"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, April 30, 2021

Bersiap! (ITIKAF DI MASJID) ..... @Amalan ini hanya ada di 10 Malam Terakhir Ramadhan.


Bismillah Hir Rahman Nir Raheem.svg

JOM Lari Pecut ke Garis Akhir Ramadhan.
Ikuti Video di atas.
Semoga Allah swt kurnia segala permohonan
dan kurnia buat kita segala yang terbaik di sisiNYA.
Aamiin ya Rabb....


JOM SAMA2 HADIRKAN HATI....@ Ciri Malam Lailatul Qadar, - UST ADI HIDAYAT


Nastaliq.gif

JOM, mulai saat ini kita fokus untuk malam-malam
Lailatu Qadar.
Semoga Allah swt kurnia apa jua yang terbaik
 buat kita semua di sisiNYA.
Aamiin ya Rabb....


Thursday, April 29, 2021

Saya bersama USTADZ IHSAN TANJUNG.


Bismillah in Calligraphy.jpg

Berbagai pendapat dari Bijak Pandai Islam mengenai 
Solat di Masjid di Musim Covid 19 ini.
Saya bersetuju apa kata Ustaz Ihsan Tanjung.
JOM ikuti sama.Bukan dalam hal Ehwal Masjid sahaja 
tetapi juga Hal-hal lainnya.
 Semoga Allah Melindungi dan Meredhai.
Allahumma Aamiin....



Sekadar Muhasabah Diri ......@ TAK DIDUGA, PRESIDEN JOKOWI NGAMUK-NGAMUK SAMPAI BEGINI



Bismillahgreen.jpg

Mengambil iktibar atas Tragedy tenggelamnya Kapal selam Indonesia, 
JOM kita Muhasabah Diri (siapa pun kita) dari apa yang kita dengari 
dari Video yang saya kongsikan di atas.
Semoga dengan Barakah Ramadhan alMubarak Allah kurnia Taufiq dan HidayahNya,
dan Allah sentiasa memudahkan segala 
urusan Keselamatan dan Kesejahteraan diri, keluarga dan Negara.
Aamiin ya Rabb......


Wednesday, April 28, 2021

Kapal Selam ......@ Peristiwa sedih Indonesia buat saya berfikiran.


Bismillah Calligraphy 2.svg

Dengan IZIN Allah manusia mampu meneroka apa jua yang manusia rasa
dapat memberi kesenangan pada kehidupan, cuma
 perlu pastikan ia merupakan suatu yang Allah redha.
Jangan mencipta sesuatu yang merugikan hidup di akhirat nanti.

Saya rasa sedih dan berfikir-fikir mengenai Kapal Selam Indonesia 
yang tenggelam. Saya tidak berniat berbahas
 mengapa dan bagaimana ia terjadi. Ada pendapat rasmi dan ada sorotan yang tidak rasmi.
Kita jangan mudah percaya apa yang disebut dalam media.
 Cuma saya ingin kongsikan video di atas untuk pengetahuan am 
sesiapa yang tidak tahu seperti saya  mengenai fakta Kapal Selam
 dalam isu Pertahanan Negara.

Indonesia mampu membina Kapal Selamnya sendiri.
Yang tenggelam sudah lama wujud melepasi 40 tahun dari buatan German.
Malaysia belum lagi membina....mungkin satu hari nanti.
Malaysia punya 2 Kapal Selam buatan Negara Perancis.
 Semoga proses perolehannya sudah beres dan Malaysia boleh rasa selamat.
Saya yakin kementerian Pertahanan kita kuat dan berwibawa.
Tetapi kekadang fikiran saya melompat garis selamat sempadan berfikir.
Saya berfikir bagaimana anak cucu saya nanti menghadapi
 isu perang Dunia ke3 jika ada. Kalau pun Perang Dunia ke3 
tidak mungkin berlaku, saya terlintas juga fikiran
yang tidak enak diminda.
 Kalau dalam PDRM sekarang pun ada isu pegawai-pegawai tinggi
yang tidak berintergriti seperti apa yang saya dengari diUtube, maka saya khuatir 
dalam Angkatan Tentera juga ada demikian.
 ISHhhhhhh saya melampau dalam berfikiran. Bahaya....Jangan melampau.
Apa jua,... saya tetap menginsafi diri dalam hal
 keselamatan diri dan keluarga dan Negara.

JOM, dalam Bulan Ramadhan yang hampir ke10 malam terakhir ini,
 kita fokus doa semoga Malaysia selamat dari apa jua bentuk masaalah
 dalam isu Keselamatan dan Pertahanan Negara.
Semoga Rakyaat Aman Damai dan Sejahtera hingga ke akhir hayat. 
Aamiin ya Rabb....


Sunday, April 25, 2021

Saya turut Sedih dan Kehilangan..... @Doa dan Duka untuk KRI Nanggala 402


Ligature of Bismillah.jpg

Hari ini saya rasa sedih....sejak semalam lagi.
Emak dan Bapak saya berasal dari Tanah Jawa.
Maka apa jua cerita mengenai Tanah Jawa atau Indonesia umumnya ia 
akan membuat saya terhenti sebentar memikirkan.

Hari ini semacam sudah nyata tidak ada yang boleh dilakukan untuk
menyelamatkan kapal selam yang tenggelam.
Saya turut rasa sedih dan kehilangan.
Semoga Allah memudahkan segala urusan buat mereka yang terlibat. 
Semoga Allah meredhai mereka semua.
Kembali pada Allah di Bulan Ramadhan itu amat Istimewa.
Dari Allah kita datang, Pada Allah kita kembali.


Saturday, April 24, 2021

Saya kagum, Tetapi kasihan mereka tidak tahu erti hidup dan mati...... @Paratroopers Static Line Jump From C-17.



Bismillahgreen.jpg

Alhamdulillah Allah kurnia dapat menjalani Ramadhan buat saya tahun ini.
 Terlalu banyak yang saya fikirkan dalam menjalani bulan yang mulia ini.
 Berfikir masaalah Covid19 (mahu vaksin atau tidak) di samping berbagai
 masalah dunia termasuk pelarian perang yang kelaparan
 dan tidak nampak kesudahannya. 

Saya kongsikan Video di atas kali ini untuk mengalih sedikit fokus dari politik yang menghampakan kepada kesan atas dunia kerana manusia tidak mahu
 menepati janjinya yang dibuat semasa di alam Ruh.
 Dalah Rahim ibu lagi kita sudah berikrar.:

A172

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

(Al-A'raaf 7:172

Allah itu Tuhan dan tiada yang selain dariNYA. 

Kalau bercerita mengenai fakta Akhir Zaman Ustaz Ihsan Tanjung kata bahawa kita sekarang ini adalah didalam Fasa 4 dari 5 Fasa yang di maklumkan. Di fasa 4 ini Umat Islam di kuasai oleh kuasa yang tidak mengenal Allah mengikut AlQuran dan Sunnah. Mereka di kuasai Oleh Yahudi Zionist dan pengaruhnya diserata dunia.

Maka video di atas adalah antara persediaan peperangan yang sentiasa dibuat untuk menentukan mereka tetap berkuasa di dunia ini.

Masaalahnya ialah tentera Islam belum jelas memperlihatkan kebesaran 
dan kekuatannya untuk melawan kuasa tentera Zionist yang ada sekarang.
 Dalam hal ini saya hanya mahu menyatakan betapa
 saya rasa kesal dan khuatir
  sebab saya secara peribadi tidak akan dapat menjawab solan 
berkaitan hal ini  jika saya di soal di Alam Akhirat nanti.
Apakah yang telah saya buat untuk berdakwah
 dan memperkuat kedudukan Islam.
(Saya mengaku 'tiada'. Kalau ada pun amat sedikit).
 Sekarang ini pun saya sudah rasa tidak dapat menjawab soalan seperti itu.

JOM lihat video ini yang membuat saya agak rasa takut kerana
 saya tiada persediaan.
Di Malaysia pun saya tiada tindakan yang saya buat secara jelas
 dalam memilih Kepimpinan Politik yang bolih membuat perbezaan
 dalam usaha mengendali dan memandu Negara ke arah perjuangan
 Mengembangan dan Mempertahankan
 Kebenaran Allah swt dan RasulNYA. (saw).

JOM kita fikirkan bagaimana kita bolih selamat di dunia dan di Akhirat.
Mohon keampunan MU ya Rabb.
 Mohon diterima Taubat kami atas segala kekurangan dan kelemahan 
dan kami mohon Taufiq dan Hidayah MU semoga kami menjadi
dari sebahagian orang yang berjuang di JalanMU, Ya Allah.........
Aamiin ya Allah, Aamiin ya Rahman
Kasihanilah kami.........


Friday, April 23, 2021

رحلتي إلى الإسلام: ايفون ردلي -(Cerita Saya....@ My Journey to Islam: Yvonne Ridley)


Bismillah Calligraphy 54.svg


Alhamdulillah, saya pernah ikuti ceramah individu dalam video di atas ini semasa beliau di Malaysia. Izinkan saya bercerita sedikit di mana dan bagaimana

Saya baru bersara dari Perkhidmatan Awam ketika itu. Seorang teman akrab bawa saya menghadiri ceramah umum di University Antarabangsa Malaysia yang ketika itu berada di Petaling Jaya. Saya sudah tidak ingat tahun bila. Mungkin tahun 2004/2005. 

Amat seronok mendengari cerita beliau sebagai seorang journalist yang di hantar oleh majikannya ke Afghanistan. Sebagai seorang Journalist ia amat fasih bertutur dan punya 'sense of humour' yang amat saya sukai ketika bercerita.

Beliau masuk ke Afghanistan secara haram dan berpakaian wanita tempatan Burqah?.  Beliau bersama seorang lagi journalist menaiki keldai dan membawa bersamanya semua peralatan elektronik yang diperlukan. Mereka berikar kuat jika salah seorang tertangkap seorang lagi buat tidak tahu dan terus selamatkan diri. Nasib malang menimpa dan alat-alat itu jatuh dari keledai dan polis nampak dan temannya tertangkap. Beliau punya baik hati dengan teman itu juga mengaku bahawa mereka bersama. Keduanya ditangkap.
(Dalam interview di atas cerita ini tidak ada secara terperinci). Mereka berpisah.

Beliau di bawa ke penjara Taliban untuk dilapor pada ketua Taliban tentang apa nak buat atasnya. Yang seronok dia becerita ialah: " I am a prisoner, they put me in a room. But they gave me the keys to my room." Pelik kan? 

Seperti dalam video di atas beliau berlagak kasar, atas prinsip keselamatan katanya. Tetapi dia hairan mengapa kunci diserah padanya. Beliau mula melihat hakikat bahawa Taliban ini sebenarnya bukan seperti yang diceritakan dalam media.
Suatu malam ia diberi "warning" jangan berlagak kasar sebab Boss Taliban akan bertemu dengannya. Samapi ketika Boss mendatangi dan sebelum dia sempat berkata apa-apa dia terkejut dan rasa "hairan" sebab dia namapak Boss ini "Glides into the room". Kaki tidak jejak tanah.
Dia tergamam untuk berbuat apa-apa dan bila ditanya dia nak masuk Islam atau tidak dia kata mana boleh sebab dia tidak tahu Islam. Boss bagi Quran dan kata padanya jika mahu masuk Islam dia akan lepaskan dan bebas untuk pulang. Dia setuju dan keesukan harinya dia dipindahkan penjara jauh dari situ. Dia tak banyak soal. Rupanya tempat itu berdekatan dengan pintu keluar untuk bebas.

Ini saya cerita ringkas sahaja. Yang menarik hati saya dan terus ingat cerita ini sebab Taliban itu semuanya baik-baik katanya. Tidak pernah berkasar. Dia masih pegang kunci bilik dan dia selamat tidur dan mandi dan bertukar pakaian. Dia kagum dengan perangai baik Taliban-Taliban ini.

Beliau masuk Islam selepas peristiwa itu. Dia banyak cerita lawak. Dalam interview di atas dia serious mungkin kerana peristiwa dia di tangkap sudah amat lama.

Saya tertarik dengan cerita Boss Taliban itu "Glides into the room" penuh sopan. Seperti tidak jejak tanah, katanya. Pastinya orang Taliban ini banyak yang warak dan tentunya taraf Iman yang tinggi. Allahua'lam. Ini antara faktor beliau tertarik untuk mengkaji isi alQuran dan akhirnya jadi seorang Musilim.... dengan Izin dan kehendak Allah jua.

JOM dengari video di atas. Ini asas-asas perjuangan hidup yang kita bolih ambil Iktibar. Selamat berfikir panjang........


Thursday, April 22, 2021

Berbagai cara Dakwah Islam....@Muslim Gives Homeless 500 Meals in Ramadan.


Bismillah Calligraphy22.svg

Ramadhan Kareem.
Berbagai Cara Berdakwah. Saya hanya guna Jejari
 semoga Allah meredhai.
Semoga Anda yang lainya masih ada kederat untuk berbuat lebih.
 Semoga Allah kurnia kekuatan dan kesihatan dan memberi
 ruangdan peluang beramal lebih
dalam bulan Ramadhan kali ini. Salam

MANIFASTASI KEGAGALAN........@ Masaalah keselamatan dalam masyarakat Malaysia kini.


Syria Tiles with Basmala.jpg

Hari ini saya ingin sepintas lalu memikirkan apa yang berlaku 
dalam kehidupan harian dan bagaimana ia dipengaruhi
 fakta yang berlaku di luaran yang sedikit sebanyak
 mempengaruhi kehidupan diri dan family.

Saya amat menghargai kumpulan individu yang tertara dalam video yang saya kongsikan di atas ini. Mereka menyentuh serba ringkas keselamatan individu/rakyat akibat sistem keselamatan sosial
 yang tidak jelas. Mereka amat prihatin melihat
 apa yang sedang berlaku di Malaysia kini dan mereka khuatir
 jika tidak ditangani dengan rasa ikhlas dan berintergriti
 Malaysia akan termasuk dalam perangkap yang akan 
memusnahkan keharmonian hidup Rakyat yang berbilang kaum.
Keharmonian ini harus dilandaskan atas satu dasar 
yang saksama seperti apa yang dituntut
 oleh yang maha Pencipta.

Siapa dia yang Maha Pencipta ?
 Saya rasa ada yang mahu mempertikai fakta itu.
Namun janganlah membuang masa diheret oleh anasir-anasir 
yang sememangnya mahu mengelirukan manusia kerana 
mereka itu adalah anak-anak Dajjal yang sudah mula muncul 
untuk menyesatkan.
Jom kita berdoa semoga suatu jalan yang saksama 
akan ditemui tanpa 
membunuh nilai-nialai yang sudah digariskan dalam
 alQuran dan Sunnah Rasulullah saw dan jangan mempertikai
prinsip Perlembagaan Negara yang tidak bercanggah
 dengan Prinsip alQuran danSunnah itu.
 Ini tugas amat berat dan siapa jua yang inginkan kejayaan sebelum mati dan sesudah mati harus bertindak bukan secara ikut-ikutan.
 Tindakan itu harus jelas dan kuat seperti
 menggegam bara api....biar samapai menjadi arang.

Jom sama-sama berdoa semoga Niat Murni ini kesampaian.
Disamping doa setiap kita harus juga berbuat sesuatu yang akan
 memperkuat tindakan mereka di atas mengikut kepakaran 
dan kemampuan yang kita ada.
Semoga kumpulan ini dapat mengkongsikan
 apa perkembangan seterusnya.
Saya berdoa siapa jua yang berbuat kebaikan mengikut
 jalur yang Allah tentukan akan
 mendapat kejayan di dunia dan di akhirat.
Aamiin ya Rabb.....


Wednesday, April 21, 2021

Sambungan Ceramah Dr Jeffrey Lang...@The Purpose of Life.


Bismillahgreen.jpg

Sebentar tadi saya bawakan perkongsian Ceramah
 Dr Jeffry Lang.
Ini sambungan untuk penjelasan lanjut.
Jom ikuti. InsyaAllah bermunafaat juga untuk 
anak-anak memperkuat kefahaman 
Dakwah dalam bahasa Inggeris.
Salam Ramadhan Kareem.


SIAPA DIA PENCIPTA AL-QUR'AN ITU? - Prof. Jeffrey Lang


Bismillah gold.svg

Teruja saya jumpa video di atas ini dan saya kongsikan
buat mereka kongsikan pula pada teman-teman dan 
saudara mara yang lebih selesa
 berbahasa Inggeris.
Jom share semoga bermunafaat.


Tuesday, April 20, 2021

Berbagai Ujian dalam Niat Berbakti...@DETIK-DETIK Tentara Zionis Rebut Paksa MAKANAN BUKA PUASA.


Bismillah Calligraphy5.svg


JOM lihat video di atas.
 Buat hati Insaf, terutamanya dalam bulan Ramadhan
 yang Mulia ini.
Ustaz Adi Hidayat ada mengatakan bahawa
 Allah akan tingkatkan Darjat seorang Mukmin yang
sentiasa berusaha membantu orang lain tanpa memikirkan 
kesusahan yang menimpa dirinya sendiri.

Jom bertekad membntu mereka yang memerlukan dalam
kemampuan apa jua yang terdaya
semoga kita sentiasa rasa Redha dan Allah Meredhai.
Aamiin ya Rabb....


Monday, April 19, 2021

UPDATE MAKLUMAT ..... @Ternyata Dukhan Bukan Dari Meteor....



Bismillahgreen.jpg

JOM Update Maklumat untuk diri.
Saya tidak banyak membaca maklumat SAINS. 
Saya ikuti seadanya diUtube.
Maka saya dapat Ilmu ini dan saya kongsikan.
Semoga bermunafaat dapat menghayati
 kebesaran dan kekuasaan Allah swt.
Semoga Iman dan Taqwa meningkat dengan kurniaan dari 
yang Maha Pencipta.
Aamiin ya Rabb....


Sunday, April 18, 2021

Tidur Orang Puasa adalah IBADAH.....@Hadith Palsu.


Bismillah Calligraphy 36.svg


Betul kata Ustaz: Lagi banyak mengaji
 lagi banyak tidak tahu.
Dan banyak pula tahu bahawa kita banyak buat Kesilapan.
Video kongsi kali ini membetulkan saya. 
Saya pun dulu ingat 
Tidur adalah Ibadah buat orang Puasa.
Itu hadith Palsu.
Jom dengari apa penjelasan Ustaz Adi Hidayat.
Semoga tidak terus hidup dalam kerugian.
Mohon Keampunan Mu ya Rabb....


Saturday, April 17, 2021

Pada Ramadhan Kali ini.....@Segeralah Bertaubat‼️Jika Ada 2 Sifat Ini Pada Diri Anda‼️


Bismillahgreen.jpg


Saya terlambat untuk berhati-hati. Maka sekarang saya kongsikan ini.
Semoga Allah Meredhai.
Salam Ramadhan Al Mubarak.


ADAKAH ORANG ISLAM PENGECUT???.... @Adakah Yahudi Hanya Menjajah Palestin?!


Bismillah Calligraphy16.svg


Subhanallah....Semoga Allah menyedarkan 
orang-orang Islam jangan jadi pengecut.

Saya tidak percaya orang-orang Islam Pengecut. Pengecut hanya pada mereka yang belum memegang ISLAM, beriman dan bertaqwa sekuatnya.

JOM ikuti video ini. Ada disebut bahawa kebarangkalian besar
 Yahudi akan menjajah Makkah dan Madinah.
Mantan Perdana Menteri Israel seorang Wanita, Golda Meier kata:
 'Orang Islam Ini sentiasa lena Tidur"
Semasa pemerintahannya beliau membakar Masjid Aqsa, 
orang Arab tak bangun membantah.

Cepat tenguk video ini. Jika saya kaitkan dengan video yang 
saya kongsikan sebelum ini  bagaimana pembangunan
 Makkah sudah penuh dengan simbol-simbol Dajjal, 
maka saya tidak hairan kalau apa yang  Ustaz Mohaib 
ramal akan menjadi kenyataan.
 Ya Allah...Peliharalah kami orang Islam dan Negara Islam.

Sambil itu kita tanya diri kita sendiri di Malaysia. Dalam konteks ini
 orang Islam Pengecut atau Tidak?
Saya mengaku macam betul saya ini Pengecut/ Penakut. 
Saya tidak salahkan orang lain. Semua kita orang Islam
 bertanggong jawab secara Langsung.
Kita tidak boleh menuding jari. Berfikiran sendirian
 saya merasakan ramai juga orang Malaysia tidak mahu
 memikirkan  Isu Islam secara serious. Seperti sudah termakan
 dan terpengaruh dengan kata-kata manis kaum
 Yahudi yang menguasai ekonomi dan Media Massa  seluruh dunia.
Apa mereka kata seolah-olah betul dan kita orang Islam
 ikut tanpa banyak perikasa. Kata setengah Ulamak
 sampai Lubang Cacing pun kita ikut.
(Ini pendapat saya. Harap sangat saya keliru dan salah)
 
Maka di bulan Ramadhan kali ini saya berazam berdoa
 saya tidak Pengecut.
Semoga ramai orang Islam tidak pengecut. Kata ustaz janganlah kita memikirkan kepentingan Dunia sahaja dan berkelahi sesama sendiri.
Bukankah kita akan mati dan akan dipersoalkan.

Semoga dengan amalan dibulan Ramadhan kali ini orang Malaysia 
menjadi lebih bijaksana dan lebih beriman dan bertaqwa selaras dengan
 kehendak alQuran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Ya Allah ampunkanlah kami dan tolonglah kami dan semoga
kami akan jadi orang Islam yang berani menegakan Kebenaran.
Ya Allah semoga Engkau meredhai.
Aamiin ya Rabb....


Friday, April 16, 2021

ANTARA PETANDA ALLAH MURKA? @Inside a Tornado! Extreme close up footage of tornadoes!


Bismillah Calligraphy 36.svg


Saya melihat video di atas sebagai antara petanda Allah MURKA.
Allahua'lam.
Tetapi ini amat menakutkan buat saya.
Keadaan seperti ini terjadi di banyak negara.
Saya yakin Allah mahu kita pulang kepadanya "in Total".
Kita angkat Islam sepenuhnya bukan  ikut citarasa.
Kita harus Redha dan semoga Allah Meredhai.
Semoga Ramadhan membawa Rahmat Allah dan Dunia ini 
masih terus selamat untuk dihuni.
Aamiin ya Rabb....


Thursday, April 15, 2021

Menajamkan ingatan pada Ilmu Untuk Berwaspada selalu......@"Ramadhan Di Era Fitnah Akhir Zaman"


Calligraphic rendition of the Bismillah

Manusia sering lupa. Maka kita harus sentiasa 
berikhtiar bagaimana mahu
 menajamkan ingata supaya ILMU yang ada bermunafaat.
Maka saya kongsikan video yang sudah setahun di terbitkan
 tetapi  ILMUnya sentiasa 'ever green'.
JOM ikuti semoga kita sentiasa berwaspada dan 
dapat bertindak mengikut
 keutaman dalam prinsip-prinsip hidup.
Kehidup harus kita teruskan kerana hakikat
 detik berakhirnya kehipupan 
hanya Allah SWT sahaja yang maha Tahu.
 Kita hanya mempersiap diri semoga dengannya
Allah iktiraf kita sebagai Hambanya 
yang sentiasa mencuba menjaga IMAN.

Mohon Taufiq Hidayah MU ya Rabb......
Aamiin.

Wednesday, April 14, 2021

Hajj With The Devil......@ KEJUTAN BUAT SAYA, LIHAT JANGAN TAK LIHAT.(Demi semangat Ramadhan)



Rasa marah, rasa insaf betapa Islam dicabuli hingga 
ke Tanah Suci Makkah.
Kalau belum tahu lihatlah video ini.
LIHAT JANGAN TAK LIHAT.

Makkah di bina oleh akitek Yahudi. Berkat Ramadhan hari ini 
saya berdoa dan akan terus berdoa Allah akan musnahkan 
Musuh-Musuh Islam dimana jua mereka berada dan 
dalam kekuasan apa jua yang mereka pegang.

JOM kita sama-sama doa 
semoga Allah selamatkan kita dan semua 
orang Mukmin di Akhir Zaman ini dan
 seterusnya di Akhirat nanti.

Aamiin ya Rabb....


Tuesday, April 13, 2021

MEMPERSIAP DIRI....@(Ramadhan Eps 01) Menyambut Hadirnya AlMahdi.


Bismillah Hir Rahman Nir Raheem.svg

Alhamdulillah kita berada di Hari Pertama Ramadhan Kareem 2021.
JOM ikuti Video di atas. Semoga bermunafaat.


RAMADHAN KAREEM 1442 Hijrah....melihat diri sendirian.

Bismillah Hir Rahman Nir Raheem.svg 

Alhamdulillah Allah kurnia saya dan suami berjumpa Ramadhan 2021. Kami amat bersyukur. Semalam saya rasa sedikit cemas sebab sakit dada dari hari sebelumnya. Mungkin kepenatan balik dari ziarah anak saudara yang mendapat stroke yang serious di Johor Baharu. Kami patuhi sop perjalanan dengan mendapat kebenaran Polis merentas negeri dan daerah. Alhamdulillah ziarah keluarga di Johor Baharu.

Saya kuatkan diri minta anak bawa saya ke Emergency Hospital Putrajaya malam kelmarin takut-takut dada itu disebabkan jantung saya yang memang bermasaalah. Saya berdaftar di IJN untuk Jantung. Tetapi malam itu saya ke Putrajaya sahaja kerana hampir dengan rumah.  Lebih dua jam menunggu. Saya takut tetapi bersabar. Samapai atau tidak bertemu Ramadhan ??.........

Hari ini Selasa 13 April 2021 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1442 H. Allah samapikan. Amat bersyukur dan semoga untuk seterusnya Allah kurnia Rahmat Belas KasihanNya yang tidak terhingga.

Dalam umur sebegini lanjut tentu sekali sering berfikir-fikir samapi bila agaknya Allah akan memberi peluang dan ruang untuk membaiki diri, membaiki akhlak dan membaiki segalanya seperti yang dituntut Allah yang maha Pencipta. Teringat-ingat juga kecuaian tidak mengoptima masa untuk benar-benar beramal soleh dari muda lagi. Suatu penyesalan dan semoga Allah membuka pintu pengampunan....

Dalam pada itu saya diberi akhbar teman akrab bahawa beliau didapati menghidap Parkinson Disease. Terasa amat sedih kerana tidak dapat menolong dan hanya dapat bersimpati. Penyakit ini biasanya berlaku pada mereka yang berumur 50 keatas. Saya sendiri akan menjangkau 75 tahun selepas Mei ini jika kesampaian. Semoga Allah beri saya umur yang bermunafaat. Allah ada perancangan pada setiap hambanya. Saya yakin apa yang Allah kurnia buat kita adalah yang terbaik. Tidak ada apa sekalipun yang Allah izin berlaku tanpa ada Hikmahnya. Kita harus mencari dan merasai Hikmah itu. Semoga Allah membuat kita memahami sebenarnya apa itu hakikat "Hamba pada Allah".

Itu sahaja coretan pagi 1 Ramadhan kali ini. Semoga Allah mengurnia Rahmatnya dan semoga jika tempuh saya samapi di sini sahaja Allah kurnia kesudahan yang terbaik di sisinya.

Aamiin ya Rabb......



Monday, April 12, 2021

Ustaz Wadi Annuar.....@ IBU BAPA Pastikan anak-anak berpuasa!


A001
Selamat menjalani Ramadhan Al Mubarak.
Jom kita ikuti nasihat Ustaz Wadi Annuar ini. Semoga kita tidak menyesal bila anak-anak besar dan mendewasa.

SELAMAT BERPUASA.


Friday, April 9, 2021

Kata Ustaz Adi Hidayat.....@ Amalan-Amalan Penghuni Surga Firdaus Ketika Di Dunia .


Bismillah Hir Rahman Nir Raheem.svg

Semoga Video di atas dapat memperkuat Azam kita untuk beramal di Bulan Ramadhan Al Mubarak yang sudah amat hampir ini. Semoga Allah beri kita peluang dan ruang untuk beramal dengan niat suci kerana Allah untuk diri dan untuk Emak dan Bapak kita dan semua ahli keluarga dan sahabat handai yang kita sayang.

Kata Ustaz ia berasaskan ayat- ayat Quran berikut ini. Kita dengari penjelasanya semoga meresap dihati untuk amalan kita.
Semoga Allah menerima Taubat kita dan amalan kita dan doa-doa kita. Aamiin.......

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


A001

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

(Al-Mu'minuun 23:1


A002

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

(Al-Mu'minuun 23:2


A003

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

(Al-Mu'minuun 23:3


A004

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

(Al-Mu'minuun 23:4





A008

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

(Al-Mu'minuun 23:8


A009

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

(Al-Mu'minuun 23:9
A010

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

(Al-Mu'minuun 23:10
A011

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

(Al-Mu'minuun 23:11
Related Posts with Thumbnails