"Hai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhan mu,
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku
dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
SEBENARNYA CERITA BOLA BUKANLAH MINAT SAYA SEPENUHNYA. TETAPI WORLD CUP DI QATAR INI ISTIMEWA. MAKA SAYA MENGIKUTI JUGA SEDIKIT. CUMA YANG BERKATAN KOMITMENT QATAR DENGAN PERLAKSANAAN ISLAM.
SAYA SUKA BLOGGER INI. SYABAS. ORANG BARAT PUNYA PEPATAH: "IF YOU ARE IN ROME DO AS THE ROMANS DO." PEPATAH MELAYU KATA..."DI KADANG KAMBING MENGEMBEK.... DI KANDANG HARIMAU MENGAUM."
HUH?!!! MAKA DI QATAR IKUT KEHENDAK QATAR. QATAR NEGARA ISLAM MAKA IKUT ISLAM SEBAIK MUNGKIN. KALAU TIDAK RAMAI PENGUNJUNG PUN, BIARLAH...QATAR TAK MAHU JADI PENGEMIS!
MALAYSIA PUN PATUT AMBIL CONTOH NEGARA QATAR DALAM SEMUA HAL. ALLAH SWT JADI PENILAI. MISKIN ATAU KAYA ALLAH YANG SEDIAKAN DAN ALLAH SWT MAHA BIJAKSANA.
JANGAN TAKUT MATI. KAYA RAYA PUN BILA SAMAPI JANJI ALLAH AKAN MATI JUGA.
MOHON KEAMPUNAN MU YA ALLAH ATAS SEGALA KELEMAHAN KAMI. AAMIIN....
Bila saya lihat video ini dengan penuh konsentrasi, saya rasa berdebar-debar.
Saya rasa amat cemas dan amat kasihan dengan pilot ini.
Sedikit pun saya tidak mengatakan dan sangsi atas kemahiran Pilot ini.
Bukankah Allah swt itu maha Bijaksana, maha Perancang dan
maha Megetahui apa yang Nyata dan yang Tersembunyi.
Dan yakinlah bahawa Allah itu maha Kasih Sayang atas semua makhlukNya.
Maka apa yang terjadi akhirnya ialah kerana Allah Maha Tahu apa sebenarnya
yang terjadi pada pesawat itu dan apa yang ada pada diri dan fikiran Pilot waktu itu. Kita tidak tahu apa yang Allah Rancang. Allah tidak zalim.
Apa yang Allah izin berlaku pasti ada HikmahNya. Kita hanya lihat pada yang zahir sahaja.
Kita tidak tahu sebenarnya yang sedang di fikirkan dan di lakukan
oleh Pilot itu.
Kalalu dia bukan Islam pun biasanya kita akan dengar tercetus kata-kata
"Oh my God!".
Rasa ada Allah ini Fitrah di dlalam semua hati manusia. Semasa dalam kandungan pun Allah telah tanya: "Alas tu bi Rabbi kum. Kita semua jawab" Bala shahid Na."
SAHIH INTERNATIONAL: And [mention] when your Lord took from the children of Adam – from their loins – their descendants and made them testify of themselves, [saying to them], “Am I not your Lord?” They said, “Yes, we have testified.” [This] – lest you should say on the day of Resurrection, “Indeed, we were of this unaware.”
Maka saya percaya apa jua yang Allah izin berlaku, pasti ada Hikmanya.
hikmah inilah yang kita sering sukar memahami sepenuhnya. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui Rahsia Hikmah Nya.
Maka dalam melihat kejadian kecemasan, dan apa jua kejadian yang berlaku kita harus positif sahaja baha Allah itu maha Megetahui dan Maha Perancang.
Kita berdoa sahaja semoga apa yang terjadi kita mohon Allah pelihara kita yang terbaik di sisiNYA.
Kalau yang berlaku pada orang yang bukan Islam kita pun sangka baik. Jangan mendahului Qadha dan Qadar Allah. Allah berkuasa mengampuni sesiapa jua. tidak kira dia berdosa dan belum bertaubat.
Allahu'alam. Itu yang saya fahami dalam mengaji dengan ustaz.
Allh maha Mengetahui, maha Berkuasa dan maha Penyayang.
Itu dahulu buat sekarang. Mungkin esuk lusa kita cerita lagi. Insya Allah.
Agak terkejut juga saya mendapat video ini.Maka saya kongsikan di sini untuk kesedaran jika belum tahu sebelum ini.
Analisa di sini mengenai Malaysia agak mendalam juga dan barulah saya memahami senario politik Malaysia dengan lebih jelas lagi. Ada di sebut di sini sejarah Anwar Ibrahim dari lebih 15 tahun dahulu penglibatannya dengan Badab-Badan yang berkait dengan kepentingan US.
Kebetulan kali ini saya mengikuti peperangan Ukraina dan Russia agak kerap juga. Maka saya dapat gambaran sedikit bagaimana US guna memerangkap ssebuah kerajaan negeri untuk menjadi "anak angkat" mereka.
YAB Dato Sri Anwar Ibrahim sekarang Perdana Menteri Malaysia. Maka ramailah pihak yang suka meneliti arah mana Malaysia akan maju kehadapan dari segi politik, ekonomi dan pertahanan Negara.
Saya sebenarnya tidak mahir langsung dalam hal-hal seperti kuasa luar mempengaruhi Malaysia. Tetapi setelah mengikuti video ini saya lebih faham sedikit kerana saya mengikuti apa yang dilakukan oleh Ukraina dahulu dan sekarang.
Saya rekomen ikuti dan kongsikan juga pada sahabat lain untuk melengkapkan sedikit ilmu sejarah politik Malaysia.