"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, February 25, 2010

JIKA KAMU DISAKITI


 GAMBAR DIAMBIL DARI IMGLANDING.HTM

Allah berfirman :  "Dan jika kamu membalas kejahatan pihak lawan dan hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu. Dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (yakni, kalau kamu hendak membalas orang-orang yang telah menyakiti kamu, maka balaslah dengan adil dan janglah melampaui batas.Dalam pada itu jika kamu bersabar, maka yang demikian amatlah baiknya bagi kamu.)
Surah An Nahl ayat 126. tafsir pimpinan Ar Rahman. 

Ayat ini diturunkan pada tahun 8 Hijriah tetekala Rasulullah sedang mengatur peperangan membuka  Kota Mekah setelah  perjanjian damai diputuskan oleh pembesar Kota Mekah waktu itu. Ini fahaman saya. Apabila turun ayat ini Rasulullah dan sahabat-sahabat memilih untuk bersabar dan tidak membalas dendam kekalahan mereka di perang Uhud di mana ramai kaum Ansar yang terkorban. 

Apakah antara pengajaran yang harus kita contohi dari peristiwa ini dan apakah mesej ayat tersebut yang hendak di tonjolkan. Dalam satu kelas pengajian Ustaz mengatakan bahawa Allah menekankan soal akhlak dalam pembentukan ketamadunan manusia. Rasulullah saw sendiri menghadapai berbagai cabaran dan disakiti oleh kawan dan lawan yang tidak mahu menerima Risalah yang dibawa olehnya. Namun Beliau tetap berusaha dan bersabar.


Dari pengalaman hidup,saya perhatikan bahawa rata-rata manusia akan rasa marah dan mahu membalas  dendam jika disakiti oleh sesiapa pun, termasuk mereka yang masih ada pertalian darah. Ini fitrah kejadian manusia yang mempunya nafsu dan marwah diri.Saya sendiri tidak terkecuali dari hal ini.Sudah agak beminggu saya rasa tidak selesa dengan beberapa hal yang berlaku disekeliling saya dan rasa seperti hendak marah kerana rasa seperti  disakiti. Tetapi bila teringat ayat Quran seperti di atas, hati ini rasa  malu untuk menyimpan dendam.  Semoga Allah memelihara. Dalam konteks ini saya rasa mereka yang rasa disakiti dalam hal "bercinta" harus juga melihat diri bersandarkan ayat ini. 


Tetapi kata Ustaz ayat ini bukan untuk kita bersabar dengan musuh-musuh Islam yang menyakiti penduduk Islam di mana jua. Orang Islam harus sepakat dan "memerangi"  siapa jua yang telah menzalimi orang-orang Islam. Bila Islam sudah kembali kuat dan berkuasa maka orang-orang Islam boleh melaksana ayat di atas, bukan sekarang ini.Dendam untuk membalas bela kematian umat Islam harus terus membara. Dendam untuk mendapatkan kembali bumi barakah Palestine dan membebaskan Masjid al Aqsa menjadi sasaran kita. Tetapi jika awal-awal lagi mereka menyerah kalah dan mengembalikan hak mutlak orang Islam, maka kewajipan orang Islam ialah bersabar. Itu lebih baik di sisi Allah. Tidak ada seksa menyeksa walaupun dahulu mereka disiksa dan dianiaya. Balasan istimewa dari Allah lebih utama.Semoga Allah memberkati. Amin.

Monday, February 22, 2010

KELAHIRAN RASULULLAH SAW

Gambar diambil dari imglanding.htm

Bagi tiap-tiap mukmin yang beriman dan bertaqwa, kewujudan Rasulullah saw tersemat dihati setiap detik pernafasan. Ini kerana ikrar mengakui bahawa Beliau ialah Rasulullah adalah sebahagian dari Kalimah Syahadah. Dan kalimah ini harus sentiasa bermain di bibir dan dihati sanubari.

Dengan yang demikian tidak akan timbul perbalahan bagaimana cara mahu mengingati hari kelahiran Rasulullah. Apalah erti meraikan hari kelahirannya tetapi kita tidak menerima dan melaksanakan ajarannya. Mempercayai Rasulullah bukan satu ritual harian semata-mata dan jauh sekali satu ritual tahunan. Menggigit mesej AlQuran yang dibawa olehnya sekuat-kuatnya itulah yang beliau mengharapkan dari setiap Muslim Mukmin dan kemudian kita disuruh mengembangkannya pula kepada setiap manusia di mana jua. Rasulullah diutus untuk manusia sejagat tidak seperti Nabi-nabi yang lain yang hanya khusus untuk umatnya.


Dalam alQuran Surah An Nahl ayat 125 Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Serulah ke jalan Tuhan mu Wahai Muhamad dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik: Sesungguhnya Tuhan mu Dialah jua yang maha mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah juga yang maha mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
Tafsir Pimpinan Ar Rahman menjelaskan ayat tersebut seperti berikut :
Pertama - dengan hikmah kebijaksanaan iaini dengan penjelasan yang tepat dan betul, berdasarkan dalil dan bukti.
Kedua - dengan nasihat kebenaran yang baik iaini denga pengajaran yang menarik dengan menyebut peristiwa-peristiwa yang mendatangkan i'tibar, supaya mereka mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Ketiga - Hendaklah berbahas dengan golongan yang menentang dengan cara yang sebaik-baiknya, iaitu dengan lemah lembut dan kata-kata yang baik kerana ini dapat melembutkan tentangan mereka.

Berkaitan dengan perkara diatas baru -baru ini saya dalam satu kelas pengajian telah diterangkan dengan lebih lanjut lagi bahawa erti "hikmah" dalam ayat tersebut bukan sahaja bermaksud bijaksana, tetapi ia bermakusud supaya kita menjelaskan sesuatu dengan contoh perbuatan dan amalan kita sendiri. Dengan lain perkataan,
" kita sendiri buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang" barulah kita boleh menyeru pada orang lain perkara yang sama. Ini elemen dakwah yang kadang kala tidak dititik beratkan. Kita tidak boleh seperti "ketam menyuruh anaknya berjalan lurus".

Pada pemerhatian saya, apa yang berlaku dimasyarakat kita kini ialah adanya elemen seperti KETAM itu tadi. Ada yang mengatakan "cakap tak serupa bikin" dan lain- lain lagi. Dalam al Quran pun kita sudah di tegur kenapa manusia berkata sesuatu yang ia sendiri tidak bermaksud untuk membuatnya.

Maka jika kita benar-benar sayang Rasulullah saw, buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Tidak usah berdebat bagaimana mahu meraikan hari kelahirannya. Tidak ada erti selagi kita sebagai pemimpin keluarga, masyarakat atau negara masih belum mahu bertaubat dan masih mahu menegakkan benang yang basah tetapi dalam masa yang sama menyuruh orang lain berbuat baik. Ingatlah Allah maha mengetahui segala perilaku kita. TIdak perlu kita berpura-pura dan berselindung itu ini. Dan saya sendiri pun mengingatkan diri saya perkara yang sama. Tetapi kuasa saya hanya dalam keluarga. Maka kalaulah ketua masyarakat dan ketua negara benar-benar yakin (haqul yakin) bahawa Allah maha melihat, maha mendengar dan maha mengetahui, alangkah bahagianya negara kita ini. Itulah doa saya. Amin.


Sunday, February 21, 2010

APA SALAHNYA BERHIBUR




Baru-baru ini saya dijemput menikmati hidangan Nasi Dagang di rumah seorang teman di Taman Tun Dr. Ismail. Teman saya ini amat prihatin dengan kebajikan sahabat handai dan beliau suka menjalin silaturrahim sebaik mungkin. Beliau adalah seorang teman yang bersara awal dari perkhidmatan awam kerana antara lain beliau mahu memfokus kepada pengajian dan tidak mahu menyesal kemudian.

Saya datang agak lewat dan setibanya saya di sana  teman-teman lain telah hampir habis makan. Mereka sedang bercerita kisah-kisah lama semasa di asrama dan semasa melancung ke luar negara dizaman muda-muda dahulu. Mereka bergelak ketawa dan bersembang berterusan. Saya mendengar sambil makan berseorangan. Dicela-celah gelak ketawa saya terfikirkan adakah ini bentuk hiburan  bagi warga emas, iaitu bersembang  santai. Saya katakan sembang santai  kerana asasnya hanyalah fakta nostalgia. Saya tinggalkan sahaja fikiran saya di situ dan tidak lama kemudian saya minta diri untuk pulang.

Semasa di rumah saya bercerita pada suami pemikiran saya mengenai hiburan warga emas. Saya membangkitkan kisah kumpulan "Roti Canai" yang suami saya mengaggotainya sama ada aktiviti bertemu dan makan-makan serta bersembang bersama  setelah solat Subuh adalah juga bentuk hiburan. Dia gelak sahaja dan katanya jangan terlalu serious menganalisa apa itu hiburan warga emas.

Kemudian saya teringat pula satu program  bersantai yang dilaksana oleh satu kumpulan wanita yang kebanyakannya berumur enampuluhan.Saya dijemput sama untuk menyertainya.Objektif utama ialah jalinan silaturrahim. Aturcara program tersebut meliputi aktiviti menyanyi secara kumpulan, zikir barat, berpantun, pertunjukan menggubah bunga dan pertunjukan pakaian beragam.Semuanya wanita dan tempatnya tertutup. Sebenarnya saya agak keliru dan tertanya-tanya sama ada ini juga bentuk hiburan warga emas. Maaf kata saya kurang selesa untuk menyertainya. Saya takut saya jadi lagha dan terbabas dari mengingati Allah setiap masa. Maklumlah saya ada sakit jantung dan takut sedang lagha saya dipanggil pulang. Semoga Allah lindungi.


Semasa saya berumur empatpuluhan awal dahulu saya menghadiri kelas pengajian seorang professor di University Islam Antarabangsa yang ketika itu di lokasi Petaling Jaya. Terpaku dihati saya pesanan beliau bahawa kita tidak perlu berhibur secara orang lain berhibur. Yang baiknya kita berhibur dengan cara yang mendatangkan ketenangan semasa berhibur dan setelah berhibur dan rasa tenang untuk seterusnya. Dan jangan sampai hiburan itu melekakan kita dari mengingati Allah. Kita boleh dipanggil pulang bila-bila masa tidak semestinya umur tua dan sakit  terlebih dahulu. Masih terngiangiang di ingatan akan pesanan itu.


Tetapi tidak bererti kita duduk di masjid sentiasa dan duduk di tikar solat semata-mata. Seorang teman mengatakan aktiviti Usrah adalah satu bentuk hiburan. Menjamu selera selepas usrah juga mendatangkan keseronokan. Dalam pada itu juga kita menjalin silaturrahim  termasuk bersama mereka yang berumur lebih muda. Membawa berjalan-jalan anak-anak dari keluarga yang kurang kemampuan juga adalah satu hiburan, membantu mengurus rumah-rumah anak yatim dan miskin pun satu hiburan dan lain lain lagi sepertinya. Kita masih boleh bergelak ketawa dan masih boleh bersantai. Tetapai kita sentiasa berpesan-pesan yang mendatangkan munafaat. Berziarah atau musafir bersama  keluarga dan sahabat handai adalah juga hiburan kerana kita membentuk persaudaran yang lebih erat disamping melihat kecantikan bumi ciptaan Allah dan mengambil itibar dari pengalaman-pengalaman yang di lalui.

Setakat ini sahaja pandangan saya. Mungkin satu pandangan yang agak sempit. Saya cuma ingin berkongsi  pendapat. InsyaAllah saya boleh terima pandangan lain yang lebih baik.



Thursday, February 18, 2010

AIR TANGAN IBU.




Apa yang kita istilahkan sebagai kemajuan di dunia hari ini telah banyak merosakan cara hidup orang timur yang saya anggap amat penting dalam proses membentuk perbadi anak-anak dalam keluarga. Antara yang saya ingin perkatakan di sini ialah budaya memasak untuk anak-anak yang proses berbuat demikian menghasilkan suatu yang di istilahkan sebagai "air tangan ibu". Ada elemen barakah ibu di situ, insyaAllah. Mungkin ibu-ibu muda hari ini ramai yang sudah tidak tahu apa itu "air tangan ibu".

Malam ini tadi saya "berleter" pada anak perempuan saya supaya berusaha sendiri memberi anak-anak makan kerana karenah anak hanya ibu yang paling mengetahui. Pengasuh anak-anak tidak akan memahami dan kebanyakan mereka tidak prihatin dan tidak ada kesabaran untuk mengendali karenah anak-anak yang sedang membesar. Saya telah mencadangakan (mengarahkan sebenarnya) pada anak saya untuk bangun pagi-pagi pada hari kerja dan menyediakan makanan anak-anak supaya pengasuh hanya perlu menghidangkan dan menyuapkan jika perlu. Saya rasa ramai ibu-ibu bekerja yang tidak ada kesempatan untuk membuat tugas ini. Saya berpendapat ini tugas paling utama kerana kesan air tangan ibu tidak ada bandingan dari segi keberkesanan untuk membentuk perbadi anak, terutamanya jika anak itu anak kandung sendiri. Tidak akan sama air tangan ibu dengan air tangan pengasuh. Tambahan pula pengasuh tidak prihatin dalam memilih jenis makanan yang perlu diberi pada anak-anak. Salah-salah hari bulan anak-anak akan hanya diberi nasi dengan telor dan kicap. Mungkin juga anak-anak akan diberi mee segera sahaja kerana itu mudah untuk disediakan. Walaupun sudah dipesan untuk memasak makanan yang berkhasiat dan bahan-bahannya pun sudah disediakan, tetapi tidak ada jaminan ini akan dilaksana kerana kebanyakan mereka bersikap acuh-tak-acuh.

Saya rasa sememangnya tidak ada dalil yang tepat dan langsung mengenai perkara ini. Ini mungkin hanya dianggap sebagai petua orang-orang tua. Tetapi dari segi realitinya pasti ada kesannya. Bila ibu yang memasak dan ibu yang melayan makan, interaksi emosi pasti ada dan sentuhan fisikal ibu dan anak pasti membawa kesan positif yang tidak boleh ditukar ganti (no substitute) baginya.


Hari ini ramai keluarga bergantung pada makanan segera kerana ketiadaan masa yang mencukupi. Saya khuatir ini adalah alasan semata-mata. Saya percaya kalau kita betul-betul komited pasti kita akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan tugas ini kita buat sendiri. Kita boleh kurangkan masa tidur atau masa bersantai yang hanya dengan suami tanpa kehadiran anak-anak. Kita boleh berkongsi dan berkerjasama dengan suami dalam menyelesaikan kerja-kerja rumah supaya isteri sebagai ibu ada masa untuk memasak dan melayan anak-anak. Pepatah inggeris mengatakan "the hands that rock the cradle rules the world". Tugasan Fitrah seorang ibu jangan kita abaikan.
Wallahua'lam.

Wednesday, February 17, 2010

CERITA LAMA



Rasa amat seronok bila dua orang pegawai lama saya menziarahi saya di rumah kerana mendapat tahu saya ada masaalah jantung. Seorang baru bersara dan seorang lagi akan bersara dalam masa dua tahun.

Alkisah berceritalah kami tentang sakit dan penyakit dan bertukar maklumat mengenai teman-teman saya yang sama bertugas yang telah pulang ke Rahmatullah. Saya rasa insaf betapa pendek sebenarnya umur kita di dunia ini. Dan saya rasa amat takut juga kerana banyak perkara pokok yang belum selesai, terutamanya untuk hidup dengan melaksana semua perintah Allah swt. Saya amat takut kerana mungkin saya juga salah di sisi Allah kerana hukum hudud belum terlaksana dan berbagai lagi perkara mungkar yang boleh dielak tetapi tidak dielak. Saya hanya mampu bertaubat dan cuba berbuat sesuatu yang dalam masa jangka panjang boleh menghindar manusia dari berbuat mungkar. Alhamdulilah saya mendapat teman-teman yang sentiasa mengajak saya untuk membantu mereka berusaha bersama menubuhkan sekolah Islam terpadu, program membina genarasi anggun berteraskan Quran dan sunnah dengan harapan akan terbina generasi yang cinta alQuran dan dapat menyumbang secara positif kepada kehidupan dunia  selaras dengan kehendak Allah untuk membangununkan barisan Ululalbab. Alahai! sumbangan saya amat sedikit, sedikit sekali. Tetapi doa saya semoga Allah akan melihat saya sebagai hambanya yang telah berusaha. Saya insaf kerana sedang dihambat umur yang entah bila akan menemui kesudahannya.


Kita boleh bercerita mengenai sakit dan mati tetapi saya sentiasa beringat bahawa kita tidak boleh duduk ditikar solat semata-mata dan menuntut ilmu tanpa mencari masa bagaimana ilmu itu boleh dijadikan amal. Saya berbincang agak lama dengan tetamu-tetamu saya mengenai hal ini. Tetamu saya yang masih bekerja menceritakan perihal budaya kerja yang ada sekarang. Saya nampak seperti cerita lama juga. Kalau kita mahu mencapai "kejayaan" dalam perkhidmatan, maka  pandai-pandai membawa diri. Jangan banyak menentang arus dan faham-fahamlah siapa yang berkuasa.


Saya banyak mendengar dan tidak memberi pandangan kerana sudah tidak berada di arus perdana maka saya khuatir apa yang saya katakan nanti tidak relevan. Cuma saya mengatakan bahawa hanya satu yang pasti difikirkan kalau kita mahu menepati konsep  bekerja kerana Allah dan mahu mencapai kejayaan. Perbetulkan perbuatan solat, menuntut ilmu yang sewajarnya supaya kita tahu apa erti Taqwa dan kesannya pada budaya kerja. Kenapa tunggu bersara baru sibuk menuntut ilmu. Bila masa pula kita boleh laksanaknya. Ilmu tiada harga jika ia tinggal sebagai ilmu.     


Bila bercerita mengenai keadilan dalam pergerakan kerjaya, naik pangkat dan tata tertib saya hanya mampu bercerita tentang pengalaman saya dahulu sahaja. Jangan pilih bulu. Jangan kita  pinggirkan mereka yang ikhlas dan yang mahu menegakan kebenaran. Jangan kita membuat percaturan apa jua asal sahaja kita dapat mengekalkan kedudukan yang istimewa. Lambat laun Allah akan menunjukan yang benar itu benar, dan yang batil itu batil. Janji Allah pasti tertunai. Maka pada malam itu saya menasihati anak saya yang masih dalam arus perdana dalam perkhidmatan supaya jangan lagha, jangan terlalu yakin kalau kita sihat hari ini maka esuk kita pasti sihat. Dan jangan terlalu pasti bahawa kalau kita tidak sakit maka maut masih jauh tempatnya. Kerja tanpa merujuk pada Allah boleh berjaya tetapi tiada barakahnya. Lihat saja negara yang membangun tanpa Islam. Mereka mereka kaya dan berkuasa di dunia. Tetapi mereka sentiasa dalam ketakutan  Liha t surah An Nur ayat 55 akan janji Allah.
WaAllahua'lam.

Monday, February 15, 2010

SERBA SALAH



Kelmarin dulu saya dijemput untuk bersama dengan rakan-rakan yang menjadi ahli sebuah persatuan "Old Girls" yang berstatus elite. Saya yang memberi gelaran "elite"  kerana kesemuanya berjaya dalam kerjaya canggih masing- masing dan kediaman mereka rata-rata adalah di kawasan perumahan yang dianggap elite oleh masyarakat. Kediaman yang saya kunjungi ini adalah di Bangsar, Kuala Lumpur. Saya bukan dalam persatuan itu tetapi saya mendapat jemputan untuk menghadiri majlis "get- together" oleh seorang teman.

Saya rasa serba salah kerana saya bukan ahli dan asal usul saya pun sekolah atap disebuah bandar yang kecil di Johor, iaitu Pontian.Sebagai anak keluarga pendatang, maka tidaklah berpeluang untuk ke sekolah elite  walaupun keputusan sekolah rendah saya boleh dikatakan cemerlang memandangkan saya dari keluarga yang serba kekurangan. Saya mendapat "A" dalam keputusan sekolah rendah dalam tahun  1959, tetapi tidak mendapat tawaran ke sekolah elite. Agaknya kerana saya Jawa pendatang maka saya dipinggirkan. Tidaklah saya tahu.

Rata-rata penduduk di Pontian adalah nelayan atau penoreh getah dan sekarang ini pengusaha kelapa sawit. Dengan rasa agak kurang selesa, saya pergi juga dan sedaya upaya cuba menyembunyikan perasaan ini. Saya pujuk diri dengan mengatakan semua orang serupa di sisi Allah, dan yang membezakan kita adalah 'taqwa'.

Sejurus sampai saya bersyukur Allah memudahkan penyertaan saya. Tuan rumah amat baik sekali, maka saya tidak rasa kekok. Malah hampir semua yang hadir tidak bersifat "elite" seperti yang saya khuatiri.Saya rasa seronok dan dalam hati bercadang untuk cuba bercerita mengenai program dan aktiviti Pertubuhan Sukarela yang saya anggotai, kot-kot mereka mahu  menyertainya.

Majlis dimulakan dengan membaca surah Yasin dan doa selamat. Alhamdulilah Tidak ada bacaan tahlil seperti yang saya sangkakan. Hidangan makanan amat mewah sekali. Teringat saya akan saudara kita di Palestin, yang mempertahankan Masjidil Aqsa dan mereka berkerja kuat untuk sesuap nasi. Agak rasa bersalah untuk bersungguh-sungguh makan walupun tuan rumah menjemput beria-ia untuk kita menjamu selera. Saya pun dinasihatkan oleh Doktor untuk menjaga makanan dan pemakanan  kerana saya disyakki ada yang tidak kena dengan jantung saya. Tetapi saya makan kerana itu saja yang saya boleh buat untuk rasa selesa tanpa perlu bercakap-cakap kerana saya perhatikan dengan mata dan telinga saya bahawa tajuk cerita  kumpulan adalah mengenai hal-hal yang biasa-biasa sahaja.

Saya cuba-cuba panjangkan telinga saya kot ada yang bercerita tentang masaalah negara atau masaalah masyarakat dan mungkin berbincang sedikit sebanyak untuk mencari jalan bagaimana mencari penyelesaian. Saya cuba-cuba juga menyelitkan tajuk cerita tentang NGO saya yang sedang bersungguh-sunguh hendak membina sebuah Kolej Penampilan Diri Anggun, untuk anak-anak lepasan sekolah menengah dan belia lepasan university sebagai satu cara menangni  masaalh remaja dan belia dengan harapan supaya mereka  melengkapi diri untuk menjadi ahli keluarga dan ahli masyarakat yang berwibawa. Saya mohon pandangan dari segi konsep dan tajaan. Tetapi saya rasa agak termalu bersendirian kerana tidak ada sambutan yang saya harapkan. Agaknya cara saya membuka cerita  tidak kena pada waktu dan tempatnya. Entahlah. Tetapi mungkin juga kerana  hidup mereka mewah dan mereka sentiasa sibuk mengendali kerjaya dan perniagaan mereka  maka tidak dirasai adanya masaalah gejala sosial di dalam masyarakat kita. Oleh itu agaknya cerita saya seperti tidak relevan untuk mereka. Saya mendiamkan diri dan meneruskan makan dan mengiakan perbualan dimana sesuai.

Walau bagaimana pun saya tidak rasa kecewa pergi ke majlis tersebut.Alahamdulilah. Saya mengenali kawan-kawan baru.Saya sentiasa ingat saranan kawan-kawan seperjuangan mengatakan : Siapa kata jihad itu senang dan siapa kata perjuangan  itu mudah.Saya kenalah tarbiah diri untuk bersabar dan mencuba cara pendekatan yang lain pula.

Saya pulang lewat dan rasa gelisah kerana tidak solat awal waktu. Saya sudah berjanji  berkali-kali dengan diri sendiri untuk tidak lengah dan lagha. Saya belum berjaya.Tetapi saya menumpang kenderaan teman, maka terpaksalah menanti. Tetapi itu  hanya mencari alasan sahaja sebenarnya. Terasa menipu diri. Semoga Allah memberi keampunan, Amin.

Sunday, February 14, 2010

KNOW WHERE YOU ARE GOING


LIFE CAN BE JUST AS ROUGH AS THE OPEN SEAS.


I was reading a book my daughter bought me, "Chicken Soup for the Soul" on one 'lazy' afternoon a week ago when I came across a saying by Franklin D. Roosevelt. It says: When you get to the end of your rope, tie a knot and hang on. At that point I also remember a popular saying : When the going gets tough, the tough gets going.



I flashed back in time to when I was in my mid twenties. Life was no easy game for me. Just like the evergreen song of the late sixties and early seventies. The thought of my son came to my mind. He celebrated his 29 birthday last month and received a bouquet of flowers from 'he doesn' t know who'. Maybe he wasn't going to tell me but I didn't insist to know either."Ask no questions and you will get no lies". Sometimes that becomes my motto.So I let it be. One question persists , though. Why do girls send secret messages? LOOKING INTO NOWHERE AND INTO NOTHINGNESS?

That was only a thought of how young people move forward after they stumble into rough grounds on their way out and on their way up. Every one of us went through those years when many of us would ask for advice but in the end never followed any, not even from your mother, the most sincere person in your life if you dare to be honest with her.

Moving forward in life be it private or otherwise can be tricky. So in the Alquran ( God Allah ask WHERE ARE YOU GOING) as revealed in these verses, Chapter 81 verses 19-29:
"Verily this is the word of a most honourable Messenger
Enriched with Power, with rank before the Lord of the Throne,
With authority there, (and) faithful of his trust
And (O people!) Your Companion is not One possessed
And without doubt he saw him in the clear horizon
Neither does he withhold grudgingly a knowledge of the unseen
Nor is it the word of an evil spirit accursed
Then whither go ye?
Verily this is no less than a message to (all) the World
(With profit) to whoever among you wills to go straight
But ye shall not will except as Allah wills,- The Cherisher of the Worlds."
translation by Abdullah Yusuf Ali

Going forward has only one objective, in the Service of Allah the Almighty.We can live life in many different ways as long as we do not transgress His Rules and Regulations, that is, The alQuran and the Traditions. Live as free as the birds and dream as wild as the trees and the mountains. But make sure our feet rest on the ground.

Moving forward in love and affections has various considerations. I talked in some length with my son, sometime ago, who is now in the midst of making a decision of his life. There are at least "seven in one" aspects of a partner in life ( 7 in 1). In his case, she is a wife, a friend, a confidant, a lover, a co-worker, a roommate, a team player and above all, a follower in the worship of Allah,( a husband is a leader).One can interpret this in many different ways as one's obligation towards the immediate family, the extended family, the work place and the society is different from one and the other. The thrust of love and wifely relationship must be sincerity, and fear of Allah (taqwa), compassion, empathy, forgiving, mutual respect, and (perhaps a few more).In short a husband and a wife must be able to complement and supplement each other.


Life is not a bed of roses, as the saying goes.Life is full of trials and tribulations. But let not those sayings hold you back.Much has been said here and elsewhere about making life blissful and successful. I reminded my son that success is the prerogative of Allah, God almighty. We only need to live by some basic rules,and take a day at time when it comes to solving a complicated problems. ALLAH DOESN'T REQUIRE US TO BE THE BEST - ONLY THAT WE TRY OUR BEST. But we do not have to be too careful, or else we do not get anything done. Some people say that if we need to jump off cliffs, JUMP, and we build wings on the way down. But I kept reminding him : you cannot solve a problem before you check on yourself first. In any problem, there is cause and effect. And the cause may be with yourself. Change yourself before you change others. This case is true for every one of us. Martin Luther king said: The ultimate measure of a person is not where they stand in moments of comfort and convenience, but where they stand in times of challenge and controversy.

What is important is you know where you are going. And the best reference is the Quran and the Traditions of the Prophet Muhammad (saw). There are no two ways about it. So, my dear son, take care of yourself today as Allah has ordained on you, and Allah shall take care of you tomorrow. We will all do the same.And may Allah bless us all. Amin.

Thursday, February 11, 2010

BE A LOSER GRACEFULLY




Why did you call me a loser? asked a friend almost in disgust as she heard me calling her a loser when she confided in me that her husband has entered into another marriage with a much younger woman. I smiled and held her close, almost like giving her a hug to say , " No, my dear you are not a loser in the normal sense of the word 'loser'". I regretted using the word because it almost drove her into tears.I hugged her close and whispered,"I am sorry and please let me explain." She calmed down and began to smile. She knew that I always described things that happened in our life in ways different from the way some people would.

Actually in a polygamy everyone involved are losers of some sort, be it the first wife, the subsequent wife or wives, the husband, the in-laws and most of all, the children. Of course what one loses and how much one loses depend, among other things, on the social and economic status of the people involved. But today I am writing about this friend of mine from an upper middle class family who is now considered middle age.

"You are a loser only for a while if you can see the reverse side of a polygamy. There are many facets to polygamy but most men only focus on those immediately relevant to their very personal interest and personal requirement. Let us look at the wider spectrum. " I started talking like a trained counselor."You are not a loser but you are not a winner either. You are just you who can turn problems into opportunities and you can live well in harmony with yourself if you could just accept it and move on with life the best way you know how. Polygamy can give you that excruciating pain in your very heart, but let it not destroy the strong and beautiful you.  God does not make this world too small that you cannot find a space within yourself to do something or anything that pleases your heart. Perhaps this is a good time to re-invent yourself through re-engineering your heart and mind. Maybe this is the the time you can pursue the power of  your dreams.  But just make sure all that you do is within the rules and regulations set by the Syariah Laws. Learn about them quickly if you are not familiar with them just yet.  I believe there are plenty to do if you could open the windows of your imagination a little wider and not be conscripted by the old fashioned thinking and traditions."

I paused for a minute and listened to what she had to say. "Hmm mmmm, I never looked at it that way." She said in a tone like she is unsure. " The minute I knew that he remarried, my first thought was that he let me down as a life partner, I felt kind of insulted and I felt like he is not the person I used to know. He became a stranger and I felt like I cannot even touch his hands".

I agree with my friend  to some extent, and may be to a large extent, that the husband is now in many ways a stranger. I tried to empathize and talk in the "we" form.  Yes, we  may not like to live among strangers. But since we are sort of "trapped" in a "not sure" situation we can go on with life  by redefining the meaning of life itself all over again. I repeat,  we can re-invent our life style. The basic meaning will never change because we are guarded by the Islamic rules and traditions. (Please do not grudge this situation  and do not try to find fault with the rules. The Quran is perfect. It is human imperfections that we are dealing with now).

Islam provides freedom within the realm of the basic right of a woman and a wife. A woman is created different but equal in the eyes of Allah. Understand the issues of women in marriage and you can walk tall even if your husband cannot focus on you alone. Maybe one day men will also understand their role as man and as husband and who they should serve. That is whether they should focus on their interest first or the interest of the family as a whole. We shall leave this for another discussion. Man always defend their case because polygamy is allowed in Islam. They choose to play down the fact that our Prophet Muhammad (saw) did not take another wife while with Siti Khadijah , his first wife who was about15 years older than him. Is this a coincidence? Nothing is a coincidence with our prophet and our lesson in "sirrah" should explain this instead of taking it for granted.Let us tell our Ustaz that fact and he may want to look again at the meaning of life with an older woman in Islam as exemplified by the Prophet's wife, Khadijah.

Yes, coming back to you, my friend, and as I said, the frills in life can be varied as you like because you have plenty of time to yourself now.  Do not feel sorry for yourself. Sometimes life can be unpredictable. One day you are okay, the next day you may be told you have cancer and you may live for a few more years. Believe me nobody knows really what the future is like for any of us. Be positive, work hard on something with added value that brings blessings (barakah) from Allah and peace to your mind, and leave the rest to God alMighty, Allah.

If you look carefully at a polygamous marriage, the husband may be the actual loser although he thinks otherwise. Usually he will tell his friends  all the excitement of a polygamy but do not dare to tell about the sobs and tears deep inside his heart. One good friend who has two wives both of whom I knew, told me one day that he felt miserable on  that  particular day when he saw a notice at the front door of his first wife's house that read: 'Be back soon,". He waited until he was tired and bored but no body turned up. He was particularly miserable because he misses her and was missing the old time they shared when they were first married.Little  things suddenly becomes so meaningful to him  because he did not get or could not do together with the second wife and that he longed to get back to the old "pleasures" which he could get no more because the mind set has changed and space and time is no more with him. When one gets older often times one is set in one's old habits that suddenly one finds the old ways seem to be the most relaxing thing to do.

Indiscriminate polygamy destroys ( too strong a word) rather indiscriminate polygamy robs one of the beauty of just being a person or a human and indiscriminate polygamy could numb a relationship which was otherwise simple and in perfect harmony.

Therefore, just as much as you can grow old gracefully, you can also be "a loser" gracefully,  insyaAllah with a newly  found passion and wisdom and much more.Allah knows best and He knows what is best for you. Just be thankful with  all the pleasures Allah has granted and move on with life by His Grace, Love and Affection. And Allah will bless you even more if you sincerely du'a for your husband's well being. Remember,he is still human and he is still the father of your children, and you are still his WIFE,  and he deserves some kind of respect.
WaAllahua'lam.

Thursday, February 4, 2010

SELESAI MASAALAH TANPA MASAALAH



Allah menurunkan ujian dalam berbagai bentuk. AlQuran surah Al Mulk, ayat 2 bermaksud: "Dialah yang mengtakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia maha kuasa lagi maha pengampun."

Masaalah pastinya ada dalam hidup kita. Kadang-kadang ada setengah orang yang mengatakan dia tidak ada masaalah. Orang seperti ini sebenarnya dia pun ada masaalah. Cuma ia kurang menyedari bahawa dia ada masaalah. Ini berlaku demikian kerana sesaorang itu mengukur diri sendiri berasaskan perkara-perkara berbeza dan fahaman-fahaman berbeza. Kalau kita rasa diri kita tidak ada masaalah, maka kita tidak akan memperbaiki diri kita kerana kita kurang mengerti hakikat sebenarnya apa itu hidup dan kehidupan.

Biasanya orang yang rasa dia tidak ada masaalah adalah orang yang rezkinya melimpah-limpah dan anak-anak berjaya dan berakhlak yang dianggap baik oleh masyarakat di sekelilingnya.Dia mempunya kerjaya yang disanjung tinggi, badan yang sihat dan lain-lain kesemuanya seperti baik sahaja. Saya selalu diingatkan bahawa Allah juga menguji dengan kekayaan, keselesaan dan penghormatan sesama manusia. Jika keadaan begini, maka eluk kita bertanya pada tuan guru atau kawan atau seorang 'confidant' untuk menilai diri kita secara ikhlas. Pasti ada yang tidak kena pada diri kita. Ini saya yakin kerana Allah menyuruh kita selalu muhasabah diri dan menyuruh kita selalu bertaubat dan menyuruh kita istiqamah dalam berbuat yang baik dan meniggalkan yang mungkar.

Maka sekiranya kita menghadapi masaalah,  kita selesaikan masaalah kita  sedaya upaya supaya tidak timbul masaalah yang lain.  "SELESAI MASAALAH TANPA MASAALAH".Jangan sampai selesai masaalah, timbul masaalah.

Saya percaya ramai kita sering memerhatikan fenomena di mana kita mengambil tindakan untuk memperbaiki sesuatu krisis dengan mencari satu strategi terbaik.Semasa kita bekerja, kita akan tubuh satu kumpulan terdiri dari beberapa pakar atau orang yang ahli dalam sesuatu kes yang hendak di perbincangkan. Dalam usaha ini nowaitu mesti betul, tujuan mesti betul dan proses mesti betul dan sumber pun mesti betul. Mana-mana satu fakta yang tercicir maka hasil nya pasti tidak memuaskan. Dalam Islam ini prinsip penting kerana akhirnya yang kita cari ialah keredhaan Allah. Tanpa itu maka penyelesaian yang kita cari bagi sesuatu krisis akan hanya menimbulka krisis yang lain, dan kadang kala masaalah ini akan berangai-rangkai pula.

Sebagai contoh, kita mahu menyelesaikan supaya generasi muda kita bijak menggunakan masa lapang mereka. Kita tidak mahu mereka menjadi belia jalanan yang tidak tahu mengurus diri dan boleh terlibat dalam gejala sosial yang membobrokan masyarakat. Cara popular sekarang ini ialah mengadakan konsert terbuka dengan format terbuka. Tidak perlu saya sebut nama program saya rasa ramai yang sudah faham. Konsert terbuka dengan format terbuka biasanya melanggar tata susila agama, nilai budaya yang murni dan berbagai lagi. Konsert terbuka seperti ini biasanya membelakangkan waktu solat, membenarkan pergaulan bebas dan mendorong pula mereka yang menyertainya untuk makan minum yang tidak halal. Saya takut hendak menyebut perihal yang menyentuh perkara-perkara sulit antara wanita dan lelaki.Tetapi semuanya itu menjadi suatu yang susah di kawal.Maka masaalah yang lebih berat pula yang timbul.

Ini adalah antara bentuk penyelesaian masalah yang menimbulkan lebih banyak masaalah. Ambil pula contoh penyelesaian masaalah yang sering diperkatakan oleh wanita secara bisik-bisik, ia itu poligamy. Tujuannya mungkin betul, nowaitunya betul. Tetapi proses dan sumbernya mungkin tidak betul. Maka masasalah jugalah yang akan timbul. Selesai satu masaalh tapi masaalah lain yang timbul menjadi lebih rumit. Anak-anak hilang haluan, sakinah dalam rumahtangga jadi amat berkurangan kalau tidak luput sama sekali,  'pergaduhan' mengenai harta dan berbagai lagi boleh berlaku. Islam tidak melarang poligamy. Tetapi yang masuk dalam lingkaran poligamy saya rasa jarang yang berfikiran panjang dan rasional. Islam meletakan syarat-syarat yang perlu difikirkan secara mendalam oleh orang yang betul-betul beriman. Maka selepas berbuat demikian barulah boleh mengatakan 'saya ikut contoh Rasulullah saw'. Tanyalah pada mereka yang terlibat akan perihal sebenarnya.

Setiap masaalah ada penyelesaian alternatif yang disarankan oleh Rasulullah saw sendiri. Siapa yang tidak mampu berpoligamy, berpuasalah. Dan kemampuan bukan dilihat dari segi fisikal dan kemampuan material sahaja. Bacalah hadith  mengenainya dengan cermat dan ikhlas.Mereka yang 'berjaya' dalam hal ini, alhamdulilah. Beri nasihat pada mereka yang mahu mencari penyelesaian yang serupa, ia itu selesai masaalah tanpa masaalah.

Di Amerika pula, kahwin sesama seks. Diluluskan oleh mahkamah kerana kononnya itu satu penyelesaian kepada masaalah  mahu memberi keadilan tanpa mengira jantina, latar belakang sosial dan agama. Ini satu krisis yang lebih parah. Ia melawan arus fitrah ciptaan Allah. Tidak kira agama dan keturunan. Ini kes manusia tunjuk pandai dan melampaui batas seperti yang tersebut dalam alQuran. Tetapi manusia ramai yang mencari penyelesaian mengikut akal semata-mata.Inilah bentuk penyelesaian masaalah yang menambah masaalah.

Sebenarnya banyak lagi contoh yang kita boleh fikirkan sendiri. Saya rasa kurang selesa untuk memberi bebrapa contoh yang lainnya.

Untuk mencari sakinah dalam keluarga yang kemudianya akan membentuk masyarakat yang harmoni maka kita harus kembali pada yang hak dan pada kebenaran, samada individu, keluarga, organisasi atau pemerintah negara.Kalau kita mencari penyelesaian, kita pastikan kita bukan mencari KEMENANGAN. Maka EGO harus disampingkan.  Kita mahu menegakan kebenaran. KEBENARAN TIDAK MEMIHAK. Kebenaran sumbernya dari Allah, prosesnya perlu selaras dengan kehendak Allah. Oleh yang demikian hati-hatilah dengan tindakan yang kita pilih. Kita tarbiah diri kita untuk membuat keputusan yang betul pertama kali dan seberapa yang terdaya mesti betul setiap kali. Jangan terperangkap dalam  fenomena "sidrom mangsa" (victim syndrome). Kita menggunakan kelemahan dan kekurang kita sebagai mekanisma mempertahan diri (defence mechanism).Dan janganlah pula kita terperankap dalam zon selesa dan memandang sepi terhadap apa jua masaalah yang dilihatnya.

Akhir kata, kita harus kembali pada fitrah. Ustaz selalu berpesan: Perbanyakan bertaubat dan mohon pertolongan dari Allah Pencipta kita. Allah yang maha mengetahui masaalah kita. Mohon petunjuk dan hidayah. Mengaku kelemahan, kekurangan dan kesalahan.Kita berdoa, kita berikhtiar dan kita berserah. Tiada Kekuatan melainkan dari Allah dan cukuplah Allah sahaja tempat kita merujuk segala-galanya.
Semoga Allah memudahkan segala urusan kita dan semoga Allah meredhai usaha kita. Amin.

Wednesday, February 3, 2010

YANG SISA DIHIDANGKAN



KUMPULAN KAMI KE GARUT.


TERSENTAK dan terkejut pendengaran buat seketika apabila terdengar pembicara mengatakan: "Patutkah yang sisa dihidangkan pada Allah?" Pembicara adalah pengusaha sebuah Pasentren moden yang memberi penerangan pada kami dalam satu rangka lawatan ke Bandung baru-baru ini. Saya bersama beberapa teman ketika itu sedang membuat lawatan sambil belajar dalam usaha membantu seorang Pengusaha membangunkan sebuah Pasentren terpadu di Garut, tidak jauh dari Bandung. Ketika itu kami sedang mendengar jawapan pada satu soalan yang bermaksud: "Kalau kita hendak rumuskan, apakah ada suatu kekuatan dalam usaha kita yang kita harus titik beratkan yang boleh menjadi tunjang kejayaan di Pasentren ini?"




DUDUK KANAN SEKALI: PENGUSAHA PASENTREN

Dengan spontan beliau menjawab : "SOLAT AWAL WAKTU DALAM BERJEMAAH DI MASJID SECARA BERTERUSAN (ISTIQAMAH). Ini amalan datuk saya yang mengasaskan pasentren ini, diturunkan pada bapak saya dan sekarang pada saya. Saya membuat pembaharuan dengan memodenkan Pasentren ini, iaitu kami laksana juga perusahaan Pertanian secara komersil kepada sebahagian peserta. Dari mulanya lagi kami didik dengan prinsip tersebut. Kami denda mereka yang masuk berjemaah secara masbuk'. Kami didik supaya mereka bersedia awal untuk solat dan solat tepat pada waktunya. Tidak ada penangguhan melainkan jika ada kecemasan. KALAU MENANGGUHKAN WAKTU SOLAT ADALAH SEPERTI MENGHIDANGKAN SISA PADA ALLAH SWT." Subhanallah...

Ini yang membuat saya terkejut dan termenung sebentar. Lantas saya rasa tidak sedap perut mendengar kata-kata itu kerana saya adalah seorang yang sering solat lewat waktu.Ada sahaja sebab dan karenah yang seperti rasa perlu dibuat dan selalunya teringat ketika hendak solat. Hasutan syaitan adalah satu fakta tetapi sebenarnya kita tidak cukup komited dalam pengabdian diri pada Allah swt. Mungkin yang sebenarnya ialah kita belum benar-benar mengenali Allah maka kita belum cukup terdorong untuk solat pada awal waktu itu satu keutamaan dalam apa jua keadaan.

Saya teringat juga semasa saya kecil-kecil dahulu bapak saya yang juga seorang 'santri' di pasentren sebelum berhijrah dari tanah Jawa ke Malaya, membudayakan anak cucu supaya bersedia untuk solat terutamanya maghrib lebih kurang setengah jam sebelum waktu. Kami akan beselawat dan 'puji-pujian' seperti nasyid sementara menunggu bapak siap mandi dan wuduk. Tetapi bila saya besar dan bapak telah pulang dahulu ke Rahmatullah, budaya ini menghilang. Saya juga bertudung rapi semasa kecil tetapi bila bersekolah semuanya hilang. INI ADALAH BUKTI BAHAWA JIKA TIDAK ADA PENGUKUHAN  (REINFORCEMENT) DI LUAR RUMAH, MAKA APA YANG DIAJARKAN LAMBAT LAUN HILANG DITELAN CARA HIDUP 'MODEN'. Betapa penyesalan saya tidak berkesudahan.Saya hanya mampu memohon ampun dan bertaubat semoga saya dapat menghayati Islam seperti yang dicontohi oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad saw.



(SOLAT DALAM APA JUA KEADAAN)
GAMBAR HIASAN DIAMBIL DARI CARIGOLD.COM

Maka teringat juga saya ketika berkerja dahulu. Selalu sahaja mesyuarat habis lambat dan solat 'asar sampai ke jam 6.30 petang atau lebih lewat dari itu. Tidak ada 'break' barang 10 minit pun untuk solat awal waktu. Bila saya ingat kembali rata-rata ramai berfikiran kerja pun penting juga. Dan kalau waktu solat itu panjang maka tidak perlulah untuk berhenti sekejap bagi membolehkan orang menghadap Allah dahulu. Kesal tiada berguna, saya katakan pada diri saya. Kenapa ketika itu saya tidak mahu faham bahawa yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan apa jua usaha kita adalah Allah swt. Tetapi mengapa pula suruhanNya kita ringankan?

Kadang-kadang saya syak ada juga yang langsung tidak solat kerana katanya kita boleh 'qadha'. Saya kurang arif akan prinsip ini. Saya berdoa semoga fenomena seperti ini sudah tidak ada lagi dalam budaya kerja perkhidmatan awam. Saya khuatir kerja-kerja tanpa barakah seperti inilah yang meyebabkan negara kita seperti negara kaya tetapi masih banyak gejala sosial yang belum dapat ditangani dengan memuaskan.

Sekarang saya berusaha supaya solat awal waktu. Jangan sisa yang dihidangkan.Saya juga terus berdoa semoga saya dapat istiqamah dalam menunaikan solat berjumaah. Oleh kerana saya seorang perempuan maka solat di masjid dibolehkan mengikut peraturan yang ditentukan.
WaAllahua'lam.

Tuesday, February 2, 2010

MENDZALIMI DIRI

Semalam terbaca perihal Freemason masih berleluasa cuba mempengaruhi minda manusia yang bukan golongannya supaya memihaknya dan sayang padanya dan percaya padanya. Maka terpanggil hati ini untuk mecatatkan rasa seperti dibawah ini.


Ya Allah,....
Mengapa dangkal setengah hati kami
Tidak mahu percaya
Yahudi itu musuh durjana sejagat manusia
Yahudi itu manis kata-kata
Tapi hati tetap mahu memperdaya
Setiap manusia lainnya mahu diperhamba

Ya Allah .....
Mengapa dangkal setengah fikiran kami
Tidak mahu mengerti
Yahudi itu amat lecek hati dan budi
Yahudi itu bukan orang yang layak dihampiri
Tujuan mereka mahu menghambat hati
siapa jua yang boleh diperalat diri

Ya Allah....
Mengapa dangkal penglihatan setengah kami
Tidak mahu melihat
Yahudi itu berdaleh membohongi
Yahudi itu bukan manusia yang boleh dicontohi
AlQuran telah pun merakam perihal ini
Mengapa kita mahu merayu menggarap simpati.

Wahai teman,
Yahudi dan sekutu kita harus fahamkan
Mereka membunuh kemudian cepat sembunyi tangan
Konon yang jahat bukan mereka tapi yang lain sekelian
Semata-mata kerana kederat membela diri tidak kemampuan

Saudara kita seIslam palingkan perhatian
Kerana Yahudi sudah menjadi teman dan seakrabnya kawan
Sudah menyogok mereka dengan harta dan kemewahan
Sudah mengikat janji konon merekalah yang dapat mempertahan
Semua keselesaan yang sedang mereka rasakan dan khayalkan.

Wahai teman,
Jangan lalai membuai impian.
Yahudi pintar bermain api, Yahudi pintar menyelusup strategi
Menekan siapa sahaja yang cuba menguasi wilayah yang mereka rampasi
Mereka guna hiburan, sukan dan rekreasi sebagai senjata yang dibalut rapi

Setengah kita menyangka itu semua fitrah anugerah Ilahi
Mengapa tidak boleh bersama mereka sekadar menghibur hati.

Perangkap Yahudi halus sekali
Muslihat mereka dihias cantik hingga kita rasa serasi
Tidak namapak itu sihir dan tipudaya yang ditaburi.
Mereka mendakwa mereka terpilih dan jangan siapa berani.

Ya Allah, Ya Rabbi
Engkaulah sebenarnya tempat kami bernaung meyakinkan diri
Tempat kami belindung, tempat kami memohon pertolongan melawan Yahudi
Semoga  tidak kami terdorong menzalimi diri
Semoga mendapat hidayah dari Mu untuk meneruskan hidup ini
Dalam redha Mu hingga ke akhir hayat nanti.

Amin.

Monday, February 1, 2010

MENILAI BUKU DARI KULITNYA.




Rata-rata kita manusia suka mengukur orang lain dari kaca mata kita sendiri  dan kadang-kadang tanpa menyedari maklumat yang ada pada diri tidak mencukupi untuk membuat penilaian. Dan kaca mata kita ini selau kabur mungkin kerana jerbu diudara yang menebal akibah pencemaran alam atau mungkin kerana embun pagi yang masih belum ditelan sinar mata hari. Itulah ibaratnya penglihatan kaca mata manusia  dan kerana itulah penglihatan ini harus diserasikan dengan penglihatan mata hati.

Contohnya, kita selalu mengatakan kalau sesaorang itu ada ijazah kedoktoran (Phd) maka biasanya kita akan mengatakan dia orang yang berilmu dan pastinya berketerampilan dan berpotensi tinggi dalam bidang-bidang yang disukainya. Kalau seorang itu tidak bersekolah maka kita akan memandang rendah dirinya dan asal usul nya, dan mungkin keturunannya. Kita bersikap begini kerana persekitaran kita  sering  dihujani dengan maklumat dan berita-berita yang menyanjung kehebatan orang-orang yang mempunyai segala kebolehan dan kemampuan. Jarang-jarang sekali kita disedarkan dengan fakta-fakta selain darinya. Sebenarnya kebolehan dan kemampuan itu adalah suatu perkara yang relatif dan suatu yang relatif adalah juga subjektif.

Saya terfikirkan hal ini kerana baru-baru ini saya dengan beberapa teman telah membuat kunjungan lawatan sambil belajar kebebrapa Sekolah Islam terpadu atau Pasentren terpadu atau Darul Hafiz terpadu di Kuala Lumpur, Malaysia dan di Bogor dan Bandung di Indonesia. Banyak perkara yang saya perhatikan mengenai peri hal pendidikan dalam konteks membina generasi yang mencintai al Quran. Saya terfikir juga  dalam koteks hidup di dunia,  seperti kita mahu membina sekumpulan individu yang bekepakaran tertentu yang boleh memahami sesuatu dengan mendalam. Seperti seorang Jauhari yang boleh mengenal maknikam. Ia itu dalam konteks ad din Islam, kita mahukan ada bebrapa orang yang jiwanya tidak terhijab dengan kemewahan dan karenah kehidupan dunia dan mereka boleh menjadi 'penyuluh' jalan pada  yang memerlukannya.

Rata-rata sekolah dan Pasentren yang kami lawati ini bersih dan kemas dan pelajar-pelajarnya berdidsiplin. Untuk mencapai tahap ini bukanlah suatu usaha yang mudah. Mereka boleh dikatakan berjaya kerana komitmen yang tinggi oleh pengasas-pengasasnya dan sokongan kuat dalam semua aspek oleh tenaga pengajar dan staf pentadbirannya.

Kami di beritahu bahawa tunjang kejayaan mereka adalah kesedaran sepadu semua pihak yang terlibat mengenai misi dan visi mereka. Konsep murrabi dalam  tarbiah dan tazkiah amat dititik beratkan. Saya kagum dengan komitmen ini kerana di sekolah aliran perdana fakta ini tidak diberi fokus yang sewajarnya. Pasti hasil keluarannya akan berbeza. Rata-rata yang satu akan menjadi manusia yang professional dalam kerjaya dan dalam masa yang sama manusia yang beriman dan bertaqwa. Yang satu lagi kurang menjurus kearah yang sedemikian.

Namun begitu, pada pemikiran saya, kita harus waspada pada realiti sebenar. Contohnya ada hasil Maahad Tahfiz yang menghasilkan individu-individu hafiz yang dapat melanjutkan pengajian hingga keperingkat sarjana muda atau sarjana atau lebih dari itu. Tetapi kata perbahasa Inggeris "the taste of the pudding is in the eating". Ini bermaksud BAHAWA HASIL SESUATU ITU HANYA BOLEH DINILAI SETELAH KITA MERASAINYA. Dan ada pepatah yang mengatakan kita tidak boleh menilai buku dari rupa kulitnya.

Bukan semua yang berkelulusan sedemikian akhirnya mempunyai budi pekerti yang tinggi dan lain-lain qualiti seperti yang diinginkan. Ada kalanya kita tidak boleh mengatakan bahawa jika Quran ada di dada maka yang lainnya akan mudah pembentukkannya. Pada pandangan saya, ini tidak semestinya begitu. Ada kalanya saya perhatikan ada diantara mereka yang Quran ada di dada tetapi qalbunya masih belum boleh melembut seperti yang seharusnya. Qalbunya belum dapat melahirkan kasih sayang dan belas kasihan antara sesama manusia seperti yang sewajarnya. Qalbunya belum benar-benar bercirikan sifat ihsan dan berhati waja. Ini boleh mengelirukan dan kita boleh tersilap membuat penilaian. Tetapi tidak mengapa kerana dalam sistem apa jua pun biasanya ada yang terkecuali. Kata pepatah Melayu "pisang setandan tidak sama mutunya'. WaAllahua'lam.

Kita teruskan sahaja dengan doa semoga segala ikhtiar untuk membentuk generasi yang mencintai alQuran dan berakhlak seperti Nabi saw, Allah mudahkan segalanya. Dan akan lahir segolongan individu-individu yang benar-benar dapat membela marwah orang Islam di bumi Allah ini. Perasaan hati selembut sutera tapi keberaniannya seperti singa. Amin.

Related Posts with Thumbnails