"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, September 30, 2015

Ikut kata anak cucu....

Demi menghibur hati anak cucu.....
saya turunkan foto berikut 
sebagai kenangan sambutan Hari Raya Qurban tahun 2015.
Pastinya setiap keluarga ada detik-detik gembira dalam melalui hidup 
dan ada detik-detik duka.
 Maka saya katakan pada anak cucu
 supaya dalam melalui deti-detik ria kita ingat
 dan simpati pada mereka yang hatinya derita 
atas sebab-sebab yang hanya Allah  dapat meneliti dan mengadili. 
Selalu sahaja hulurkan pertolongan 
semoga hidup kita sentiasa diberkati 
dan dapat memahami 
erti hidup kasih mengasihi antara insan
 yang sama-sama mencari jalan mendapatkan redha Ilahi. 









Perayaan Hari Raya Qurban 2015 tinggal kenangan. Semoga semangat suka berkorban apa jua berpanjangan.

.....

Saturday, September 26, 2015

"Evil Men"....kata Plato.




Melihat foto di atas saya rasa aman seketika....rasa seronok tinggal di negara yang makmur. Walaupun ada beberapa masaalah yang wujud di sekeliling, tetapi masih ada keyakinan masaalah-masalah ini boleh diatasi melalui usaha yang terus menerus dan diiringi doa.

Tetapi....


Terlalu banyak yang sudah diperkatakan mengenai Malaysia hingga hari ini......oleh pemimpin negara dahulu dan sekarang, oleh para bloggers, oleh orang ramai di sana sini dan  dari mereka yang bukan warga Malaysia. 

Sayangnya Malaysia tetap tidak berubah, malahan jika benar kata mereka yang menulis dan beceramah, Malaysia kini makin hari makin haru biru dari segi kedudukan keselamatan dan ekonomi. Itu yang saya fahami dari sumber pembacaan dan pendengaran.

Rakyat biasa termasuk saya amat mengharapkan ada sesuatu yang sedang di fikirkan oleh mereka yang berkemampuan dan mereka yang diharapkan bertanggong jawab atas kesejahteraan negara ini. Sebenarnya semua warga bertanggong jawab atas negara Malyasia tercinta. Tetapi ramai yang rasa semacam berani mahu berbuat sesuatu....tetapi rasa juga takut kalau-kalau menjadi mangsa undang-undang yang boleh diinterpretasi dari berbagai sudut mengikut "cita rsa" sesiapa yang berkedudukan dan sesiapa yang rasa berhak dibidang itu.

Maka saya hanya duduk dipinggiran dan melihat. Saya tidak suka dengan sikap saya ini tetapi hingga kini belum berani  berbuat sesuatu yang luar biasa. Ramai teteman yang mencabar saya. Saya hanya mampu senyum tawar...........

Dalam saya duduk diam membaca tanpa berkata-kata, saya terjumpa kata-kata ini:


THE PRICE OF GOOD MEN PAY FOR INDIFFERENCE TO PUBLIC AFFAIRS IS TO BE RULED BY EVIL MEN.
                                                                                                          PLATO.
Sama-sama kita fikirkan.
Tetapi sampai bila agaknya kita hanya duduk berfikir....

Tunjukilah kami jalan yang lurus, Ya Rabb...
Jalan yang mendapat restu dan redha Mu.
Kasihanilah kami....
Perbetulkan cara kami berfikir dan cara kami bertindak,
dan kurniakan bagi kami pemimpin yang berilmu, berwibawa, beriman dan bertaqwa.
Semoga kami bahagia dan sejahtera di dunia dan di akhirat.

Aamiin ya Rabb....


.......

Thursday, September 24, 2015

Salam EidulAdha...



SELAMAT MENYAMBUT EIDULADHA
SEMOGA ALLAH KURNIA HAJI MABRUR PADA SEMUA JUMAAH.
SEMOGA ALLAH KURNIA KESEJAHTERAAN PADA
 SEMUA NEGARA ISLAM 
DAN SEMOGA MALAYSIA AKAN MENGHADAPI 
MASA DEPAN YANG LEBIH SELAMAT DAN MAKMUR.
AAMIIN.


.....

Wednesday, September 23, 2015

TAKE FIVE....Listen in to some words of wisdom.



You were  made by GOD and for GOD.
And until you understand that,
 Life will never make sense.
Shaikh Hamza Yusuf

Do not be arrogant with Knowledge.
A little bit of learning
 is a dangerous thing.
Drink deep, because shallow drink
intoxicate the brain.
Imam Al Ghazali - The Book of Knowledge.


Every breath is a step to the after life.
So have compassion for one another.
This is a journey.
And the kindness that you show
 to fellow travelers engenders LOVE.
Remember, we are all on
this journey together.
Shaikh Hamza Yusuf


This world was never meant
 to be a paradise.
God has created a world that is meant
to drive you to God.
Shaikh Hamza Yusuf


Dipetik dari Facebook 
Shaikh Hamza Yusuf.


......

Monday, September 21, 2015

Berkorban tidak bermusim......




EidulAdha datang dan pulang
Dipertanda sembelihan Qurban haiwan ternakan
Berbagai ingatan, berbagai cetusan....

Ingin ikuti jejak-jejak Nabi Ibrahim AS
Sanggup sembelih anak demi mengEsakan Tuhan
Mencapai kemuncak segala  pengorbanan

Semoga peristiwa itu membakar hati untuk mula berjuang
Atau terus berjuang walau seribu halangan.
Berkorban wang ringgit, masa, tenaga dan apa jua kemampuan.
Bukan mencari nama 
Bukan mahu duduk dipersada Kuasa
Untuk digelar pahlawan Bangsa.

Cuma cari Allah redha semoga tidak terpinggir nanti di hujung dunia...

Seruan Da'i yang kami buru
Membina Ummah patuh jitu pada yang Satu
Allah itu 'AHAD'
Allah itu tidak bermasa, tidak bertempat
Di Arafah dan di Mina di mana jua, nikmat Qurban di hati rapat
Penyembelihan itu wasilah bukti iman dan taqwa semarak padat.
Pendorong amal pengabdian untuk diri dan masyarakat.

Semoga Ibadah qurban termaktub atas ehsan hati mulia
Demi cinta Iman tidak akan gentar menegak Kebenaran
Biar hancur tulang belulang
Kan kami panjat gunung dan harung lautan demi cinta Islam
Walau di penjara di seksa siang dan malam
Semangat pejuang seperti Zainab alGhazali kan kami turutkan

Itu ikrar di hati....
Semoga Allah anugerah kekuatan minda,sabar hadapi ancanman mati
Demi Allah yang mencipta jasad ini
Demi Allah dan janji-janjinya itu benar dan tibanya itu pasti
Syurga Firdaus semoga kami menjadi penghuni
Dalam dakapan kasih sayang yang maha Mengasihani
Bersama semua pejuang tegar terutamanya ibu-bapa kami.

Aamiin ya Rabb.....
Tiada selain dari Mu yang kami cari.
Semoga Rahmat Mu melempahi hamba-hamba Mu yang kerdil ini.


.....

Saturday, September 19, 2015

CUCU ke CICIT





Siapa hairan cerita cucu dan cicit....
atau peduli cerita cucu dan cicit.
Saya dan kakak saya...(senyum sendirian)! 

Ini kakak saya yang tertua kini dalam keluarga besar kami. Dia berumur 79 tahun. Alhamdulilah masih boleh dikira sihat dalam umur yang sedemikian lanjut. Kini tinggal berseorangan setelah di tinggalkan pulang  suami tersayang. Dia tidak punya anak kandung dan kelihatan di sini sedang memegang cicit saudaranya.(Cicit pertama kakak saya yang berumur 76 tahun.). Dalam keluarga besar, saya sudah ramai cicit saudara. Saya tidak mengira, mungkin sepuluh sudah ada. Mereka tinggal jauh di kawasan Felda di Johor dan saya hanya bertemu setahun sekali di Hari Raya. Maka itu saya lupa nama-nama semua.

Saya peduli cucu-cicit walau pun sekadar jumpa setahun sekali. Saya hubungi emak bapaknya dan nasihat serba sedikit terutamanya tentang pendidikan. Jika kesampaian, kami hulurkan sedikit bantuan sebagai wasilah kasih sayang. Kami cuba ikut tuntutan junjungan. Subhanallah, Allahuakbar.

Saya tersentuh hati bila melihat anak-anak kecil  bayi begini. Mereka masih bau wangi tanpa wangian, kerana itu fitrah aroma ahli Syurga.

Tiga hari dulu saya melihat kiriman seorang teman di YouTube mengenai nasib perihal orang-orang pelarian perang. Menitis air mata bila melihat perempuan /ibu-ibu dipukul, diatolak, dihumban dan berbagai lagi. Anak-anak kecil / dan babies ditarik-tarik dari dakapan dan amat menyayat hati melihat ibu-ibu meronta-ronta cuba mencapai / mendapatkan anaknya kembali. Pemerintah dan askar-askar / penguatkuasa yang tidak berhati perut, buta hati dan bertindak sepertinya mereka itu tidak berTuhan. Tidak perlu tahu bangsa apa. Manusia tetap manusia. Mengapa ada manusia yang ganas membabi buta....

Mengapa mausia tidak mahu berkongsi kesenangan....kan Bumi ini Bumi Allah......semua Allah yang kurnia.

Dapatkah kita di Malaysia berlepas diri dari pengadilan Allah dalam hal-hal seperti ini.......
Di Malaysia mungkin kita tidak zalim seperti itu. Tetapi saya perhatikan ada elemen kezaliman dalam negara tercinta apabila hak rakyat miskin tidak dipedulikan secukupnya oleh pemimpin. Atau adakah saya salah perhati.....

Saya juga tersentuh hati bila saya melihat perbincangan di YouTube mengenai anak-anak remaja di Malaysia yang tidak boleh membaca alFatihah walaupun sudah tamat PMR, (peperiksaan menengah rendah). Dalam ingatan saya mendengari bicara itu bahawa seramai lebih 50% anak-anak yang bermasaalah demikian.

Saya ingin melihat masaalah ini dalam konteks anak-anak yang berkeupaayan rendah sejak lahir yang tidak mendapat pertolongan awal oleh ibu bapa kerana mereka tidak arif tentang masaalah bayi dan anak-anak dalam proses membesar. Seperti saya katakan dahulu saya punya dua orang cucu yang di iktiraf istimewa kerana terlalu aktif dan seorang lagi masaalah Otisma. Mereka disahkan demikian oleh pakar perubatan dalam umur 8 tahun bagi ADHD dan yang Otisma dalam umur 4 tahun. Sebabnya terlambat kerana ibunya dan saya tidak punya ilmu mengenai anak-anak istimewa seperti ini. Dan apabila sudah tahu kami menghadapi masaalah kekurangan pakar perubatan dalam sesuatu bidang untuk membantu kami dengan segera mungkin. Kini keduanya di kelas khas di sekolah biasa dan mendapat rawatan/pertolongan bawah program "children with special needs". 

Saya rasa mungkin sebilangan besar dari anak-anak yang bermasaalah tidak tahu membaca dan menulis itu bukan disebabkan ibu-bapa kurang peka dan tidak bertanggong jawab langsung tetapi adalah kerana beberapa faktor di luar kawalan ibu-bapa itu sendiri sepenuhnya seperti yang termaktub dalam dasar Kementerian Pendidikan dan saya yakin mungkin juga dalam dasar Kementerian Wanita dan Kebajikan Masyarakat.

Masyarakat kita digalakan supaya rajin, pintar dan kompetatif. Ramai ibu-bapa yang rasa seperti tertekan emosi dan mental untuk berlumba-lumba mendidik anak dan membesarkan anak supaya maju sedemikian. Tidak semua ibu-bapa berkemampuan untuk "berlumba" dan bekerja kuat. Ada ibu bapa yang agak berkemampuan dari segi kewanagan, tetapi mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa anak mereka bermasaalah. Ada yang rasa malu dan ada yang rasa kurang yakin apa sebenarnya masaalah yang mereka hadapi. (Ada yang bersikap"self-denial" dan menganggap semuanya okay.

Tambahan pula guru-guru di Tadika dan sekolah rendah tidak dapat mengenal pasti sama ada seseorang murid itu berkeupayaan atau tidak berkeupayaan. Jika mereka bermasaalah pembelajaran, mereka perlu bantuan termasuk bantuan professional dibidang perubatan seawal mungkin dalam umur mereka. Dan dalam suasana bilik darjah yang ramai murid 35-40 orang masaalah anak-anak istimewa yang bermasaalah terpinggir begitu sahaja kerana guru tiada kepakaran dan kemampuan yang sewajarnya. 

Maka anak-anak ini hanyut begitu sahaja. Kasihan.......

Dari pengalaman saya menjaga cucu istimewa dan dari Ilmu sedikit-sedikit yang saya dapat dari anak perempuan saya anak-anak istimewa dalam kategori ADHD dan Otisma ini ada yang pintar dan kreatif. Cuma mereka tidak dapat memfokus perhatian. Maka mereka susah duduk diam untuk diajarkan apa-apa ilmu yang perlu diajarkan seperti membaca dan menulis. Maka anak perempuan saya sekarang ini mendapatkan konsultant therepist untuk membantu mengajar dan mendidik mereka di rumah dan ditempat-tempat yang sesuai yang dipersetujui bersama. Itu pun mereka belum boleh setanding dengan anak-anak yang normal.

Maka anak-anak yang tidak mendapat perhatian dan pertolongan, akan terus ketinggalan.....
Bukan salah ibu mengandung.

Mengikut anak saya ada Doktor yang mengatakan ramai "Mat Rempit" yang ada dalam masyarakat kita itu bukan budak jahat. Mereka sebenarnya baik dan pintar. Cuma mereka tidak mendapat pertolongan sewajarnya ketika kecil. Ibu bapa dan masyarakat tidak memahami masaalah mereka. Pihak yang sewajarnya tahu seperti kerajaan tidak punya cukup anggaran perbelanjaan untuk menangani masaalah seperti ini. 

Dengan lebih tepat, mereka kurang peduli.....Maka anak-anak ini menjadi demikian.

Kepimpinan kita sangat bersikap "elitist", hanya mengutamakan mereka yang pandai dan bijak dan berada.........hingga menjadikan sesetengah orang itu bila dewasa dan berjawatan tinggi dan berkuasa menjadi sombong, tamak dan haluba. Dan biasanya orang yang seperti ini tidak ada perasaan bersalah dan tidak ada perasaan belas kasihan.

Kata pepatah Melayu: "Seperti Enau dalam hutan, melepaskan pucuk masing-masing."
Tidak kira apa jadi pada orang lain, asalkan sahaja dia duduk di atas.

Sampai di sini dahulu, saya penat berfikir...

Namun saya cuba berusaha sedayanya di Tadika SmarTop yang kami urus di Tangkak, Johor untuk melihat dan mendidik anak-anak mengikut kemampuan masing-masing. Saya akan menceritakan pengalaman menjaga cucu istimewa dan menyarankan pada ibu-bapa supaya lebih peka bahawa bukan semua anak-anak punya kemampuan dan kebolihan yang sama. Janganlah teragak-agak untuk mendapat nasihat pakar perubatan. InsyaAllah ada jalan keluar.

Tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia. Terima dengan redha dan usaha besertakan iringan doa. Allah maha Kasih dan maha Sayang. 

......

Wednesday, September 16, 2015

Satu sudut pandang Hari Malaysia.....


SELAMAT HARI MALAYSIA


Alhamdulilah...Malaysia terbbangun hasil kegigihan rakyatnya
tidak kira di mana mereka berada.
Ini termasuklah rakyat di Pontian, Johor. Kini terkenal  kerana pergolakan
 Politik dan anggota kepimpinan Negara termasuk juga Ahli Parlimennya.

Saya di lahirkan dan dibesarkan di Pontian Kecil, Johor.
Ia satu komuniti luar bandar dan penduduknya ramai menjadi petani dan  nelayan.
Inilah  rupa Sungai Pontian kecil yang terkini dikirim oleh seorang teman, meminta saya bersamanya menghadiri Reunion Pelajar Sekolah PONTIAN SECONDARY ENGLISH SCHOOL pada bulan Oktober tahun ini, insyaAllah.

Sebelum itu, sempena Hari Malaysia,  saya ingin kongsikan sedikit cerita saya 
membesar dan bersekolah jauh di kampung. 
Di foto bawah ini ialah Mr Lucas, Guru Besar sekolah saya semasa saya
 di Special Malay Class pada tahun 1956-1957. Ketika itu Malaysia belum Merdeka dan
 Mr Lucas didatangkan dari Australia. 
Saya ingat dia dan isterinya boleh berbahasa Melayu.
Saya tidak ada dalam foto ini. Kelihatan di sini teman-teman saya yang majoritinya berketurunan Cina dan saya bersama mereka 
dari  Standard 6 hinggalah ke Form 5.


Sayu di hati mengimbas kembali sejarah ini dalam konteks Hari Malaysia yang  kita sambut pada 16 September. Terlalu sayu bila saya lihat semula foto-foto di WhatApp kiriman teman terutama foto di bawah ini. Semasa saya di Darjah 1 di Sekolah Melayu Sungai Durian, Kukup, Johor , saya juga menggunakan "IPAD" tersebut.

Bayangkan .........



Terharu mengingatkan bagaimana emak bapak saya bekerja kuat mendidik dan menghantar
 saya ke sekolah supaya saya berjaya dalam hidup. Emak bapak saya adalah kaum pendatang dari Tanah Jawa, tetapi saya lahir di sini. Datang sebagai "Contract Labour" dan bermula di sini menebang hutan untuk menanam getah. Saya menamatkan sekolah rendah dan menengah dengan hasil getah dan bertani ubi, keladi dan keledek 
sebagai pendapatan tambahan.

Kini saya sudah dewasa tua. Mendapat pendidikan di peringkat  University dan mendapat latihan dalam bidang kerjaya saya di luar Negara. Alhamdulilah.
Saya mula bekerja di bawah Jabatan Perdana Menteri. 
Rasa seronok dan rasa teruja bekerja keras membangun negara di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Abd Razak, 
Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir. 
Alhamdulilah Malaysia membangun dan terkenal di dunia sebagai negara 
yang punya potensi tinggi untuk menjadi negara maju.

Cuma saya rasa  terkilan kerana tidak dapat berbahasa Mandarin atau mana-mana dialect Cina walau pun di sekeliling saya ramai warga keturunan 
dari Cina yang di bawa masuk oleh penjajah British. 
Di peringkat menengah pelajar melayu di kelas saya (kelas terbaik di sekolah) 
hanya ada satu pertiga sahaja pelajar Melayu. Mungkin lebih sedikit dari itu.
 Saya sudah agak lupa.
Tetapi kami amat rapat dan seronok belajar bersama. Semua mata pelajaran diajar oleh guru keturunan Cina dan India.
 Guru Melayu hanya mengajar Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.

Kami dapat berhubung balik setelah lebih 50 tahun melalui FB. Tetapi itu hanya teknologi. Kami berhubung rapat kerana ikatan mesra hasil belajar bersama dengan bahasa penghantar bahasa Inggeris. Saya tidak rasa perkauman ketika itu.

Saya terkilan, dan mungkin ramai yang juga rasa demikian apa bila Kerajaan membenarkan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil tanpa menggalakan kaum Melayu belajar juga dalam sistem itu supaya tidak ada polarisasi seperti sekarang ini. Bukan sahaja kita sama-sama pandai tetapi kita tidak boleh di bohongi kerana kita tahu budayanya dan cara berfikirnya. "Silap" kita mungkin kita terlalu taksub mahu mementarbatkan Bahasa Melayu dan tidak berfikir panjang akan perkembangan ekonomi dunia seperti sekarang ini. Negara China sudah dapat menandingi Amerika Syarikat dan Jepun.
Di negara-negara Afrika juga pengaruh negara China makin hari makin meluas.

Saya berfikir seorang diri dan bincang-bincang dengan kawan raptat mengingat kembali sama ada kita boleh berfikiran radikal dan merangaka baru dasar Pendidikan Negara untuk mengintergrasi semua kaum melalui bahasa iaitu Inggeris , Mandarin dan Melayu. (Tetapi jangan pula kita meminggirkan Bahasa Arab kerana itu faktor pokok dalam proses pengabdian pada yang maha Esa). 

Saya dimaklumkan oleh seorang teman bahawa sekarang ini Kementerian Pendidikan ada menghantar guru-guru belajar Bahasa Mandarin di Beijing. Ini perkembangan positif. Tetapi baelajar bahasa sahaja tidak mencukupi. Untuk mahir kita kena belajar beberapa mata pelajaran dalam bahasa yang kita pilih. Inggeris atau mandari di samping Melayu.

Kelemahan Melayu di negara sendiri bukan kerana Bahasa tetapi lain-lain faktor terutamanya faktor nilai budaya. Saya tidak bercadang berbicara tentang itu di sini. Saya cuma mahu mencuit fikiran sesiapa yang suka berfikir.

Janganlah kita taksub hanya dengan Bahasa.
 Dalam alQuran kita dituntut IQRA', iatu perjuangan dan perjalanan hidup kita ini seharusnya berpaksikan ILMU. Hanya ILMU, IMAN DAN TAQWA sahaja yang menjamin kejayaan hidup dunia dan akhirat. 
Maka tidaklah salah kita pandai Mandarin kerana tugas orang yang beriman ialah membina UMMAH. Ini termasuk semua bangsa dalam dunia ini.
Maka di Malaysia jika kita mahir Mandarin maka ramailah lagi orang yang boleh berdakwah mengembangkan Islam di kalangan keturunan China. 
Dan jika kita ada dasar intergrasi dan perpaduan melalui Pendidikan, maka kita boleh berdiri sama tinggi. 
Allah tidak  menuntut keutamaan pada Bahasa (melainkan Bahasa Arab). 
Allah meletakan keutamaan pada ILmu yang menjadi paksi  beramal 
untuk menjalin Iman dan Taqwa 
 demi kesejahteraan hidup yang Allah redha.

Jom kita fikir bagaimana keadaan di Malaysia ini boleh diperbaiki dari semua segi.
Entry saya cuma "Touch-n-Go". Malah tidak dapat difahami serta merta dan jika boleh difahami, mungkin ramai yang tidak bersetuju.
Tidak mengapa. Itu sikap saya. Semoga Allah menunjuki jlan.


.....

Monday, September 14, 2015

SABAR.. @ Ar Rumi


Patience does not mean to passively endure. It means to be farsighted enough to trust the end result of a process. What does patience mean? It means to look at the thorn and see the rose, to look at the night and see the dawn. Impatience means to be so shortsighted as to not be able to see the outcome. The lovers of Allah never run out of patience, for they know that time is needed for the crescent moon to become full. - Rumi


........

Sunday, September 13, 2015

Peminat Briyani Power......




Saya bukan peminat tegar Nasi Briyani. Tetapi saya ikutkan minat seorang teman dan suaminya yang ketagih Nasi Briyani Power yang terkenal di Batu Pahat, Johor. Amat sedap , katanya.

Justru dua minggu dulu dalam perjalanan ke Johor Baharu untuk urusan Tadika SmarTop kami cuba mencari Restoran ini. Kami tidak menggunakan IT canggih kerana alat itu meragam dan belum diperbetulkan. Maka kami guna naluri asli. Ingat-ingat lupa, tetapi kami cari juga. Akhirnya setelah lebih sejam di bandar Batu Pahat jumpalah kami tempat itu. Briyani Gum Kambing pilihan teteman saya. Saya ikut sahaja. Enak sekali, alhamdulilah. Boleh datang lagi kalau dapat jumpa tempat.

Berbaloi kata teman saya. Saya tumpang seronok sebab dapat mera'i teman yang sedikit sebanyak suka mencari sesuatu yang diminati walaupun akan bersusah payah dan mengambil masa. Ada sedikit persamaan dengan suami saya.

"He will travel 500 miles to get his favorite food".

Saya tidak, saya macam emak saya. Food is not a big agenda. Dari kecil saya di asuh untuk makan seadanya. Alhamdulilah. Maklumlah saya anak pendatang dari Jawa. Dari kecil saya dididik membina kekuatan diri semoga dapat mengatasi masaalah hidup dan kehidupan di rantau orang bila dewasa. 

Begitulah karenah hidup. Kadang kala ia menjadi suatu yang lucu seperti usaha mencari Restoran Briyani Power ini. Oleh kerana tidak berapa fokus pada jalan yang dilalui kerana sibuk membaca nama-nama kedai, maka  hampir-hampir bergesel kereta kerana mata sibuk juga  membaca nama jalan dan arah jalan. Di Malaysia "Road Signage"  tidak memuaskan pengguna jalanraya yang tidak biasa di sesuatu temapt, atau di mana jua. Mengapa agaknya kita kurang peduli dengan masaalah ini dan membiarkan pengguna bersusah payah sendiri. Mungkin pihak pemerintah mahu menjimat kos kerana bajet yang terhad. 

Itu mungkin sikap orang di Malaysia. Kurang peka dengan masaalah awam. 

Sebab itu agaknya kita menghadapi berbagai masaalah yang ada sekarang di negara kita. Adakah masaalah itu berpunca dari atas atau dari rakyat. Kalau kita fahami konsep "manusia dimuka bumi ini Allah jadikan untuk menjadi khalifah" maka kita jawablah  sendiri soalan itu. 

WaAllahu'alam. Sama-sama kita fikirkan dan kita baiki diri kita semoga kita tidak menyumbang pada masaalah yang saya perhati seperti makin hari makin berat keadaannya. Semoga Allah akan mengasihani kita. Pasti kita semua akhirnya nanti akan dipertanggongjawabkan selaras dengan kemampuan yang Allah kurnia. Allah maha Melihat dan maha Mengetahui yang tersembunyi dan yang nyata. Kita tidak akan terlepas dari Keadilannya.

Mari kita hayati doa di bawah ini. Saya rasa relevan buat kita sekarang.: (Dari Facebook Shaikh Hamza Yusuf).
Harapan kita hanya padaNYA. Kita bersabar....tetapi usah duduk diam dan hanya menanti belas kasihan. Kita terus berusaha sedaya upaya dalam apa jua tugasan kita.
Semoga Allah membuka jalan demi kesejahteraan rakyat.



O You, whose mercy is a refuge for all those
In dire need who flee to You to lose their woes,

O master of reprieve, whose pardon is so near,
You answer all in need; they know that You do hear!
We beg for Your relief, redeemer of the weak;
You are enough for us, both humbled and so meek...
...Constriction is increasing, there is no cure in sight,
So hasten to our needs, respond to set them right!
Our hands are raised to You, our palms are open wide:
We seek sincerely endless grace You do provide.
Be gentle with our souls in all You have decreed,
Bestow on us what pleases You in what we need.
Replace our state of hardship with Your gentle ease,
And guide us with Your power’s prevailing breeze.
[Excerpts from Dua Nasiri, Prayer of the Oppressed by Imam Muhammad b. Nasir al-Dari, d. 1085 Hijri / 1674]

.........

Saturday, September 12, 2015

"Black-Box" ?...



LOKASI LUARAN ALAM BARZAH

Tiba-tiba teteman telegram saya sibuk bertanyakan siapa ingin memesan untuk mendapat kan "The Special Black Box". Terkejut saya apa halnya.

Kak Sobah, jangan terkejut. Bila ada kemalangan kapal terbang, Semasa dan selepas "Search and Rescue," pasti ada pasukan yang mencari Black Box sebagai alat terpenting untuk mengetahui mengapa tragedy berlaku. Cuma ini lain sikit. Bila ada kematian ramai antara kita yang baharu kelang-kabut mencari siapa boleh mengurus jenazah dan panik kerana tidak tahu prosidur dan berbagai hal lagi termasuk kelengkapan menyempurnaka jenazah sebelum dikebumikan.

Kak Sobah, Black Box special tu bukan apa....cuma sekarang ada ajen yang menjual segala kelengkapan untuk menyempurnakan jenazah. Harganya  lebih kurang rm160/-. Ia di letak dalam satu kotak siap dengan wangian dan kain batik lepas.

Sibuk teman saya beri penerangan.

Jadi?.......

Kak Sobah nak beli ke?

Saya tersenyum dan kata: Boleh juga. Bagus tu....
Ia akan sentiasa mengingatkan kita bahawa "The only sure thing in Life is Death". Mati itu pasti berlaku. Apa jua yang lain belum pasti dan tidak pasti.

Takut nak sebut perkakas kain kapan dan lain-lain. Maka the code name is "A Special Black Box".

Teringat saya kisah seorang pegawai di Kementerin Pendidikan sewaktu saya bekerja dahulu. Pegawai ini akan sentiasa membawa brief-case yang agak besar setiap hari. Teteman bertanya saya? Cuba teka apa yang ada di dalamnya.

Wah! Agak pelik soalan itu. Saya kata pasti ada Quran dan sejadah dan satu persalinan untuk kemungkinan  ia tersadai tak dapat pulang ke rumah atas sebab-sebab yang luar biasa. 

Bukan, bukan....bukan......!

Dalamnya ada satu set kain kapan. Agak terkejut juga saya ketika itu. Saya dimaklumkan Pegawai ini wara' orangnya dan dia suka sentiasa mengingatkan diri bahawa hidup ini sementara sahaja. Dan ia boleh tamat bila-bila masa.

Lepas ingat itu saya kata pada teman saya: Akak nak pesan 2 Boxes. 

Tersenyum sendirian tetapi rasa juga takut. Mati itu pasti tetapi belum sempurna persediaan diri. Kata ustaz "Hidup nikmat, Mati pun Nikmat". Ustaz memberi penerangan panjang lebar dalam satu sessi pengajian. Kalau tidak mati, manakan ada peluang masuk Syurga. (Satu sudut pengertian yang saya masih takut memikirkannya).

Kekadang kita dibuai kesenangan dan hidup ini semuanya seperti sentiasa di taman bunga warna warni... "A bed of Roses".
Kita tidak merasai jerih pahit kehidupan dan seperti umur kita tidak berganjak (at a stand still). Kata seorang Shaikh, "Life is like being on a walkelator. We may stand still, But in reality we move to a point. At the end of the point there is a warning: " Caution" The end is sudden."

Jadi.....elok kita bersedia dalam semua aspek....
Semoga Allah sentiasa menolong kita dan menganugerah rahmatNYA yang tidak terhingga.
Aamiin....


.....

Friday, September 11, 2015

Memperkasa Ulul Albab...

Hamza Yusuf's photo.
Salam Jumaat...

Saya ambil ini dari Facebook Sahaikh Hamzah Yusuf, 
Salah seorang Founder Zaytuna College di Berkely, Amerika Syarikat. 
Saya mengikuti kuliahnya di Youtube
 dan saya berpendapat ia amt memberi munafaat. 
Maka saya ingin kongsikan apa jua cerita mengenai
 Zaytuna College dan Shaikh Hamza Yusuf.

Di dalam al Quran "Ulul Albab" di sebut (tak silap saya ) sebanyak 6 kali.
Al Quran bermula dengan ayat IQRA' 
ILMU adalah suatu yang mesti diangkat tinggi oleh semua
 yang mengaku dirinya beriman.

A001
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),(Al-'Alaq 96:1

A002



Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;(Al-'Alaq 96:2

A003
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (Al-'Alaq 96:3) | 
A004
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, (Al-'Alaq 96:4)  
A005
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(Al-'Alaq 96:5) |

Ayuh kita gerakan kaum kekeluarga kita ke arah ini. Hanya dengan ILMU, IMAN dan TAQWA kita orang Islam dapat menerajui kepimpinan ummah dan dunia ini "in sya Allah" akan menjadi maju dan sejahtera. Ini yang di tuntut dan semoga kita Allah kurnia ruang dan peluang untuk melaksanakannya.
Aamiin....
.....

Thursday, September 10, 2015

Tiba-tiba ..Blank Pages...?


image kiriman telegram teman.

Cantiknya dan nyamannya tempat ini masih terbayang diaqal dan masih dirasai dihati. Ini antara tempat yang terpaku diimaginasi sendiri. 

Teringat janji Allah: ".......dan mengalir dari di bawahnya sungai-sungai....". Tetapi ini sungai-sungai di bumi nyata. Apa jua jika dapat dibayangkan ia bukannya yang ada di Syurga. Hanya Allah yang maha mengetahui segala ciptaanNya. Allahuakbar.


Maka itu kita bermati-matian bekerja keras mahu mendapat anugerahNya. Kita diseru berhati-hati dan diingatkan supaya tidak kecundang juga akhirnya nanti. 





Dalam usaha berhati-hati seorang teman telah memberi tahu saya mengenai buku seperti di sebelah ini. Ada 1122  muka surat. Belum habis saya membacanya walaupun sudah beberapa bulan membelinya.

Kekadang rasa amat takut ketika membaca dan saya ketepikan buku itu untuk beberapa waktu cuba membujuk hati untuk terus membaca walaupun saya rasa amat khuatir dengan isi kandunganya. Saya takut saya tidak dapat melepasi ujian beberapa perkara yang diutarakan kerana tahap Iman dan Taqwa yang amat cetek. Semoga Allah memberi kekuatan dan ruang dan peluang untuk saya munafaatkan buku itu.

Di celah-celah meembaca ada kalanya saya kongsikan dengan teman sepengajian mingguan untuk mendapat kefaham yang sewajarnya. Kekadang saya tanyakan pada guru bahasa Arab saya jika saya jumpa kata-kata hadith yang perlu saya fahami.

Begitulah laluan hidup. Tanpa ilmu mustahil kita boleh beramal.

Suatu fakta yang sentiasa diingatkan oleh ustaz dalam pengajian ialah memastikan di akhir hayat kita nanti, kita tidak kecundang. Semoga kita sentiasa dalam hidayah dan kasih sayang Allah. Harus kita pastikan kita menjaga mulut dan hati semoga kita sentiasa di jalan yang lurus. Ustaz ada mengatakan jika kita lagha kebarangkalian kita tergelincir dari jalan yang benar amat mudah sekali. Di akhirat nanti kita akan dipertanggonhjawabkan dengan semua perilaku kita. Malaikat akan memberi buku catatannya sama ada denagan tangan kiri atau tangan kanannya. Amat rugilah kita jika kita ingat kita sudah beramal seperti yang di tuntut oleh alQuran dan Hadith tetapi bila kita buka buku kita, tiba-tiba KOSONG sahaja lembaran yang di tunjukan dari segi amalan-amalan soleh.

Pasti terkejut kita jika ini berlaku lantaran kita cuai. Kita tidak berhati-hati menjaga mulut dan Hati.

Dalam buku di atas ada bab-bab yang menceritakan keadaan sebelum Malaikat maut menghampiri diri dan menceritakan juga keadaan hidup di alam kubur, iatu di alam Barzah. Saya sentiasa khuatir menilai diri ketika saya membaca setakat ini. Semoga Allah sentisa menunjuki jalan.

Ustaz mengingatkan supaya kita sentiasa memohon keampunan dari Allah yang maha mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi. Katanya jangan suka mengingat kembali peristiwa-peristiwa yang ditakrif maksiat seolah-olah ia suatu yang harus dibanggakan seperti menikmati majlis-majlis yang tidak syar'ie perjalanannya walaupun baik tujuannya. Dalam Islam tujuan dan cara mesti betul barulah ia diiktiraf suatu yang syar'ie.

Kekadang saya terjebak dengan hal-hal seperti itu lantaran iman dan taqwa yang belum jitu.
Semoga Allah mengampuni dan semoga Allah mengurnia kekuatan dan kebijaksanaan dalam perjalanan mencari redhaNYA. Aamiin ya Rabb.....

....
Related Posts with Thumbnails