"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, March 30, 2014

"ATTAGHABUN".....Membawa cerita Hari Penyesalan.




Pernahkah kita tanya diri sendiri.....adakah kita lebih pandai dari tikus ?

Subhanallah, Allahuakbar....

Kebelakangan ini terlalu banyak kenyataan / pernyataan yang membingungkan orang biasa-biasa seperti saya. Belum lagi dijumpai Pesawat MH370, sudah banyak telahan yang dibuat. Beberapa hari lalu seorang wartawan 'USA Today' ditemu ramah dalam program  CNN, AC 360 mengatakan bahawa ia mendapat tahu dari orang yang dipercayai dalam kerajaan Malaysia yang menjawat jawatan tinggi dalam Risikan Polis bahawa kapten pesawatlah yang bertanggongjawab menyebabkan terjadinya musibah ini. Wal hal pihak penyiasat Amerika yang dipercayai oleh Kerajaan Malaysia mengatakan setakat ini belum ada bukti nyata siapa yang bersalah dan bertanggong jawab.

Kemudian kedengaran pula cerita mulut ke mulut yang mengatakan ada konspirasi kuasa-kuasa besar dunia yang merancang "kehilangan" pesawat ini dalam percaturan mahu menentukan siapa yang berkuasa "mutlak" di dunia ini. Saya terbaca dalam WhatsApp. Ada yang yang mengatakan betapa kedudukan Keselamatan negara sekarang ini amat tidak setabil.

Dalam pada itu ada pula orang yang cuba mengeluarkan kenyataan supaya jangan khuatir kerana tidak ada teknologi secanggih manapun yang dapat menandingi Kekuasaan Allah. Siapa yang berani menafikan kenyataan ini.

Misteri kehilangan MH370 belum ada penutupnya. Rakyat Malaysia dan ramai penduduk dunia yang masih tertanya -tanya..... 

Dalam keadaan yang belum tenang, sekarang sibuk pula dengan cerita penangkapan Kassim Ahmad oleh Jakim kerana komen-komen atau kenyataan-kenyataan yang dibuat baru-baru ini dalam satu 'seminar' yang katanya bercanggah dengan Islam. Dalam sessi itu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahatihior ada sama.

Penangkapan ini menimbulkan kontroversi. Ada yang berpendapat mengapa Malaysia tidak tolerant dengan perbezaan pendapat dalam hal akidah dan agama. Dan ada pula yang mempersoal mengapa baru ini bertindak walhal isu itu sudah lama diketahui.  Dalam pada itu ada pula yang mempersoalkan mengapa  pegangan fahaman Syiah dikalangan sesetangah orang yang berpengaruh dalam masyarakat tidak diambil tindakan sewajarnya.

Berbagai lagi masaalah masyarakat di Malaysia yang belum beres diselesaikan terutamanya mengenai dasar pendidikan negara, khusus  isu-isu hal penilaian pelajar dan peperiksaan awam.

Berbagai lagi..............

Diluar negara hebuh pula dengan Kerajaan negara Mesir yang menjatuhkan hukuman mati atas seramai 529 orang yang menjadi ahli Ikhwan Muslimun yang ditangkap akhir tahun lepasa atas tuduhan merusuh hingga berlaku pembunuhan dan kematian. Di Malaysia katanya akan ada tunjuk perasaan membantah tindakan kerajaan Mesir ini yang tidak mengikut undang-undang sah dan bercanggah dengan Hak Asasi Kemanusiaan. Mereka yang terdiri dari NGO-NGO dan Parti Politik yang peduli hal ini akan berarak ke Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur lepas Solat Jumaat hari ini 28 Mac. Kalaulah saya kuat tenaga pasti saya ikut sama. ini azam kuat saya, belum tentu Allah izin.

Kemudian timbul pula masaalah di Turkey mengenai eradikasi laman web dan apa jua yang berkaitan dengannya, katanya atas sebab-sebab keselamatan negara. Ramai yang tidak setuju yang dipetik  dalam berita tetapi saya mendengari dari mulut teman-teman bahawa ramai juga yang masih menyokong Perdana Mentei Erdogan. Adalah dipercayai kemungkinan ini semua adalah angkara percaturan kuasa-kuasa yang tidak mahu melihat keamanan di negara Islam.

Kemudian Dunia (Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu) masih belum dapat mencari penyelesaian muktamad di Palestine. Keadaan makin tenat kerana Kerajaan Mesir sekarang langsung tidak simpati dengan masaalah kehidupan rakyat di Gaza.

Dan berbagai lagi masaalah yang saya hanya dapat mendengari sahaja.....terpinga-pinga.

Maka itulah saya terpanggil untuk menyatakan kerisauan saya sekarang dan kemudian nanti, terutamanya bila sampai giliran berpindah ke Alam lain. Saya teringatkan kata seorang ustaz dalam satu kelas pengajian yang menarik perhatian kami pada ayat alQuran betapa kita nanti akan dipertanggongkan banyak hal di Hari dimana tidak ada sebarang pertolongan. 

A009
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(At-Taghaabun 64:9
A010
Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekallah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
(At-Taghaabun 64:10

Kata Ustaz : Pada hari kita dikumpulkan untuk mengetahui perihal amalan buruk dan baik yang kita bawa untuk ditentukan balasan, ramai manusia akan merasai beban PENYESALN dan rasa KERUGIAN. Manusia di sini bukan sahaja mereka yang yang langsung tidak Mentauhidkan Allah tetapi ia termasuk golongan orang yang mengaku beriman tetapi masih engkar . Kalau tidak engkar sekalipun, mereka akan rasa menyesal dan rasa rugi kerana tidak beramal secara optima. Masih terperangkap dengan sikap ambil ringan dan lagha.

Berbagai kerugian yang tidak disangka-sangka akan dirasai. Kita tidak boleh berlepas diri. Kalau kita tidak berdosa dan Allah akan balas dengan Syurga, kita akan rasa menyesal kerana tidak mendapat anugerah Syurga yang tertinggi dan berbagai lagi anugerah seperti yang Allah telah janjikan semasa hidup kita di dunia ini.

Bila saya teringatan penerangan itu hati saya menjadi amat khuatir kerana tidak yakin sedikit pun bagaimana saya dapat berlepas diri dari berbagai masaalh masyarakat tempatan dan masaalah dunia yang kita pasti di pertanggongjawabkan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Maka saya berazam beringat dan mematuhi tuntutan ayat-ayat berikut:


A016
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(At-Taghaabun 64:16
A017
Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
(At-Taghaabun 64:17)
A018
Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dalam keadaan kemelut rebutan kuasa di sana sini, masaalah sosial yang belum nampak penghujungnya dan berbagai lagi karenah manusia umumnya, ayuh kita muhasabah diri, bertaubat (saya yang mesti) dan mohon pertolongan Allah semoga kita dipelihara di Jalan Yang Benar dan usaha Pengabdian seikhlasnya dan seluasnya, Allah terima dan dihujung perjalanan ini Allah meredhai dan kita berjumpa di Syurga Firdaus yang abadi dengan Rahmatnya jua......

Semoga tiada penyesalan dan tiada kerugian.
Aameen !

...

Thursday, March 27, 2014

CNN SENGHAJA ?......


CNN...Tiga minggu saya terpaku di hadapan TV mengikuti cerita Misteri Kehilangan Pesawat MH370. Antara lain saya mengikuti  lapuran di CNN, BBC, CCTV dan AlJazeera.

Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan dalam melapurkan dan menulis berita atau rencana. Ada yang menekan berita semasa yang biasa-biasa, ada yang menekankan berita keganasaan sesuatu kaum di Afrika atau di negara lain, ada yang suka menekankan perihal wanita dipinggirkan dalam masyarakat dan berbagai lagi dan berbagai lagi........

Saya telah lama menyimpan perasaan tidak selesa atau tidak puas hati melihat bagaimana sesetengah syarikat berita ini memberi komen mengenai sesuatu perkara. Ini saya sudah sedari lama kerana saya memang berminat tentang journalism dan bidang penulisan umumnya. Dari muda saya suka membaca  hal-hal semasa, terutamanya politik. Saya tidak aktif dalam politik tetapi saya suka membaca hal-hal politik kerana ini ada kaitan terus dengan hal-hal rebutan kuasa. Sejak perang di Vietnam dalam tahun lewat enam-puluhan saya suka mengikuti hal-hal pergolakan kuasa dunia. Mungkin disebabkan ketika itu saya belajar di Amerika Syarikat dan merasai sedikit sebanyak pergolakan sosial pelajar -pelajar yang mesti berkhidmat dalam "National Service" dalam umur 18 tahun. Sedikit sebanyak saya mendengari juga sungutan teman-teman sepengajian berkaitan dengan kontroversi penglibatan AS di Vietnam. Akhirnya antara sebab AS terpaksa berundur dan mengaku kalah ialah kerana tentangan hebat dari rakyatnya sendiri.

Maka dari sejak itu saya peka tentang pentingnya penulisan / journalism dalam mempengaruhi minda manusia. Saya suka mengaitakan hal ini dengan apa yang berlaku sekarang di Malaysia dan kaitan strategy penulisan atau lapuran syarikat-syarikat berita di luar atau dalam negeri. 

Cuma saya  ingin menyentuh bagaimana CNN mnelaporkan ketidak-puasan hati rakyat negara China yang punya waris dalam pesawat MH370 itu. Hari-hari CNN akan menyentuh aspek ini agak belebihan sedikit pada hemat saya seolah-olah Kerajaan Malaysia amat tidak berwibawa dalam mengendalikan masaalah yang dihadapai dalam mencari kehilangan pesawat ini. Saya perhatikan seperti senghaja dicari-cari cerita waris penumpang yang hysterikal dan yang amat kecewa menghadapai musibah yang berlaku. Maka jika penulisan itu menumpu dalam aspek ini maka rakyat China pun boleh terpengaruh. Maklumlah hati sedang serabut dan mereka ini tidak sama dengan waris rakyat Malaysia yang juga kehilangan ahli keluarga dan sahabat-sahat akrab. Mengapa CNN tidak mencari keseimbangan dalam melapurkan berita  ini ?

Saya perhatikan dari TV Astro bahawa hanya CNN yang membesar-beraskan aspek ini. Kenapa CNN sendiri tidak menerangkan betapa sulitnyanya hal pencarian Pesawat ini. Dalam laporan mereka jam 7 pagi dan dalam segmen Anderson Cooper 360*, dan Pierce Morgan Live dan Rencana Khas  CNN memaparkan pakar-pakar yang menyatakan pendapat masing-masing dalam hal-hal teknikal yang ada hubung kait dengan masaalah ini. Tidakkah itu diceritakan pada waris penumpabg dari negara China. 

Atau adakah muslihat Udang Di Sebalik Batu. Saya yakin ada. WaAllahu'alam....

Sama-sama kita fikirkan mengikut logik dan mengikut fakta sebenar.

Maka saya renung sendirian dan berazam lebih kuat lagi mahu menggalakan ahli keluarga besar saya supaya mempelajari dan menjadi pakar menguasi bahasa-bahasa asing. Dengan cara ini saya juga makin bersungguh-sungguh menggalakan mereka menjadi penulis / journalist dan menggunakan bidang ini dalam hal-hal "dakwah" yang lebih luas. Saya rasa hanya dengan cara ini sahaja kita dapat menyangkal dakyah mana-mana pihak yang tidak suka kita dan negara kita dan tidak suka melihat Islam gemilang. Saya hanya mengambil CNN sebagai contoh kerana di negara kita pun ada penulisan seperti dalam blog dan lain-lain sepertinya yang suka memperkecil usaha orang-orang perseorangan atau kumpulan yang berusaha sedaya mereka mahu MENEGAKAN KEBENARAN. 

Lihat sahaja perjuangan Ikhwan Muslimun. Daiam Summit Lega Arab sekarang ini  pun ada "kuasa -kuasa besar Islam" yang memusuhi ahli-ahli Ikhwan.

Tetapi siapa kata jalan ke Syurga itu mudah.

Maka kita sendirilah yang harus bertindak sebaik mungkin berusaha menegakan Kebenaran sperti yang dituntut oleh yang maha Pencita dan yang maha Berkuasa di Langit dan di Bumi.

Ayuh sama-sama kita berusaha mengikut kemampun, berdoa dan kemudian bertawakal.
Semoga Allah meredhai dan di Syurga Firdaus kita berjumpa lagi. 
Aameen ya Rabb....

...

Wednesday, March 26, 2014

Kesedihan berlipat ganda....






YAB Perdana Menteri Malaysia sudah memaklumlkan berita yang dikira muktamad (beyond reasonable doubt) bahawa pesawat MH 370  berakhir di Lautan Hindi Selatan, di Barat Perth, Australia. Semoga Allah cucuri Rahmatnya atas mereka yang beriman. Belum ada bukti muktamad tetapi dipercayai lambat laun akan terbukti juga. Itu mengikut kiraan intelek manusia. Saya ingin tahu dan sabar menunggu. Takziah bagi semua waris penumpang pesawat tersebut di mana jua mereka berada.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Cuma masa yang belum menjadi kepastian. Saya mengingatkan diri saya dan siapa jua yang belum berfikir untuk beringat2.

Dalam masa yang sama saya rasa sedih....amat sedih mendengar berita seramai 459 ahli Ikhwan Muslimun didapati bersalah dan dijatuhkan hukum MATI kerana menyebabkan kematian pada penunjuk perasaan membela Perdana Menteri Muhamad Morsi yang dilantik sah oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum yang diiktiraf dunia. Saya mendengarnya di Aljazeera, juga di CNN dan BBC. Keputusan menjatuhkan hukuman dibuat tergesa-gesa dan proses perundangan tidak diikuti sepenuhnya. Itu kata jurucakap Human Rights Watch.

Semoga Allah sentiasa bersama mereka dan PertolonganNya itu amat dekat.

Rasa amat tersedih. Ikhwan Muslimun bukan terrorist seperti didakwa oleh General As SISI yang merampas kuasa dari PM Muhamad Morsi. Negara-negara Arab League juga ada yang mempertikai dasar perjuangan Ikhwan. Allah maha Mengetahui maha Mendengari.

Sejarah telah membuktikan yang Benar itu Benar, dan yang Batil itu Batil. Tidak perlu saya kata panjang lebar di sini kerana sudah diperkatakan dengan panjang lebar oleh mereka yang alim dan arif dalam hal ini.

Janji Allah itu benar...Azab Allah itu benar.
Kuasa manusia bukan kuasa mutlak. Ia akan dipertanggongjawabka pada Hari yang tiada siapa bolih menolong.
Sama-sama kita muhasabah diri dan mohon pertolongan yang maha Pencipta dan maha Berkuasa. 
Mohon keampunan Mu ya Rabb.

....

Monday, March 24, 2014

Masih terpaku menanti....


Hampir tiga minggu mencari, dipergunungan dan dilautan sunyi sepi.
MH370 belum muncul lagi. Saya tidak ada waris yang menaiki tetapi rasa sedih ada dihati.
Bukan sedih dan mencari salah siapa yang harus dipertanggogjawabkan dalam hal ini.
Cuma sedih kerana kali ini saya langsung tidak tahu bagaimana mahu meletak kedudukan diri.
Bagaimana mahu menolong, bagaimana mahu bersimpati.
Sekadar ingatan dan doa semoga peristiwa ini berakhiran dengan suatu yang akan menjadikan setiap insan mengenali diri.
Mengenali diri siapakah yang lebih berilmu, lebih berharta, lebih berkemampuan dan lebih berkuasa dalam hal ini.
Malah semoga setiap insan yang tahu akan peristiwa ini tahu siapa yang maha Pencipta, maha Mengetahui dan maha Bijaksana  mengendali hidup dan kehidupan yang terhampar di dunia ini.
Lebih dari itu setiap insan harus menginsafi hal kejadian ini.
Dan muhasabah semoga mengerti siapa yang berhak atas nyawa ini dan memahami hakikat hidup dan mati.

Tidak perlu marah-marah, tidak perlu kecewa dan tidak perlu menuding jari.
Mengapa lembab bertindak hingga kehilangan detik masa yang katanya penting sebagai landasan  bahan bukti.
Semuanya seperti mahu menyalahkan yang punya Pesawat dan yang punya kuasa mengendali.
Seolah-olah itulah sabab-musabab tragedi ini menghantui fikiran semua yang mahu peduli.

Saya masih terpaku menanti dan setiap hari mencari berita terkini berebut masa dan berkejaran kerja agar dapat membaca dan mendengari jika sudah dapat mencari kesan di mana pesawat ini menyembunyikan diri.
Maka teringat peristiwa Firaun yang sudah beribu tahun tenggelam di laut dapat dijumpai. 
Allah maha Menghendaki dan semua peristiwa bukan kebetulan di sisiNya, semua punya pengajaran yang perlu diteliti.
Semoga kita tidak bermegah dengan kepintaran aqal dan jangan suka mendabik dada akulah yang terhebat di dunia ibarat bertuhankan diri sendiri.

Subhanallah, Allahuakbr...Ayuh kita bertafakur mengingati,
Mengingati peristiwa dan menginsafi,
Kita insan kerdil dan pada Tuhan kita meminta pertolongan dan berserah diri,
Hidup ini untuk pengabdian, untuk berkongsi apa yang Tuhan kurnia dan jangan engkar walau sekali.

Mohon keampunan Mu ya Rabb...semoga Engakau mengasihani,
Semua kami......

..

Friday, March 21, 2014

Apabila kelopak bunga & daunnya mula berguguran.....




Apabila senja mula larut dan ibarat pohon bunga serta daunnya mula berguguran, sampailah masanya seorang itu menerima hakikat penghujung jalan hampir sampai dan jangan putus-putus melihat apa yang harus dilakukan.

Kelmarin saya seorang diri duduk menanti no giliran saya dipanggil untuk mendapatkan bekalan ubat bulanan di Farmasi Pusat Perubatan University Malaya Kuala Lumpur. Suami saya menanti dikereta entah di mana kerana amat sukar mencari tempat pakir. Saya melihat ke hadapan, ke kiri dan ke kanan kalau-kalau ada teman yang saya kenali untuk berbual menghilangkan kepenatan dan kebosanan menanti. (Seharusnya dibawa bertenang menghadapi segala ujian dan ketentuan Allah). Allah mendengari hasrat hati dan melintas di hadapan saya teman sekerja semasa di Kementerian Pendidikan. Ia nampak tergesa-gesa dan tanpa menoleh kiri kanan ia duduk di baris hadapan berhampiran tempat saya duduk.

Sepontan saya memanggil namanya dan dia menoleh tersenyum lebar. Agaknya rasa lega ada kenalan bersama ditempat yang tiada siapa suka ke situ. Saya ajak dia duduk dengan saya kerana ada kerusi yang kosong. Kami berpelukan. Saya panggil dia Kak Pah kerana ia 5 tahun lebih tua dari saya.

Pasti pertanyaan yang keluar dari mulut boleh dijanka. Ambil ubat apa? Jumpa doktor mana ? Tak sihat ke ?

Saya katakan saya tidak berjumpa doktor hanya mengambil bekalan ubat bulanan. Dia memberitahu dia menghantar suaminya yang sakit pinggang. Saya mengenali suaminya sejak saya mula bekerja di Jabatan Perdana menteri dan dia adalah 10 tahu lebih tua dari saya.

"Mana Tuan Haji ? " Saya bertanya.

Kak Pah menoleh dan menunjukan pada saya suaminya di hujung barisan duduk yang sama. Kebetulan dia sedang memandang ke arah kami duduk dan  dia senyum lebar. Saya lihat dia segera bangun dan datang ke arah kami duduk.

"Tuan Hj saya tu dan tidak kenal ramai orang," kta Kak Pah. Saya sudah agak begitu kerana selama setahun saya sudah tidak nampak kelibatnya di Masjid. Dia sudah tidak lagi bersarapan pagi dengan kami di sudut "Speaker's corner" di Masjid. Sebahagian kami rindu padanya kerana dahulunya dia suka melawak.

Apabila hampir tempat saya duduk, Kak Pah bertanya sama ada ia kenal saya. Saya cuma sunyum da saya tenung mukanya.

"I ingat rupa tapi tak ingat nama," Ia nampak seperti kebingungan.

"Ngasobah...tak ingat?" kata Kak Pah. Serta merta ia senyum lebar.

" Ingat", katanya tetapi riak air mukanya tidak meyakinkan saya ia masih ingat saya.

Kak Pak segera bangun dan pergi ke tempat duduknya kerana takut bag nya terambil orang lain.

Begitu peristiwa kelmarin yang saya kongsikan di sini. Tuan Haji yang peramah itu kata Kak Pah sudah banyak kehilangan ingatan. Dalam hati saya ini pasti Sakit Alzhaimer. Tetapi saya diam sahaja tidak bertanya lebih kerana saya sudah faham perihal orang seperti itu. Ia boleh lupa siapa isterinya, siapa anaknya dan berbagai lagi. Ada kalanya dia akan lupa di mana rumah. Oleh itu Kak Pah tidak membenarkan suaminya memandu seorang ke mana-mana.

Pada hari yang sama Kak Pah juga menghantarkan kakanya masuk wad kerana sakit berbagai rupa termasuk kencing manis, darah tinggi dan jantung. Kak Pah merupakan waris tunggal kerana kakanya tidak punya suami atau anak. Yakin dengan pertolongan Allah, Kak Pah punya anak saudara yang bertugas di hospital tersebut dan ia memudahkan urusan pentadbiran. 

Alhamdulilah. Allah menguji kita setakat yang kita mampu. Walaupun rasa berat Allah menjajikan pertolongan dengan kesabaran dan sangka baik padaNya.

Begitulah perihal kehidupan di masa senja yang sangat larut dan bilangan waris makin hari makin berkurangan. Kadang-kadang diumur senja kita boleh rasa terpinggir dan ada juga mereka yang dipinggirkan. Alhamdulilah jika ada anak-anak yang ambil peduli seperti Kak Pah. Seorang anaknya adalah doktor dan dia banyak membantu dan ini memberinya ketenanagan.

Namun saya yakin Allah tidak akan menganiyaya hambanya. Suhanallah. Saya kata pada diri sendiri: Usaha sahaja dan yang lainnya kita pasrah padaNYa. Dia maha kasih maha pengampun dan maha mengasihani.

Mohon perlindungan Mu ya Rabb...

...

Thursday, March 20, 2014

Pengukuhan keluarga Ben Hassan.




Sabtu minggu lalu keluarga besar sebelah suami saya mengadakan pertemuan berkala. Rancangan asalnya ialah sebulan sekali tetapi sasaran ini tidak tercapai. Maka setelah hampir setahun barulah kami dapat meneruskan agenda keluarga yang kami beri nama "Legacy Ben Hassan".

Kami mulakan dengan solat Isyak berjemaah.  Kemudian kita mengadakan sessi  membaca Surah Al Mukminun. Tujuannya supaya anak-anak muda membiasakan diri membaca alQuran sebagai permulaan untuk bertadabbur diikuti dengan kesungguhan mengamalkan apa yang dituntut dalam alquran dan meninggalkan larangannya.

Makan malam yang sederhana diadakan sebelum itu. Tujuan program ini ialah untuk membawa generasi pelapis lebih mengenali ahli keluarga masing-masing dan dengan silaturrahim yang lebih erat kami mengharapkan keluarga Ben Hassan akan dapat bergerak maju sebagai satu jemaah. Manakan mungkin kita mencapai kekuatan ummah jika kita tidak dapat mencapai kekeuatan keluarga. Kekuatan yang jitu hanya wujud dalam jemaah.

Itulah penerangan yang diberi semasa kali pertama kami berjumpa lama dahulu. Kali ini kami muhasabah diri mengapa objektif itu belum tercapai seperti diharapkan. Kesibukan dan kekangan masa adalah faktor penting. Maka ahli sentiasa diingatkan supaya bijaksana mengurus masa. Hubungan harian melalui face book dan kemudahan WhatsApp tidak memadai. Sentuhan perlu zahir dan batin. Melihat senyuman dan bersalaman dan berdakapan itulah antara wasilah menguatkan hubungan silaturrahim, mengikat hubungan kasih sayang yang berpanjangan. Jangan sampai teknologi merosakan konsep 'mawadah wa rahmah' yang ingin dibina dalam hubungan keluarga.



Gambar yang tertara di atas ialah sessi sarapan pagi setelah usai kuliah Subuh.  Pada malam sebelumnya diaadakan Qiammulail sebagai latihan untuk generasi muda semoga dapat memahami dan merasai bahawa kekuatan diri dan minda berkait terus dengan komitmen mengabdikan diri secara khusus pada satu pertiga malam. Alhamdulilah, latihan dapat berjalan lancar. Kami ada ustaz dalam keluarga maka semuanya alhamdulilah dibuat secara santai. Anak-kecil kami biarkan berlarian dan bekejaran supaya ibu-ibu muda boleh bersama dalam sessi menimba ilmu. Kalau di masjid mungkin rasa tidak selesa membawa anak kecil takut mengganggu ketenteraman jemaah masjid. Maka sebab itu kami adakan aktiviti ini supaya ibu-ibu muda punya peluang yang harus diambil kesempatan.

Semoga perjumpaan berikutnya dapat dijalankan berkala seperti perancangan awal. Semoga keutuhan silaturrahim keluarga dapat menjadi benteng dan dalam masa yang sama menjadi pemangkin untuk terus membangun keluarga sebagai asas membangun ummah.

Secara peribadi saya berdoa semoga lahir seorang peminmpin dari ahli generasi pelapis ini yang akn menerajui kepimpinan negara Islam yang mendapat sokongan umat sejagat.

Aameen ya Rabb.....

.....

Wednesday, March 19, 2014

Embah ! Look....I can swim.




This is Huzaifah calling and waving to me  to watch how he swims. At the Far left is Akif. My daughter took them swimming at Ayah Tam's house because of the rain. The swimming instructor did not answer her call and that means no swimming lesson on a rainy day.

Huzaifah could not wait to show off his latest stunt in the pool. I took my camera and off he splashed into the pool. He is not there yet in terms of technique but he was excited because he could swim about 10 meters without breathing.  He is yet to learn the breathing technique. He hasn't fully understood everything that he has to master, but because I was around he just had to show off to me.


So there he was at the end of the pool under the watchful eyes of his mother.....just in case.  Great achievement ! So he thought it was. Never mind the element of perfection. I was happy to notice his self driven effort to achieve something. For a child who is attention deficient, and at school he is in a special class, I was more than happy and felt satisfied to see an improvement in his self confidence. Alhamdulilah. All praises be to Allah alone.

Akif, my other grandson who is autistic, is still at the "water exploration" level. All other things being equal, I think he would be able to swim by end of the year.

May Allah, most loving and most merciful, be pleased with our effort in bringing up special children to their fullest potential.

May He bestow his Blessings on all of us.


....

Tuesday, March 18, 2014

Di mana gerangan ?.....



MH370, Di mana gerangan agaknya..
Berbagai telahan telah dimaklumkan. 
Kewibawaan para pencari dipersoalkan.
Hanya yang beriman punya fahaman,
Pasti ada sesuatu yang harus di fikirkan Sepert dalam alQuran
Surah At Taubat ayat 126.

A126
Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?

Hanya Tuhan Allah yang maha Mengetahui dan maha Berkuasa.
Hanya Dia yang maha Bijaksana.
Maha Adil maha Perkasa.
Semoga dipertemukan segera dan semua sejahtera.
Aameen ya Rabb...


...

Monday, March 17, 2014

Penyatuan keluarga...




Kelihatan tampan dan gembira. Ini Hanafi cucu saudara, cucu Allahyarham Kak Yah (kakak no 2 tua) yang telah pergi meninggalkan kami semua dalam tahun 1981. Hanafi pun tidak mengenalinya. Sempena hari perkahwinannya saya upload gambar Atuk perempuannya sebagai ingatan baginya dan bagi pasangannya. (Ini sahaja foto Kak Yah yang ada dalam simpanan. Waktu itu Ia sudah mula uzur akibat stroke yang dialaminya).

Cerita kali ini untuk anak cucu keluarga besar mengingati sejarah keluarga, walaupun sedikit. Saya mengharapkan ahli keluarga tua dan muda peka pentingnya legasi keluarga. Tidak bererti kalau golongan tua tidak  pintar teknologi  itu bermakna mereka tidak punya ilmu dan kebijaksanaan bagaimana kita harus melalui liku-liku hidup. Semoga golongan yang muda akan faham apa jua cara berfikir dan apa jua pegangan hidup, pastikan ia syar'ie. 



Majlis menyambut menantu diadakan hujung minggu lepas di Johor Bahru. Ramai saudara mara yang hadir. Alhamdulilah.

Ibu Hanafi adalah keturunan Cina asli dan saudara mara dari sebelah ibunya ramai yang berkunjung dari Singapura. Saya rakam gambar di bawah ini dan semoga satu hari nanti mereka akan mengikut jejak ibu Hanafi. Anis namanya dan amat peramah dan penyayang orangnya. Dialah yang banyak menjaga suami kakak Yah semasa hari tuanya. Anis berkahwin dengan anak saudara saya yang bernama Thaldiri. Panggilan singkatnya 'Dadi'.

Anak-anak Anis  bersekolah rendah Cina dan boleh bertutur Mandarin dan di rumah Anis membiasakan mereka dengan bahasa ibundanya. Semoga dengan dialect ibunda dan Mandarin mereka akan berdakwah pula sekurang-kurangnya pada semua ahli keluarga besarnya yang berada di Singapura.





Ini dua orang anak perempuan Anis dan Dadi.
Dalam keluarga besar ada yang pandai Arab, Mandarin, Jepun dan Inggeris. Besan saya juga keturunan Cina. Maka bahasa Jawa  legasi keturunan pendatang pun kini lupus.

Sebulan sebelumnya seorang lagi cucu Allahyarham KakYah juga telah melangsungkan perkahwinannya. Saya tidak dapat hadir maka saya rakam foto keduanya di bawah ini untuk ingatan anak-anak saya yang juga tidak dapat hadir.



Ini  Maizura dan Shukri pasangannya. 
Semoga bahagia hingga ke syurga untuk kedua-dua pasangan ini. Di bawah ini saya rakam foto keluarga untuk ingatan anak cucu.


Kelihatan di sini Sudin, menantu Kak Yah yang baru bersara akhir tahun lepas. Allah uji Sudin dengan berbagai ujian yang berkaitan kesihatan. Semoga ia bersabar dan akan terus sihat dan dapat berbakti pada keluarga seperti semasa ia sihat dahulu. Midah isterinya berdiri no. dua dari kiri, sebelah suami saya.
(Abg Sudin berdiri kanan sekali. Di kanannya Fatihah, anak perempuan tunggalnya).
Lelaki yang duduk adalah abang ipar saya yang baharu kehilangan isteri tahun lepas. Melihatnya pasti teringatkan Allahyarham kakak saya yang dalam keluarga dipanggil Mak Mong.
Semoga anak-anaknya prihatin menjaga ayahnya yang sekarang tinggal seorang.

Yang  duduk kiri sekali ialah Pizah anak perempuan Allahyarham kakak Yah. Semasa Kak Yah meninggal dunia semua anak-anaknya yang sepeuluh orang itu belum habis persekolahan rendah dan menengah, melainkan dua anak lelaki tertua yang kini telah juga meninggal dunia.


Yang berdiri itu Abang Utik. Anak Kak Yah lelaki tertua yang masih ada. Saya mengharapkan ia dapat berkunjung ke rumah untuk sembang santai hal-hal keluarga. Selalu sahaja ia sibuk. Semoga ia tidak lagi disibukan. Itu doa saya semoga adik beradik dapat munafaat kebaikan seorang abang tertua. Semoga mereka ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Iaitu sihat sebelum sakit, senang sebelum susah, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. 
Dalam foto atas Amira yang duduk depan sekali. Juga cucu Kak Yah yang baru lulus kedoktoran tetapi belum habis housemanshipnya.  Allahyarham Kak Yah pasti seronok ada cucu yang jadi doktor. Dulu semasa dia sakit tidak ada cucu doktor untuk beri semangat. Itulah suratan hidup. Kebergantungan kita hanya pada Allah.
Amira adalah doktor perubatan yang tunggal dalam keluarga besar buat ketika ini. Seorang cucu saudara, Faiz sekarang dalam tahun akhir untuk jadi doktor. Semoga ramai lagi doktor akan muncul selain jurutera yang sekarang sudah beberapa.
Harapan saya semoga ada yang cukup prihatin untuk jadi ahli bahasa antarabangsa yang kini belum ada. Berkejaran mencari ilmu adalah juga satu bentuk jihad. 
Seorang cucu saudara juga sedang giat belajar dibidang culinary crafts. Semoga ia berjaya kemudian nanti boleh membangunkan seni masakan dalam sebuah hotel antara bangsa  miliknya sendiri yang mematuhi kehendak Syar'ie sepenuhnya.
Bersama dengan bidang lain semoga cucu-cucu dan cucu saudara dapat menerokai bidang perniagaan dan perindustrian dan dapat mengmbalikan kekayaan orang Islam pada orang Islam demi mencari redha Allah jua. Aameen.


Ini Oji dan Shila. Cucu Kak Yah bersama cicit-cicit yang tidak mungkin merasai kemesraan seorang nenek. Oji berdiri no 3 dari kanan dan Shila berdiri kanan sekali. Di sebelah kanannya anak perempuannya yang baru pertama kali saya berjumpa. Oji dan Shila pernah tinggal sebentar dengan saya tetapi mereka tidak kerasan dan pulang ke Johor Bahru dan tinggal di rumah keluarga.
Semoga mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan Allahyarham neneknyanya dan atuknya. Dan yang amat penting bapanya yang kini telah kembali ke rahmatullah.


Di tengah itu Alus nama timangannya, berposing dengan dua anaknya. 
Alus ibu pada Maizura, pengantin perempuan, cucu saudara saya yang di atas tadi. Suaminya Yusop tidak kesempatan berfoto sekali.


Di atas ini abang saya Amat Suyoto dan menantunya. Abang saya tinggal di Shah Alam. Ia seorang sahaja lelaki dalam adik beradik saya. Kini berumur 70 tahun.


Ini Jaafar berbaju belang, menantu Kak Yah yang tinggal di Kuantan. Saya suka ke rumahnya. Isterinya Ita pandai masak dan itu yang saya cari bila ke Pantai Timur. Tetapi sekarang sudah jarang-jarang ke sana kerana dalam umur kini sudah kurang keperluan. Di kanannya Hafiz dan ibunya Ita. Tetapi mereka bukan dari jalur Kak Yah.


Ini keluarga Rahbani, Bani nama singkatnya. Tidak kelihatan di foto. Yang kelihatan itu ialah Joharni, menantu Kak Yah dan bapa pada Amira.

Itulah sedikit coretan untuk generasi pelapis, legasi bapak tua, yang dahulu dikenali di kampung sebagai Wak Leman.
Umur saya kini makin mendekati ke penghujingnya dan mungkin tidak dapat menyertai penyatuan keluarga seperti ini. Semoga semuanya dapat menghayati dan mencontohi perjuangan Rasulullah salallahualaihiwasalam, para Sahabat dan pewaris Nabi hingga kini. Semoga semuanya dilandasan yang lurus mencari Redha Allah jua. Aameen.

Mohon keampunan Mu ya Rabb....

...

Friday, March 14, 2014

Mandi Di Masjid ?...





Malaysia sedang di uji dengan jerebu, cuaca kemarau.....dan berbagai ujian lain termasuk mistri penerbangan MH370. Dan ramai kita di Lembah Kelang "mengeloh" kerana catuan air. Siapa yang hendak dipersalahkan, kalaupun ada orang yang boleh dipersalahkan.

Tetapi saya sudah hilangan keinginan untuk memberi pandangan mengenai apa yang sedang berlaku di Malaysia kini. Eluk diam daripada menambah masaalah. Jangan berbuat sesuatu yang menjadikan Malaysia lebih tidak difahami oleh negara luar.

Maka suami saya kena mandi di Masjid kerana di rumah kekurang air. Kami silap tidak membeli tong untuk menakung air. Maka cucu-cucu pun kena ration pakai air. Mandi sekali sahaja. Semoga esuk ada air sebab pakaian kotor sudah membukit tinggi longgokannya. Air minuman pun kena beli air mineral dari luar. Sistem tapisan air di rumah sudah tidak beroperasi kerana tekanan air rendah. Semoga masaalah ini sementara sahaja.

Walau apa pun saya masih teringatkan nasib orang-orang pelarian yang tidak ada air langsung. Apa salahnya mandi sekali sahaja sehari. Cuma perlu air untuk istinja'. Alhamdulilah,  belum dalam keadaan meruncing. Cuma saya katakan pada anak-anak jangan ambil mudah memikirkan apa yang belaku. Jangan celupar mulut. Berfikir-fikir sahaja. Mustahil kejadian-kejadian yang dihadapi di Malaysia kini tidak ada apa-apa pengajaran yang Allah mahu hamba-hambanya ambil peduli. Perancangan Allah maha tinggi dan maha halus untuk kita berfikir dan melihat dengan mata hati dan mengambil perhatian dengan sikap menginsafi diri. Jangan rasa hebat  dan mendabik dada kerana berteknologi tinggi. Jangan mudah-mudah mengatakan apa yang berlaku adalah fakta kebetulan semata-mata.

Siapa yang "bertuhankan" teknologi dalam hidupnya seharusnya sudah mula menyedari ada kuasa yang Maha Tinggi. Dari segi logik pun sudah boleh nampak kalau malu mahu menerima hakikat kewujudan yang Maha Pencipta yang menguasai apa yang berlaku di langit-langit dan di bumi.

Maka saya kata pada anak-anak supaya sama-sama kita bertaubat nasuha sebelum tiba saat-saat yang tidak ada lagi pertolongan melainkan  pertolongan yang Maha Agong dan Maha Berkuasa.....Tuhan sekian 'alam.

Dalam saya bercerita begitu pada seorang anak, dia menceritakan pada saya cerita-cerita konspirasi yang mungkin melibatkan  peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia. Saya katakan padanya jangan mudah mendengari kesahihan cerita-cerita konspirasi atau apa jua cerita yang bertebaran di sekeliling kita. Jangan kita cuba menghampiri apa jua kumpulan yang mendakwa tahu itu dan tahu ini selagi kita sendiri tidak punya kekuatan diri untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Saya katakan pada anak saya bahawa ini adalah pendirian saya dari semasa saya bekerja lagi, iaitu apabila kita berhadapan dengan "kawan" atau "lawan" kita harus kuat Minda dan Ruh. "Brain to Brain, at best, we will only equal them. It is Brain to Brain to Ruh that  will give us the cutting edge".

Maka jangan kita rasa pandai, dan cuba memandai-mandai dengan siapa jua yang menndakwa dirinya hebat selagi kita tidak ada kekuatan Minda dan Ruh. Minda dan Ruh harus di bina dari kecil lagi mengikut keadaan dan mengikut situasi diri. Lagi awal kita mula, lagi baik bagi diri kita. Orang macam saya sudah terlambat untuk ini. Maka saya katakan pada anak jangan tidak ambil peduli apa yang berlaku, tetapi jangan terlalu berkeyakinan selagi kita tidak punya persiapan diri untuk menghadapai apa jua kemungkinan.

Anak saya senyum-senyum kambing, dan saya senyum tawar......

Mohon keampunan Mu ya Rabb...
Semoga Engkau menurunkan Pertolongan dan Rahmat Mu yang tidak terhingga dan masaalah yang ada berkesudahan dengan sejahtera untuk semua.

Aameen ya Rabb...

...

Thursday, March 13, 2014

Tadika Genius Aulad Vs Tadika SmarTop ?



Ini dua orang cucu yang sekarang hadir di Genius Aulad, Puchong Selangor, Uwais dan Balkisyh. 
Saya katakan pada mamanya: "mari kita masuk kat Tadika SmarTop, kat Tangkak Johor. Boleh?"

Tidak mungkin ! 

Dan mana mungkin saya mahu bersaing dengan tadika cucu-cucu ini.

Saya suka mengusik ibunya dan bertanya mengapa ia pilih Genius Aulad. Itu yang terdekat, katanya dan anak-anak suka.
Alhamdulilah. Itu yang penting. "School is fun"  harus menjadi antara kriterior yang diberi perhatian.
Bila rasa seronok maka minda mudah terbina dan mudah menerima ilmu untuk simpan di dada.



Di Tadika Genius Aulad cucu-cucu saya sudah beraksi dengan Tae-kwan-do. Di Tadika SmarTop belum lagi. Baru berunding dengan seorang yang mahir hari Rabu ini bagaimana SmarTop boleh mendapat munafaat. Bezanya di Puchong ramai keluarga yang berkemampuan untuk membeli pakaian seni mempertahankan diri ini. Di Tangkak Johor kemampuan ini agak terhad. Tetapi jika ada kemahuan pasti ada jalan. Maka Parents Support Group di SmarTop sedang bergiat mencari sumbangan dari mereka yang berkemampuan untuk membeli set pakaian ini. Alhamdulilah. Semoga berjaya dan dengan itu SmarTop akan ada dua aktiviti ko kurikula yang membina minda melalui rangsangan fisikal. Aktiviti renang sudah di mulakan seperti foto di bawah ini. Kami sekali lagi membawa anak-anak ke Air Keruh Melaka kerana tidak ada kemudahan seperti ini di Tangkak, Johor.



Membina sebuah Tadika dan Taska bukanlah suatu yang mudah. Mencari tenaga pengajar dan pendidik dan pengasuh adalah antara yang amat mencabar kesabaran siapa jua yang berkecimpung dalam bidang ini. Sebenarnya ini bukan suatu yang terlalu sulit jika pihak pengurusan punya kumpulan dana kewangan yang mantap.

Tidak ramai yang mahu menjadikan guru tadika atau pengasuh Taska sebagai kerjaya seumur hidup. Tetapi kalau ganjaran seperti gaji dan elaun hidup dan lain-lain kemudahan diberi ditahap yang kompetatif, saya yakin ramai yang mahu mencubanya. 

Saya bicarakan hal ini dengan salah seorang guru yang baru kami terima sebagai guru Bahasa Inggeris. Ia guru terlatih kementerian Pendidikan yang berhenti awal kerana ikut suami dan kerana kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. Namun ia pernah bekerja sambilan di berbagai tadika seperti Smart Readers, Genius Aulad dan sebagainya. Saya berterima kasih atas saranan-saranan yang dikemukakan hasil dari pengalamannya yang luas di bidang pendidikan termasuk pendidikan awal kanak-kanak. Maka di SmarTop kami minta ia mengkemaskinikan syallabus dalam kurikulum mengikut mata pelajaran supaya dapat digunakan oleh guru-guru yang kurang terdedah dalam bidang ini. Ia juga akan membantu dalam hal-hal pelajaran dan pembelajaran untuk dimunafaatkan oleh semua guru.

Walaubagaimana pun saya menyatakan padanya bahawa apa jua yang kita buat, SmarTop tidak akan terikut-ikut dengan sistem di Tadika lain kerana kami punya wawasan yang sendiri.Kami contohi yang mana sesuai dengan visi dan misi kami.

Kami amat maklum bahawa hampir semua ibu bapa akan hanya berpuas hati jika anak-anak mereka tahu membaca menulis dan mengira bila tamat Tadika supaya mudah bila ke sekolah rendah nanti. Walaupun itu adalah juga objektif SmarTop, tetapi SmarTop akan berusaha menjadikan elemen akhlak sebagi asas tunjang. Biar lambat  sedikit menguasai kemahiran membaca ,menulis dan mengira, tetapi anak-anak ini membesar dengan jiwa yang sudah mula mengenal dan mencintai siapa Allah, siapa Rasulullah dan rasa kasih sayang pada ibu bapa dan orang tua. Saya mula bercerita dengan guru ini prinsip Integrated Holistik Education Sistem IHES yang kami mendapat inspirasi dari ADNI Islamic School di Kuala Lumpur. Bila ada peluang dan ruang nanti kami akan menempatkan ia di Adni buat seketika untuk menimba pengalaman dan kemudian dimunafaatkan di SmarTop.

Semoga cita-cita kami tercapai sedikit demi sedikit. Semoga Allah memudahkan segalanya.

Aamiin ya Rabb...

...

Tuesday, March 11, 2014

Berbakti...cara apa jua.



Setiap minggu anak saya membawa anak-anaknya belajar beranang. Guru renang mengenakan bayaran untuk anak-anak biasa dan anak-anak istimewa.  Dia rasa teruja dan bersyukur apabila guru renang ini memberi waktu khas untuk anak-anak istimewa tanpa apa-apa bayaran kerana mahu menentukan anak-anak ini berjaya beranang kerana mereka memerlukan waktu yang lebih untuk mencapai satu-satu tahap kecekapan. Ibu bapa akan membantu mencuba sedaya upaya anak-anak ini yakin berada dalam air.

Saya rasa kagum dengan sikap mereka yang suka berbakti, cara apa jua pun. Guru ini punya hatibudi mulia dan suka memberi peluang pada anak-anak istimewa. MasyaAllah. Semoga jalan mencari redha Allah dipermudahkan baginya.

Ini anak saya membantu Huzaifah supaya cepat mencapai satu-satu tahap kemahiran. Semoga anak saya punya kesabaran mengasuh dan membesarkan dua orang anak istimewanya. Mohon kasih sayang Mu ya Rabb......



Maka 2 minggu dulu saya rasa amat bersyukur seorang ibu Tadika SmarTop bersusah payah tampil membantu kami membawa anak-anak ke kolam renang walaupun ia punya anak kecil yang sedang menyusu ibu. Kami bermasaalah pengangkutan. Ia prihatin untuk berbakti tanpa mengira tidak-keselesaan diri. Itulah semangat Parents Support Group yang membantu kami. Alhamdulilah. Di bawah ini saya rakam untuk ingatan pada anak-anak.





Erti hidup pada memberi. Saya pinjam tagline Ustaz Hasrizal dalam SaifulIslam.com. Sungguh benar kata-katanya. Dalam alQuran pun kita dituntut agar berinfak dalam masa senang dan dalam masa susah. Semoga Allah membuka ruang dan peluang untuk kita sentiasa berbakti demi kemanusiaan kerana Allah jua.

Mohon Redha Mu ya Rabb...

....

Monday, March 10, 2014

Duka.....sama dirasai.



Hingga saat ini saya belum mendengar berita pesawat MH370 di jumpai. Doa saya semoga Allah permudahkan bagi semua pihak.

Tidak tahu bila tragedy ini akan berkesudahan. Dan kita tidak tahu apa hikmahnya. Bukan suatu yang mudah mengenali hikmah sesuatu tragedy yang menimpa diri kita atau keluarga kita atau negara kita. Ia memerlukan kesungguhan dalam muhasabah diri dengan fikiran yang luar dari biasa, ikhlas mencari kesilapan yang menyebabkan sesuatu itu berlaku walaupun kita tahu jika Allah menghendaki, tragedy akan berlaku tanpa isyarat dan tanpa syarat. Subhanallah. Hanya Dia yang maha mengetahui, maha adil, maha bijaksana.

Setiap orang Allah uji dengan berbagai ujian. Untuk memahami erti ujian kita harus ada ilmu kerana ujian berpaksikan hakikat memahami Tauhid. Maka kita harus terus mencari ilmu dan melihat di sekeliling kita erti kekuasaan Allah swt. Pada mereka yang Allah pinjamkan kuasa, mengertilah bahawa kuasa itu adalah satu amanah, satu amanah yang amat besar. Maka dengan kejadian ini kita sama-sama berfikir sama ada amanah itu sudah dilaksana sebaik mungkin. Orang yang memegang kuasa harus memerikasa diri dan yang tidak memegang kuasa harus menasihati. 

Yang tidak dalam arena yang bolih menasihati secara terus, sekurang-kurangnya kita menasihati diri dan menasihati mereka yang hampir dengan kita supaya beringat akan tanggong jawab apabila Allah izin memegang kuasa.

Itu sahaja yang ingin saya kongsiakan dalam suasana yang menyedihkan bukan sahaja atas mereka yang terlibat secara langsung tetapi pada semua kerana ini menyentuh kewibawaan negara.

Jika tidak dapat diselamatkan semoga mangsa yang beriman Allah kurnia keampunan dan ruhnya ditempatkan dengan para siddiqin dan solihin. Pada yang lain hanya Allah yang maha berkuasa ke atas mereka.

Bagi kami yang menanti-nanti, semoga Allah ampunkan juga segala dosa kerana ajal dan maut bolih tiba bila-bila masa sahaja, tiada sesaat cepat dan tidak sesaat lambat.

Mohon keampunan Mu ya Rabb...

....


Friday, March 7, 2014

"Magical beauty...".



Another picture sent to me via WhatsApp.
It is magical beauty embedded deep in my heart .... Allah's creation beyond my imagination and comprehension. His knowledge Most High.

...

Thursday, March 6, 2014

Melihat ke atas...





Apabila dikata melihat ke atas, biasanya kita bermaksud melihat kekuasaan Allah swt, tanpa menjejas hakikat bahawa Allah tidak bertempat dan bermasa. Secara fisikal kita jarang mahu melihat ke atas kerana sememangnya ia kurang selesa bagi tengkok atau leher kita. Sejak saya mengikuti program Tai-Chi, terutamaanya dengan kumpulan wanita MCA, saya cuba biasakan melihat ke atas. Ia membantu kita mensetabilkan keseimbangan dirian kita supaya tidak mudah pening dan mudah jatuh. Maka melihat keatas ada fungsi zahir dan ada fungsi batin.

Hari ini saya pandang  keatas dan senyum sendirian kerana walaupun saya dapat mengimbangi diri, tetapi saya kurang kecekapan mengawal response pada perilaku saya, khususnya gerakan jejari saya. Dengan sebab itu hari ini saya tersilap delete entry yang saya tulis mengenai aktivi renanag di Tadika SmarTop saya. Entry itu hampir siap dan saya rasa agak kecewa saya gagal menyudahkannya. Hampir sejam saya menulisnya.

Seorang staf Tadika yang membantu saya dan saya amat rapat dengannya seperti seorang anak, telah mentertawakan saya. Saya renung dia dengan tajam seolah-olah marah, tetapi kemudian saya tertawa sama. Saya tidak IT savy. Eluklah saya bertenang, bangun dari duduk dan pergi solat dhuha kerana kebetulan saya belum solat.

Usai solat saya menulis entry ini. Kenapa perlu rasa kecewa dan rasa kerugian masa ? Kesilapan boleh berlaku bila-bila masa dan pada siapa jua. Kita hanya perlu berhati-hati dan mohon doa semoga Allah memudahkan. Itu kata hati kecil saya,  mahu meyakinkan diri dan mahu mahu mengingatkan diri bahawa kita semua ada saat-saat yang kita tidak dapat kawal perbuatan kita. Itu kelemahan fitrah, sebab itu ustaz pernah kata jangan suka mendabek diri atas kebolehan atau kepandaian kita. Kalau Allah tidak izin dan menghendaki, tidak mungkin sesuatu akan berlaku.
Subhanallah.

Ia kecil tetapi ia bukti nyata Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Itu sahaja yang saya ingin kongsikan.

Lihat keatas dan lihat kebesaran Allah.
Mohon keampunan Mu ya Rabb...

...

Wednesday, March 5, 2014

Harumnya.....





I LOVE ROSES.
Sent by a friend in WhatsApp...



...

Tuesday, March 4, 2014

Ku Tunggu-tunggu....


Ku tunggu-tunggu........
Semoga langit kelabu bertukar biru
Semoga keriangan kembali di hati-hati agar tidak keliru

Peringatan Ilahi jangan di ambil ringan
Kemarau panjang, tiada hujan kerana manusia tidak lagi mengawal nafsu keinginan  
Mahu berbuat apa sahaja kerana taksub meraih keuntungan
Bukan untuk kemanusiaan
Tetapi untuk diri penuh keghairahan tanpa sempadan

Hari ini untuk ku !
Bisik hati yang haluba membuat bicara teman jadi kelu
Aku ada kemampuan ada kekuatan, jangan engkau campur hal diri aku

Kita lihat dan berdoa semoga tiada kesalan yang melanda
Semoga Allah mendengari rintihan hamba-hamba yang bertaubat berserah padaNya,
Allah turunkan hujan kerana air bawa bahagia, hidup sempurna.
Tetapi hati-hati yang engkar membuat Allah murka dan turun bencana.

Insaflah kita....
Masih ada ruang untuk pengabdian tanpa mengira kerugian membantu saudara,
Hidup ini untuk kesejahteraan semua,
Yang engkar kita kongsi Ilmu yang benar, jangan asyik mendabik dada  megira harta
Yang lagha kita peringat hidup ini hanya sementara
Kita penuhkan amalan, elakan kemungkaran semoga Allah redha jua.
Ke Syurga Firdaus kita berbondong-bondong dengan RahmatNya tidak terhingga.

Aameen Ya Rabb....
Engkau Tuhan sekian alam dan pada kekuasaan Mu aku menghadap
Melutu sujud memohon keampunan dan maghfirah Mu yang aku harap
Semoga hidup disini sejahtera dan di syurga KasihMu dapat ku gharap.
Bersama yang tersayang kami berdakap melihat wajah Mu ya Rabb

Aameen ya Rabb....
Aameen ya Rabbalalameen...
....
Related Posts with Thumbnails