"Hari ini hari dia, hari kita belum tahu".
Hari ini anak kecil ini perlu pembelaan, Esuk lusa kita pula bagaimana.
Selalu sahaja saya mengingatkan pada anak-anak supaya ingat akan prinsip ini dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar dan menduga. Selalu juga saya mengatakan pada anak-anak, "people in glass houses should not throw stones." Kita tidak tahu bila batu yang kita lemparkan itu suatu hari akan jatuh balik ke rumah kita. Ini semua lumrah hidup. Ia ibarat roda, ada kalanya ia di atas dan ada kalanya ia dibawah. Kadangkala di bawah lama dan di atas sekejap sahaja. Di sinilah ia memerluka pemikiran yang matang untuk melihat sesuatu masaalah itu dengan sikap rasional. Kadang kala kita melihat akibat sebagai musabab, iaitu "wrongly judging symptoms for its cause". Jika demikian maka kita akan tersilap dalam mencari penyelesaian. Contohnya: Kalau sesaorang itu menagih dadah, dan kita katakan kerana dia seorang pemalas, maka ini mungkin satu telahan yang silap. Mungkin sebab yang sebenarnya kerana kasih sayang keluarga tidak mencukupi dan dia merasa dipinggir dan terpinggir. Maka kerana itu ia menagih dadah.
Dengan lain perkataan, kita hendaklah berhati-hati dalam membuat tuduhan atas sesaorang, sama ada ia ahli keluarga, staff dalam pejabat, rakan sejawat atau siapa jua. Jika tidak berfikir panjang dan meletakan sesuatu masaalah itu seperti ia masaalah kita (empathy) maka kebarangkalian kita silap langkah dalam tindakan timbal- balik akan berlaku. Saya selalu mengingatkan anak-anak dan staff saya semasa bekerja dahulu supaya jangan bersangka buruk sebelum benar-benar menelitinya dengan akal fikiran dan mata hati kerana kita pasti akan silap tafsir. Ingatlah bahawa apa yang datang pada akal kita secara spontan itu seringkali adalah bisikan syaitan yang berniat jahat. Cepat-cepat istighfar dan kita fikir dua kali dan jangan tuduh menuduh dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kasar yang mungkin susah untuk dihurai dan ditarik balik. Dalam hal interaksi dan komunikasi, boleh jadi "a miss is as good as amile", iaitu kita mungkin terlajak kata yang susah untuk berpatah balik.
Bagaimana kita boleh mengelakan ini dari berlaku. Bagaimana kita boleh dapat mengawal dan "menyusun" kemarahan kita agar kita tidak menyesal kemudian. Bagaimana kita boleh mendidik Ego kita agar kita sentiasa bercakap dengan kata-kata yang berlapis dan bijak berdiplomasi walau pun sesama ahli keluarga. Bagaimana kita boleh mengeluarkan sesuatu pendapat itu dengan tenang walaupun hati "sangat" marah. Bagaimana kita boleh meletak diri kita di temapat orang yang berkrisis dengan kita (empathy). Bagaimana kita boleh "menangguhkan" kemarahan kita. Bagaimana, bagaimana dan bagaimana..........
Jawabnya: HANYA DENGAN IMAN DAN TAQWA.
Ini senjata terkuat melawan syaitan laknatullah. Ini sahajalah yang dapat memelihara kita dari terjebak dan terjerumus dalam situasi yang akhirnya memakan diri. Ini sahajalah yang dapat memandu kita dalam hal-hal kritikal supaya masih berfikiran waras dan boleh menstabilkan dan menenangkan perasaan walaupun keadaan di sekeliling amat mencabar kewibawaan kita.
Tetapi kita tidak akan dapat Iman dan Taqwa tanpa Ilmu dan amal. Ilmu yang dipandu oleh seorang guru yang mursyid. Ia tidak datang mendadak. Ia tidak tercapai hanya dengan membaca dan mendengar tanpa menghayati nya sedikit demi sedikit dan hari demi hari. Ia tidak akan diperolehi tanpa munajat pada Allah siang dan malam hari, terutamanya pada dua pertiga malam. Ia tidak akan dirasai tanpa kesabaran dan pengorbanan dan ia tidak akan Allah kurnia pada kita selagi kita tidak benar-benar mengenal Allah dan hakikat kewujudan Allah dan kejadian manusia. Kita harus memahami peranan akal dan peranan Ruh. Kedua-duanya harus berfungsi selari. Akal yang pintar dan bijak tanpa Ruh yang murni di sisi Allah tidak dapat membawa kita ke arah Allah yang maha Berkuasa atas segala sesuatu. Jangan kita heran diri kerana kejayaan akal semata-mata. Semuanya Hak Allah. Itu kita pasti ingat setiap saat supaya kita tidak ego dan mendabik dada.
Kita harus faham apa peranan EHSAN dalam Iman. Jangan ikut ikutan dan jangan bertangguh untuk menuntut ilmu. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Maka jangan buang masa. Masa itu ibadah.
Semoga catatan yang ingkas ini dapat memberi munafaat. Semoga Allah mengampuni segala kekurangan dan kelemahan dan menganugerahkan kita RahmatNya yang tidak terhingga dan hidup dan mati kita dalam redhanya.
Amin.