"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, May 7, 2014

Nostalgia sebuah perjalanan....



Sudan....
Entah mengapa saya teringatkan SUDAN. Mungkin kerana selalu mendengar beritanya di CNN atau di Aljazeera.

Saya musafir menziarahi anak saya di sana pada tahun 2002. Dia berdiri sebelah kiri saya, Amirul namanya.  No. 3 dari kanan ialah anak buah saya, Faiz. Mereka di sana belajar bahasa Arab. Tetapi tidak khatam.

Masaalah belajar di Sudan ketika itu amat mencabar dari pandangan saya. Kalau peruntukan perbelanjaan dari keluarga lumayan sekali pun, di Sudan, iaitu di Khartoum, tidak banyak tempat kediaman yang selesa untuk di sewa dan amat kurang restoran yang masak makan Melayu. Ingatan saya hanya ada satu dan di urus oleh keluarga yang suaminya ada kaitan kerja dengan Petronas.Tetapi kualitinya amat alah kadar. 

University yang dihadiri ialah INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY KHARTOUM. Itu  lebih 10 tahun yang lalu. Tetapi dengan melihat bangunan yang ada ketika itu saya kurang selesa dan selepas lawtan saya selama seminggu di musim panas di sana, saya membuat keputusan untuk menukarkan anak saya ke Jordan. Amirul ke Jordan dan Faiz ke Mesir. Pelajar Malaysia tidak ramai berbanding dengan pelajar Indonesia. Saya perhatikan pelajar Malaysia kurang bersikap lasak, termasuk anak saya. Maka ia sangat terkesan atau terjejas dengan kekurang yang ada di Khartoum.

Saya ke Sudan sendirian setelah tamat lawatan memantau pelajar-pelajar di Jordan dan Mesir. Ibu-ibu Melayu isteri pada pelajar senior dan isteri pegawai Pertonas yang saya temui kehairanan sebab saya ke Khartoum berseorangan. Rupa-rupanya mereka takutkan keselamatan saya. Sudan rupanya bukan negara yang selamat untuk jalan berseorangan seperti itu. Saya tidak tahu. Dan kalau tahu pun agaknya saya akan pergi juga kerana ingin menilai prestasi anak saya di sana.

Ketika itu Sudan pada penilaian rambang saya adalah lebih 20 tahun (mungkin lebih) jauh di belakang Malaysia. Hendak mencari air mineral pun sukar. Saya dimaklumkan oleh seorang pegawai Petronas (kebetulan ia suami pegawai saya semasa saya di JKR) Sudan mula "cerah" ekonominya setelah dapat mengeluarkan minyak dan mengexportnya. Tetapi pemerintahan Sudan dan jentera pengurusan sosial dan ekonominya tidak seperti yang diharapkan.

Itu satu pandangan....tidak ada bukti nyata.

Cuma sekarang apabila Sudan sudah berpecah dan South Sudan sudah merdeka, tahulah saya apa sebenarnya masaalah yang dihadapi. Saya tidak bertujuan mengulasnya cuma ingin berkongsi cerita apa yang saya alami dalam tahun 2002.

Saya di sana berkesempatan meraikan hari lahir saya bersama anak saya dan kekawannya. Kami makan tengah hari di Hotel Continental kepunyaan orang Malaysia. Menjamu anak-anak bertaraf pelajar di Sudan yang serba kekurangan, amat menyeronokan. Mereka makan sepuasnya. Alhamdulilah.

Cuaca terlalu panas. Saya hanya keluar waktu petang dan malam. Saya di bilik membaca buku yang saya bawa. Makan tengah hari tunggu anak beli nasi bungkus lepas kuliahnya. Tidak sepertinya di Malaysia. Tetapi, Alhamdulilah masih dapat makan.

Di Khartoum waktu itu tidak ada shopping kompleks seperti di Malaysia. Kedai yang besar pun tiada. Maka saya keluar dari kediaman sewa saya dalam Kampus University hanyalah untuk makan malam ditemani dan dipandu oleh Ir Jamlus, suami kawan saya, dari Petronas. 

Ramai pelajar yang bekerja dengan pegawai Petronas sebagai "maid" memasak dan membersihkan rumah. Ramai pegawai yang tidak membawa isteri dan keluarga kerana tidak ada sekolah yang dianggap baik dari segi keperluan rakyat Malaysia. Hanya pegawai Petronas yang junior sahaja membawa isteri kerana anak-anak mereka masih kecil-kecil lagi. Anak saya mengajar membaca alquran peringakat anak-anak secara sambilan. Pegawai Petronas memberi saguh hati yang lumayan maka sukalah ia menjadi "ustaz". Saya tersenyum sahaja melihat "creativity" pelajar-pelajar di perantauan.

Tidak ada apa sangat yang hendak dilihat di Khartoum waktu itu. Tetapi saya tetap ke pinggir Sungai Nil dan membayangkan diri saya "cruize" dari Khartoum Sudan hingga ke Alexanderia di Mesir. Alangkah bestnya.... (Kembara dalam angan-angan)......

Foto di atas adalah sebahagian dari kaki lima kedai-kedai kecilan. 
"Inilah Petaling Street kat Khartoum, Mak," kata anak saya tersenyum.

Apa hendak saya katakan. Masih ramai yang menggunakan kereta kuda atau keldai. Saya dibawa anak saya dengan naik kenderaan awam, speda tiga lereng. Panas dan sempit. 

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Maka bila mendengari cerita-cerita perang dengan South Sudan saya rasa tersedih juga.

Lepas seminggu, saya lega sampai masanya untuk pulang ke Malaysia. Saya menaiki teksi ke lapangan terbang Khartoum untuk ke Cairo dan kemudian ke Kuala Lumpur. Teksi itu buruk, tidak ada penghawa dingin dan tidak ada tempat letak barang. Beg saya diikat atas bumbung kereta. Kereta meluluncur laju kerana pada awal pagi sebelum Subuh tidak ada banyak kereta di jalan. 

Lucu juga bila teringatkan peristiwa ini. Saya sentiasa keluarkan tangan lalu tingkap untuk pegang beg saya kerana takut tercicir tanpa disedari. Engin taxi amat kuat dan saya khuatir kalau beg jatuh tidak kedengaran. Saya harus berhati-hati.

Ketika itu ekonomi Sudan sangat dhaif.


Semoga kini Sudan sudah mula membangun dan stabil kerana peperangan sudah "berakhir" secara rasminya.

Tidak pasti saya akan ke sana lagi atau tidak. Namun saya tetap mendoakan semua negara Islam sejahtera. Atas nama perjuangan menegakan Kebenaran Allah, saya tidak menyesali keputusan saya menghantar anak saya ke sana. Semoga dengan pengalaman itu ia lebih berwibawa dan lebih berazam untuk berusaha sedaya upaya dalam mencari redha Allah.

Mohon keampunan Mu ya Rabb...

.....

2 comments:

Al-Manar said...

Benar negeri negeri Islam diAfrica berpecah belah dan daif. Dianugerah Tuhan kekayaan minyak. Yang menefaat ialah kuasa penjajah yang tetap ingin menentukan umat Islam - keselurihan nya- berpecah.

Padahal umat Islam "...... kalbunyan yasuddu bankduhu bakda" Kita tidak menghayati kata kata ini.Beginilah kita, sedih. Tuan dengan SmarTop dan saya dengan Almanar - kerana NYA. Kita buat lah apa saja.

Saya sendiri di rancangkan keluarga buat saya menyambung pelajaran kenegeri Arab dalan pertengahan 1950'an. Perancangan NYA meengatasi segala. Semua berubah. Kalau tidak banyaklah yang saya boleh saya tulis hari ini tentang keadaan diasa 60 thaun dahulu.

ngasobahseliman said...

Terima kasih kerana singgah lagi. Semoga Allah menurunkan pertolonganNya. Ada blogger yang meremehkan pendidikan agama. Itulah yang menjadi sebab kemiskinan dan justeru menjadi macam negara di Afrika yang sentiasa bergolak, berbunuhan dan bermacam lagi. Mereka tidak cukup mengerti apa itu Islam dan saya takut saya akan di persalahkan kerana saya amat kurang terlibat dengan kerja-kerja dakwah. Tuan bagaimana?

Related Posts with Thumbnails