Suatu yang membuat saya berfikir dengan serious semasa kembara ke Yunnan ialah tekad kuat berusaha orang-orang Cina Islam berhampiran bandaraya Kunming, iaitu di Sedine. Kami dibawa melawat sebuah TADIKA swasta yang dibina dan di senggara oleh kumpulan individu koporat. Besar, cantik, bersih dan saya kagum dengan kegigihan pengusaha yang memulakan projek ini. Hj Yusuf namanya. Ia punya harta warisan keluarga. Ia mengakui dirinya banyak kekurangan, tidak seperti orang lain. Dia boleh membaca tetapi dia tidak boleh menulis. Maka dia bertekad untuk berbuat sesutu supaya generasi mendatang dapat di bina dan dididik untuk menjadi Muslim yang serba boleh. Maka ia mendapatkan kerjasama beberapa rakan yang berharta dan membina Tadika ini. Beliau menjadi Pengetua atau pengarah pengurusan Tadika itu. Mereka tidak bergantung pada pemerintah.
Taman permainan yang bersih, sederhana dan mencuckupi.
Mereka membeli sebidang tanah yang luas bukan sahaja untuk mendirikan bangunan dan semua kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan, tetapi juga untuk berkebun luas dan menternak haiwan untuk keperluan hidangan makanan harian dan sebagainya.
Saya rakam foto ini dari tingkat 2, luas mata memandang.
Maka saya teringatkan Taska dan Tadika SmarTop Subur Fitrah yang saya membantu mengurus di Tangkak Johor. Bezanya antara bumi dengan langit, ibaratnya. Di bawah ini saya turunkan foto anak-anak yang kami santuni dalam masa yang singkat di sana.
Anak-anak mesra dengan pengetua. Mudah sahaja ia angkat dan mendukungnya
Ustaz ketua rombongan dan suami saya pun sama-sama melayan dengan mendokong mesar.
Anak-anak nampak gembira. MasyaAllah...
Kumpulan ini bersedia untuk menghafal surah alFatihah. Sungguh jelas hafalannya.
Kemudian diikuti dengan hafalan terjemahannya dalam Mandarin.
Saya teruja mendengarinya....
Saya dan suami saya bertekad untuk mengikut contoh ini. Di SmarTop kami tidak meminta anak-anak menghafal terjemahan dalam Bahasa Melayu.
Nanti pulang saya katakan pada partner saya kita tambah hafalan makna alFatihah.
Biar kan menghafal walaupun belum mengerti erti sepenuhnya.
Kami melihat bilik darjah bersama pengtua, Hj Yusuf berbaju belang.
Mereka tertib mendengari kata-kata gurunya. Hj Yusuf memaklumkan di sini mereka banyak membuat hafalan. Katanya itu berkesan untuk persedian remaja dan dewasa.
Tengah hari ada sesi rehat dan tidur. Perhatikan ruang rehat dengan
katil-katil kecil yang diurus rapi.
Katil-katil kecil ini ada di pasaran kerana kami melihat kemudahan yang sama
semasa melawat sebuah tadika yang diurus oleh sebuah Masjid.
Tidak saya kongsikan di sini sebab sudah terdelete.
Ini kemudahan bilik air. Cantik dan bersih.
Kemudahan tandas di bina menguikut saiz anak-anak. Di SmarTop kami terbina ikut saiz dewasa. Itu standard di Malaysia.
Anak-nak kecil perempuan yang sudah berumur melebihi lapan tahun dilatih menutup aurat.
Di sini kelihatan dengan gurunya. Hj Yusuf menerangkan bahawa guru-guru diberi latihan khusus untuk mengendali anak-anak mengikut umur.
Ini anak yang pintar luar biasa. Baru berumur 5 tahun tetapi sudah hafal 4 juzu' alQuran. MasyaAllah...Saya rasa ta'jub lantas muhasabah diri.
Bagi anak-anak yang sudah diperingkat umur sekolah Rendah dan masih tinggal
di Tadika itu mereka di didik berlainan.
Di sini kelihatan dilatih solat berjemaah. Saya lihat perbuatan solatnya tertib. Lepas solat diikuti dengan zikir. Lelaki sudah diasingakan dari perempuan.
Ini anak-anak kecil peringkat Taska. Masa terlalu singkat untuk bertanya butiran lanjut.
Cuma saya teruja dengan gelagat anak-anak ini. Ada yang darah
keturunan Arab atau dari kaum lain dari utara Yunnan.
Sekembalinya saya ke Malaysia, terniang-ngiang kedengaran suara anak-anak di Tadika ini. Antara Laman creativity mereka, iadi buat terus di luar bangunan, dan merupankan kawasan laluan yang mengguna bahan binaan yang boleh diconteng-conteng. Anak-anak kelihatn aktif dan ceria. Saya kagum....
Lihat hasilnya.....
"Buat....buktikan kita Muslim", Itu yang saya katakan pada anak saya bila bercerita hal kembara di Kunming. Di sana Saya kagum dengan semangat mahu berinfak demi menegakan Islam. Tidak ada tempat bergantung melainkan pada diri sendiri. Pihak pemerintah hanya memberi kebenaran dan lainnya pasti lahir dari usaha sendiri. Di Malaysia Projek PERMATA PINTAR di bawah naunag Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri adalah dibiayai kerajaan sepenuhnya. Tidak hairanlah kalau is berjaya luar biasa.
Saya pun bertekad mahu usaha lebih giat lagi mencari dana untuk Projer Tadika SmarTop di Tangkak. Jangan komplain, jangan merungut. Buat sahaja. Buktikan kita Muslim, dan buat kerana Allah. Paku kuat hasrat itu di hati dan berdoa semoga Allah menurunkan pertolongannya. Semoga pada anak-anak SmarTop ini akan tersemai bibit Iman danTaqwa dan semoga Allah teruskan kesinambungan di luar jangkaan manusia dan anak-anak ini dewasa mendukung semangat UlulAlbab seperti yang disebut dalam alQuran beberapa kali. Ulul Albab ini pintar, berakhlak mulia dan berani menegakan prinsip walaupun seorang diri. Itu antara ciri-cirinya. Berilmu dan bertaqwa adal tujuan utama kami. Semoga usaha yang kerdil ini Allah perbesarkan dengan limpah Rahmatnya.
Aameen...ya Rabb.
......