Enam puluh tujuh tahun
Aku bertapak di bumi kini Merdeka
Aku bertapak di bumi kini Merdeka
Namun...
Baru kini aku faham erti dan makna
Rasa bersyukur tidak terhingga
Terpahatnya sebuah cinta pada Khaliknya.
Di bumi ini.....
Aku tidak pernah merasai peluru berterbangan
Tidak pernah rasa lapar dahaga diseksa kejam
Maka aku rasa seperti 'terpilih' kerana negara aman
Dapat membina keluarga dalam kasih dan sayang.
Tetapi ku lihat di luar sana
Ada negara terus bergelut dengan pertaruhan nyawa
Anak-anak kecil dan wanita teraniyaya
Entah besuk entah lusa bertemu ajal entah bagaimana.
Hati ku remuk
Ibarat dirobek-robek
Luka parah tanpa aliran darah
Kebingungan kerana takut di dunia hidup mewah
Tetapi di akhirat nanti didapati bersalah.
Merdeka, tapi tiada daya upaya membantu saudara
Maka "terpilih" aku untuk apa?
Ku dengari jeritan 'Merdeka'
Ku perhati perayaan menyambutnya
Keluhan hati ku terus tertanya-tanya
Adakah aku ini di landasan yang benar.
Teman-teman berkata...
Merdeka bukan sekadar membentuk kerajan pilihan raya.
Bukan sekadar menyingkir kuasa
Tetapi pautan budaya penjajah masih berleluasa.
Kita perlu Merdeka ke akar umbi
Kita mahu bebas minda dan hati
Dari cengkaman kezaliman pemikiran termasuk Yahudi yang lecek keji
Hingga manusia tidak menyedari, tidak peduli.
Mereka diperah tenaga dan budi
Atas nama pembangunan dan kemajuan diri
Aku takut, aku malu...
Di sisi Allah aku rasa kecundang sukar bangkit menentang
Semua bentuk kemajuan dan kesenangan yang dihiasi bisikan syaitan
Usaha ku amat kerdil,
Hanya bercakap, hanya bicara
Semoga Allah mendengarinya, menganugerah keampunanNya
Menurunkan Rahmatnya yang tidak terhingga.
Aku ingin jadi benar-benar Merdeka
Di bumi tercinta melutut sujud mengabdi diri hanya pada Khaliknya
Semoga bahagia sejahtera.
Kini dan selamanya,
Bertemu yang maha Esa penuh mesra,
Dalam dakapan kasih sayangNya yang tidak terhingga.
Aameen ya Rabb....
....