"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, August 31, 2021

MEMAHAMI dan MENGHAYATI ERTI "KEMERDEKAAN" MELALUI .....@Kenali Dirinya hingga Bergetar saat disebut Namanya # Buya Arrazy Hasyim


Ligature of Bismillah.jpg

SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA. 
SEMOGA ALLAH SWT 
SENTIASA MEMELIHARA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN
 RAKYAT SEMUA.
 KITA MOHON BELAS KASIHAN DAN KASIH SAYANGNYA.
Allah Humma Aameen.

JOM kita menenongkan sejenak erti merdeka yang sebenarnya.
Mungkin kita jauh dari syirik nyata. Ampun Ya Allah.
Tetapi kita belum kenal Allah sebenar-benarnya dan kita tidak tahu
apa nilaian Allah swt keatas kita sebenarnya.
 Rasa takut memikirkannya.
JOM kita ikuti ceramah-ceramah yang menjelaskan erti 
Syahadah Tauhid
 dan lain hal yang berkaitan dengannya.
Saya nak cerita dan menjelaskan pun tidak pasti kesahihan ilmu 
di minda dan hati saya. Rasa sedih memikirkannya.
Semoga Allah masih kurnia ruang dan peluang untuk memahami lebih halus lagi siapa kita di sisi Kebesaran yang Maha Pencipta dan siapa kita di sisi Rasululla saw sejatinya.
Semoga Allah menunujuki jalan yang selama ini 
kita tidak tahu jalan itu sebenarnya. 
Kita hanya faham yang fisik2 sahaja.
Bertuahlah bagi mereka yang sudah sampai ketahap itu.
Saya masih tersekat-sekat dalam usaha dan rasa sedih
 kerana usia sudah sangat jauh perjalanannya.
Semoga Allah swt mengurnia limpah RahmatNya yang tidak terhingga
dan semoga di akhir hayat kita bahagia hingga Allah Izin bertemu
denganNya melalui syafaat Rasulullah saw KekasihNya.
Aameen ya Rabbal Aalameen.


Monday, August 30, 2021

SENTIASA BERINGAT ....@VIRUS TENTERA ALLAH | Ustaz Badli Shah Alauddin


Bismillah Calligraphy 37.svg


Alhamdulillah. Bagus peringatan ini. Tidaklah kita
 akan menyalahkan Ikhtiar Negara kita. 
Seluruh dunia menghadapi masaalah Virus ini.
JOM dengari.
 Kita boleh membantu bersama dan semoga kita tidak 
akan merasa stress.
Semoga Allah swt akan melindungi kita dari musibah yang lebih besar.
Aamiin ya Rabb....


Sunday, August 29, 2021

Ini Cinta terbaik untuk kita ikuti ....@INILAH WAKTU ANTARA KITA BERSAMA ALLAH YANG PALING ALLAH SUKAI.


Bismillah Calligraphy 53.svg

JOM Ikuti.
 Kita dicontohi bagaimana menoroka detik-detik 
yang kita tidak pernah lalui.
Kalau sudah tahu, kongsikan ini dengan keluarga dan
 teman-teman yang kita kasihi.


Waspada! Amaran Perlu Dengari @ MENGAPA ISLAM KEMBALI ASING?


Bismillahgreen.jpg


Ustaz-Ustaz dan para Ulama' sudah megatakan sekarang ini kita
 sudah masuk Fasa Akhir Zaman dalam hidup kita.
Qiamat sudah dekat.
JOM degari ini semoga kita selamat hidup di Dunia dan di Akhirat.
Semoga kita dalam pimpinan Allah swt.
Aameen ya Rabb...


Saturday, August 28, 2021

JOM DEMI ILMU KERANA ALLAH .....@MENGENAL 3 IMAM BESAR DALAM MADZHAB AQIDAH AHLUSSUNNAH | Buya Dr. Arrazy...


Bismillah Calligraphy 37.svg


Saya amat sedikit tahu, jauh sekali menenali
 Imam-Imam Madzhab dalam Islam.
JOM ikuti video ini sebagai permulaan mengumpul maklumat
 mengenai mereka jika belum lagi berbuat demikian.
 Saya mohon ampun atas kelalian saya dalam bidang ini.
Semoga Allah swt mengampuni kita semua atas kekurangan dan 
kelemahan kita dimana berkenaan.




Friday, August 27, 2021

Amaran Terbaik!!! .....@JANGAN BIARKAN DIRI KITA MEMILIKI RASA LEBIH BAIK DARI ORANG LAIN.


Bismillah Calligraphy 34.svg

Alhamdulillah kelmarin saya selesai Vaksin kali kedua.
Semoga Allah swt kurnia kesihatan yang baik sebagai asbab 
dapat menjalani hidup yang sempurna di sisiNYA.

JOM ikuti video ini. Semoga kita semua jadi hamba Allah
 yang sempurna di sisiNYA.
Aameen ya Rabb....

(Suara dalam video ini agak bermasaalah sedikit. Tidak mengapa demi inginkan Ilmu. Jangan kita rasa hebat di hati dengan sedikit ilmu kerana masih banyak yang kita tidak tahu.
Tidak tahu maka tidak Cinta.
JOM ambil tahu. Semoga Allah swt sentisa
 menunjuki kita jalan yang Benar.)


Thursday, August 26, 2021

KALAU BELUM, MARI KITA CUBA? ......@Menyepi Menjauhkan Diri Dari Yang Selain Allah | Buya Dr. Arrazy Hasyim,...


Bismillah Calligraphy5.svg


Sudah jauh perjalanan hidup saya. Tetapi saya baru mula 
memahami apa itu erti menyendiri.
 JOM kita ikuti video ini. 
Kalau masih diumur muda JOM juga.
Semoga kita samapi tahap kita redha dan Allah Meredhai.
Aamiin....


Wednesday, August 25, 2021

MENGHORMATI PERBEZAAN DALAM ILMU @Cahaya Ilmu Cahaya Akal Cahaya Allah | Ustadz Dr. Arrazy Hasyim, MA.


Bismillah Calligraphy 34.svg

Allah swt mencipta Manusia berbagai Rupa dan
 membentuk Fikiran Manusia berbagai Cara.
 Ini pemerhatian saya setelah saya ikuti video di atas.

JOM ikuti lagi semoga kita memahami mengapa ada perbezaan.
Maka kita jangan cepat-cepat marah dan bertengkar
 dan bermusuhan jika ada sdikit-sedikit perbezaan. 
Ada kalanya perbezaan itu kecil tetapi jika kita tidak sabar memahami
 maka perbezaan itu nampak besar.

Maka sebab itulah dalam mengikuti fahaman ulama'-ulama' 
ada fakta IJTIHAD.
JOM kita perlahan-lahan memahami perbezaan dan
 dari situ kita denagan izin Allah kita akan nampak
persamaan yang boleh membuat kita lebih hormat menghormati
 dan boleh tenang dalam hubungan hidup harian yang bolih 
membawa kita ke titik pertemuan yang lebih bermakna
dalam menjalani hidup menuju akhir hayat kita masing-masing.

Yang penting pada hemah saya ialah kita lebih bermunajat 
pada Allah swt untuk menunjukan kita jalan yang Allah REDHAI.
 Itulah maka doa paling penting ialah dalam surah Al Fatihah
 yang kita baca dan cuba hayati dalam Solat Wajib kita harian,
 termasuk Solat-solat sunat.

Allahu'alam.
 Pada Allah kita mohon segala Pertolongan dan
 hanaya padaNYA kita berharapan dan berserah diri.
Semoga kita Redha dan Allah Meredhai.
Aameen ya Rabb.....


Tuesday, August 24, 2021

SANTAI DENGARI UNTUK PERMULAAN .....@ALLAH SELALU CEMBURU Dalam Konteks KECEMBURUAN RUHANI | Buya Dr. Arrazy ...


Ligature of Bismillah.jpg

PERIHAL NURANI bukan suatu yang mudah untuk
 masuk di aqal dan hati.
JOM dengari santai dahulu. Semoga makin lama makin kita mahu
menghayati. Saya doa begitu. Aameen.


YA ALLAH LINDUNGI KAMI DARI ........@COVID-19 | Ancaman Varian Delta, Ribuan Penduduk Merusuh


Bismillahgreen.jpg

Semoga Allah swt lindungi Malaysia dari akibat wabak covi19 seperti
kejadian dalam video ini.
Sama-sama kita patuhi segala arahan dan segala disiplin hidup. 
Semoga kita selamat dunia akhirat.
Aameen ya Rabb....


Monday, August 23, 2021

Tanya Diri: Kita Solat Macam Mana? .....@SHOLATLAH KAMU SEPERTI KAMU MELIHAT AKU SHOLAT ! || Dr. Arrazy Hasyim, M...


Bismillah Calligraphy 2.svg

ALHAMDULILLAH.
Mari kita dengari semoga benar-benar mengerti Erti Solat
dan sentiasa rindu hendak Solat.
Saya sudah Lewat umur. Semoga Allah masih kurnia peluang untuk 
menjiwai Solat seperti kata Ustas Abuya ini.
Aameen ya Rabb....


KERINDUAN dan KECINTAAN Yang kita Harus ada ....@Buya Arrazy Hasyim - nur Muhammad III : Tetesan keringat nur saat pandan...


Bismillah in Calligraphy.jpg

TIDAK KENAL MAKA TIDAK CINTA.  JOM dengari ceramah ini. Jom kita memahami bagaimana kita dapat menghayati Cinta pada Allah swt yang mencipta kita dan segala makhluk. Dan kita dapat bersungguh menumpu amalan jiwa dan ruhani untuk merasai Kecintaan itu. Demikian juga dengan Kecintaan Rasulullah saw.

Semoga Allah mendengari bisikan hati kecil kita. Aameen ya Rabb.


HAKIKAT RUMAH ALLAH SEBENARNYA ....@BAITULLAH YANG SESUNGGUHNYA - BUYA DR. ARRAZY HASYIM, MA


Bismillah Calligraphy 2.svg


MIHRAB di Hati kita. Ini Masjid sebenarnya.
JOM IKUTI.
Ceramah ringkas tetapi bermunafaat sebab kita merasai kewujudan
 Allah swt yang Maha Esa dihati kita.
 Maka kita akan sentiasa merasai apa iti Iman dan Taqwa
dalam kehidupan kita harian dan semoga setiap saat.
Aameen ya Rabb..


Sunday, August 22, 2021

SAYA PUN TAK CUKUP FAHAM ....@Memahami Bid'ah dengan Benar - Buya DR. Arrazy Hasyim. MA


Basmalah.svg

Alhamdulillah. Saya pun sekarang lebih faham apa itu BID'AH.
JOM ikuti semoga tidak terkeliru memahami konsep-konsep 
yang berkaitan dengannya dalam Ibadah kita.
Semoga bermunafaat.


JOM SEMAK BALIK FAHAMAN KITA .....@ TAUHID SURAH AL-IKHLAS | Ustadz Dr. Arrazy Hasyim, MA.


Bismillah in Calligraphy.jpg

Untuk kefahaman bulat, dan untuk elak
 kekeliruan kerana kegunaan bahasa
maka ikuti video ini.
Semoga bermunafaat. Aameen.


CARA MENCARI ILMU ....@40 HARI JADI ORANG HEBAT! | Kajian Qolbu 01 | Ustadz Dr. Arrazy Hasyim, MA.


Bismillah Calligraphy 2.svg

JOM dengari pengalaman orang yang serious tumpu perhatian
 benar-benar mencari ILMU.
Semoga Allah menurunkan pertolongan buat kita kearah itu.
Semoga kita tidak terlambat walaupun diantara kita 
sudah berumur lewat.
Semoga Allah kurnia Ilmu yang membuat kita mahu menjadi
 Hamba Allah yang sebenar-benarnya.
Semoga kita tidak menjadi manusia yang merugi.
Aameen ya Rabb.....


SEMANGAT BINA SISTEM PEMERINTAH ..@ Ust DR. Arrazy Hasyim, M.A - Khilafah Yang Kita Nanti


Bismillahgreen.jpg

Alhamdulillah pemilihan Jawatan Perdana Menteri Malaysia
 yang ke 9 sudah hampir mukatamad. Tinggal tunggu
 pengabsahan Dewan Rakyat Parlimen sahaja. Semoga Allah 
memudahkan perjalanan
 segala urusan yang akan dipikul dan semoga Allah swt
 kurnia Taufiq dan HidayahNYA 
yang tidak terhingga dan Malaysia dapat mengatasi 
segala masaalah yang dihadapi
 dalam runag lingkup Paradigma mentauhidkan NYA.

Sistem Khilafah bukan mudah difahami jika kita tidak sungguh-sungguh mahu mentaati perintah yang maha Pencipta,
ia itu Allah swt yang maha berkuasa atas segala sesuatu.
Semoga ada semangat dan kesungguhan dalam memilih sistem yang Benar dan semoga Kepimpinan kita yakin  bahawa apa jua yang dipilih untuk dilaksana, tiada siapa dapat lari dari pertanggong jawaban yang tinggi di hadapan Mahkamah Allah nanti 
di Akhir Hayat kita di dunia ini. 
JOM IKUTI DAN SAMA-SAMA KITA BERDOA 
ALLAH KURNIA KEJAYAAN DAN KEREDHAANNYA.
Aameen.

Saturday, August 21, 2021

INI BAGUS KITA FAHAMI ......@Mana yang harus di dahulukan ilmu fiqih atau ilmu tasawuf?| Buya Arrazy...



Bismillah Calligraphy5.svg

Dalam kita menjalani ibadah khusus dan ibadah umum kita sering keliru beberapa
 fakta yang harus kita fahami betul-betul semoga kita dapat munafaat 
yang sewajarnya dalam menjalani atau melaksanakan
 ibadah tersebut.
JOM ikuti video ini. InsyaAllah ia dapat memberi kita kefahaman
yang sempurna dan semoga kita akan merasai lebih
ketenanagan dalam beribadah pada yang Maha Pencipta, Allah swt.
Semoga kita redha dan Allah swt meredhai.
Aameen Allahumma Aameen.


Friday, August 20, 2021

SELINGAN MENGALIH KESESAKAN MINDA POLITIK ...@Survival Shelter Build / Overnighter with Long Log Fire / -4º Winter camp


Bismillah Calligraphy 76.svg

Saya sangkakan sudah tamat percaturan memilih
 siapa Pedana Menteri ke 9 Malaysia.
Bila buka Utube ada sahaja pihak-pihak yang timbulkan
 isu-isu yang membuat Rakyat macam saya jadi bingung
kerana seolah-olah apa yang terjada kelmarin
 mengenami pencalonan YB Ismail Sabri masih bolih di persoalkan..
Rasa agak kecewa maka saya buka channel lain di Utube 
untuk mengalih rasa sesak bernafas.
Saya kongsi utube di atas kerana saya suka keindahan
 pemandangan di hutan pada musim sejuk.
Tergerak di hati ingin jelajah kesukaran hidup.
JOM SANTAI.


MENCARI KEREDHAAN .....@buya Arrazy Hasyim - jiwa yg ridha melalui teknik dzikir syahadat qalbu


Ligature of Bismillah.jpg

JOM MEMAHAMI bagaimana kita dapat mencapai
 rasa Redha yang kita ini Hamba Allah, dan kemudian 
Allah MEREDHAI kita.
Bila Allah Meredhai kita, Kita selamat dunia akhirat.
JOM akhir zaman sudah amat hampir.


Thursday, August 19, 2021

JOM FAHAMKAN. SEMOGA LEBIH MENCINTAI ....@Nur Muhammad || Buya Arrazy Hasyim


Bismillah Calligraphy 2.svg

Dari mula-mula saya buka minda untuk mengaji,
 saya berhadapan dengan
 memahami konsep Nur Muhammad dalam pengajian Ilmu Aqidah. 
Ada berbezaan pendapat di sana sini.
Jom ikuti Pencerahan Ustaz dalam video ini.
Saya rasa lebih jelas dan saya rasa tenteram bila berhadapan
 dengan perbincangan isu ilmu ini.
 Semoga Allah memberi penerangan sebenar dan semoga ia bermunafaat
 untuk kehidupan sekarang dan selepas Akhir Hayat nanti.
Ustaz kata kita akan lebih mencintai Rasulullah saw.
Allah swt akan mencintai kita jika kita mencintai
Rasulullah saw.
Jom ikuti, walaupun umur masih muda.
InsyaAllah tidak rugi dan tidak menyesal diri. Aamiin. 


Wednesday, August 18, 2021

RASA AMAT SEDIH ....@ DI AKHIR ZAMAN, ADA PEMIMPIN YANG...


Bismillah Calligraphy 34.svg


Alhamdulillah. Sudah mula ramai yang berani mengatakan untuk buka 
Masjid dan Solat seperti yang Rasulullah saw anjurkan.
SOLAT dan MASJID adalah antara isu POKOK dalam Islam.
Semasa Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, 
tindakan pertama baginda saw ialah mendirikan Masjid.
Masjid Quba itulah yang bersejarah dan bukti 
bahawa Masjid adalah antara lambang kekuatan Islam.
Yahudi dan Zionist memenag suka Makkah Madinah sunyi sepi.
Mereka mahu begitu supaya kekuatan Islam terbenam
 tanpa mereka yang memusnahkannya.
Semoga kita tidak tertipu. Semoga kita tidak keliru.
Semoga kita tidak takut dengan Virus Covid19 dan
 apa jua virus kerana 
mereka itu adalah juga makhluk Allah swt.
Allah jadikan Nabi Adam AS Manusia yang kuat dan bijak.
Elemen NUR MUHAMMAD Allah swt wujudkan 
dan jika kita yakin dengan fakta itu,
 maka tidak ada masaalah umat Islam yang tidak boleh
 diselesaikan tanpa menggadai keluhuran kecintaan kita pada
 Rasulullah saw dan keyakinan kita
 pada mentauhidkan wujudnya Allah swt dan tiada sekutu bagiNYA.

Sedih lihat di Makkah tiada Ibadah Haji dan Umrah seperti biasa
 baru-baru ini. Nampak amat sunyi dan saya seperti merasakan
Islam sudah kalah dan seperti saya rasakan Zionists
 sudah mula tersenyum lebar.
Sekarang Umrah sudah dibuka untuk peserta luar negara.
Semoga Allah turunkan semangat berani.
Kita yakinkan diri.
BUAT APA YANG ALLAH SURUH RAHMATNYA BERSAMA.
Allahu'alam.


Tuesday, August 17, 2021

Lama saya mencari ....@ KITAB AL HIKAM | Ibnu Atha'illah as - Sakandari | Dr Arrazy Hasy...


Bismillah Calligraphy 76.svg

Semasa saya berumur awal empat puluhan saya
 mengikuti pengajian kitab ini
dari seorang Abuya dari Indonesia dan seorang
 Pensyarah University Malaya dari Malaysia.
Alhamdulillah Allah swt temukan saya dengan video di atas.
Seronok dihati, alhamdulillah, kerana saya boleh
 memahami sekali lagi
 dalam peringkat umur saya sekarang.
Saya berpendapat ia amat bermunafaat. Maka saya kongsikan di sini.
JOM ikuti. Semoga Allah meredhai.


Related Posts with Thumbnails