"Hai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhan mu,
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku
dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Saya selalu mengikuti apa yang dikatakan oleh Jeffry Sachs. ikutilah ini saya rekomen kerana beliau berani berkata benar. Ramai yang takut menyokong beliau kerana mereka takut dengan kuasa Amerika Syarikat. Mereka sekongkol dengan Amerika Syarikat.
Mereka tidak tahu siapa yang maha berkuasa!!! Amerika merancang. Allah swt itu adalah yang Maha Perancang..
Kita derdoa rakyat biasa di mana jua tidak lagi dizalimi. Semoga peperangan ini tamat dan kita semua di mana sahaja akan hidup aman, selesa dan tidak kelaparan. Aamiin....
ALHAMDULILLAH 7 bulan kebelakangqan ini Allah kurnia saya kesihatan. Saya kata pada teteman saya bahawa saya sihat -"SAYA SIHAT CARA ORANG TUA'. Saya boleh urus diri dengan izin Allah dan dapat mengikuti apa apa yang berlaku di luar sana melalui UTUBE..
Dalam video yang saya kongsi di atas ini memperkatakan apa yang sedang berlaku mengenai politik di negara maju yang berfahaman falsafah KUASA yang amat berbeza. Saya memang yakin bahawa falsafah negara maju amat mementingkan KUASA POLITIK dan apa jua kuasa yang mereka akan guna untuk menindas siapa jua asalakan hidup mereka sentiasa selamat mengikut pemikiran mereka.
Maka oleh kerana kebijaksanaan kita hanya berpaksikan apa yang kita lihat dan apa yang kita fikir dalam otak kita maka kita tidak akan pernah dapat melawan atau menentang kuasa besar yang kuat dalam serba bidang, terutamanya dalam bidang ekonomi dan sains teknologi.
Jika kita mahu menentang mereka dalam keadaan kita yang lemah, maka kita harus ada kekuatan yang lainnya. Maksud saya kita harus ada kekuatan Iman dan Taqwa yang negara lawan kita itu tidak ada. Kita harus yakin dengan apa jua tindakan yang dicontohkan oleh Rasulullah saw dalam usaha kaum muslimin menentang kaum kuffar.
Dalam sejarah Islam kaum Muslimin hebat dalam bidang sains dan teknologi dan mengasaskan banyak discovery yang dapat di nikmati oleh kemanusiaan. Tetapi malangnya kehebatan itu tidak di warisi oleh kita semua orang Islam waktu ini. Maka kita jadi kaum yang ketinggalan dan selalu kena bully sahaja.
Dalam video ini mereka bermegah dengan bijakpandai seperti Socrates dan Aristottle dan banyak lagi. Mereka merasai watak itu sudah amat pintar. Sebenarnya kita ada dalam masyarakat Islam waktu lampau yang sama hebatnya tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya.
Banyak yang diperkatakan oleh bijak pandai dalam video ini. Jom kita dengari juga semoga timbul keinsafan atas diri-diri kita terutamanya sekarang kerana kita sudah di ambang garis penamat di akhir zaman.
Jangan fikir kita ada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) untuk pembelaan. Kita kena bergantung pada Allah.
Bagaimana? Ikuti nasihat para cerdik pandai dikalangan kita dan ulamak-ulamak untuk bimbingan cara yang luar biasa. Saya kuatkan diri mahu mencuba. (sudah agak lewat tetapi saya tidak mahu menyerah sahaja.....)
Allahu'lam.
Dan kita berdoa memohon Taufiq dan Hidayah Allah swt dan Pertolongan segalanya. Aamiin Ya Rabb......
DULU SAYA INGAT AMERIKA SYARIKAT HEBAT DAN MENJAGA KEPENTINGAN DUNIA. SEKARANG BARU SAYA TAHU AMERIKA HANYA JAGA PERUT SENDIRI. DIA TIDAK PEDULI APA TERJADI PADA NEGARA YANG MAHU MEMBANGUN DAN MAHU MENJAGA RAKYATNYA.
PERANG UKRAINA DAN RUSSIA MEMBUKA MATA SAYA. SEMOGA SAYA KE ARAH KEBNARAN YANG DAHULU SAYA "BUTA".
ALLAHU'ALAM.......
YA ALLAH, ENGKAU SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG NYATA DAN YANG TERSEMBUNYI. SEMOGA ENGAKAU AKAN MEMELIHARA KEPENTINGAN MANUSIA YANG KURANG ILMU DAN MENJADI MANGSA MANUSIA YANG BUSUK HATI DAN HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI SAHAJA.