"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, July 31, 2014

DAYUS ! ....



DAYUS
Itu terjemahan hati saya bagi mereka yang mampu membantu
Rakyat Gaza tetapi memilih untuk menyepi.
Bukan menyepi pun....kata suami saya.
Mereka pura-pura peduli tetapi dihati mereka hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Antara yang saya difahamkan ialah negara Islam yang berkemampuan 
seperti Saudui Arabia yang seharusnya membantu 
dengan berbagai cara
tetapi enggan kerana kepentingan-kepentingan
mereka sendiri. Egypt mungkin tidak mampu dari segi wang ringgit, tetapi mereka boleh membuka laluan di Raffah. Tetapi mereka meletakan dasar yang menysahkan bagi rakyat Gaza keluar masuk. 
Bukan rakyat Gaza sahaja yang bermasaalah, tetapi mereka yang bukan rakyat Gaza tetapi mahu datang membantu pun mendapati 
peraturan keluar masuk tersekat. Antaranya adalah
 doktor-doktor perubatan luar negara
 yang datang secara sukarela. Mereka bukan Islam dan
mahu membantu kerana mereka faham apa yang 
sedang berlaku di Gaza sekarang ini

Kita tidak perlu bertaraf Muslim untuk membantu. Kita hanya perlu punya hati perut dan berperikemanusiaan.

We Don't Have To Be Muslim to Help.
We only Need to be Human.

Itu kata-kata di Laman Sosial yang saya terbaca.
Sungguh benar! Zionist Yahudi sememangnya adalah golongan manusia
yang buta hati dan buta segalanya!

Sepanjang Ramadhan dan hingga kini, saya sentiasa tersedih hati
 melihat apa yang berlaku di Gaza Palestine...... Seperti tidak ada semangat mahu berHari Raya. Saya dan suami tidak menghantar ucapan pada sahabat handai dan sanak saudara. Namun dihati masih terasa perlunya mengeratkan hubungan kasih  keluarga kecil, keluarga besar, masyarakat dan negara.

Jika hubungan ini benar-benar erat dan kuat, maka saya percaya amat mudah kita berusaha  memadu kekuatan dan keunggulan ummah.

Mengapakah kita sepertinya membiarkan sahaja anak-anak Palestine dan wanita dan orang-orang tua dibunuh Israel laknatullah itu. 
Harta benda dibom dan dimusnahkan. Keselesaan hidup dinafikan. Mereka hidup dalam kelaparanan dan kesakitan. Tidak ada tempat perlindungan panas, apatah lagi dari ledakan peluru yang tidak mengenal belas kasihan. 

Ini soalan hati saya yang amat desperate yang seperti meronta-ronta
 mahu ke sana membantu apa jua.

Namun tiada upaya...atau belum cukup semangat kepedulian di dada!
Saya sangsi dengan hati saya. Kalau hendak seribu daya.
Saya belum dapat mengatasi bisikan hati ini....

Cuma doa yang dapat dipanjatkan semoga Allah menurunkan pertolonganNya dan Rahmatnya yang tidak terhingga.
Sumbangan wang ringgit amat kerdil jumlahnya. Saya dan suami berikan juga sabagai tanda kami tidak sekongkol dengan mereka yang mengkhianiti dan menzalimi manusia. Hingga ana-anak kecil menjadi mangsa.

Saya percaya Allah sedang melihat dan menilai komitmen Iman kita.
 Masih mahu melihat bukti kita jitu dalam pengabdian diri dan tidak menyekutukanNya walau setitik dan sedetik sekalipun.
Saya ajukan ini pada diri sendiri....bertubi-tubi!

Kalau kita jauh dengan Allah, dan menyedari hakikat itu dan benar-benar jelas dan menginsafi kelemahan dan kekurangan diri,
maka Allah pastinya mahu kita membuat perubahan.....

Dalam saya berfikir-fikir sendirian, saya tertanya-tanya juga apakah yang sedang berlaku di kalanganan negara-negara Islam dalam hal ini.
Seperti tidak ada pembelaan yang jelas dan nyata. Walhal negara Islam punya kekayaan anugerah Allah swt, kekayaan yang negara bukan Islam amat kurang.

Semoga kita punya keberanian  untuk berdikari 
dan hanya bertuhankan Allah yang maha Pencipta segalanya, Allah
yang maha Berkuasa dan hanya DIA yang maha mengetahui dan maha Adil
mentadbir makhlukNya.

Kami memohon keampunan Mu, Ya Rabb.
Peliharalah kami Ya Rabb,
Anugerahkanlah kemenangan dan kesejahteraan pada Rakyat Gaza
dan Palestine seluruhnya.

Semoga kami bukan dari golongan mereka yang Dayus..
Demi KEBENARAN,
dan Kebenaran itu tidak pernah memihak...
Allahuma Amiin.

... 
foto ehsan google

Friday, July 25, 2014

Mendengari rayuan hati.......








Pada malam-malam sepuluh akhir Ramadhan Ustaz mengingatkan bahawa Allah swt menanti-nanti untuk mendengari rayuan dan rintihan hati-hati hambaNya. Allah pasti mengampunkan dan mengurnia permohonan setip hati hambaNya yang tulus dan ikhlas....iaitu hamba-hambaNya yang benar-benar menghayati erti seorang hamba hingga keperingakt Allah sendiri dapat menyebutkan hati itu sebagai 'nafsulmutmainnah' dan 'hambaKu ' seperti yang disebutNya dalam ayat 27-30 dalam alQuran surah AlFajr.

Setiap siang harinya, saya akan terfikir-fikir sudah sampai kemana rintihan hati saya sendiri yang dirasai sangat jauh perjalanan menuju taraf yang Allah sebutkan itu. Tetapi terniang-niang pesanan Ustaz supaya berterusan bermunajat. Jangan difikirkan hasil nya kerana itu adalah domain Allah yang mutlak. Kita hanya merayu...dan terus merayu walaupun nanti kita melepasi waktu keistimewaan Ramadhan yang Allah turunkan segala keajaiban yang padat yang terkandung dalam penurunan alQuran.

Subhanallah...Allahuakbar !

Bercerita mengenai mendengari rayuan hati saya ingin kongsikan cerita cucu istimewa saya bila ibunya melahirkan seorang lagi baby boy. Pada hari Sabtu 19 Julai Allah mengurniakan seorang lagi cucu lelaki dari anak perempuan saya. Alhamdulilah....

Maka saya dan suami pergi ke Putrajaya lewat pagi itu untuk mengambil 4 orang cucu lelaki yang telah ada. Maka culup 5 lelaki buat anak sulung saya. Lelaki atau perempuan kurniaan Allah tiada bezanya di sisiNya. Hanya manusia yang suka memilih atas sebab-sebab yang bersifat kemanusiaan semata-mata. Sebab itu dalam sejarah anak-anak perempuan di bunuh kerana kononnya mereka membawa 'sial' dalam kehidupan.

Itu fikiran dan tindakan jahiliah. 

Maka saya berterusan berfikiran dalam perjalanan balik ke Kampung Tunku dengan 4 orang cucu yang hero-hero belaka. Yang sulung Huzaifah (Ujai) 9 tahun dan yang kedua Akif, 7 tahun. Kedua-duanya istimewa. Dalam umur sebegini senja bagaimana agaknya saya akan menjaga dan mengurus mereka tanpa pembantu rumah.

Sudah terbayang kepenatan dan berbagai "kepeningan"....

Ah...saya menidakan fikiran saya yang bukan-bukan. Seorang teman saya mengingatkan supaya bersabar kerana Malaikat-malaikat Rahmat pastinya sentiasa bersama mereka kerana waktu ini mereka adalah dalam lingkungan umur Ahli Syurga. Saya rasa amat lega dengan motivasi dari teman saya itu dan senyum sendirian sepanjang perjalanan.....

Berdoa.....Semoga Allah memudahkan semuanya.

Untuk memaku perasaan redha, Allah turunkan ujian pada keesukan harinya. Amanni, cucu perempuan yang sememangnya tinggal bersama saya, telah terjatuh akibat bergelut dan berebut mahu duduk di atas kerusi yang hanya satu sahaja di hadapan meja komputer saya.

Pastinya Amanni kalah dan terjatuh. Untuk memendekan cerita, tangannya terkehel dan retak tulangnya sedikit. Empat lelaki berumur 9,7,5 dan 3 tidak mahu memberi laluan pada Amanni yang 3 tahun umurnya. 

Siapa yang hendak dipersalahkan?........

Saya berfikiran panjang dan lantas teringat ini berlaku dalam 10 akhir Ramadhan.....

Allah sentiasa mendengari hamba-hambanya dan istimewa sekali pada malam-malam akhir itu.....

Di Tanah Suci Makkah malam 27 Ramadhan amat mengundang hati-hati manusia berpusu-pusu datang ke Masjid Haram. Saya berpengalaman hanya sekali sahaja suasana itu, ia itu dalam tahun 2010. Tidak mudah menggambarkan perasaan hati.....


Biarlah rasa hati itu menjadi ingatan sendirian setiap tahun.....
Biar Allah yang menilai kerana Dia maha Mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Dan dia maha Pengampun dan maha Mengasihi hamba-hambaNya yang benar-benar MentauhidkanNya dan tidak pula sombong dan bongkak mendabik diri...

Hati ini masih kerdil, masih jauh dari satus "hamba". Hanya sahaja saya akan terus berdoa semoga mendapat pengiktirafan itu.........

Saya yakin, apa jua keistimewaan rasa hati sesaorang yang berlaku di Makkah boleh dirasai dimana jua dengan izin dan kehendak Allah yang maha Pengasih dan maha Penyayang pada hamba-hambanya. Dia maha mendengari rintihan hati kita tidak kira di mana kita berada. Di sisiNya tiada beza.....

Doa adalah satu hubungan istimewa antara hamba dan Haliqnya, dan Allah memberi tumpuan pada keikhlasan hatinya.

Hanya kita yang merasakan dan berperasaan yang ada kelainan dan mungkin ia boleh tersalah takrifan. Ini fikiran sendiri, WaAllahua'lam....

Di Palastine, khususnya di Gaza ketika ini, (dan di mana jua umat Islam dizalimi) saya membayangkan ribuan dan mungkin tidak terkira bilangan malaikat-malaikat Rahmat yang Allah turunkan untuk mendengari rintihan hati-hati yang luka dan kesakitan.....semoga Allah menurunkan pertolonganNya yang tidak terduga pada akal manusia.

Apalah saya di sini.......
Tidak merasai penderitaan, kelaparan dan seksaan....
Ujian menjaga cucu-cucu ditakrif "istimewa" pastinya tidak terbanding sama-sekali  dengan rasa kalut dan takut dan bingung ibu-ibu yang menghadapi serangan bom dan peluru berpandu dalam suasana peperangan.....

Saya insaf dan rasa amat malu mahu bercerita tentang "susahnya" menjaga cucu-cucu saya yang dua itu....

Semoga Allah kurnia RahmatNya yang tidak terhingga...
Dan di malam-malam akhir Ramadhan ini Allah kurnia sesuatu yang membawa bahagia dan sejahtera untuk selamanya....

Aameen ya Rabb.


.....
(foto ehsan WhatsApp).

Thursday, July 17, 2014

Sesungguhnya kita manusia.....jenis apa kita?







Makhluk Allah yang paling istimewa hinggakan makhuluk lain diperintahkan oleh Allah untuk sujud padanya ketika permulaan ciptaan dahulu ialah Adam. Semua sujud pada Adam melainkan Iblis.

Tugas Iblis berat jika mahu mempengaruhi dan menyelewengkan orang Muslim dan Mukmin. Untuk mereka yang tidak mahu patuh pada yang maha Pencipta, Iblis tidak perlu kalut. Iblis tidak perlu langsung bertugas menghasut mereka.

Lihat sahaja Yahudi Zionist. Saya hampir mahu katakan mereka itu boleh menandingi Iblis itu sendiri. Saya tidak punya kata dan perkataan mahu meniali mereka.....

Semoga Allah menurunkan pertolongan pada mereka yang dizalimi di mana jua dan terutamanya ketika ini di Gaza Palestine. Sememangnya mereka mahu menghapuskan penduduk Gaza dan menjadikan tempat itu jajahan Yahudi. Mereka akan berbuat apa sahaja.....menyeksa dan membunuh. Bukan sahaja merampas harta benda dan hartanah, tetapi sanggup membunuh anak-anak kecil dan bayi yang belum mengenal erti kehidupan. Benar-benar mereka itu laknatullah !

Saya tidak tahu apa lagi nak kata kerana sudah banyak diperkatakan. Malahan dari golongan orang bukan Muslim Mukmin juga telah ramai yang tampil mengutuk mereka. Mereka bukan binatang. Sebab binatang pun ada peraturan. Binatang tidak membunuh sesama bintang melainkan kerana kelaparan atau rasa keselamatannya terancam. Mereka tidak mengancam sesama binatang hanya kerana mahu menentukan mereka itu specie yang terhebat. Specie lain tidak layak hidup.

Tipu daya mereka sudah jelas. Tetapi sayangnya ada golongan yang mengaku dirinya Muslim masih menyokong mereka....ada secara terang-terang ada secara sembunyi-sembunyi. Mereka ini lupa Allah maha melihat apa yang terang dan apa yang tersembunyi. Pastinya mereka ini akan suatu ketika nanti menjawab soalan di hadapan Mahkamah Agong RabulJalil. Hanya anggota mereka yang menjawab hakikat kezaliman mereka kerana mereka sekongkol dengan penzalim. Saya berdoa mereka bertaubat dan kembali kepangkal jalan supaya Umat Islam kukuh bersatu padu. Allah sudah berjanji Orang Muslim Mukmin menguasai BUMI ini asal sahaja mengiktiraf Allah itu SATU dan tidak mensyirikanNYA.(lihat alQuran ayat 55 surah An Nur).

Allah itu maha Besar, maha Agong dan maha Berkuasa atas segala sesuatu. Orang Islam harus kembali pada ALLAH sebelum Allah kurnia kemenangan yang hakiki. Tiada jalan lain. 

Namun kita tidak menidakkan Kehendak Allah yang mutlak kerana hanya DIA yang maha Mengetahui dan maha Bijaksana. Dia yang ampunya apa jua yang di Langit-langit dan di Bumi. Jangan ada yang salah takrif siapa yang lebih berkuasa. 

Maka apa peranan kita?

Di bulan Ramadhan Kareem ini kita di ingatkan dengan berbagai-bagai amalan soleh. Antaranya ialah supaya kita menyedari tuntutan supaya kita mencintai saudara kita seperti kita mencintai diri kita sendiri. Allah amat suka melihat hambanya berkasih sayang dan bantu membantu. Kita sudah melihat persaudaran kaum Ansar dan Muhajirin. Ayuh kita sama-sama mencontohinya sekarang dengan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan, di mana jua. Yang amat mendesak antaranya sekarang ialah di Palestine. Mereka bertahan demi mempertahankan Bumia para Abia', bumi Barakah seperti disebut dalam alQuran. Kita tidak ada di sana maka kita hulurkan sebanyak bantuan yang mungkin. Paling tidak kita sentiasa berdoa untuk semua yang teraniyaya dan dizalilmi semoga Allah menurunkan pertolonganNya yang tidak terduga oleh akal manusia.....dengan Rahmatnya semata-mata.




Aameen Ya Rabb...


...

Monday, July 14, 2014

"Huzaifah dan Akif, kalaulah boleh dibawa ke Masjid........





Dalam kesibukan aktiviti bulan Ramadhan, saya dan suami  tetap rindu dengan cucu-cucu yang tidak tinggal bersama.

Setiap malam solat Tarawih di masjid saya tetap terkenang akan cucu-cucu yang sudah seharusnya ikut ayahnya ke masjid untuk latihan solat berjemaah tetapi tidak upaya dibawa bersama. Saya sayu melihat anak-anak kecil lain yang dibawa ayahnya berdiri tertib mengikuti solat. Alangkah seronoknya melihat anak-anak kecil ini memulakan pengabdian diri.

Saya sayu dan insaf......
Betapa ketentuan Allah itu mempunyai hikamhnya yang tersendiri. Kita hanya perlu redha dan semoga Allah meredhai.



Cucu saya yang dua orang yang tertua ditakrif anak istimewa dan tidak sesuai ke masjid kerana takut menggangu ketenteraman suasana Masjid. Keduanya sangat aktif. Seorang ada ADHD (Attentation Deficient Hyperactive Disoder) dan seorang lagi Otisma. Gambar di atas ialah Huzaifah yang punya cara tersendiri mengendali diri dalam apa jua permainan yang ada di hadapannya. Alat yang ada itu sepatutnya untuk bergantung tetapi ia memilih untuk senggayut seperti "spider". Subhanallah. Cara dan tingkah lakunya sukar diduga.

Akif pula mesti sentiasa diperhatikan bila ia menumpu pada sesuatu yang ia minati. Ia mudah "menghilangkan diri" mengejar apa yang terlintas di mindanya. 

Sekarang ini ibunya membawa keduanya untuk terepi di Pusat khas di HUKM. Semoga Allah membuka jalan dan memberi bantuan yang istimewa berkat doa semua di Bulan Ramadhan Kareem  yang penuh barakah ini.

Kami sekeluarga tetap berlapang dada dan redha apa jua ketentuan Allah. Kami yakin bahawa tiada ciptaan Allah yang sia-sia. Saya selalu sahaja merujuk ayat 191, Surah Ali Imran, semoga sentisa beringat.

A191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(A-li'Imraan 3:191) | 

Di bulan Ramadhan yang Mulia ini tidak putus-putus kami berdoa semoga dewasa nanti kedua cucu ini dapat "menguasai" kekurangannya dan semoga Allah akan memimpinya ke suatu arah yang istimewa yang tidak pernah terduga akal manusia.

Aameen ya Rabb....

....

Thursday, July 10, 2014

Berada di Dewan Berlepas....




Laluan ke Dewan Berlepas di Lapangan Terbang Abu Dhabi.
Cantik...

Tetapi catatan saya kali ini hanya mengambil iktibar bahawa diumur senja melepasi umur wafatnya Rasulullah Salallahualaihiwasalam adalah ibarat menanti giliran untuk panggilan menuju ke alam Barzah sebelum ke Alam Akhirat.

Seperti duduk menanti di Dewan Berlepas menuju suatu destinasi.....(kata setengah bijak pandai). Cuma di situasi sebenar kita tidak boleh berpatah balik. Bila datang panggilan kita mesti akur.

Kelmarin dahulu saya ke Pusat Perubatan University Malaya (PPUM) untuk pemerikasaan rutin setiap enam bulan. Pemeriksaan saya termasuk keadaan jantung saya kerana saya adalah bahan penyelidikan untuk memakan sejenis ubatan yang berkaitan dengan pencairan darah. Alhamdulilah....saya masih dapat bertahan. Ini nikmat kurnian Allah yang masih memberi saya peluang mencuba sungguh-sungguh membuat persiapan rapi untuk "berlepas" bila-bila masa sahaja, adat kata.

Saya ketemu seorang teman semasa mengambil ubat di Farmasi PPUM. Kami bercerita sedikit tentang kesihatan diri dan kesihatan suami. Suaminya semasa berkerja dianugerah Gelaran Tan Sri. Kini agak uzur maka saya katakan kita sama-sama sedang menanti di Dewan Berlepas.

"Eh...eh...I belum lagi," kata teman saya ini dengan menepuk bahu saya. 

Saya agak tersentak mendengari respons darinya. Saya hanya tersenyum, tergamam untuk respons kembali. Saya tidak sangka ia masih belum dapat menerima hakikat berada di Dewan Berlepas ketika ini walau pun saya tahu dia juga punya berbagai masaalah kesihatan. Mungkin kerana umurnya baru melepasi awal enam- puluhan tetapi suaminya sudah melepasa tujuh-puluhan.

Menanti Di Dewan Berlepas bukan mereka di umur senja sahaja. Mereka yang remaja dan dewasa yang sihat pun mungkin berada di Dewan Berlepas. Pasti kita masih ingat peristiwa penerbangan pesawat MH370. Maka ustaz selalu bepesan untuk kita sentiasa bersedia menuju destinasi yang sudah pasti.

Saya meneruskan urusan mengambil ubat dan minta diri untuk beredar. Ingatan Dewan Berlepas masih terpaku di minda. Saya catat pertemuan ringkas ini sebagai fikir-fikir di bulan Ramadhan Kareem. 

Semoga Allah memberi hidayah dan petunjukNya pada kita semua dan menganugerah keampunan dan keredhaanNya. Semoga amalan kita yang sedikit ini Allah terima dan di hujung perjalanan hidup ini Allah mengiktiraf kita sebagai hambaNya dan sebagai 'Nafsulmutmainnah' seperti dalam alQuran ayat 27-30 surah Al Fajr.

Aameen ya Rabb...

...

Sunday, July 6, 2014

......Antara Nikmat Kurniaan.....







Semua yang berada di langit dan di bumi sentiasa bertasbih 
pada Allah yang Maha Pencipta.
..........semoga kita juga.

....

Thursday, July 3, 2014

THE MOST PATIENT..




 Sabar dan Komited dalam Pengabdian.
Semoga Allah Kasih dan Sayang padanya.

....
Foto-foto Ehsan WhatsApp
Related Posts with Thumbnails