"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, February 27, 2017

Birthday Cake...tanda sayang?


Image result for birthday cakes photo


Mengingati hari lahir itu suatu yang biasa dalam masyarakat kita di Malaysia. Kata setengah orang kita terikut-ikut budaya orang asing. Apa salahnya kalau kita tidak menyalahi hukum yang syarie.

Tetapi saya ingin bicara lain sedikit dari sudut fikiran saya kini.

Lahirnya manusia itu harus dilihat dari segi fisikal dan juga dari segi spiritual.
Jika hanya fisikal maka kita akan mengadakan majlis bersuka ria dalam berbagai cara. Kita adakan makan-makan istimewa, bermain games untuk anak-anak dan kemudian memotong kek hari jadi. Ada juga upacara yang lebih meriah yang menampakkan kemampuan kewangan keluarga yang berkenaan. Ada juga yang biasa-biasa sahaja mengadakannya dikalangan keluarga terdekat.

Namun persoalan mengenainya berbagai. Pernah saya menghadiri sebuah ceramah amat lama dahulu oleh seorang "Revert" bekas Paderi Chriatian yang mengatakan kita tidak ada hak meraikan hari lahir dengan bersuka ria kerana pada hari yang sama kita dilahirkan, seorang insan yang bernama"Ibu" bersabung nyawa dalam keadaan cemas dan menakutkan. Ia lega dan bersyukur setelah kesemuanya selesai selamat untuk ibu dan bayi. 

Ini bukan sutu peristiwa yang harus diambil ringan. Ramai kita yang hanya melihat keindahan bayi sahaja dan memuja memuji kecantikan yang ada di hadapan mata. Ramai yang lupa si IBU yang berkorban segalanya. Jarang kita mahu mendidik anak dengan memberi kefahaman pada anak bahawa hari itu ibu yang lebih berhak mengingati kelahiran anak dan anak harus meletakan Ibu di Persada yang tinggi. Harus ada "upacara" anak memeluk Ibu tersayang sebelum ia sibuk beriang ria dengan kekawan yang lain.

Saya ingain mengingatkan diri saya dan hakikat bahawa semasa kelahiran kita ke dunia kita sudah "beikrar" bahawa Allah itu maha Esa dan Dia yang maha Pencipta. Bila manusia dilahirkan, lupa kesemuanya. Maka dalam alQuran Allah pastikan kita sentiasa ingat.



A172









(Dan ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Maka saya suka mencadangkan apabila kita menghadiahkan kek pada anak khususnya, eluklah kita tidak memilih hiasan menggambarkan rupa Kartun yang ada tersebar luas di alam maya dan ada watak-watak yang disukai kita reka di atas kek.

Jom kita kembali pada Fitrah. Kita buat kek yang jelas menggambarkan akhlak mulia seorang insan yang Allah cipta penuh kasih sayang. Mungkin kita buat rangka wajah ibu yang tersayang, mungkin kita buat bentuk kubah masjid melambangkan Iman pada Allah atau apa jua yang mirip memahami bahawa kelahiran insan kedunia fakta mengenal Allah itu amat utama. Bersuka ria itu fakta kedua. Apa jua yang kita lakukan kita harus menggambarkan bahawa kita insan muslim yang berakhlak mulia. Kita bermula dengan anak-anak dan perayaan mengingati hari kelahiran itu juga harus membawa kita dekat pada Allah. Apa jua yang kita buat harus melambangkan aktiviti pengabdian.



Ini cucu saya yang mencapai umur lapan tahun baru-baru ini. 
Saya sudah "kempen" dengan
ibunya untuk meletakan hiasan lain. Boleh letak lambang basikal
atau buah kesukaannya dan sebagainya. Bukan semua watak kartun yang disukai anak-anak itu suatu yang Islamik
jika kita teliti betul-betul jalan ceritanya dalam Tv atau di mana jua.
Ini pandangan saya sahaja. Allahu'alam. 
Saya pun masih banyak kelemahan dan kekurangan.

Walau apa pun kasih sayang pada anak-anak bukan hanya melalui perayaan hari lahir dalam bentuk menghadiahkan kek. Kita boleh buat
acara bebas bermain bola,panjat bukit, naik boat di arus deras, berbasikal, naik kuda dan sebagainya. 
Lepas itu kita makan sama-sama ikut selera anak yang amat digemari.
Mengapa mesti buat kek.



Ini foto hiasan Ehsan dari carian google.
Kek yang di atas pun sama juga. Apa salahnya hiasan bunga
 jika anak perempuan.


Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan memelihara
kita dan keluarga. Aamiin.


.......


Thursday, February 23, 2017

Kehilangan seorang lagi.....







Hari Isnin lepas saya kehilangan seorang teman lagi. Dia Allahyarham Ibrahim Kassim berdiri dua dari kanan. Sebelum itu, pada akhir tahun lepas saya kehilangan Tan Keng Feng yang menetap di Singapura. Ia berdiri di kanan sekali. Mereka semua yang kelihatan di foto itu adalah kekawan seangkatan dan kami tamat sekolah "atap" di Tingkatan 5 di Pontian Johor dalam tahun 1964.

Rasa tersedih dan kehilangan sebab kami ada ikatan silaturahim walaupun jarang berjumpa. Tetapi kami berhubung bersembang santai dalam group whatsapp.



Kali terakhir saya bertemu ialah pertengahan tahun 2016 semasa kami meraikan seorang lagi teman Hing Neo yang menetap di Melbourne Australia dan datang on transit untuk ke Korea. Kami makan tengah hari di Royal Selanor Club tajaan teman yang berdiri di kiri sekali. Tamyes Rahmat namanya.

Begitulah perancanaan Allah yang maha Pencipta. Tiada siapa boleh menduga bila kita akan dipanggil semula menghadap mahkamah pengadilanNya. Kedua teman kami tadi meninggal tanpa notis. Kedua-duanya meninggal kerana serangan jantung.



Allahyarham Ibrahim pulang bersama dua teman akrabnya dari melancung ke Lombok dan jatuh di KLIA2 akibat serangan jantung dan meninggal pagi berikutnya. Di atas ini foto kenanagn kiriman teteman yang bersamanya. Tersedih dan terfikir-fikir pula mengingat bila pula giliran saya. Mediang Keng Feng berumur 68 tahun dan Allahyarham Ibrahim berumur 71 tahun. Subhanallah, Allahuakbar.

Kelihatan di foto di atas Allahyarham Ibrahim bersama isterinya, Hjh Rahmah. Beliau juga kawan sekolah saya dalam angkatan yang sama. Saya berpeluang menziarahinya selepas upacara pengkebumian di Puncak Alam. Air matanya sentiasa berlinangan. Mulanya dia tidak dijadualkan ikut sama ke Lombaok. Takdir Allah tiada yang dapat mengubahnya. Dia di samping suaminya hingga ke saat akhir. Alhamdulillah.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Ruhnya dan menempatkan dia di kalangan Ruh orang-orang soleh. Semoga kami dapat bertemu kembali di syurga Firdaus dengan Rahmat Allah jua.
Aamiin ya Rabb....


......

Friday, February 17, 2017

Bibik ku kembali semula.....





Sudah hampir setahun bibik balik kampung di Indon dan tiba-tiba ia muncul kembali....

Siapa sangka....

Tetapi kemunculannya tidak membawa berita gembira dari segi perjalanan hidupnya. Hidup yang berliku-liku tidak seindah perjalanan yang jauh tetapi cantik dan nyaman seperti foto google di kiri ini.

Saya upload di sini untuk membantu saya berfikiran lurus dan bertenang dan cari jalan bagaimana mahu membantu Bibik saya ini. Saya tidak boleh memberi kerja sepenuh masa kerana saya tidak berkemampun. Sekarang ini kadar bayaran ialah rm15 sejam.

Walau apapun saya mendengari ceritanya. Sedih sekali....

Ia diceraikan suaminya kerana ada perempuan Melayu yang suka padanya. Sekarang bibik saya ada 3 orang anak berumur15, 8 dan 3 tahun. Yang 8 tahun dijaga oleh neneknya kerana dia OKU yang berat dan serious. Mesti diurus sepenuh masa kerana tiada kederat dan cacat daya berfikir. Maha suci Allah.....Tiada ciptaanNya yang sia sia.

Apa pun ceritanya dan apa pun penderitaannya, saya terpanggil untuk membantu. Kita harus membantu sesama manusia tidak kira di waktu senang atau waktu susah.

Kalau ciptaan Allah berbentuk haiwan pun kita harus membantu, inikan pula sesama manusia.


Saya tidak berjanji membantu sepenuhnya dan hanya memberi harapan padanya bahawa jika ia benar-bernar terkandas, maklum pada saya. Sebenarnya saya pun belum jelas pada fikiran sendiri apa bentuk pertolongan yang saya boleh berikan. Saya cuma terlalu kasihan dengan penderitaannya dan mungkin saya akan minta kekawan saya juga untuk memberinya pertolongan. Saya tidak mahu dikira zalim kerana tidak mahu menolong.

Ramai manusia di sekeliling kita yang perlu pertolongan. Ramai orang gelandangan di negara kita sendiri. Negara kita kaya raya kerana Allah kurnia banyak sumber mentah di langit dan di numi. Sayangnya kita ditadbir oleh pemimpin yang tiak peduli sepenuhnya pada Rakyat, Saya tidak mahu kata berlebihan kerana ramai yang sudah maklum bencana yang menimpa kita. Saya akan menyokong siapa jua yang saya fikir dapat menyelesaikan masaalah yang ada.

Ibaratnya keadaan rumah kita sudah mula terbakar....
Saya akan terima siapa jua yang bolih menolong tanpa kita menanti hingga kita binasa sepenuhnya. Dan janganlah kita membiarkan rumah terbakar terus hanya semata-mata kita sayangkan apa yang ada tanpa memikirkan bahaya yang makin akan merosakan segalanya. Dalam pada itu kita harus bijak jangan sampai tertipu dengan janji-janji manis dari siapa jua......

Semoga kita dapat berfikir berasaskan ilmu yang benar, berdoa, berusaha, berdoa dan tawakul...... 

Akhirnya......
Apalah masaalah Bibik saya berbanding masaalah negara....
Saya bertekad dapat menolongnya walau kecil-kecilan. Semoga Allah menolong dan memberkati usaha walau kecil sekali pun.
Semoga Allah menurunkan pertolongan dalam kita mencari penelesaian negara yang lebih besar.....
Aamiin ya Rabb.



.......foto ehsan google.......

Thursday, February 16, 2017

Karenah manusia berbagai rupa..............






Alkisah.......
Suatu cerita rakyat jelata.....
suka duka, lawak jenaka.

Cerita si luncai terjun dengan labu-labunya....
Cerita Pak Pandir yang ingat aqal diri sudah cukup geliga...
Cerita lelaki biasa yang buta bicara, walaupun punya gelaran orang besar masyarakat, cuma bangga sebab ternama.

Alkisah.....
Cerita sosial manusia mahu diiktiraf ia kaya raya,
Cerita kaum tua yang ingat diminda ia masih muda.
Cerita mereka yang lutut kendur, mata kabur, gigi gugur....
tetapi masih mahu bukti macho yang ia belum luntur.

Begini antara ceritanya.....


Suatu hari seorang yang dikira dalam lingkungan umur tua tiba-tiba tersedar mahu beristeri muda.
Tidak salah pada hukum cuma ia membuat ramai ahli keluarga terpinga-pinga...
Biar betul ye.....

Umurnya lewat 70 ....
Perempuan yang dipilihnya lebih muda dari anak bongsunya....
Hebat kan ? Boleh tunjuk bergaya.

Mendapat nasihat dari saudara berpengalaman sama
Tersenyum lebar mendapat rakan setia,
Selalu sibuk membina fisik diri untuk berupaya penuh tenaga
Ubat-ubatan tidak mengira harga, pasti dibeli olehnya.
Terepi fisik secara tradisional dia tak lupa.
Wah ! ganteng dalam fikirannya.
Pastinya takut isteri muda berpaling muka, jauh perginya.

Adat hidup manusia
Biar putih tulang jangan putih mata
Manusia melihat, mungkin tertanya-tanya.
Allah lagi maha Melihat dan menguji kesabaran hambanya.
Semoga ada baiknya.....
Kerana pilihan seperti ini dibolehkan dalam agama.

Namun.....Semoga ingat hidup begini ada buruknya
Takut ego melebehi kederat diri dan kemampuan terhad
terlupa nak kira, 
Hilang kebijaksanaan budibicara dan hilang timbang tara..

Tidak pula ada nasihat yang mahu diterima.
Salah tafsir ia sunnah katanya, entah tafsir ikut mana.
Sebab syarat-syarat yang dituntut berat semuanya.

Mungkin silap Ustaz menasihat pun ada juga,
Atau silap faham oleh diri sendiri dalam menerima
Tidak tepat becerita hal-hal rumah tangga bahagia.

WaAllahu'alam.....saya menyelitkan kata.
Setakat memerhati semoga tidak terlibat sama.
Biar Takdir mutlak yang menentukannya.
Allah maha Mengetahui, maha Adil dan maha Bijaksana.

Kaum Adam lah yang  perlu berwaspada....
Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendung tercicir pula,

Fikir-fikir seketika.....
Allah tidak mencipta aqal sia-sia.

.......

Wednesday, February 15, 2017

Lunch with a difference.....





Saya dan teman-teman yang sudah bersara selalu sahaja mencari jalan untuk berkumpul dan bersembang santai. Di umur kini kekadang lebih seronok buat aktiviti dengan kekawan sebaya berbanding melayan anak-cucu sebab tidak perlu mendengar jeritan gaduh dan tangisan berebut mainan.  Tetapi makin lama bersara makin berkurangan kekawan kerana sudah sampai masa berpisah buat selamanya. In sya Allah jika panjang umur cucu-cucu akan jadi remaja dan in sya Allah dewasa dan bolehlah kita berkawan dalam cara yang lain pula. Perancangan Allah dan takdirNya kita tidak tahu. Semoga dalam perlindungan kasih sayangNya.

Minggu lepas kami bertemu dalam kumpulan main Kutu untuk makan tengah hari dan di situlah kami menjelaskan peruntukan yang telah dijanji. Giliran penerima menjamu selera teteman yang lain. Kali ini amat bertuah buat saya kerana yang menerima ialah Lafifah Marican dan dia berkahwin dengan seorang yang berketurunan cina. 

Wah! Saya teruja menjamu selera menu masakan cina yang di tanggung halal. Semua masakan dibuat sendiri di rumah dan Master Chefnya ialah suami tersayang. Mula-mula kami dihidang Yee Sang dan teteman yang mencampurkannya seperti yang saya lihat di media. Saya tidak mencuba sebab tidak pandai pegang chopstick. Saya tunggu hidangan sahaja seperti di meja besar di Foto di atas itu..






Sedap tidak terkira. Alhamdulillah.....Tidak menyangka sesedap itu. Siapa yang belum pernah mencuba lihat sendiri Resipi Halal di Google dan pasti teruja untuk mencubanya. Terlalu panjang butirannya dan jom cari sendiri.

Resepi Yee Sang Halal





Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir saya  makan Yee Sang sebab sudah kurang kederat ke sana ke sini dengan teteman. Hidangan yang lainnya pun istimewa buat saya kerana masakan menu Cina jarang dapat saya menikmatinya kerana tidak pandai mencari tempat yang sesuai sejak bersara dari kerja. Chef istimewa dan masakannya pun istimewa. 

Ada acara membaca Yaseen dan berdoa ringkas sebelum makan, tetapi saya ketinggalan kerana datang lambat disebabkan kami pergi 
menziarahi jenazah 
seorang teman yang sama-sama bertadarus
 semasa ada hayatnya.

Dalam makan yang istimewa kami teringatkan teman-teman yang telah terlebih dahulu dijemput pergi. Kami berpada-pada dalam
 sedih dan bergembira kerana hakikat hidup pasti tibanya.

Itu lunch istimewa buat saya.
 Esuk lusa In sya Allah kita cerita lain pula.



.......

Tuesday, February 14, 2017

A Quiet Dinner.....



Malam tadi sunyi sendirian.
Suami dengan kekawannya dan anak-cucu ikut 
mak ayahnya mengurus perkewohnya.
Inilah reality hidup diumur tua. Saya sudah 72 tahun ikut kiraan Hijrah. Alhamdulillah Allah masih memberi kemudahan mengurus diri walaupun sendirian.

Malam tadi makan nasik goreng lebihan makan tengah hari.
Senyum bersyukur kerana rezki masih ada Allah
kurnia walaupun makan tiada teman.
Saya minum teh susu walaupun itu larangan doktor untuk jaga kesihatan. Saya sedapkan rasa hati membela diri
kerana saya tidak makan barang mewah yang lain.
Saya cecah roti dalam air susu.
Itu kira desert pilihan.
Teringat nasib orang-orang pelarian. Entah makan entah tidak. Teringat juga orang-orang gelandangan. 
Entah makan entah tidak.

Cuma rasa tersayu dihari tua makan sendirian. 
Teringatkan juga cerita dua orang kakak saya yang
kini sudah tiada suami dan anak-anak tidak duduk sekali.
Makan sendirian sudah lumrah harian.
Kekawan juga berjauhan.
Alhamdulillah....apa pun Allah masih melimpahkan Rahmatnya yang tidak terhingga.
Cuma manusia sentiasa mahu memilih ikut cita rasa.
Saya takut nanti tidak dikira mensyukuri kurnia
yang maha Pencipta.
Jika bersyukur atas kurnia yang sedikit, Allah akan beri tambahan yang tidak dijangka-jangka.

Ampunkan diri kerdil ini ya Rabb...
Engkau Tuhan maha Bijaksana maha Berkuasa.
Maha Mengasihani, maha  Menyayangi,
Maha Mendengari dan maha Mengetahui.....


........

Monday, February 13, 2017

Nasik Lemak Tanglin ?.....




Sudah tiga atau mungkin empat tahun saya tidak ke Tanglin makan Nasi Lemak untuk sarapan. Dulu saya ikut suami dan teteman Masjid. Hari Sabtu lalu, tanpa rancangan, kekawan Masjid ajak suami saya ke Tangkin selepas solat Subuh di Masjid. Saya rasa teruja dan ikut sahaja sebab sudah lama tidak ke sana. Semasa kerja ia warung sahaja. Kini sudah ada bangunan tetap.

Sangat terkenal Nasi Lemak di sini dan pelanggan harus berbaris. Sedap makan adalah cita rasa masing-masing. Alhamdulillah Allah kurnia rahmat deria rasa yang unik.

MAKA NIKMAT ALLAH YANG MANA YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN?
(maksud al Quran).


Kelihatan di meja sebelah kekawan suami saya menikmati sarapan. 
Hanya seorang sahaja yang makan Nasi Lemak. Yang lainnya saya
 perhatikan makan Roti Kawin.
Dalam umur dewasa senja ini ramai yang memilih makanan
 yang sihat untuk kepentingan diri masing-masing.
Warga muda tidak akan faham.



Sambil makan kedengaran orang menyanyi amat dekat dengan tempat saya duduk.
Oh rupanya ada anak muda menghiburkan pelanggan yang setia.
Saya suka ambil peduli orang-orang seperi ini kerana mereka 
ada daya kreatif ada usaha
dan tidak malu mencuba membina jati diri.
Saya ambil foto hanya sesuka.





Ada juga seorang peminat mengambil perhatian dan
 mengatakan sesuatu padanya.
Dia meletakan sesuatu dalam "kantung" yang disediakan. 
Saya juga meletakan
"appreciation" kerana dia mahu berusaha. 
Saya menghargai usaha tidak kira bangsa, keturunan dan agama.
Rasulullah salallahualaihiwasalam bangun berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi kerana setiap Ruh adalah ciptaan Allah. 

Saya ada kumpulan WhatsApp dari "Class of 64" dari 
sekolah Menengah di Pontian Johore.
Saya post kepada kumpulan saya itu apa jua cerita yang dapat menarik mereka pada Islam. Majoriti kelas saya bukan Melayu.
Allah yang membuka minda. Kita hanya memanjangkan mesej "Kebenaran" mengEsakan Tuhan. Semoga usaha kecil saya itu juga dikira dakwah.

Semoga Allah meredhai.

........

Masa depan tidak menentu, keluarga bersatu.......






Alhamdulillah.....

Dalam suasa ekonomi kemelut dalam negara, Allah masih kurnia masa dan kesihatan untuk menjalin kasih sayang dalam keluarga.

Ini anak saya Azra dengan bayi yang baru dilahirkan. Alhamdulillah sihat dan tidak banyak masaalah mengurusnya. Bersama dia ialah isteri Azrul, Sarah yang membawa anak-anaknya bila kesempatan supaya anak-anak merasakan pautan kasih dalam keluarga besar.




Ini sebahagiannya. Dari kecil-kecil lagi kita biasakan mereka main dan berinteraksi supaya apabila meningakt remaja mereka tidak kekok. Emak saudara boleh berperanan seperti emak sendiri dan in sya Allah bila dan jika ada masaalah yang mereka perlu lalui mereka boleh mendapat pendapat emak saudara jika belum pasti boleh memberitahu emak sendiri. Inilah kekuatan  keluarga besar yang sering bermesra sebaik mungkin.



Usaha mendidik anak-anak bukan suatu yang mudah dan ia harus menjadi agenda penting dalam keluarga. Di atas ini yang berbaju biru, Akif dan berbaju kelabu, Ujai bersama dengan Asim. Akif dan Ujai anak istimewa yang perlu perhatian lebih. Di atas adalah sessi cuba menerapkan erti kesabaran dalam membuat sesuatu tugasan. Sessi terepi di jalankan dari masa ke masa dan di sini cuba melihat kesan dan hasilnya.
Alhamdulillah ada perubahan dan semoga mereka boleh diintegrasi dengan anak yang normal bila meningkat ke sekolah menengah nanti. Perkongsian masaalah dalam keluarga besar banyak meringankan bebanan harian.

Apa jua masaalah, sifat sabar dan komitted harus ada jika kita mahu mendapat pertolongan dari Allah. Ubah diri sendiri sebelum Allah kurnia perubahan yang dicita-citakan.


Minggu lepas kami makan bersam sekeluarga. Tiada menu special. Hampir semua dibeli .


Saya punya anak tiga orang. Alhamdulillah. Satu perempuan sahaja.




Sebahagian cucu yang sempat dirakam bermain sama.
Ada yang nak jadi professor dan menyendiri. Berangan nak menyelesai masaalah negara,......agaknya.




Sambil makan kami juga meraikan hari lahir Amirul dan anak lelakinya, Amru. Mereka lahir Januari, agak terlambat. Tidak mengapa sebab ini cuma alasan untuk bertemu.


Di bawah ini ladies of the family. Anak perempuan saya Allah kurnia 6 anak dan semuanya lelaki. Kata anaknya yang otistik: The new baby is also a boy. I don't have a sister. There is only one girl in the family, refering to the mother.
Otistik children have a way of describing things and events. Their brain is structured differentlay. Allah maha Pencipta. 
Tiada yang sia-sia.


Kekuatan keluarga harus sedaya upaya cuba dibina. Kita cari masa untuk sesekali bertukar fikiran dan cuba menyarankan idea-idea bernas yang boleh difikirkan bersama demi kebaikan dan kekuatan keluarga. Dalam keadaan negara yang tidak menentu dari segi ekonomi, keluarga harus bantu membantu. Together...Yes we can.
Biiznilah...dengan izin Allah.

Dari segi rezki Allah memberi kecukupan. Namun Sunnatullah harus di laksana dan keluarga besar boleh membantu. 
Suami dan saya dalam umur dewasa tua ini amat khuatir anak cucu akan terkandas kerana kos sara hidup makin tinggi dan pendapatan keluarga sama sahaja . Tetapi lebih mengkhuatirkan ialah pendapatan keluarga boleh mengurang kerana berbagai sebab seperti bisnes kurang lancar kerana kekuatan membeli dari masyarakat makin berkurangan.
Anak menantu saya agak susah mendapat pekerjaan dan bergantung pada satu sumber sahaja. Maka dalam perjumpaan keluarga, kita bincang juga mana-mana perkara yang harus dibincang untuk sama-sama memahami hal keadaan yang ada bagi membolihkan saluran sumbangan dibuka bagi yang diperlukan.

Ini amat penting. Jika tidak ada kekuatan keluarga bagaimana kita mahu menjalin kekuatan jiran tetangga, masyarakat dan negara. 

Saya melihat kini kekuatan negara seperti rapuh kerana banyak masaalah kewangan yang dihadapi untuk pembangunan negara. Terdengar pula dan terbaca pula kisah-kisah hartanah negara sudah jatuh atau akan jatuh pada warga asing yang akan membuatkan anak cucu kita menjadi terasing bila dewasa kelak.
Saya amat berharap kita berfikiran waras dan bijak. Cerita mengenai bangsa dan keturunan tidak akan menyelesai masaalah besar yang ada dalam hidup kita. AlQuran dan Hadith sudah banyak menjelaskan bahawa jika kita tidak kuat mematuhi segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang maka pertolongan Allah amat jauh. Tidak kira dimana manusia berada, dan tidak kira dimana orang Islam bermastautin. 
Jika keluarga tidak bersatu, mana mungkin negara boleh kuat dan mana mungkin kekuatan ummah boleh terbina. Bagaimana mungkin Islam akan dihormati jika kita yang mengaku Muslim masih sambil lewa dan tidak serious. Pertamanya kita tidak mencari Ilmu dengan bersungguh dan jika ada ilmu sekalipun kita tidak serious melaksanakan apa yang kita tahu.
Saya mengingatkan diri saya dan keluarga bahawa jika kita tidak membela kebenaran Islam, maka Orang Muslim akan menjadi seperti yang ada sekarang. Antara yang perlu dilakuakan ialah melaksana sistem pendidikan yang berteraskan Tauhid. Tidak perlu berlebihan mahu melaksana Bahasa Melayu. Jika kita pelihara Tauhid kita, maka Kemelayuan kita dengan sendirinya akan terpelihara. Kita sibuk itu dan ini tetapi perkara Teras kita ambil ringan. Kita ikut sahaja budaya asing yang tidak menjadikan Allah sebagai Teras kehidupan kita. Semoga kita insaf dan balik ke pangkal jalan dengan segera yang mungkin sebab kita tidak banyak masa.


Semoga keindahan kawasan luar rumah anak saya ini akan terus bersamanya.


Semoga usaha kita walaupun kecil Allah kira sebagai besar dan dihujung kehidupan kita Allah kurnia gajaran dan Rahmatnya yang tidak terhingga.
Aamiin, Ya Rabb....


.....

Friday, February 10, 2017

Baung Power sekali lagi......





Minggu lepas saya ke Tangkak dan suami saya datang bersama. Sambil menanti hari jemputan WalimatulUrus di tangkak, kami ke Bukit Gambir, Muar untuk makan disebuah restaurant Baung Power khas untuk suami saya kerana dia tidak bersama kami kali pertama kami ke sana.


Hidangan masakan ikan Baung sememangnya sedap bagi 
yang suka jalan2 cari makan. 
Saya ikutkan sahaja selera suami saya. Dato Safaruddin
suka belanja orang makan dan hari tu amat istimewa
 buat suami saya.
Tidak ada apa yang luar biasa, cuma Restaurant itu dikatakan
 popular kerana Ikan Baungnya.


Cukup buat saya.
Alhamdulilah, rezki makan bagi orang yang sihat.


.......

Thursday, February 9, 2017

Orang berbudi kita berbahasa.....



Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.

Hanya generasi saya yang masih menggunakan peribahasa Melayu.
 Makin hari makin pupus seni berinteraksi dengan bahasa
 yang indah dan berseni.

Tidak mengapa. Saya ceritakan dengan mudah.
Saya rakam foto di atas minggu lepas semasa menghadiri
 majlis perkahwinan anak lelaki Che Gu Rosman
 dan isterinya, Ayu di Tangkak Johor. Che Gu Rosman 
berkopiah putih dan isterinya di sebelah kanannya.
 Mereka pernah menghantar anak lelaki berumur enam tahun ke Tadika SmarTop Subur Fitrah yang saya dan partner saya usahakan.
Kini kami mengurus masuk tahun yang ke lima.
Alhamdulilah.

Che Gu Rosman dan isteri membantu Tadika kami dalam berbagai bentuk dan yang paling kami ingat sekali ialah sumbangan khemah dan jamuan makan terutamanya semasa kami 
mengadakan aktiviti ko kurikulum 
seperti hari sukan dan hari ihtifal, sambutan Hari Raya
dan sebagainya. Mereka bermurah hati dan
 budi baik mereka tetap kami kenang.

Che Gu Rosman bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Muar
 dan beliau sentiasa menasihati kami bagaimana
mahu meningkatkan kualiti sebuah institusi yang berkaitan 
dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Kerana kesibukan tugasnya kini beliau hanya 
membantu memantau kami
dari jauh dari masa ke masa. 
Kami hargai jasanya.

Semoga Allah terima sumbangannya membantu masyarakat dengan penuh keperhatinan sebagai amal soleh yang diberkatiNYA.



.......

Dia Ayahenda......






Ini Ayahenda dan isteri.....

Dia menggelar dirinya Ayahnda pada saya dan suami. Terharu rasanya.......

Hanya sahaja saya suka bersembang santai dengannya dimana jua saya mendapat peluang. Berumur 81 tahun, ayahenda masih kuat ingatannya.

Ayahenda sering menjemput kami yang berjiranan minum pagi di rumahnya. Dua hari dulu kami ambil peluang bersilaturahim. Sememangnya ramai yang akrab dengannya dan isteri kerana dia mudah berinteraksi dan suka melawak. Dia lama berkhidmat di University Malaya dan amat disayangi oleh siapa jua yang mengenalinya.



Ini foto yang teteman hantar pada saya.
Tetamu pada pagi itu termasuk pegawai Masjd Kg Tunku dan ramai
kaum bapa yang hadir sama.

Kini Ayahenda sudah jarang-jarang ke Masjid kerana tidak
seaktif dahulu. Saya dan suami sering berbual mengenai 
Ayahenda dan bercerita mengenai falsafah hidupnya dalam
 berkerjaya dan berumah tangga.
Sering dia mengingatkan suami saya secara santai dan lawak
 supaya tidak perlu mencari pasangan hidup 
yang muda di hari tua.
Seronoknya tidak akan sama. 
Yang berkorban adalah yang tua dan seseorang itu tidak harus
 di hujung-hujung hidup ini mencari sesuatu yang mungkin tidak boleh dicapainya seperti yang diidamkannya.
Suami saya senyum lebar, entah apa yang ada difikirannya.
Saya mendengari sahaja.

Itulah Ayahenda.....
Kata-katanya dan lawaknya selalu bermakna lebih dalam
dari apa yang disebutnya. Itulah kebijaksanaannya. 
Semoga kami akan terus dapat bertemu mesra
 dalam lindungan kasih sayang Allah yang
maha Pencipta dan maha Berkuasa.

Semoga Ayahenda dan isteri dikurniai kesihatan dan kesejahteraan
dalam beramal hingga ke masa yang Allah akan tentukan.
Semoga kami semua mendapat limpah kurnia Rahmatnya.

Aamiin ya Rabb....


.....

Wednesday, February 8, 2017

Being Rude.......



Quotes About Being Rude
  


Quotes About Family Being Rude


Dari hari kelmarin saya rasa sedih hati
 dan rasa terkilan.
Dalam satu mesyuarat bawah naungan satu NGO di mana saya menjadi ahli. saya berbalah
 dengan seorang teman mengenai satu isu.

Beliau membantah pendapat saya dan minta 
saya berhenti berhujah.
Mana mungkin beliau mengarahkan saya kerana Tuan Pengerusi tidak meminta saya berbuat demikian.

Kemudian dia mengatakan saya tidak seharusnya ada 
dalam mesyuarat itu.
Terkejut saya dengan kata-kata itu kerana dia 
bukan urusetia mesyuarat
dan saya ada jemputan bertulis untuk hadir.

Pastinya Pengerusi juga rasa terkejut kerana teman saya ini bergelar Dato dan punya ijazah Phd. 
Ahli yang lain terdiam.

Tiada keputusan dengan isu yang saya bicarakan dan
 Pengerusi hanya mengalihkan topik perbincangan.
Itulah cara beliu meredakan keadaan.

Teman saya ini tidak mahu kertas kerjanya dikomen
 dan diubah kerana 
dia berpendapat ia sudah memadai
 dengan tujuan ia ditulis.

Saya seharusnya diam sahaja.
Entah mengapa hari itu mood saya kurang baik.
Bila Pengerusi beralih ke topik lain,
 saya minta diri untuk tidak terus berada dalam mesyuarat.

Pagi tadi teman saya ini minta maaf dan
 saya senyum sahaja.

Saya memaafkan tetapi hati ini masih terguris.Bukan kerana berbeza pendapat tetapi seperti ia memperkecilkan kehadiran saya 
dengan cara yang saya rasa tidak sopan.
Saya harus berlapang dada kerana itu sebenarnya
 perkara biasa dalam hasrat
 kita mahu didengari.

Semua orang ada kelemahan. Hanya Allah jua yang 
maha mendengar dan maha bijaksana.


.......FOTO EHSAN GOOGLE........
Related Posts with Thumbnails