidak dapat memahami budaya kerja dan budaya hidup orang China.

Bertahun-tahun saya hidup dengan orang Malaysia keturunan China tetapi sepatah perkataan pun saya tidak tahu. Alangkah ruginya...

Maka saya mula hendak "menuduh" kerajaan yang tidak bijak melakasanakan dasar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sejurus selepas Merdeka dahulu. Kalaulah ketika itu kita tidak "chuvanistic" yang amat sangat hingga tidak mahu langsubg membuka peluang orang melayu belajar Mandarin, kedudukan kita mungkin berlainan. Saya rasa kita masih boleh JADI TUAN di negara sendiri dengan kebolehan belajar Mandarin tanpa menjejaska fakta mahu mengekalkan JADI TUAN.  Kini kita kerugian yang amat sangat dan tidak boleh undur ke belakang.

Namun saya positif mengenai perubahan. Kita boleh berubah walapun jiwa mahu berubah bukan suatu yang mudah. Di Singapura saya difahamkan tidak ada sekolah China pun tetapi bagaimana mereka boleh mendasarkan rakyatnya padai Mandarin. Kita fikirkan sama-sama. Saya bukan mahui bercerita dalam kontek malaysia sahaja tetapi harus juga difikirkan dalam konteks global. Kuasa China sekarang pun sudah mula bertapak kuat di negara-negara di Afrika.

Maka saya dan beberapa teman tidak mahu  bercakap-cakap sahaja. Kami cuba mengajarkan sedikit bahasa Mandarin di Tadika SUFI yang kami urus di Tangkak, Johor.  Bukan maksud kami untuk memahirkan mereka bertutur dalam bahasa Mandarin  serta merta, tetapi kami hanya mahu mengenalkan bahawa ada bahasa yang mereka perlu tahu selain yang mereka sudah biasa, iaitu bahasa Mandarin. Kami hanya mengajar nyanyian dan beberapa ayat yang sering digunakan harian seperti selamat pagi, hari ini saya makan.... dan sebaginya. Tujuannya hanya untuk menanam fahaman bahawa Bahasa Mandarin wujud dan kita harus menaruh ninat dan belajar demi kebaikan rakyat Malaysia khasnya dan umat Islam amnya.

Untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini maka kita juga harus tahu berbagai bahasa terutamanya untuk berdakwah ke negara China dimana pertumbuhan bilangan rakyatnya adalah antara yang terbesar di dunia.

Maka semoga kita befikiran luas, dan mencari jalan bagaimana kita boleh setanding.

Kami mohon pertolongan Mu, Ya Rabb...

....
Related Posts with Thumbnails