"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, June 26, 2010

MISTERI UMUR 40-60.

40 Ramai  antara kita selalu berkata "Life begins at 40". Kadang-kadang kata-kata ini adalah gurauan dan biasanya ia tercetus apabila kita bercerita-cerita mengenai perilaku hidup menjelang umur pertengahan.

Dalam perjumpaan sosial sering kita mempermain-mainkan umur. Kita berkata seperti, "a woman is as old as she looks, a man is as old as he thinks." Kadang-kadang kita kata ,"what is age, they are but numbers." Ada pula di kalangan wanita yang suka "menyembunyikan" umur sebenarnya. Malu mahu berterus terang tentang umur. Takut orang tahu kita mula menua, agaknya. Namun apa jua yang kita fikir mengenai umur, apa jua tanggapan kita mengenai jangka masa yang berlalu dalam hidup, Allah swt telah telah memberi beberapa amaran dalam al Quran mengenainya. Saya kongsikan di sini apa yang Ustaz saya bicarakan baru-baru ini dalam satu sessi pengajian tafsir.
merenong kembali umur yang telah belalu,
.......agaknya.

Allah memberi ingatan masa itu ialh suatu yang kritikal hingga Allah bersumpah dengannya. Lihat surah Al 'Asr 103 ayat 1-3 :
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sungguh-sungguh dalam kerugian, Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."
Umur dikira dari sejak lahir hingga satu masa yang ditetapkan. Rugilah jika kita tidak memunafaatkan masa. Umur kita ada pendek dan ada yang panjang. Allah telah mengingatkan dalam surah Al Anam 6 ayat 2  bahawa jangka umur kita bukan untuk kekal tetapi untuk binasa.
 "Dan Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi satu ajal yang ditentukan (untuk dibangkitkan) yang ada pada sisiNya (yang Dia sendiri mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu'
Tetapi yang penting di sini bukanlah panjang pendeknya umur itu. Yang penting ialah perhatian yang harus diberi pada setiap peringkat umur agar kesemuanya bermunafaat. Secara umum umur dibahagi pada tiga peringkat, iaitu kanak-kanak, dewasa dan tua. Namun kata Ustaz, ada ahli psikilogi yang membahagikannya seperti berikut:


1 hingga 7 tahun.
 Ini umur kanak-kanak dan perilakunya 100% adalah ketentuan Ilahi. Ia tidak dipertanggongjawabkan dengan apa jua kesalahan yang dilakukan dan tidak ada ganjaran atas apa jua kebaikan yang dilakukannya.

AGE OF INNOCENCE

8 hingga 14 tahun.
Ini umur peringkat remaja. Di sini telah timbul semangat berlumba-lumba dalam semua hal. Ia mula ingin menonjol, maka di sinilah perlunya kedua ibu bapa dan mereka yang bertanggong jawab di sekelilingnya perlu memberi nasihat dan bimbingan.

 15 hingga 21 tahun.
Ini umur akil baligh. Telah mula sempurna rohani dan jasmaninya. Dalam peringkat remaja ini mereka telah mula berangan-angan dan bercita-cita. Di sinilah bermulanya sesaorang itu menjadi 'egoist', suka membangkang dan menentang. Mereka rasa mereka mampu berdikari. Maka disinilah mereka perlu diberi pengawasan dan kawalan yang sewajarnya kerana mereka mula suka melanggar peraturan. Gejala sosial mula diperingkat ini.

21 hingga 26 tahun.
Ini umur dewasa. Seharusnya sudak menampakan kematangan. Namun di sinilah mereka sering diombang-ambingkan oleh nafsu libidonya. Waktu ini ideal untuk bina rumah tangga supaya nafsu tersalur dengan baik. Rasulullah saw berkahwin umur 25 tahun.

27 hingga 35 tahun.
Ini umur dewasa sempurna.Ketika ini pertumbuhan jasmani terkuat. Akal dan fikiran sudah terbuka, jelas, tegas dan tidak ragu dalam merencana diri dan keluarga.

36 hingga 40 tahun
Ini disebut pertengahan umur, iaitu pertengahan perjalanan hidup. Keadaan hati mantap dan tegap. Kematangannya amat nyata. Waktu ini Nabi saw di angkat sebagai Rasul.

41 hingga 50 tahun.
Ini umur setengah tua. Dalam umur ini jangan kita merasa masih muda. Ramai yang enggan dipanggil tua ketika umur ini. Ketika ini ramai yang agak rasa bosan dengan hidup jika tidak ada apa-apa yang mencabar. Ada yang kurang selera makan. Diperingkat ini ada yang mempunyai kesedaran mengenai mati dan dengan itu sering bertaubat. Walaupun jika  ketika ini baru sedar itu terlambat, namun belum dikira sebagai terlalu terlambat.

51 hingga 65 tahun.
Ini peringkat sifat-sifat umur menurun. Boleh diertikan seperti tidak ada 'pick-up' dan agak kurang bermaya dalam semua aspek. Kekuatan fisikal dan mental juga menurun. Penyakit-penyakit mula ketara dan banyak penyakit-penyakit yang kronik. (Justeru ingat umur 60 tahun itu satu tanda aras kritikal).

65 hingga 75 tahun.
Ini umur tua. Ia penuh cubaan kerana berbagai penyakit. Umur ini perlu pertolongan pihak ketiga. Ada yang mula hidup menderita.

75 hingga Seterusnya.
Ini umur tersangat tua, atau umur tersangat lanjut. Ada yang menjadi pikun. Jika sebelumnya tidak terjaga, maka ketika ini hidup akan menderia. Rohani dan jasmani juga terkesan. Daya ketahanan amat rendah.

sahabat yang sakit diziarahi.

Sehubungan dengan fakta di atas ini, Nabi kita Muhamad saw menyuruh kita memfokus kepada umur 40 dan 60 tahun. Kata Ustaz umur 40 tahun adalah umur amat matang, mudah megerti dan memahami fakta-fakta kehidupan. Boleh berfikir dan bertindak secara rasional. Umur ini adalah seperti umur 'tanda aras', seolah-olah tanda sempadan. Jikalau diumur ini masih rakus berbuat maksiat dan tidak langsung rasa bersalah maka pasti seperti ia menempah tempat di Neraka. Allah swt berfirman dalam Surah Alahqaaf 46 ayat15 dengan maksud berikut:
"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan  susah payah (pula) . Mengandungnya hingga menyapihnya adalah tiga puluh (30) bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh (40) tahun ia berdo'a: ' Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan pada ku dan kepada ibu-bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepada ku, kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engaku  dan sesungguhnya aku termasuk orang-orng yang berserah diri'."

Ayat ini menyatakan umur 40, iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ada cerita-cerita Ulama' yang mengatakan orang-orang umur empatpuluhan sudah amat serious dalam beribadah. Sudah mula melipat tempat tidurnya, iaitu mengurangi  tidur nya. Diumur ini disebut juga tentang menjaga dengan sebaik-baiknya kedua ibu-bapanya kerana jika ia 40 tahun pasti ibu-bapanya sudah melepasi 60, umur yang memerlukan banyak pertolongan fisikal. Jika sampai umur 40 tahun dan tidak ambil tahu langsung tentang asal kejadianya, dan kewajibannya dan tidak mahu bertaubat, maka Syaitan akan mengusap dahinya dan gembira dia kerana orang ini tidak ada gunanya di dunia dan di akhirat.

Berkaitan umur 60 tahun pula hadis dari Abu Hurairah melaporkan Nabi saw sebagai berkata :'kebanyakan umur umat ku adalah 60-70 tahun. Sedikit benar yang melebihi itu. Orang yang dikira dipanjangkan umur nya ialah mereka yang menjejak 60 tahun dan lebih. Maka umur 60 tahun ini juga perlu fokus yang serious. Umur ini adalah umur batas akhir untuk berbuat baik, seperti kita mengatakan "enough is enough". Tiada lagi tolak ansur yang dibenarkan dalam perbicaraan di akhirat nanti. Umur 60 adalah umur ibarat di medan perang, iaitu jaya atau gagal. Apa jua alasan  Allah tidak akan terima. Mengapa demikian. Lihat surah Al Fathir 35 ayat 11 yang bermaksud:
"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan. Dan tidak ada seorang perempuan mengandungdan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan pengetahuanNya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur sesaorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) di dalam Kitab. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah."
Siapakah orang yang umurnya dipanjangkan? Ulama' mentafsirkan iaitu umur 60 tahun seperti yang di sebut oleh Ibnu Kathir dan Imam Sayyuti diantaranya. Apabila sampai umur 60, tiada lagi peluang. Jika tidak taubat, maka Nerakalah tempatnya.Tidak guna lagi meminta tolong. Dalam  surah yang sama  Al Fathir35 ayat 37 Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: 'Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami nescaya kami akan mengerjakan  amal yang soleh yang berlainan  dengan yang telah kami kerjakan.' Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu  dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan maka rasakanlah  (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun."



Tanda peringatan yang dimaksudkan di sini ialah seperti rupa nampak tua dengan uban dan bermacam-macam penyakit yang mendatang. Kekuatan fisikal menurun, ibarat setengah orang kata;  'mata kabur, gigi gugur, lutut kendur' dan sebagainya. Umur 60 tahun sudah dekat dengan ajal kematian. Pada umur ini seharusnya kita "mengintai-intai kematian"., iaitu perjumpaan manusia dengan Penciptanya. Umur 60 tahun ini ialah umur dikira mengikut pusingan bulan dan bukan matahari, iaitu umur tahun qamariah. Jika kita umur 58 maka berti kita sudah berumur 60 tahun ikut kiraan qamariah, tahun kiraan Islam.

lihat pada Uban.....
umur "mengintai-intai kematian"


Dalam hadis tanda nya mengenai ketuaan dan hampirnya ajal ialah UBAN dikepala. Kata ustaz ada hadis dimana Nabi saw melarang kita mencabut uban kerana itu adalah "cahaya Iman" bagi mereka yang beramal soleh. Ia saksi pengabdian kita.


Sebagai kesimpulan ustazz menyarankan supaya  kita jangan mengabaikan umur. Masa adal Ibadah. Tetapi jangan kita beribadah tanpa ilmu. Tetapi ilmu bukan segala-galanya. Ilmu mesti diamalkan.
SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH ORANG YANG PANJANG UMURNYA
DAN BAIK AMALANNYA.
WaAllahu'alam.

Thursday, June 24, 2010

"A ROAD MAP TO RETIREMENT" / A JOURNEY TO AN END.

Baru-baru ini saya membaca blog seorang yang sedang menghidap penyakit barah payudara. Antara tema blognya ialah "....a journey to an end". Beliau merasakan hidupnya tidak lama lagi dan perlu membuat persiapan yang sewajarnya. Beliau tidak bersungut sama sekali malahan bersyukur kerana diberi amaran yang dapat memperingat diri bahawa satu hari nanti  kita tidak ada di tempat ini. Kita akan pergi atau dikembalikan, sama ada mahu atau tidak mahu, sama ada bersedia atau tidak bersedia.  Saya rasa  agak tersentuh dan lantas teringat pada firman Allah yang selalu disebut-sebut oleh Ustaz dalam pengajian. Katanya : "Setiap yang hidup akan menemui mati". Al Quran mengatakan dalam surah Ali Imran, ayat 185 yang bermaksud seperti berikut:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Qiamat sahajalah disempurnakan pahala mu. Barangsiapa dijauhkan diri dari neraka dan dimasukkan didalam syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
Dan banyak lagi ayat-ayat yang mengingatkan manusia bahawa hidup ini amat sementara bagi semua, yang tua atau muda, yang kaya atau miskin, yang sihat atau sakit, yang bersenang-senang atau yang sentiasa disibukan.Namun Allah swt tidak membiarkan manusia ciptaanNya menjalani hidup ini tanpa pedoman  Manusia diajar bagaimana memilih antara yang baik dan yang buruk dan yang mana Allah suka dan yang mana Ia benci. Maka Kitab-kitab yang menjadi panduan dan ikutan diturunkan dari beberapa peringkat zaman. Yang wajib diketahui ialah Kitab Taurat (nabi Musa AS), Kitab Zabur (nabi Daud AS), Kitab Injil
 (nabi Isa AS) dan  Al Quran (nabi Muhamad SAW).


 Hidup ini adalah satu perjalanan. Ramai yang telah mengakui hakikat ini dan telah selalu diperkatakan bahawa setiap perjalanan pasti ada destinasi yang dituju.  Dan selalu juga diperbincangkan mana satu yang lebih penting : Perjalanan atau Destinasi?  Ada yang mengatakan: "Never mind the destination, just enjoy the journey." Ia itu "Jangan kita  kira di mana destinasi asalkan sahaja kita dapat menikmati perjalanan itu." Saya rasa pendapat ini kurang tepat. Pada saya kedua-duanya amat penting. Allah telang menegaskan bahawa tidak Ia menciptakan  manusia dan Jin melainkan untuk mengabdikan diri padaNya.


ingat semasa pergi bagaimana kembali

Saya amat bersimpati dengan mereka yang menghidap penyakit yang belum ditemui cara perubatan yang jelas. Saya sendiri ada penyakit "tiga serangkai" sejak umur empat puluhan. Alhamdulilah.


Allah memberi kejutan awal pada saya dan semoga saya tidak lagha dalam perjalanan hidup ini. Doa teman-teman dan sanak -saudara memberi rangsangan untuk meneruskan perjuangan dalam baki umur yang sedikit ini.

Dalam senario hidup ibarat mengejar masa dan meniti ranjau-ranjau yang tajam saya berpeluang berbicara dengan seorang anak muda yang telah memulakan kerjayanya di luar negara baru-baru ini. Saya bersembang  dalam satu majlis tidak begitu rasmi antara lain  mengenai isu semasa di negara itu. Dalam pada itu saya sempat juga bercerita mengenai diri bahawa saya seorang yang telah "bersara" dan sekarang sibuk sedikit dengan kerja-kerja NGO (Badan -badan sukarela bukan Kerajaan). Ditakdirkan saya duduk di majlis itu berhadapan dengan Boss pegawai ini dan beliau menyelitkan komen mengapa saya bercerita mengenai persaraan walhal pegawai ini baru memulakan kerjayanya. Saya menjawab selamba mengatakan bahawa ia relevan supaya pegawai muda mewmpunyai ROAD MAP untuk menuju dunia "persaraan" secara awal-awal lagi. Allah swt sentiasa mengingatkan kita bahawa dihujung kehidupan itu adalah kematian, dan kita diingatkan untuk bersedia menghadapi maut yang sesaat tidak boleh dicepatkan atau dilewatkan, maka tidaklah salah kita berfikir -fikir awal dalam perjalanan  kerjaya untuk menemui penghujungnya kerana suatu hari nanti kita akan bersara atau disarakan.

Dengan adanya "road map" ini kita dapat berfikir, merancang dan merangka misi dan visi kerjaya kita. Masa berkerja selama lebih kurang 35 tahun bukanlah suatu masa yang panjang jika kita melihat ke belakang.(secara hind sight). Dalam menghadapi situasi ke hadapan kita akan merasakan bahawa 35 tahun itu lama dan panjang. Tetapi jikalau kita tidak mempunyai falsafah halatuju yang sempurna maka apabila 35 tahun itu selesai, kita akan terkapai-kapai tidak tahu apa yang perlu dibuat selepas itu. Kajian telah dibuat oleh seorang pegawai awam semasa membuat PhDnya bahawa hanya lebih kurang 20% peratus pegawai tidak menhadapi masaalah psikologi dan sosial selepas bersara. Yang lainya mengambil masa yang agak  panjang untuk menyesesuaikan diri masing-masing.

semasa naik ingat bagaimana turun

Bagi saya pula, penyesuaian diri dalam persaraan tidak begitu sulit kerana maklumlah saya keturunan "pendatang dari seberang" dan telah dididik dan dibesarkan sebagai seorang yang sentiasa peka mengenai cara menghadapi kehidupan yang serba kekurangan.( "I have learnt to be a survivor".) Alhamdulilah, segala puji bagi Allah. Tambahan pula saya didampingi oleh teman-teman yang punya daya ketahanan hidup yang boleh dicontohi dan kuat dalam semangat memperjuangkan Kebenaran. Maka saya sedikit sebanyak mendapat habuan tempias keseronokan merentas kehidupan yang serba mencabar ini. Maka alam persaraan tidak menjadi masaalah dari segi penggunaan masa dan tenaga.Alhamdulilah.

Saya yakin jika kita ada "Road map" yang rapi dan komprehensif  ia dapat membantu memilih dan membuat dasar-dasar awam yang baik untuk keluarga, masyarakat dan negara. Sebagai penjawat awam dan apabila dianugerah kesempatan menjawat jawatan-jawatan tinggi, maka tugas merangka dan melaksan program yang baik tidak akan menjadi masaalah. Dan jika dalam masa yang sama kita selalu bemujahadah dengan Allah swt, maka kita akan mendapat kekuatan untuk melawan arus sekiranya ada senario yang demikian. Maka apabila sampai ketika untuk bersara, kita tidak akan ada banyak perkara yang kita akan rasa terkilan ,(regrets). Kita akan berasa lega dan dapat meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran denagan cara yang lain pula.

Dalam generasi saya dahulu, ramai penjawat awam bila bersara akan bercerita mengenai kejayaan yang dicapai. Amat jarang-jarang sekali saya mendengar mereka mengatakan mengenai  "keterkilanan" mereka, seolah-olah semuanya baik dan seolah-olah kita tidak ada apa-apa lagi yang akan dipertanggong jawabkan di hadapan RabbulJalil..WaAllahu'alam. Saya hanya mampu memerhati. Bagi diri saya, detik persaraan dari kerjaya penjawat awam adalah ibarat satu detik penialian oleh Alla swt. (Moments or Truths). Maka dalam majlis kecil saya diraikan, saya tulis dan baca sajak yang tidak sepertinya di bawah ini sebagai menyimpulkan apa yang ada dalam hati dan minda saya mengenai hidup dan kehidupan, dan persaraan sebagai tanda aras keberkesanan saya sebagai hamba yang sepatutnya menghambakan diri pada Allah semata-mata.. Saya kongsikan di sini sebagai ingatan muhasabah diri yang berterusan bagi saya jua. 

BAYANGAN SAKARATUL MAUT

Mei 2003..........
Detik pemisahan bermula
Garis lintasan ditanda
Gementar dan gemuruh rasa dijiwa,
Bagai dihampiri Sakaratul Maut yang pasti tibanya
Detik itu di panggil 'bersara'
Ditafsir juga ibarat sudah sampai masanya
Setiap bicara dinilai semula,
Setiap langkah diukur jauhnya
Hembusan nafas ditanya semua

Degupan jantung tidak terkecuali darinya.

Di mana agaknya kita ..................................
Rasa kaku untuk memikirnya
Apatah lagi untuk menjawabnya.
Masih banyak yang belum sempat diperkata
Kerana takut digelar buta mata.
Masih banyak yang belum dicuba 
Kerana takut digelar mengada-ngada.
Masih banyak yang belum dilaksana 
Kerana takut digelar pelampau yang tidak mengerti batasan kuasa.


Buntu dan serabut bila pula mengenang,
Laluan-laluan yang diredah tanpa perhitungan,
Janji-janji yang tidak dan belum tertunai,
Tiada ilmu yang benar-benar dimunafaatkan,
Menzalimi diri dan insan sekeliling tanpa kesedaran
Itu disangka kejayaan.








 Haru sungguh kini dirasa,
Yang disangka unggul rupanya hayalan semata.
Yang disangka sejahtera hanya bayangan jua.
Seperti Musafir kehausan di padang pasir kering kontang
Melihat "mirage" disangka air ibarat tasik terbentang
Kecewa .........
Hakikat tekadnya tidak tercapai
Hajatnya tidak kesampaian.

bila tiada "road map" yang  jelas dan nyata
yang terang nampak gelap jua.

Teringat pula tindakan-tindakan dihari silam
Impian hati memacu usha dan tenaga tanpa kiraan 
Menyusun langkah mengikut arah tiupan angin melawanan pesanan
Kerana takut papa kedana di pentas dunia dan keseorangan
Kerana takut dipinggirkan dari golongan yang dianggap berjaya dan terhias kenamaan.
 
Agenda akhirat, pahala dan dosa jarang-jarang sekali dibincangkan
Kononnya itu lambang kemunduran minda dan akal fikiran.
Alangkah dangkal hati budi dan ceteknya iman,
Tidak yakin Rahmat Allah mengatasi segalanya, sejahtera aman.

Detik 2003.................
Tidak mengira anugerah gelaran pada nama,
Tidak mengira harta dan pengaruh kuasa sekelilingnya
Tidak mengira paras rupa dan waris yang ada...
Hanya perlu beri penjelasan bicara hati dan gundahnya jiwa
Yang didengari jelas RabbulJalil jua bagi penetapanNya
Di mana agaknya kita.......................................






Tidak mampu jasad kerdil ini menjawabnya,
Hanya maghfirah yang Esa jua dipohon dipinta
Melutut sujud membenam muka menitiskan air mata
Semoga jasad dan Ruh ini diterima dan terbela,
Mendapat kurnia RahmatNya yang tidak terhingga
Taman-taman Syurga tempaat berlabuh buat selamanya. 

WaAllahua'lam.

Sunday, June 20, 2010

FIKIR ZIKIR DI SRI LANKA

 Seminggu kami musafir ke Sri Lanka dari 11-16 Jun untuk bertukar- tukar fikiran tentang dakwah sejagat, dan khusus untuk melatih kraf bahan kertas kitar semula kepada remaja dan ibu-ibu Muslim yang berpendapatan rendah sebagai satu cara mempelbagai aktiviti ekonomi. Kami juga mera'i sekadar yang termampu dua kumpulan anak-anak yatim termasuk mereka yang menjadi mangsa tsunami.Mengapa ke Sri Lanka? Kerana Sri Lanka tidak punya banyak peluang seperti di Malaysia'

Sri Lanka adalah negara di mana majoriti pendudkunya mengikuti fahaman Buddha. Di banyak penjuru di bandarraya Colombo patung Buddha akan nampak tesergam. Islam hanya berjumlah 7% - 8% sahaja dari penduduk seramai lebih kurang 22 juta. Aktiviti kami adalah hanya di Colombo kerana masa terhad dan kewangan juga terhad. Maklumlah kami adalah NGO yang belum setabil kedudukan kewanagannya. Colombo adalah bandar di tepi laut dan pandanganya amat cantik sekali. Flora dan faunanya tidak banyak bezanya dari Malaysia. Mereka ada rambutan, mempelam dan durian, ada gajah, ada monyet dan ada harimau.

 


 


 

Anak-anak yatim yang kami temui dan ra'i
 
Sebahagian dari peserta mendengar penerangan sebelum memulai latihan kraf
Dr Mareena, Ketua Jemaah Muslimaath Sri Lanka sedang memberi ucapan.

Sri Lanka,

Ku datang dan ku pergi,
Amat sebentar untuk aku mengerti cerita hati dan budi pekerti,
Hanya kesempatan bertegur siapa dan memerhati
Gerak perilaku yang mencerminkan hatibudi.

Namun aku kagum dengan keprihatinan usaha diri
Mahu mempelajari apa jua dari kami yang mereka anggap lebih mengerti
walaupun hakikatnya kami juga perlu belajar dan mempelajari
Kerana setiap insan tidak akan cukup membawa bekalan bertemu Ilahi.

Mereka yang kami temui hidupnya amat sederhana sekali
Namun jiwanya besar dan sungguh-sungguh mahu mera'i
Senyumnya, tutur katanya indah tidak terperi
Tidak terasa susunan bahasanya yang kurang rapi
Maklumlah mereka kumpulan terpinggir dan jarang diambil peduli
Hidup dalam negara di mana Islam tidak dipelopori dan tinggal ditepi-tepi
Agama keturunan yang memerlukan sokongan dakwah dari mereka yang mampu memberi.

Namun hubungan kami selesa walau hanya beberapa jam bersama,
Itulah indahnya Nur Iman yang menjalin hubungan kami merentas lautan jauhnya
Bertekad mahu berkongsi ilmu dan keterampilan mengukir dan mengikat seni
Semoga dapat memulakan hidup berdikari mempertingkat jati diri dan dapat membela diri
Dalam suasana pemerintahan yang terhadap Islam hanya bersikap nafsi-nafsi

Hanya setitis ilmu yang dapat kami kongsi sebagai alat memperluas dakwah
Menjalin hubungan ukhuwah dengan Islam sebagai wadah
Semoga Allah memberkati usaha kami serta mereka untuk kurniaan rezki meluah-luah
Rezki zahir dan rezki batin yang dapat membawa pada keredhaan Allah

Azam dan doa kami semoga Bumi Sri Lanka akan terbela dengan Islam
Berkat kegigihan kumpulan yang kecil ini menerajui kepimpinan
Mereka perlukan bantuan, kecil tapak tangan nyiru mereka tadahkan.
Dengan pertolongan Allah kemungkinan pasti  akan menjadi kenyataan
Asalkan sahaja usaha diikhlaskan dan  dakwah diperluaskan.
Amin.

Yang tua tidak ketinggalan
Yang remaja mula tampil ke hadapan
Kata-kata semangat di rumah anak yatim
Bekas anak yatim yang kini membantu mengurus.
MAKA NIKMAT ALLAH YANG MANA SATU YANG KAMU MAHU DUSTAKAN.

Saturday, June 19, 2010

NO MORE RHETORICS


In Front of The US Embassy

Two days ago I opened my Facebook and this was on my wall. Immediately I remembered how my friends persuaded  me to represent our Non Governmental Organization (Pertubuhan Mawaddah Malaysia) to go up the stage in  a protest demonstration to fire up the crowds into demanding justice in front of the American Embassy. I did that almost with ease, alhamdulilah, for I  personally feel strongly that the raid made by the Israeli  army over the Flotilla Aid Mission  some two weeks ago was indeed an act of aggression and terrorism sponsored by the Israeli Regime. However, I am well aware that  this is not just a case of  venting anger and frustration. This is more than that. Demonstrations carry little effects if we do not have follow up actions.





Slogans put on banners, firery discourse  and the likes  excite the mind but the effects are almost instantaneously lost the minute  we get down to daily routines. Our convictions need reinforcements by way of actual practice of the principles we believe in. Otherwise what we hear and what we see are but rhetorics that we hear from time to time and its significance is lost in the daily mill and grill of life.

We want to help the the people of Palestine, we demonstrated  and called ourselves freedom fighters. We shouted out 'battle cries'   and we complained about the poor response from the government sector. We are told that in practicing good governance, Diplomacy must be given a chance. But it is a chance so remote that we are losing our patience. But losing patience and demonstrating anger on the street alone will not bring meaningful  and long lasting  results. The Palestine people have suffered for over 60 years and we watched helplessly.

Let us now put our acts together. No more rhetorics. Allah has promised that the Mukmin will be Masters of this World. Please refer to the alQuran Surah An Nur Verse 55. But that provision is not without its Terms and conditions. Let us all fullfil those terms and conditions and Victory will prevail. Muslims must unite, rich and poor, Arabs and non Arabs.
May Allah strengthen our Iman and Taqwa, and May Allah decree His help and Guide us all the way.
Amin.

Friday, June 18, 2010

MENGGAPAI IMPIAN 3

 

Saya dan teman yang mewakili Penaja projek impian (Situwangi boarding school) di Garut Indonesia telah pergi sekali lagi ke sana pada 8-10 June untuk meninjau kemajuan dan cuba menyelesai apa jua masaalah yang ada. Saya rasa amat insaf kerana sekali lagi saya berhadapan dengan masaalah pembangunan seperti semasa saya berkerja dahulu. Cuma kali iani saya lebih insaf kerana senario sekeliling tidak serupa. Sekarang ini saya memerlukan lebih banyak kesabaran dan berfikiran panjang dalam cuba menyelesai masaalah-masaalah yang ada. "Siapa kata perjuangan itu mudah." kata teman saya. Saya menganggukkan kepala bersetuju dan terus berfikir cara terbaik untuk terus maju. Alhamdulilah, team yang melaksana projek ini amat prihatin dan amat komited dan beberapa cadangan untuk menyelesai masaalah dapat dikemukakan pada Penaja. InsyaAllah pendaftaran pelajar boleh dibuat pada Juali ini walaupun beberapa bangunan belum sempat diselesaikan. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah. Kami terus memohon doa semoga Allah memudahkan usaha seterusnya dan cita-cita kami, (terutama niat Penaja) akan tercapai jua dengan pertolongan Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.

Berikut adalah sebahagian kemajuan projek seterusnya. Kami berpegang pada falsafah "di mana ada kemahuan di situ ada jalan". Teman saya kata, " pasang niat yang betul, dan usaha yang ikhlas,  pertolongan Allah itu amat hampir."
 Tidak ada nikmat Allah yang kami dustakan.

Thursday, June 17, 2010

SEDIKIT MENGENALI HAMKA



Lebih seminggu saya tiada di rumah. Maka tidak dapat saya bercerita-cerita. Hari ini saya sambung cerita saya semasa di Bukit tinggi.
....................................................................................................

Setelah empat hari bermusafir di Padang dan di Bukit tinggi maka sampailah masanya untuk pulang ke Kuala Lumpur. Saya bertanya pada diri saya, apakah yang saya perolehi dalam lawatan ini. Selain keseronokan menghayati keindahan alam dan bunga-bunga yang menceriakan serta membeli hasil seni sulaman, seharusnya ada nilai tambah dalam perjalanan hidup ini. Saya bertanyakan pada suami saya pendapatnya mengenai lawatan ini. Jawapanya amat positif.  Ingat kembali detik perbincangan semasa lawatan ke sebuah masjid di Mamanjau dan semasa lawatan ke rumah tempat lahirnya ulamak tersohor, HAMKA. Bukankah kita jadi bersemangat untuk mencontohi gerak dakwah di daerah itu. Jawapan suami saya  memberi keyakinan mengenai apa yang saya fikirkan tentang kesan lawatan, terutamanya setelah mendengar taklimat kisah perjuangan HAMKA.

Gambar di atas ini ialah anak saudara Hamka disebelah ibunya. Ia antara yang diberi amanah mengurus museum yang kami lawati. Beberapa gambar-gambar dan contoh beberapa buku yang dikarang oleh Hamka ada tersimpan di rumah itu. Beg peti yang berat seperti peti besi kepunyaan Allahyarham Hamka yang di bawa ke Mekah pertama kalinya juga tersimpan di situ.

Alkisah ceritanya yang menarik hati saya ialah perihal beliau yang semasa peringkat umur remaja merupakan anak muda yang "nakal" dan ramai anak-anak muda yang mengikuti gerak lincahnya. Ibu bapanya bercerai ketika umur sekitar awal belasan tahun, maka mungkin sebab itu agaknya beliau "nakal". Tetapi terbukti kenakalan beliau adalah semata-mata untuk mencari teman seiring jalan yang akhirnya diantara mereka itulah yang bergabong tenaga untuk berdakwah dalam usia kedewasaan mereka.

Setelah puas "nakal" beliau melanjutkan pengajian ke Mekah dengan perbelanjaan dibiayai oleh bapanya dan beberapa orang lain yang sayang padanya. Setelah beberapa tahun di sana beliau kembali ketanah air. Cerita kegiatan beliau cuba menukar minda masyarakat dan negara panjang sekali tetapi saya tidak dapat mencatatnya semua. Cuma fakta yang ingin saya kongsikan ialah beliau seorang yang warak. Apa yang dikata cuba dikota sedaya upayanya. Beliau berani menegur apa jua yang tidak kena dari segi penghayatan Islam tidak mengira kepada sesiapa. Sebab itulah beliau pernah dipenjara oleh pemerintah kerana beliau dikhuatiri mempengaruhi masyarakat kearah menumbangkan pemerintahan yang ada. Tetapi beliau seorang PEJUANG ISALM yang gigih dan semasa dalam penjara beliau menghabiskan penulisan tafsir alQuran yang terkenal sekian lama, iaitu Tafsir AlAzhar. Saya agak terharu mendengar cerita kal perjuangan beliau yang bukan sahaja di Indonesia tetapi di seluruh Nusantara. Saya berpendapat hingga sekarang ini belum ada ulamak yang seberani beliau untuk menyeru pada berbuat yang baik dan mencegah pada yang mungkar.
Untuk benar-benar mengenali Hamka dan memahami nya, kita sebenarnya perlu membaca buku-bukunya. maka setakat ini shaja yang dapat saya kongsikan buat ketika ini. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas Ruhnya dan menempatkan beliau bersama para Siddiqin, Syuhadak dan Soliohain.
Amin.

Catatan: gambar-gambar kenangan semasa di tempat besejarah kelahiran Hamka.
Bag peti yang dibawa ke Mekah pertama kali.
Potrait Allahyarham bapanya.
Potrait Allahyarham ibynya
Pemandangan dari jauh rumah / museum Hamka
Gambar kenagan untuk cucu Ujai.

Monday, June 7, 2010

FIKIR ZIKIR DI BUKIT TINGGI


Keindahan alam di Bukit Tinggi amat menakjubkan. MasyaAllah. Bukit-bukaunya menghijau, tasiknya terbentang luas dan sungai-sungai mengalir deras. Sumber air untuk tanaman tidak menjadi masaalah  Sawah padinya menguning dan bunga-bunga berkembang menawan hati siapa jua yang berkunjung. Kami berlima seangkatan melawat Padang dan Bukit Tinggi selama 4 hari  dari 22-25 Mei dan kami rasa aman melihat betapa kurniaan Allah boleh memberi ketenanagan fikiran, walaupun seketika. Apakan daya bila sampai waktu beredar, pulanglah kami ke tanah air. Lawatan yang pendek membawa kenangan yang bercampur-campur. Padang dan Bukit Tinggi mempunyai sejarah tamadun yang amat memberi kesan pada pemikiran. Perkembangan budaya setempat telah di bawa ke seberang. Tiada kelihatan tahap kemisikinan yang seperti kami lihat di Jakarta atau di Bandung. Allah maha Pengurnia. Alhamdulilah.

Kami kongsikan gambar-gambar di atas untuk sama -sama kita renongkan ciptaan Allah yang maha Berkuasa di atas segala sesuatu, yang maha Pengasih dan maha Penyayang dan maha Pengurnia. Dalam alQuran keindahan ini dirakam (antara lain) seperti ayat berikut  untuk kita muhasabah diri. Surah Ar Rahman Ayat 1-13.
" (Allah)  Yang Maha Pemurah.  Yang telah mengajarkan AlQuran. Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan beredar mengikut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon kedua-duanya tunduk kepadaNYA.Dan Allah telah meninggikan langit dan DIA meletakan neraca (keadilan). Supaya kamu tidak melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakan timbangan itu dengan adil dan jangan kamu mengurang neraca itu. Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(NYA). Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang ada kelopak mayang. Dan biji- bijian dan bunga-bunga yang harum baunya. MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN."
 Semua ciptaan Allah bertasbih mensucikanNya. Tiada yang lain selain darinyaNYA. Cara bertasbih gunong ganang, hutan rimba, haiwan dan lain-lain tidak kita ketahui bagaimana. Cuma kita percaya kerana ini disebut khusus dalam alQuran. Cuma ciptaan dalam bentuk manusia sahaja yang susah mempercayai yang ghaib-ghaib. Maka ramai yang engkar tidak yakin pada alQuran. Mulut tidak akan mengatakan demikian tetapai banyak perbuatan dan amalan yang masih belum menunjukan keyakinan yang jitu.

Padang dan Bukikit Tinggi melahirkan ramai bijak pandai Allahyarham Hamka dan lain-lain lagi bermula menapak di daerah ini. Tetapi dalam celah-celah kekaguman saya tentang kegigihan pendudunya saya masih tertanya-tanya mengapa dalam hal hukum hakam pembahagian harta mereka tidak menggunakan apa yang ditentukan dalam alQuran. Pemandu pelancung bersama kami masih mengesahkan bahawa adat budaya  masyarakat tempatan masih tebal lagi. Wanitanya  adalah yang utama dalam pembahagian harta. Surah An Nisa menjelaskan dengan terperinci prinsip pembahagian harta. Allah tidak memberi kuasa budibicara dalam hal ini. Maka tidaklah dibenarkan bagi kita membuat formula tersendiri dan membuat andaian-andaian mengenai sifat dan perasaan dan cara dan daya  berfikir manusia. Dalam konteks ini budibicara seperti itu tidak relevan.

Dalam masa yang singkat saya tidak dapat membuat penentuan yang jelas sama ada budaya itu sebenarnya masih termaktub dalam sistem perundangan mereka. Alangkah jauh terbabas jika ini masih berlaku. AlQuran tidak boleh diambil sebahagian-sebahagian untuk dilaksana. MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANA YANG HENDAK KITA DUSTAKAN.

Sering kali Allah menguji manusia dengan kemewahan, keindahan, keselesaan, kepandaian, kesihatan dan berbagai lagi yang seperti dengannya.  Semoga Allah memberi keampunan pada saya dan kita semua atas kekurangan dan kelemahan. Semoga kita sentiasa di jalan yang lurus dan matinya kita dalam RedhaNya.
WaAllahua'lam.
Related Posts with Thumbnails