"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, March 31, 2019

Amru Fathullah...@ Allah hanya sayang pada yang penyayang.......



Ini Amru Fatullah, cucu yang tinggal bersama saya. Kini berumur 5 tahun. Alhamdulillah kebolihanya bertutur makin hari makin baik....... tetapi belum mencukupi untuk kita berbual-bual. Tadika yang dihadirinya amat membantu dan kami amat bersyukur.

Dalam saya berfikir-fikir mengenai hari akhirat, saya sering teringat anak cucu bagaimana agaknya keadaan mereka selepas saya tiada. Saya tahu fikiran seperti ini tidak membawa faedah kerana tiada siapa yang tahu esuk apa yang akan terjadi. Tetapi sering juga fikiran saya tersasar-saar. Semoga Allah sentiasa bersama.......

Sehubungan dengan hari akhirat saya mendengari sebuah hadith dalam ceramah di Utube.


Dalam satu hadith Rasulullah saw bertanya seorang sahabat: Apa persediaan kamu untuk samapai hari Qiamat. Sahabat itu menjawab: Saya puasa, saya solat berjemaah dan berbuat amalan yang biasa-biasa sahaja. Dia tidak mampu bersolat berganda dan tidak mampu khatam alQuran. Dia bersedekah pun biasa-biasa.

"Tetapi aku amat mencintai Allah dan Rasulullah", kata sahabat itu.
Maka Nabi  Muhammad saw berkata: Engkau akan dibangkitkan bersama Rasul kamu.
(Ini catatan ringkas sahaja.)

Dalam penjelasan Hadith itu mengatakan siapa yang amat sayang akan Rasulullah, dia akan bangkit di Hari Akhirat bersama-samanya. Tetapi cinta harus sangat ikhlas. Cinta bukan bolih dibuat-buat. Allah mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

Dan secara umumnya, kita akan dibangkitkan bersama-sama dengan orang yang kita kasihi .... benar-benar kita kasihi.

Penjelasan hadith yang saya dengari itu amat panjang. Ia beceritakan juga mengenai mengasihi para sahabat. Tetapi di sini saya hanya ingin kongsikan satu fakta yang mudah:

ALLAH HANYA SAYANG PADA ORANG YANG PENYAYANG.
Sayang sesama manusia dan sayang juga pada ciptaan Allah yang lainnya, terutamanya binatang haiwan. Antara amalan yang membantu kita dapat merasai dan melahirkan kasih sayang ialah dengan sujud pada Allah sebanyak-banyaknya.

Setakat ini sahaja kemampuan saya berkongsi hari ini. Maaf, Catatan ini seperti tidak cukup lengkap. Sama-sama kita fikirkan dan sama-sama memohon semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang benar dan kita akhirnya Allah kurnia kasih sayangNya dan RahmatNya yang tidak terhingga..
Aamiin ya Rabb.........

..........

Tuesday, March 26, 2019

Doa Positif....@ Perarakan Solidariti.....









Saya tidak ikut berarak. Tidak juga mendengari berita. Cuma dengar-dengar dari ahli keluarga sembang santai dipetang senja. Katanya BN dan PAS tidak turut serta. Entah mengapa....

Saya kata "tidak mengapa". Semua pihak boleh berbeza pendapat dan bolih berbeza apa sahaja. Dan jika kita Muslim maka perbezaan harus berteraskan suatu yang syarie. Contohnya tidak lah bolih Muslim menyokong pendapat LGBT atas dasar menghargai perbezaan citarasa. Yang haram tetap haram atas dasar apa jua sekalipun. Cuma dalam keadaan yang melibatkan nyawa, Islam memberi kelonggaran sekadarnya. Iaitu kita boleh makan makanan haram dalam keadaan yang genting yang mengakibatkan kematian. Maka dalam keadaan dharurat kita boleh makan secukupnya sahaja. Bukan berkali-kali yang tidak menepati kelonggaran yang diberi.

Maka jika kita berbeza, saya rasa kita harus melihat dari segi keutamaan yang berkaitan dengan keselamatan dan dari segi memelihara Aqidah yang nyata Sah dan Haramnya. Saya lihat Perarakan Solidariti mencari kedamaian rakyat jelata. Bagaimana kita mahu mencapainya. Mestikah ia harus berteraskan politik semata-mata.

Rakyat Malaysia matang dan bolih berfikiran tanpa jeritan dan paksaan. Saya rasa tersedih sedikit bila saya dengari yang kata: Tak payahlah sokong kerajaan PH kerana ia didalangi oleh musuh yang nyata. Jika difikir-fikir musuh yang nyata hanya Jinn, Iblis dan syaitan jua. Dia musuh Allah dan musuh kita. Itu AlQuran kata. Perbezaan warna kulit dan agama belum tentu dia musuh yang tidak bolih dibawa bicara, ditarbiah dan apa sahaja yang dapat menawan hatinya dan menjadi Islam diakhir hayatnya.

Zaman Rasulullah saya difahamkan bahawa NabiSAW sentiasa mendengari dan bersikap positif menerima siapa jua. Jika mereka benar-benar memerangi, maka baginda menghadapi dengan tujuan mencari kemenangan atas nama Redha Allah jua. Bukan kerana kuasa dan kekayaan semata-mata.

Maka marilah kita berdoa positif sahaja. Bukan kita kata: "Biar tumbang Ph kerana tak tahu mentadbir negara dan tiada kekuatan menghadapi musuh bangsa dan agama."
Saya kata pada suami saya saya lebih suka berdoa; "Ya Allah berilah kekuatan dan kebijaksanaan pada kepimpinan PH semoga dapat mengurus tadbir negara dengan berkesan dan saksama. Semoga PH dapat mengawal sikap permusuhan yang ada dan dapat mengawalnya hingga terjalin semangat
kekitaan satu negara tercinta dan menerima hakikat bahawa yang benar itu benar dan yang batil itu batil semestinya". Kemudian kita usaha sedaya supaya membangun negara dalam runag lingkup yang adil saksama dan memohon semoga Allah memelihara kekuatan Tauhid kita yang mengesakan yang maha Pencipta dan yang maha Berkuasa atas segala-galanya.

Doa adala senjata Mukmin dan kita harus yakin setelah kita Ikhlas berjuang sedaya upaya Allah janji Ia dekat dengan kita. Dia memerhati dan pastinya pertolongannya amat hampir pada hamba-hambanya yang berjuang seperti yang telah di contohkan oleh pejuang-pejuang yang terdahulu dari kita. Siapa yang tidak mengenal Salahuddin alAyubi yang membebaskan AlQuds / Baitul Maqdis dan AlFateh yang menawan Konstantinople.

Ya Allah saya sayang Malaysia dan amat menghargai kepimpinan Tun M. Tiada manusia yang sempurna. Berikan masa padanya. Semoga Allah memeliharanya dan semoga Allah meredhai usahanya dan usaha semua, pemimpin dan rakyat yang ikhlas membangun bukan untuk diri semata-mata.

Allahu'alam.
Mohon maaf atas kekurangan.

........................

Thursday, March 21, 2019

Sahabat baru kejiranan Fera.







Alhamdulillah.....Allah buka kesempatan bertemu sahabat baru dalam majlis kenduri anak buah suami saya baru-baru ini. Rasa amat bersyukur. Semasa baru pindah Fera Sisters buat 'get together' tetapi saya tidak dapat hadir. Maka bila bertemu saya rasa teruja dan rakam foto yang di bawah ini.
Seorang nama Normala dan seorang lagi saya dah lupa. Itu yang saya khuatir. Daya ingatan bermula berkurangan.

Dan keterujsaan ssaya bertambah bila kumpulan kejiranan ini mengadakan pertemuan sebulan sekali bermula April ini. Kami insyaAllah bertemu di rumah seorang sister yang bersetuju menjadi 'host'. Ajindanya ringan sahaja. Kami insyaAllah baca Yasiin, berdoa dan berkenalan santai. Kami akan bawa makanan ringan untuk dikongsikan.

Saya menghargai cadangan ini kerana ramai para sisters yang masih bekerja dan punya anak-anak yang masih bersekolah. Majoriti jiran saya muda-muda lagi. Hanya saya yang bergelar 'untie'. Tidak saya sangka saya akan melalui perubahan hidup seperti ini. Kekawan di kerjiranan Kg Tunku Petaling Jaya semuanya berumur sebaya. Semoga perubahan membawa barakah. Semoga kebaikan yang ada sikit-sikit lama-lama jadi bukit.



Di atas ini sedikit latar belakang kejiranan Fera di Putrajaya. 
Masjid terdekat ialah Masjid 'Besi' tetapi harus naik kereta baru sampai.
Semoga perubahabn aktivi harian di sini akan memudahkan lagi
 jalan-jalan mencari keredhaan Allah.
Aamiin ya Rabb.....


..........

Wednesday, March 20, 2019

Dalam keriangan Majlis Kenduri......





Sabtu 16 Mac. Keluaga Besar suami saya rasa riang menyambut mempelai di dewan kejiranan Precint 16 Putrajaya. Dalam keriangan saya tetap teringat adik ipar saya,ibu pengatin lelaki, yang baru meninggal akhir tahun lepas. Adik suami saya ini baru berumur 56 tahun. Tidak sakit. Tetapi siapa kata Allah jemput mesti kerana sakit.

Di atas kelihatan pupu-poyang dari Lembah Kelang. Kebanyakannya berasal dari Sungai Batu Selama Kedah. Kalau berjumpa sejam dua tidak terasa. Ada sahaja cerita. Terdetik juga di hati saya: Seronok bermesra, tetapi kami sudah dalam zon yang sama dan bila pula giliran kami tiaba mendapat jemputan Istimewa yang maha Esa. Semoga yang terbaik dan Allah pelihara.......


Ini mempelai, yang dirai dan diapit oleh adik lelaki suami saya dan Isteri.
Semoga bahagia hingga ke Syurga.



Ini anak-anak adik ipar saya yang baru meninggal dunia. Mereka tiada Ummi
buat majlis kali ini. Alhamdulillah dapat juga menunjukan keriangan.
Mereka tinggal berjiranan dengan saya dan saya rakam foto ini kerana anak menantu yang ditengah-tengah itu sudah meninggal suaminya. Juga dalam umur muda.
Semoga terus kuat dan redha menerima ujian Allah jua.

Di bawah ini saya turunkan lain-lain foto kenangan keriangan majlis kenduri.







Semoga terjalin erat silaturrahim hingga ke anak cucu.
Aamiin ya Rabb....


..................

Tuesday, March 19, 2019

Learning to be normal.......@ anak istimewa.





Allah tidak cipta semua hambanya serupa. Ada yang Allah kurnia kekuatan dan ada yang Allah kurnia kekurangan. Tetapi fahaman ini hanya pada mereka yang tidak banyak menghadapi kekurangan. Mereka rasa mereka terpilih dan mereka yang "kurang" dirasakan pasti ada masaalah yang dari mula lagi Allah sudah "tidak kasih" padanya.

Ini fahaman yang kurang tepat......

Saya ada cucu-cucu istimewa. Ada yang ADHD, ada yang Otisma, ada yang lambat bertutur dan ada yang "slow learner". Saya tidak punya cucu yang luar biasa dari segi kepintaran dan kemampuan fisikal. Sebelum ini saya telah pun bercerita sedikit mengenai cucu-cucu saya yang istimewa ini. Hari ini saya pula yang rasa terpilih punya cucu-cucu istimewa kerana ia membuat saya cuba memahami hakikat Allah cipta segala makhluknya dengan kebijaksanaan dan keadilan yang manusia biasa sukar memahami. Sukar memahami kerana pandangan umum di sekeliling seolah-olah melihat kekurangan itu ada kaitan dengan keturunan DNA atau kerana itu anatara petanda Allah "murka" dan tidak sayang pada kedua ibu-bapanya.

Subhanallah.....maha suci Allah dari segala keburukan.

Silap kefahaman itu. Allah maha Adil dan Maha  Bijaksana. Tidak pernah ia merancang untuk kemudhratan makhluknya, manusia atau ciptaan yang lainnya. Allah mahu melihatkan kekuasaanNya dan mendorong segala makhluknya untuk bergantung segala-galanya pada Allah jua. Namun ia mahu kita berilmu dan berfikir dan mencari kefahaman dalam ruang lingkup mentauhidkan kewujudanNya.

Semalam anak perempuan saya datang ziarah. Oleh kerana sekarang rumah kami berdekatan maka ia selalu juga "menjenguk" saya dan adakalanya membawa semua anak-anaknya. Dia punya anak ADHD, Otisma dan slow learner. Semoga Allah sentiasa bersama dan memberi pertolongan.

Foto di atas ialah cucu lelaki saya sulung yang ADHD sejak lahir. Dengan terepi dan mengikuti nasihat pakar kanak-kanak ia sudah banyak mencapai kebaikan ke arah normal. Ia belum sepenuhnya normal tetapi Alhamdulillah sudah menampakan ciri-ciri positif. Semua ujian Allah atas manusia ada hikmahnya.

Sifat cucu saya yang sulung ini, Ujai namanya, suka berbuat sesuatu hingga ia puas hati dengan hasilnya baru berhenti. Jika tidak, ia akan buat sesuatu mengikut nalurinya. Ini cerita anak perempuan saya pada saya. Foto di atas itu menunjukan ia tidur di atas padang tanpa memperdulikan aktiviti apa yang sedang dijalankan oleh guru. Malam sebelumnya ia tidur lambat melayani minatnya dengan apa jua yang dia dapat dalam internet. Ibunya mengawalnya dengan mengaambil simpan komputer darinya dan mengarahkan ia tidur takut lambat bangun untuk sekolah keesukan harinya. Tetapi dia tidak tidur dan terus berbuat "entah apa" dan esuknya bangun lambat. Maka di sekolah ia penat dan ia akan tidur tidak kira di mana. Bila dia datang rumah saya, saya hampiri dia dan tanya padanya. Dia kata  "I was too tired and exhausted..." dan terus menjauhi saya dengan tersenyum. Saya pun tersenyum dalam hati kerana dia sudah mula remaja dan teguran kita harus bersesuaian. Sekarang Ujai di tingkatan 2 di kelas istimewa di Putrajaya. Alhamdulillah gurunya bersabar.

Malam tadi ibunya menunjukan pada saya video sukan sekolahnya. Ia berlari 100 meter dengan anak-anak lain yang normal. Ujai dapat no. 6 dari tujuh orang. Anak saya suda "mahir" dengan anak-anak istimewa dan bila saya tanya bagaimana reaksinya bila kalah dalam acara lumba lari itu, anak saya rasa lega kerana Ujai boleh senyum. Anak saya kata: " I am proud of you Ujai. You fisnished the race although you were almost last. You finished what you have started. And you didn't show your temper when loosing the race . You have learned a lot. You take defeat graciously. good for you Ujai."

Saya lega mendengari cerita anak saya dan rasa bersyukur. Perancangan Allah berbeza-beza mengikut kebijaksanaanNya. Ujai berbahasa Inggeris bukan semata-mata kerana usaha ibunya. Ibunya terlalu sibuk. Adiknya yang Otisma pun berbahasa Inggeris juga. Saya perhati kerana mereka suka tenguk tv yang berbahasa Inggeris. Allah beri kelebihan atas kekurangannya. Kita jangan putus asa. Saya yakin insyaAllah dengan kesabaran dan usaha yang berterusan oleh guru dan keluarga, Ujai dan adik-adik yang istimewa akan dapat mengatasi kelemahannya. Jika tidak sekalipun, pasti Allah ada habuan alternatif yang lainnya. Allah maha Adil dan Saksama.

Mohon doakan mereka.


....................

Monday, March 18, 2019

Tumpang seronok......





Sudah lama tidak pergi "makan angin" meninjau apa yang berlaku di negara orang. Sebab utama kerana suami buat pembedahan di jejari kaki dan terpaksa"grounded' lebih enam bulan tahun lepas bermula April. Hingga hari ini kami tidak kemana-mana. Dalam negeri pun tidak juga. Alhamdulillah...... dapat merasai bahawa apa yang Allah tentukan itu pastinya yang terbaik bagi kita.

Maka saya tumpang seronok melihat foto-foto kiriman adik ipar saya yang baru-baru ini pergi ke beberapa tempat di Australia. Dia bercerita panjang tetapi saya turunkan sahaja foto-foto itu kerana saya teruja melihat keindahan negara orang. Yang saya ingat cuma adik ipar perempuan saya pergi dengan suaminya ke Tasmania dan Brisbane dan akhir sekali ke rumah anaknya di Perth.







Alhamdulillah dapat melihat keindahan melalui kaca mata orang lain.
Itu pun keseronokan buat saya.
Terfikir-fikir dan terasa dihati bahawa jika kita berfikiran terbuka maka mudah sahaja berasa ria.
Dan saya sentiasa berangan-angan semoga Allah nanti kurnia juga
 keseronokan yang serupa buat saya.
 Tersenyum di hati dah mahu mensyukuri.
Kalau ini boleh buat saya rasa teruja, entah bagaimana rasanya
 bila Allah kurnia menduduki Taman-taman Indah di Syurga....... 
Syurga Firdaus pula
 dengan RahmatNya yang tidak terhingga semata-mata.
Semoga impian menjadi nyata. Aamiin ya Rabb.....
"Ya Allah aku redha apa sahaja asalkan Engkau tidak murka."


...................................

Kita bela Islam ?



Kita bela Islam ?
Maksudnya: Ayuh kita fahami Islam melalui pengajian dan bukan sahaja melalui pendengaran santai.
Islam sudah sempurna. Semoga kita menghayati dan mengamalkan apa yang telah disampaikan oleh jujungan besar Nabi kita Muhammad saw.
AlQuran yang kata:

A003
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maaidah 5:3) | 


Islam sudah sempurna. Cuma kita (termasuk saya sendiri) yang belum memahami Islam sepenuhnya. Saya ingat kata Ustaz. Kita belajar Islam harus sungguh-sungguh. Bukan mendengari ceramah-ceramah secara santai sahaja. AlQuran pun sudah jelas. Kita belajar dan mengkaji.

A001
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
(Al-'Alaq 96:1

A002
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
(Al-'Alaq 96:2

A003
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
(Al-'Alaq 96:3) |


A004
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
(Al-'Alaq 96:4)

A005
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-'Alaq 96:5) |


Saya cuba menulis kali ini kerana rasa amat terkejut dan tersedih dengan berita mengenai peristiwa pembunuhan di dua buiah Masjid di Christchurch New Zealand 3 hari yang lalu. Terpegun dan terfikir apa peranan saya sebenarnya sebagai seorang Muslim dalam kemelut seperti ini yang pernah berlaku juga ditempat lain didunia ini. Orang Muslim teraniaya. Tiada pembelan yang benar-benar bermakna.......

Di Malaysia kita, secara perbandingan, adalah aman damai. Tetapi senario politik yang ada sekarang agak membimbangkan juga buat saya. Ada yang menghina Islam dan ada yang cabar mencabar. Semua kita baca di alam cyber. Saya hanya mampu membaca sahaja. Belum menyertai mana-mana kumpulan atau NGO yang menolong mereka yang teraniaya. Rasa malu juga dan senyap-senyap bertekad mahu mencuba.

Saya kecewa pada diri kerana amat jauh dalam memahami Islam, dari segi sejarah, hukum hakam dan apa yang berlaku di Malaysia kini dan di dunia kini dan berbagai lagi. Beberapa waktu kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai akhir zaman, mengenai kezaliman zionist dan peperangan yang "tidak bermakna " buat saya di Syria, Yamen dan berbagai tempat lagi. Saya terpinga-pinga dan hanya sedikit-sedikit bertanya mereka dikeliling saya yang saya rasa mereka lebih tahu dari saya. Lagi saya bertanya lagi saya rasa kecewa di hati kecil saya mengenai diri sendiri dan mengapa saya masih lemah dalam pengabdian pada Allah.

A056
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adz-Dzaariyaat 51:56) | 


Tetapi saya tidak mahu putus asa dan berhenti bertanya. Saya cari bahan-bahan bacaan semampu saya dalam umur senja ini. Dalam sedikit masa yang terluang saya lihat Utube dan saya cuba ikuti hal-hal yang berkaitan dengan fitnah-fitnah akhir zaman, isu kegiatan freemason, isu Iluminati dan ilmu Eskatologi Islam. (eskatologi yang saya fahami ialah Ilmu Akhir Zaman).

Saya tidak berhajat berhujah panjang dalam istilah-istilah ini kerana saya sememangnya tidak tahu sepenuhnya. Saya cuma memhami sedikit-sedikit untuk saya tahu kemungkinan-kemungjinan tentang apa yang akan berlaku secra besar-besaran yang di sebut sedikit didalam alQuran dan Hadith mengenai Dajjal dan turunnya semula Nabi Esa As kedunia ini.

Gerakan Freemason kini berleluasa seluruh dunia.(kata Utube yang saya baca). Ia bukan lagi gerakan Yahudi / zionist tetapai gerakan individu terkenal antarabangsa kerana zionist mahu menunjukan ini adalah gerakan yang berupa universal supaya orang lebih mudah menerimanya.

Islam dan Yahudi/zionist berbeza pendapat mengenai akhir zaman. Konsep Yakjuj-makjuj pun mempunyai emphasis yang berlainan.

Apa gunanya kita harus tahu ini semua ini? Hati kecil ber5tanya......

Saya mengambil pandangan bahawa saya harus tahu supaya gerak tindak kita dalam beramal tidak tersasar dan terpengaruh oleh gerakan freemason ini. Semua maklumat yang kita dapat ada mesej freemason/zionist yang tersembunyi dan jika kita tidak peka maka kita mungkin akan hanyut sama.

Kemudian ada isu Illuminati dan isu simbol mata. Saya ambil contoh dari google seperti dibawah ini. Semuanya ada kaitan dengan akhir zaman bagaimana mereka yang memusuhi Islam sedang bertinadak secara "subtle" dan secara terang-terang juga untuk mengatasi "kekuasaan" Islam. Israel tetap mengatakan mereka bangsa yang terpilih walhal mereka telah melanggar banyak syarat-syarat yang Allah tentukan dan keistimewaan itu telah pun Allah tarik balik.(Saya baca sedikit mengenai mereka merempat 40 tahun tiada negara dan berbagai lagi kengkaran yang mereka lakukan.)



Image result for lambang illuminati

Lihat tanda mata ditengah-tengah itu.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpfcIQgIz3JOe4H434vkXJc9H_fgOX8_xnc5V2swFQ7uV5emX9GQGwqvuHFXcaJ7kg4GhmJQdFymr0PCk-0Fvl8GLlJF-xSDh9tSSk6fIHvdGoEW7Tzgh1pyttNYI7-ezG3KdSInxXazA/s1600/spif-45
Ini pula membawa kita berfikir serious. Konon Iran dan US bermusuh.
Tetapi mereka rakan kongsi yang kita harus fahami.
Kita fikir-fikir kesannya pada dunia Islam dan pada Malaysia.
WaAllahu'alam. 
(foto ehsan carian Google)


Kemudia ada pula simbol evil / Iblis. Di Arab Saudi pun ada. (saya tidak berapa pandai bercerita di sini. Cuma saya faham yang membut saya berfikir tentang  di mana kita di tengah-tengah kemelut ini).
Ayuh kita beringat supaya tidak ambil ringan tentang janji kita dengan Allah sejak dari Azali lagi.

Kisah akhir zaman dan apa tanggong jawab kita sekarang banyak diperkatakan diLuar sana. (Semoga yang saya faham ini betul dari segi fakta.Mohon pembetulan jika saya tersasar). Dia relevan buat saya walaupun saya rasa saya mungkin tidak menemui akhir zaman seperti yang diceritakan mengenai Dajjal dan turunnya Nabi Esa AS. Umur saya seperti dihujung tanduk. Saya sudah 72 tahun Semoga Allah kurnia umur yang bermunafaat dan apa jua yang Allah kurnia tentang umur semoga ia yang terbaik buat saya disisiNYA. Semoga Allah mudahkan laluan-laluan mencari RedhaNya dan semoga dikurnia khusnul khatimah. Cerita akhir zaman sudah mula dirasai sekarang. Semoga Allah kurnia kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan dijauhkan dari api Neraka.
Aamiin ya Rabb.......


...........

Friday, March 15, 2019

Memburu dan diburu.....



Akhir zaman sudah amat hampir. Berdetik rasa khuatir maka saya cuba khyusyuk mendengari ceramah-ceramah yang berkaitan dengannya. Di sana sini kita dimaklumkan ramai ustaz yang bercerita mengenainya. Saya mendengarinya di utube.

Alhamdulillah. Allah memberi peluang saya menginsafi diri tentang hakikat ini dan mengingatkan saya supaya berhati-hati melalui perjalanan hidup yang bakinya tinggal amat sedikit ini. Amat sedikit sekali. Tidak mungkin dapat mengukur banyak mana masa yang berbaki kerana esuk lusa mungkin saya sudah tidak ada di alam ini. Semoga Allah mengurnia umur yang bermunafaat.

Ustaz mengatakan bahawa antara tanda akhir zaman ialah manusia berlumba-lumba membina bangunan yang mencakar langit dan indah-indah belaka dari segi seni binanya. Di Timur tengah pun masing-masing berlumba seolah-olah mahu mempamerkan kekayaan dan kemewahan yang ada. Di Makkah pun begitu. Entahlah....... saya tidak pandai membuat tafsiran mengenai sikap negara-negarqa ini vis-a vis hakikat akhir zaman sudah hampir tiba.

Satu petanda yang lain ialah mengenai fenomena alam yang Allah telah jadikan berbeza. Di padang pasir sudah mula ada tumbuhan menghijau tanpa ada sabab musabab yang mudah difahami. Ada sebahagian air laut dan air tasik dan air sungai yang sudah mula  mengering dalam masa yang singkat. Di sini saya hanya mampu bercerita fenomena ini secara ringkas sahaja kerana saya bukan ahli yang membuat kajian mengenainya. Namun siapa yang membacanya dan yang beriman pada Allah sudah mula khuatir bahawa fenomena akhir zaman ini sememangnya sudah sangat hampir. Dengan lahirnya Nabi akhir zaman, Rasulullah saw adalah petanda awal kita sudah dalam zon akhir zaman. Cuma ramai antara kita lalai untuk menghayatinya.

Tetapi ramai juga yang sudah menyedari dan menerima hakikat itu dan sudah mula berubah secara positif, sudah berhijarah untuk memperbaiki diri sebaik mungkin. Majlis-majlis Ilmu giat diadakan di sana sini. Kegiatan dakwah juga sudah diusahan berlipat ganda. Bukan di Malaysia sahaja tetapi hampir di seluruh dunia. Malah ada yang mengatan bilalangan manusia yang menganut agama Islam di dunia ini sudah menjadikannya agama yang mendahului agama-agama lain mengikut bilangan pengikutnya. Saya teruja dan dalam kemampuan yang ada saya hanya berusaha dikalangan keluarga kecil dan keluarga besar. Semoga Allah sentiasa memelihara dan menunjuki jalan yang Benar.

Kita tidak mahu menjadi umat yang dilanda kekcewan (kerugian) setelah akhirnya zama. Kita dimaklumkan dalam surah At Taghabun:


A009
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(At-Taghaabun 64:9) |


Kita memburu kemajuan tanpa sedikitpun beringat bahawa kekayaan semata-mata kekayaan tidak menjamin hidup yang sempurna di akhirat kelak. Kita diingatkan jangan sewenang-wenag berusaha "membujur lalu melintag patah" tanpa mengira hukum-hukum yang Allah telah tentukan.

Kita akan rugi akhir nya seperti apa yang disebut di ayat Quran dia atas.

Dan kita diingatkan juga:


A016

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(At-Taghaabun 64:16) |


A017
Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
(At-Taghaabun 64:17



Semua orang yang kita tahu mengejar masa atau dengan lebih menakutkan....memburu masa. Tiada siapa yang tahu bila terjadinya akhir zaman. Ajal dan maut pada diri sesaorang pun juga tiada siapa yang dapat menjangka. Tetapi di Malaysia kita masih "bergaduh" mengenai perkara yang kurang pentingnya. Maksud saya, kita hampir setiap hari bercerita mengenai Malaysia ini siapa punya. Bukankah Allah yang punya?

Kita tahu tetapi kita masih bicara hal-hal yang di akhirat nanti kita tidak akan ditanya. "Kita Melayu kah atau Cina kah?" dan lain-lain lagi. Yang akan ditanya ialah pegangan amalan soleh kita, dibuat atas dasar Iman dan Taqwa atau hanya mahu mendabik dada.

Kita memburu masa dan masa juga memburu kita. Masa adalah kurnian Allah. Tidak boleh kita ambil ringan. Jangan kita memburu kesenangan semata-mata untuk senang di dunia. Kita tidak heran langsung dan tidak ambil peduli pada sesiapa jua yang ada di sekeliling kita yang memerlukan kita. Kita nafsi, nafsi. Sampai bila mahu begitu. Esuk mungkin kita tidak ada. Umur tidak menjadi penentu. Kesihatan juga bukan penentu.

Semoga kita beringat-ingat........


A001
Demi Masa!
(Al-'Asr 103:1

A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
(Al-'Asr 103:2

A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-'Asr 103:3) | 



............
Related Posts with Thumbnails