"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, April 30, 2014

Autism is Not a Tragedy...Ignorance is !



Tak sempurna rasanya kalau saya tidak catat sedikit apa kata YAB Perdana Menteri, apa kata Patron Seminar Otisma, YABerbahagia Datin Seri Rosmah Mansur, dan juga apa kata pakar-pakar professional yang memberi pendapat pada hari itu.

Untuk memudahkan usaha saya, saya catat beberapa fakta yang saya fahami terus dalam bahasa Inggeris. Saya tinggalkan fakta yang teknikal kerana itu adalah bidang khusus dan saya tidak dapat memahami semuanya. Yang saya catat di bawah ini pun apa yang saya dengari dengan minda seorang yang langsung tidak tahu apa itu otisma secara saintifik. 

Cuma saya catat juga mudah-mudahan saya tidak jahil sepenuhnya......

  • The seminar is timely as it signifies the importance of increasing knowledge and understanding of ASD (Autism Spectrum Disorder), failing which the the consequence may be tragic as the sheer magnitude of ignorance towards the Disorder is alarming. It is for this reason that we choose the theme "Autism is not a tragedy, Ignorance is".
  • ASD is not a mental illness. Considering it as so has led to many cases left unattended because of a misplaced attitude of self denial. In some countries it becomes a cultural phenomena and building awareness in society becomes a long and difficult struggle. 
  • Prejudice is difficult to erase and the consequences can be a contributing cause in the difficulty of acquiring social skills, an important element in a purposeful life of an individual.  ASD is a lifelong condition and a larger number of adults with ASD can be taxing on the overall national budget on social services.
  • Parents must be empowered so as to enable them to care for their needy child in a proper manner and in a proper environment. 
  • Autism develops early and over time requiring the need to develop very early interventions. The effects of  these early signs of autism includes the acquisition of foundational skills such as social development, cognitive development and learning and acquiring language.
  • Early intervention is most effective at age 3 years or so. Parents must be fully involved. Parents can improve child engagement with peers and with adults.
  • Research is highly required in various fields especially on issues of early intervention. Research is cross discipline in nature and in order for a country to be effective in its program of early intervention, that country must also ensure related fields like child psychiatry, early childhood development, specialized classroom teachers and many more must be simultaneously and concurrently developed.
  • What is the future of Autism ? Let it be known that widespread awareness and appreciation that autism is a disorder that is biological in origin but manifest in behaviour. --- Behaviour should be the target for both diagnosis and treatment.--- Knowledge that CHANGE is possible, and the earlier the child is diagnosed the greater the chance of achieving significant improvement with the implementation of effective intervention.
Sampai di sini sahaja catatan saya. Semoga dapat difahami.

Autism di Malaysia di kendali terus oleh PERMATA. Dan PERMATA KURNIA dibentuk semata-mata untuk menangani isu anak-anak istimewa. Saya difahamkan ia bermula dengan Otisma. Ini akan dituruti pula dengan keistimewaan yang lainnya. PERMATA bergabung dengan berbagai pihak dari dalam dan luar negara.

Namun dihujung kata-kata yang bersemangat oleh Perdana Menteri dan Wanita utama negara Malaysia, seharusnya ada "political will" untuk memberi peruntukan yang mencukupi. Dan saya mengharapkan program ini tidak berbentuk "elitist". Ia harus merangkumi semua golongan yang memerlukan pertolongan. Sekarang ini kemudahan yang ada amat terhad dan ibu-bapa terpaksa menggunakan khidmat swasta yang kosnya agak tinggi dan diluar kemampuan ibu-bapa yang biasa-biasa.


InsyaAllah dengan kegigihan dan keikhlasan pemimpin negara,
 anak-anak istimewa akan mendapat perhatian sewajarnya dan mereka tidak akan membebankan masyarakat apabila dewasa kelak.
Semoga Allah memudahkan segalanya
dan dapatlah kita merasakan suatu harapan yang cerah .

...

Monday, April 28, 2014

Suara aku yang berkejaran....


Saya ingin menyambung cerita anak-anak otisma. Dengan  perkongsian cerita ini saya inginkan ada hati-hati nurani insan di luar sana yang akan sama-sama berempathy dengan keluarga anak-anak istimewa.

Katanya hanya Ibu-Bapa istimewa Allah kurnia anak-anak istimewa. Semoga tidak rasa terpinggir dan dipinggirkan. Allah maha Bijaksana dan maha Kasih Sayang akan hamba-hamba nya. Pasti ada hikamah yang penuh rahsia yang kita harus halusi kerana tidak ada ciptaan Allah yang maha Pencipta itu suatu yang sia-sia.

Semasa seminar tempuh hari saya berkenalan dengan beberapa ibu yang punya anak yang di sahkan punya ASD (Autism Spectrum Disorder). Ada yang otisma ringan dan ada yang agak berat. Apa pun saya dapat merasai mereka memerlukan sokongan dan perhatian sewajarnya.

Saya terkesan dan rasa amat terharu betapa riangnya, saya perhatikan, ibu-ibu yang punya anak otisma ini bila bertemu satu sama lain. Kedengaran mereka menceritakan  perihal karenah anak masing-masing. Diselitan cerita yang memukau hati saya, mereka masih boleh tertawa. Saya rasa itu gambaran betapa mereka sudah dapat menerima hakikat kelaianan laluan hidup mereka. Semoga mereka redha dan Allah meredhai.

 Dibawah ini saya rakam foto anak saya dan teman akrabnya yang juga punya anak otisma.



(They find comfort in each other).
Anak saya bercerita dengan kekawannya Akif, cucu saya yang otisma, suka lari jauh tanpa sebab yang difahami. Ibunya selalunya akan berkejaran mencari ke mana ia akan pergi. Teman anak saya yang ini pula berkata: 

"Aku tak larat kejar. Suara aku yang kuat mengejarnya. Aku panggil kuat-kuat. Kekadang kesampaian...kekadang tenguk sahaja dari jauh. Harap-harap ia patah balik". Anak-anak  AHD (Autism Spectrum Disorder) dan yang ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disoder) ada yang punya energy luar biasa. Mereka tidak rasa selesa jika tidak menggunakan atau membuang energy yang berlebihan ini. Subhanallah. Apakah agaknya Rahsia penciptaan Allah dalam hal ini. Di Malaysia belum banyak penyelidikan yang dilakukan. 

Teringatkan tindakan saya apabila berada di rumah anak saya dan cuba mengawal cucu-cucu yang istimewa itu. Suara saya juga lantang memanggil mereka jika mereka lari jauh hingga tidak kelihatan pandangan mata. Kekadang termalu juga saya kerana pastinya kedengaran ditelinga jiran-jiran dan pastinya kehairanan mengapa saya juga berkejaran dengan suara yang kuat. Anak saya sudah agak terbiasa dan hanya melihat sahaja, wajahnya agak kerisauan. Tetapi dia boleh senyum melihat saya.

"Relaks lah Mak..." katanya santai.
Allah maha bijaksana mengatur keselesaan hamba-hambanya.

Begitulah peristiwa harian yang berlainan. Ibu-ibu anak istimewa perlu kreatif mengendali anak-anak yang punya kelainan cara membawa diri. Saya belajar sedikit dari buku atau rencana yang mudah-mudah semoga dapat  menolong anak saya pada masa-masa kecemasan yang mana mereka tidak dapat mengurus kerana terpakasa berpergian jauh. Saya dapati sokongan moral seperti ini dapat memberi semanagt ibu-ibu muda yang sentiasa kesibukan.

Semasa di seminar, beberapa teman anak saya ini nampak seperti seronok dapat bertemu dengan saya. Saya terpinga-pinga.....

Kata anak saya mereka teruja kerana seorang nenek sanggup "berseminar" untuk bantu cucu istimewa. Sememangnya saya tidak nampak orang tua seperti saya yang hadir bersama. Tidak mengapa. Masaalah seseorang itu tidak serupa. Tetapi saya rasa bertuah, alhamdulilah, dapat menghadirinya. Banyak Ilmu yang dapat saya kumpul dan semoga dapat saya praktikan dalam membantu mengurus anak-anak istimewa ini, bukan sahaja yang dalam kategori ASD tetapi juga yang lainnya kerana ada eleman timbal tidih dalam menangani isu mereka.


Ini gambar poster yang saya suka kongsikan. Mereka positif dalam menghadapi kelaianan kebolehan diri. 

Di seminar itu juga ada maklumat berkenaan bagaimana mahu mengajarkan alQuran pada anak-anak istimewa ini. Saya tiada kesempatan bertanya lanjut. Saya difahamkan Yayasan ini punya tenaga pengajar yang terlatih, khusus boleh mengendali anak-anak istimewa. Anak saya ingin menghantar anak-anaknya tetapi ia jauh dari rumah. Tidak silap Ibu Pejabatnya di Petaling Jaya. Boleh cari di websitenya.



Saya terharu dengan usaha-usaha mereka ini dan agak menginsafi kebolehan diri kerana tiada keupayaan untuk bersama. Semoga Allah mengampuni.

....

Sunday, April 27, 2014

Mengingati seorang teman...



Hari  ini saya menerima berita sedih.
 Seorang teman akrab pulang ke Rahmatullah.
Tuan Hj Yunos Ahmad.
Dari Allah kita datang, KepadaNya kita kembali.
Saya mengenalinya dari tahun pertengahan tujuhpuluhan. 
Dia menasihati temanan-teman dari
hal-hal Insurance. Semoga ia menjadi 
 Ilmu yang dimunafaatkan dan
 Allah terima sebagai amal soleh.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan
menempatkan Ruhnya bersama-sama 
para Siddiqin, Syuhada' dan Solihin.
Aameen.




Foto-foto ehsan google.

Thursday, April 24, 2014

Otisma.....Satu Kurniaan.





Pagi jam 7, hari Selasa 22 April yang lalu  anak saya sudah  sibuk menyusun anak-anak ke sekolah kerana hari itu saya bersetuju ikut bersamanya menghadiri  Seminar Antarabangsa di Putrajaya International Convention Centre mengenai Otisma. Sejak bersara, ini pertama kali saya teruja menghadiri Seminr bukan kerana seminar itu sendiri tetapi tentang Autism atau Otisma.


Ia dikendali di bawah naungan Yang Amat Berbahagia Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Ia dihadiri oleh seribu lebih peserta tempatan dan antarabangasa. Wanita Utama beberapa negara ikut serta memberi pandangan masing-masing mengenai masaalah menangani gejala Otisma dan usaha yang sedang dijalankan untuk mengatasinya.

Urusetia kepada Seminar ini ialah Jabatan Perdana Menteri dengan sokongan Kementerian Pelajaran dan beberapa organisasi termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya kurang arif tentang struktur pengendalian dan saya hadir sebagai peserta biasa atas jemputan peribadi anak saya. Saya perhatikan semua yang hadir pada hari itu ada kaitan terus dengan Otisma sama ada sebagai Ibu-bapa, penyelidik, pemberi perkhidmatan sukarela atau kumpulan NGO yang peka tentang Otisma ini. Saya terharu sepanjang mengikuti seminar itu kerana baru menyedari bahawa  saya bukan keseorangan membantu anak-anak otisma. Malah saya amat ketinggalan.....jauh ketinggalan. Saya hanya bergiat aktif setelah dua orang cucu saya dari anak perempuan saya disahkan termasuk dalam golongan ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disoder) dan ASD, (Autism Spectrum Disorder).

Di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Permata Negara adalah bertanggongjawab sepenuhnya mengenai pengendalian Seminar dan kerja-kerja susulan kemudian nanti. Syabas saya ucapkan kerana saya dapati pengendalian amat baik dan rasa selesa mengikuti sidang Pleno dan Bengkel yang diadakan.


Gerai-gerai untuk maklumat tambahan pun diadakan dan peserta serta delegasi antara bangsa sibuk bertanyakan sesuatu. Saya membeli Button sebagai ingatan dan ole-ole untuk teman saya yang juga punya cucu yang Otistik. Alangkah baiknya kalau ia ada bersama kerana saya tidak bertemu kekawan. Mana mungkin ada kekawan. Majoriti pesrta berumaur 50 tahun ke bawah. Saya peserta pemerhati yang agak 'senior'. Tetapi saya rasa seronok dapat memahami isu-isu Otisma kerana saya boleh bawa ilmu ini bila berhadapan dengan anak-anak Tadika SmarTop saya di Tangkak. Saya boleh cuba memerhati dan mungkin dapat menasihati ibu-bapa yang punya anak-anak yang kelihatan berlainan dalam keterampilan berkomunikasi  dan dalam memahami pembelajaran yang diikuti. Namun saya harus berhati-hati dalam hal ini kerana di Malaysia ramai yang belum dapat menerima anak atau cucu mereka punya unsur ADHD atau dan ASD.



Saya turunkan foto peserta yang majoritinya adalah wanita. Saya berkata di hati: Di manakah kaum bapa. Mereka sibuk yang sebenar atau mereka kurang ingin amabil tahu mengenai hal-hal kebajikan anak-anak istimewa dalam golongan ini. Entahlah......


Lihatlah maklumat di atas ini untuk ambil tahu selanjutnya.
Semoga kita redha dan Allah meredhai.

....

Monday, April 21, 2014

A minute with RUMI........


I





His full name is Jalaluddin Rumi.
I received a couple of interesting postings through my Kg Tunku whatsApp group on the sayings of Ar Rumi. I picked these two as examples. I find it enlightening and hence I am sharing it here.

I went on a package tour of Turkey some 3 years ago and the tour guide took the group to witness a "cultural" show as depicted on the cover of this book above. Sufism is a field I like to explore but to date I have not progressed far. In Malaysia I used to follow a group, when I was in my early forties, that indulged in solitary meditation in an attempt to to understand ones existence vis-a-vis the existence of Almighty God Allah. One of the personalities introduced to me and to a few others is Sheikh Abdul Qadir Jailani. I am still far from understanding the whole concept of "being one with Allah" but I have not totally given up the idea of how one can totally be in total submission with Allah Almighty.

But as the saying goes, a trip of a thousand miles, starts with the first step. Therefore I am moving on in very slow steps so I do not miss the the Right path as prescribed in the alQuran and the Hadiths.

And today I love to share some wise words from Ar Rumi below which I took from the book above.

"When you read a book,
You ask who the writer is. 
When you see a nice building, You wish to know who the builder is.

Have the Heavens and the Earth no owner?
When one thinks of it, one understands,
That everything proves to us
That there is a great and Almighty God.

Rumi Quote Inspirational Motivational Postcard postcard



The above quotes is from google search. And the bird above is SmarTop's. (Learning the Greatness of Allah's Creations).  And incidently it is this bird that prompts me to write this little postings...by the Grace of Allah. Let us ponder on this verse of the alQuran .

A191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(A-li'Imraan 3:191

Men who celebrate the praises of Allah, standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creation in the heavens and the earth, (With the thought): "Our Lord! not for naught Hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire.

In one part of his book he says: "WE CANNOT THINK OF THE NATURE OF GOD WHO IS BEYOND ANY SHAPE OR IMAGE. And the Prophet of Islam commanded his community: "REFLECT ON THE BLESSINGS OF GOD. DO NOT REFLECT THE BEING OF GOD".

We can understand God Allah by means of His Beautiful Names and Attributes. And through His Creations we can feel. Everyone looking at His Creations will understand and feel God Allah according to their level of understanding and also according to the Grace of God  Allah most Knowing most Loving.

And without Grace and the Bounty of God Allah alMighty we cannot find a way from our hearts towards HIM.

I may not be saying much of the greatness of Rumi as a Sufi and neither am I making a lot of sense in what I wrote above. Sufism is a difficult subject.
Bear with me, and supplicate to Allah with this Du'a ( prayer).


Aameen ya Rabb...


....

Tuesday, April 15, 2014

Generating Little Caliphs for Future Leaders...



Tadika SmarTop bercita-cita murni, melangit tinggi.
Itu kata seorang teman bila saya bercerita-cerita dengannya mengenai cabaran-cabaran mengendali sebuah Taska dan Tadika. Kecil sahaja projek ini, amat kecil, tetapi rumit juga cabaran yang kami hadapi.

Tetapi apa salahnya bercita-cita tinggi...
Melayan fikiran dan melayan rasa hati....akhirnya saya mengakui...mencabar tapi seronok.
Paling seronok bila ada kekawan dan anak buah beri sumbangan dalam ketika-ketika amat genting. Alhamdulilah.



Bercerita mengenai masaalah  bukan satu rugutan, cuma ingin berkongsi menguji daya ketahanan diri sendiri.

Minggu lepas saya ke Tangkak lagi. Kali ini saya turun padang bersama guru-guru melatih acara sukan yang akan dilaksana minggu akhir April ini.  Saya katakan pada guru-guru untuk serious mengendali aktiviti ko- kurikula ini sebab ia berkaitan terus dengan membina minda dan fisikal. Bila badan sihat dan kuat, sifat berani akan mula menyerlah. Anak-anak akan mudah menampilkan diri dengan rasa yakin akan potensi yang ada pada dirinya. Anak-anak tidak faham  ini semua. Yang mereka tahu bila mindanya terbuka dan hatinya riang ia mudah memahami tunjuk ajar guru dan dewasa umumnya  dan anak-anak yang berpotensi cemerlang tidak teragak-agak menunjuk bakat dan kebolehan.

Sukan juga membina bakat kepimpinan. Ia satu proses yang memakan masa, dan harus dipupuk awal. Melentur buluh dari rebungnya.

Ciri kepimpinan bermula dengan menguasai  ilmu dan ilmu dijana dalam wadah iman dan taqwa. SmarTop bercita-cita melahirkan bakat-bakat kepimpinan berwibawa dari kecil lagi. Mana tahu kepimpinan ummah sejagat  satu masa nanti lahinya di SmarTop Tangkak, Johor, Malaysia.

Semoga Allah menyampaikan....

Malaysia kini sedang diuji, antara lain, dengan kebolehan mengurus satu krisis yang luar biasa dengan terjadinya tragedi kehilangan pesawat MH370. Dari peristiwa yang bersejarah ini nyata sungguh betapa ketinggalan Malaysia di bidang sains dan teknologi. Bukan sahaja Malaysia tetapi dunia Islam seluruhnya. Saya rasa insaf dan sedih. Saya hanya mampu berkata-kata dihati kecil saya dan merasa amat khuatir saya sendiri tidak dapat berlepas diri dalam hal ini bila berhadapan dengan RabbuJalil nanti di Hari yang tiada siapa dapat menolong.

Al Quran telah pun menjanjikan bahawa orang yang beriman akan terdiri sebagai Khalifah di Bumi ini. Khalifah dengan maksud yang amat luas. Lihat Surah An Nur ayat 55 seperti di bawah ini:
A055
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Ini wawasan kami yang hakiki. Ikar semua insan semasa di alam Ruh sudah pun nyata bahawa ia akan mengabdikan diri pada Allah, pengabdian bukan dari sudut ibadah ritual sahaja tetapi lebih penting ialah penerokaan dan pengamalan ILMU yang berkisar dibawah paradigma TAUHID. Contoh yang tidak dapat sangkal ialah pada diri Rasulullah salallahualaihiwasalam. Kemudian kita mencontohi pula watak kepimpinan para sahabat dan tabiin.

Hari ini dunia Islam ketandusan pemimpin !.....

Yang nampak berpotensi tinggi dan berwibawa tidak mendapat sokongan padu dari semua negara Islam. Yang mahu menyokong rasa takut-takut dan khuatir ia dikenakan sekatan ekonomi dari negara yang serba serbi berkuasa besar. Maka mereka tunduk dan beredar dan buat-buat tidak tahu ada orang yang memerlukan pertolongan.

Maka negara Islam dikotak-katikan. Bukan orang Islam tidak pintar dari segi akal dan minda. Tetapi belum lagi ada tokoh yang jelas seperti Al Fateh yang menawan Constantinople dan Sallahuddin Al Ayubi yang membebaskan Palestin suatu masa dahulu. Selain itu belum lahir lagi tokoh seperti Khalifah Omar Abdul Aziz di zaman ini. Sudah lahir pemimpin seperti Morsi di Mesir. Malangnya rayat Islam sejagat belum lagi dapat bertindak sewajarnya untuk mengangkatnya sebagai pemimpin ummah yang ditunggu-tunggu.

Sedih.......

Maka doa kami dan doa ibu bapa untuk anak-anak kecil ini ialah semoga akan lahir kepimpinan yang berilmu dan bertaqwa yang menguasi dunia seperti yang Allah telah lakarkan seperti di atas tadi. Kalau kini kuasa besar dunia bolih memajukan sains dan teknologi yang canggih-canggih dan diantaranya yang boleh kalis radar, Islam Allah kurnia Iman dan taqwa dan Pemimpin yang berwibawa dan amat tinggi maqam Iman dan Taqwanya, ia boleh bertidak "seperti kalis radar" kerana Allah bukakan hijab Hatinya untuk berhubung tanpa melalui saluran Teknologi.


Ini sudah terbukti dalam sejarah apabila Kalifah Umar AlKhatab dapat memberi arahan pada  Panglima tenteranya memberi amaran adanya musuh dengan seruan lisan biasa yang dengan Izin Allah, malaikat seperti kilat mendengarkannya pada paglima perangnya untuk tindakan serta merta menukar taktik dan strategy perang.

Malangnya kita belum ada Pemimpin yang seperti itu sekarang. Ada yang hampir-hampir seperti itu, saya yakin, tetapi belum diangkat untuk menaikan semangat umat Islam.

Semoga ada langkah ke arah itu oleh pejuang-pejuang Islam kini. Saya percaya ada cuma belum terserlah.

Tidak mustahil umat Islam boleh!

Mohon Pertolongan Mu ya Rabb...


foto ehsan google
A003
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. 
Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaaq 65:3) | 

Maka kami di SmarTop berusaha, berdoa dan bertawakal.
Semoga usaha yang kerdil ini Allah terima dan Allah redha.
Semoga Islam kembali menguasai dunia dan di akhirat Allah anugerah kesejahteraan yang abadi dan di Syurga Firdaus kami menghuni bersama semua yang kami sayangi dengan rahmatNya yang tidak terhingga.

Aameen ya Rabb.

....

Monday, April 14, 2014

Ehsan seekur Burung....


MasyaAllah....
Alhamdulilah. Kelmarin Allah memudahkan proses pembelajaran anak-anak  di Tadika SmarTop kami di Tangkak.

DidatangkanNya seekur burung.......

Burung ini keletihan dan seorang staff , Widat, menjumpainya di Dewan dan ditangkapnya untuk dipulihkan. Tidak pasti jenis burung apa namanya. Setelah diberi minuman ia kelihatan agak segar dan kami amat teruja dan cuba merawatnya sebaik mungkin.

Kemudian Widat telah membawanya ke Taska dan di tunjukan pada anak-anak Taska yang seronok dapat melihat seekor burung dari dekat. Mereka sangat-sangat teruja dan ada yang ingin memegangnay dan mereka berani memegangnya. Saya rasa Widat menerangkan juga betapa pentingnya kita mengasihi semua jenis binatang kerana semua makhluk ciptaan Allah ada tujuannya ia diciptakan. Tiada ciptaan Allah yang sia-sia.





Proses pembelajaran seperti ini adalah mengenal Allah yang maha Pencipta melalui penciptaanNya selain manusia. Ia adalah sebahagian dari proses taddabur alam yang dipermudahkan untuk anak-anak. Alhamdulilah, dapat menemukan pengisian makna cinta Allah dan cita Rasulullah sallahualaihiwasalam.


Kami bersyukur atas segala nikmat Mu ya Rabb...

...

Sunday, April 13, 2014

It takes two to start a fight....





It takes two to start a fight....a statement nobody can deny.

How do we deal with this phenomena in a preschool.......

On my routine visit to SmarTop Pre School in Tangkak last week, I observed instances among the kids which triggered some serious thinking on how should we go about instilling values on love and tolerance  not only among the kids but among our teachers and staff as well. It is a daunting task for me to comprehend the whole issue because I was never trained in the field of child development and have little experience in dealing with little children in a group.



It was almost like a coincidence as we had a special guest that day who could help us. She is Puan Rafidah Mahayuddin from USM, (standing in the middle). She had some formal training in Australia and elsewhere in early childhood education and we invited her to be with us for a day or so on her personal capacity to recommend to us on how to improve the running of our preschool. She handed me three booklets for reference but insisted that we should read through as it is a good guide for effective management. I was excited after flipping through the booklets and I promised her I would read and digest it and perhaps then I would be able to share the contents with our teachers and hence improve their knowledge and skill in the field.

The booklets are:

  • Developmentally Appropriate Practice in Early Childhood Programs serving Children from Birth to Age 8.
  • Conflict Resolution with Young Children.
  • Communication: Exploring Alternatives and Expressing Your Ideas and Feelings to Children.


Puan Rafidah is seen here discussing issues with our teachers. Besides her is Puan Norlida, our designated Principal of our Preschool. She is a trained teacher and has a Diploma in Education. She is now free-lancing and is helping us with career development of the teachers. She has attended a required course by the Department together with the Prime Minister's Department responsible for implementing The Permata Project Nation wide.



May our teachers soon become "expert" in managing the whims and fancies of our infants and toddlers and those age 4 to 6 years. We are told that conflict is a normal, healthy part of young children learning to socialise. To develop socially, children need to learn many skills. This is a gradual process. They need the ability to respect the rights of others, the ability to control expressions of anger, the ability to behave in a socially acceptable manner and many more.

Help us through, Oh Rabb....and grant us the wisdom to and strength to persevere in this endeavor.
Aameen...

....

Thursday, April 10, 2014

Salah sangkaan...






Saya teringat secebis peristiwa selepas bersara dalam saya duduk santai memegang dan membelai cucu yang baru lahir sementara ibunya bersiap mandi. Peristiwa itu membuat saya tersedih hati. Mahu rasanya kembali muda dan bermula awal untuk meperbaiki diri semoga tidak mudah tehiris hati.

Kadang kala saya tidak terkecuali dari sifat  manusia biasa yang  suka 'syok sendiri'. Kadang kala  apabila kita terserimpat batu kecil dijalanan barulah kita menyedari bahawa tidak semua jenis jalan dalam laluan kita itu cantik dan licin dan mudah kita berlari. 

Entah mengapa tiba-tiba hari itu saya teringat akan peristiwa yang sejak itu saya amat hati-hati menilai hati budi seseorang dan diri sendiri.

Hari itu terkedu setika apabila saya menerima SMS dari seorang teman bahawa hasrat saya untuk menyertai satu majlis makan tengah hari untuk tujuan silaturrahim sebuah persatuan professional dalam bidang pendidikan tidak boleh di terima kerana saya bukan seorang pendidik professional, walaupun saya berkhidmat bersama-sama golongan ini selama 20 tahun dari 30 tahun lamanya saya berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Saya silap menilai diri. Ingatkan saya dapat diterima sebagai sebahagian dari golongan professional pendidikan walaupun di atas sekeping kertas saya tidak ada pengiktirafan itu. Cuma saya yang 'syok sendiri'. Ingatkan saya sudah dapat melepasi kekangan yang membuat kumpulan manusia kadang kala iri hati. Jangkaan saya meleset.....amat meleset sekali.

Terpegun kecewa buat seketika.....kosong difikiran tidak pasti apa langkah seterusnya.

Tetapi, Alhamdulilah,......kecewa hanya seketika.  Cepat-cepat saya menyedari supaya jangan terperangkap dalam sikap "heran diri". Gelak ketawa, santai bersama belum bererti kita setara dalam semua segi....belum bererti ketelusan hati dalam mengendali masaalah yang dihadapi dapat meyakinkan dan menundukan "ego" professionalisma di minda dan dihati.

Tidaklah saya menyangka "professional jealousy" ini boleh melempah ke alam selepas persaraan. Tetapi saya katakan juga pada diri saya supaya jangan cepat buruk sangka. Mungkin mereka hanya mahu bercerita-cerita dalam kumpulan ahli-ahli yang serupa. Dengan itu mereka rasa lebih selesa. Itu sahaja. Dan saya pun juga teringatkan sebuah hadis yang mengatakan "Kita bertemu dan berpisah hanya kerana Allah semata-mata." Lebih kurang begitu bunyinya kalau tidak silap saya kerana saya kurang arif nas sebenarnya.

Maka tidak mengapalah kalau begitu pilihan seseorang, asalkan sahaja kita dapat melihat konsep silaturrahim itu dengan minda yang lebih luas, ia itu silaturrahim tanpa sempadan. Kita berfikaran terbuka dan berlapang dada dalam mempererat silaturrahim. Apa jua kumpulan yang kita bentuk seharusnya cuma menjadi sebagai asas permulaan memulakan apa jua tindakan yang sewajarnya. Tujuan mempererat silaturrahim bukan merupakan tujuan hakiki. Ia adalah tujuan yang dengannya kita dapat berbuat sesuatu dengan kekuatan silaturrahim itu. (Silaturrahim is a means to an end, and not an end in itself).

Justeru itu saya katakan pada diri agar berbuat sesuatu tanpa prasangka. Semoga Allah kurnia pada kita kekuatan silaturrahim yang merentas perbezaan warna kulit, budaya, status ekonomi dan sosial, taraf pendidikan dan apa jua sepertinya. Kalau tujuan Silaturrahim adalah suatu jalan untuk menegakkan kebesaran Allah dan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, maka tidak timbul kita membuat batasan yang  boleh memperkecil usaha kita.

Semoga Allah melimpahkan kebijaksanaanNya dan kita seronok  menyumbang tenaga kepada siapa jua. Semoga Allah meredhai segala usaha dan di Taman-taman Syurga kita berjumpa.
Aamiin ya Rabb.....

.....

Tuesday, April 8, 2014

Ada program unik di TV Al Hijrah.....


Petang itu saya ke Putrajaya teringatkan cucu Akif yang kini 7 tahun. Ia "istimewa" maka saya dan suami lapangkan masa untuk bersama anak saya sekuarga potong kek Hari lahir tanda mera'ikannya. Itu sahaja.



Usai sahaja solat maghrib, cucu yang hero-hero belaka menerkam masuk mahu bersama. Sebenarnya mereka suka "bergelut" dengan TokAyahnya.

Anak saya rakam gambar ini untuk ingatkan mereka bila dewasa dan rasanya waktu itu saya dan suami sudah tiada. 

Akif, no 2 dari kiri mahu mengambil foto saya katanya mahu cuba guna kamera. Maka saya benarkan untuk memuaskan 'curosity"nya. Ini hasilnya. Ia puas hati bila saya tunjuk hasilnya dan gelak ketawa rasa teruja.

Itulah keseronokan bersama cucu-cuc ini walaupun saya pening melihat mainan berselerak merata. Toleransi sekarang tidak sama berbanding semasa muda. Itulah pusingan hidup dan hanya percaya bila melaluinya.



Tetapi apa kena mengena dengan tajuk entry di atas. 

Kebetulan sahaja bagi saya. Baru sahaja saya hendak menikmati kek Birthday, menantu saya menarik perhatian program TV AlHijrah yang sedang secara langsung menunjukan YAB Timbalan Perdana Menteri menghadiri program Malam Cinta Rasulullah. Teruja sebentar kerana mereka "mendendangkan" satu persembahan dalam bahasa Jawa. Lantas teringat emak dan bapak saya. Tetapi yang lainnya bukan dalam bahasa Jawa...Alahai....




Anak saya menceritakan bahawa program seperti  ini bukan pertama kali pembesar negara menghadirinya. Ia dibawakan khas dari Solo Indonesia. Saya  amat jarang menonton TV yang bukan berbahasa Inggeris, maka saya langsung tidak tahu apa berlaku dari segi acara seperti ini. Cuma saya dengari sedikit dari kekawan ngaji yang menyatakan ada kontroversi pendapat bagaimana kita harus memuji dan mengingati Rasullah Salallahualaihiwasalam. Saya tidak berani menyatakan pendapat kerana saya bukan Ahli.



Saya cuma berfikiran mudah berkaitan isu ini, iaitu kalau kita benar-benar sayang Allah dan RasululNya, maka ia harus di tunjukan dalam Pengurusan hidup harian kita dan bagi pembesar negara ia harus dipraktikan dalam mengendali Hal-ehwal Negara. Barulah program seperti ini memberi makna dan kesan yang sewajarnya.

Bukan begitu ?
Saya tiada hak menganalisa. Cuma rakam peristiwa ini sempena berada di rumah anak saya meraikan cucu-cucu yang belum tahu hal dunia. Kitalah yang harus mewarnakannya, benar-benar mewarnakan ikut cita rasa Nabi kesayangan kita. Semoga Allah menunjuki jalanNya....

Semoga Allah memudahkan keluarga saya dan semua keluarga yang benar-benar mahu mencari Redha Allah di dunia dan mendapat anugerah Rahmat Allah yang tidak terhingga dan sampai di Akhirat sejahtera di Taman-taman Syurga.

Aamiin ya Rabb...

....

Monday, April 7, 2014

Ilmu lalu sentuhan jejari...




Kebelakangan ini saya banyak mengikuti berita bagaimana usaha-usaha sedang dijalankan untuk mencari hingga dapat pesawat MH370. Saya dapat mendengari dan mengumpul maklumat dengan menggunakan jejari membuka TV. Pendapat professional dalam berbagai bidang dari seluruh dunia dapat saya ketahui. Yang saya kurang faham saya simpan untuk bertanya dengan sesiapa yang dapat memberi penerangan lanjut pada saya. Tetapi setakat ini saya belum berpeluang. 

Tidak mengapa. Saya cuma cerita balik pada keluarga apa yang saya faham. Hati kecil saya seakan-akan tidak yakin pesawat ini dapat ditemui. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Umumnya perkembangan teknologi amat memudahkan perjalanan hidup. Tetapi kemudahan ini menimbulkan banyak juga risiko dan menjadikan hidup rumit dan menimbulkan stress.

Di laman sosial kita banyak mendengar dan melihat bagaimana bermulanya pergolakan politik di beberapa negara. Di Malaysia tidak kurang sensasi yang bertebaran di sekeliling kita. Saya tidak mahir IT dan tidak mahir menggunakan smart Phone yang anak saya beli untuk saya. Sebenarnya saya hanya perlu fon yang biasa-biasa sahaj tetapi anak saya kata itu sudah tidak canggih dan katanya kita sudah tidak dapat mengikuti apa yang berlaku di sekeliling kita. Maka saya belajar menggunakan smart fon tetapi masih terkial-kial. Saya mendapat hantaran maklumat dari teman-teman dan ahli keluarga mengenai banyak perkara. Tetapi saya  suka menumpu pada maklumat yang berkaitan Islam, khususnya mengenai bagaimana umat Islam menjana hidup dalam ruang lingkup paradigma Tauhid.

Dalam kemelut bertukar maklumat, menambah maklumat, menyangkal maklumat dan berbagai tindakan lagi mengenai maklumat, Ustaz dalam satu kelas pengajian menyelitkan sedikit saranannya supaya jangan mudah-mudah memanjangkan maklumat "forward" maklumat kalau kita belum benar-benar memahami implikasi maklumat yang kita terima.

Kata Ustaz: dengan sentuhan jejari kita boleh menimbulkan sensasi, boleh menimbulkan fitnah, boleh membingungkan fahaman sesuatu konsep dan boleh berbagai lagi. Tetapi kata Ustaz kalau berita atau maklumat itu sesuatu yang kita yakin betul dan benar, sememangnyalah ia bermunafaat untuk dipanjangkan. Tetapi ia meminta supaya kita berwaspada jangan mudah-mudan memforward walaupun yang kita forwardkan itu cantik bahasanya dan logik bunyinya. Sebab yang logik tidak mesti betul. Kita forwardkan yang ada nas di sertakan supaya orang yang menerimanya boleh rujuk kembali. Kalau maklumat kosong, hati-hati menerimanya dan hati-hati-hati juga jika memanjangkannya.

WaAllahu'alam.
Kini amat sukar mahu menentukan kesahihan.Ilmu lalui sentuhan jejari boleh menumbangkan sebuah kerajaan. Di Mesir sudah berlaku dan Di Turkey kini sedang berbalah anatara kerajaan dan pembangkang bila Perdana Menteri Erdowan memnghapus dan membatalkan banyak kemudahan berkaitan dengan IT.  
Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang benar dan ilmu yang kita perolehi dapat kita laksana dan boleh membawa kita lebir hampir pada yang maha Pencipta.
Semoga kita redha dan Allah meredhai.
Aamiin.

....

Saturday, April 5, 2014

Belaian Manja.......



Belaian manja tidak mengira usia.

Ibu tua seperti emak saya tidak mengira anak atau menantu, asalkan mereka sering di kelilingnya, bertanya khabar dan bercerita-cerita.
Itulah yang disukainya, itulah yang sering disebut-sebut mahu ketemu dengannya. Walau jauh menaiki bas ia pasti tiba. Tertambat hati orang tua.

Gambar di atas ialah Allahyarham abang ipar saya, Nong nama manja keluarga. Dia pandai mengambil hati Emak saya, dari muda hingga ke tua. Dia juga favorite saya kerana ia pandai bergurau senda, bercerita peristiwa-peristiwa masa belia, dan suka berlawak jenaka. Tidak sunyi suasana rumah bila bersamanya. Ada sahaja cerita yang dikongsikannya. Ada sahaja makanan ringan yang dibeli untuk selingan perbualannya.

Namun Allah tentukan ia dijemput awal dalam umur nya 52 tahun sahaja. Mungkin disebabkan kanser tetapi doktor belum sempat mengesahkannya. Semasa ia meninggal belum semua anaknya bekerja. Baru sempat menimang 2 orang cucu yang kecil-kecil dan belum  mengerti Atuknya itu penyang orangnya. Begitulah roda kehidupan setiap manusia. Tiada yang dapat diduga.




Ini kakak saya isteri abang Nong dengan anak sulung mereka, kesemuanya 4 orang dan lelaki belaka. Perangai bermanja tidak kira di mana dan bagaimana. Seronok juga saya melihatnya. Karenah begini selalu bertahta dan ini terahir saya rakam untuknya.

Anak-anak kakak saya manja tak kira. Agaknya ikut perangai ayahnya. Walau ada isteri bila balik kampung pasti minta emaknya buat kopi atau milo atau apa sahaja. Kadang-kadang saya bising pada mereka kerana tidak beri saya kesempatan berbual dengan emaknya. Mereka hanya tertawa.  Katanya sedapnya air tangan emak tidak ada bandingnya. Betul kenyataan itu : Tetapi Isteri tak perlu curiga kerana mereka juga ada anak yang punya cara tersendiri menagih manja. Lihatlah....munkin begitu jua.....

Kakak saya mengasuh dan melatih anak-anak lelakinya pandai kerja rumahtangga. Pasti begitu katanya kerana tiada anak perempuan yang boleh membantunya. Maka senanglah isteri-isteri mereka saya kira, sebab suami ada "kemahiran" kerja menjaga rumah dan tidak rasa stress jika tiada pembantu di rumahnya.

Itulah coretan meingigat sedikit kenangan hidup bersama abang ipar yang tidak akan saya lupa padanya. Terutamanya bila balik kampung pasti ingat padanya.  Semoga Allah mengampunkan doasa-dosanya dan di alam Barzah dia sejahtera. Semoga Emak begitu juga dan semoga Allah kurnia seluruh ahli keluarga Syurga Firdaus dengan Rahmat Allah jua.

Aameen ya Rabb...

...

Thursday, April 3, 2014

2nd April...World "AWETISM" Awareness day.

Saya hampir lupa....
KELMARIN 2hb APRIL ialah HARI AUTISMA SEDUNIA.
Saya rakam di sini semoga semua insan ambil peduli keistimewaan anak-anak ini.
Mereka akan membesar dan akan dewasa.....dan insyaAllah akan tua.
Bagaimana kita menghargainya dan membantunya.



Seorang cucu saya Allah kurnia keistimewaan dan dia otistic dan kini berumur 7 tahun. Dalam beberapa hal dia lambat tetapi dalam beberapa hal dia cepat. Seperti kura-kura ini....ibaratnya....
Siapa kata ia tidak boleh menandingi kepintaran seekor arnab dan kecerdasaannya. Dengan akal istimewa yang Allah beri, ia memenangi perlumbaan. Ingatkan cerita itu ?....

Allah menurunkan bantuan mengikut kehendakNYA.
Allah menunjukan kasih sayangnya dengan berbagai cara. Anak perempuan saya Allah "pilih" menjadi ibu "istimewa" pada anak istimewa. Ada kalanya ia hilang kesabaran. Maka saya akan ingatkan jangan sia-siakan keistimewaan yang Allah anugerahkan. Hanya orang istimewa Allah beri anak istimewa. 

Itu juga yang saya kongsikan pada teman yang dahulu sesama kerja yang juga punya cucu "awetism" yang kini 9 tahun umurnya. Baru satu perkataan yang dapat diajarkannya, dan ia sungguh gembira. Kesyukurannya melangit apabila bercerita dengan saya.....
Perkataan itu bukan sama dengan kebolihan anak biasa tetapi dia sekarang bolih sebut "da...da...." bila mahu naik kereta sama. Air matanya berlinag gembira, menyesali hari-hari yang ia kurang peka bahawa Allah maha mengaugerah apa yang terbaik di sisiNya.....asal sahaja kita redha atas segala ketentuannya.

Kita selalu ambil ringan kurniaan Allah pada kita. Kita tidak nampak kekuasaanya itu teramat istimewa untuk kita hayati setiap masa dan ketika.




Ini Akif Humaidi nama penuhnya. Punya sinergy tenaga luar biasa. Selagi belum rasa penat ia akan berterusan belari-lari walau di mana. Ia akan melompat, seperti ahli akrobat dunia....Jangan siapa dekat padanya. Nanti sakit jika terkena perlakuannya.

Saya selalu jadi "mangsa" bila dengannya kerana ia suka menerjah untuk duduk sama. Ia tenang bila kita belai dan puji sedikit kebolehannya.

MasyaAllah. Tidak saya sangka saya ada "kekuatan" melayannya, ada sedikit kebolihan "berlawan cakap" untuk menenangkannya. Ia cuma mahu perhatian buat seketika atau apabila ia mahu kita menghargai pembentukan maianan LEGO yang diusahakannya  atau apa jua yang ia baru discover atau baru terjumpa pertama kalinya.

Ia lambat mengenal huruf dan agak kebelakangan dalam kepintaran membaca. Oleh kerana kami faham keistimewaannya maka itu tidak menjadikan kami stress mahu menjadikian ia setara. Ia setara seperti yang Allah rancang baginya. Tidak mengapa. Tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia. Cuma kita tidak mahu melihat atau tidak dapat melihat rahsiaNya. Kekurangnya Allah ganti dengan kelebihan yang kita belum faham melihatnya dan belum terlintas apa sebenarnya yang Allah mahu kita lihat pada penciptaanNya yang maha luarbiasa.

Saya kata pada ibunya..Jangan sekali-kali kita putus asa.Kita usaha dan doa sentiasa. Kemudian kita tawakal padaNya  Pasti ada hikmah yang dihujung hidup ini nanti Allah tunjuki kesemuanya. Hari demi hari, sedikit demi sedikit kita sendiri dapat merasai kekerdilan diri dan pada Allah sahaja tumpuan kita beri. Allah mahu kita merasai erti pengabdian yang luhur dan sejati.

Semoga kita redha dan Allah Merdhai...
Semoga Akif dan rakan-rakan seperjuangannya Allah kurnia yang terbaik di sisiNYA  dan itu amat mudah bagiNYA.

Aameen ya Rabb....

.....

Wednesday, April 2, 2014

Sayang-sayang buah kepayang....




Saya sayang Malaysia.

Benar-benar sayang. Bukan sayang buah kepayang...dimakan pahit, dibuang sayang.

Allah kurnia berbagai nikmat di Malaysia.... Tanahnya subur, dan hasil mahsul bumi amat lumayan. Tidak ada gunung berapai dan tidak ada masaalah banjir besar yang tidak dapat diselesaikan. Tempat-tempat pelancungan pun makin hari makin menawan.

Alhamdulilah. Semoga berpanjangan....

Tetapi rasa sedih sedikit sekarang  kerana ia dicurigai oleh pihak itu dan pihak ini dalam mengendalikan peristiwa kehilangan pesawat MH370 yang belum kunjung selesai hingga sekarang. Saya rakyat Malaysia biasa yang hanya mendengari dari media masa dan dari perbualan santai jiran tetangga dan teman-teman. Ingin rasanya hendak berkata sesuatu tetapi mana ada fakta yang sah yang boleh diterima pakai? Tetapi bukankah analisa dan penyelidikan pakar dan professional pun kekadang menampakan percanggahan ? Namun pihak awam terutamanya waris penumpang negara China ramai yang mahu menuding jari pada Malaysia mengatakan tidak cekap dan waris mangsa tidak diberi layanan yang memuaskan. 

Ada yang berkata ini berlaku kerana Malaysia tidak telus, menyembunyikan fakta dan usaha yang dijalankan sebagai penyelaras utama dalam penyisatan peristiwa kehilangan tidak meyakinkan. Banyak masa terbuang kerana data-data dan maklumat yang dikongsikan tidak jelas dan tidak telus dan berbagai lagi sangkaan dan tuduhan yang dilemparkan pada Pentadbiran yang saya rasa mungkin Malaysia  pun kebingungan kerana tidak punya pengalaman.

Tetapi sebenarnya tidak ada pengalaman tidak bererti tidak ada kebolehan.

Saya simpati dengan pihak Kepimpinan. Tetapi ada kalanya rasa seperti kecewa juga bila mengikuti sidang akhbar yang mendapat liputan TV dalam dan luar negeri bila mendengari pegawai tidak jelas bertutur dalam bahasa Inggeris dan mungkin kerana itu maklumat tidak mencapai tujuan. Kadangkala maklumat pun menampakan percanggahan. Salah maklumat dari pakar ataukah dari kecuaian penyelarasan, tidak ada kepastian....hanya andaian.

Apa yang berlaku di belakang pentas pengurusan saya tidak tahu dan saya tiada saluran untuk menayakan.  Saya pesara awam tetapi masih berminat memerhatikan. Saya rasa seperti ada kecelaruan dalam mengurus maklumat dan mengurus proses membuat keputusan. 

Tetapi tidak adil berkata demikian kerana pastinya sekarang Malaysia sudah bertambah canggih dalam semua aspek pengurusan. Namun hati saya masih berkata-kata sendirian. Teknologi mudah menerima perubahan tetapi saya kurang yakin dengan budaya pengurusan yang masih tidak begitu licin dan telus dalam memilih kepimpinan peringkat atasan. 

Itu dahulu, jangan ketinggalan zaman.  Sekarang tidak boleh disamakan, seorang teman menegur cara saya berfikiran. Saya menganggukkan kepala tanda saya faham.

Tetapi memahami sesuatu itu tidak semestinya menyetujuinya.

Saya cuma ingin melihat kebelakang......

Entah mengapa saya masih merasa tidak selesa melihat cara krisis diuruskan....adakah seperti yang saya alami semasa saya dalam perkhidmatan. Ketika itu ramai pegawai yang amat terikat dengan prosidur yang diguna pakai dalam amalan harian. Ramai yang tidak berani bertindak mengambil risiko dalam menangani hal-hal luar biasa termasuk hal-hal kecemasan....... walaupun kuasa untuk berbeza pendapat dibenarkan dalam peraturan yang ditentukan. Dengan lain perkataan pegawai yang menduduki jawatan tertentu tidak berani mengguna kuasa yang ada ditangan. Sering sahaja merujuk ke atas untuk kepastian.

Pastinya pengalaman ini tidak relevan sekarang. Sepuluh tahun masa yang panjang. Golongan muda pastinya lebih berani tampil membuat perbezaan dalam menangani permasaalahan dan apa jua yang dikategorikan sebagai kecemasan...... bukan  bertindak menunggu arahan dan bersantai menunggu giliran.....

Sampai disini sahaja saya catatkan. Seorang teman mengingatkan supaya berhati-hati melayan fikiran....nanti dikira memfitnah tanpa haluan.

Maka saya mohon kemaafan...
Dan pada Allah saya mohon keampunan...
Kerana saya juga punya kekurangan dan kelemahan.

Semoga Allah menurunkan pertolongan dan memungkinkan buah kepayang boleh diolah menjadi sedap untuk santapan.... 

...
Related Posts with Thumbnails