"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, July 28, 2013

Kita lihat sahaja ke ?...


Acara Penangguhan Tadarus alQuran Ramadhan 2013.



Kelmarin saya rasa serabut dihati, tidak menentu fikiran teringat-ingat peristiwa yang sedang berlaku di Mesir, bumi para Anbia. Saya kuatkan tekad hadir ke Masjid untuk acara tahunan meraikan para teman yang tamat Tadarus alQuran. Saya sendiri tidak tamat. Terselit juga rasa yang tidak menentu.

Hati kecil berkata-kata:
Kita dituntut beramal terbaik di bulan mulia ini dan antaranya ialah membaca alQuran dan cuba memahami maksudnya supaya sedikit demi sedikit kita dapat mempraktikan apa yang termaktub didalamnya. 

Acara diketuai oleh seorang Ustazah pesara perkhidmatan awam dan formatnya mengikut kebiasaan. Ingatan dan fokus minda dan hati saya terpaku pada peristiwa di Mesir dan rasa gelisah walaupun dalam suasana mendengari ayat-ayat suci.  Rasa bersalah pun ada.

Setelah tamat acara kami bertaaruf dan kami diberi peluang jika mahu mencadangkan sesuatu pada JK Tadarus untuk tahun 2014.

Maka saya ambil peluang dan ruang untuk mengaitkan peristiwa yang berlaku di Mesir kini dengan apa yang ada dalam alQuran mengenai negara Mesir. Hendaknya kita jangan hanya membaca alQuran tetapi kosong dalam perjuangan menegakan isi alQuran. Secara santai saya katakan saya peminat Presiden Muhammad Mursi.  Teman sebelah saya tersenyum.

Beliau  presiden luar biasa kebolehannya dalam konteks menerajui kepimpinan umat Islam. Beliau seorang jurutera dan seorang alhafiz, dan saya yakin tinggi iman dan taqwanya. Begitu cerita-cerita yang saya dengari. Tetapi musuh-musuh Islam (termasuk mereka yang mengaku dirinya Islam) meneyebarkan fitnah tentang kepimpinannya dan halatuju negara Mesir yang dipertanggongjawabkan padanya. Maka timbulah pergolakakan yang ada sekarang. Rakyat terbagi dua, satu fenomena yang membimbangkan.

Saya khuatir dan kecewa....

Kita tidak boleh berbuat apa-apa yang berkesan pada masaalah ini, kata dihati kecil.

Tetapi adakah kita lihat sahaja tanpa perasaan ?

Adakah kita hanya meyibukan diri dengan rutin ibadah bulan Ramadhan dan tidak terkesan langsung dengan peristiwa itu ?

Saya sebak didada melihat ratusan ribu, mungkin jutaan,  pendukung presiden Mursi  berlapar dan berpanas di bulan Ramadhan menunjukan kesetiaan pada pemimpin mereka, dan lebih besar dari itu keluar beramai-ramai kerana mereka yakin Presiden Mursi adalah simbol Kebenaran Islam. Mereka komited dengan tindakan mereka walaupun keselamatan diri terancam.

Ada orang yang mengatakan itu kerja bodoh...

Kita bagaimana ye ?  Kita lihat sahaja ?

Saya rasa tidaklah boleh kita melihat sahaja apa yang berlaku dan mengatakan bahawa itu masaalah orang Arab dan biarlah orang Arab yang menyelesaikannya.

Saya sarankan pada teman-teman pagi itu sekurang-kurangnya kita berdoa bersungguh-sungguh semoga Allah menurunkan pertolonganNya. Semoga yang benar Allah tunjukan kebenarannya dan yang batil Allah hindarkan kewujudannya.

Yakin bahawa Allah sentiasa bersama orang yang benar...

AlQuran bukan hanya untuk dibaca. Ia harus dipatuhi sepenuhnya.
Saya sendiri banyak yang tertinggal dan ketinggalan. Semoga Allah masih memberi ruang dan peluang  bagi diri ini menyempurnakannya. 

Hanya sekadar berkongsi rasa dan terpanggil untuk berpesan-pesan di medan Ramadhan.

Jangan hanya lihat sahaja....

Mohon Redha Mu Ya Rabb...

...

Friday, July 26, 2013

Juggling Act @ Ramadhan.....


Nyaman suasana rumah kakak di Pontian




Atas beberapa sebab saya harus berkejaran untuk balik kampung 9 Ramadhan yang lalu untuk berurusan dengan kakak yang kini tinggal berseorangan setelah tiada suaminya.

Suami saya uzur dilutut dengan tiba-tiba maka saya terpaksa mengambil alih memandu. Rasa cuak sedikit pun ada kerana kereta yang boleh dibawa hanyalah kereta Mercedes yang sudah lebih 25 tahun umurnya. Saya memberanikan diri dan memandu dari PJ jam 7.30 pagi dan sampai di Tangkak jam 9.00 pagi. Hujan renyai-renyai dan pastinya jalan agak licin, ingatan dihati. Tetapi entah mengapa saya memandu 80-85 batu sejam. Agaknya hampir 130-140 km sejam. Biar betul meter yang telah usang itu menunjukan begitu. Alhamdulilah selamat dan tidak penat.




Saya perlu singgh di Tangkak sebentar untuk beberapa urusan .

Di Tadika SmarTop yang saya membantu mengendali  saya ambil kesempatan masuk kelas dan rasa seronok mendengar anak-anak menyanyi lagu Mandarin. Kami baru dapat guru sementara ia bercuti dari University di Beijing. Amat teruja kerana anak-anak di Taska juga dapat di perkenalkan bagaimana menyanyi lagu Mandarin. Alhamdulilah. Semoga ia memudahkan mereka memahami hidup bersama berbagai kaum dan berbagai kepentingan dari awal lagi. Mungkin harapan ini terlalu tinggi. Tidak mengapa. "A journey of a thousand miles start with the first step."

Guru itu (Teacher An)  pun melatih murobbiah kami dengan harapan mereka dapat mempelajari beberapa ayat dalam bahasa itu yang boleh terus diajarkan apabila guru khas Mandarin itu nanti tiada. Dan dalam cuti semester Teacher An akan berusaha bersama kami di SmarTop untuk memperkukuh subjek bahasa Mandarin, insyaAllah.

Selepas solat Zohor kami bersegera ke Pontian untuk membantu dua orang kakak saya membuat persediaan Majlis Khatam alQuran di surau Kg Parit Semerah keesukan harinya. Saya memandu lagi setengah perjalanan dan rasa tidak sabar untuk segera sampai. Saya dan suami berbuka puasa bersama kakak saya yang tinggal berseorangan ini. Ia amat teruja dan kami membeli makanan di Bazar Ramadhan. Alhamdulilah dapat menghibur hati seorang balu  di bulan mulia ini. Kami juga bersahur bersama. Semasa suaminya masih ada, saya tidak berkesempatan berbuat begitu.



Awal pagi esuknya saya membawa rempeyek Crispy Sufi  ke surau tempat majlis khatam Quran diadakan untuk edaran. Kakak-kakak saya nampak seronok maka saya juga jadi seronok. 

Saya seronok berkhidmat untuk kakak-kakak. Dalam umur senja begini, entah berapa lama lagi kami dapat bersama. Anak-anak muda yang saya tahu kurang minat dalam aktiviti seperti ini. Mereka menjalin hubungan berasaskan teknologi dan jarang-jarang dengan sentuhan. Generasi tua seperti saya dan lebih-lebih lagi kakak-kakak saya, tidak savy dengan teknologi maka kami ketinggalan dalam banyak hal. Ini lumrah, kata anak-anak muda. Ini mungkin kerana mereka tidak dapat melayari hati-hati nurani seorang insan dengan tenungan air muka. WaAllahu'alam.

Selesai membantu,  saya dan suami besegera pula untuk ke Kota Tinggi menziarahi kakak seorang lagi  yang telah lama sakit terlantar disamping suami. Dipertengahan jalan kami dimaklumkan bahawa kakak saya berada di wad hospital Kota Tinggi. Maka saya memandu lagi dan menjadi "embah rempit" dengan kelajuan yang membimbangkan suami saya. Maka saya slow down tetapi hati amat cemburu akan masa yang amat terhad.

Untuk memendekan cerita, kakak saya meninggal dunia pada malamnya, innalilahiwainnailairajiuun....



Saya rasa agak terkilan terpaksa balik ke Kuala Lumpur untuk urusan cucu saudara pula. Kami terpaksa menjadi orang tua untuk memenuhi hasrat cucu-saudara merasmikan hajatnya meminang anak gadis di Taman Melati. Simple sahaja majlis pertunangan di bulan Ramadhan. Kakak saya selaku nenek menyarungkan cincin pertunangan. Semuanya selesai dalam setengah jam. Butiran lanjut dibincangakan kemudian. Rasanya dapatlah cucu saudara saya rasa  lega pulang ke Jepun memulakan tugas barunya. Mereka akan berijab kabul insyaAllah November ini.

Selepas "majlis pertunangan"  bersegera pula saya dan suami bersama keluarga kakak saya balik  ke Kota Tinggi. Anak saudara memandu tetapi kerana mengantuk kami berhenti untuk membolehkannya tidur sebentar. Saya volunteer untuk memandu supaya jimat masa. Maka "embah rempit" lagilah saya  dari Air Keroh hingga exit Kulaijaya dan alhamdulilah kami sampai lebih kurang jam 4 petang. Jenazah kakak saya sudah selesai disemadikan dan kami hanya 'bertahlil'  dan berdoa sebelum berbuka puasa semoga ia sejahtera di Alam Barzah dan Allah mengampunkan dosa-dosanya dan dosa-dosa kami semua. Ameen.

Dalam kesibukan ini, tidak menentu rasa dihati.  Sebentar  rasa sedih, sebentar suka, sebentar cemas dan sebentar kecewa.  Saya takut berperasaan begini. Ada beberapa perkara  merunsingkan saya yang saya ingin perkatakan pada anak-anak kakak saya yang baru meninggal  tetapi  merasakan mungkin masanya tidak sesuai kerana Ramadhan adalah bulan barakah dan seharusnya kita bercerita hal-hal yang mendekatkan diri kita pada yang maha Pencipta, maha Pengasih dan maha  Penyayang. Saya takut mengambil risiko untuk berbicara selain dari itu. Maka saya tangguhkan untuk masa yang lebih sesuai dengan izin Allah jua. Hanya doa yang dapat saya panjatkan semoga generasi muda keluarga besar saya bertambah matang mengurus krisis, tidak mementingkan diri sendiri, suka memaafakan, suka membantu sukarela, kasih pada ibu bapa dan saudara tua, dan kasih sesama saudara. Yang terpenting ialah suka menambah ilmu supaya dapat memahami erti hidup dalam Islam dan dapat merasai keindahan kurniaan Allah berada dalam Islam.

Semoga semua ahli keluarga menginsafi diri dan memohon  semoga Allah menunjuki jalan yang lurus jalan yang benar mencari RedhaNya.

Usai makan malam yang ringkas, saya katakan pada suami bahawa  kita harus pulang segera melalui Pontian untuk bertemu seorang kakak dan esuknya pulang ke rumah Kg Tunku. Rasa inigin segera untuk menyambung semula aktiviti bulan Ramadhan yang kami ketinggalan hampir seminggu lamanya berada di Johor. Saya miss bertadarus / bertadabbur, miss majlis ilmu Ustaz Kariman, miss tarawih 20 rakaat di masjid (hanya buat 8 rakaat bersendirian di rumah), miss berkongsi juadah berbuka puasa di masjid dan miss bacaan quran harian saya.

Semoga Allah mengampuni....semoga Allah mengurnia kebijaksanaan mengurus masa. 

Sebelum pulang saya cadangkan pada kakak-kakak saya kita bersembang dan berbicara hal-hal yang penting secara ringkas untuk keluarga memandangkan  saya rasa tidak dapat balik kampung untuk Hari Raya bersama kerana tidak mampu lagi bersilat dan bersegera kerana kaki suami saya yang sedang bermasaalah.

Saya sangat sentimental hubungan mesra dengan anak-anak buah. Saya berdoa mereka juga merasai yang sama. Maka saya rakam gambar-gambar berikut untuk kenanagan "Hari Raya" saya. Hanya Allah yang menentukan ruang dan peluang untuk bermesra dan apa jua kesempatan saya menghargainya. Alhamdulilah.







Dalam pada itu saya teringatkan anak saudara perempuan yang sebaya dengan saya yang tinggal di FELDA Air Tawar. Khabarnya dia kurang sihat dan sudah mula lupa-lupa. Kini tinggal bersama anak-anak bersilih ganti. Saya sangat sensitif dan simpati jika seseorang itu sudah mula lupa-lupa. Saya ingin ke sana tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Semoga Allah beri kesempatan tidak lama lagi. 

Dari sejak umur  saya lima-puluhan saya menjaga ibu mertua yang juga lupa-lupa. Saya bertekad mempelajari teknik menjaga orang lupa-lupa melalui filem dokumentari dan bacaan buku-buku dan apa jua bahan yang ada di alam maya. Ia mengajar saya membina kesabaran. Mereka adalah insan istimewa yang Allah ambil ingatannya awal dalam kehidupan mereka. Semoga menjaga dan mengurus insan istimewa menjadikan saya berhati istimewa di sisi Allah dan dapat melihat kebesaran dan kekuasaan  Allah swt yang maha Pengasih mahsaPenyayang.



Begitulah  keadaan seminggu yang baru berlalu di bulan Ramadhan ini. Kami perlu mengubah jadual yang kami rancang. Semoga apa jua yang berlaku dan usaha yang dilaksana akan menghampirkan diri-diri ini pada Allah jua. DIA yang maha Menentukan, maha berkuasa atas segala tiap-tiap suatu. Semoga  kami masih dalam landasan menuju keredhaanNya.

Mohon Keampunan MU Ya Rabb.....
Mohon Rahmat MU yang tidak terhingga Ya Rabb....


....

Tuesday, July 23, 2013

Emptiness....





Teringat juga akan diri.....



Di bulan Ramadhan  bulan barakah ini, kakak saya Suilah@ Bik Mong  telah pulang ke Rahmatullah. Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas Ruhnya. Innalilahi wainnailahirajiuun...

Saya berada dengannya hari Jumaat 10 Ramadhan di hospital Kota Tinggi. Allahyarham sudah senyap tidak ada kederat berbicara seperti 2 bulan yang lalu semasa saya menziarahinya  di rumahnya di Kg Jawa. Kami masih bercerita sedikit tentang  anak-cucu dan saya membaca sedikit dari alQuran untuk pendengarannya dan menghidupkan ingatannya. Ia sakit kencing manis dan deria penglihatan telah luput sejak lebih kurang 3 tahun yang lalu. Maka kami berhubung dengan suara dan sentuhan.

Rupanya waktu itu adalah kali penghabisan saya berbual mesra bertanya khabar dan mengajarkannya solat kerana sedikit sebanyak ingatannya juga telah luput. Sunhanallah.

Saya terpaksa pulang semula ke Kuala Lumpur pada petang Jumaat kerana pada 11 Ramadhan ada urusan penting cucu saudara yang akan pulang bekerja di Jepun sebelum akhir Julai. Pada awal pagi Sabtu saya mendapat berita pemergian kakak saya Bik Mong buat selamanya.  Sebak rasa di dada. Pemergiannya sudah saya jangkakan kerana apa yang Ustazah yang mengajarkan saya bagaimana mengurus jenazah sudah menceritakan antara tanda-tanda waktu nazak. Antara yang saya lihat ialah ia sudah sentiasa memandang ke atas dan kakinya sudah mula sejuk dari bawah keatas. Saya mengajarkannya Syahadah perlahan-perlahan dan suami saya membacakan surah Yasin. Rupa parasnya tenang dan ia tidak nampak gelisah. Rupanya itulah akhir hayatnya. 

Setelah usai urusan cucu saudara saya, kami segera balik ke Kota tinggi dan sampai pada jam 4 petang. Urusan jenazah telah selesai jam 10 pagi.  Petang itu masih ramai  anak-anak dan saudara terdekat. Saya masuk ke dalam rumah rasa lesu dan rasa kekosongan....


Emptiness....

Katilnya sudah diangkat ke belakang dan kawasan tempat ia tidur dan diurus harian  sudah nampak lengang. Oleh kerana masaalah penglihatan, kakak saya jatuh dari pangkin dan patah tangan dan kaki. Maka ia terus di urus di atas katil kerana tiada keupayaan untuk berjalan. 

Saya rasa kehilangan....dan kekosongan.


Gambar kenangan ziarah awal tahun 2013 

Allahyarham kakak saya yang ini berumur hampir 80 tahun dan dialah yang mengurus persekolahan saya dari darjah satu  hingga ke darjah 3. Tidak akan saya lupa  usahanya menyalinkan buku teks bacaan untuk kegunaan saya kerana waktu itu  kami tidak mampu membelinya. Semoga ia menjadi amal jariah sebagai ilmu yang dimunafaatkan.

Ia adalah seperti emak ganti pada saya ketika kecil. Saya takut tidur dalam gelap dan sentiasa tidur bersamanya.

Kini ia sudah pergi buat selamanya. Saya mengharapkan anak-anaknya merasakan kehilangan ini sekurang-kurangnya seperti apa yang saya rasakan. Semoga mereka akan muhasabah diri sejauh mana sebagai anak mereka sudah cukup berkorban masa dan tenaga untuk seorang Ibu yang tidak ada galang gantinya. KASIH PADA IBU DAN BAPA TIDAK ADA BERSYARAT. Kini tinggal bapak yang sudah berumur 82 tahun dan semoga anak-anak memberi perhatian padanya sewajarnya.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan dosa-dosa kami dan semoga kami akan berjumpa di Syurga Firdaus dengan Rahmatnya jua.

Ameen Ya Rabb.

...

Thursday, July 18, 2013

Pasti Marah ? ?....








Bersabar harus ada dalam sikap  seorang insan setiap waktu dan dalam bulan Ramadhan Kareem ini kita diminta mendidik hati supaya bersabar menghadapai apa jua keadaan dalam hidup.

Tetapi sabar harus juga kena pada tempatnya...itu pendapat saya.
Manakan boleh bersabar dan melihat sahaja sesuatu krisis yang menjejas maruah dan keselamatan.
Saya sedang marah dengan sikap Amerika terhadap Presiden Muhammad Mursi dan Mesir.

Nampak hidung belangnya... jika apa yang dilaporkan di CNN  itu benar. Dalam satu ketika President Obama menyeru Presiden Mursi dibebaskan dari tahanan. Tetapi President Obama tidak mengatakan ia dikembalikan memegang kuasa sah Presiden yang dipilih oleh rakyat secara sah mengikut perundangan Mesir yang termaktub waktu itu.

Kini President Obama menghantar pula wakilnya ke Cairo yang menandakan ia bersetuju dengan proses pembentukan Kabinet Kerajaan baru di bawah seorang Civil. Tetapi  ia di kuasai sepenuhnya oleh Tentera pada hakikatnya.

Dalam proses diplomasi bahasa yang digunakan sememangnya indah-indah belaka seolah-olah ia tidak memihak pada sesiapa. Malahan seolah-olah ia cuba membantu rakyat Mesir melaksana Demokrasi dengan cara yang betul. "Second chance" katanya dan mahu rakyat bersatu padu. Inilah kebatilan logika dalam berhujah. Dulu semasa belajar di University di bawah Professor DiRaja Ungku Abd. Aziz saya kurang mengerti implikasinya dalam usaha mengelirukan pendengar. Kini saya sudah faham strategy menggunakan "falacy" dalam logik. Ia amat berkesan kerana apa hujah sekalipun jika diatur dengan logik seperti ini ia akan nampak seperti tepat dan benar.

Mana logiknya  "peluang kedua" kalau peluang pertama kalinya pun belum selesai dan sudah dihalang atau lebih tepat lagi, sudah dibunuh.

Tetapi mereka ini lupa. Mereka merancang dan mereka tidak tahu Allah itu maha Perancang. Mereka berdusta kerana mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa Allah itu maha Melihat, maha Mendengar dan maha Mengetahui.

Banyak lagi yang bolih di analisa mengenai sikap Tentera Mesir dan sekutu-sekutunynya. Semoga Allah membatalkan perancangan mereka. Yang benar tetap benar, yang batil tetap batil.

Mohon keampunan Mu dan mohon pertolongan Mu Ya Rabb...

....

Tuesday, July 16, 2013

Meniti Laluan Jihad @ Ramadhan




Malam 6 Ramadhan  kami solat di Masjid al Hidayah di Kelana Jaya. Selepas Solat Terawikh 8 rakaat kami di sajikan program membina kesedaran hidup berjihad. Antara amalan berjihad adalah membantu bersungguh-sungguh mereka yang sedang dizalimi.

NGO HALUAN membawa tetamu dari Palestin untuk mengimamkan solat. Kemudian YAYASAN AMAL menayangkan video mengenai Syria dan mengenai orang-orang Rohingya yang dizalimi dinegaranya sendiri.

Pelancaran mengumpul dana untuk mereka  dilakukan oleh seorang aktivist masyarakat Tuan Ibrahim Tuan Man dengan memberi penerangan ringkas mengenai perjuangan umat Islam kini terutamanya di negara-negara Timur Tengah, termasuk yang paling akhir ini, di negara Mesir. Amat menyentuh hati dan video pendek mengenai Syria dan Myanmar membuka akal fikiran seluasnya untuk mengerti erti kerugian jika dalam kehidupan tiada wawasan dan tiada perjuangan.

Rasa sebak dihati kerana tidak dapat membantu sewajarnya. Ustaz mengatakan jika dapat membantu sedikit pun tidak mengapa tetapi kita harus istiqamah membantu mereka yang memerlukan. Doa adalah senjata yang tiada bandingan akan kekuatannya. Maka jangan putus-putus kita berdoa bagi semua dimana jua mereka berada dan di era mana mereka berjuang, sepanjang zaman hingga Allah kurnia kejayaan.







Pada pagi hari itu saya menghadiri majlis Ilmu di Masjid Kg Tunku yang dianjurkan oleh NGO Pakatan Kebajikan Islam Kg Tunku dan diurusetiakan okeh Biro Wanitanya. Tajuk ceramah oleh yang berbahagia Dato Hassan Din Alhafiz ialah "Cinta Allah, Cinta Rasul dan Ikhlas dalam Beribadah." Apa yang menarik perhatian saya ialah penampilan pelajar-pelajar dari Madrasah Tahfiz Tazkiah. Dalam program khas mereka mengalunkan Qasidah dan diakhir majlis mereka bersolawat beramai-ramai (malidurRasul) dan bernasyid. 








Senyap-senyap saya berdoa semoga anak-anak ini akan menjadi pewaris semangat berjuang membela Islam. Kekadang  kedengaran suara-suara mengatakan anak-anak yang meneruskan pengajian dalam Ilmu Islam kurang penampilan diri dan kurang dalam kemahiran berhujah dengan pihak yang berkepentingan. Mereka lebih selesa mendengari masaalah dan menyelesaikan masaalh seperti cara mereka terdidik di Madrasah. Dari pengalaman kerja saya berinteraksi dengan pegawai-pegawai yang berlatar belakangkan pendidikan Islam,  kekadang saya dapati mereka kurang berani tampil menjadi pemimpin dalam mengurus krisis. Ini pemerhatian rambang dan mungkin tidak tepat. Maka saya suka dengan program Imam Muda kerana itu adalah salah satu jalan membina kepimpinan waja di kalangan pelajar dalam jurusan itu.


InsyaAllah dengan dorongan generasi yang berpengalaman dan berwibawa, anak-anak ini akan menjadi pemimpin negara dimasa hadapan, bukan sahaja untuk negara Malaysia tetapi berkebolehan memainkan peranan sebagai pemimpin yang berani berjuang membela Islam sejagat berdasarkan Iman dan Taqwa.

Sama-sama kita berdoa semoga sebahagian dari pelajar-pelajar seperti itu akan juga menguasai Ilmu teknikal dan jurusan-jurusan yang amat diperlukan untuk membina sesebuah negara supaya tidak lagi bergantung pada orang lain. Paling tidak kita mengharapkan akan lahir professional seperti President Mesir Muhammad Mursi. Dunia gentar dengannya walaupun rasa itu terpaksa mereka sembunyikan.

Semoga Allah memberkati segala usaha ke arah itu. 

Ameen Ya Rabb....

...

Saturday, July 13, 2013

Berkejaran @ Ramadhan






.....ibarat bersihnya dan sucinya seorang  bayi.


Banyak sekali ceramah dan penulisan di alam maya mengenai keistimewaan bulan Ramadhan. Walaupun sudah bertalu-talu mendengarinya setiap tahun menjelang Ramadhan, tetapi setiap kali saya mendengainya lagi, hati saya menjadi lebih teruja dan ingin memperbaiki diri dalam usaha bertaqarub dengan Allah swt yang maha Pengasih maha Penyayang.

Maka pada hari pertama puasa saya pergi awal ke Masjid untuk iftar bersama jemaah masjid dan mereka yang datang yang mahu mengimarahkan Masjid terutamanya di bulan mulia. Namun rezki kurniaaan Allah tidak kita tahu sepenuhnya. Pada Iftar hari pertama rupanya ada masaalah komunikasi antara ahli Jawatankuasa Masjid dan sukarelawan  yang bersetuju membawa juadah. Maka kami hanya makan kuih-muih sahaja dengan sedikit hidangan nasi. Alhamdulilah,  kenyang juga walaupun tidak rasa meriah seperti tahun lepas di mana majlis Iftar di laksana sebahagian besarnya oleh sukarelawan. Terdetik dihati saya rasa "kecewa" yang tidak sewajarnya terjadi kerana redha Allah boleh tercapai berbagai cara dengan Rahmatnya.

Maka saya memarahi diri sendiri kerana terlintas rasa kecewa walaupun seketika. Ini bererti usaha mendidik hati untuk bersyukur dalam apa jua keadaan belum tercapai sepenuhnya. Memohon keampunan Mu, Ya Rabb...

Tidak ingatkah bagaimana habuan mereka yang Allah uji dengan peperangan, dahulu dan sekarang. Tidak terfikirkah bagaimana pelarian perang menyambut Ramadhan dalam suasana yang sentiasa terancam akan keselamatan diri dan keluarga. Tidak terfikirkah bagaimana pejuang-pejuang Islam merengkuk di penjara dan mungkin terus menerus di sikasa dan dizalimi? Tidak terfikirkah?.....tidak terfikirkah?........

Kalau syaitan dibelenggu sepanjang Ramadhan, maka rasa kecewa walau sedikit dan setitik sekalipun pastinya lahir dari hati yang belum sepenuhnya dapat menundukan Ego. Semoga doa disepanjang Ramadhan Allah dengari dan diri ini dapat mengikhlaskan hati sebenar-benarnya dalam menjalani amal ibadah di mana jua dan bila-bila masa jua.

Esuk paginya dalam usaha mahu memperbaiki diri saya berkejaran turun tangga di rumah untuk mengikuti suami saya ke Masjid bagi solat Subuh.

Boooom.!...saya tergelincir dan jatuh melangkaui 2 mata tangga. Pastinya kesakitan dan  saya terpaksa membatalkan tujuan ke Masjid. Setelah melihat jatuh saya tidak serious, suami saya pergi sendiri. Saya terduduk barang 20 minit mengurut-urut lutut dan jejari kaki kerana disitu yang terasa kesakitannya. Kemudian sebahagian solat saya tunaikan dengan duduk di lantai.

Alhamdulilah kini sudah hampir sembuh sepenuhnya cuma kelihatan lebam di jejari kaki. Alhamdulilah....Allah mecuit diri memberi ingatan. Betapa sesuatu kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Seperti MAUT juga. Siapa dapat menduga.

Kini saya cuba bertenang. Dan sekarang  saya mengajak suami  mencari Masjid yang tidak laju menunaikan solat Terawikh kerana keadaan lutut dan kaki saya masih belum selesa sepenuhnya untuk membolihkan saya turun naik dengan pantas mengejar perbuatan Imam.  Saya masih berazam tidak mahu duduk di kerusi buat masa ini. Rasa seperti tidak puas ketika sujud jika muka tidak terbenam di muka Bumi. Tetapi tiba-tiba teringat  dihati saya bahawa Allah tidak nilai kita bagaimana kita sujud tetapi Allah menilai keikhlasan hati dalam pengabdian. Ramai yang sujud dengan muka terletak di atas bumi, tetapi masih banyak kemungkaran berlaku sepertinya sujud itu tidak membawa erti.

Jangan berkejaran tidak menentu, suami saya mengingatkan.

Saya senyum faham dan menginsafi diri. Semoga Allah mengampuni.....

....

Monday, July 8, 2013

Gusar menanti Ramadhan...?





Umur yang kini makin larut senja...


Dahulu semasa tenaga dan angan-angan  masih kuat,  semasa umur belum mengenal sepenuhnya erti hidup dan kehidupan, saya  rasa "gusar" bila disebut Ramadhan sudah hampir dan apabila ditanya  sudahkah membuat persiapan. Saya rasa tidak selesa dan rasa kebingungan....

Alhamdulilah, berkat doa ibu bapa dan teman setia yang selalu menjaga kebajikan saya dan sering  menasihati saya, kini saya tidak lagi rasa gusar dan kebingungan. Malahan saya rasa sebak kerana insaf betapa dalam hidup ini doa ibu bapa dan teman-teman yang ikhlas bukan kecil ertinya.

Walaupun saya rasa  belum pasti sepenuhnya yang saya sudah faham dan sudah mematuhi semua prinsip  perjalanan hidup yang di tuntut oleh Syar'ie, tetapi saya sudah tidak "gusar" menanti tibanya Ramadhan yang membawa barakah pada umat manusia.

Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan dan mengampuni segala dosa yang tidak tertanggong untuk mengiranya. Hanya belas kasihan dari Allah jua yang maha Pengampun yang saya pohonkan dan semoga  masih mendapat kurniaan Allah untuk menghayati Ramadhan yang sudah hampir sangat tibanya.

Umur kita hanya Allah yang tahu. Pada minggu yang lepas anak dua pupu saya berumur 21 tahun meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Itu sabab-musabab sahaja. Hakikatnya sudah sampai janjiNya. Dua-pupu saya ini bernama Zakaria Sungeb dan siapa yang selalu menerbitkan buku atau penulisan akan kenal padanya kerana ia bekerja dengan Galarie Ilmu di Kota Damansara. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruhnya dan semoga ahli keluarga redha akan pemergiannya.

Tahun ini saya jangka tidak dapat mengambil bahagian dalam penyediaan berbuka puasa di Masjid Kg Tunku. Semoga Allah kurnia peluang dan ruang yang lainnya untuk menyemarakan Ramadhan tahun ini dan semoga mendapat redhaNya mengikut laluan yang berlainan. Ustaz kata laluan masuk Syurga itu berbagai maka jangan kita memilih-milih hingga kita menjadi ahli Ibadah yang seperti seorang kapitalis. Ini kata Ustaz Pahrol dalam Blognya " Genta Rasa". Jangan kita menghitung banyak mana pahala yang Allah akan kurnia, tetapi kita harus sentiasa ingat bagaimana mahu melaksana ibadah bertujuan  kerana Allah dengan hati yang ikhlas sejujur dan sehalus mungkin.


Semalam saya hadir dalam satu majlis di rumah seorang teman untuk menyambut Ramadhan. Aktiviti diisi dengan Tazkirah seorang ustaz jemputan yang mengingatkan hadirin supaya jangan melepaskan peluang untuk beribadah seperti yang dituntut dalam alQuran dan Hadith. Majlis juga diselangi dengan solawat atas Nabi Muhamammad saw dengan iringan alat gendang kecil yang dipersembahkan oleh murid-murid kelas Kafa anjuran NGO Pakatan Islam Kg Tunku, cawangan wanitanya.

Dalam hati saya berdoa semoga apa jua amalan soleh yang kita buat dalam bulan Ramadhan dapat terlaksana berterusan . Ia seharusnya menjadi amalan kita setiap hari mengikut kemampun masa dan tenaga dan tidak mengira dalam bulan apa dan di mana kita berada.

Selamat menyambut Ramadhan alMubarak.
Semoga Allah meredhai dan mengampuni dan di Syurga Firdaus kita bertemu nanti.
Ameen Ya Rabb....

....

Saturday, July 6, 2013

Emotional....





Manakan saya tidak emotional !

Bukan..bukan....saya tidak emotional. Tetapi saya suka menyatakan sesuatu yang dekat di hati  saya dengan penuh emosi....iaitu emosi tanda saya  peka dan peduli akan fakta yang saya katakan.

"I am not emotional. But I speak with emotions".

Saya mengatakan sesuatu sepenuh hati terutamanya sesuatu yang berkaitan prinsip dan nilai hidup Islam. Ilmu sedikit tetapi ingin juga berkata....
Kadang-kadang terkuat suara ....

Kata seorang teman :"You can call a spade a spade. But isn't it better to consider 'a rose is a rose by any other name'.  Saya akur dan cuba menyatakan sesuatu 'with flowers' jika  kena pada tempatnya. 

InsyaAllah...... saya akan tetap  menjaga adab-adab berhujah atau berbicara. Saya belum sampai  (atau tidak sampai) peringkat membaling kasut seperti yang dibuat oleh seorang pada George Bush ketika ia Presiden Amerika Syarikat dahulu. Semua kerana emosi....lepas geram!

Kes membaling muka George Bush dengan kasut oleh seorang wartawan (yang tidak kena padanya) telah menyebabkan dia dipenjara. Pasti dia rasa puas walaupun tidak kena pada sasaran dan kos menyatakan dengan emosi itu suatu yang mahal. Setengah orang kata: "Apa yang hendak ditakutkan? Mati pun tak apa demi negara, agama dan bangsa".  Ini kena tanya Ustaz yang mahir......

Saya akan katakan apa yang saya rasa saya harus pertahankan, walaupun kadang kala ia boleh membuat seseorang salah faham dan akan berkecil hati dan akan menarik diri dari kumpulan saya. Seandainya saya  mendapat tahu seseorang itu tersentuh secara negatf saya akan mendahulukan diri memohon maaf dan menjelaskan apa maksud saya sebenar. Saya mengerti setiap kita mempunyi latar belakang hidup yang berlainan dan tidaklah wajar bagi saya untuk berkata sesuatu sesuka hati. Tetapi saya juga manusia biasa. Kadang-kadang tergelincir........

Semasa bekerja dahulu saya cuba menahan diri jangan sampai terlepas cakap. Saya dapati ketika itu  saya lebih selesa bercakap dalam Bahasa Inggeris dan  hujah yang "pahit" mudah dilunakan. Maklumlah bahasa Ibunda saya adalah  bahasa Jawa  dan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris saya lebih selesa bahasa Inggeris. Saya merasakan 'lenggok' bahasanya  kurang menampakan rasa "emotional". Ia seperti mengatakan sesuatu "emphatically". Itu sahaja. Alhamdulilah saya belum pernah keterlanjuran............saya rasa begitu. Tetapi  saya tidak  dapat mengawal sepenuhnya tanggapan orang lain. Saya pujuk diri untuk yakin dan waspada dan berhujah dengan ikhlas. Saya cuba....

Tetapi realitinya ialah kita mudah bercakap mengenai menguasai emosi selagi emosi belum teruji.....

Maka  sejak kelmarin telinga saya panas bila mendengar berita seperti apa yang terjadi di Mesir kini. Agak rasa panas juga telinga saya mendengar komen Raja Arab Saudi dan UAE dan Syria. Komen Presiden Obama juga  jelas bermuka-muka. Tanyakan pada suami saya apa yang saya kata !...

Terbayang-bayang di mata melihat diri membalingkan kasut ke muka....
Muka siapa ye?
Kemudian beristighfar dalam hati supaya  hati menjadi reda.

Cerita President Morsi belum berkesudahan sebenarnya. Kita lihat dan dengar..... Jangan emotional. Sekurang-kurangnya tolong beliau dengan doa, bersungguh-sungguh berdoa. Beliau ditipudaya dan dizalimi. Semoga doanya Allah dengari....

Nanti kita cerita lagi mengenai tipudaya manusia.

Ya Allah, bantulah kami untuk bertindak kena pada tempatnya....Bila sampai waktunya jadikan kami bersikap berani kerana benar.

Saya ingatkan diri...Jangan ikut prinsip seperti musuh-musuh Presiden Morsi yang berpegang pada fakta bahawa yang ramai  atau majoriti itu  betul. Yang minoriti itu tidak betul. Demokrasi boleh kita ikuti selagi mana prinsip syar'ie dipatuhi. 

Semoga negara Mesir selamat dan sejahtera di bawah kuasa pemimpin yang beriman dan bertaqwa, pemimpin yang sah dan dikasihi rakyat semua...

Ameen Ya Rabb..

...

Friday, July 5, 2013

Siapa kata jalan ke Syurga itu mudah.....






Hati saya bersama dengan President Mohammed Morsi,. Biarkan ia dikata bermacam-macam oleh mereka yang sebenarnya tidak sayang pada Islam. Ia dituduh  seorang  "Iskamist" dengan implikasi negatif. Itu interpretasi musuh-musuhnya.  Beliau tidak bertindak inclusive dalam mengendali negara dan berbagai lagi tuduhan atasnya.
Photo ehsan google.

Lebih setengah malam saya mengikuti laporan khas dari Astro terutamanya dari channel CNN. Yang lainnya tidak banyak membuat laporan. CNN cuba sedaya upaya untuk berprinsip neutral tetapi bahasa yang digunakannya ada kalanya menunjukan belang sebenarnya. Keyakinan saya pada Morsi tidak boleh dijual beli. Beliau dilantik secara sah dan menggulingkannya secara coup d'etat tidak bolih diterima sama sekali. Ini pendirian saya hingga ada pihak yang boleh meyakinkan saya selain dari nya.

Saya melihatnya dari jauh tetapi saya yakin beliau bukan berniat memusnahkan kepercayaan rakyatnya dan hanya mahu  menguntungkan diri dan rakan-rakannya.  Itu bukan prinsip Ikhwan Muslimun.    
                                                                       
Apa buktinya ? Pasti itu soalan yang saya harus jawab. 

Saya tidak dapat berhujah dengan fakta-fakta seperti aktivist professional. Saya percaya ia pejuang Islam yang tulin. Pejuang dalam maksud mahu melaksana perintah Allah dan mahu menghindar laranganNya. Caranya mungkin sukar hendak dituruti oleh setiap individu tetapi ia harus terus mencuba dan pertolongan Allah pasti bersama. Allah telah berjanji: "Buat apa yang Aku suruh, Rahmat Ku akan bersama". Di mana jua janji Allah itu benar, tetap benar.

Tetapi jalan menuju redha Allah pasti penuh ujian, penuh cabaran, penuh halangan dan berbagai kekangan yang harus dilalui dengan  penuh kesabaran. Hari ini ia  tewas di tangan mereka yang mahu mencorak hidup mengikut suka hati. Esuk perancagan Allah siapa yang tahu. Cuma Allah berjanji siapa yang beriman dan bertaqwa, melaksana apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, Taman-taman Syurga tempat tinggalnya di akhirat nanti. Syurga itu benar, Neraka itu Benar. Jangan kita hanya bertindak ikut fikiran yang tandus keyakinan Allah itu Satu dan ia maha Berkuasa atas segala-galanya.

Hari ini bukan penentu kejayaan.  Ia merupaka satu lagi fasa perjuangan yang menuntut kepimpinan mengatur semula strategy, memperbaiki kesilapan dan menghalusi dan menilai semula langkah-langkah tindakan. Ujian merupakan kurniaan Allah untuk mengangkat kedudukan seorang mukmin di sisi Penciptanya.

Walaupun ramai penyokong President Morsi telah ditangkap dan akan ditangkap, saya percaya akan ada pelapis yang sama komitmennya. 

Peristiwa hari ini membuat saya sedih, tetapi tidak membuat saya kecewa. Saya ingin mengingat kembali  Ayat 55 Surah An Nur dan muhasabah diri akan kehendaknya. Doa saya panjatkan untuk kejayaan yang luar biasa.

Semoga Allah mengurnia kekuatan dan kebijaksanaan.
Ameen Ya Rabb.

... 

Thursday, July 4, 2013

Hari ini saya rasa amat sedih.....


ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, 
ALLAHU AKBAR.....

Ingatan dan focus saya hari ini ialah pada President Negara Mesir, Mohammed Morsi. Saya rasa sedih.

Ia digulingkan dari kuasa dan istilah yang digunakan ialah Military Coup d'etat, satu istilah yang penuh kontroversi. Siapa dalang rampasan kuasa ini, sama-sama kita perhatikan. Saya sendiri bukan pakar politik untuk menuduh sesiapa. Tetapi hati saya mengatakan ia terdiri dari mereka yang berkepentingan diri.


Saya yakin, mereka yang tidak suka President Mohammaed Morsi ialah mereka yang tidak sayang akan Kebenaran Islam. Kalau orang seperti Mohammed Morsi boleh dituduh tidak cekap mengurus dan mengendali negara, dan dalam masa setahun sudah dikira gagal membangunkan ekonomi dan menaikan taraf hidup rakyat, maka saya ingin lihat penggantinya yang ditempatkan sekarang ini oleh Tentera bolih berbuat sesuatu yang segera yang dapat memuaskan hati rakyat Mesir. Saya ingin tahu di mana di dunia ini orang yang dilantik memerintah boleh membuat perubahan segera dan dalam setahun sudah boleh dinilai seperti President Morsi dinilai. 


Saya takut ada petualang negara yang cintakan kebebasan  yang dipengaruhi oleh kuasa-kuasa luar yang tidak suka akan Islam. Itu yang saya percaya dari fakta yang saya baca saya dengar dan saya lihat. Mungkin betul mungkin tidak tetapi firasat saya mengarah pada mengatakan ia betul.


Di Turkey pun saya rasa fenomena yang sama sedang berlaku. Tetapi lagi sekali saya katakan saya bukan pakar politik. Saya hanya guna firasat. Tetapi siapa percaya pada firasat.


Tidak mengapa kalau tidak ada sesiapa mengatakan saya betul kerana saya yakin Kebenaran tidak pernah memilih pihak. Yang benar tetap benar yang batil tetap batil. 


InsyaAllah saya akan sentiasa memantau diri supaya berada di pihak yang benar. Sama-sama kita fikirkan Surah An Nur ayat 55. Itu janji Allah. Semoga Allah mennunjuki jalan.


Ameen Ya Rabb...


...

Wednesday, July 3, 2013

O Embah..you have grey hair ! !.....




Akif and Asim


.....Suddenly he came running almost charging at me and before I could do anything he was all over me, hugging and kissing me. I was sitting on the sofa in the living room and my daughter was in the kitchen. It took me by surprise as I was watching the Disney Channel on TV trying to explain one or two words to Huzaifah.

"Wo...wo...wo....hold on Akif. What are you doing ?", I wrestled with him a bit as I was afraid he would ruin my glasses and it would be a disaster ... 

Suddenly he took out my head scarf and shouted out loud: "Embah you have grey hair ! Why's your hair grey?
This is Akif my dear grandson and he is an autistic child. My immediate reaction was a big laugh and said  "..because I am old..old people have grey hair."
"Why do old people have grey hair?" looking at me demanding an answer!
"Because I was born a long time ago..." What better answer can one give.

Then he hugged me harder and kissed me ferociously and said "O Embah, I love old woman, I love you..."

That was totally unexpected and I was so touched by his action that I was almost in tears... He is autistic  and has his own ways of doing things.

"Okay Akif I love you too", and hugged him in return. 
"Embah, I love old woman...." he said again and again and ruffled my grey hair... he laughed and giggled. I was enjoying that special moment....

Akif made my day. He is five and attends a special class in a normal school in Putrajaya. Ever since he was diagnosed "mildly autistic" I learned new things about life, about the greatness of Allah and His creations and I learn the meaning of:  "Nothing that He creates is created invain". 



My daughter educates me on autistic children as she learned from the professionals in HUKM and UMMC.  Children are special in their own ways and an autistic child like Akif is even more special to me. He loves to look at picture books and will insists on his mother to read them to him whenever he feels like doing.  Akif has a lot of energy, typical of some autistic children,  and  likes to wrestle with his brothers or even with adults like me and my husband. 

May Allah has mercy on Akif and on all others like him. Ameen.....

....

Monday, July 1, 2013

Cerita-ceriti ingin jadi kreatif......






Selalu kita kata kita suka pada sesiapa jua yang kreatif untuk menjadi staff kita dalam sesebuah organisasi. Isu kreativiti banyak dibincangkan semasa saya berkursus mengenai pengurusan sumber manusia semasa saya bekerja dahulu. Tetapi di sini saya hanya ingin menyentuh fakta kreatif secara santai.

HIASAN TINGKAP...krativiti ikut citarasa.

Saya perhatikan secara rambang daya kreatif ada kaitan langsung dengan daya imaginasi minda kita. Saya masih ingat semasa berkursus di INTAN bagi pegawai kerajaan, kami ditanya: Siapa diantara kamu yang kreatif, angkat tangan.

Hanya dua tiga orang sahaja yang angkat tangan, termasuk saya. Penceramah senyum lebar dan bertanya mengapa yang lain senyap sahaja. Untuk memendekan cerita, penceramah itu kata siapa yang berfikir dia kreatif, maka dia kreatiflah. Sebab kreativiti itu bermula dari minda yang berani mencuba apa sahaja.




Saya ingat saya tertawa sahaja pada diri sendiri. Entah ya entahkan tidak. Siapa nak buktikan? Saya jenis yang suka berangan-angan, maka sering tidak malu kalau saya didapati tidak menepati apa yang dikehendaki, terutamanya oleh boss semasa bekerja dulu. Kita tidak perlu serupa sentiasa. Kita boleh lain dan berlainan. Allah tidak buat dunia kita ini sempit. Maka jangan kita yang menyempit-nyempitkannya.

(HIASAN TINGKAP yang ini seperti melonggokan barang-barang sahaja...
juga ikut citarasa.)

Itu yang betul. Jangan kita yang sempit-sempitkan. Dan saya selalu teringatkan cerita "Angan-angan Mat Jenin". Tak kan salah suka berangan-angan. Tetapi pastikan jangan sampai tergelincir.........

Seingat saya dan setahu saya di Malaysia belum ada orang yang punya daya kreatif luar biasa yang mengharumkan nama negara setanding dengan yang ada di dunia luar sana. Agaknya mengapa ye?
Saya suka mengatakan kerana di negara kita ini kita tidak digalakan berubah. Kita takut pada perubahan. Kita terperangkap dalam hidup selesa dan rasa tidak perlu mengubah apa-apa atau mencipta apa-apa. Ikut sahaja sudah cukup.  Kata setengah orang: ...kan itu lebih senang

Kita tidak kreatif mungkin juga kerana negara kita tidak banyak memperuntukan kewangan untuk kerja-kerja penyelidikan maka dengan itu tidak sempat tercetus idea baru dalam proses mencari-cari kerana masa yang terhad dan ruang yang terhad.

Entahlan.....Tanyalah diri dan jawab sendiri. Sebab saya sendiri  pun tidak ada mencipta apa-apa yang luar biasa. Maka saya tidak akan menyalahkan orang lain. 

Cuma saya ingin mencari penyelesaian bagi anak cucu-cucu semoga mereka berjiwa kreatif, dan mungkin menjadi "inventor", suka mencuba perkara baru, tidak takut membuat kesilapan walaupun kos kesilapan itu tinggi. Cuma cuba jangan ulang kesilapan yang sama.

Saya ingin mereka mematuhi saranan dalam al Quran supaya menjadi "ululalbab" yang sentiasa berfikir-fikir dan sentisa berusaha dan berani dalam apa jua keadaan. Ia tetap berani walaupun seorang....


 
Tidak perlu kreativiti untuk hidangan seperti ini ?...


Saya juga sesekali memerhatikan bahawa orang yang kreatif itu mencipta sesuatu  kerana mereka dalam situasi terdesak. Kita ambil contoh mudah. Orang yang mencipta resipi baru saya percaya lahir dari situasi ia kekurangan bahan yang sebenarnya dan ia berani mencuba-cuba dengan apa jua bahan masakan yang tersedia dihadapannya ketika itu. Satu hari...a...ha "Eureka ! !" Ia dapat resipi yang dipercayai mendapat sambutan. Maka menulislah ia sebuah buku Resipi Baru.

Saya rasa bersalah atas diri. Tidak ada yang dapat saya ceritakan pada anak cucu sebagai contoh bahawa saya kreatif.Maka dalam baki masa yang amat singkat ini saya suka mencabar minda anak-cucu saya semoga mereka dapat keluar dari kepompong yang biasa-biasa.

Saya suka memikirkan hal hal kreativiti dalam muhasabah diri. Maka sahaja untuk cerita-ceriti saya catat di sini......saya pernah berkerja di bawah Lim Kok Wing yang kini bergelar Tan Sri (dan menubuhkan sebuah university kreativiti) dalam tahun awal tujuh-puluhan di abad lepas. Beliau menjadi Perunding pada Jabatan Perdana Menteri yang ketika itu di bawah pimpinan Allahyarham YAB Tun Abdul Razak. Saya berkerjasama juga dengan Mustafa Shariff seorang pakar runding dibidang komunikasi. Saya bekerja di bawah pengawasan Puan Nuraizah Abd Hamid (kini bergelar Tan Sri) di Jabatn Perdana menteri yang ditugaskan untuk melaksana satu mega Expo bagaimana mahu merubah minda Rakyat terutama mereka yang dibandar-bandar kecil. Generasi muda tidak pernah tahu hasrat YAB Tun Abd Razak yang murni ini. Dahulu mesej beliau mahu rakyat berubah....kepada yang lebih baik. Saya seronok bekerja di bawah Tun Abd Razak....

Kalau saya terus bersama mereka agaknya saya juga kini Jutawan atau lebih dari itu. Oooops....silap cakap.

Tapi hakikatnya sedikit-sebanyak saya dapat mempelajari cara bagaimana menggunakan media untuk menarik perhatian. Apakah fakta-fakta yang perlu diambil kira dan berbagai lagi. Selepas pengalaman Mega Expo dengan dua personality ini saya dapat melihat bagaimana mahu mempengaruhi orang selain dari menggunakan lisan dan media biasa. Minda kreatif sentiasa "cuba berfikiran serong", i.e cuba lihat dari berbagai sudut sebelum memutuskan sesuatu tindakan.

Ambil jalan yang tidak sering dilalui dan kita dapat menemui banyak perkara baru.

Pengalaman itu banyak membantu saya semasa berkerja seterusnya dalam perkhidmatan awam. Tetapi saya "syok sendiri". Jarang sekali idea saya digunakan kerana mungkin ia membuat kedudukan orang di sekeliling tidak selesa dengan saya.

Tidak mengapa dan saya tidak kecewa. Jangan jadi orang yang suka perasan diri dan jangan sekali rasa  hairan diri. Itu salah dan boleh membatalkan segala amalan. Maka saya terus berkerja dengan rasa syok-sendiri walaupun saya tidak mendapat pengiktirafan oleh pihak pentadbiran seperti teman-teman saya yang lain. Saya belajar bersyukur seadanya. Saya tahu apa yang saya tidak dapat, dan mungkin itu lebih baik. Saya pun mendidik diri supaya rasa sama sahaja.... dapat atau tidak dapat. Saya belajar memahami Qudrat dan Iradat Allah yang maha besar maha agong.

Maka dalam waktu yang sama saya cuba membina minda anak cucu supaya berdikari kerana dengan berdikari (kerja sendiri) kebarangkalian seseorang itu dapat melaksana apa yang difikirkan baik tanpa perlu mengikut kehendak sesiapa adalah lebih baik. Semoga Allah menganugerah rezeki yang murah bagi tujuan ini dan sentisa menunjuki jalan. Yang wajib bagi kita ialah usaha.

Yang baik datangnya dari Allah, segala kekurangan dan kesilapan adalah  kelemahan diri sendiri.

Semoga Allah mengampuni.

...
Related Posts with Thumbnails