Aisyah Zulaikha lahir pada 29 Julai 2015, lebih kurang jam 5.30 pagi. Ia cucu saya yang ketigabelas. Lahirnya dalam suasana yang agak mendebarkan kerana ia duduk dalam kandungan ibunya hanya selama 23 minggu sahaja. Doktor pakar sudah menjangka kebarangkalian ia dapat merasai aura dunia ini amat tipis sekali. Ini berasaskan pengalaman dalam kerjayanya. Namun saya masih mengharapkan satu kurnian yang istimewa dari yang maha Pencipta.
Takdir yang maha Esa kami terima. Anak lelaki menalipon saya dan katanya isterinya sudah melahirkan. Namun Allah telah menjemputnya terus ke SyurgaNya. Ia trnsit di dunia ini hanya sejam lamanya.
Seorang anak saudara mengirim ucapan takziah dari Turkey tempat ia mengaji :
"Aisyah Zulaikha. Dia belum sempat menatap wajah ibu dan ayahnya. Belum sempat puas menyedut udara dunia.......hanya sejam dapat transit di dunia sememtara.....terus dibawa malaikat untuk menanti ibubapa di pintu Syurga......memberi tiket syafaat kepada mereka. Dialah Wildanuun pelayan Syurga. Damailah di alam sana. Bersabarlah ayah bonda di sini....".
Ia disolatkan di Masjid Kg Tunku dan kemudian kami bawa terus jenazahnya ke tanah perkuburan kanak-kanak di Putrajaya.
Ini saya menuggu di kereta bersama abang dan kakanya (Amani Farissa dan Amru Fatullah) sementara Aisyah Zulaikha disemadikan.
Biras saya Ustaz Sophuan dari Alam Shah mengetuai acara. Ia tazkirah ringkas sebelum doa dilafazkan. Ia bercerita mengenai "wildanuun mukhladuun"...yang di sebut didalam alQuran yang memohon syufaat agar ibubapanya di ampunkan dan dikurniakan Syurga tanpa halangan.....asalkan sahaja redha penuh keinsafan akan kuasa Allah yang maha Tinggi maha Menentukan. Ustaz Sophuan juga menyebut sebuah hadith yang menceritakan kerugian seorang ibu yang tidak bersikap sabar dengan Ujian dari Tuhan.
Aisyah disemadikan oleh ayahnya.
Doa untuk yang pergi dan untuk yang tinggal.
Sesunggunya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah kita kembali.
....