"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, November 30, 2013

Jalinan kasih yang unik...






Lukman nama pengantin lelaki ini. Dia anak saudara sepupu suami saya sebelah ayahnya. Hujung minggu lepas saya menghadiri majlis pernikahannya di Kg Delek, Kelang, Selangor.

Unik pada pandangan saya. Lukman anak muda teruna tetapi bersetuju mengambil seorang perempuan yang sudah punya seorang anak. Bukan ramai jejaka yang mahu berbuat seperti itu. Itulah Cinta tulus ikhlas ikut pemerhatian saya. Ia seharusnya tidak aneh. Cuma manusia mempunyi berbagai pendapat dan berbagai citarasa.



Jika jejaka rela berbuat begitu, keluarga pula yang kurang serasi dengan keputusan seperti itu. Tetapi keluarga Lukman mudah menerimanya. Mungkin atas berbagai sebab yang hanya tuan punya diri sahaja yang benar-benar tahu dan memahami.  Dalam senario seperti ini teman-teman dan saudara mara hanya suka melihat situasi ideal dan mungkin ada yang rasa kurang "seronok" jika kriterior pemilihan berlainan dari yang biasa. Mungkin ramai dari kita yang terpengaruh dengan pendapat masyarakat yang terpapar di media massa.



Antara keluarga besar Lukman.

Rasulullah Salallahu alaihi wasalam berjodoh dengan Siti Kadijah RA ketika umur baginda 25 tahun dan Siti Khadijah 40 tahun. Alangkah uniknya. Dan ini bukan peristiwa kebetulan. Tidak ada elemen 'kebetulan' dalam kehidupan Rasulullah saw. Maka kita seharusnya melihat keunikan itu dari sudut keredhaan Allah jua.

Kasih sayang adalah 'komoditi' yang selalu menjadi 'pertaruhan' dalam perkongsian hidup. Bukan hanya kasih sayang antara suami dan isteri tetapi kasih sayang antara semua ahli dalam keluarga. Sensitiviti kasih sayang selalu menjadi bicara hati  antara ibu dan menantu, antara ibu dan ayah dengan anak tiri, atau anak angkat malahan anak kandung juga. Sensitiviti kasih sayang juga wujud antara adik beradik. Tidak hairan kalau bukan adik beradik sedarah sedaging, tetapi yang sedarah sedaging pun wujud sensitiviti itu. 

Saya tidak bertujuan bicara lanjut kerana apa jua pendapat pasti ada betulnya dan ada yang kurang betulnya. Maka lebih baik kita mengadu pada yang maha Kasih Sayang jika ada yang tersentuh di hati. Kerana Dia yang maha mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Kita tarbiah diri semoga redha atas segala ketentuanNya.


Mohon Hidayah dan Taufiq Mu Yaa Rabb...

....

Friday, November 29, 2013

Cuti yang sunyi.....




Saya menunggu suami di tempat pakir di masjid hari Sabtu lepas kerana saya lambat pulang dari pertemuan dengan teman-teman lama di Taman Tun Dr Ismail dan suami saya berjalan kaki ke masjid. Saya melihat pokok buluh di kawasan pakir itu....hijau dan sejuk kelihatannya pada saya walaupun cuaca panas pada hari itu.

Sambil menunggu sambil berfikir-fikir menyejukan hati.

Tadi di rumah teman kami dijamu nasi kerabu. Hanya untuk teman-teman rapat yang dahulu semasa bekerja ada beberapa dari teman saya yang memegang jawatan penting dalam pentadbiran negara.
Salah seorangnya dipertanggongjawabkan dengan hal-hal Dasar Percukaian. Teman itu tidak ada bersama kerana katanya ia amat sibuk kerana banyak sessi penerangan yang ia sendiri perlu hadir....iaitu penerangan mengenai GST, (Goods and Services Tax). 

Saya membaca komen-komen dari para Blogger yang arif mengenai dasar baru ini. Salah satunya ialah Kadir Jasin yang suatu masa dulu ia menjadi Chief Editor The New Straits times. Ia amat tidak setuju atas beberapa perkara yang berkaitan dengan mengapa Kerajaan perlu melaksana GST ini. Saya berfahaman bahawa jikalau GST tidak dilaksana, ada kebarangkalian negara boleh bankrupt kerana dana negara sudah amat berkurangan. Ini katanya diakui sendiri oleh Yab Perdana Menteri.  Saya tidak pandai hal-hal "High Finance" walaupun dahulu Ijazah pertama saya ialah Ekonomi. Tetapi membaca senario yang ditulis oleh Journalist terkemuka negara membuat saya amat bimbang tentang masa depan generasi mendatang., termasuk anak cucu saya. 

Kini pun sudah nampak seperti kita sedang memasuki gua yang gelap. Adakah cahaya di hujungnya nanti ?.....

Teman-teman saya yang tahu hal-hal Kewangan Negara tidak mahu bercerita. Mereka berseluruh tertawa mengatakan hari itu kita harus enjoy makan dan makan sahaja. Jangan cerita GST. Pastinya ada pasal............




Mengingat ekonomi negara membuat Cuti sekolah yang sunyi kali ini menjadi lebih sunyi. Azra anak perempuan saya dimestikan bekursus di Singpura oleh Jabatannya. Saya dan suami membantunya dengan mengambil Huzaifah untuk tinggal bersama buat seketika untuk mengurangkan kesibukan sang ayah menjaga yang lainnya. 

Saya tidak kemana-mana walau pun telah berjanji ingin membawa Huzaifah ke Langkawi. Rasanya tidak terdaya ke langkawi atas banyak sebab yang sedang kami urus menyelesaikannya. Pada Huzaifah ia sudah cukup teruja dapat bersama Tok Ayahnya yang memanjakannya. Huzaifah adalah 'soft-spot' suami saya. Ini kerana kami menjaganya selama 6 bulan dari umurnya sebelas hari hingga kami hantar pada ibunya di Tokyo kerana mengikuti pengajian lanjutan.

Seharian di rumah tidak mengapa bagi Huzaifah asal sahaja ia boleh menggunakan komputer bermain games megikut kehendaknya. Saya tahu ini fenomena kurang sihat takut ia menjadi ketagih. Di rumahnya sendiri ia dipantau kuat oleh ayahnya. Semoga ia menjadi anak yang makin hari makin matang. Sekarang ia bermasaalah sedikit kerana kurang dapat memberi tumpuan pada hal-hal yang sewajarnya. Ia sedang diperhatikan oleh doktor pakar. Mohon doa semua......

Saya tidak mungkin mahu membiarkan suasana kesunyian berlanjutan. 
Esuk insyaAllah saya dan suami akan membawa cucu-cucu ke kolam renang awam. Kalau tidak dapat berenang pun sekurang-kurangnya boleh boleh meneroka air, "water exploration". Anak-anak kecil perlukan ini kerana ia sebahagian dari membangunkan kecerdasan otak. Semoga Allah memudahkan.

Mohon kasih sayang Mu Ya Rabb.....

....

Tuesday, November 26, 2013

Jika semua Pintu ditutup, ....Keluar ikut Tingkap.




Ini prisip hidup yang telah lama saya pelajari dari bijak pandai. Kadang-kadang terlaksana, kadang-kadang terkandas.........

Ada teman-teman senior semasa dulu yang pernah kata:...jangan kerja lurus bendul. Lihat kiri kanan. Ada banyak cara untuk selesai sesuatu masaalah. 


Tetapi dalam realiti hidup, kita sering terperangkap. Jika pintu ditutup, dan ditutup serta merta, dan ditutup rapat-rapat,  kita mudah  panik, kebingungan dan kadang-kadang tersungkur ketakutan. Langsung tidak teringat cari tingkap untuk keluar...


Kebelakangan ini saya terbaca dan membaca persoalan ketertinggalan orang-orang keturunan Melayu di negara sendiri. Di Penang katanya orang Melayu hampir pupus, tidak lagi kedengaran gah bahasa Melayu dituturkan. Ada orang yang memperkatakan  di seluruh negara anak-anak Melayu yang berkelulusan tinggi pun ramai yang menganggur, atau bekerja  tetapi dalam jawatan dan bidang yang bukan diminat sepenuhnya.


Tidak kurang yang berlaku di sekeliling kita. Senario bincang-bincang atau cakap-cakap di majlis-majlis tidak rasmi, di kedai-kedai makan pagi, di sudut-sudut masjid sepi dan berbagai tempat lagi, orang berkumpul merungut betapa kini pengaruh orang Melayu sudah berkurangan. Bukan sahaja berkurangan tetapi sudah tidak dilihat sebagai bangsa yang harus disegani dan dihormati.


Alangkah malangnya jika tanggapan ini benar. Dan alangkah menakutkan jika ini bererti juga bahawa kedudukan Melayu Islam sudah merudum ketahap yang amat membimbangkan...


Ada diantara kita yang serta merta  menuding jari dan mendakwa siapa yang bersalah. Ada yang senyap dan melihat. Ada juga yang berdiri membela keadaan. 


Berbagai......

Tetapi bukan tujuan saya untuk masuk berbicara dalam kontroversi ini secara langsung. Saya hanya ingin bicara sedikit dari aspek kelemahan orang Melayu dalam mengauasai bahasa Inggeris, terutamanya generasi yang lahir tahun awal enam-puluhan dan seterusnya hingga kini. Ramai yang percaya bahawa ini menjadi asbab anak-anak Melayu yang lemah dalam bahasa Inggeris tidak mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kepintarannya dalam sebjek yang lain. Bahasa Inggeris menjadi pengukur kebolehan seseorang dalam sesuatu pekerjaan. Ia menjadi petanda aras kecekapan mengendali sesuatu tugasan.


Saya berpandangan bahawa untuk berjaya dalam bidang apa sekalipun, kita di alaf ini harus mahir dalam bahasa asing terutamanya Inggeris. Kalau dalam dua tiga bahasa lain, itu lebih baik lagi. Kementerian Pendidikan pun telah lama menawarkan bahasa Perancis , German, Arab dan kini Mandarin sebagai langkah mahu berjaya dalam persaingan  persada Antarabangsa. Saya sendiri berpandangan bahawa kita tidak perlu taksub dengan Bahasa Melayu  hingga kita lebih sanggup tertinggal di belakang dalam persaingan ekonomi dan teknologi semata-mata kerana kita mahu  mendaulatkan Bahasa Melayu. Kalau tidak ada Bahasa Melayu maka Bangsa Melayu akan hilang di dunia ? Ini fakta yang sering menakutkan ramai yang kuat sentimen Melayunya. Apa agaknya kata pembaca budiman................


Saya seorang 'survivorlist'.  Tidak sangat kecewa hilang bahasa dan budaya Jawa legacy emak dan bapak saya. Saya redha asal sahaja pegangan pada Islam tidak luntur.


Namun saya yakin dan percaya bahawa sebenarnya keduanya ini (Bahasa Inggeris dan Bahasa dan Budaya Melayu) boleh maju serentak jika kita tidak terlalu berfikiran satu hala dan  kita mahu buka minda seluasnya.. Kita selalu kata bermacam-macam mengenai berfikir di luar kotak, berfikir 360 darjah, 'wholebrain thinking' dan berbagai lagi. Tetapi kenapa dan mengapa bila bercakap hal mendaulatkan Bahasa Melayu kita masih berfikiran kurang sempurna. 


Maaf jika saya bebicara semacam saya tidak sayang Bahasa Melayu. Saya sayang walaupun Bahasa Melayu bukan bahasa Ibunda saya. 


Untuk mendaulatkan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan beperanan paling penting. Dan kita ada cara menanganni masaalah ini dalam konteks menyusun semula keutamaan objektif Kementerian Pendidikan dalam melaksana misi dan visi Nasionalnya.


Semasa perbincangan melaksana dasar mengajar Sains dan Maths dalam bahasa Inggeris, Kementerian tidak serious berfikiran panjang. Jika Kementerian mahu melaksana serta merta tanpa mengubah variables yang lain maka sudah pasti ia akan gagal. Kekurang guru yang boleh berbahasa Inggeris diselesaikan dengan kursus jangka pendek yang sememangnya tidak mencukupi. Tuition time untuk mata pelajaran tidak ditambah. Kalau sekolah bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang, tidak ada perbincangan serious bagaimana ini boleh di panjangkan supaya waktu mengajar maths dan sains boleh ditambah, sekurang-kurangnya dalam waktu yang singakt ketika itu. Ia tidak boleh di panjangkan kerana  sekolah dua sessi memerlukan bilik-bilik darjah selepas jam 1.00 tengah hari.


Semasa dasar ini dilaksana di sekolah aliran Cina, mereka menambah  masa pengajaran dalam bahasa Mandarin diluar masa rasmi  supaya anak-anak yang kurang faham dalam bahasa Inggeris dapat mengulangnya dalam bahasa yang mereka selesa. Tetapi di Sekolah Kebangsaan strategy ini tidak ada. Mereka hanya menddapat penerangan dengan bahasa Melayu dalam ruang masa yang sama. Mana mungkin...


Maka akhirnya di Sekolah Kebangsaan ibarat kata pepatah YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDUNG KECIRCIRAN. Hal ini tidak berlaku pada Sekolah beraliran Cina. Mereka sudah menjangaka masaalah ini dan sebab itu dari mulanya pun mereka tidak gemar mahu melaksana dasar ini dengan serta merta. Tetapi dengan strategi dua kali mengajar, iaitu dengan bahasa Inggeris dan kemudian dengan bahasa Mandrin, kemajuan anak-anak tidak terjejas.


Tetapi sebenarnya  jika kita mahu berfikiran panjang, ALL IS NOT LOSS. Iaitu tiada yang rugi jika kerajaan sanggup membina banyak lagi sekolah dan bilik darjah dan melatih ramai lagi guru fasih berbahasa Inggeris supaya dasar ini boleh berjaya. Mesti ada 'political will' untuk tujuan ini. Mereka yang dipuncak kuasa kepimpinan dalam Kerajaan harus ikhlas dalam hasrat mahu orang Melayu berjaya. Bukan sekadar melepas batuk ditangga.


Kita semua tahu Malaysia negara membangun yang amat kaya dalam hasil mahsulnya. Maka kalau serious untuk kejayaan generasi akan datang, maka laksanakan dasar ini dengan perancangan yang rapi. Tetapi bukan cara mendadak.........


BUKAN CARA MENDADAK.

Sepuluh tahun telah berlalu sejak saya bersara, dan Perunding telah diminta menjana "BLUE PRINT" kementerian Pendidikan, (rasanya hingga thaun 2025), maka tidakkah perkara ini dimasukan dalam Blue Print itu. Maka itulah ramai Pencinta Pendidikan di luar sistem mengatakan bahawa Perunding hanya memperakukan "MORE OF THE SAME". 


Pegawai Kerajaan semacam "takut" mahu memberi pendapat dengan terus terang. Ramai yang bincang-bincang di belakang dan di sampingan sahaja. Pasti gagal....Tidak ada kena mengena dengan tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu.  Kedua-duanya boleh jalan serentak dengan tambahan masa pengajaran.(additional tuition time). Tambah bilik-bilik darjah dan tambah bilangan guru yang cukup fasih berbahasa Inggeris supaya sekolah boleh befungsi satu sessi sahaja tanpa menjejas pendidikan sepadu agama dan moral.


Malaysia negara kaya, maka Malaysia memang boleh. MALAYSIA BOLEH.... (period.). Asal sahaja kekayaan kita tidak tiris......


Seperti apa yang saya alami dahulu ketika kerja, ramai Pegawai kerajaan (termasuk saya) kadang-kadang  sudah tidak nampak tingkap. Kalau nampak pun tingkap-tingkap ramai yang takut mendekati tingkap itu.......Ikut sahaja meluru ke Pintu walau pun pintu itu sempit....


Saya sering rasa mengah berseorangan.....

Sekarang saya mengah juga memikirkan betapa kita telah terperangkap dalam dasar mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Akhirnya orang-orang keturunan Cina fasih bahasa Melayu dan fasih bahasa Cina (Mandrin). Orang Melayu terpinga-pinga dikalangan mereka dan terkulat-kulat dalam majlis mereka.


Di mana silapnya ya ?

Pasti ada jalan keluar kalau kita tidak taksub dengan satu-satu aspek dalam hal Bahasa dan Budaya. 

Mungkin kita tidak perlu cari tingkap.....kita pecahkan sahaja pintu-pintu yang ditutup...

Mohon pertolongan Mu Yaa Rabb...
Semoga orang  Melayu Islam tidak perlu mencemar Duli di Bumi sendiri.

Semoga Allah Meredhai di hujung perjalanan ini.....

......

Friday, November 22, 2013

Tidak perlu risau ?...




Kalau kita dilautan luas terbuka dalam boat kecil dan pukulan ombak menggerunkan, perlukah kita rasa risau?

Pada yang biasa dan tahu segala rahsia meneroka laut, badan sihat dan minda segar, maka saya percaya tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan atau dirisaukan.

Sebenarnya saya ini adalah seorang yang mudah risau. Bukan saya tidak yakin bahawa jika kita sudah berusaha maka kita harus pasrah pada yang maha Esa maha Berkuasa,. Tetapi yang sering saya tidak tahu sama ada yang saya usahakan itu sudah menepati erti usaha sebenarnya. Kalau dalam bahasa Inggeria selalu kita kata: "make sure you leave no stones unturned" barulah kita boleh kata "sit back and relax". Biar takdir menentukannya. Jangan putus-putus berdoa kerana "tiada kekuatan melainkan kekuatan dari Allah jua".

Kelmarin saya menemani anak perempuan saya ke Hospital UKM di Ceras (Jabatan Psikatri kanak-kanak dan remaja) untuk menghantar cucu saya Huzaifah (Ujai) mengambil "test" untuk melihat apa kekurang yang ada pada dirinya, kini berumur 8 tahun. Ini adalah sessi susulan  untuk memutuskan sama ada cucu saya ini termasuk dalam kategori anak kurang upaya. Jika sudah pasti doktor akan memberi kenyataan muktamad dan Huzaifah boleh bersekolah di sekolah Khas di mana ia boleh mendapat bantuan pendidikan yang istimewa bagi kanak-kanak sepertinya. 

Saya risau...

"Jangan risau, Mak....." kata anak saya. "He is in good hands.  Mereka doktor pakar. Tak kan kita nak risau..."

Saya diam seketika. 

"Tapi Kak...."  saya sambung luahan hati saya.

"Dulu semasa kat Tokyo semasa Ujai umur dua tahun lebih, kita pun dah tanya doktor Jepun sama ada Huzaifah ini 'over active'. Doktor membuat pemerhatian khas dan di akhirnya dia kata Huzaifah ni okay. Cuma active, bukan over active."

"Tak ape Mak. Dulu dia masih kecil. Belum nyata semua karenahnya. Sekarang sudah dua tahun bersekolah, dah dapat  dikesan apa lagi yang Huzaifah kurang dan lemah."

"Bukan maksud Mak risau Ujai ditakdirkan berbeza upaya...." Saya cuba menjelaskan maksud. "Mak risau sama ada doktor-doktor ni betul-betul melihat anak-anak kecil dengan penuh kasih sayang macam anak depa sendiri."

"Ish...ish... Mak, tak boleh kata gitu. Jangan risau samapi nak buruk sangka".

"Tak lah begitu," Saya cuba bela diri. "Ingat tak dulu masa kita bawak Akif (adik Ujai) jumpa doktor pakar dalam "child development" dan kita tanya apa yang tidak kena pada Akif ? Doktor kata dia okay cuma ia lambat bercakap dan perlu diberi speech therepy. Bila mak tanya tepat-tepat: Is Akif autistic ? Dia tenguk muka mak....terkejut !"

"Siapa kata dia Otistik?" Dr tanya macam kehairanan.

"Doktor di hospital Putra jaya, " Kak jawab. "Tapi mereka syak sahaja. Sebab itu Akif di rujuk ke sini."  Waktu itu di Pusat Perubatan Unviversity Malaya.

"Tidak, jangan bimbang....Akif is okay...." dan doktor menerangkan ciri-ciri otisma.

Kami lega hingga setahun lepas itu saya bertanya dengan seorang teman akrab yang juga pakar kanak-kanak tentang Akif. 

"Panggil dia....I tengok sikit," Dia segera respon pada kerisauan saya. Ketika itu doktor teman saya ini berhari Raya di rumah saya.

Selepas dipegang dibelek sikit-sikit (kerana rumah buka klinik) dia kata kat saya.

"Eluk pergi dapatkan second opinion. Sebab jika 'mild autism' susah nak didiagnos dengan sekali periksa."

Maka saya ikut anak saya beberapa kali ke Hospital yang diperakukan dan akhirnya Akif disahkan "mild Autism". Sekarang Akif belajar di kelas khas dalam sekolah biasa. Kelas integrasi, kata gurunya. Waktu rehat dan dalam aktiviti tertentu mereka dibenarkan bersama dengan anak murid yang 'normal'.

Kelmarin sambil menunggu giliran Huzaifah dipanggil saya katakan lagi pada anak saya, "Mak masih risau...".

"Kenapa mak ?...." anak saya memandang muka saya bingung....agaknya.

Mak risau sebab Kak (sebutan nama di rumah) sangat yakin dengan pendapat pakar-pakar yang juga boleh buat silap. Sememangnya depa ada latihan bertahun, ada ilmu...ada pengalaman. Tapi Kak sebagai ibu pastinya lebih rapat dengan anak dan dapat "merasai". Pakar-pakar ada kepakaran. Tapi Kak ada "firasat". Tentu Kak boleh rasa jika guru kelas khas atau doktor pakar tak tepat pemerhatiannya. Kak kena luahkan perasaan dan pemikiran. Jangan ikut terus dan yakin bulat. Allah bagi juga ruang untuk Kak bagi pendapat."

"Apa maksud Mak ?" anak saya terus duduk menghadapkan muka ke arah saya dan melihat muka saya tepat.

"Entahlah...mak risau sebab mak teringatkan cerita 'One Flew Over the Cucukoo's Nest'. Mak tak baca novelnya tapi mak menonton filemnya. Ini cerita keadaan bagaimana orang-orang 'gila' atau cacat fikiran di urus dalam sebuah institusi khas. Yang kurang 'gila' jadi lebih teruk keadaannya lantaran cara pengurusan yang tidak wajar...."

"Jadi.....apa kaitannya dengan cucu mak. Depa bukan 'gila'. Cuma kekurangan dalam beberapa hal sahaja. Tak kan nak jadi 'gila' pulak." anak saya serious mukanya.

"Bukan gitu..." Saya cuba bela diri lagi dan mahu mengelakan salah faham..."

"Kalau doktor dan staff Perubatan yang mengendali kes juga punya prasangka dalam mengendali anak-anak kurang upaya macam Ujai dan akif, takut kes depa jadi lebih teruk.  Kak kena juga hati-hati dan jangan percaya tanpa melihat sendiri secara bebas. Kak lama bersama anak banding denagan pakar-pakar tu. 'Sometimes intuition works better than acquired knowledge'. Setuju ?...."

"Mak jangan kata gitu. Takut mak yang banyak pra sangka, banyak prejudis tentang setengah-setengah doktor hanya kerana satu dua pengalaman yang kurang memuaskan."

Terhenti saya sebentar. Terigantkan anak saudara yang juga seorang doktor. Dia bererja di Australia. "Iya tak Iya....Kita ada doktor dalam keluarga besar kita. Anak Nyah tu.  Kecik hatinya kalau kita tak percaya penuh pada doktor. " hati kecil berkata.

Bila saya sampai di rumah setelah selesai urusan Ujai, saya duduk di hadapan TV tetapi masih teringat-ingat kes cucu-cucu istimewa. Saya diam sekejap. Betul juga kata anak saya tu. Jangan terlalu khuatir, terlalu risau. Kalau terlalu risau memanglah nampak benda yang sebenarnya tidak ada. Kalau sentiasa terlalu takut, pastinya kerja tidak akan menjadi.


Saya berusaha menenagkan diri, reset fikiran. Kalau tidak ada pakar dalam bidang masing-masing, siapa pulak yang kita boleh percaya. 

Allah maha memerhati hamba-hamba Nya. Semoga Dia Memudahkan dan Meredhai.
Ameen ya Rabb...


...

Tuesday, November 19, 2013

Bill Gates Vs Ibnu Sina





Sejak tahun baru Hijriah 1435, saya tersibuk dengan mengemas, menyimpan dan membuang barang-barang lama. Kini umur senja makin larut, maka saya tidak mahu serabut rumah dengan barang barang yang  jarang-jarang saya guna. Barang-barang itu boleh dimunafaatkan ditempat lain.

Pakaian-pakaian dan barang hiasan rumah pun saya susun untuk saya hantar ke kampung bagi yang memerlukan atau jual sahaja dikedai bundle. Ada anak muda yang mahu membantu saya. Memadai beberapa helai sahaja pakaian yang tinggal. Buku-buku pun saya masuk dalam beg-beg lama untuk saya beri pada kawan yang katanya ada surau-surau di kampungnya yang boleh memunafaatkannya.


Nota-nota kuliah juga saya semak semula. Ada yang saya simpan dan ada yang saya ketepikan.


A..Haa....dalam saya menyusun-menyusun nota, saya terjumpa nota yang menarik perhatian saya. Teringat-ingat seketika peristiwa-peristiwa semasa kerja dahulu. Nota ini membuat saya senym sayu sendirian.


Maka saya ingin tulis kembali dalam entry blog saya kali ini. Saya ingin kongsikan kerana saya masih merasai 'sesuatu' dihati saya, sama seperti semasa saya menulisnya dahulu. Waktu itu saya masih bekerja di Kementerian Pendidikan. Tujuan saya menulis ini semata-mata ingin berkongsi "pengalaman"......

Nota ini adalah komunikasi saya dengan teman yang mengetuai Jabatan Kurikulum ketika itu, tahun 1998. Saya bersara dalam tahun 2003. Ia pegawai yang dihormati ramai dan boss-boss sukakan dia. Saya juga hormat padanya dan dia senang dibawa bicara. Maka saya beranikan diri menulis dalam emel ketika itu seperti dibawah ini:

Dear Dr XXX ,
                          Lately you and I have been swarmed with news on Bill Gates coming to Malaysia on a special mission at the invitation of the Prime Minister. We must congratulate this noble effort to make Malaysia at the forefront in information technology. In the very near future we will be producing "The Bill Gates of Malaysia". We all should support this endeavor and all of us should work hard on it. Over the TV program "GLOBAL" Bill Gates reitriated that in order to achieve our mission our focus must be in the Education System. Nobody can deny that and I am sure we don't need Bill gates to tell us that. Education will decide whether a nation "makes or breaks".

In this same spirit and earnest effort, do you think we are able to produce "The Ibnu Sina of Malaysia" ?  When I suggested this to one of our collegue  in the Ministry, this is what he said: "Ibnu Sina is one in a million", giving the message that it is impossible to produce one in our system. But I believe: "If there is a will, there is a way". Ibnu Sina became a Hafiz at age seven and he grew up to be a great man in the field of philosophy, mathematics,  medcine etc.  His knowledge was valid for some hundred of years before other scholars came out with new discoveries and findings. 

Pardon me for picking on you to air my feelings. I have written to one of our friends in the Ministry about this and I believe that we can do it if we are willing to change the Education Structure. I outlined to him the alternative structure and asked him to consider it only as an alternative. In other words the structure I suggested need not be implemented nationwide but rather as an option just as we had before for the Vocational Education. This friend of ours did not answer my e mail and said nothing at all when we met.


But Dr. xxx, I am Thick-skinned and now I am trying to get your attention on the same matter. Please hear me out..............

Here it goes....

An alternative education structure is on the next page. This proposal is indeed very far from perfect but we can use it as a  base-line for discussion. 

You are a Professional man in Curriculum Development and you are the right man to help me.

Age 5 :      Introductory kurikulum baru sek rendah + jawi + Muqqadam

Age 10:    Tahfiz alQuran + Fardhu Ain + introductory academic subjects.

Age 15:    Full Academic subjects (arts + Science) & revision on tahfiz

Age 19:    Sijil Pelajaran Malaysia + revision fardhu ain & tahfiz

Age 21:    Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia + full fardhu ain & full tahfiz

Age 24     Bachelor Degree Academic & fardhu ain.


The above structure has the following Focus:
"to provide an alternative route to achieve a fully integrated education that ensure excellence and enable an individual to be a prime mover in his field of specialization. This individual will have value laden leadership qualities full of integrity that will chart our nation into greater heights of success in peace and harmony".

In Bahasa Melayu I would like to put it this way:
 " memberi laluan alternatif bagi mencapai pendidikan yang lebih sepadu untuk melahirkan individu yang tercemerlang dan mampu menjadi penggerak, pemangkin dan pemimpin masyarakat yang lebih berwibawa dan akhirnya dapat membawa negara kita ke suatu tahap kemajuan yang damai dan sejahtera".

Dear Dr xxx, 
                          Let me give you the rational for this alternative structure. Of course this structure needs further refinement.  I may not know all the answers to your questions which I know will arise from the above statement. But together we can explore further and find ways to further validate it. I will describe the rational in Bahasa Melayu as follows:

1.   Pendidikan Ilmu Wahyu (revealed devine knowledge) didahulukan daripada ilmu yang dicari (acquired knowledge). Pedegogi ini terbit dari  sunnah Rasulullah SAW di mana anak yang baru lahir kita azankan  sebelum dia mendengar apa jua yang lain. Ilmu wahyu menjadi benteng dan penerang hati yang memudahkan penerokaan ilmu-ilmu lain.  Pedegogi ini juga dapat menjamin ilmu yang diperolehi sepanjang hayat adalah berqualiti dan tidak menyesatkan.

2.   Apabila alQuran penuh di dada, ilmu yang lain mudah diterima dan ada 'built-in mechanism' untuk menapis ilmu yang batil.

3.   Individu yang dilahirkan oleh sistem ini mampu menyumbang dan sumbangan mereka boleh terpakai untuk bertahun-tahun kerana ada unsur ilmu laduni.

4.   Individu keluaran ini juga boleh jadi professional di bidang sains dan tekdologi  dan juga lainnya.

5.   Individu bergelar alHafiz pada alaf akan datang bukan sahaja berada di Japim, Jakim, dan etc, etc tetapi ia boleh menerajui  Institusi Perbankan, Institusi Penyelidikan, Multimedia etc, etc...

6.   Sistem pendidikan kita tidak semestinya mengambil contoh Negara membangun sekarang kerana kita punya agenda yang berbeza. Kalau kita tiru "we will only equal them. But we want to be ahead of them".

7.   "Brain to Brain we will only equal them. It is Brain to Brain to RUH  that we can get the Edge."

8.   Individu dari sistem ini boleh mencapai tahap "kales virus. kales radar dan kales apa jua". 


Dr xxx,
              Seperti juga usaha kita  untuk membentuk budaya IT dan melahirkan Bill Gates of Malaysia, kita tidak semestinya berjaya 100%, alternatif yang dicadang ini pun mungkin tidak berjaya sepenuhnya. Tetapi yang lebih penting kita berusaha ke arah itu. Dan individu yang kita bentuk melalui laluan ini akan jauh lebih berwibawa dan berkemampuan. Kita harus mempunyai  keyakinan bahawa pembentukan seorang professional  dan ulamak "ROLLED INTO ONE" bukanlah suatu yang mustahil. Malahan ini dituntut dan merupakan satu Fardhu kifayah....mungkin juga satu Fardhu Ain.

Mungkin sudah ada satu usaha ke arah ini dilakukan oleh Bahagian Sekolah atau Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, tetapi saya tidak mengetahuinya sebab saya duduk di pinggiran. Duduk di Block E ini saya tidak berada di main stream. Jika sudah ada, tolong maklumkan saya supaya tidak rasa terkilan bila keluar dari Perkhidmatan nanti.

Demikian dulu Dr xxx. Saya minta maaf  kalau nampak macam saya "Busy body". Tetapi setelah menulis ini saya rasa lega. Kalau esuk saya mati, saya ada sedikit harapan untuk menjawab.

Thank you for your time. May Allah Bless you.


Sekadar memberi pendapat....
Yang ikhlas,

Ngasobah Seliman,
Setiausaha Bahagian Biasiswa.
24 Mac 1998.


___________________________

Itu yang saya tulis dalam emel saya lebih kurang 15 tahun dahulu. Sayu terasa dihati kerana saya tidak dapat apa-apa respon dari pegawai tersebut.

Entry ini merupak sebuah nostalgia sahaja...

Ketika itu sudah ada sistem yang seperti itu yang dijalankan oleh pihak Swasta yang peka dan prihatin mengenai perjuangan menegakan Kebenaran. Anak saya yang bongsu saya hantar ke Sekolah Rendah Islam Al Amin. Ada beberapa sekolah lain sepertinya. Sekarang sekolah seperti itu sudah bercambah dimerata lokasi di negara kita dalam bentuk yang sedikit berbeza satu sama lain tetapi hampir serupa dalam misi dan visi.

Dalam tahun 2010 saya diajak seorang teman akrab membantu membina sekolah menengah yang berhaluan seperti Impian saya di atas. Ia ditaja oleh adik lelakinya, seorang koporat yang faham tuntutan hidup seorang Muslim. Cuma ia dibina dinegara jiran atas sebab- sebab tertentu. 

Saya telah bercerita beberapa kali dalam entry saya sebelum ini. Nama sekolah itu SITUWANGI BOARDING SCHOOL, di Garut, Jawa Barat Indonesia.

Kemudian dalam tahun 2011, Allah temukan saya dengan Pak Hasni, pengasas institusi pendidikan ADNI ISLAMIC SCHOOL yang telah beroperasi lebih 20 tahun. Amat teruja rasa dihati dan teman saya mengajak beliau membantu kami memperbaiki konsep kami di Garut. Beberapa entry telah juga saya tulis sebelum ini dalam usaha mahu mengukuhkan sistem sepadu yang memang dituntut dalam Islam.



Ini Situwangi Boarding School. Sudah lama tidak ke sana. Rasa rindu. Ia diurus oleh teman-teman seperjuangan satu jemaah dalam konsep Pendidikan Islam tanpa sempadan.





Cucu sulung saya, saya hantar ke Adni Islamic School untuk tahun satu dalam usaha saya mahu cuba memastikan legacy generasi keluarga memperkukuh siatem ini berterusan. Atas sebab-sebab logistik, pada tahun dua ia dipindahkan oleh ibunya ke Bangi dan masuk sekolah Sri Ayesha. Sekolah ini  agak serupa, Sister school kepada Adni.

Pak Hasni (gambar di atas berbaju putih), yang secara professional di kenali sebagai Professor Hasni telah menubuhkan sistem yang saya "berangan-angan sendirian" selama ini dan telah berjalan lebih 20 tahun. Itu pun katanya ia belum sempurna 100%. Mungkin baru 30%. Tetapi beliau kata yang pentingnya kita mulakan dan kita bina hingga sempurna hari demi hari. Kita usaha, doa dan tawakal. Sistem beliau dikenali dengan nama 'Integrated and Holisti Education System' (IHES),  dan paksinya ialah alQuran dan Hadith. (lihat websitenya). Ilmu dan Taqwa asas kejayaan.




Sistem Pak Hasni sudah menunjukan kejayaan dan di Kementerian Pendidikan sekarang pun ia sudah mula menjadi bahan perbualan dan perbincangan.. Pak Hasni memberi tahu saya dan teman-teman dalam team saya bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri dan YB Menteri Pendidikan sekarang ini telah pun mula berunding dengannya untuk melaksana sistem itu peringkat demi peringkat. Alhamdulilah. 

Semoga generasi akan datang dapat memunafaatkannya. Kos Sistem Pendidikan Swasta adalah agak tinggi dan hanya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja yang mampu. Yang berpendapatan sederhana rendah seperti anak saya mengikuti sistem ini dengan mengatur semula keutamaan hidup dan membuat banyak pengorbanan untuk tujuan ini. Semoga pihak yang berkuasa benar-benar ikhlas dalam tindakannya keranan sistem ini sudah lama tertinggal "It is long overdue". Tetapi lebih baik lambat dari tidak langsung. "It is better late than never".

Maka saya duduk ditepian berfikir-fikir. Apa pula yang perlu saya buat seterusnya. Dalam umur senja yang lanjut ini saya masih mahu melibatkan diri secara langsung dalam arus membangun pendidikan kanak-kanak. Masakan cukup hanya dengan aktiviti mencari ilmu tanpa ilmu itu diterjemahkan untuk perlasanaan selaras dengan apa yang dituntut oleh Islam. Seorang Ustaz kata: Jangan keliru perbezaan maklumat dan Ilmu. Orang yang berilmu adalah mereka yang menterjemah maklumat dalam pelan tindakan untuk diri dan untuk orang lain. Zikrullah di atas tikar sejadah solat belum mencukupi. Apakah sumbangan kita dalam proses memakmurkan dunia ini. 


Pertanyaan ustaz sentiasa bermain diminda walaupun makin hari jasad ini makin rapuh ditelan usia.

Maka suatu hari teman saya mengajak saya membangunkan sebuah institusi pra-sekolah di Tangkak. Bukan pun membina dari mula, hanya perlu memberi nafas baru pada pengisiannya. Rasa teruja dan kini hampir setengah masa saya dihabiskan di Tangkak. Saya ingin ikut nasihat ustaz yang mengatakan : Erti hidup pada memberi.





Ini bangunan pra sekolah SmarTop Subur Fitrah sumbangan ramai orang termasuk teman-teman semasa bekerja dahulu di samping sumbangan keluarga jauh dan dekat.

Saya seronok berada di tempat ini, alhamdulilah,  dan selalu saya katakan pada Murobbiah dan staff SmarTop:  walaupun sumabangan kita amat sedikit, dan bagi saya ibarat "mengikatkan tali kasut Ibnu Sina ketika kecil,"  semoga Allah menganugerah ganjaran yang besar dengan RahmatNya semata-mata.

Mohon Kasih Sayang dan Redha Mu ya Rabb.....

.....

Friday, November 15, 2013

Seketika di Muara.....



Waktu senja di Muara Nelayan
Sungai Menghulu, Langkawi.

Suatu petang di Langkawi kami mengambil masa "bermalas-malasan" meninjau apa lagi yang ada di Langkawi. Adik teman saya yang akan tinggal lama di langkawi  memberitahu banyak juga tempat yang tidak terkenal tetapi cantik dari segi keindahan alam yang belum banyak tercemar. 

Di muara sungai Menghulu adalah antaranya. Di situ ada gerai-gerai makanan yang kecil menghidangkan makanan tempatan yang istimewa sedapnya. 
Untuk pelancung yang lumayan bekalan wangsakunya tempat ini saya rasa bukan pilihannya. Tetapi pelancung yang mahu bersantai sambil mencari ilmu berkaitan kemanusiaan dan mahu melibatkan diri bagaimana mahu mempertingakat kebajikannya, maka tempat ini boleh membuka minda.

Setelah berputar-putar sejam dua, kami sampai di Muara hampir waktu Maghrib kerana kami boleh jama' solat. Gerai pun belum mula perniagaannya. Saya berlegar-legar melihat-lihat keadaan sekeliling.
Di sini tempat penduduk yang berpendapatan rendah saya kira sebab rumah-rumah nampak seperti tidak teratur. 

Sayup-sayup kedengaran dari jauh suara azan Maghrib. Di situ seperti tiada surau kerana sunyi sahaja. Saya rakam keindahan senja untuk kenanagan. Cuba menghayati nikmat keindahan Allah kurnia berbagai cara.

Selepas maghrib gerai mula beroperasi. Kami makan Kue Tiew goreng kerang dan udang. Sedap dan quatitinya sepinggan pun mencukupi kenyang seorang dewasa lelaki.
Sebelum ini kami datang sebelah malam selepas solat Isyak dan bersembang lama mencari-cari idea bagaimana kami juga boleh mendapat munafaat dari pembangunan Langkawi yang makin pesat.

Mohon petunjuk Mu ya Rabb dan kurniakanlah 
kami kekuatan dan kebijaksanaan
 membangun di Langkawi
dalam ruang lingkup mendirikan Kebenaran Mu.

....

Thursday, November 14, 2013

Mencuba Ubat Cina






Perubatan Tradisional Cina menjadi sebahagian dari faedah saya dan suami dalam program kembara ke Pulau Payar Marine Park, Langkawi baru-baru ini.  Syarikat pelancungan itu ada persefahamn dengan pengusaha perubatan tradisional cina di Bandar Kuah untuk saling memperkenalkan pelanggan. Suami dan saya mengambil kesempatan ini dan Alhamdulilah saya berpuas hati mencubanya.



Mula-mula ia melihat melalui cara "mengurut" dengan siku dan jejari di bahagia badan terutamanya ditulang belakang, untuk mengdiagnos apa masaalah kesihatan yang dialami. Rasanya amat sakit. Betul-betul amat sakit. Saya menangis menahan kesakitan. Jerit kesakitan dapat di dengar di luar bilik rawatan dan seorang teman saya rasa takut hendak mencuba. Kalau diurut sudah tidak tahan sakit, bagaimana agaknya kesakitan orang-orang yang didera dalam penjara oleh mereka yang zalim. Maka itulah saya tidak menjadi aktivis. Takut diseksa....apalah.....
Itulah saya kagum dengan mereka yang berjuang untuk kebenaran dan tidak takut luka hingga ketulang belulang. Semoga saya jadi berani. Semoga Allah meredhai.

Tetapi suami saya steady sahaja. 
Hanya Uungh...Engh...sikit sahaja. Agaknya dia boleh tahan didera. Senyum lebar dia,....macam percaya tak percaya......

Tetapi lepas diurut, badan rasa lega.

Saya mengadu sakit lutut dan setelah diurut bahagian lutut, juga sangat sakit, saya diberi rawatan accu-puncture 4 jarum kanan dan kiri. Alhamdulilah, sekarang ini ada sedikit perubahan. Saya dapati lebih mudah untuk turun naik tangga dan duduk bangun bersolat. Semoga semakin hari semakin bertambah baik melalui ramuan ubat serbuk yang dibekalkan termasuk bahan ginseng. Katanya masaalah saya kerana terlalu banyak makan ubat-ubatan yang ada komponen dadah. 

Saya mengerutkan muka.......apakan daya.
Dia memandang muka saya seolah-olah bertanya: 'apa ? ....tidak percaya ?....

Saya senyum tawar....

Ramuan yang diberi adalah untuk membantu pengaliran darah di badan dan untuk membuang angin yang terselit-selit di celah-celah tulang.

Kita hanya mampu berikhtiar. Allah yang menyembuhkan.

Anak saya yang sakit tulang belakang pun mencuba juga. Sakit tulang belakangnya suatu yang kronik dan semoga ada jodoh keserasian ubat-ubatan tradsional cina itu.

Doktor ini seronok merawat kami kerana ia tidak menyangka ada pelanggan keturunan Melayu yang berminat dan sungguh-sungguh mahu mencuba. 

Semoga Allah anugerah sihat demi meneruskan tugas yang belum selesai membantu meningkatkan kebajikan kemanusiaan.
Mohon pertolongan Mu ya Rabb....

....

Wednesday, November 13, 2013

Seharian Memancing.....




Teman yang mengajak saya ke Langkawi adalah peminat memancing, suami isteri sama sahaja. Dari kecil mereka suka memancing. 

Kembara ke Pulau Payar dan pulau-pulau dipesekitaran   di gabung dengan pakej "Exotic Fishing Trip" untuk melihat kesesuaian dan keberkesanan.  Anak saya Azrul rasa teruja kerana mendapat peluang yang jarang diikuti. Saya ikut sahaja. Kembara dengan anak yang sentiasa sibuk bekerja menjalin ikatan kasih keluarga yang tidak akan saya lupa. Kembara ini pun ditaja olehnya termasuk membeli barang-barang kesukaan saya. Suami dan saya rasa di manja......



Memancing di lautan terbuka adalah pengalaman baru bagi saya. Saya pernah ikut teman-teman memancing tidak jauh dari Port Kelang suatu masa muda dahulu  (akhir tahun tujuh-puluhan), dan itulah kali pertama dan terakhir. Berayun-ayun bot di atas air waktu malam bukan kesukaan saya.



Kapten bot menunjuk cara memancing di laut yang agak dalam. Saya rasa kurang selesa di hayun ombak. Ada kalanya amat tidak selesa. Namun saya dengari juga tunjuk ajar kapten seolah-olah mahu menandingi teman-teman yang sudah biasa memancing ditengah laut. Teringat sifat anak-anak kecil....mana mahu kalah !

Teman saya menjanjikan hadiah melancung percuma ke Langkawi di musim cuti sekolah bagi sesiapa yang dapat ikan duluan. Anak saya Azrul senyum lebar....Mana tahu, 'first time lucky'....

Aa Ha ! Yang dapat ikan duluan adalah adik teman saya yang memang bertugas dengan syrikat pelancungnya di Langkawi. 'Disqualified....'  Semua gelak. Masih ada peluang untuk menang...

Tetapi tidak ada ikan yang besar yang memakan umpan udang hidup yang telah disediakan awal pagi lagi, enam kilo kesemuanya. Hingga habis umapan tidak ada ikan besar. Hanya yang kecil-kecil sahaja...

Tetapi saya rasa seronok melihat teman-teman seronok. Walaupun ikan kecil, mereka yang dapat ikan terus mencuba lagi.







Saya mencuba juga,.....tanpa hasil. Agaknya sebab tidak memancing dari hati. Hanya ikut-ikutan....

Kemudian kapten membuat keputusan  berubah tempat di kawasan yang terselindung pulau kerana di lautan terbuka cuaca amat panas. Ikan besar pun melarikan diri. Ikan yang di atas itu dapat dipancing oleh suami teman saya. Sangat teruja kerana itu sahaja yang melekat dipancingnya. (lihat gambar dibawah ini).




Di lokasi baru saya melihat sahaja gelagat peminat-peminat mancing. Ada yang sanggup tunduk lama-lama untuk memastikan cara ia menghulurkan pancing itu betul supaya mengena.  Ada yang melemparkan umpan jauh dari sisi bot. Ada yang mengumpan dengan udang saiz besar. Anak saya mencuba di 'lubuk' yang sama tetapi tidak menjadi juga. Penat berdiri, ia duduk......tapi masih tidak berjaya.



Yang tidak disangka-sangka, dapat pula. Umpan pancing anak saya dimakan ikan dan di tarik ke celah-celah batu di dasar laut. Tidak nampak dari paras muka laut. Maka ia tarik kuat-kuat dengan sangkaan ia dapat ikan. Rupanya bukan ikan tetapi koral yang patah dan sangkut dimata kail. 

Saya yang teruja kerana ia cantik dan saya bawa pulang untuk saya letak dalam akuarium ikan-ikan kecil di rumah saya.


Setelah penat dan waktu pun sudah agak lewat kami pun pulang. Di bawah ini habuan pada hari itu.


Alhamdulilah. Syukur atas segala nikmat. Yang tidak minat memancing  (termasuk suami saya) tidur sahaja atau duduk merenong jauh-jauh. Saya cadangkan pada teman saya agar lain kali bekalan air dan makanan diedar pada ahli  yang tidak giat memancing supaya dapat mereka menyibukan diri bersembang dan makan.

Malam itu kami makan nasi dengan ikan yang digoreng .


Keesukan harinya teman saya mengaturkan lagi satu sessi memancing. Saya dan suami tidak ikut. Kali ini dapat ikan besar, barakuda dengan cara trolling. Hari semalam tidak ada habuan walaupun cara trolling. Rezki Allah tentukan. Tengah hari itu kami makan ikan yang digoreng dan dimasak asam pedas. Pada lewat petang kami terbang pulang ke Kuala Lumpur.
Alhamdulilah. 

Bukan sebarang orang ada kesabaran memancing. Saya tiada sifat kesabaran itu dan rasa agak gelisah mahu cepat pulang. Tetapi saya tidak pula mahu merosakan keseronokan ahli yang lain. Maka saya naik keatas dek bot mengambil angin melihat lautan yang luas terbentang. MasyaAllah. 
Rasa amat kerdil.... 


Dalam perjalanan pulang saya bertanya pada suami saya sama ada ia setuju bahawa memancing itu suatu acara sukan atau rekreasi yang boleh dikatakan membazir masa. Katanya kekadang satu malam pun tak dapat seekor ikan.

Pastinya pendapat ini tidak tepat.
Bila hati sudah suka, semuanya  indah sahaja...

Maka kita betulkan nowaitu kita dalam membuat sesuatu. Allah maha mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi dan Allah maha bijaksana dalam membuat apa jua ketentuan.
Mohon petunjuk Mu ya Rabb....

....

Tuesday, November 12, 2013

Meninjau sepintas lalu Langkawi Geopark





Saya tiga beranak kembara ke Langkawi  dari 2-5 Nov kali ini sebagai sokongan moral untuk teman menilai pakej pelancongan yang sedang di rangka oleh syarikat pelancungannya untuk Tahun melawat Malaysia 2014. 

Antara acara kembara ialah pergi ke Pulau Payar. Ia menjadi sebahagian dari projek Langkawi Geopark yang diiktiraf oleh UNESCO. Tidak pernah saya tahu mengenai Langkawi Geopark ini walaupun sudah beberapa kali ke Langkawi. 

Rasa tertinggal. Rasa malu juga.....
Maka saya jadikan ini satu pengalaman yang mencabar, iaitu menaiki bot laju ke daerah ini dalam umur senja sebegini.... 

Ini merupakan pakej cubaan, maka kami hanya meninjau sepintas lalu sahaja. Pakej ini di gabungkan dengan pakej "Exotic Fishing Trip" yang juga sedang dirangka untuk memenuhi citarasa berekreasi golongan yang suka memancing.



Saya seperti bertatih masuk ke dalam bot yang bergoyang  dalam air laut yang beromabak kecil. Saya meyakinkan diri saya masih boleh aktif dan  menyusun tempat duduk untuk memulakan kembara.


Bot meluncur laju dan perjalanan lebih kurang satu jam
boleh membuat kita mabuk laut kerana ombak kuat dan 
badan rasa terhentak-hentak. Saya telah makan ubat tahan mabuk maka keadaan diri amat selesa dari segi kesihatan. Alhamdulilah.
Mula-mula saya rasakan tempat duduk seperti tidak stabil dan ada juga rasa khuatir jika berlaku kemalangan sebab kami jauh dari daratan. Saya bertawakal dan
berterusan berdoa semoga Allah memudahkan.
Ada ketikanya kami tidak nampak daratan. Ia hanya samar-samar sahaja jauh di hujung dunia. Sepertinya begitu. Saya tidak dapat merakam foto bila bot terlalu laju dan saya harus berpegang pada tepi bot supaya tidak terpelanting. Ada ahli kumpulan yang duduk di bawah lantai bot dan beberapa orang merasai mabuk laut walaupun sudah makan ubat sebelum bertolak. Saya hanya dapat merakamkan beberapa shots sahaja sebagai kenangan.





Setelah sejam bergelut dengan ombak kami  mula menghampiri Pulau Payar. 
Ia dikenali sebagai Pulau Payar Marine Park dalam pakej pelancungan. Kami tidak singgah kerana ada beberapa prosidur yang tidak sempat dibuat oleh teman saya. Maka kami hanya berhenti dan melihat dari jauh aktiviti yang nampak berlaku di Pulau Payar itu. Boleh snorkling dan boleh diving. Airnya jernih. Tetapi saya rasa air di Pulau Redang lagi jernih.


Aktiviti snorkling oleh kumpulan pelancung

Jetty tempat mendarat

Antara bot pelancung yang menghampiri jetty untuk mendarat. Katanya pakej untuk ke sana kosnya tinggi. Ia melebihi rm150 seorang. Inilah yang sedang dikaji oleh teman saya.


Kemudian kami beredar ke arah lain untuk memancing. Kami pergi  ketengah laut sejauh dua setengah kilometer melepasi boundry Marine Park yang dilarang untuk memancing. Kehidupan Laut di situ terpelihara.

Dalam perjalanan menghala ke tengah laut  suami saya tiada masaalah duduk dalam bot laju. Dia tidak perlu makan ubat.


Kami ditemani sebuat bot agak kecil yang juga cuba memancing. Tidak berapa ada ikan di situ mungkin kerana salah musim. Inilah antara faktor dalam pakej kembara yang pihak syarikat  harus memperolehi maklumat yang lebih tepat.

Kemudian kami beredar ke pulau lain. (Lupa namanya). Kami bersantai di situ. Sebelum ke situ kami membeli ikan dari nelayan untuk di masak makan tengah hari. Hati budi kaum nelayan Melayu amat tinggi. Nelayan ini gandingan usaha suami isteri dan hanya mengenakan bayaran rm15 ringgit untuk berbagai ikan kecil dan besar dan beberapa ekor ketam.
Kami tidak sampai hati dan beberapa ahli kami memberi infak tambahan yang agak lumayan. Alhamdulilah. "Erti hidup pada memberi". Allah memberi peluang untuk berbakti di tengah lautan. Anak saya Azrul rasa amat teruja dengan pengalaman ini.





Suami dan anak saya mengambil kesempatan bermandian di pantai yang hanya ahli kami sahaja yang berada di situ.



Seperti pulau dan pantai ini kami yang punya. Ketua kumpulan kami mengetuai solat di pantai. Dalam kembara, solat tetap solat. Saya miss ambil foto. Tujuan sampingan kami ialah untuk mendidik anak remaja yang bersama kami supaya sentiasa mengambil berat tanggongjawab syar'ie. Wudhu air laut dan solat dalam berpakaian mandi yang basah. Yang penting tutup aurat.
Sememangnya menjadi tujuan ketua kumpulan untuk menjadikan kembara ini suatu yang unik. Ia dan teman saya sedang memikirkan bagaimana manhaj hidup berterusan walaupun terapung-apung di tengah lautan. Saya rasa mereka akan menyisipkan program tazkirah ringan selaras dengan tujuan kembara dan tujuan musafir dalam hidup seorang Muslim. Mereka mahu pakej ini berlainan corak dan dapat menyentuh hati-hati ahli kumpulan dan dapat merasai kaitan kembara dan aqidah. Jika ada pelancung asing yang bersama maka strategy "soft dakwah" akan diolah mengikut keadaan dan kesesuaian supaya tidak tercemar nama baik Islam dan orang Islam.
Semoga semua ahli tidak lalai dari mengingati Allah.
  Kemudian kami beredar pulang dan sampai di jeti hampir jam 5 petang untuk membolehkan ahli tempatan solat 'Asar.




Dalam perjalanan  pulang  ombak tidak besar dan rasa nyaman menaiki bot hingga sampai di jeti yang berhampiran dengan Pantai Chenang.
Nanti saya akan cerita pula episod memancing ikan. Sampai di sini dahulu. Semoga kembara ini membuat semua ahli lebih menghargai keindahan alam ciptaan Allah dan berusaha memeliharanya untuk warisan generasi akan datang. 
Alhamdulilah. Allahuakbar.

......
Related Posts with Thumbnails