"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, March 31, 2018

Sehari di Surat Thani.....


Alhamdulillah.

Saya dapat musafir ke Surat Thani Thailand dan dapat melawat Tasik (?)   menaiki bot untuk melihat kecantikan alam yang luar biasa cantiknya.

  • Location: Guilin, China 

Ia seperti apa yang terdapat di Guillin, China. Lihat keindahan foto di atas ehsan Google.
Sebelum saya turunkan foto lawatan saya lihat dulu lokasi Surat Thani.

Location in Thailand


Location in Thailand

Dari foto di bawah ada persamaan landscape yang terenal di seluruh dunia.











Ini kumpulan kami menaiki boto bermotor selama dua jam.
Seronok menghayati keindahan alam. Terlupa sekejap rasa kepenatan.
Perjalanan naik van dari Padang Besar mengambil masa lebih 6 jam.
Tidak banyak beza pemandangan sepanjang highway
dan kami berhenti rehat dua tiga kali.



Ada holiday resort, pastinya mahal. Kami tidak singgah kerana kepenatan 
dan hari pun sudah hampir senja. Kata pemandu kami, jika tidak naik boat sekeliling pulau ini maka tidaklah dikira kami sudah ke Surat Thani.


Mengikut kata pemandu, warisan Islam ada di sini. 
Tetapi amat sedikit kesan yang ada.
 Nanti di lain entry akan saya insyaAllah ceritakan lagi episode lawatan ke daerah ini.
(Kita jumpa lagi).


.......

Thursday, March 29, 2018

Lama-lama tidak boleh berfikir....jadi zombie.






Agak terkejut saya bila membaca mengenai kerajaan Malaysia akan meluluskan undang-undang Antiberita Tidak Benar. Undang-undang itu ada baiknya cuma saya takut dalam keadaan yang ada sekarang bagaimana ia boleh dikuatkuasakan dengan adil dan saksama. Saya kurang mengkaji hal undang-undang. Saya berfikiran rakyat biasa yang tidak mencukupi ilmu dan pendedahan. Cuma sekali imbas saya merasakan undang-undang seperti itu akan sedikit sebanyak (dan saya khuatir banyak) akan menjadikan rakyat kurang bersedia untuk berfikir-fikir dan membuat andaian yang mencabar minda. Ramai yang akan takut menjelajah fakta kerana takut kalau-kalau yang dijelajah itu palsu atau kurang kebenarannya.

Saya rasa ramai yang akan berdiam diri dan menjadi penoton dipinggiran sahaja. Mungkin ada yang akan terus berdiam ibarat ada "Mental Block" seperti melihat ada bukit batu besar di hadapan dan terus  rasa susah untuk melepasinya. Bagi mereka yang kurang semangat berjuang di dada akan duduk diam diri kerana takut dengan denda yang akan dikenakan jika disabitkan kesalahan. Siapa yang mampu membayar RM500,000 dan siapa yang sanggup dipenjarakan 10 tahun. Amat tinggi risikonya.........

Entahlah. Fikiran saya menjadi kelabu dan rasa di hati amat sedih memikirkan akan apa yang boleh berlaku dalam masa terdekat ini.

Maka mungkin saya harus duduk diam berfikir sendirian sahaja dan memastikan diri sendiri tidak jadi zombie yang berkeliaran tanpa tujuan yang bolih membawa munafaat. Itu takut....ini takut, itu susah.... ini susah.

Tetapi bila fikir sekali lagi.....kan Allah itu wujud dan Allah maha tahu apa yang tersembunyi dan apa yang nyata dan Allah maha tahu apa yang benar dan apa yang tidak benar. Kita bergantung harap hanya padaNYA. Allah tahu niat hati yang benar dan niat hati yang serong. Kejayaan tidak bererti keredhaan. Dan kita hanya mahu redha Allah.....Bahagia di dunia dan di akhirat.

Mohon perlindungan Mu ya Rabb.....


..........

Tuesday, March 27, 2018

Bolih Stress..........





Ini musim cucu-cucu mengerumuni Tok Ayah dan Embah. Cuti sekolah mak- ayahnya ajak jalan ke mana-mana dan bila nak habis cuti baru ingat kita-kita yang tidak banyak kederat ni lagi.

Tidak mengapa. Suami dan saya ikut teteman seangkatan menjelajah Suratani bermula hari Rabu. InshaaAllah. (saya cerita kemudian).

Kebelakangan ini saya banyak menghadap Utube mencari berita terkini mengenai apa akan terjadi pada Malaysia. Berbagai pendapat yang saya dengari dari parti Pembangkang. Saya simpan maklumat dan bila jumpa member-member terdekat dalam kumpulan mengaji, saya luahkan sedikit-sedikit apa yang saya pegang kuat.

Ada kalanya bicara serious dan ada kalanya tidak kerana sama-sama setuju akan beberapa hal. Saya cuba patuhi adab berbeza pendapat antara teman-teman. Cuba sahaja....tetapi kekadang tergelincir juga. Cuma saya cuba tidak berdendam. Tidak mungkin kita sentiasa memahami antara satu sama lain.Ada kalanya ada "mental block" .Saya perhatikan  kita agak kecewa jika teman-teman tidak memahami apa yang kita bicarakan. Saya pujuk diri untuk diam seketika kerana mungkin kita kurang Ilmu dalam membahaskan sesuatu tetapi tidak mahu menerima hakikat itu. Biasanya saya lihat balik apa yang saya katakan.

Kesibukan dengan cucu-cucu bolih membawa stress tetapi hal begini bolih membawa tambahnya Stress.......

Apakan tidak, sebab kita ada anak cucu yang akan mengharungi hidup selepas kita tiada. Maka apa pun hujah kekawan, dalam kemelut polotik yang ada sekarang, saya berpegang pada fakta berikut: Dalam memilih parti politik mana yang harus kita undi, jika kita sukar mendapat parti yang betul-betul baik, maka saya pilih parti yang kurang mudharatnya. (InsyaAllah I will choose the "lesser evil."), jika itu pilihan akhir.

Dengan tidak disedari dilema ini juga membawa Stress ........

Saya takut stress sebab Diabetic saya sudah ke tahap saya harus berhati-hati jangan memberatkan minda yang memang sudah berat. Antara sebab mminda jadi berat kerana mencari dana untuk membeli dan merawat diri dengan perubatan alternatif yang tidak ada unsur dadah. Ada doktor mengatakan kesihatan boleh terganggu kerana kemungkinan badan kita  sarat dengan dadah. Sudah seperti "Drug Addict". Subhanallah..... Semoga Allah jauhkan.

Dalam 70 tahun saya hidup, baru kali ini Malaysia benar-benar dalam kecemasan. Saya turun mengundi setiap kali pilihan Raya. Undi itu rahsia. Tidak ?......SPR bolih tahu (kalau ia perlu tahu) kita undi siapa. Saya diyakinkan SPR tidak akan tahu. Apa pun, tidak  mengapa kerana itu hak individu. Cuma saya mengharapkan tidak ada penyelewengan di mana-mana pihak.

Dalam masa yang sama saya sedang bersedia memikirkan apa yang akan saya kongsikan dengan cucu-cucu dihujung minggu ini. Stress anak cucu hanya ketika  mereka belum matang. Semoga begitu. Tetapi stress karenah politik boleh berpanjangan. Ayuh kita berdoa semoga tidak begitu.......

Mohon perlindungan ya Rabb......


........

Monday, March 19, 2018

Bunga Di Hati Ku.....






SEMATKAN bunga ini di hatimu
Jangan biar ia hancur menjadi debu
Kerana ada tangan-tangan besi
Yang  mahu meramasnya mati
Jadikan ia bunga hatimu
Agar ia segar sepanjang waktu.



Saya peminat A. Kadir Jasin.
Saya cedok copy di atas dari Blognya THE SCRIBE A KADIR JASIN.

Semasa saya bekerja di Kementerian Kerja Raya akhir-akhir tahun 1980an,
dan awal 1990an antara projek yang kami dipertanggogjawabkan 
ialah mengangkat taraf pekerja-pekerja mahir yang ada
 di seluruh negara supaya kerja-kerja
 pembangunan tidak tergendala kerana kekurangan pekerja mahir.
Mereka termauklah penerap bata, tukang kayu, tukang besi, tukang paip,
 pemasang tiles, mereka yang membuat wiring dan beberapa lagi terutamanya
 mereka yang memplaster dinding.

Kami mengadakan pertandingan untuk mempromosi usaha kami dan untuk memberi dorongan pada masyarakat bahawa "kerja Tukang" yang 
sangat berkemahiran adalah penting dan ia adalah satu kerjaya 
yang harus dipandang dengan penghormatan khusus. 
Waktu itu minda orang Melayu tidak minat bekerja dalam bidang ini
 kerana merasakan ia kerjaya yang tiada status terhormat dalam masyarakat. 
Mereka dari keturunan Cina membanjiri pasaran kerana 
gaji mereka tinggi. Rata-rata waktu itu pekerja mahir dibayar
 tidak kurang dari rm2k bagi yang kemahirannya terpuji.
 Orang Melayu tidak suka tangan kotor dan lebih memilih kerja
 pegawai kerani kerana sentiasa nampak bersih dan ada sedikit "gaya'.

Setiap pertandingan yang kami adakan, Tun Dr Mahathir datang 
untuk melihat sendiri hasil kerja dan beliau menyampaikan hadiah.
 Waktu itu antara hadiah Johan ialah  pemenang kami bawa
 ke Tokyo dan Osaka untuk lawatan sambil belajar ke tapak-tapak
 pembinaan projek. Kami bekerjasama dengan Syarikat Pembinaan 
terulung di Malaysia waktu itu.
Pekerja tukang dihargai dan mereka seronok.
Tun Dr Mahathir sendiri yang berbuat demikian kerana beliau tahu
nilai kemahiran bidang ini amat penting untuk pembangunan.

Maka apa kena mengena dengan A Kadir Jasin.

Waktu itu beliau ialah Ketua Editor di akhbar The Straits Times dan
 kami meminta kerjasama Akhbar Straits Times untuk
 mempromosi usaha Kementerian dan Jabatan Kerja Raya 
dalam meyakinkan anak-anak muda khususnya
 dan masyarakat amnya supaya tidak memandang rendah kerjaya tukang
dalam kemahiran kerja tangan.
Alhamdulillah. Beliau setuju dan beberapa hari ada rencana dan 
gambar-gambar pekerja mahir yang sedang bekerja dan 
menceritakan bahawa mereka
 tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.

Itulah saya seronok bila teringat A Kadir Jasin. Dia tidak mungkin ingat saya
kerana saya berjumpa dengan beliau bersama pakar komunikasi yang 
Kementerian lantik membantu kami.

Maka dalam arus kemelot politik sekarang saya cedok entry di atas
 kerana saya amat suka cara beliau mengetengahkan idea-ideanya. 
Ia amat professional dan setakat ini ia dapat terus menulis.

Saya terpikat dengan bunga yang dipromosikan dan 
saya simpan bunga itu di hati saya.
Semoga saya dapat memunfaatkannya satu ketika nanti.
Mohon Petunjuk dan Hidayah Mu ya Rabb...



.......

Thursday, March 15, 2018

Jangan Makan Nasi.......


resipi-diet-kurus-5




Foto Ehsan Carian Google.








Saya rasa agak takut masuk bilik Doktor di IJN hari itu.......hari yang memang saya tidak suka menepatinya. Saya tahu dia akan menegur saya mengapa bacaan gula dalam darah saya agak tinggi ...... 9.4 pada hari itu. Doktor mana tidak akan kecewa jika pesakit tidak dapat mengawal diri.

"Jangan makan nasi," katanya. "itu yang terbaik untuk kawalan gula". 
Saya mendiamkan diri .... mana mungkin.... saya berkata sendirian. Selama tujuh puluh tahun makan nasi dan sekarang mesti berhenti.

"Tidak ada cara lain Doktor ?" saya bertanya.
Dia memandang saya.
"Banyak makan sayur dan buah-buahan." Itu sahaja katanya.

Doktor ini tidak pandai mententeramkan pesakit. Mungkin terlalu ramai pesakit yang mesti dilihat dan diperiksa olehnya dan dia tidak cukup masa untuk bicara santai dengan pesakit. Dia banyak melihat ke bawah membaca laporan diri saya. Rasa macam hendak menangis....tetapi saya sabarkan. Marah juga kat diri sendiri kerana tidak cukup usaha. Saya dibenarkan keluar setelah selesai memaklumkan saya mengenai hal selainya. 

"Semasa saya bangun dia kata "You are okay.....just don't eat rice." Nampak dia tersenyum dan saya rasa lega sedikit.









Dalam perjalanan pulang suami saya kata kita harus cari perubatan alternatif. Sudah banyak diperkatakan di sana sini mengenai ubat-ubatan tradisional. Saya yang kurang prihatin dan saya kurang kesungguhan ke arah itu. Teteman saya mencadangkan berbagai alternatif. Cuma saya yang belum istiqamah berbuat sesuatu.

Sudah tiga hari sejak berjumpa doktor. Tetapi saya masih makan nasi....cuma saya kurangkan sedikit. Saya membesar di kampung pendalaman dan semuanya nasi dari pagi hingga ke petang. Untuk mengubah kebiasaan bukan suatu yang mudah.

Tetapi saya akan cuba......Saya harus sihat dan memohon kekuatan semoga saya dapat menyelesaikan beberapa hal lagi.Hidup ini amat singkat.
Semoga Allah menguatkan tekad saya.....
Dan melimpahkan Rahmat pertolongan Nya.


........

Wednesday, March 14, 2018

Setiap Saat Berharga......





Kebelakangan ini beberapa ahli keluarga dan sahabat jiran terdekat telah pulang ke Ramatullah dalam keadaan yang tidak disangka. Mereka seperti tidak sakit yang serious. Agak terkejut bila mendapat berita seperti itu.

Dalam masa sebulan yang lepas adik ipar saya berada 10 hari di hospital dan tidak dapat dipulihkan. Ia berumur 60 tahun. Seorang lagi berumur 55 tahun kena serangan jantung tetapi Allah masih panjangkan umur. Maka saya sentiasa beringat. Mati tidak perlu bersyarat sakit dahulu. Apabila Allah menghendaki maka jantung berhenti berfungsi......

Maka satu hari isteri abang saya seperti dalam foto di atas ini membuat saranan pada saya untuk buat perjumpaan anak cucu jauh dan dekat untuk bejumpa dan bersilaturrahim. Abang saya berumur 4 tahun tua pada saya dan kini kurang berupaya kerana stroke pada tahun lepas. Alhmdulillah ia kini boleh berjalan tetapi ingatannya agak lemah sedikit. 

Ujian Allah datang dalam berbagai bentuk. Kita bersabar dan Redha atas segala ketentuanNya.







Sabtu lepas kami berkumpul dan mengisi ruang silaturrahim 
dengan majlis kesyukuran.
Tidak semua dapat hadir kerana besan abang saya pada pagi 
yang sama telah pulang keRahmatullah.
Maka itulah kita harus menghargai setiap saat yang ada.

Ustaz selalu berpesan jangan bertangguh untuk membuat setiap kerja 
yang baik dan bermunafaat pada diri keluarga dan masyarakat. 
Dalam Islam kita digalakan untuk membantu masyarakat 
yang kurang berkemampuan. Jangan ingat kepentingan diri sendiri sahaja.

Ustaz sering mengingatkan juga bahawa nanti bila kita dibangkitakan
 semula di Hari Qiamat ramai manusia yang minta pulang balik hidup
 di dunia kerana hendak berinfak dan bersedekah dan membuat
 kerja-kerja amal untuk ummah.

Semoga kita tidak terlambat.

Sehubungan ini Ustaz sering sahaja mengingatkan kita supaya 
jangan lagha dengan aktiviti yang tidak akan
 mendekatkan kita pada Allah.

Mati tidak mengira umur.

Apatah lagi sekarang ini tanda-tanda akhir zaman semakin nyata.
 Askar-askar Dajal sudak ramai berkeliaran. Jika kita tidak ada ilmu
 kita sulit memahami apa yang berlaku sekarang di rumah
 kita dan di luar sana.

Jom kita ubah apa jua yang belum sempurna pada diri kita.
Saya minta pertolongan kekawan untuk mengajarkan saya dan
 mengingatkan saya semoga tidak ada penyesalan semasa kita semua nanti
dipertanggong jawabkan di hadapan Allah.


Saya ada enam orang kakak tetapi hanya seorang abang. 
Maka ia istimewa buat saya.
Semoga pautan kasih berpanjangan.
Siapa jua pergi dahulu semoga bertemu semula di Syurga Firdaus 
dengan Rahmat Allah jua.
Aamiin ya Rabb....

.........

Monday, March 12, 2018

Letih berkejaran.....relax seketika.




Walaupun diumur senja, dalam Islam tidak ada prinsip bersara. Kita harus berusaha apa jua ke arah kebaikan hingga ke garisan terakhir. Seperti pernah saya katakan hidup ini ibarat berlari pecut 100 meter atau 200 meter. Makin hampir ke garis penamat makin kita pecut mempertaruhkan apa jua tenaga yang ada......semoga akhirnya berjaya.

Sekarang ini saya tidak mampu menulis sekerap yang saya inginkan kerana makin berumur makin banyak tugas yang harus diselesaikan segera sebelum terpaksa berhenti kerana sudah sampai JanjiNya. Walaupun ada semangat tetapi ada halangan kederat. Maka saya dan Partner saya yang mengurus Tadika SmarTop bersama telah  buat keputsan untuk "take it easy" mula tahun ini kerana Pengetua SmarTop sudah cukup berkebolihan untuk mengendalikannya. Kami hanya membantu dari jauh, iaitu dari Petaling Jaya dan Shah Alam.

Maka seminggu yang lalu kami bersantai di Cyberjaya menjamu selera di SABA Restaurant, makan Nasi Arab. Akhir sekali kami ke situ lebih kurang 5 tahun yang lalu. Alhamdulillah. Kami dalam perjalanan ke SmarTop untuk mula berkemas berpindah ke rumah asal.





Selepas makan dan mahu meneruskan perjalanan ke Tangkak, kami terserempak dengan Polis Berkuda di luar Restaurant itu dan seperti anak-anak kecil kami ambil foto kenangan. Betul juga ada orang kata "We are children age 6 to 60".

Kami sampai di Tangkak petang itu dan terus ke rumak kakak Partner saya untuk berbincang sedikit hal perpindahan dan hal kewangan. Sudah lama saya tidak ke rumahnya kerana biasanya perbicangan diadakan di pejabat atau di rumah kami di Bandar Baru Tangkak.

Sambil menanti-nanti, saya rakam foto-foto ini sebagai ingatan sejauh yang Allah izin. Setiap yang bermula pasti ada kesudahan. Kita terima penuh Redha.










A012
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
(Ar-Rahmaan 55:12
A013
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Itu dulu hingga dilain kesempatan. Semoga masih ada umur yang dapat dimunafaatkan.
Aamiin ya Rabb.....


........

Wednesday, March 7, 2018

Setiap kita ada pilihan ? .....






Foto hiasan, Suami, April 2015.....

Saya sering berbincang-bincang denagan kekawan, anak-anak dan juga suami. Kini kurang sikit berbicang dengan kekawan kerana masing-masing ada kewajipan yang harus diselesaikan. Kami sentiasa mengejar masa.....

Sering yang kami bincangkan ialah berkaitan dengan kesilapan dalam membuat pilihan. Bukan kita sentiasa silap. Tetapi bila ada kesilapan yang benar-benar mengakibatkan sesuatu yang tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu maka kita harus segera berfikir semula dan muhasabah diri.

Kekadang kita terfikir....... Adakah benar kita silap atau pun kita hanya berbeza pendapat. Kalau hanya berbeza pendapat maka tidak mengapa asalkan pendapat itu berasaskan atas landasan Syar'ie. Yang penting kita harus ada cukup ilmu atas apa yang kita bincangkan semoga perbincangan itu membawa munafaat. Semoga kita tidak berbincang atas dorongan nafsu kerana nafsu tidak tahu batasan dan nafsu tidak tahu mengenal erti kebijaksanaan.

Namun saya percaya tidak mungkin setiap kita tahu mengenai sesuatu perkara atau sesuatu hal kesemuanya.  Sesuatu ilmu itu sangat luas dan tidak ramai antara kita yang mengetahui secara mendalam. Saya antara yang kurang arif dalam banyak hal maka itulah sebabnya saya cuba berhati-hati semoga tidak dikira biadap dan tidak berakhlak dalam memperkatakan sesuatu.

Kembali kita pada isu membuat pilihan.........
Saya berpegang pada hakikat bahawa kita ada pilihan dalam hidup kita. Allah berkuasa atas segal sesuatu. Allah yang mencipta Langit dn Bumi dan apa yang ada di dalamnya. Manusia adalah ciptaan yang tertinggi kerana Allah kurnia akal yang sempurna untuk befikir dan membuat pilihan.

Sehubungan itu kita fikirkan ayat-ayat alQuran di bawah ini.
A093
Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.
(Al-Nahl 16:93) | 

Di bawah ini tafsiran ringkas dari ehsan carian google............


Ayat tersebut memaparkan sebuah landasan dan kaidah umum yang menyangkut hubungan Allah Swt dengan manusia lewat firman-Nya, Allah Swt tidak berkehendak memaksa manusia untuk beriman kepadanya, tapi Allah menginginkan manusia memilih akidah dan ajaran atas kehendak dan pilihan mereka sendiri. Tapi karena manusia tidak memilih agama dan akidah yang satu, mereka memiliki beragam agama dan kepercayaan. Meski demikian, Allah Swt telah memberikan sarana yang dapat menjadi petunjuk bagi manusia, yaitu petunjuk fitrah dan akal yang berasal dari dalam diri manusia dan para nabi dan kitab suci. Manusia dapat memilah antara kebenaran dan kebatilan lewat sarana tersebut.

Allah Swt tidak akan menghalangi orang-orang yang memilih jalan kesesatan dan berpaling dari jalan kebenaran. Demikian juga, orang-orang yang memilih jalan kebenaran, Allah akan membantu mereka meniti jalan yang benar ini. Perlu diketahui bahwa kehendak dan kebebasan untuk memilih ini bukan berarti bentuk penistaan atas tanggung jawab. Manusia harus bertanggung jawab atas apa yang mereka pilih. Manusia tidak dipaksa untuk memilih sesuatu. Setiap orang berhak menentukan pilihannya; baik itu jalan kebenaran atau kesesatan. Tapi tanggung jawab, pahala dan siksa tetap pada posisinya.

Dari ayat tadi terdapat dua pelajaran yang dapat dipetik:‎
1. Di antara Sunnah Ilahi adalah memberikan kebebasan kepada manusia untuk menentukan pilihan dan mereka juga bebas memilih jalan hidupnya masing-masing.
2. Semua perbuatan dan tingkah laku manusia baik itu kecil atau besar akan dimintai pertanggungjawaban di Hari Kiamat.

Ayat alQuran dibawah ini adalah satu lagi dalil bahawa Allah memberi kita pilihan.

A256
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:256

Berasaskan dua ayat di atas saya berpegang pada fakta bahawa kita ada pilihan dalam menjalani hidup ini. Dalam berpegang pada fakta ini kita harus juga memahami secukupnya erti Qada' dan Qadar.

Tidak semua yang terjadi dalam hidup kita adalah ketentuan Allah bulat-bulat. Kita diberi pilihan dan dalam memilih Allah sentiasa mengingatkan kita mana yang Hak dan mana yang Bati. Jika kita pilih yang Batil Allah Izin juga tapi jauh dari mengatakan Allah Redha. Semua perlakuan adalah dengan Izin Allah kerana Allah sahaja yang berkuasa atas segala sesuatu. Tidak akan bergeraka sebiji zahrah pun jika Allah tidak menghendakinya.

Justeru itu jangan mudah-mudah kita katakan : "Oh ini sudah takdir dari Allah....."  Subhanallah....Maha Suci Allah dari menzalimi hamba-hambanya dan semua makhluknya.

Dalam hal ini banyk hal yang kita boleh kongsikan bersama untuk kita fikir zikir....

Contoh yang sering di bibir mulut masyarakat ialah isu poligami. Jika memilih poligami adakah  ia ketentuan Allah dan kita kata "sudah takdir" ? Allah beri pilihan untuk berjodoh dan Allah mengizinkn sesutu itu berlaku. Dan jika berlaku jangan pula kita kata itu sudah kehendak Allah. Kita yang mesti bertanggong jawab atas pilihan kita.

Lain pulak halnya dengan penentuan Allah pada siapa ibu bapa kita. Itu Takdir kerana kita tidak diberi pilihan siapa ibu bapa kita. Maka dalam hidup ini ada yang Allah beri pilihan dan ada yang penentuan itu mutlak dari Allah. Kita Redha atas segala yang Allah tentukan kerana Allah itu maha Bijaksana. Allah beri kita pilihan tetapi kita tidak ada kuasa Mutlak. Hanya Allah yang maha berkuasa atas setiap sesuatu. Semoga kita tidak keliru.

Sehubungan dengan itu mungkin kita boleh bicara sedikit bagaimana kita boleh menyelesai masaalah hidup kita dalam ruang lingkup paradigma Tauhid sebagai batasan kita membuat pilihan itu. Apa jua masaalah yang kita hadapi sekurang-kurangnya ada dua cara kita boleh mencari penyelesaian. Rata-rata ada beberapa cara kalau pun tidak banyak cara. Dalam masaalah perkongsian hidup vis - a -vis poligmi pun ada beberap pilihan yang Allah beri. Cuma mereka yang terlibat sukar melihat pilihan-pilihan itu kerana tiada kekuatan dalaman dan tiada fokus kepada prinsip yang Allah telah gariskan.

Maksud saya begini sebagai contoh: Dalam sejarah perjuangan Islam seperti perjuangan pahlawan ternama, Sallahuddin Al Ayubi, beliau meyibukan diri mengatur strategi perang untuk membebaskan Masjid alAqsa dan sekali gos membebaskan Palestine dan Allah kurnia kejayaan. Maka tidak ada masa yang terluang untuk berangan-angan kosong kerana angan-angan panjang dan angan-angan kosong biasanya mengundang hasutan syaitan untuk berbuat sesuatu yang tidak wajar dan mungkin langsung mengambil suatu tindakan yang boleh merosakan diri sendiri dan mungkin juga merosakan diri orang lain juga. 

Dalam isu poligami (khususnya) jangan biarkan fikiran kita "Idle". Allah tentukan syarat poligami yang amat ketat sekli.

Justeru itu janganlah kita melemahkan diri dengan hanya memikirkan diri sendiri.....buruk padahnya. Saya rasa begitu. Sibukan diri dengan apa jua yang baik untuk diri dan untuk masyarakat. InsyaAllah kita mendapat pertolongan Allah dan tindakan kita akan membawa munafaat bersama.

Hah!......
Sekarang jom kita sentuh sedikit  isu pemilihan ketua negara. Kita pun ada pilihan.......
Banyak kontroversi mengenai apa yang sedang bergolak di Malaysia kini. Saya  mengaku saya tidak cukup Arif untuk berkata mengenai apa yang berlaku di arena politik dan apa yang sebenarnya berlaku mengenai Pentadbiran Negara keseluruhannya. Walaupun saya dahulu berkerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik hingga bersara, saya memilih untuk diam buat sementara waktu.

Saya berpendapat dalam memilih ketua negara, kita ikut prinsip Fiqh Islam. Iaitu jika kita rasa tidak ada pilihan yang nyata baiknya dan nyata kewibawaannya, maka kita pilih kepimpinan yang kurang risiko kemudharatannya dan kurang kebarangkalian kesan  keburukannya. Dengan lain perkataan, kita pilih yang kurang timbangan negetifnya.

Islam sentiasa ada jalan yang terbaik dalam mengendali masaalah. Jika ada perselisihan dan perbalahan, kita diarah merujuk pada alQuran dan Hadith. Dan Islam membenarkan jalan Ijtihad bagi pemimpin yang benar-benar berilmu dan bertaqwa setelah merujuk pada badan Syura atau badan yang setaraf dengannya.

Ini panjang perbicaraannya. Tidak berapa sesuai di ruang ini. Maka Itu sahajalah sedikit coretan pendapat saya dan semoga ia belandaskan atas kebenaran.
Wa Allahua'lam......


........
Related Posts with Thumbnails