"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, January 31, 2020

BERITA AKHIR ZAMAN 2020 _ EPISOD 25 (KITA DI FASA AKHIR)



A001
Alhamdulillah dapat bertemu Jumaat sekali lagi, penghulu segala hari. Semoga Allah sentiasa kurnia yang terbaik di sisiNya.
Maka hari ini saya ingin kongsikan Video di atas untuk perhatian dan ingatan kita bersama. Untuk semoga di penghujung umur kita (hanya Allah yang maha tahu) kita tidak akan ada penyesalan. Semoga kita dapat membuat persiapan yang sempurna dengan bimbingan Allah dan kita sentiasa dipelihara semoga kita pulang kepangkuannya dengan penuh keredhaanNya dan RahmatNya. Aamiin......

Hari ini seperti dalam video itu kita telah di beri gambaran betapa gerunnya Hari Penentuan Allah. Sekarang sudah banyak gambaran yang Allah tunjukan dan semoga ia membawa keinsafan pada diri dan berbuat sesuatu yang mendapat Redhanya.

Sekarang ini perbalahan mencari kuasa di dunia nyata sekali. Pemimpin Negara di mana jua diuji dengan ujian yang amat mencabar.......berebut kuasa untuk apa. Pemimpin Negara Islam pun ada yang menampakan diri-diri mereka yang kita tidak dapat contohi. Malah kita berdoa semoga kepimpinan Negara Islam Allah kurnia Iman dan Taqwa yang dapat membawa rakyat ke jalan yang Benar dan dalam RedhaNya. Umat Islam mesti berjuang dalam jemaah. Jemaah Islam kini tidak kuat dan ada umat Islam yang tidak mendapat pembelaan pemimpin Negara Islam.

Saya tidak bertujuan bicara pangjang mengenai hal ini. Saya tiada kemampun. Hanya setakat menasihati keluarga sebaik munkin. Semoga Allah melindungi dan memberi taufik dan HidayahNya. Kita tiada kekuatan melainkan dengan kekekuatan dari Allah yang maha Bijaksana.

Sehubungan ini saya turun ayat alQuran sebagai peringatan kita bersama.

A013
Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).
(A-li'Imraan 3:13

Sampai di sini dulu. Insya Allah kita bertemu lagi dan sama-sama memperingatkan diri semoga Allah meredhai.
Aamiin ya Rabb.......

Wednesday, January 29, 2020

Bila umur lanjut tua.....


A001

Alhamdulillah tahun ini di bulan Mei nanti insya Allah suami dan saya
 akan tepat berumur 73 tahun. Kebelakangan sebulan dua ini Allah izin saya
dapat membantu suami saya mengurus keadaan kakinya 
yang patah di lutut kerana jatuh.
Maka ini membuat saya terpanggil untuk bercerita sedikit di sini
 mengenai fikiran yang melintasi hati dalam mengurus 
umur yang kini sudah agak lanjut.

Saya lihat dalam pembacaan saya di media massa mengenai 
umur orang di Malaysia dan 
saya turunkan di bawah ini untuk maklumat sekilas lalu.
Umur saya sudah hampir dengan umur yang disebut dalam kajian
seperti di bawah ini, iaitu 75 tahun.


MALAYSIA : LIFE EXPECTANCY

MaleFemale
73.2
77.6
TotalWorld Rank
75.3
71
According to the latest WHO data published in 2018 life expectancy in Malaysia is: Male 73.2, female 77.6 and total life expectancy is 75.3 which gives Malaysia a World Life Expectancy ranking of 71. You can see the leading causes of death data and rankings for Malaysia by clicking on the links below or select the full country health profile at the bottom of the page.
(data ehsan carian google)

Maka ini membuat saya terhenti sejenak dan berfikir dengan agak jelas
 bahawa masa buat saya dan suami sememangnya sudah
 menghampiri  kepenghujung hidup di dunia ini.
 Bilakah itu ?  Hanya Allah yang maha tahu.

Allah berfirman:

A004

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
(At-Tiin 95:4


A005
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
(At-Tiin 95:5)


A006
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
(At-Tiin 95:6



Allah telah mencipta manusia paling terunggul dan manusia sudah berjanji dari sebelum lahir lagi bahawa manusia akan taat dan patuh pada kehendak Allah yang maha Pencipta.
Saya terpaut dengan hakikat ini dan cuba menjadi hambaNya yang terbaik mungkin walaupun ada kalanya saya menyimpang jauh. Semoga Allah mengampuni.

Buat saya dan suami, alhamdulillah kesihatan kami agak baik berbanding sesetengah orang dalam tahap umur yang sama. Alahamdulillah kami dapat kurnian Allah supaya sentiasa beringat diri dan berusaha untuk mengerjakan amalan yang baik-baikNamun kami merasai kami masih amat jauh dari apa yang diharapkan. Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan dan segala salah silap dan segala perbuatan di luar sempadan. Kami sentiasa merasai penyesalan.

Saya secara peribadi pastinya berlainan liku-liku hidup dari suami saya. Di sini saya hanya boleh bercerita mengenai diri saya sendiri.



Bercerita mengenai umur tua, saya mengingat semula semasa saya menjaga dan mengurus emak saya di umur tuanya. Emak saya meninggal dunia dalam tahun 2004 dalam umurnya yang melebihi 90 tahun.Waktu itu saya berumur 57 tahun. Saya bongsu dalam adik beradik 8 orang. Bapak saya meninggal semasa saya berumur 16 tahun dan saya tidak banyak kenanagan dengannya berbanding saya dengan emak saya. Ketika ini hanya kami bertiga sahaja yang masih di panjangankan umur. Semoga bermunafaat. Ia itu saya dan dua kakak saya yang berumur 80 dan 84 tahun.ALHAMDULILLAH.....

Saya menjaga emak saya sepenuhnya hanya hampir dua tahun sahaja. Saya bercuti setengah gaji hampir setahun menjaganya dan kemudian terus menjaganya dalam masa awal persaraan dari perkhidmatan kerajaan. Sebelum itu kakak saya di kampung yang menjaganya dan saya menjaganya sebentar-sebentar sahaja apabila saya mengambil cuti agak panjang.

Kini saya sendiri sudah tua dan merasakan penyesalan kerana tidak menjaga  emak saya seperti kedua kakak saya di kampung waktu itu. Saya imbas kembali "karenah" orang tua dan kini memahami mereka dalam konteks yang amat lain sekali. Barulah saya sedar hanya orang tua yang memahami isi hati orang tua. 

Saya rasa saya sudah menjaga emak sebaik mungkin.Tetapi kini bila saya tua saya merasai bahawa apa yang saya fikir baik waktu itu sebenarnya belum cukup baik. "My best was not good enough". Sekarang saya dapat benar-benar rasakan bahawa saya tidak samapi tahap seperti yang seharusnya saya lakukan. Hanya Allah yang maha tahu dan hanya Allah yang menilai. Semoga Allah mengampuni dan semoga Allah menerima doa-doa saya terhadap kedua emak bapak saya. Semoga Allah menempatkan emak bapak saya di tempat yang teristimewa di sisiNYA. Aamiin........

Umur kita hanya Allah yang tahu. Saya selalu pesan pada anak-anak supaya sensitif pada kehendak orang tua. Bukan emak dan bapak atau ibu dan bapa sendiri sahaja, tetapi kepada semua orang tua-tua. Taraf ibu bapa mertua sama sahaja seperti ibu bapa sendiri. Dan kasih sayang kita terhadap orang-orang tua dalam keluarga besar kita pun sama sahaja. Mereka harus disantuni. Santuni dengan senyuman dan bertanya khabar pun sudah amat memadai. 

Walau apa pun, dalam kita bercerita orang tua-tua. kita harus ingat bahawa Allah yang menentukan segalanya. Kita hayati ayat berikut sebagai peringatan sepanjang masa supaya tidak lalai dengan kehidupan yang sementara ini

A049
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila sampai tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".
(Yunus 10:49) | 



Wahai orang yang masih muda saya turunkan ayat itu kerana saya tidak mahu ada penyesalan. Semasa saya muda tidak banyak program majlis ilmu dan dakwah.
Semoga apa yang saya tulis ini Allah terima sebagai perkongsian bersama
yang membawa munafaat hingga akhir hayat.
Saya amat fakir serba serbi. Semoga Allah mengampuni.
Aamiin ya Rabb......


Monday, January 27, 2020

Inside Wuhan: Daily life in China's coronavirus quarantine zone



A001
Alhamdulillah. Dalam kemelut wabak virus corona dari China Allah memberi saya peluang untuk mengikutinya dan cuba memahami akibatnya dan impilikasinya untuk manusia sejagat. Saya kongsikan video di atas sebahagian maklumat yang boleh membuat kita rasa khuatir dan insaf mengapa wabak penyakit seperti ini boleh berlaku sekarang. Banyak maklumat yang saya baca dari Utube dan saya rekomen siapa jua membacanya jika keadaan mengizinkan.

Saya tidak bercerita panjang kerana saya bukan ahlinya. Cuma saya dapat berbincang-bincang sedikit dengan anak lelaki saya yang rajin  berhubung dengan kekawan yang mengetahui lebih darinya.

Antara fakta yang membuat saya terhenti bernafas sejanak ialah hakikat bahawa wabak ini boleh dimengertikan sebagai antara fenomena akhir zaman. Wabak ini tidak dapat dikuasai manusia setakat ini dari  segi cara membendungnya dan cara mengatasinya. Lantas fikiran saya mengingati amaran dari Allah sejak 1400 tahun yang lalu. Saya rasa berpendapat ayat alQuran ini ada kaitan. Allah berfirman:

A112


Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
(Al-Nahl 16:112


Wabak penyakit ini bermula dari Wuhan, China. Antara negara yang kaya raya di dunia. Namun sejarah kezalimannya pun jelas juga. Antaranya kita disebarkan dengan berita bahawa mereka zalim terhadap kaum Uyghur dalam berbagai bentuk. (boleh lihat juga diUtube). 

A018
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?
(Muhammad 47:18) |  

Itu sahaja sedikit catatan dari sudut kefahaman saya. Mungkin ini adalah tanda-tanda sampainya akhir zaman.
Allahua'lam. Hanya Allah yang maha tahu segalanya.


.................................

Wednesday, January 22, 2020

A Bridge Too Far.....@ Yang dikejar tak mungkin dapat...

Image result for free down load putrajaya bridges


  (foto ehsan carian google)

A001
Sejak Mei 2018 Malaysia amat sibuk dengan berbagai ragam......dari pemimpin hingga ke rakyat jelata.
Pemimpin berbeza pendapat dan falsafah.
Begitu juga rakyat yang mengikutinya.

Semua pemimpin mahu mengejar kedudukan di Putrajaya.
Di situ punca segala kuasa.
Maka berbagai masaalah yang terjumpa.
Ada sahaja berita.
Di Media Massa dan dimana ada kumpulan
yang punya angan-angan mahu digelar wira
bagi kumpulan atau kaumnya.

Apa yang dikejarkan sebenarnya?
Kekayaan harta dan hidup seperti 'Raja'?
Para ulamak di di luar sana sudah pun berkata
bahawa dunia ini sudah hampir ke penghujumgnya.
Tetapi semuanya masih lagha, leka, 
ada yang hanya ingin kuasa tetapi ada yang gila kuasa.
Ini tafsiran saya, maaf yea.

Jika mahu kuasa dalam konteks mahukan
kesejahteraan rakyat semuanya,
Maka tidak akan ada yang sentiasa suka mengata cerca
dan tidak akan ada yang terus berdusta.

Janji Allah pasti tiba
DIA yang menentukan segalanya.
Namun manusia mesti patuh pada Kitabnya dan pada pesanan RasulNya jua.
Bukan ikut sedap rasa, ikut nafsu yang tidak dijaga.

Redha Allah itu jauh jika tiada kawalan di dada
Paradigma Tauhid itu yang Utama
Bukan aqal fikiran semata-mata.
Kerana di akhir perjalanan hidup ini semua akan ditanya, diperiksa dan diminta bukti nyata.
Kan semua manusia telah berkata bila ditanya
Dalam ayat berikut ini buktinya:

A172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al-A'raaf 7:172


Garis penamat dalam kehidupan ini sudah amat dekat.
Sudah banyak bencana alam terjadi, berlipat-lipat.

Dan sudah banyak fenomena yang ganjil-gajil disaksi
menunjukan kehendak yang maha Pencipta itu tepat sekali.

Jangan teperdaya hasutan syaitan yang memikat
Penyesalan dan taubat yang terlewat tiada munafaat.

Semoga Allah kurnia Taufik dan Hidayat.
Sejahtera di dunia dan juga di akhirat.


Tuesday, January 21, 2020

Pertemuan yang meriangkan.........


A001


Alhamdulillah. Dalam umur 7 series ini Allah kurnia saya kederat bolih berulang alik 
ke hospital mengurus diri dan mengurus suami.
Dalam kesibukan dan dalam kerisauan Allah temukan saya
dengan seorang yang pernah bekerja dengan saya semasa berkhidmat di Kementeria Penddidikan 
lebih 20 tahun yang lalu.

Saya beratur menanti giliran mengambil ubat dan
beliau pun begitu. Bila saya menoleh maka baru tersadar rupanya dia itu Khadijah yang sentiasa
 mesra dengan saya semasa bertugas bersama.
Saya amat teruja dan hampir menitiskan air mata kerana 
Jah ini  amat baik orangnya dan membantu saya dalam banyak hal yang saya perlukan.

Pertemuan seperti ini mungkin biasa sahaja bagi 
sesetengah orang. Tetapi buat saya ia istimewa kerana
  tiba-tiba saya merasai keriangan kerana
 mereka yang masih muda berbanding saya 
masih mengenali saya.

Terima kasih Jah kerana masih cam muka saya yang sudah 
banyak kereput. Alhamdulillah, semoga kita 
bersama lagi nanti di Syurga Firdaus kurniaan Illahi.
Aamiin ya Rabb.....


Sunday, January 19, 2020

Mula tahun 2020.....@satu ujian.


A001




Alhamdulillah kami melangkah masuk tahun 2020 penuh kesyukuran dengan penuh harapan kami dikurnia kesejahteraan untuk pengabdian yang berterusan. Pengabdian yang unggul pasti melalui ujian. Suatu pagi suami saya jatuh dengan tidak disangka-sangka. Kaki sebelah kiri cedera. Kami menjangka tidak serious dan cuma memanggil tukang urut membetulkan mana yang tidak kena. Selama 4 hari suami tidak merasai lega. Adik lelaki suami meminta supaya kehospital dan buat x-ray untuk mengetahui sepenuhnya.


Benar rupanya lutut patah dan perlu di bedah


Kami menanti giliran dan hanya pada 16 Januari suami 
dimasukan ke wad untuk prosidur seterusnya.
 Pembedahan dibuat pada 17 Januari dan
 saya menanti 3 jam sebelum ia kembali ke wad semula.



Pada pagi 19 Januari doktor memeriksa suami di wad dan mendapti luka itu
 sempurna keadaannya dan membenarkan kami pulang pada petangnya.
 Saya amat lega.
Alhamdulillah, dalam kesusahan ada kesenangan.

A005
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

A006
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.



Saya membuat urusan untuk keluar wad. Sementara itu suami saya
 berehat lega dan sibuk mengemaskini maklumat pada sahabat dan keluarga.



Malam itu ada kaum keluarga yang datang menziarahinya dan
 kami "kenduri" kesyukuran seadanya. 
Yang perlu diingati ialah ujian dari Allah itu pasti ada hikmahnya. Hamba yang 
beriman bertaqwa harus yakin Allah itu maha kasih sayang dan kita menjalani
 ketentuannya dengan penuh redha semoga Allah terima itu sebagai
amalan soleh di sisiNya. Aamiin....



Kami mohon doa semoga cedera ini mendapat ksembuhan dalam masa
yang tidak lama. Kami akan berjumpa doktor pakar sekali lagi 2 minggu dari
 tarikh pembedahan untuk membuka jahitan dan insyaAllah
kami diberi program terepi fisio pula.
Semoga Allah memelihara dan mengurnia kemudahan bagi kami sekeluarga.
Aamiin ya Rabb....


Sunday, January 12, 2020

It doesn't take blood to be family......



A001
It doesn't take Blood to be family....
It takes Love.

Baru-baru ini anak angkat saya dari Naratiwat
Thailand datang ziarah bila suami saya tidak berapa sihat
kerana jatuh dan patah kepala lutut.
Foto di atas saya rakam Zahron dan isterinya 
ziarah kami selama 3 malam.
(Zahron berdiri kiri sekali).
Walaupun kali ini mereka sibuk atas beberapa hal
 sampingan, kami masih dapat merasai kemesraan.

Kami ada juga 3 orang lagi anak angkat di Acheh.
Semasa mereka menutut di Malaysia, mereka tinggal 
di rumah kami semasa musim cuti penggal.
Kini saya ada 14 orang cucu dari anak-anak angkat ini.
Alhamdulillah.

Pepatah Melayu mengatakan 
"Tidak akan putus air dicincang".
Yang bermaksud jika hubungan keluarga itu berasaskan
hubungan darah, walau bersengketa macam mana pun mereka akan tetap menjaga hubungan keluarga.
Kini pepatah Melayu ini seolah-olah tidak relevan
kerana ramai adik beradik, saudara mara yang berselisih faham akan berpecah hubungan.
Di mana silapnya kita semua sudah dapat menjangka.
Sebab utamanya ialah kerana kita tidak memelihara akhlak
seperti yang dituntut dalam Islam.

Islam amat mementingkan jalinan kasih sayang.
Hubungan kekeluargaan akan terjamin jika kita memegang
kuat prinsip kasih sayang dan prinsip silaturrahim.
Kasih sayang harus dipupuk dari awal lagi.
Dari peringkat bayi amat baik sekali
Biar rezki terhad, jika ada jalinan kasih sayang hidup ini
pasti bahagia, tenang dan yakin pada kurniaan dari Allah
itu pasti mencukupi.
Walaupun tidak mewah tetapi rasa mencukupi
dan akan sentiasa dapat mensyukuri
 segala yang Allah beri.

Maka kita ingat semula:
It doesn't take blood to be family...
It takes Love and believe totally in the Al Mighty..


..............................

Friday, January 10, 2020

Evil fighting Evil....@ juga berlaku di Malaysia?


A001
Saya ingin bicara sikit. Sikit sahaja......
Apa erti Evil? 
Fahaman saya ia suatu yang Buruk, Jahat dan Kejam.

Sekarang ini tengah hangat percaturan politik antara Amerika Syarikat dengan Iran. Mereka sentiasa bercakaran dan ketika ini amat hangat kerana Amerika Syarikat  telah membunuh General Quasem Soleimani, antara ketua tentera yang terkuat. Banyak yang telah diperkatakan di luar sana mengenai krisis ini yang boleh dikatakan akan menyebabkan perang dunia yang tidak diingini.

Saya tidak mampu dan tidak berminat untuk menganalisa masaalah ini kerana saya bukan ahlinya.

Saya hanya mahu menyelitkan satu pendapat sendirian bahawa krisis ini pada saya buakn anatara kumpulan jahat dengan kumpulan baik. Jika kita dengari cerita yang sering diperkatakan oleh berbagai pihak, kedua-duanya adalah terdiri dari puak yang mahu berkuasa sepenuhnya didunia ini. President Trump (dan President US dahulunya) sama sahaja dari segi dasar luar negaranya, terutama sekali mengenai Islam.Mereka mahu Yahudi Zionist (dan Zionist yang lainnya) berkuasa di Bumi ini. Mereka mendabik dada merekalah manusia yang terpilih.

Saya merasai bahawa kedua-duanya adalah buruk, jahat dan kejam. Iran yang mengaku Islam ( Syiah) sebenarnya mahu menghapuskan Sunni Islam. Cuma mereka pura-pura baik dan tidak mengaku demikian.Mereka mendakwa Syiah lah yang Allah redha dan bukan yang lainnya.

Maka itulah yang saya kata "Evil fighting Evil".

Yahudi dan Syiah tidak sempurna Imannya. Amat jauh menyimpang. Tetapi mereka masing-masin mengaku merekalah di pihak yang benar. Sebab itu kata setengah pendapat, pertelingkahan mereka itu seperti "sandiwara" sahaja. Sebenarnya mereka "sehati sejiwa".....katanya begitu. (Ini merupakan persepsi saya sahaja.) Di akhir zaman ini banyak hal yang berlaku yang boleh mengelirukan.

AlQuran telah menyatakan:

A073
Dan sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesongkanmu (wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) baharulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya.
(Al-Israa' 17:73


Maka kita di Malaysia harus berwaspada dalam menangani percaturan politik seperti yang saya sebut di atas tadi.......Siapa lawan siapa?..... Saya tidak mengatakan senarionya sama. Saya cuma katakan ada persamaan. (They are not the SAME but they are almost SIMILAR).

Percanggahan pendapat di Malaysia mengenai hal politik, agama, ekonomi dan lainnya  bukan hanya antara  orang Islam dan bukan Islam per se, tetapi saya suka mengatakan ada percanggahan antara mereka yang tergolong dalam Islam dan mereka yang bukan Islam. Cuma ada antara mereka yang mengaku Islam belum cukup Ilmunya dan Imannya. (Bahaya kata saya begini kerana saya pun masih banyak kekurangan dan kelemahan).


Cuma saya tidak cari pergaduhan terbuka dan menambah pada masaalah yang sedia ada dan menampakan atau menjadikan seperti orang Islam di Malaysia ini tidak bersatu. Saya lihat seperti tidak ada yang mahu berkompromi demi kemaslahatan masyarakat dan Negara. 

Bukankah orang Islam mesti berada dalam Jemaah dan jika Jemaah kita kuat dan benar-benar bersatu dalam Syahadah maka perpaduan akan lebih terserlah dan rakyat akan rasa selamat. Ini penting.
Konsep Khalifah mesti ada dibawahnya Jemaah.

Mana ada kompromi dalam Islam? Setengah pendapat kata begitu. Betul juga bila saya fikir dua kali. Tetapi bila saya fikir berkali-kali pula saya ingin katakan bahawa kita boleh berbeza fahaman tetapi tidak bermusuhan. Seperti Emapt Imam besar yang terkenal di Dunia Islam dahulu dan kini. Mereka berbeza tetapi hormat menghormati dan tidak memaki seranah antara satu sama lain. Sekarang ini kita amat berbeza dan tidak mahu melihat dari segi kekuatan dan persamaan. Kita lebih melihat pada perbezaan dan kelemahan. 

Ayuh kita bersifat seperti muslim mukmin dibawah naungan Khalifah yang Allah sebut dalam ayat AlQuran di bawah ini:




A026
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
(Saad 38:26

Itu  sedikit fikir-fikir saya buat kali ini. Fikir-fikir yang membentuk satu persepsi yang saya harap semoga betul . Ia belum cukup tuntas. Tetapi saya ingin juga kongsikan di sini.
Saya amat khuatir tersilap fikir dan tersilap tindakan. Saya bukan ahli politik. Tetapi dalam keluarga besar saya ramai yang berfikiran kritis dan bermacam-macam pendapat yang diutarakan. Saya pilih untuk tidak bicara banyak dan saya cuba menulis disini.

Saya bertekad untuk mencapai apa yang ustaz saya katakan....menjadi Ibbadurrahman.Umur saya sudah amat singkat. Saya sudah duduk di zon kritikal.....

Dalam alQuran Ibadurrahman didefinasikan seperti berikut:

A063
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
(Al-Furqaan 25:63


A064
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
(Al-Furqaan 25:64



A067
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(Al-Furqaan 25:67

Semoga Allah sentiasa memelihara dan menunjuki jalan yang benar.
Aamiin......

Related Posts with Thumbnails