Apabila bercuti di kampung Sungai Batu, antara keseronokan ialah berlegar-legar dari satu rumah kesatu rumah bapa saudara dan emak saudara yang masih ada. Kami sembang santai dan biasanya bercerita mengenai kejayaan anak cucu atau mengenai mereka yang belum sampai ketahap itu. Orang-orang dewasa tua suka mengingat kembali peristiwa-peristiwa lama dan akan buat lawak tentang "kebodohan dan kejahilan" diri. Kadang-kadang bersembang hingga larut malam.
Di celah-celah cerita, kami akan cuba menjelaskan konsep kejayaan yang sebenarnya dan bagaimana mencapainya mengikut fahaman yang ada pada diri sendiri. Orang di kampung ramai yang masih melihat kejayaan sebagai pencapaian yang memuaskan dari segi tahap pelajaran dan pendapatan bulanan. Ini menjadi lumrah kerana itulah yang dipaparkan oleh media massa umumnya. Itulah yang selalu juga di tekankan oleh Pentadbiran Negara, khusnya Kementerian Pendidikan. Kalau tidak dapat A berderet-deret, maka seseorang pelajar itu akan dikatakan kurang berjaya. Jarang sekali kita melihat kejayaan diukur mengikut minat dan kemampuan seseorang. Dan amat jarang-jarang sekali kita mengaitkannya dengan kejayan membentuk akhlak budi pekerti.
Dalam perjalanan dari rumah ke rumah saya suka melihat-lihat tanaman-tanam di sekeliling rumah-rumah yang saya lalui. Rumah orang melayu suka bertanam bunga dan suka memelihara ternakan mengikut luas kawasan. Maka antaranya saya terpandang itek -itek menyerbang jalan. Saya memerhati itek-itek ini berjalan berderet melintasi jalan di hadapan rumah persinggahan saya. Lihatlah. Ada peraturan secara fitrah yang diikuti. Allah maha Pencipta dan semuanya diatur penuh bijaksana. Semua ciptaannya ada disiplin masing-masing. AllahuAkbar.
Manusia dituntut juga supaya berdisiplin. Dalam perjalanan ke rumah bapa saudara saya, saya terpandang papan tanda sebuah sekolah yang mempaparkan tag-line : "BERDISIPLIN BERILMU". Lantas saya komen pada suami saya kenapa sekolah ini 'single out' ciri berdisiplin dan tidak menggunakan perkataan "BERAKHLAK" yang lebih 'inclusive' dan lebih tepat. Disiplin diri adalah sebahagian dari akhlak. Maka jika kita guna perkataan akhlak, ia boleh diperincikan dari berbagai sudut yang boleh merangkumi berbagai prinsip yang mesti ada pada seorang Insan. Antara sudut yang amat penting ialah aqidah, (percaya pada Allah yang satu, dan tiada sekutu baginya). Janganlah kita khuatir dan takut mengatakannya hanya semata-mata kerana negara kita terdiri dari berbagai kaum dan agama. AlQuran adalah untuk semua manusia tidak kira rupa kulit dan keturunan. Lihat prinsip tonggak dalam alQuran yang menggariskan objektif Pendidikan.

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Al Luqman 13
Prinsip utama dalam pendidikan adalah akhlak, iaitu jangan mensyirikan Allah. Lepas itu baru kita cerita tentang ilmu yang lain yang disebut banyak kali dlam alQuran. Antaranya ayat di bawah ini.

(Al Baqarah 269)
Maka tertanya dalam hati saya mengapa Guru Besar atau Pengetua tidak memahami konsep-konsep ini. Sayangnya pihak Kementerian terlalu memberi kebebasan dalam hal-hal seperti ini. Dasar ini wujud dari masa saya bekerja lagi. Ketika itu pun dalam 16 prinsip pendidikan moral, tidak disebut langsung tentang percaya pada Tuhan. Walhal dalam Rukun Negara sudah dinyatakan. Perkara ini dilihat terlalu ringan. Mungkin sekarang sudah berlainan. Saya harap begitu.
Bila kita "turun ke padang" barulah kita nampak apa yang tidak selaras antara yang dikata dengan yang dikota. Bila melihat pergolakan politik di dalam dan di luar negara, saya bertambah khuatir memikirkan kita tidak menemui sasaran yang telah ditentukan dalam alQuran.
Tugas belum selesai, dan baki hayat tinggal sedikit. Semoga Allah menurunkan pertolonganNya dan kita dapat maju atas landasan yang sempurna yang telah disyariatkan.
Ampunkanlah kami dan tolonglah kami, Ya Rabb...
....
Maka tertanya dalam hati saya mengapa Guru Besar atau Pengetua tidak memahami konsep-konsep ini. Sayangnya pihak Kementerian terlalu memberi kebebasan dalam hal-hal seperti ini. Dasar ini wujud dari masa saya bekerja lagi. Ketika itu pun dalam 16 prinsip pendidikan moral, tidak disebut langsung tentang percaya pada Tuhan. Walhal dalam Rukun Negara sudah dinyatakan. Perkara ini dilihat terlalu ringan. Mungkin sekarang sudah berlainan. Saya harap begitu.
Bila kita "turun ke padang" barulah kita nampak apa yang tidak selaras antara yang dikata dengan yang dikota. Bila melihat pergolakan politik di dalam dan di luar negara, saya bertambah khuatir memikirkan kita tidak menemui sasaran yang telah ditentukan dalam alQuran.
Tugas belum selesai, dan baki hayat tinggal sedikit. Semoga Allah menurunkan pertolonganNya dan kita dapat maju atas landasan yang sempurna yang telah disyariatkan.
Ampunkanlah kami dan tolonglah kami, Ya Rabb...
....







Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku,
bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang
aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan)
berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci)
yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami
beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan
sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
`Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya:
tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau
beranak.
`Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya:
(ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah
mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
`Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka
bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu
yang dusta terhadap Allah.
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan)
beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan
meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan
permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan
jahat.
`Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka
sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan
sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari
kiamat).