"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, August 31, 2016

Disangka panas hingga ke petang.....


Image result for bendera malaysia download free










31 Ogos tarikh keramat. Malaysia Merdeka. Pada tahun I957 saya berumur 10 tahun. Saya tidak teringat perayaan Hari Merdera waktu itu. Saya tidak memahami apa itu kemerdekaan sepenuhnya kerana masih kecil. Beberapa tahun waktu itu  berlalu begitu sahaja. Mungkin kerana keluarga saya tinggal nun di hujung kampung. Saya tidak pernah melihat muka orang putih hinggalah saya masuk "special Malay Class" pada tahun 1958 di mana guru besar ialah Mr Lucas, katanya dari Australia.

Cuma yang saya ingat sangat zaman itu ialah perihal komunis "memerintah". Bila sesekali emak ajak ziarah kakak di Johor Bahru selalu sahaja bas ditahan polis/ pasukan keselamatan untuk memeriksa barang-barang yang dibawa penumpang, terutamanya mereka memeriksa kami tidak membawa dan menyeludup beras. Saya masih ingat betapa rasa ketakutan kerana sebagai kanak-kanak kami tidak faham......

Apabila di sekolah menengah barulah faham apa itu Hari Merdeka. Guru memberi penerangan dan saya ingat rasa seronok melihat perbarisan di Padang Majlis Bandaran yang cukup meriah. Maklumlah di sekolah kampung acara seperti itu pun sudah rasa meriah.

Masa berlalu...

Merdeka membawa erti yang hebat yang dapat dirasakan sebagai anak kampungan. Dan pastinya semua rakyat. Saya belajar dari sekolah atap hinggalah ke University, dapat keluar negara dan dapat pekerjaan yang dikira baik tanpa perlu menunggu lama. Alhamdulillah. Saya percaya waktu itu ramai yang seronok bila tarikh keramat 31 Ogos menjelang tiba. Kami dapat merasai Malaysia negara maju. Bila kursus di luar negara peserta dari mana-mana negara Africa kenal Malaysia. Saya selalu senyum lebar dalam hal begitu. Itu antara yang saya alami.

Tetapi kebelakangan ini rasa keseronokan seperti itu menjadi pudar atau mungkin tidak ada.Saya perhatikan tidak banyak bendera tercinta berkibaran merata. Bukan tidak bersyukur pastinya, tetapi saya rasa ramai yang rasa amat khuatir kemana arah tuju Malaysia kini. Beberapa orang Perdana Menteri bertukar ganti. Bukanlah saya bersetuju semua dengan program pembangunan yang telah dilaksana. Tetapi sebagai pegawai kerajaan saya akur. Saya dapati tidak ada yang keterlaluan.....

Sekarang ini berbagai rencana saya baca di sana sini. Malaysia seperti hilang semangat. Ramai kekawan dalam kumpulan saya sudah rasa malas mahu berbincang dengan apa yang berlaku sekarang.

Semacam betul dan sahih berita-berita itu, tetapi malangnya tidak ada kuasa pentadbiran manusia yang dapat mengatasi hal-hal yang merugikan negara dan rakyat jelata. 

Bingung sekali.......dan rasa terbelenggu hati ini.

Tetapi saya tidak putus asa kerana kita tidak harus berputus asa dengan rahmat Allah. Allah maha melihat apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Dia maha mengetahui apa yang berlaku dan Allah juga yang mendengari doa-doa orang-orang yang dizalimi.

Yang dirasakan seperti salah, pihak pemerintah kata betul dan yang dirasakan betul salah pula. Saya tidak bertujuan memperinci rasa dihati kecil saya waktu ini kerana ramai yang sudah amat maklum akan kejadian yang sudah berlaku, yang sedang berlaku dan yang mungkin terus berlaku hingga tidak tahu sampai bila. Rasa sedih pun ada bila memikirkan masa depan genarasi muda....

Sekali lagi saya akan mengatakan supaya jangan berputus asa. Ujian Allah pasti ada Hikmahnya. Kita bersabar dalam usaha ke arah mencari jalan keluar, kita berdoa dan kita pasrah. Pastinya Allah akan bagi jalan keluar kalau kita bersungguh-sungguh berusaha dan ikhlas dalam usaha itu. Malaysialah sahaja negara kita. Jangan kita biarkan Malaysia kecundang tanpa pembelaan dari rakyat.

Seperti kata pepatah:"Disangka panas hingga petang, tetapi hujan di tengah hari !" Saya dan generasi muda merasakan impian untuk Malaysia mencapai negara maju pada tahun 2020 menjadi kabur sekali.

Ayuh jangan kita melayani sikap mengalah. Baru hujan ditengah hari. Belum ribut taufan hingga tsunami. Nauzubillah. Semoga Allah pelihara. Yakin pada Nur cahaya pertolongan Allah.

Kini diri saya sudah tua. Kemampun berfikir masih Allah kurnia kuat dan sihat. Alhamdulillah. Tetapi kederat badan sudah banyak kurangnya. Alhamdulillah, Allah maha kasih sayang. Maka tidak banyak yang dapat dilakukan untuk bersama mereka yang mahu menjadikan Malaysia benar-benar cemerlang dan gemilang. Saya hanya bolih bercerita dengan anak cucu dan saudara mara sahaja, mengambil iktibar apa yang berlaku di negara tercinta ini. Selain itu hanya mampu mendengari sahaja....

Namun saya sentiasa  bersyukur. Ujian atas rakyat (pastinya termasuk saya dan keluarga) amat berat dan tidak pernah dirasai sebelum ini. Anak dan menantu saya walaupun bekelulusan university hanya bekerja seadanya dan semampunya. Alhamdulilah Allah masih kurnia rezki makan minum dan Allah tidak menarik kurnia nikmat hidup ini serta merta atas kecelaruan yang melanda. Kami tetap bersyukur atas nikmat yang luas terbentang. Allah tidak turunkan bencana seperti cerita-cerita dalam sejarah di mana kaum yang engkar Allah musnahka sama sekali.

Ayuh sama-sama kita bertaubat. Setiap kita pasti ada juga silap salahnya dalam hal ini. Kita muhasabah diri.

Ya Allah! Ampunkanlah segala dosa-dosa dan kelemahan kami. Kurniakanlah pada kami  Petunjuk ke jalan yang benar. Turunkanlah Pertolongan Mu dan kurniakanlah kami kekuatan dan kebijaksanaan menghadapi apa jua yang berlaku di hadapan kami. Semoga Engkau menurunkan Rahmat Mu yang tidak terhingga dan kami sejagtera akhirnya.

Marilah kita semua menginsafi diri kerana Allah telah berfirman dalam Surah AsSaff seperti yang saya turunkan di sini:


A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(As-Saff 61:2) |
A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saff 61:3


Sama-sama kita renungkan dan kita  ambi tidakan yang wajar bagi diri dan semua yang kita kasihi. Kepada semua dan jangan nafsi-nafsi. Semoga Allah meredhai......

Dan semoga Jalur Gemilang akan berkibar tinggi sekali lagi..........


.....

Monday, August 29, 2016

Bergoncangnya Arasy.....




Pada kesempatan ini saya ingin bicara sedikit mengenai suatu perkara yang ada menyebut  konsep "bergoncangnya Arasy", bukan dari segi sains atau dari segi agama per se (kerana saya bukan ahlinya) tetapi dari segi ingin memahami suatu hal yang melibatkan wanita yang hidup berkeluarga. (sempena Hari Wanita seMalaysia).

Saya percaya ramai kita yang telah mendengar sebuah Hadith yang mengatakan lebih kurang bermaksud: Jika seorang isteri minta cerai kerana suaminya berkahwin lagi maka akan bergoncanglah Arasy kerana Allah amat murka.(Sanad dan matannya kena rujuk ustaz pakar. Saya hanya bicara santai). Ini dikatakan oleh orang biasa-biasa dan juga orang yang dipercayai kedudukan Ilmu agamanya dalam masyarakat seperti seorang Imam. Ramai wanita tidak hiraukan hadith ini kerana tidak relevant pada diri. Tetapi saya kongsikan demi memperkatakan hak wanita sempena Hari Wanita Malaysia. Ramai wanita yang dizalimi dalam rumah tangga berdiam diri tidak mendakwa sang suami untuk bercerai kerana takut akan hakikat padahnya seperti tersebut dalam hadithitu. Siapa yang tidak takutkan Neraka. Dalam diam ada wanita duduk merana......

Bagaimana mahu membayangkan bergoncangnya Arasy.......

Mana mungkin kita bayangkan...
"Bergoncangnya Arasy" adalah perkara ghaib dan akal kita tidak akan dapat memecahkan Rahsia Kebesaran Allah. Kita hanya bicara dengan bahasa manusia. Namun saya rasa tidak salah memahami sedikit akan yang Ghaib ini.

Kita mula dengan memahami apa itu Arasy. Saya cari maklumat dari Google.


Arasy atau 'Arsy (Bahasa Arabعَرْش‎) merujuk kepada tempat Allahbersemayam menurut Al-Quran.
"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan mataharidan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.."
- Surah Ar-Ra'd: 2
Bagaimanapun menurut IslamAllah itu tidak sama dengan makhluk. Bila tidak sama dengan makhluk maka cara dia bersemayam juga tidak sama dengan makhluk. Bagaimana cara dia bersemayam hanya Allah sahaja yang tahu.
Dalam Al Quran terdapat sebanyak tujuh tempat Allah Taala menyebutkan yang Allah Taala bersemayam di atas arasy.

  1. Surah Al A'raf ayat 54
  2. Surah Yunus ayat 3


Ada beberapa ayat lagi yang saya tidak turunkan di sini.
Dan ada lagi penjelasan yang menebut bilangan Malaikat yang memegang penjuru Arasy itu. Rujuklah sendiri dalam berbagai kitab atau yang mudah dari Google untuk memahami secara mudah dan sepintas lalu.

Saya terpanggil untuk bicara sedikit berkaitan kebajikan kaum wanita yang berkeluarga. Yang Allah kurnia kebahagian tulin, Alhamdulillah. Yang Allah uji dengan sedikit masaalah suami isteri dalam berumah tangga itu yang saya ingin sentuh sedikit vis-a-vis "bergoncangnya Arasy".

Pertamanya saya tanyakan pada seorang ustaz yang mengajar saya Bahasa Arab al Quran sama ada Hadith itu Sahih. Saya macam kurang jelas kerana sepintas lalu semacam Hadith itu tidak cukup jelas dalam menjaga kebajikan wanita yang perlu dibela jika dizalimi suami. Maka saya cari di google (bukan tempat terbaik mencari Ilmu tetapi saya rasa memadai untuk permulaan bicara). Di bawah ini saya turunkan kata Ustaz Dr MAZA yang terkenal itu.

"4. Pemikiran sesetengah masyarakat Islam bahawa penceraian atau talak itu semua buruk adalah tidak benar. Talak atau cerai adakalanya disuruh oleh al-Quran, jika perkahwinan sudah tidak lagi membawa kebaikan. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik, dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat (hukum) Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan), dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat (sunnah), untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya” (Surah al-Baqarah, ayat 231). (Surah al-Baqarah, ayat 231).
Maka talak itu jika membawa kebaikan seperti mengelakkan kezaliman antara suami dan isteri atau anak-anak, maka itu adalah suatu kebaikan. Jika membawa keburukan maka keburukan atau perkara negatif dibenci oleh Allah dan RasulNya. Adapun hadis riwayat Abu Daud:
“Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak” merupakan sebuah hadis yang dhaif atau lemah.(lihat: al-Albani, Irwa al-Ghalil, 7/106, Beirut: al-Maktab al-Islami).
Sementara hadis:
“Kahwinilah dan jangan kamu talak, kerana talak itu menggoncang Arasy” adalah sebuah hadis yang palsu. (lihat: al-Albani, al-Silsilah al-Daifah, 1/278, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif).
Hadis ini amat tidak lojik, bagaimana mungkin Arasy Allah bergegar dengan perceraian seseorang?! Sedangkan Nabi s.a.w sendiri pernah mentalakkan isteri baginda.
5. Wanita juga boleh memohon fasakh (bubar perkahwinan) atau khulu’ (tebus talak) jika dia merasakan suaminya sudah tidak sesuai dengannya dan dia tidak mampu lagi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Isteri Thabit bin Qais pernah datang kepada Rasulullah s.a.d dan mengadu:
“Wahai RasululLah! Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam. Maka RasululLah s.a.w pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebunnya? Jawabnya: “Ya”. Lalu RasululLah bersabda kepada Thabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia” (Riwayat al-Bukhari)."
Dengan maklumat di atas saya rasa agak jelas bahawa hal cerai berai tidak ada kaitan dengan begoncangnya Arasy. Rasulullah salallualaihiwasalam amat menyantuni kaum Wanita, maka pastinya baginda tidak mahu kaum wanita teraniyaya.

Itu sahaja bicara saya dan saya menerima apa jua tegoran jika apa yang diperkatakan oleh Ustaz Dr. MAZA ini saya salah memahaminya. Saya menulis entry saya ini dalam semangat solidariti dengan kaum wanita dan kaum Adam harus berhati-hati dalam memperkatan sesuatu.

WaAllahu'alam.
Semoga Allah mengampuni segala kekurangan dan kelemahan.
Aaminn Yaa Rabb....

...... 

Saturday, August 27, 2016

Sanjungan hormat pada Wanita......







Saya ketinggalan menyantuni kehebatan sifat-sifat wanita yang Allah kurnia bagi wanita yang istimewa.(sempena Hari Wanita Malaysia)

Saya turunkan di bawah ini kiriman seorang teman dalam Whatsapp untuk renungan.

Wanita hebat bukan kerana dia cantik.
Wanita hebat bukan kerana dia kaya.Wanita hebat bukan kerana dia pintar, dan bukan kerana di sampingnya ada lelki kacak dan kaya.

Tetapi wanita hebat adalah:

* Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masaalahnya.
* Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuata.
* Wanita hebat menulis kekuatan melalui proses kehidupan.
* Bersabar saat tertekan
* Tersenyum saat hati menangis.
* Diam saat terhina.
* Mempesona kerana memaafkan.
*Mampu membalut luka hati dengan sabar.
*Mampu memadam amarah dengan istighfar.
*Mampu menghapus dendam dengan maaf.

.....

Tuesday, August 23, 2016

"Saya selesa berusaha sendirian"....







Kelmarin dulu saya bersetuju dengan seorang teman untuk bersama-sama berbincang dengan seorang ahli qariah Masjid yang lantang memberi pendapatnya dalam hal-hal membangunkan orang Melayu khusnya dan negara Malaysia umumnya.

Saya rasa teruja ingin mencabar minda saya sendiri.

Ini tajuk yang amat sensitif dimana jua ia diperbincangkan, bukan sahaja di kedai kopi tetapi di serambi masjid juga. Walaupun sudah ramai yang faham bahawa dalam Islam hal-hal politik juga adalh fakta inklusif, namun masih ada yang tegar mengatakan bahawa Masjid adalah tempat beribadah khusus sahaja dan bukan tempat berpolitik. Ada juga diantara mereka yang suka melawak yang mengatakan bahawa kita boleh bercerita politik tetapi hendaklah dalam ruang lingkup menyokong kepimpinan yang memerintah sekarang. Benar ke?

Kita tanya diri kita sendiri pendirian seorang Muslim Mukmin yang sebenarnya.

Saya hanya ingin kongsikan sedikit di sini cara berfikir dan sikap seorang ahli perniagaan yang juga ahli qariah yang  saya duduk bersama membincangkan bagaimana seorang individu Muslim boleh menyumbang dalam proses pembangunan Ummah tanpa dicampur-adukan dengan hal pembangunan Melayu dan pembangunan negara. Matlamat pengabdian akhirnya ialah bagaimana kita dapat memakmurkan dunia ini tanpa sempadan dengan wasilah yang Allah gariskan untuk mendapat kurnia Redhanya dan di akhirat nanti mendapat kurnia Syurga Firdaus tanpa hisab dengan RahmatNya jua.

TPastinya tidak mudah tanpa panduan dan pertolongab Allah, tetapi kami ingin mencuba. Kami yakin atas fakta yang disebut dalam alQuran bahawa tidak dijadikan manusia dan jinn melainkan untuk mengabdikan diri padaNya. Kita harus berbuat sesuatu dalam ruang lingkup paradigma Tauhid supaya kita tidak terkandas dalam pemikiran, dalam perancangan dan dalam tindakan. 

Ini berat, kata seorang teman saya. Saya setuju.

Tidak mengapa, kita ambil yang mudah dahulu dan berdoa di hati kita semoga mendapat panduan dari Allah yang akan menolong hamba-hambanya jika ia ikhlas, beriman dan bertaqwa.


Teman kejiranan kami yang berniaga sendiri ini adalah dalam lingkuman umur pertengahan lima-pulahan dari pandangan saya. Ia bijak berhujah dan kami dapat gambaran bahawa dia seorang yang tetap berdikari dan tidak mahu bergantung pada sesiapa, terutamanya orang-orang politik dan pegawai tinggi kerajaan.

"Saya selesa berusaha sendirian walaupun ada kalanya saya terkandas kerana ditipu teman perniagaan. Tidak mengapa pasti ada gantinya asalkan sahaja kita tidak menipu dan kita tidak mengambil hak kawan.Kita harus jujur," katanya jelas, "Saya tidak mahu keluarga saya memakan rezki yang Allah tidak halalkan."

Saya mendengari hujahnya penuh minat kerana jarang-jarang sekali ada ahli perniagaan yang tidak mahu "terhutang budi" dengan sesiapa pun terutamanya pimpinan politik di peringkat apa jua pun.

Kelmarin adalah pertama kali saya ke rumahnya dan saya merasai hasilnya. Rumahnya besar dan cantik dalam definasi sederhana dalam lingkungan kumpulan 'middle class' yang agak tinggi.

"Saya belum merasai keuntungan perniagaan  berjuta-juta ringgit tetapi saya bersyukur dengan apa yang ada." dia menyelitkan cerita. "Saya membatu mereka yang kurang berkemampun ikut kehendak Islam, terutama pada pelajar-pelajar melayu yang miskin tetapi berpotensi tinggi. Dan saya suka membantu ibu-ibu miskin yang mengandung kerana nanti dari situ lahirnya bayi-bayi yang sihat yang berpotensi untuk dididik dan dan dibangunkan untuk menjadi anak-anak muda yang boleh dilatih untuk menjadai lebih cemerlang.....dan solih. Tetapi saya membantu ikut kemampuan sahaja. Tidak banyak..." 

Sedikit dan ringkas ceritanya tetapi saya sudah dapat gambaran akan fikrahnya.

Kami berbicang hampir 2 jam dalam gelak ketawa yang sederhana dan minuman petang yang menyegarkan. Diakhir perbincangan teman ini sebagai "pengerusi kumpulan"  meminta kami berfikir dengan lebih lanjut dan berjumpa lagi di akhir September sekembalinya dia dan keluarga dari luar negara. Sementara itu ia setuju memberi  sumbangan sebanyak rm10,000 untuk langkah-langkah permulaan....Alhamdullillah....

Kalau setiap kami dapat mencari rm2,000 seorang, insya Allah kita sudah bolih mula bergerak. Semoga Allah menurunka rezki yang tidak disangka-sangka.

Seronok saya dengan sikapnya. Dia berjiwa kental.....Katanya kita jangan asyik bercakap menyalahkan orang tetapi lambat dan sambil lewa dalam tindakan sendirian. Alhamdulilah. Dia seorang yang bolih dicontohi.

Semoga kumpulan kecil ini seramai 7 orang akan bergerak cergas tanpa membuang masa dan tenaga berbincang tanpa hasil. Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya, menurunkan rezki yang tidak di sangka-sangka dan kami dapat menyumbang amal jariah sebagai bekalan di Sana nanti.

Mohon Pertolongan Mu yaa Robb........



........

Saturday, August 20, 2016

Demi menyayangi anak-anak kecil.........





Nabi Muhammad sallahualaihiwasalam adalah Rahmat bagi seluruh alam. Akhlaknya harus kita contohi dalam semua aspek kehidupan. Baginda antaranya, sayangkan anak-anak kecil kesemuanya. Bukan dari ahli keluarganya sahaja. 

Saya turunkan di sini 3 hadith yang saya petik dari www.muhammadthemerciful.com untuk renungan kita bersama dan memikirkan sejauh mana kita sudah mencontohinya.

* Saidina Anas ibn Malik (RA) reported that the Prophet (Peace and blessings be upon him) Said: "He is not one of us who is not compassionate to the young and not respecful to the elderly". Sunan Tarmidhi, Chapter on 'merciful to children' Hadith no.1984. Sunan Abu Dawud Kitab Al Adab.




* Hazrat Jabil b. Samura (RA) reported : I prayed along with Allah's Messenger (PBUH) the first prayer. He then went to his family and I also went along with him when He met some children (on the way).

He began to pat the cheeks of each one of them. He also patted my cheeks and I experienced a coolness or a fragrance of his hand as if it had been brought out from the scent bag of a perfumer. (Sahih Muslim. Kitab Al Fad'ail, Hadith no. 5929).


* Once Allah's Messenger (PBUH) kissed Al Hassan bin Ali (his grandson) and Al Aqra bin Habis Al Tamimi was sitting in his presence.

Al Aqra said: "I have 10 children and I have not kissed a single one of them."
Upon hearing this, Allah,s Messenger (PBUH) looked at him and said, "He who does not show mercy, shall not receive mercy."
Sahih Bukhari, Kitab Al Adab, Hadith no.5651. Sahih Muslim, Kitab Al Fadail Hadith no 2318, Ahmad bin Hambal in Al Musnad 2:241, Hadith no. 7287. Al Bayhaqi Sunan Al Kubra 7:100, Hadith no. 13354.


Sama-sama kita dan keluarga kita muhasabah diri. Anak-anak kecil adalah ahli Syurga. Anak-anak ini sentiasa berbau sedap dan wangi walau pun belum mandi dan berpeluh selepas bermain. 

Dan semoga kita tidak rasa kecewa bila anak-anak kecil yang ada dalam keluarga yang Allah kurnia sedikit kelaianan sifat-sifatnya. Semuanya ahli syurga. Dan ibu bapa anak-anak istimewa ini adalah juga pilihan istimewa Allah kurnia untuk mejaga dan menyantuni mereka. Subhanallah, Allahuakbar. Allah maha Kaya, maha Adil dan maha Bijaksana. Apa yang dikurniakannya adalah takdir yang terbaik bagi kita. Kita harus meyakini hakikat bahawa Allah tidak menzalimi ciptaanNya. Semuanya ada hikmah terbaik disebaliknya. Kita mensyukuri apa jua yang Allah kurnia.

Semoga kita redha dan Allah meredhai......
Aamiin.


......(foto dari kiriman di Whatsapp)

Thursday, August 18, 2016

Jangan asyik leka bermain.....





Bukan hanya kanak-kanak yang suka bermain.
Remaja, dewasa, dewasa tua semuanya suka bermain. Cuma bentuknya berbeza.

Image result for free download golf pictures

















Ada yang bermain dengan kekawan, ada yang bermain berseorangan dan ada yang bermain hanya di dalam mimpi. Bermain itu perlu kata sesetengah orang. Kita bermain untuk merelakskan minda, untuk kesihatan, untuk bertenang dan berbagai lagi.

Namun apa jua bidang mainan yang disukai ia boleh melekakan, boleh merugikan masa dan boleh merugikan keberadaan kita dalam kehidupan. Maka dalam alQuran Allah berfirman:



A032

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Al-An'aam 6:32


Saya sendiri menyesali diri kerana saya tidak serious dalam menjalani kehidupan semasa umur muda kerana tidak menyibukan diri mencari ilmu yang Allah turunkan dalam alQuran dan apa yang jujungan besar Nabi Muhmmad sallahualaihiwasalam ajarkan. 

Bermain tidak bererti hanya bersukan. Apa jua aktiviti manusia yang tidak menjurus pada aktiviti pengabdian pada yang Maha Pencipta adalah diiktiraf sebai bermain sahaja. Hidup ibarat dunia ini tidak akan berubah dan diri tidak akan tua. Bila diperingat ada yang marah dan ada yang bersahaja di dalam hati mengata-ngata kerana suka jaga tepi kain orang.

Tidak perlu saya berbicara panjang kerana Allah telah memberi intelek untuk kita berfikir dan melihat dunia ini dengan matahati dan bukan dengan sesuka hati.

Jom kita berhenti main. Kata ualamk dunia ini sudah tua dan tanda-tanda akhir zaman sudah amat dekat. Kita kembali pada Kebenaran.

Kita diperingatkan lagi:

A033
Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).
(Al-An'aam 6:33) | 


Mohon keampunan Mu ya Rabb...


......

Tuesday, August 16, 2016

I Want To Sing.....



I WANT TO SING 
LIKE THE BIRDS SING,
NOT WORRYING ABOUT WHO HEARS
OR WHAT THEY THINK.

R.RUMI.

.....

Monday, August 15, 2016

Sembang Olympics........







Saya ke majlis silaturrahim kejiranan tengah hari kelmarin.... hari Sabtu hujung minggu. Majlis ini kecil sahaja kerana tuan rumah kata ia inginkan jiran yang berhampiran benar-benar mengenali satu sama lain terutamanya yang masih berumur lima series dan awal enam series. Saya dan tuan rumah sudah masuk tujuh series dan rasa amat khuatir kalau tidak menghubung silaturrahim begini nanti tidak ada pelapis untuk meneruskan program dan aktiviti Masjid.

Alhamdulilah, hidangan enak sekali.

Kami duduk 6-8 orang semeja dan perbualan kami berkisar atas fakta umur tua dalam mengendali karenh cucu-cucu. Ada yang bercerita mengenai majlis perkahwinan, musim durian dan berbagai lagi termasuk cerita pergi melancung luar negara. Saya banyak mendengari sahaja kerana kebelakangan ini saya tidak ada cerita baru yang boleh dikongsikan.

Namun ada satu kisah yang menarik hati saya dari teman duduk disebelah kanan. Ia bermur lebih kurang pertengahan enam series dan suaminya sudah meninggal dunia dalam 4 atau 5 tahun yang lalu. Ia menarik perhatian semua cerita kejayan Malaysia di Sukan Olympics di Rio De Jenario tahun ini.

"Kita dapat satu gold. Sejarah negara."
Dia pun bercerita nama ahli sukan dan jenis sukan. Saya tidak ambil kisah akan ceritanya dan terus makan. Dia tidak puas hati kerana ceritanya tidak mendapat sambutan teteman.

"Apalah you all ni. Sejarah negara buat tak kisah..... Bukan senang nak dapat gold !....." dia menepuk bahu saya untuk menarik perhatian saya.

"Saya dah tak tenguk TV lah Mashitah....mana saya nak tahu apa ceritanya. Saya dah tak minat tenguk TV Malaysia sebab......(tak jadi sebut sebab dan saya gelak kecil sahaja)..." 

"Sebab tak ada masa lah Mashita..." saya cuba beri alasan.

"Hai!....Empat tahun sekali pun tak ada masa?"

"Betul lah macam tak munasabah... Tak ada masa...Tapi sebenarnya I dah tak minat sukan lah...." saya cuba membela diri, takut dia kecewa tidak melayan ceritanya...

"Kak Sobah ni di sekolah dulu lagi suka sukan. Kuat lari...apa pun boleh," kata teman sebelah kiri yang mengenali saya dari dulu lagi kerana kami jiran sekampung.

Saya hanya senyum dan cuba menutup topik yang pada saya tidak perlu sangat di ambil tahu oleh orang-orang warga emas ini.

"Kita dah umur masuk zon yang bila-bila bolih di panggil balik. Nanti tengah tenguk TV yang hanya membawa lagha, tiba-tiba tutup switch. Kan rugi. Menakutkan. Gitu kan Mashitah? Akak tak mahu ambik risiko."

Bukan tujuan asal nak jawab yang bolih menyinggong perasaan. Tapi apakan daya sebab teman saya ni tak mahu berhenti mengatakan kita ini tidak patriotik.  Tidak sayang negara.

Maka kami senyap....terus makan. Hilang cerita Olympik....biarlah.

Sebenarnya saya suka sukan dan baru 3 tahun yang lalu lebih kurang saya tutup buku sukan dalam minda saya. Last sekali yang saya amat menumpu ialah Grand Slam Tennis. Suami saya asyik sahaja marah2 marah kalu saya terpaku depan TV kerana sukan. Maka saya akur......alhamdulilah ada orang mengingatkan.

Masa bagi warga emas amat tipis sekali. Saya berdoa semoga saya tidak lagi lagha dengan sukan atau apa jua yang boleh merugikan.

Baru-baru ini tentu ramai antara kita yang membaca atau melihat cerita ahli tinjau Muhamad Ali terkenal didunia. Kini telah meninggal dunia dan bila di tanya apa yang ia akan buat bila bersara dari bertinju ia menjawab panjang lebar mengenai nilai masa yang Allah bagi pada hambanya. Yang saya amat ingat ialah..."I want to prepare myself to meet God!" Jelas terningiang2 di telinga saya. Ia membuat saya insaf dan berjanji pada diri akan tidak lagi gilakan sukan."


A059
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
(Al-An'aam 6:59
A060
Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.
(Al-An'aam 6:60) |
A061
Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).
(Al-An'aam 6:61) |

Semoga Allah dorongkan saya sentiasa ingat masa saya sudah amat hampir. Semoga Allah sentisa meletakan saya di landasan yang benar munuju pada NYA.

Ada bab sukan dan entertainment yang diperkatakan oleh Guru saya di Utube Shaikh Hamza Yusuf. Insya Allah satu hari saya dapat kongsikan inti sari saranannya.

Mohon keampunan Mu Yaa Rabb.....
Mohon kami terpelihara hingga ke akhir hayat.
Aameen yaa Rabb....


....

Friday, August 12, 2016

Talking to strangers....





Kata seorang "teman blogger"...  Strangers are friends we are yet to meet. Tetapi (saya suka tambah), dalam Islam kita bukan "total strangers". Kita ada hubung persaudaran dalam menghayati kalimah Tauhid Laillahailallah. Ia itu satu "comman bondage". Itu cantiknya persaudaraan dalam Islam. Sebab itu kita selalu menyebut akan seseorang sebagai brother atau sister, saudara atau saudari, ukhti atau akhi. Dan mudah sekali dalam persaudaraan Islam kita mengucapkan 'Assalamualaikum' bila berselisih dengan seorang Muslim atau bertemu dengannya untuk berurusan. Satu ucapan yang cantik kerana itu juga satu doa...'kesejahteraan untuk mu' atau 'peace be upon you'.......Masya Allah. Kita strangers pada zahirnya sahaja tetapi di minda dan hati kita tetap bersaudara. Dan kita tetap ada rasa mahu membela saudara kita jika keadaan memerlukan. Persaudaraan se Islam begitu rapat hingga dapat merasakan "cubit peha kiri, peha kanan sakit juga", walau pun mereka tinggal di hujung dunia dan kita tidak mengenali paras rupa mereka.

Hari ini ingin saya kongsikan pertemuan saya dengan seorang remaja dalam satu majlis membaca doa selamat dan kesyukuran seorang jiran saya sempena anaknya akan menunaikan Fardhu Haji tahun ini.

Dia bersalam dan tunduk seperti semua anak muda yang beradab halus akan menundudkan kepala sedikit. Senyumannya memikat hati saya kerana tersinar kemesraan walaupun baru berjumpa.

"Anak tuan rumah ke ni?" 
"Bukan...anak maccik tu",  sambil menunjukan arah pada ibunya.

Untuk pendekan cerita, ibunya pun muda. Baru 51 tahun. Gadis remaja ini baru 20 tahun. Padai memberi perhatian bila saya sebagai orang tua bertanyakqn beberapa hal seperti tinggal dimana, dan pernah ke sini dan sebagainya.

Gadis remaja ini hanya seorang sahaja yang saya perhatikan hadir dalam majlis itu. Semua yang lainnya sudah 55 tahun ke atas. Ramai sudah dikira warga emas yang senior seperti saya. Sebelum majlis bermula saya dapat sembang santai dan tahu ia masih belajar di UITM dalam bidang Mass com. 

"Wah bagus," saya kata. Bagus sebab anak saya pun suka mass com tetapi saya "paksa" dia buat Law.
Senyum lebar mendengari cerita saya dengan anak saya. Mass com juga subject yang baik. Mesti tinggi kemahiran bahasa.

Saya suka berceloteh dan saya katakan kalau hendak cepat pandai bahasa Inggeris mesti suka baca 'good advertisements' dalam majallah yang baik dan diterbitkan oleh penerbit yang ternama di dunia. Dulu saya dapat nasihat itu dari seorang yang mahir dalam bidang 'copy writing'. Bersama dengan icon Lim Kok Wing saya bertugas dalam satu projek yang dilancarkan oleh Tun Abdul Razak yang semasa hayatnya ia adalah Perdana Menteri Malaysia. Lim Kok Wing mengajari saya 'media creativity' walau pun secara tidak rasmi. The rest is history....

Remaja ini seronok mendengari cerita saya sebab dia suka hal-hal bahasa dan 'creative thinking'. Dia pernah duduk di luar negara buat seketika untuk fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Dalam perbualan itu saya cadangkan juga ia belajar teknik fotografi hingga keperingkat professional kerana ia akan meluaskan pilihan kerjaya dimasa depannya. Saya cadangkan buat kajian lanjut dalam bidang photographic journalism. Ia senyum sahaja. Semoga akan berfikir kearah itu. 

Apa jua bidang kerjaya, saya tegaskan padanya supaya mewajibkan diri belajar bahasa Arab. Ia akan dapat merasa seronok memahami alQuran dan seronok menjadi seorang Muslim Mukmin. Ia nampak tersenyum riang....

Saya bukan senghaja hendak bercerita hal-hal seperti di atas tetapi saya tidak mahu membiarkan dia keseorangan di kalangan orang-orang dewasa tua. Ibunya bertanya beberapa hal mengenai majlis ilmu dan kemuadian membiarkan saya bersembang dengan anaknya. 

Selepas tamat majlis dan diakhiri dengan doa, kami makan menjamu selera.... Tuan rumah sibuk dengan tetamu lain dan saya sambung bincang santai. Katanya inilah pertama kali ia bersembang betul dengan 'orang tua'. Bukan setakat bersalaman sahaja. Alhamdulilah. Saya seronok dan bersyukur Allah beri peluang bertemu remaja kerana setelah umur bersara saya jarang-jarang dapat bergaul dengan anak-anak muda. Saya memang suka berceloteh dan anak-anak dan anak-anak buah menjadi 'mangsa' kegemaran saya.

Sampai di sini cerita saya. Ibunya tahu no. telipon saya dan katanya akan bertemu lagi bila ada peluang. Saya pun beredar meminta diri.

Sembang santai itu mengingatkan saya pada ketika saya remaja jauh di perantauan. Tiada yang menasihati dan dengan cara yang terfikir baik saya cuba bergaul denagan "strangers". Semua ini membuat saya peka bagaimana seseorang boleh berhubung dan bermesra dengan "strangers."  Fakta Risiko  sangat tinggi jika fenomena sekeliling tidak kondusif dengan citarasa yang ada.

Sekarang, alhamdulilah, Allah lorongkan saya untuk mengikuti jalan yang Lurus dan alhamdulillah saya dapat berhubung dengan berlatarkan batasan-batasan yang ditentukan oleh Islam. Saya belum sempurna tetapi saya sentiasa berdoa Allah kurnia kesempurnaan.






Hari ini saya suka juga kongsikan foto ini dari ehsan google kerana saya melihatnya seperti dalam Islam kita tidak pernah keseorangan pada hakikatnya. Allah sentiasa bersama dan kita diingatkan untuk menghubungkan diri denganNya. Lihat insan ini ditemani oleh dua ekor burung atau mungkin itik jenis tempatan. 


Ini ibaratnya. Sebab itu kita ditarbiah supaya dapat memahami alam melalui proses taddabur alam untuk melihat kebesaran Allah dan bersyukur dapat merasai nikmat kurniaannya. Semoga kita tidak jadi manusia yang sombong dan tidak takut padaNYA.

Semoga kita sentiasa mendapat taufik dan hidayahNYA dan semoga dapat merasai dakapan redhaNya di dunia dan di akhirat.
Aameen yaa Rabb......


......

Wednesday, August 10, 2016

SYAWAL Beredar.......







Kepenatan......

Ini Asim, cucu saya, tertidur di kelas kerana kepenatan berhari Raya dengan guru di sekolah. Ibunya melaporkan pada saya. Sakan makan dan bermain melawak dengan kekawan

Bukan anak kecil sahaja yang tidak kesempatan masa berhari raya di bulan Syawal. Dewasa juga berkejaran bersilaturrahim sehari dua selepas Syawal berakhir.

Tak apelah,....kata kekawan. Orang Malaysia pandai buat caranya sendiri. Eidul Fitri itu sebenarnya sehari sahaja dengan memuji kebesaran Allah, tetapi orang Malaysia bereidulfitri sepanjang Syawal hingga ada yang terbabas ke bulan berikutnya.




Akif dan Ujai,cucu istimewa saya...berhari raya sambil membina diri.
Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan cemerlang walaupun kini
masih ketinggalan. Hebatnya mereka tidak tahu mereka ketinggalan. JAIS tidak menerima anak-anak istimewa untuk kelas KAFA.
Semoga ada NGO yang peduli atas mereka.
Selepas Syawal ibunya mencari hingga dapat bantuan.
Mohon doa kalian. Pastinya Allah memerhatikan....




Anak-anak kecil di SmarTop Subur Fitrah yang saya bantu mengendali di Tangkak Johor. Berhari Raya di hujung Syawal.




Beredarlah Syawal. 
Saya turut bertaici dalam kumpulan masjid di tempat saya.
Perlu kembali aktif semoga sihat dan berupaya untuk membantu mereka yang memerlukan, walau kecil usaha yang terdaya. 
Semoga Allah menunjuki jalan.

......

Sunday, August 7, 2016

A moment with Ar Rumi....





Sorrow prepares you for joy. It violently sweeps everything out of your house, so that new joy can find space to enter. It shakes the yellow leaves from the bough of your heart so that fresh green leaves can grow in their place. It pulls the rotten roots so that new roots hidden beneath have room to grow. Whatever sorrow shakes from your heart, far better things will take place.  Rumi.

                                          oooooo                                                                                            
Dont worry that your life is turning upside down. How do you know that the side you are used to is better than the one to come?   Rumi.
               
.....Foto google search

Thursday, August 4, 2016

Jeritan yang sepi....


Saudara ku,.....

Kini engkau Allah kurnia kemewahan
Allah kurnia segalanya seperti yang engkau mimpikan
Lebih dari itu, bukan lagi satu kemungkinan.
Aku takut engkau akan hilang perhitungan.
Aku takut engkau jadi rakus hilang panduan.

Rumah mu aku bayangkan lebih hebat dari Istana Nabi Sulaiman
Kenderaan mu berjenama dan tidak lagi perlu dibilang 
Di udara, di laut tiada siapa dapat membayangkan
Di bumi sudah tidak lagi kehairanan
Ibaratnya kuda-kuda nabi Sulaiman pun tidak dapat melawan bandingan.

Aku dan anak-anak ku melihat sahaja

Kerana aku orang biasa berasal jauh dari desa
Keturunan Jawa dari jiran tetangga datang meminta-minta
Merentas lautan ombak menggunung untuk sesuap nasi dan atap melindungi kepala.

Bapak datang mahu menumpang rezki yang ada.
Dahulu hidup keluarga ku melarat tetapi kini rasa dihati amat selesa
Berkat usaha gigih membanting tulang tidak kira masa, tidak kira cuaca.
Di tepi hutan pondok bangsal tertegak membenteng diri dari bahaya.
Alhamdulilah....kini Allah kurnia serba ada 
Walau sedikit kami terima penuh kesyukuran tanpa mengira
Kerana Bapak selalu berpesan jangan melampaui batas yang ada.
Batas yang Allah tentukan untuk manusia hambaNya.

Harta dunia jangan dikejar hingga hilang punca.
Takut nanti di Akhirat di hadapan mahkamah yang maha Agong tidak dapat membela.
Sangat bahaya.....
Kita di sini hanya sementara.
Ibarat musafir kelana mencari bekalan untuk destinasi yang lebih mulia
Apabila sampai masa, tidak sesaat dahulu tidak sesaat kemudian pasti tiba.
Jangan tamak jangan haloba
Semuanya ditinggalkan bila jasad terbujur dan tiada lagi nyawa.

Kita mencari kesenangan hidup untuk dikongsi bersama
Sanak saudara, jiran tetangga dan fakir miskin semuanya hingga ke hujung dunia
Semoga mereka juga hidup tiada kesempitan, aman bahagia.
Dapat menumpang kekayaan mu yang Allah kurnia. 

Allah maha Adil, maha kasih sayang pada hamba-hambanya

Aku berdoa buat mu..... saudara ku sebangsa seagama.


Kembalilah segera........
Tiada manusia yang sempurna tiada dosa. 
Kita contohi semangat dan sikap seperti zaman Nabi Sulaiman dahulu kala
Semua patuh padanya, Jinn dan manusia, angin, semut dan haiwan segalanya
Tidak ada yang rasa di aniyaya dan rasa ketakutan dan kesedihan jua
Kerana Nabi Sulaiman amat adil dan saksama.

Doanya hebat sekali, Ayuh kita dengari, kita hayati
Doa sahaja cukup sempurna, ikhlas dihati sanubari...
Tidak perlu tindakan perundangan yang menyakiti dan memakan diri

Ayuh...

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لا يَنْبَغِي لأحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
 Artinya :
Ia berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi" (QS. Shaad : 35)
Allah makbulkan doanya,
Allah maha yakin Nabi Sulaiman berjiwa mulia
Dikurnia baginya Kerajaan, semua makhluk mematuhi perintahnya

Ayuh.....
Beriman bertaqwa kita ikut sepertinya
Allah itu maha pengampun maha bijaksana
Jangan tangguh jangan mendengari pujuk rayu syaitan durjana
Dunia ini kecil dan tidak kekal untuk bersembunyi di mana jua.

Ayuuuh Segera !..... 

Biar apa pun terjadi, kita menginsafi diri
Melutut sujud di hadapan Ilahi.
Semoga Syurga menanti...










Saudara ku,
Ini sahaja pilihan untuk mu
Yang aku tahu.......


.....
Related Posts with Thumbnails