"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, January 31, 2015

Damai dalam berseorangan....



Damai.....
Walaupun seorang dan berseorangan.
Asalkan sahaja pasrah penuh pada yang maha Esa,
Buat yang di suruh dan tinggalkan segala laranganNya.

Dia yang maha Berkuasa...
Maha Kasih dan Sayang pada semua hambanya.
Asalkan sahaja taat setia pada janji di Alam
 sebelum lahirnya ke dunia.
"Alastu biRabbikum...Bala...Syahidna !..."
Rabb sekelian Alam...tidak ragu kewujudanNya.

Damai...
Semoga berpanjangan
Hingga ke saat bertemu denganNya.
Dalam dakapan RedhaNya...

Allahuma Aamiin...


...
foto: ehsan google

Thursday, January 29, 2015

Fikir-fikir santai buat seketika...





Adab berkeluarga dalam Islam telah ditentukan. Saya hanya ingin berkongsi yang mudah sahaja sebagai satu peringatan pada anak-cucu keluarga besar saya.

Sering saya mengingatkan betapa pentingnya keluarga tertua  dan tua (family elders) dira'i tanpa syarat, terutamanya ibu dan bapa, termasuk ibu bapa mertua yang mesti dianggapa seperti ibu bapa sendiri. Ini yang sering dilupa oleh anak-anak muda hari ini. Diharapkan tidak sampai perilaku mengguris hati kerana buruk akibat pada diri. Ini sering disebut oleh ustaz dimana jua dalam sessi pengajian yang menyentuh adab berkeluarga dan berakhlak mulia.

ADAB dalam Islam adalah suatu yang tidak boleh dikompromi. Biar angin ribut melanda sekalipun,  kehendak ibu bapa harus dituruti dan didahulukan asalkan sahaja ia syar'i.

Tanpa kehadiran kaum tua tidak akan ada kaum yang muda. Yang muda mungkin lebih pintar dan lebih berketerampilan dalam kerjaya. Namun kebijaksanaan, secara umumnya, hanya ada pada yang tua kerana umur dan pengalaman hidup adalah satu keperluan untuk seseorang bersikap matang dan bijak membuat keputusan yang membuat semua pihak berpuas hati mengikut keadaan yang ada. Ilmu adalah prerequisite utama. Namun ilmu tanpa amal tidak memberi makna. Dan amalan tanpa merujuk dan bersandarkan pada kekuasaan yang maha Esa dan maha Pencipta, maka amalan itu kosong juga akhirnya.....tidak ada nilai pengabdian berasaskan Tauhid untuk meraih RedhaNya.

Itu sahaja perkongsian santai sebagai seorang warga tua dalam menjalani hidup harian. 

Kita bercerita pula suatu yang santai dan ringan......perihal perkahwinan.



Minggu lepas seperti yang saya telah cerita sebelum ini, adik suami saya telah mengadakan majlis meraikan perkahwinan anak lelakinya dengan seorang gadis kecil molek warga Syria. Semua ahli keluarga terdekat rasa teruja kerana belum ada sebelum ini ahli keluarga yang berkahwin dengan seorang warga Arab.Maka ramai yang hadir pada hari majlis diadakan. Saya ingin kongsikan saat-saat yang akan terus menjadi kenangan ramai kaum keluarga dan sanak saudara. Alhamdulilah.




Muhammad Izzat dan Nour Nasri.
Tersenyum gembira.


Ibu bapa memberi ucapan terima kasih pada para jemputan
 terutamanya pada keluarga dari Syria.


Sebahagian dari keluarga pengatin perempuan dari Syria.



Semua ahli keluarga terdekat pengantin lelaki.


Suami dan saya ingin juga merakam peristiwa sejarah bagi keluarga kami.



Ini adik suami saya yang sering membaca blog saya,
 maka saya rakam mera'ikan minatnya.


Antara ahli keluarga besar ibu pengantin lelaki.
Lihat seronoknya Atuk lelaki dan perempuan bersama
 cucu menantu terbaharu ketika ini.


Pemandu syarikat yang sudah menjadi seperti keluarga sendiri,
berasaskan nilai kasih sayang dan hormat menghormati.
Iman dan taqwa yang Allah perhati.

Itu sahaja catatan kali ini. Kekuatan dan keharmonian kelurga adalah permulaan kekuatan dan keagongan ummah. Asasnya adalah Ilmu, Iman dan Taqwa. Besar atau meriahnya majlis bukan ukuran kejayaan dan kemantapan sesebuah keluarga di masa mendatang.Kasih sayang adalah utama dan harus dibina dan terbina atas lunas-lunas yang telah di gariskan dan dicontohkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad salallahualaihiwasalam. 

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah pada semua peringkat generasi kerana apa jua pertalian mesra dan kasih sayang, ia harus dijalin oleh semua pihak yang semestinya mendukung tanggong jawab bersama.

Semoga Allah memberkati semua usaha dan di Syurga Firdaus bertemu semula, dengan Rahmatnya semata-mata.
Aamiin ya Rabb.

....

Wednesday, January 28, 2015

A magical home.....




A HOME IS WHERE THE HEART IS....

Nobody can deny this. You may live in a foreign country, away from parents and away from familiar surrounding, but if you have love from a dear husband and caring help from close neighbors, then a house is a HOME. 

I believe so.....

So when I heard that my husband's nephew was getting married to a Syrian girl, I have no doubt that it can work just as well.

Last weekend was the great day and all close families and close neighbors were there to celebrate.




This is the 'akad nikah" ceremony, where  marriage vows were said and recorded. The ceremony was officiated by an officer from the Religious department because her father was "missing in action" in the on-going war in Syria.

Actually I never asked much of the family background as I have full confidence in the parents decision. Whether she is here as a war refugee or on other immigration status, has little bearing on the occasion. A happy marriage is a happy marriage even if you are in the middle of a desert land, an isolated island or in outer space......by the Grace of Allah Most Merciful, Most compassionate.

A Home is where the Heart is...........



The happy faces of the of the bride and groom.
May Allah, God Almighty, Most Gracious and Most Loving 
Bless them and may they live happily
under the Divine Guidance here and hereafter. 

...

Tuesday, January 27, 2015

Mengejar yang dirindu......






Sejak bermulanya Pra-sekolah  SmarTop Subur Fitrah pada Januari 2015, saya belum berkesempatan untuk melihat perkembangannya. Saya lepaskan semuanya pada teman utama saya dalam mengendali pra-sekolah ini.

Alhamdulilah, Allah beri kesempatan untuk berkejaran pada petang Sabtu yang lepas untuk ke Tangkak dengan kereta teman saya itu. Esuknya saya tumpu perhatian pada TASKA. 

Hilang rindu melihat lenyaknya tidur sang bayi ini. Ada lima orang peringkat bayi dan buat masa ini ada tiga orang pengasuh yang ditugaskan seharian. Kami masih kekurangan untuk keceriaan persekitaran. Ia memerlukan mengecat semula sebahagian dinding dan memasang lampu yang dapat memberi suasana yang lebih ceria tetapi tidak menjejas keselesaan tiduran anak-anak bayi ini. Saya bertekad untuk mencari dana semoga hasrat ini akan tercapai juga.

Saya melihat juga bahagian si-kecil peringkat 'toddler' dan tersenyum lebar bila saya "intai" dari lubang kunci di pintu bagaimana pengasuh saya mencari jalan mendapatkan perhatian anak-anak yang fitrahnya masih belum faham untuk mengikuti sesuatu program yang diaturkan.

Itulah fitrah......

Ada hikmahnya.

Tidak lama kemudia saya pun melihat kawasan sekeliling yang baru diolah semula penanaman pokok pisang dan pembersihan padang. Insya Allah padang ini akan lebih menarik perhatian pengunjung dan ibu-bapa bila siap nanti dengan tanaman hydrofonik yang akan diusahakan oleh petugas khas kami bernama Widat yang telah saya ceritakan kepakarannya sebelum ini.






Buat sementara ini saya rakam foto bunga-bunga yang memberi sedikit kecerian mata memandang.

Insya Allah kami akan bina "Taman Burung" juga. Bukan taman besar tetapi hanya kerangka tempat kami memelihara burung untuk menjadi sebahagian aktiviti "Tadabbur Alam" anak-anak Tadika dan Taska. Saya tidak sabar menunggu terhasilnya projek ini demi mengasuh dan mendidik anak untuk mengenal yang Maha Pencipta melalui keindahan ciptaanNYA.



Itu sahaja catatan ringkas kali ini. Saya pulang ke Petaling Jaya pagi hari Selasa untuk mengejar pula kelas Harfiah alQuran tetapi tidak kesampaian kerana masa terlalu suntuk dan saya tidak berapa sihat akibat tersilap makan sehari sebelum itu.

Liku-liku jalan mencari Redha Allah amat memerlukan komitmen dan kesabaran. Kekadang saya rasa tidak terdaya tetapi saya tetap berdoa semoga Allah sentiasa meanugerah Rahmatnya yang tidak terhingga untuk samapai kepenghujung jalan dalam dakapan Kasih dan SayangNya.

Aamiin ya Rabb...

....

Thursday, January 22, 2015

Ayuh kita bangkit....



Ayuh kita bangkit dari tidur yang panjang. Kalau sudah bangkit, dan sudah lama bangkit, alhamdulilah. Walau apa pun, ayuh kita lakukan apa yang sudah lama kita ketinggalan...

Itu saranan seorang teman baru-baru ini.

Kita amat ketinggalan dibidang ilmu, dari berbagai sudut. Amat ramai yang tidak sedar betapa jauh kita ketinggalan.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia rata-rata sudah meningkat paras keilmuan yang ada pada individu. Kita sudah banyak university dan kolej berbanding semasa zaman saya membesar. Walau bagaimana pun kita harus ingat bahawa ada ilmu yang bermunafaat dan ada ilmu juga yang tidak bermunafaat. Dan biasanya ilmu yang tidak bermunafaat ini yang dapat menawan cita rasa manusia. Contohnya ilmu bagaimana nak buat lawak dan buat orang ketawa. Sebenarnya tidak ada faedah yang hakiki dan ia tidah menambah apa-apa dalam kuality kehidupan kita. Sebabnya kita akan gelak ketawa dan kemudian kita murong kembali kerana menghadapai reality yang tadi lawak hanya menipu perasaan kita buat sementara. Tetapi ilmu ini boleh meraih kekayaan kerana pandai berlawak walaun tidak mengubah hati orang yang mengikutinya kepada yang lebih baik.

Mungkin kita banyak ilmu tetapi kita kurang cerdik dan kurang pintar dalam mengendali ilmu dalam hidup kita. Bukan  semua orang yang berilmu itu cerdik dan bijaksana. Dua elemen ini bergantung juga pada  sistem pendidikan yang dilaluinya. Dan bukan pula orang yang cerdik itu seorang yang berkeyakinan dan berani dalam menghadapi sesuatu masaalah dalam hidupnya. Ini juga bergantung pada pendedahan pengalaman yang dilaluinya.

Maka kita ingin tahu pula apakah yang kita mesti ada untuk mencapai kejayaan dalam hidup ? Bukankah Ilmu ito prerequisite asas ?

Mula-mula kita harus tahu apa itu kejayaan....Ini soalan cepu emas. Ingatkan kita semua tahu. Tetapi hakikat nya ramai yang tidak tahu. Kalau tahu pun akan buat tidak tahu kerana ia suatu yang memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi untuk mencapainya. Maka ramai yang tergelincir dari landasan yang benar.

Kejayaan hanya dikira jika kita mempunyai bekalan yang cukup untuk kembali pada Pencipta kita. Ini adalah hakikat, ia itu suatu yang benar  sama ada kita percaya pada Tuhan atau tidak dan sama ada kita percaya pada hari pembalasan atau tidak. Ilmu perlu tetapi ilmu hanya alat sahaja. Ilmu mesti dipraktikan, barulah ia bermunafaat.

Untuk ingatan.....
Kita semua akan dibangkitkan semula selepas mati untuk dihadapkan dalam Mahkamah maha Agong, Allah yang maha Besar, di mana tidak ada sesiapa yang boleh membantu kita.


A034
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
('Abasa 80:34) | 
A035
Dan ibunya serta bapanya,
('Abasa 80:35) | 
A036
Dan isterinya serta anak-anaknya; -
('Abasa 80:36) | 
A037
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
('Abasa 80:37) | 
A038
Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
('Abasa 80:38) | 
A039
Tertawa, lagi bersuka ria;
('Abasa 80:39) | 
A040
Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
('Abasa 80:40) | <
A041
Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. -
('Abasa 80:41) | 
A042
Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

Di bawah ini saya kongsikan pesanan teman akrab saya...  

"Words move hearts and hearts move limbs. We comunicates through our hearts."
Kalau ruh kosong dan Ilmu pun kurang, bagaimana kita hendak mempengaruhi orang lain. Orang Islam ramai yang malas berfikir. Tidak ada daya ketahanan. Cepat menyerah kalah. Bukan kerana orang lain menindas kita...kita yang membiarkan diri di tindas. Hubungan kita dengan Allah amat tipis. Kita mengharapkan pertolongan, tetapi kita kurang usaha, kurang berdoa dan kurang bertawakal. Allah memberi pada orang yang rajin berusaha. Allah beri rezki pada semua makhluknya mengikut kehendaknya. Allah sahaja yang maha Pemurah.

"Ayuh kita fikir-fikir....sentiasa fikir-fikir"  Kata teman saya. Jangan menyibukan diri dengan apa yang tidak relevan dengan hidup kita di akhirat nanti.

Ya Allah jadikan aku seorang yang kuat berfikir dan berusaha....walaupun di umur senja.
Aamiin...

.....

Sunday, January 18, 2015

Jahat di balas baik ?....







Saya ada beberapa teman akrab yang bukan berketurunan Melayu dan bukan beragama Islam. Maka saya ingin meyakinkan mereka (menerusi rasa hati saya) bahawa dalam Islam Nabi Muhammad Sallahualaihiwasalam tidak pernah mengajar umatnya untuk membalas perbuatan jahat dengan perbuatan jahat yang setimpal atau lebih.

Sebagai manusia antara fitrah kita ialah ada perasaan marah jika sesuatu perlakuan atau perkataan itu meyinggung perasaan kita atau fisikal kita. Tetapi Islam mengajarkan bagaimana kita mesti mengendali rasa marah dengan kesabaran dan hikmah. Allah memberi rasa marah untuk di gunapakai ditempat yang betul, bukan semata-mata bila kita rasa marah kita harus marah balik atau berbuat sesuatu yang memuaskan hati marah kita semata-mata.

Banyak Nas al Quran dan Hadith yang saya dengari dari ilmuan Islam yang benar-benar beriman dan bertaqwa. Tuan guru saya pun kata begitu.

Maka dalam situasi kemelut controversi yang sedang hangat kini mengenai serangan pembunuhan atas orang-orang kerana mereka menghina Islam, saya berlepas diri. Itu bukan jalan keluar dan bukan caranya.

Sememangnya kita marah atas sesiapa jua yang menghina Islam, tetapi Islam mengajar kita yang terbaik caranya. Kita contohi tindakan Nabi kita SAW semasa Baginda dihina dan dianiyaya. Jangan ikut hasutan syaitan yang menyesatkan dan sememangnya mahu manusia binasa.

Rujuk ilmu dari ahlinya....

Mohon perlindungan mu Ya Rabb dari Syaitan yang direjam.......

Amiin ya Rabb...

....

Saturday, January 17, 2015

Think inside the box ?






YES,....Think inside the box !

That was what I told a friend when I was feeling a little upset over an issue which I thought could have been be solved easily.

BUT, But, but... just make the box bigger and more colorful. Or make it transparent so you can see from inside the box what is out there in the open.

It was an upsetting day for me yesterday and like the "Incredible Hulk" I am ugly when I am angry.

I tried very hard to calm down and keep telling myself that a good Muslim is always gentle in approach when confronted with a problem. 

Keep smiling....
And today I can appreciate the sunshine.
Life is what you make of it. When things seem impossible, just think positive and act positive. At least "pretend" that all is well. Sometimes make-belief can ease a lot of difficult things. We are creatures of habit. Sometimes it is just poor habit that could make situations horrible.

So be it.......

Alhamdulilah. Say a little prayer or make du'a and days ahead can be beautiful again. May Allah bless and always show the right path.....

......

(credit google for the beautiful box).

....

Wednesday, January 14, 2015

Debaran Hati....Maka ke manakah kamu akan pergi ?



Melalui Whatsapp teman-teman mengirimkan ingatan buat semua.
Banjir besar ini merupakan ujian. 
Dua hari dulu ustaz saya menyentuh hal ini.
Maka ingin saya kongsikan di bawah ini ayat-ayat Allah
yang memberi peringatan.
Ia mendebarkan hati-hati orang-orang-orang yang beriman
dan mahu kembali pada Allah
yang  maha Esa dan maha berkuasa.


(Menggulung)

(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang)


No.
Teks terjemahan
Teks Qur'an dan latinnya
01
"Apabila matahari digulung," – (QS.81:1)
إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ

002
"dan apabila bintang-bintang berjatuhan," – (QS.81:2)
وَإِذَا النُّجُومُ انْكَدَرَتْ

003
"dan apabila gunung-gunung dihancurkan," – (QS.81:3)
وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ


"dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak dipedulikan)," – (QS.81:4)
وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ


"dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan," – (QS.81:5)
وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ


"dan apabila lautan dipanaskan." – (QS.81:6)
وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ


"dan apabila ruh-ruh dipertemukan (di Hari Kiamat)," – (QS.81:7)
وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ


"apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya," – (QS.81:8)
وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ


"karena dosa apakah dia dibunuh?," – (QS.81:9)
بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ


"dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka," – (QS.81:10)
وَإِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ


"dan apabila langit dilenyapkan," – (QS.81:11)
وَإِذَا السَّمَاءُ كُشِطَتْ


"dan apabila neraka jahim dinyalakan," – (QS.81:12)
وَإِذَا الْجَحِيمُ سُعِّرَتْ

"dan apabila surga didekatkan," – (QS.81:13)
وَإِذَا الْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ


"maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui, apa yang telah dikerjakan-nya." – (QS.81:14)
عَلِمَتْ نَفْسٌ مَا أَحْضَرَتْ


"Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang," – (QS.81:15)
فَلا أُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ


"yang beredar dan terbenam," – (QS.81:16)
الْجَوَارِ الْكُنَّسِ


"demi malam, apabila telah hampir meninggalkan gelapnya," – (QS.81:17)
وَاللَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ

"dan demi subuh, apabila fajarnya mulai menyingsing," – (QS.81:18)
وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ


"sesungguhnya Al-Qur'an itu benar-benar firman (Allah, yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril)," – (QS.81:19)
إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ


"yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah, yang mempunyai 'Arsy," – (QS.81:20)
ذِي قُوَّةٍ عِنْدَ ذِي الْعَرْشِ مَكِينٍ


"yang ditaati di sana (di alam malaikat), lagi dipercaya." – (QS.81:21)
مُطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ


"Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila." – (QS.81:22)
وَمَا صَاحِبُكُمْ بِمَجْنُونٍ


"Dan sesungguhnya, Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang." – (QS.81:23)
وَلَقَدْ رَآهُ بِالأفُقِ الْمُبِينِ


"Dan Dia (Muhammad) bukanlah seorang yang bakhil, untuk menerangkan yang gaib." – (QS.81:24)
وَمَا هُوَ عَلَى الْغَيْبِ بِضَنِينٍ


"Dan Al-Qur'an itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk," – (QS.81:25)
وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ


"maka kemanakah kamu akan pergi," – (QS.81:26)
فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ


"Al-Qur'an itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam," – (QS.81:27)
إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ


"(yaitu) bagi siapa di antara kamu, yang mau menempuh jalan yang lurus." – (QS.81:28)
لِمَنْ شَاءَ مِنْكُمْ أَنْ يَسْتَقِيمَ


"Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah, Rabb semesta alam." – (QS.81:29)
وَمَا تَشَاءُونَ إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ



YA ALLAH AKU MOHON KEAMPUNAN MU DAN REDHA MU JUA. DENGAN RAHMAT MU SEMATA-MATA.

Aameen....

...........
Related Posts with Thumbnails