"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, October 29, 2010

HANCUR LEBUR @ MUSNAH




hiburan...hiburan...hiburan..
 memerangkap keutuhan minda
  membanteras batas kesucian
   fikirkan
   hindar sesalan
    di hari perhitungan
     nanti  ketakutan
      tiada pertolongan

Malam tadi saya pulang dari Majlis meraikan bakal-bakal Haji agak lewat. Tetapi saya  luangkan masa juga untuk membaca jika ada apa-apa berita menarik di internet. Maka terbacalah saya satu rencana sebuah Blog yang mengutarakan mengenai Agenda Kerajaan Malaysia untuk membangun projek  "Transformasi Ekonomi Negara". Derdegup-degup jantung saya dengan rasa agak kecewa bila dikatakan Malaysia sedang menuju kearah menjadi  "Entertainment Hub" yang terkenal di rantau ini. Bacalah di mana-mana sumber yang peka mengenai akhlak manusia.  Saya berdoa berita ini tidak betul kerana fenomena ini akan menghancurkan Malaysia dari segi akhlak dan moral rakyatnya. Mungkin kita nanti jadi kaya kerana projek ini akan membawa  masuk pelancung dengan lebih ramai lagi.  Tetapi ke mana hala tuju Malaysia. Adakah kekayaan menjamin kesejahteraan moral. Jika Malaysia dibina atas moral yang rapuh, maka saya pasti kemajuan seperti ini hanya bererti kehancuran, tidak kira agama apa pegangan kita, kerana seruan Allah adalah untuk semua manusia, tidak kira bangsa dan warna kulit.

Jika betul berita ini, maka saya rasa amat kecewa, kesal dan hampa dengan kepimpinan yang ada. Hanya peringatan dari Allah sahaja yang saya turunkan di bawah ini, semoga kita semua menginsafi diri dan mendapat taufik dan Hidayah dariNYA.
(SEMOGA TIDAK SAMPAI ALLAH MENJADI MURKA).


Maksud alQuran, ayat 1-52, Surah Al-Haaqqah.
(Kata Ustaz, perkataan KAFIR terbahagi 2 : a) Mereka yang benar-benar engkar, [tidak beriman dan menyembah selain Allah]. b) mereka yang mengaku beriman tetapi sentiasa berbuat yang mungkar, [tidak mengkota apa yang dikata.]
Saya turunkan surah ini untuk memudahkan kita beringat. Pada yang belum Islam, cubalah baca alQuran untuk kebaikan hidup sekarang dan selepas mati. Percayalah, tidak ada jalan yang lain.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah dan maha Penyayang.
1. Hari Qiamat,
2. Apakah Hari Qiamat itu?
3. Dan tahukah kamu apa Hari Qiamat iytu?
4. Kaum Thamud dan 'Ad telah mendustakan Hari Qiamat yang menggemparkan dan mengharu-birukan.
5. Maka adapun kaum Thamud, mereka telah dibinasakan dengan angin taufan dengan suara yang sangat kuat.(petir yang sangat kuat yang dapat menghancurkan.)
6. Sedangakan kaum'Ad, mereka telah dibinasakan dengan angin taufan yang sangat dingin.
7. Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam lapan hari terus-menerus; maka kamu melihat kaum 'Ad pada waktu itu bergelimpangan seperti batang-batang pohon kurma yang telah kosong (lapuk).
8. Maka adakah kamu melihat seorang pun yang masih tinggal diantara mereka? (mereka hancur sama sekali dan tidak punya keturunan.)
9. Kemudian datang Firaun dan orang-orang yang sebelumnya dan (penduduk) negeri-negeri yang ditonggang-balikkan kerana kesalahan yang besar.
10. Maka mereka medurhakai utusan Tuhannya, Allah menyiksa mereka dengan siksaan yang sangat keras.


11. Sesungguhnya ketika air naik  (sampai ke gunung), Kami membawa ( nenek-moyang ) kamu ke dalam kapal. ( ia itu keluarga Nabi Nuh dan orang-orang yang beriman melainkan anaknya yang durhaka).
12. Agar kami jadikan (peristiwa itu) sebagai peringatan bagi kamu dan agar diperhatikan oleh telinga yang kamu mendengar.
13. Maka apabila sangkakala ditup sekali tiup, (tiupan pertama menjadikan seluruh alam hancur).
14. Dan diangkatlah Bumi dan Gunung-gunung (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur,
15. Maka pada saat itu  berlakulah Hari Qiamat,
16. Dan terbelahlah langit, lalu menjadi ia pada saat itu reput (dan runtuh),
17. Sedang Malaikat-malaikat (ditempatkan )  mengawal segala penjurunya, dan  'Arsy  Tuhan mu pada saat itu dipikul oleh lapan Malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.
18. Pada hari itu kamu semua dihadapkan (untuk dihisab) tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
19. Maka sesiapa yang diberikan menerima kitab amalnya dengan tangan kanan, maka ia akan berkata (dengan gembiranya) "Nah, bacalah kamu akan kitab amal ku ini!
20. "Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)"


21. Maka dengan itu beradalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan.
22. Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya).
23. Buah-buahannya dekat untuk dipetik.
24. (mereka dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan) " makan dan minumlah kamu akan makanan  dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia).
25.Ada pun orang yang diberikan menerima kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata(dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau akau tidak diberikan kitab amalku.
26. Dan aku tidak dapat menegetahui akan hitungan amalku
27. Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahannya, dan tidak dibangkitkan lagi),
28. Harta kekayaan ku tidak dapat menolongku sedikit pun!
29. Kuat kuasa ku(dan hujah ku untuk membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dari aku!
30. (Lalu diperintahkan Malaikat penjaga Neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia,

31. Kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahim, ,
32. Selain dari itu masukanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya 70 hasta, (dengan membelitkannya kebadannya).
33. Sesungguhnya ia dulu tidak beriman kepada Allah yang maha Besar,
34. Dan ia juga tidak menggalakan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang-orang miskin,
35. Maka pada hari ini tidak ada baginya di sini (seorang pun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya.)
36. Dan tidak ada makanan melainkan dari air danur (air dan darah busuk)
37. Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah.
38. Maka aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya
39. Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya,
40. Bahawa sesungguhnya Al Quran itu ialah(wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia,


41. Dan bukanlah Al Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan, tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman!
42. Dan juga bukanlah Al Quran itu perkataan seorang pawang(sebagaimana yang kamu katakan tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan!
43. Al Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekelian Alam.
44. Dan kalau sekiranya (Nabi Muhamad saw yang menyampaikan Al Quran itu)  memperkatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan,
45. Sudah tentu Kami akan menyentapnya dengan kekuasaan Kami,
46. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta merta);


47. Maka tidak ada seorang pun diantara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
48. Dan sesungguhnya  (al Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.
49. Dan sesungguhnya Kami bersedia mengetahui bahawa ada diantara kamu yang mendustakan (Al Quran, maka Kami akan membalasnya.)
50.  Dan sesungguhnya Al Quran  itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan) kerana mereka mendustakannya.
51. Dan sesungguhnya Al Quran itu adalah kebenaran yang diyakini.
52. Oleh itu, bertasbihalah dengan memuji nama Tuhan mu yang maha besar.


Sekian,
Untuk peringatan diri dan kita semua
Semoga Allah mengampuni.



Thursday, October 28, 2010

DARJAT

 

melihat perbezaan darjat
seperti melihat langit dan bumi 


Saya teringat cerita "Dua Darjat" apabila Ustaz saya bercerita mengenai konsep darjat manusia di sisi Allah. Orang Melayu kita (dan saya rasa ramai ahli masyarakat di mana jua)  sangat terpaut dengan fenomena darjat diri dan kededukannya dalam masyarakat. Mengapa begitu agaknya?

Pengalaman saya mengenai darjat agak "menyedihkan" ketika saya   kecil dan remaja. Saya keturunan Jawa dan selalu diejek-ejek katanya Jawa makan katak kering. Tidak ada siapa membela saya dan saya pun tidak pandai membela diri. Kata-kata itu terkesan dihati ketika itu, amat terkesan sekali. Tambahan pula saya menolong kakak saya jual pisang goreng di sekolah. Emak kata boleh beli buku dan pensel kalau untung. Saya patuh. Tambahan pula saya lihat di sekeliling saya ramai yang berpakaian eluk ke sekolah. Tetapi saya tidak.  Saya pakai uniform turunan kakak saya. Emak tidak mampu untuk beli yang baru. Kalau tidak diejek Jawa makan katak kering, pakaian tidak menjadi hal kerana budak lain pun ada yang sama-sama miskin.

Saya " membela diri" dengan rajin berlajar dan dapat keputusan peperiksaan setanding dengan mereka "yang tidak makan katak kering", Malah dalam banyak hal saya lebih baik.(alhamdulilah, tetapi ketika itu tak pandai  memuji Allah). Saya Jawa, cakap Melayu pun pastinya ada 'slang' Jawa, Tetapi saya dipilih menjadi Chairman The Malay and English Literary Debating Socierty semasa Sekolah Menengah di Pontian. Saya Deputy Captain  dalam Rumah Sukan. (Captain mesti lelaki) dan beberapa jawatan lain. Kalau mengimbau kembali masa itu saya kata pada kawan-kawan: Kalau dulu "tak makan katak kering" agak nya saya 1st class student. Entah-entah boleh jadi "perdana Menteri" .he..he..Orang-orang keturunan Jawa di Pontian rasa agak boleh "action" bila Allahyarham YB Sardon Zubir jadi Menteri Pengangkutan  dalam tahun  enam-puluhan. Dia juga keturunan Jawa. Saya percaya  apa yang berlaku antaranya ialah takdir dan kehendak Allah. Tetapi ada juga yang disebabkan kelemahan kita sendiri. Semoga Allah mengampunkan.

Lagi mengenai Darjat.
Semasa bekerja dahulu, jawatan akhir saya ialah ketua Bahagian Sumber Manusia. Maka antara tugas saya ialah "memproses Pemberian Darjat"  atau "Anugerah bintang kebesaran"  kepada pegawai-pegawai yang layak. Ini pengalaman yang saya suka dan tidak suka, kerana proses pemilihan kadang-kadangnya rumit. Ia rumit sebab ada kalanya saya kena periksa semula latar belakang pegawai hingga keakar umbi. Banyak hal-hal yang sensitif.  Itu antaranya. Yang lain tidak perlu saya cerita di sini.

Bintang kebesaran adalah antara petunjuk atau simbol seseorang itu berdarjat atau tidak dalam masyarakat kita. Di dalam majlis-majlis rasmi ini nampak jelas sekali. Yang saya tahu ini tidak dilarang dalam Islam. Biasanya mereka yang dianugerah bintang kebesaran adalah orang yang berjasa pada masyarakat dan negara. Dan biasanya jugalah mereka ini sudah pun termasuk dalam golongan elite kerana taraf pendidikan mereka, atau jawatan yang mereka sandang  atau kedudukan mereka dalam syarikat yang banyak menyumbang pada pembangunan negara. Tetapi saya perhatikan jarang sekaling mereka yang dianugerah bintang kebesaran ada  kaitan dengan " taraf pengabdian"  pada Allah swt. Ini susah diukur, kata kawan sejawatan dengan saya. Nanti yang bukan Islam bagaimana pula.  Maka sebab itulah dia tidak menjadi kriterior penentu layak atau tidak layak. Kriterior akhlak sememangnya ada secara tidak langsung. Mereka yang pernah dikenakan tindakan tatatertib tidak akan dipertimbang.

Sehubungan ini saya terfikir-fikir tetekala menjalankan tugas, sama ada peanugerahan bintang kebesaran boleh membuat seseorang lebih rajin bekerja. Kadang-kadang saya terfikir juga, adakah anugerah darjat seperti ini menjadi "counter productive" pada diri, pada sistem pengurusan organisasi dan pada masyarakat?  (Iaitu  adakah ia merugikan ?) Saya tinggalkam pembaca di sini untuk meneruskan pemikiran sendiri...........
Saya tinggalkan 'fikir zikir' di sini kerana Salman Rushdie, pengarang buku (The Satanic Verses) pun mendapat bintang kebesaran.....

Cuma saya ingin berkongsi erti Darjat seperti yang tersebut dalam alQuran. Beberapa lama dahulu, dalam sessi pengajian mingguan, Ustaz cerita mengenai darjat di sisi Allah swt. Terpaku pemerhatian minda dan hati saya. Mula-mula Allah sebut orang yang paling hina di sisiNya:
"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa  yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran). Ia itu orang-orang yang tidak mengerti/ berfikir."   maksud ayat 22 surah al Anfal.
( Ia itu orang-orang yang telah diberi deria penglihatan, pendengaran dan akal untuk berfikir tetapi mereka tidak memunafaatkannya.)
Kemudian Allah memperkatakan tingkat-tingkat umat Islam yang menerima alQuran.
 "Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih diantara hamba-hamba Kami, lalu diantara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, ada yang pertengahan dan ada pula yang terlebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah kurnia yang besar."
maksud ayat 32 surah Fatir 
(menzalimi diri sendiri adalah orang yang lebih banyak kesalahannya daripada kebaikannya, dan "pertengahan"  adalah orang-orang yang kebaikannya sama dengan kesalahannya, sedang yang dimaksud "orang-orang yang lebih dahulu dalam berbuat kebaikan" ialah orang-orang yang kebaikannya sangat banyak dan sangat jarang berbuat kesalahan.)

Ayat di atas kata Ustaz menunjukan bahawa ada 3 kategori golongan manusia yang selamat dari kekal dalam neraka. Yang rendah sekali ialah orang yang menzalimi diri dan yang tinggi sekali dari segi tidak kekal lama dalam neraka ialah yang menejar kebaikan. Sesekali mereka tergelincir tetapi mereka kembali. Jika tiada bertaubat dan Allah terima taubat maka kita akan merasai neraka dahulu. (na'udzubilah) Semoga Allah pelihara kita.

"Dan barang siapa mentaatiAllah dan Rasul, maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah (iaitu)para nabi, para pencinta kebenaran (yang sentiasa membenarkan yang Hak), orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh."  
maksud ayat 69, surah An Nisa.
Ayat ini pula menunjukan golongan orang yang akan selamat sepenuhnya dari masuk dalam neraka. Walaupun yang paling rendah ialah orang-orang solihin, tetapi kita rebut-rebut untuk jadi orang yang soleh. Walaupun "darjat" rendah berbanding  siddiqin dan syuhada, tetapi kita masih sepenuhnya dalam Rahmat Allah. Di bawah ini ditunjukan  dalam alQuran mengapa kita berkejaran untuk menjadi orang yang soleh.
"Dan infakanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang diantara kamu; lalu dia berkata (menyesal), 'Ya Tuhan ku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian) ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh, Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah maha teliti terhadap apa yang kamu lakukan."      Maksud ayat 10 dan 11 Surah Al Munafikun
 Itulah darjat manusia disisi Allah.
WaAllahua'lam. Kita zikir fikir. Semoga kita tergolong dalam darjat pilihanNYA.
Dengan RahmatNya jua.

Wednesday, October 27, 2010

RAMAI YANG BERKATA........................

..............................TETAPI SIAPA YANG AKAN MENGAMBIL TINDAKAN. Ini adalah berkenaan Islamic Fashion Festival yang telah sepakat pendapat ramai yang faham Islam  bahawa ia merupakan satu projek mega yang mengelirukan. Ada yang berkata ia yang menghinakan, dan berbagai lagi fatwa dan saranan. Saya sedih kerana projek ini di taja bersama dengan pihak yang diharapkan dapat membela.

Inilah masaalah kita sebagai orang Islam di Malaysia. Semasa saya berkerja sebagai penjawat awam dahulu pun, banyak "perbezaan" yang hanya dapat saya buat bantahan secara lisan di dalam mesyuarat-mesyarat dasar yang berkenaan. Sering kali pendapat saya "didiamkan" sahaja tetapi saya akan terus suarakan, termasuk pada kepimpinan atasan. Saya akan sentiasa ingat saya diminta keluar oleh Boss tertinggi dari satu mesyuarat yang pada masa itu mahu mengkaji semula sistem pendidikan Islam, khususnya mengenai kurikulum yang ada. Apakan daya........................

Saya tetap dengan pendirian saya dan boss saya dalam Majlis Persaraan saya berkata: "Ngasobah has a lot of ideas, but sometimes we have to neutralize her." Saya tidak marah, tetapi kecewa.Dan saya hanya mampu senyum, senyum tawar. Tetapi Allah maha melihat dan Allah maha mengetahui. Itu sahaja harapan saya.

Adakah fenomena yang ada sekarang ibarat kata pepatah: "harapkan pagar, pagar makan padi".
Semoga Allah memberi kita kepimpinan yang benar-benar berwibawa seperti yang dicontohkan oleh Nabi kita Muhammad saw dan  sekurang-kurangnya seperti sahabat-sahabat baginda.
Amin.

Tuesday, October 26, 2010

"EMBAH REMPIT"





Saya biasakan cucu-cucu saya panggil saya "Embah". Saya ikut idea salah seorang anak saudara saya yang mengajar anak-anaknya untuk panggil "Embah" pada  tok perempuan. Ini sahajalah warisan perkataan Jawa yang ada dalam keluarga saya. Tiada siapa pun yang mewarisi bahasa Jawa. Ia pupus  dalam keluarga yang dulu di kampung dikenali denagan keluarga "Wak Leman".

Tiba-tiba saya terkesan dengan perkataan "Embah" sebab seorang kenalan di alam cyber buat lawak dan sebut saya ni "Embah rempit" kerana saya bercerita dalam umur hampir 64 tahun saya masih suka dan masih bolih memandu laju. Bukan laju sangat pun. Cuma pernah mencecah 170km/jam di Lebuh Raya Utara-Selatan, dari Butterworth ke Kuala Lumpur. Itu pun di jalan yang lurus dan tidak sesak. Biasa-biasanya saya  patuh pada had laju. Tetapi bila boring saya laju sikit. Itu pun kerana adik ipar "pinjamkan"  kereta Volvo XC 60. Ia mempunyai banyak ciri-ciri keselamatan. Teringat pula waktu teran-tang-tang dulu. Dengan kereta Mini Clubman dan jalan raya bengkang-bengkok dalam tahun tujuh-puluhan, masih bolih memandu 60 batu/jam. Kadang-kadang lebih sikit. Pernah "berlumba" pulak tu. Depa ingat saya pegawai polis sebab itu berani bawa laju-laju.

Silap saya bercerita masih suka memandu laju. Label "Embah Rempit"  buat saya seronok seketika. Perasan diri. Sebenarnya saya sekarang bukan sehat sangat pun. Lutut kendur, mata kabur dan rambut pun dah gugur. Cuma sebagai manusia biasa, kadang-kadang tidak ingat diri. Ego terlepas dari kawalan dan mula cuba-cuba bukti pada suami diri ini masih berani, masih bolih buat itu dan ini. eh wah!.......

Astaghfirullah.......
Semoga Allah mengampunkan, dan semoga sejahtera seterusnya kerana masih banyak tugas fardhu kifayah yang belum selesai. Masih banyak "janji-janji"  pada diri yang belum ditunai Semoga Allah sentiasa pelihara saya dan keluarga dan kita semua supaya tidak lagha dan lalai.

Saturday, October 23, 2010

TERPENCIL

Anak Allahyarham kakak saya yang sulung sama umurnya dengan saya. Di zaman emak saya ramai yang berkahwin amat muda. Justeru saya ada anak-anak saudara yang tua 2 atau 3 tahun pada saya.

Itu pembuka cerita.


Ini anak saudara saya bersama cucu-cucu yang tinggal bersamanya nun di daerah FELDA Air Tawar 4, di Kota tinggi Johor. Ia duduk terpencil dari adik beradiknya. Ia keluarga kurang berkemampuan dan jarang-jarang sekali keluar ke bandaraya. Dunianya adalah sesama peneroka. Dahulunya dia seorag bidan terlatih untuk kampungnya tetapi kini sudah bersara.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah fikiran mindanya yang pada pendapat saya masih berkisar  pada  cara lama. Politik di sekelilingnya adalah politik yang ada sejak Merdeka, yang sentiasa menakut-nakutkan pemikiran berhijrah ke dunia kenyataan yang kini  ada di sekelilinm kita. Tempat tinggalnya terpencil dari arus pembangunan dan mindanya juga terpencil. Dakwah Islam belum tersebar luas. Aktivitinya hanya sessi-sessi membaca alQuran surah yasin dan tahlil.  Ini amat mengecewakan saya  memandangkan kita sudah Merdeka lebih dari 50 tahun. Anaknya guru sekolah agama  kerajaan negeri (dan tinggal bersamanya)  tetapi  ia juga masih belum berani melangkah keluar menukar "cita rasa". Sekeluarga masih ditakuk lama jika dilihat dari segi fikrah pembangunan insan yang sewajarnya. Inilah bahaya "zon selesa" yang dirasai oleh peneroka-peneroka. Mereka rasa kukup dan tidak perlu membuat perubahan. Itu pun yang dikempenkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.


 Ini rumah mereka, asalnya rumah FELDA yang sudah diubahsuai dan diganti.
Mereka rasa puas hati kerana tidak ada
maklumat  luaran yang berbeza yang terperinci yang diketahui.

Saya menziarahinya sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun dengan harapan mereka menyedari "kerugian" yang sedang dihadapi. Saya mengatakan: Islam bukan setakat solat lima waktu, puasa, zakat dan menunaikan Haji. Banyak perkara lain, terutamanya perkara-perkara pokok yang belum kita implementasi dan rasai. Saya terangkan satu persatu. Saya terangkan juga masaalah gejala soaial yang berbagai bentuk  yang berleluasa berlaku di mana-mana. Saya lakarkan punca dan sabab- musababnya dan bagaimana kesemua ini boleh dikurangkan kalau pun susah untuk dibanteras sama sekali. Antaranya kita kenalah memilih pemimpin yang berilmu dan ikhlas dalam kerja-kerjanya. Berbagai lagi yang saya perkatakan. Saya lihat seperti ia faham tetapi nanti suami isteri akan berpatah balik ke takuk lama. Mereka masih yakin bahawa politik yang ada sekarang sudah memadai.

Salah saya agaknya kerana kurang pandai psykologi mempengaruhi. Saya pun  tidak cuba mengenali jiran-jirannya supaya yakin meyakini, dan supaya percaya mempercayai bahawa perubahan tidak semestinya hilang keselesaan. Keselesaan apalah sangat di FELDA itu. (mereka pun belum dapat mengumpul dana untuk perbelanjaan menunaikan fardhu Haji). Bukan tidak bersyukur tetapi saya mahukan mereka memahami bahawa keselesaan fisikal bukan matlamat hidup sepenuhnya.  Tetapi media massa terutamanya tv amat mempengaruhi. Konsp "bersyukur" di ulang berkali-kali tanpa memberi erti yang yang sewajarnya difahami. Dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Saya berpendapat mereka itu  diperalatkan tanpa disedari. Saya berjanji pada diri bahawa saya akan cuba lagi  memberi kefahaman, walaupun sedikit, hinggalah diakhir hayat nanti. Ustaz kata berdakwah hendaklah dengan hikmah. Semoga Allah mengurnia kemampuan dan kesihatan untuk terus menabur bakti bermula dengan saudara mara saya sendiri.


Cantik bunga-bunga di halaman rumahnya -
kecantikan fikrah Islam akan sama-sama kami bina,
dengan Pertolongan dan Rahmat Allah jua.

Friday, October 22, 2010

ANTARA EMAK DAN ANAK




Syawal telah berlalu tetapi masih belum ada ruang dan peluang untuk pulang ke kampung menziarahi kakak-kakak yang semuanya sudah melewati  umur 70 tahun. Maka  2 minggu dahulu saya pulang ke kampung memaksa diri mengubah jadual agar dapat bermesra dengan kakak-kakak yang sentiasa menanti-nanti di ziarahi  oleh sanak saudara. Maklumlah mereka sudah tidak upaya kemana-mana melainkan ada yang membawa bersama.

rumah kakak di Pontian, Johor.


Ini kakak saya yang berumur 77 tahun yang tinggal di Kota tinggi.. Ia baru sahaja sihat setelah jatuh di bilik air. Maklumlah sudah luput penglihatan kerana mengidap kencing manis. Ia punya seorang anak perempuan yang telah berkeluarga tetapi telah lama tidak pulang ke kampung, dan tidak ada khabar berita. Semoga ia juga akan melapangkan masa, menukar jadual dan pulang ke kampung, semoga terubat kerinduan seorang emak.Letakkanlah diri sebagai seorang emak. Pastinya ia juga rasa "kecewa" jika anak tidak menunjukkan kasih sayang yang sewajarnya. Syurga terletak dibawah tapak kaki ibu. Dan hadis mengatakan bahawa rugilah sesaorang itu jika tidak berbakti kepada ibu bapa kerana ia bolih jadi penghalang mendapat 'khusnul khatimah' yang memudahkan kita masuk syurga. Saya berdoa semoga apa jua masaalah hendaklah kita bersabar, dan yakinlah bahawa Emak adalah Emak. Tidak ada "spare parts" untuk tukar ganti.


Ini suami kakak saya. Tiga minggu dulu dia  menyambut hari kelahirannya yang ke 80. Alhamdulilah. Allah kurnia umur sepanjang itu. Keluarga saya ramai yang mencecah umur lapan- puluhan. Semuanya sudah tersirat. Ada satu Ustazah mengatakan pada saya bahawa Rasulullah tidak berdoa minta panjang umur. Kita orang Melayu di Malaysia sahaja yang suka doa minta panjang umur dan murah rezki. Itu pun kita tidak sebut rezki zahir dan rezki batin. WaAllahua'lam. Semoga saya dapat diperbetulkan dalam hal ini.

Abang ipar saya "steady" orangnya. Seperti manusia biasa kita ingat kata-kata  Allahyarham P. Ramli: "sedangkan lidah lagi tergigit, Inikan pula suami isteri".

                        Ini rumah kakak di Kota Tinggi Johor.

Saya mengambil iktibar, kerana fitrah manusia sama sahaja. Fitrah perlu ditarbiah semoga memahami dan menyedari hakikat kewudan manusia di dunia ini. Kita tidak bolih kata mengata dalam hal ini. Semua kita dalam kancah yang sama. Tidak ada seorang pun yang bolih mendabik dada dan mengatakan anak aku baik. Anak aku sayang aku dan ambil berat tentang aku. Kalau begitu kita bersyukur, alhamdulilah, dan berdoalah untuk orang lain.

Harta dan kebendaan membuatkan setengah manusia lupa diri. Al Quran mengingatkan:
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhan mu sserta lebih baik untuk menjadi harapan".   Surah Al Kahfi ayat 46.
 Sama-sama kita zikir fikir pada pagi Jumaat seperti ini.

Wednesday, October 20, 2010

KAMBING.......



Kakak saya dalam gambar ini berumur 73 tahun. Pada umur yang sama  dengan saya dahulu ia lebih kuat dan lebih cergas. Saya bawa dia melancung ke Jepun tinggal dengan anak saya di Tokyo selama 2 minggu. MasyaAllah, dia boleh berlari mengejar keretaapi apabila kita lewat. Saya akan ketinggalan di belakang. Pada satu ketika saya terjatuh, kerana kurang stabil bila berjalan laju. Itulah  perbezaan kerja di kampung dan kerja di bandar. Orang-orang seperti kakak saya adalah lebih sihat. Alhamdulilah.

Ini gambar di satu sudut di rumahnya yang saya pergi ziarah baru-baru ini. Rumahnya kecil sahaja tetapi kemas rapi tanpa pembantu rumah. Dia mewarisi emak saya dari segi keperhatinan menjaga keselesaan rumah. Sentiasa bersih dan dalam umurnya sekarang saya tabik spring padanya.

Saya selalu rasa terharu bila bersamanya. Saya masih dimanjakan. Ia akan masak lauk-lauk yang saya suka dan akan kirim kuih-kuih dihari raya. MasyaAllah. Seperti saya masih kecil lagi. Maklumlah saya adik yang bongsu. Bila duduk lama bersembang dengan anak-anak saya, ada kalanya ia bercerita perihal hidupnya semasa kecil dulu. Ia dilahirkan sebelum perang dunia kedua dan selepas perang hidup rakyat sememangnya amat susah dan getir. Saya masih kecil dan belum ingat bagaimana semua kakak-kakak saya berkerja kuat membantu emak dan bapak. Kakak saya yang ini mengembala kambing tugasnya. Ia selalu menangis bila bercerita kerana masih merasakan ketakutannya berada jauh dari rumah di kawasan-kawasan yang kadang kala belukar dan sunyi.  Dia membantu juga dalam kerja-kerja lain tetapi kambing adalah yang penting.Bukan bela kambing seperti di ladang komersial, hanya empat atau lima ekor sahaja. Tetapi ia signifikan dalam hidup kakak saya.

Apabila negara telah aman kakak menyambung sekolahnya dan alhamdulilah dia berjaya menjadi guru sekolah Melayu ketika itu. Saya membesar dibawah awasannya dan kakak-kakak yang lain.  Bekerja kuat adalah legacy budaya hidup kaum pendatang. Bukan kambing sahaja yang bapak suruh jaga tetapi juga ayam kampung. Kami membesar dengan hasil itu disamping bercucuk tanam ubi, keladi dan keledek.

Sayangnya anak-anak sekarang tidak mengerti apa itu pengorbanan hidup seawal remaja. Maka mereka leka dengan dunia hiburan.  Siapa yang harus dipersalahkan? Atau adakah wajar ada pihak yang harus dipersalahkan?
.......

Monday, October 18, 2010

UJAI DI TANJUNG PIAI





Seperti baru semalam cucu saya yang sulung , Ujai namanya, pulang dari Tokyo bersama ibunya yang telah tamat pengajian lanjutan. Ketika itu ia masih belum fasih bercakap dan hanya tahu beberapa perkataan sahaja. Kini telah lima tahun dan telah "bersekolah".

Sekarang sudah petah bercakap dan pandai "menjawab" kalau di tegur  akan  perilaku yang agak tidak sopan. "Maaf Tok Ayah," atau "maaf Embah," tetapi akan mengulangnya lagi.

Siapa pun saya rasa akan seronok dengan cucu. Suami saya akan "marah" ibunya kalau ia  terlalu marahkan Ujai, seperti Ujai tidak ada salahnya. Kemana Tok Ayah pergi mesti nak bawa Ujai. Walhal Tok Ayah sudah tidak terdaya mengejar Ujai kalau Ujai terlepas ke tempat-tempat bahaya. Ujai pun suka ikut sebabnya saya rasa kerana ia pasti dapat beli 'mainan" yang ia pilih sendiri.




Tempuh hari kami ke kukup laut, di Pontian Johor bersama menantu baru dan adik-adiknya. Kami ke Tanjung Piai. Ujai seronok berlari-larian hingga terlepas dari pengawasan anak saya. Ia rasa agak panik. Rupanya ia balik dahulu ke tempat kami menunggu. Kami pun terperanjat kerana tempat itu sunyi kerana tidak ramai penunjung.Kalaulah ia memanjat dan terjatuh ke laut.....Semoga Allah memelihara.

Tetapi Ujai agak penakut, takut melihat monyet-monyet berkeliaran mencari makan.  (Itulah silap manusia. Mereka membangunkan kawasan tetapi lupa akan kepentingan bintang liar. Tidak hairanlah gajah mengamuk disetengah-setengah tempat. Islam menuntut kita berlaku adil, walau pun pada binatang.)


Ini kakak-kakak remaja yang membantu mengawal Ujai.

Antara pemandangan yang kami rakam, termasuk tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.


Selain daripada fakta bahawa Tanjung Piai adalah tanah penghujung paling selatan di benua Asia, tidak ada yang istimewa pada pendapat saya sebagai pelancung. Kerajaan negeri atau perbadanan pelancungan seharusnya berbuat sesuatu untuk menjadikan tempat itu lebih menarik dan lebih bermakna. Mungkin bila Ujai besar nanti, dan apabila ia membaca blog ini, ia boleh berbuat sesuatu. Semoga Allah memberi Ilham padanya jika itu yang baik sebagai amal ibadah.

 

Sementara itu biar Tok Ayah berseronok dengan karenah cucunya, Ujai.

dan kakak saya  "tumpang semangkuk" mengasihi Ujai
....

Sunday, October 17, 2010

KINI SEORANG......

Sebelum subuh hari Jumaat yang lepas, kami bertolak untuk ke Sungai Batu, Selama Kedah untuk ziarah kematian bapa saudara suami saya. Kami menganggarkan jam 9 pagi insyaAllah akan sampai sebelum pengkebumian kira-kira jam 11 pagi. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Itu janji Allah dalam alQuran. Maka kematian adalah  perkara biasa kecuali kejadian itu berlaku secara tragik seperti berlakunya kemalangan jalan raya yang dahsyat, atau kerana fenomena seperti gempa bumi atau tsunami.

Persoalan yang selalu terlintas dihati kita apabila mendengar hal kematian adalah samaada kematian itu kematian yang baik yang dirahmati Allah. Kita tidak tahu. Kata Ustaz tanda-tanda 'khusnul khatimah' tidak semestinya sesaorang itu mati pada hari Jumaat, atau mati dalam bulan Ramadhan atau di Makkah. Ia ada kriterier lain yang kita harus pelajari. Salah satu tanda kematian yang baik yang disebut dalam hadith sahih ialah apabila terdapat bintik-bintik peluh didahi si mati tetekala nazak. Dan salah satu jalan untuk mendapat 'khusnul khatimah' ialah kita menjaga kedua ibu bapa kita dengan baik, lemah lembut dan ikhlas.

Bagaimana pula mereka yang mati dalam peperangan, gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Adakah yang beriman Allah tidak kurnia 'khusnul khatimah'?  AlQuran mengatakan dalam surah Al Isra' ayat 58 seperti berikut:
" Tidak ada suatu negeri pun melainkan kami membinasakannya sebelum hari Qiamat atau kami azab dengan azab yang amat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab."
Antara tafsir ayat ini, kata Ustaz, ialah bahawa Allah menggunakan perkataan "binasa" untuk yang beriman dan Allah menggunakan perkataan "azab" bagi yang engkar. Justeru saya dan suami mengingakan diri semoga selagi hayat dikandung badan maka janganlah kita berhenti-henti dengan amalan yang soleh dan hendaklah kita mengelakkan segala yang mungkar."khusnul khatimah" dirasai secara dalaman berasaskan Iman dan taqwa.



Maka sekarang emak saudara kami tinggal seorang dan kami doakannya supaya tidak keseorangan. Beliau mempunya 8 orang anak dan beberapa orang cucu. Kami hanya dapat ingat memperingati diri-diri kami akan erti kematian.

Satu perkara yang saya ingin kongsikan di sini ialah bahawa gerakan Dakwah di kampung-kampung amat kebelakangan sekali, seperti di kampung ini. Adab-adab dan peraturan menyenggarakan jenazaah tidak begitu licin. Saya amat mengharapkan pihak-pihak yang berkuasa dapat mempertingkatkan usaha ini semoga penduduk kampung benar-benar memahami perihal kehidupan dan kematian.

 melihat suaminya di kapankan

jenazah diusung ketanah perkuburan

Kami berbincang sekembalinya kami ke rumah di Petaling Jaya bagaimana kami dapat mengubah senario dakwah yang akan dapat mennggembling anak-anak muda dan dewasa yang belum lanjut umur untuk memperbaiki keadaan. Kami akan bermula dengan keluarga yang sudah peka mengenai hal-hal seperti ini dan semoga dengan masa, ia dapat diperluaskan.
perbincangan permulaan

dengan pertolongan Allah semoga mudah menggubah minda.
di kampung dan di mana jua.

 Kami pulang ke Petaling Jaya lewat malam. Umur lanjut memaksa kami bermalam di Kulim. Esuknya setelah cukup rehat dan setelah selesai kerja-kerja sampingan kami pulang. Saya mengambil alih tugas memandu dari suami saya kerana kakinya bengkak dan tidak wajar untuk memandu jauh. Alhamdulilah,  saya masih boleh memandu dengan kelajuan yang sebahagiannya melepasi 170 km sejam. Dalam umur hampir 64 tahun, saya amat bersyukur Allah masih mengurniakan kederat pada diri saya. (Semoga tidak ada saman polis atas kelajuan). 
Semoga Allah terus memberi kesihatan yang sempurana dan dalam baki umur yang ada Allah mengurnia ruang dan peluang untuk menambah amalan soleh dan dan menghindar kemungkaran. Semoga Allah mengampunankan kami semua dan Allah meredhai. 
Amin.

Thursday, October 14, 2010

PENYERAHAN DIRI


12 September 2010

Sampai ketikanya untuk pulang,
Mengundur diri dari Tanah Suci yang tidak mungkin luput dikenangan
Ziarah sebentar ibarat burung terbang mencari dahan
Berehat sebentar melepas lelah sebelum meneruskan pencarian....
menegakan pendirian, mencari kedamaian di Bumi Allah semoga tidak kecundang
Semoga di hujung perjalanan akan mendakap kesejahteraan.
Kurnian Ilahi yang dicari-cari dan dimimpi-mimpikankan.

Ku tawaf selamat tinggal penuh keharuan, kesedihan, sendirian
Seperti tidak mahu ku lepaskan saat-saat pertemuan yang ingin ku abadikan
Semoga air mata menjadi bukti ketulusan, keluhuran dan kesetiaan
Di hadapan mahkamah perbicaran Mu yang tidak ada pembelaan keluarga dan teman

Wahai Tuhan........
Belum puas aku mengadu kekerdilan diri 
Seperti belum terluah semua isi hati dan masaalah yang ku hadapi saban hari
Lidah ku kelu untuk menyebut amalan keji yang menggunung tinggi
Hanya maghfirah Mu  yang ku harap dapat mengerti
Betapa hati ini menanggung penyesalan yang tidak henti-henti
Ya Allah ! Di mana diri ku ini di sisi mu, kini dan nanti....

Berat bebanan yang ku bawa, tetapi aku malu menzahirkan semuanya
Namun aku tahu tidak ada sesuatu pun yang tidak dalam pengetahuan Mu, yang maha Esa
Engkau maha mendengar, maha melihat dan maha mengetahui satu persatu isi hati ini
Aku berpaut pada sifat Mu yang maha pengasih, maha penyayang dan maha mengasihani
Aku janjikan taubat nasuha, kerana Engkau maha pengampun maha penerima rintihan hati

Kurniakan pada ku keampunan dan keimanan sejati
Semoga aku dapat memperkasa pengabdian tanpa henti
Anugerah pada ku keberanian untuk membenteras kemungkaran
Semoga hati ini jadi aman dapat menyumbang membentuk kesejahteraan.

Wahai Tuhan..........
Ku ingin benar diiktiraf hamba Mu yang istimewa
Pengabdian ku tidak lagi mengharap pahala dan syurga
  Hanya ingin mencapai keikhlasan yang para malaikat tidak dapat mecatat dan menduga
Hanya aku dan Engkau jua ....
Dan aku ini Engkau iktiraf hamba Mu yang sebenarnya.
Dengan limpah RahmatMu semata-mata
Dan kasih sayang Mu yang tidak terhingga.
......... 

Wednesday, October 13, 2010

"KETURUNAN " WALI SONGO



"Debat" sarapan pagi kumpulan 'roti canai' di Speakers' Corner, Masjid Kg Tunku pagi  hari ini hangat sekali. Isu yang dipersoalkan ialah peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia yang melindungi hak-hak orang Melayu dan raja-raja, kedudukan agama Islam dan bahasa kebangsaan dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Dalam debat itu saya perhatikan tidak ada yang mempertikaikannya sehingga mahu "berbunuhan". Cuma cara perlaksanaannya sahaja yang menjadi isu yang akan sentiasa dibincang, didebat dan dan kadang-kadang 'bertekak' kerana banyak yang tidak mendapat kepuasan atas apa yang berlaku hingga kini. Bukannya soal tidak bersyukur oleh pihak-pihak yang mendapat munafaat selama ini. Rumusan saya adalah seperti berikut:
  • Rata-rata orang Melayu bersyukur. Saya "keturunan" Wali Songo yang mengaku Melayu pun bersyukur. Tetapi konsep bersyukur bukan kepada 'Orang Yang Memberi' Konsep bersyukur semestinya pada Allah swt kerana Dia Maha Pemberi Rezki. Pada 'orang yang memberi' cukup sebagai penghargaan, dan konsep penghargaan bukan segala-galanya.(It is not absolute). Kita menghargai selagi 'orang yang memberi' itu sentiasa mendokong prinsip-prisip yang Syarie.
  •  Prinsip 'Ketuanan Melayu' Di Malaysia juga tidak boleh dilihat sebagai konsep yang meliputi segala-galanya. Asas Kutuanan Melayu adalah Islam. ISLAMlah yang memertabatkan Melayu. Bukan sebaliknya. Kalau kita bercerita mengenai Ketuanan Melayu sebagai suatu yang mutalak dalam wadah yang kecil, maka nanati Arab akan kira Ketuanan Arabnya, Cina, India, Pakistan dan lain-lain akan juga berbuat begitu.Ada kemungkinan ISLAM akan terlepas kebelakang. (Semoga Allah melindungi). Islam melarang kita taksub pada 'bangsa' semata-mata. Islam di diturunkan ke bumi dan langit-langit untuk menyebarkan prinsip IMAN dan TAQWA pada Allah jua. Bangsa jadi faktor kedua, mungkin juga ketiga. Selagi kita ke hulu dan ke hilir bercerita untuk menegakan 'Ketuanan Melayu' dan bukan untuk menegakakan Kebenaran Islam, maka itu kerja yang hampir sia-sia kalau tidak sememangnya sia-sia.
  • Kelang kabut dan celaru untuk memahami prinsip yang sebenarnya inilah yang amat disukai oleh Yahudi. Senang mereka masuk jarum khianat mereka. Mereka amat lecek, amat prihatin, amat halus dalam kempen memertabatkan KeYahudian mereka, menentang kebenaran Allah.  Bidang hiburan dan sukan yang tidak mengikut hukum Syarie digunakan untuk mencelarukan lagi kefahaman orang-orang Melayu/Islam. Kita di Malaysia amat tidak peka dengan fakta ini. Ini belum lagi cerita mengenai ekonomi dan perindustrian dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Kalau kita celaru diperingkat kepimpinan, maka lebih celarulah diperingkat pengikut-pengikut. Sebab falsafah pendidikan dari sebelum penjajah lagi telah menanam kefahaman apa yang pemerintah kata, itulah yang benar. Maka tidak ada persoalan yang bermakna hingga kini. Baru sekarang ada  kumpulan NGO dan persendirian yang melaksana siatem pendidikan yang lebih jelas untuk  melaksana prinsip-prinsip yang Syarie. Semoga kecelaruan dapat dibenteras. Semoga golongan yang terperangkap dalam zon selesa mendapat kesedaran betapqa jauh tersasaran matlamat  yang sudah berlaku.
  • Kalau kita bercerita megenai Melayu dahulu, dimana kesudahan orang-orang Melayu nanti. Lihat fenomena di dunia luar. Banyak negara yang membelakangkan Islam. Maka orang Islam ramai yang jadi hamba Yahudi, secara sedar atau tidak sedar. Mereka yang kuat mempertahankan Islam dilabel terrorists. Ada pihak yang mahu memperthankan Islam tetapi mengguna konsep Islam yang moderate, yang hadhari yang itu dan yang ini. Kesemua ini menambah kecelaruan. Yang jelas di "sembunyikan".
  • Saya mengingatkan diri saya supaya berfikir halus-halus mengenai isu ini. Pasti Allah menyuruh sesuatu dengan diturunkannya Al Quran. Allah yang mencipta makhluk berbagai jenis dan manusia berbagai warna kulit. Oleh itu, pasti ada yang lebih tinggi yang harus dicapai, bukan kewujudan zahir kita semata-mata. Kalau perjuangan kita mengikut bangsa dan warna kulit, maka tidaklah lahir pejuang gigih seperti  Salahauddin Al Ayubi. Dia seorang berbangsa Kurdish. Bukan seorang yang berbangsa Arab. Tetapi beliau yang membebaskan Masjid Al Aqsa. Tetapi oleh kerana ada pengkhiant Islam, bumi Palestine dan Masjid al Aqsa tewas semula pada kaum kuffar. (baca sejarahnya berasingan). Maka jangan kita hilang punca dengan memperjuangkan Melayu tanpa bersekali dengan kesungguhan memperjuangkan Islam. ISLAMlah yang dapat mengamankan bumi Allah ini. Bukan bangsa.  Apa salahnya kalau semua orang di bumi Malaysia ini Islam. Bukankah itu yang Allah suruh. Maka kita harus lihat balik falsafah, dasar, strategi perjuangan kita. Yang dahulu didahuluka. Jangan keliru dan celaru.
  • Untuk tidak celaru, kita kena beramal soleh, dan menghalang yang mungkar. Bukan setakat solat lima waktu, puasa, zakat dan Haji sahaja. Memeng benar ini adalah kepentingan dasar dan semestinya kuat. Tetapi fakta-fakta lain perlu juga  kuat (kita pelajari dilain forum). Barulah Melayu /Islam boleh menerajui Malaysia. Isu Islam hendaklah didahulukan  barulah isu Melayu. Maka saya yang  ber"keturunan" Wali Songo ini akan tidak berbelah bagi.
WaAllahua'lam. Kita Zikir Fikir.

Sunday, October 10, 2010

A PERFECT 10




To day is the Tenth of October, 2010 (10-10-10), a perfect 10. As a friend wrote on her blog, this date is like a "holy" date, (tarikh keramat) as the Malays in Malaysia would say. Weddings and other important events are held on this date. There is nothing "keramat" about this date. Most people like this date just as they like 1-1-1 for 1st of January of 2001. No big deal, but it is beautiful because it is easy to remember. It comes only once in our life time.

To day my husband and  I would be traveling to Johore to visit my three dear sisters who are all 70 years and above. We are taking my new daughter-in-law to get to know the family and we are taking her twin sisters and a younger sister along. They have never been to Johor Bahru and I promised my son that this would be a good trip as they are in form 4, and one in a primary school and would enjoy this rugged journey to Desaru and getting to know the Felda settlers. We will also be taking them to Tanjung Piai, the sothern most tip of  mainland Asia. Along the way we will be stopping (insyaAllah) in Kukup, an entry point from Sumatra, Indonesia. Kukup is interesting to know as the Immigration Department says this is one of the entry point to Malaysia where security "has been taken for granted". Personally I would like to see it formyself.

The girls would probably miss 2 days of school. But I told them going places is also part of learning and part of education. They will probably find new knowledge which are difficult to find in books. We will use this time to the fullest. I told my husband this should be part of our NGO work in which we guide young people to explore new things on therir own, to be brave and to learn to be independant in action and in thinking.  All these we will, insyaAllah, do it within the Islamic paradigm and hopefully they ill be "the Real Perfect 10" in life with the blessings of Allah almighty.
Amin.

Thursday, October 7, 2010

PPTD ALUMNI....ke mana kita?




5 Oktober 2010.
Tengah hari itu hujan turun agak lebat. Hati yang agak berat untuk menyertai Majlis Jamuan Eidilfitri Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomat Malaysia (PPTD) rasa lega kerana ada kemungkinan itu boleh di jadikan alasan untuk tidak menghadirinya. Allah maha mengetahui semua isi hati dan fikiran minda. Maka rasa gelisahlah bila memikirkan sama ada alasan itu ikhlas dan munasabah.

Tetapi pada lebih kurang jam 3 petang, hujan berhenti dan matahari memancar lagi. Maka saya dengan tidak berfikir panjang  terus  menaiki kereta dan pergi dengan tujuan iringan untuk memungut dana Palestine bagi projek LIFE LINE FOR GAZA (LL4G). Alhamdulilah, ramai ahli yang  menyambut baik usaha saya dan saya rasa kepuasan hadir pada hari itu. Ramai yang faham erti perjuangan untuk Bumi Gaza. Walaubagaimana pun rasa kepuasan ini menjadi agak kusut bila ada acara menyayi karaoke. Ahli yang hadir hampir kesemuanya berumur lebih enam-puluhan. Saya bertanya diri: "mengapa perlu menyanyi? Sembang-sembang santai sudah mencukupi untuk menjalin silaturrahim dan dalam pada itu boleh juga bebincang serious mengenai bagaimana boleh menyumbang kepada kewibawaan dan keutuhan Perkhidmatan Awam yang di terajui oleh Perkhidmatan PTD. Umur kita sekarang ibarat telur di hujung tanduk. Bila-bila masa boleh "tergelincir" dan pasti kita tidak mahu ketika itu kita dalam keadaan lagha. Maka saya pulang dalam kebimbangan. Semoga Allah melindungi.

Umur aktif masing-masing ahli sudah singkat, amat singkat. Maka saya berpendapat ia harus dimunafaatkan sebaik mungkin. Kita pastikan tidak ada keteresan dalam proses pengabdian pada Allah swt, tidak ada kecacatan dalam tekad taubat nasuhah yang kita angkatkan saban hari  dan semoga di akhir perjalanan ini kita benar-benar sejahtera dalam wadah Islam yang syumul. Kekuatan kita bukan terletak pada minda sahaja. Kekuatan kita terletak pada Iman dan Taqwa yang harus dibaja dengan amal-amal soleh. Ilmu bukan diperolehi mengikut usaha membaca dan menyelidik semata-mata tetapi ada ilmu ladunni yang Allah ilhamkan terus kerana keluhuran iman dan taqwa. Ilmu ini yang akan memberi keberkesanan yang mutlak, iaitu ada keunggulan "cutting edge" yang akan menggerunkan mereka yang mendengar dan melihat perakuan - perakuan  yang di majukan kepada pihak yang berkuasa.

Ini hanyalah luahan rasa hati dan fikiran minda yang di sisi Allah amat kerdil sekali. Semoga sama-sama kita fikir zikir untuk mencapai kesempurnaan yang sejati dalam hidup ini. Semoga Allah memberi pertolonganNya dan RahmatNya yang tidak terhingga.
.........

Wednesday, October 6, 2010

SRI LANKAN GUESTS





What could be more satisfying than having the opportunity to entertain our guests from Sri Lanka who have been fantastic host when we were there in June 2010 in connection with our debut presentation of our talent in recycled-paper crafts for our disadvantaged girls in Sri Lanka. Alhamdulilah, glory be to Allah who made our dream came true, that is to be involved in global assistance of the poor and the unfortunate.
This is my guest, Siti Fariza, the wife of Hj Ismail Humaid, a successful man in the corporate world. The picture above is taken while dinning at the D'Arab Cafe in Shah Alam,  beautiful set up deserving of a couple in honeymoon. This is their second marriage. Siti Fariza's husband died 8 years ago of a dengue fever and it takes "Sir Galahad with a shining amour" to convince her that its alright  to remarry and leave behind the memory a of loving husband. Life can be eventful and only Allah will determine the final destiny.
In the meanwhile we let them enjoy Malaysia as we recorded some of the events below.

We took them to Pulau Langkawi, a world famous tourist attraction and went up the Cable Car project to have a breath-catching view of the whole Island. I have never been up the cable Car myself and the trip to the island was equally rewarding to me.
We took them to Penang as well  and visited a typical Malay family to get the feel of Malaysia, a multi racial and multi religious country. A tiring trip but very fulfilling, alhamdulilah.

And guess what else we did. We let Hj Ismail drive our car to let him get the thrill of  cruising through our well built highways at a speed as he pleases. This car can reach 170 km/ hr within seconds and you don't even feel it.. Shhhhh!!?? He doesn't have an international driving license. But all is well. He drove at night and enjoy the maneuvers through the fairly heavy traffic. MasyaAllah, he is quite a driver. He was all excited but we stopped at an R & R for a rest before we took over as we were already entering  into the city center.
We had "satay" (barbecued beef with special sauce) for dinner, a first time ever for Siti Fariza.
That was a night to remember.
They left for singapore the day after and returned to Sri Lanka on the 4th of October. We may meet up with them again on our next handicraft project for an orphanage run by his auntie sometime late this year or early next year. May Allah make this trip possible.

Remembering the beautiful beach in Colombo, Sri Lanka.

Monday, October 4, 2010

MY HEART BLEEDS





The sight of camels always remind me of their stories as told to me in the Children's book when I was a little girl. Somehow to me Camels is a symbol of strength, resilience,  undivided obedience, bravery and solidarity. It is perhaps true to me alone that camels is a symbol of prosperity of the Arab nations from time immemorial. Camels has been the backbone of transportation and I believe Allah creates camels in the Arab world with a special purpose, not withstanding that all Allah's creation has a purpose.
"Men who remember Allah Standing, sitting and lying down on their sides, And contemplate the (wonders of ) creation, In the Heaven and Earth, (with the saying): Our Lord not for naught hast Thou created (all) this! Glory to Thee ! Give us salvation from the Chastisement of the Fire."   Al Quran, Chapter 3, Al Imran, verse 191.
 And Allah has bestow upon  many Arab countries with the powerful natural resources, especially petroleum. Alhamdulilah. And I believe this is not without a purpose or a reason too.





Incidently, my husband and I came home recently from performing "Umrah" in the month of Ramadhan. As a side agenda we visited a camel farm in Hudaibiyah and it provoked my thoughts about camels vis-a-vis the Arab world, where the majority of the population are Muslims."Where has all the courage gone...!"

The congregation at The Grand Mosque in Makkah  "Masjidil Haram"  through out the month and especially the last 10 days of Ramadhan surpassed that of the congregation for Hajj. I was told that this is so as reported in the local newspaper, MasyaAllah. The number exceeded 3.6 million. We were in Makkah to witness it and suddenly my heart bleeds to think that this strength is only shown in the holy land of Makkah and Madinah. If the number of Muslims stand united with a single purpose as represented in this occasion alone, I believe the enemies of Islam especially the Jews and its allies will stop to think seriously of the ultimate consequence of their action and non-action. "Stop messing with the Muslims." says a friend and I tend to agree with that. Muslims must believe that their strength does not lie on its wealth and military strength alone. Muslims must be reckoned with, because they are Muslims and they believe in God Allah within the Tauhidic paradigm as set out in the Quran and the Hadith.Remember The Battle of Badr. The Muslim army was out numbered by the enemies,  (the non-believers) and yet the Muslims won the battle. The Victory was not without a lesson to be learnt !!

Makkah and Madinah is in  the Kingdom of Saudi Arabia. It is a very rich nation as ALLAH HAS ENDOWED UPON THEM ALL THE WEALTH THAT A NATION NEEDS. My heart bleeds too, to think that The Kingdom has not given the lead to protect the weak. Just to pick one example, The Kingdom, as I know it and I hope I am wrong, has not done much to free Masjidil Aqsa in Palestine. The Haramain ( 2 Grand Mosques in Makkah and Madinah) is in the Kingdom and as such my heart bleeds as I keep wondering where has all the WISDOM AND WEALTH gone to. Allah has sent His Messengers in the holy land in the middle East with a purpose, to be the leader in establishing Islam on earth. And He has said:
"Allah has promise, to those among you who believe and work righteous deeds, that He will, of a surety, grant them in the land, inheritance (of power), as He granted it to those before them; that He will establish in authority their religion - the one which He has chosen for them; And that He will change (their state), after the fear in which they (lived) , to one of security and peace: ' They will worship Me (alone) and not associate aught with Me.' If any do reject Faith after this, they are rebellious and wicked." Al Quran, Chapter 24 An Nur, Verse 55.
All Muslims must have faith in this. Work hard towards a fair and just reconciliation to any problems and misunderstanding, and "tawakal" (ultimate dependency) must be to Allah alone. Humans can only try to protect other humans. The ultimate protector is God Allah almighty.AllahuAkbar.
I will continue to du'a that Muslims hold steadfast to the provisions of the al Quran and the Hadiths and I hope one day soon, my heart shall bleed no more.
Ameen.
Related Posts with Thumbnails