"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, September 27, 2017

Usaha memperkenal Islam dengan adab.....





Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang ke Perth. Walaupun saya dan suami tiada agenda khusus dalam musafir kali ini tetapai setiap musafir di umur senja ini kami tetap dengan nowatu semoga berpeluang mengembangkan budaya mentauhidkan yang maha Pencipta.

Saya pernah ke Eastern Europe beberapa tahun yang lalu dan saya bawa bersama saya beberapa naskhak alQuran yang dengan terjemahan bahasa Inggeris dan beberapa risalah mengenai Islam yang saya edar pada pemandu pelancung dan di Reception desk di hotel yang kami tinggal. Saya tidak tahu apa hasilnya. Cuma kami buat sahaja apa yang Allah suruh sebaik mungkin. Tetapi kali ini ke Perth kami bawa tangan kosong kerana bajet yang terhad. Maka kami hanya banyak berjalan-jalan melihat-lihat perilaku orang ramai di dataran orang ramai berjalan membeli belah.

Di atas ini suami saya dan saya rakam suatu pagi di mana belum ramai orang lalu-litas. Di bawah ini pula kelihatan suami saya membeli tid-bits makan ringan untuk kami makan sambil duduk-duduk. 




Dalam perjalanan pulang ke hotel kami ternampak pondok seperti kelihatan di bawah ini menjemput siapa jua yang berminat berhenti 
seketika jika ingin tahu sesuatu mengenai Islam. 
Saya rasa teruja kerana itulah yang saya ingin lakukan tetapi tidak pandai menterjemah Idea kepada tindakan..Suami saya menjenguk 
sebentar dan bermesra sembang-sembang dengan wanita separuh
 umur yang  menjaga tempat itu.
Ini tindakan positif. Dalam konteks ini saya terbaca semalam dam kumpulan whatsapp yang membuat nota edaran dalm satu komuniti majoriti Islam meminta penduduk bukan Islam supaya "menghormati" nilai-nilai Islam seperti jangan menjual miniman keras, harus berpakaian meneutu aurat dan berbagai lagi yang tidak perlu saya sebut di sini. Saya rasa malu membacanya kerana saya amat yakin itu bukan caranya kita mahu menarik orang memahami Islam. Cara itu hanya menimbulkan rasa marah dan terhina yang amat memungkinkan tindak balas yang tidak sihat. Walaupun Malaysia mendakwa ini negara Islam tetapi Islam harus disebarkan dengan adab dan hikmah.





Ini kerja sukarela dan saya tabek pada mereka yang mengusahakannya.
Usaha saya amat kecil dalam hal ini. Hari ini saya hanya 
mengaggotai kumpulan WhatsApp
Murid-murid Tua dari Government English School Pontian --
 CLASS OF 64.

Majoriti kumpulan saya ini adalah mereka dari keturunan Cina dan ramai yang beragama Buddha, Christian atau yang langsung Atheist.
Saya harus berhati-hati apa perkara yang saya postkan dalam Whatsapp ini untuk menjaga keharmonian. Saya mahukan kesan positif dari mereka supaya mereka segan dan hormat pada penganut Islam. Saya bukan bersikap apologetik. Saya hanya mahu beradab kerana Islam menghendaki kita meyebarkan KEBENARAN dengan penuh hikmah yang akhirnya mereka memilih Islam dengan penuh rasa insaf.
Dalam Islam Allah melarang kita berkasar, melainkan jika kita di kasari. Tradisi Islam melarang kita bermusuhan dan membunuh melainkan untuk mempertahan diri. Bersikap sindir menyindir pun Allah tidak suka.
Lihat ayat di bawah ini:

A011
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.




Rasullah salallahualaihi wasalam tidak mengajar kita untuk berkasar dan sombong mendabik dada semata-mata kerana kita Islam. Kita jangan menghina agama atau kepercayaan mereka yang belum Islam. Cuma kita katakan penuh hikmah bahawa ISLAM punya tradisi yang lebih baik.
(Islam has something better to offer.)


Seorang teman saya dalam kumpulan ini adalah seorang Atheist dan belum lagi mahu menerima bahawa kita dicipta oleh Allah 
Tuhan yang maha pencipta.
 Dia enggan sama sekali.
Dia menetap di Melbourne Australia dan sudah 2 kali 
saya bersemuka  tetapi belum Allah izin.
Namun saya katakan padanya:
"When we die, If you are right I have nothing to lose.
 But if I am right, 
you have everything to lose."
Dia hanya senyum dan kata "thank you for caring."


Saya tidak berputus asa dengan kumpulan ini dan berterusan saya viralkan posting mengenai Islam yang diperkatakan oleh orang-orang ternama dan professional Barat. Semoga saya dapat menarik perhatian mereka...lambat laun. Hanya Allah yang menentukan.

Setakat ini dulu perkongsian saya. Semoga bertemu lagi untuk
perkongsian yang lain pula.
Mohon Petunjuk Hidayah Mu ya Rabb...


......

Tuesday, September 26, 2017

We are just another name in the List.....





Alhamdulillah, Allahuakbar.
Allah kurnia berbagai tumbuhan, berbagai tumbuhan hiasan dan berbagai tumbuhan untuk makanan. Allah maha pemberi rezki, maha pengasih dan maha penyayang. Begitu peduli dan pemurah untuk makhluk ciptaanNya. Namun sesetengah manusia mensyukuri anugerahNya dan setengahnya pula tidak menghargainya.

Kebelakangan ini manusia seluruh dunia dilanda berbagai kesusahan, musibah dan berbagai lagi yang amat menylitkan untuk kelangsungan hidup. Di Malaysia tidak ada peperangan yang melibatkan senjata-senjata canggih. Tetapi di Malaysia juga Rakyatnya.sedang dilanda kesusahan dan kebingungan. Yang hidup mewah tidak merasai bebanan ini, dan yang tidak mewah pula rasa takut-takut untuk berbuat sesuatu yang dapat mengatasi masaalah yang ada.

Alhamdulillah, Allah masih kurnia kesedaran beberapa lapisan rakyat yang mahu cuba membuat perubahan. Syabas dan saya secara peribadi berdoa semoga Allah menurunkan Rahmatnya dan membetulkan keadaan demi kesejahteran rakyat seluruhnya.

Pada hakikatnya hidup ini adalah satu ujian. Pemimpin adalah ujian bagi rakyat dan juga sebaliknya. Maka kita rakyat biasa harus waspada dalam kita bertindak berusaha untuk membetulkan sesuatu kepincangan kita tidak tergelincir dari landasan kebenaran. KEBENARAN tidak pernah memihak. Yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil.

Semoga kita rakyat yang mengharapkan pembelaan pemimpin dari segi sunatullah, memahami bahawa Allahlah jua yang berhak menetapkan sesuatu. Yang berkuasa Allah uji dengan kekuasaan. Dan selalu sahaja yang berkuasa lupa dengan hakikat ini......Hakikat bahawa Allah berkuasa atas apa jua yang di langit-langit dan di bumi. Jika Allah murka melihat kezaliman yang berleluasa, maka kuasa mutlak adalah pada Allah dan tiada siapa yang dapat menduga. 

Manusia adalah ibarat salah satu senarai dalam senarai ciptaanNya. Dan kita individu adalah ibarat satu nama dalam senarai nama-nama yang Allah telah maklumkan pada para Malaikat mengikut tugas-tugasnya. Bila-bila masa sahaja nama kita boleh digugurkan. Maka semoga jika nama kita gugur, ia gugur demi keredhaanNYa. Hidup itu benar, mati itu benar. Syurga itu benar dan neraka juga benar. 

Semoga Allah kurnia bagi kita Taman-taman Indah di Syurga Firdaus. Allah ampunkan segala dosa dan kelemahan kita dan pintu RahmatNya sentiasa terbuka bagi kita. Itulah harapan kita yang tinggi menggunung. 
Aamiin ya Rabb.....


........

Kesempatan Maal Hijrah 1439....





Awal Muharam sudah berlalu. Saya masih kesibukan dengan cucu2 yang menanti ibu dan ayahnya pulang dari Makkah. Saya hanya berkemampuan melihat dan mendengari apa yang ada di Utube mengenai Muharam dan apa jua yang saya terpikat pada maklumat hari itu.

Maka dalam satu video Shaikh Omar Sulaiman ada persoalan yang di timbulkan : Adakah semua Nabi dan Rasul itu mereka yang berkulit Putih? Saya tidak pernah terlintas untuk tahu soalan seperti itu. Saya terima sahaja maklumat seadanya.

Apa bila ada pertanyaan seperti itu barulah saya terfikir....

Shaikh Omar Sulaiman kata :  ADA.
Beliau berhujah mengikut ayat-ayat alQuran yang menggambarkan demikian. Antaranya ialah Nabi Allah Sulaiman. Kulitnya agak gelap. Aga beberapa contoh lagi yang saya kurang ingat dalilnya.

Sejak hari itu saya melayari Utube untuk melihat-lihat dan mendengari Shaikh-Shaikh yang berkulit hitam. Saya terdapat seorang yang bernama Shaikh Okasha Kameny. Saya terpaku dengan kebolihannya yang Allah swt kurnia padanya. Dia berasal dari Ghana dan mula menghafal bermula umur 5 tahun. Walaupun bermula awal beliau tamat ketika umur 12 tahun kerana ia bermula dengan melalui adab-adab menuntut ilmu. Antaranya ialah ikut bulat ajaran tuan guru dan berbakti pada ibu bapa setiap hari dalam apa jua bentuk. Shaikh Okasha ini membantu kerja ibunya di rumah sebelum ke tempat pengajian. Ada beberapa lagi adab yang saya rasa di Malaysia ini kurang di jelaskan dan diterapkan secara serious adab-adab menuntut ilmu ini. Adab-adab ini insya Allah membolihkan seseorang itu lebih mudah dan lebih berkesan dalam mendapat ilmu.

Maka sekarang Shaikh Okasha termasuk dalam senarai guru google saya. Bila sahaja berpeluang saya akan mengikutinya. Dia hafal Hadith-hadith juga dan ada memberi penerangan bagaimana boleh hafal dan insya Allah ingat samapai bila-nila. Dan gaya dia berpidato dalam siri Khutbah Jumaatnya amat baik dan saya rasa terkesan di hati. Alhamsulillah.

Saya kongsikan cerita ini di sini sebagai usaha saya bermyhasabah diri tentang kekurangan diri dan semoga Allah akan sentiasa menunjuki jalan.
Aamiin ya Rabb......


.......

Thursday, September 21, 2017

Setiap yang bermula pasti berakhir......




 

Sehari sebelum terbang pulang kami ambil
 foto kenangan di hadapan Hotel
 yang kami sewa selama 7 malam. 

Mula-mula saya tidak berminat ke Perth tetapi
ikut sahaja kata suami. Adelaide dan Melbourne sudah mencukupi buat saya.





Apabila teman kami dan isterinya datang lewat pagi itu saya rasa agak sayu. 
Sayu bukan kerana meninggalkan Perth, tetapi sayu berpisah dengan pasangan suami isteri yang amat baik hati menjadi Host kami tanpa formality.

Foto di atas kami minum kopi setelah check-in. 
Semua hal kami dibantu olehnya.






Pagi itu kami makan "Brunch" sebelum 
ke lapangan terbang.
Hidangan  Restoran Turkey, Roti dan 
beberapa side dishes. Lazat sekali.
Alhamdulillah.

Sembilan hari di Perth merupakan pengalaman manis yang tidak saya jangkakan sama sekali.
Subhanallah. Alhamdulillah.
Lawatan ke tempat-tempat yang menarik tidaklah sangat luar biasa kerana itu lumrah orang bermusafir.
Yang luar biasa ialah layanan yang di beri tanpa mengira kesulitan diri mereka sendiri.
Beberapa kali kami makan di rumahnya, berehat di rumahnya dan di luar pula
sering kali perbelanjaan gratis buat kami.

Semoga budi baik mereka ini Allah berkati dan
menjadi sebahagian dari amalan soleh.
Di samping itu Host kami ini banyak cerita-cerita yang memaku  dan seperti memukau fikiran saya 
dengan idea-idea yang menarik minda saya yang belum 
pernah saya dengari dahulunya.
Ia mengenai perjuangan Ummah, mengenai politik dan dunia Pendidikan. Pengalamannya membuat saya rasa ketinggalan dalam ruang lingkup umur kami
 yang sudah amat senja. Idea mengenai 
perjuangan amat mantap walaupun dia
 baru berumur 39 tahun.

Mungkin satu hari saya akan tulis idea-idea yang amat bernas dalam blog saya ini.
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya
buat kami semua.
Semoga pertolonganNya sentiasa dekat kerana tidak ada kekuatan melainkan kekuatan dariNYA.

......

...Of Tulips and Roses in Perth......







Oooops.....Kami mencari Roses tidak jumpa. Belum musim katanya. Maka kami hanya ke tempat Tulips dan saya kongsikan di bawah ini.

Tempat ini ialah ARALUEN BOTANIC PARK. This place was founded by JJ Simons in the 1930's. Katanya ada 140,000 jenis tulips di tanam di sini. Saya suka rekomen : 362 Croyden Rd, Roleystone. InsyaAllah...memuaskan.







Di umur senja seperti kami, kawasan ini terlalu luas untuk dijelajah semuanya.
Kami jalan-jalan dan banyak rehat sembang-sembang santai dengan teman yang membawa kami di sini. Saya kongsikan pula lain-lain
  yang ada yang juga memikat hati.





















Hampir dua jam kami di sini. Kami pulang dan berhenti di shopping mall
untuk makan dan teman kita itu perlu solat kerana dia tidak boleh solat jamak.
Ini dia Restaurant tempat kami makan.
Hidangan orang Turkey.





Selepas makan kami pulang untuk berkemas barang kerana esuknya 
sampailah masa untuk terbang balik ke Malaysia.

Alhamdulillah.
......

Perth terkenal dengan Madunya.....





Jika ke Perth tetapi tidak pergi ke THE HOUSE OF HONEY maka seperti lawatan itu tidak sempurna. Madu adalah antara makanan sunnah. Maka dengan gembiranya teman kami membawa kami ke sana.

Hari itu ramai juga pengunjung yang datang. Kami ke sana setelah gagal mencari the Rose Garden yang di cari lalu google. Kami jumpa tempat tetapi tiada bunga. Pastinya belum waktunya bunga mawar berkembang menawan.
Agak terkilan.....tetapi apakan daya.

Suami saya 'expert' madu. Sejurus masuk terus sahaja dia testing rasa berbagai jenis madu. Saya tidak minat dan hanya membaca maklumat yang tertulis sedikit-sedikit. Suami saya kata secara bandingan harga madu di sini amat berpatutan. Boleh dikira murah.



Maka kami membeli sekadarnya sebagai ole-ole balik rumah. Kami membeli jenis Jarrah sahaja.



Kemudian kami minum kopi. Kopi sedap dan udara nyaman.






Saya putar-putar ambil foto bunga-bunga yang ada. Saya tumpu bunga-bunga yang jadi tumpuan lebah yang menghisab madunya. MasyaAllah.
 Ciptaan Allah tiada cacatnya  jika dilihat dengan mata hati.


......

Jumaat di Rockingham.......







Rockingham, bandar agak kecil di luar Perth. Anak saudara suami tinggal di sini. Maka itulah nak cari juga apt yang ia tinggal untuk tahu. Dia tiada tetapi saje nak tahu daerahnya....

Mula-mula sampai saya terpikat dengan pokok bewarna kuning. Saya suka warna warni dan itu dulu yang saya rakam buat kenangan. Tak pandai selfie....tapi buat saje untuk diri.




Suami saya hantar foto ini pada keluarga di Bangi untuk
 bukti sampai di Rockingham.
Tak jumpa cari Apt yang ia tinggal. Tidak mengape kerana kalau jumpa pun bukan boleh masuk. Kami belegar-legar di di situ menunggu 
untuk ke Masjid solat Jumaat.




Churchill Park ini di tepi laut Indian Ocean.
Ramai pengunjung tempatan. Tiada yang luar biasa dan kami tidak lama di situ.





Kami sampai awal dan tidak perlu bergesa ambil wudhu.
Jemaah wanita pun ramai juga tetapi saya tidak rakam dan duduk sahaja cuba menghayati suasana yang tenang.
Suami saya kata imam Masjid dan bilal adalah orang Malaysia. Alhamdulillah.
Intipati khutbah adalah mengenai apa amalan yang harus diteruskan 
berkaitan dengan Qurban kerana Eidul Adha baru sahaja berlalu.

Jemaah lelaki ramai dan hampir penuh masjid, kata suami saya.
Selepas solat kami mencari Restoran kecil di tepi laut 
dan makan Kebab.
Kami pulang rasa puas hati dapat solat di satu lagi Masjid.
Alhamdulillah.



Pulang lewat petang dan berehat. 
Melihat dari jendela hotel awan berkumpul tetapi tidak hujan.


......

Wednesday, September 20, 2017

Hanya jalan-jalan cari ilham.....





Sehari sebelum ke Masjid Perth kami di bawa ke King's Park dan Botanical Garden.

Teman kami ni sibuk orangnya. Tetapi demi jalinan silaturrahim dia berusaha membuat program agar masa kami dapat dimunafaatkan. Alhamdulillah.....
Nampak jelas usahanya semata-mata kerana Allah.






Saya kagum dengan keindahan Taman ini. Bersih, teratur dan memikat hati. 
Teringat akan emak saya. Emak saya suka bunga-bunga dan rajin menanamnya sendiri semasa kederat masih ada. Semoga Emak sejahtera di alam barzah dan semoga Allah kurnia kami bertemu semula di Syurga Firdaus nanti dengan Rahmat Allah semata-mata.


Foto ini agak gelap. Kamera kurang canggih. Waktu hampir Maghrib.




Taman ini sebenarnya di atas bukit dan di situ juga terletak
 Tugu Pahlawan Perang Dunia.
Dari Taman ini kami boleh melihat Perth tepat-tepat di mana Hotel kami terletak. Teruja buat seketika. Dunia ini kecil sahaja.





Saya sering terpaku melihat keindahan pokok-pokok. Teman kami ini juga begitu. Dia sering membawa keluarganya piknik ke tempat-tempat seperti ini. Terjalin keluarga bahagia.




Oh....kalaulah boleh berlama-lama di sini....
menikmati keindahan alam.







Malam itu kami pulang untuk makan di "My Rasa"
Restoran kepunyaan orang Malaysia.
Tinggal kenangan.


......
Related Posts with Thumbnails