"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, August 27, 2015
Merdeka....mencari KEMENANGAN
Kegemilangan kemerdekaan Negara kita dari penjajah sudah menampakan hilangnya warna putih bersih warisan perjuangan anak bangsa.
Kemelut kini berlegar antara mencari Kemenanagan atau mahu menegakan Kebenaran. Rasa tersedih.....
Mencari Semangat Merdeka.....
Mencari kepastian apakah esuk kita masih ada rasa selesa....
Berbagai reaksi, berbagai rasa.........
Jangan putus asa....seorang teman berkata. Pasti ada hikmahnya apa yang berlaku di negara tercinta. Kita masih ada Allah. DIA maha melihat apa yang tersembunyi dan apa yang nyata. Kalaulah kita semua yakin Janji Allah itu benar, mungkin kita tidak melanggar peraturan yang maha Esa....
Cucu pulang dari Tadikanya menyayikan lagu Jalur Gemilang. Rasa tidak cukup semangat. Kedengaran lesu.....Dan saya hanya senyum sendirian. Cucu belum mengerti apa itu Kemerdekaan. Guru tetap membina minda yang berkeyakinan....kita golongan yang Allah sayang. Ia belum mengerti apa itu sengketa yang membuat kita rasa khuatir setiap masa. Kalaulah ia tahu......
Semoga Allah memelihara....
Rakyat tidak berdosa...bergantung harapan pada pemimpin yang setia pada Kebenaran.
Ayuh kita yakinkan diri memohon keampunan, semoga awan mendung yang hitam segera beredar....dan negara kembali mampan, dengan Rahmat Allah jua.
Kebergantungan kami hanya pada MU, ya Rabb....
Mohon perlindungan, mohon kesejahteraan....
Aamiin....
......
Foto Ehsan Google lalu Whatsapp.
Saturday, August 22, 2015
TERSADAI......
Ribut tidak, tsunami pun tidak......
Tetapi rasa tersadai di pemikiran....ada kalanya tersadai dalam tindakan.
Ibarat tersadainya bot-bot ini berlabuh tanpa penumpang. Seperti kesunyian....mungkin juga kerisauan dan ketakutan.
Memang rasa tersadai. Kemelut politik macam reda. Mungkin kerana saya sudah penat membaca. Sudah penat mendengari komen teteman.Itulah rasa macam reda. Tetapi tidak nampak macam akan ada sesuatu yang benar-benar tegas akan berlaku. Agaknya orang-orang kuat bijak pandai negara sedang berfikir-fikir. Saya rasa macam terlalu lama berfikir dan terlalu lama bebincang.....Agaknya.
Blog yang saya baca mengatakan ekonomi kita amat tenat. Tukaran wang ringgit menjunam. Dan lain-lain lagi yang tidak memberi semangat untuk melihat masa depan yang cerah. Jika kita tidak usaha, sunatullah berlaku pula. Kita kena fikir berlapis-lapis....sentiasa.
Entahlah. Saya seorang pesara biasa dan diumur senja, amat senja. Tiada tambahan pendapatan. Dahulu menantu saya bekerja. Sekarang sudah tidak. Katanya susah mendapat kerja yang berbaloi kalau mahu menghantar 2 orang anak ke pusat penjagaan anak-anak. Lebih baik tidak kerja. Dia ada degree dalam marketing dari UITM.
Saya dengar-dengar dari kekawan banyak kes seperti dia. Maka saya harus membantu. Tidak apa membantu kalau negara memberi suasana yang menggembirakan... Negara menunjukan kesumgguhan membela kehidupan rakyat. Sudah tidak lagi begitu. Maka saya rasa pening.....
Saya rasa yang orang tidak pening adalah orang yang berkuasa. Masih makan cukup, belanja rumah tangga cukup, semua serba cukup.....lebih dari cukup. Kerana dia ada kuasa dan boleh berbuat apa sahaja. Rakyat pulak ikut sahaja, mungkin tidak cukup maklumat yang sampai padanya..... Ada pulak yang menyokong tanpa kira....seperti memb....... buta.
Ah....pening saya.
Seorang teman berkata pada saya. "Jangan hanya pandai mengata kerana kita juga salah dalam hal ini. Kita salah pilih, kita salah bicara, salah duga......."
Maka saya pun diam sahaja. Namun saya tetap berdoa semoga Allah memelihara kita. Semoga kita semua kembali padaNYA. Jangan tidak faham erti Allah sedang menguji dan Allah masih "bagi muka".
Allah yang maha Besar dan maha Berkuasa. Janji-janjiNya Benar, Mati itu Benar, Qiamat itu Benar, Syurga itu Benar dan Neraka itu Benar.
Ayuh bertaubat dan kembali padaNYA.....
Kasihanilah kami ya Rabb...
.....
Wednesday, August 19, 2015
Que Sera Sera.....
Syawal 2015 telah menutup tirai tetapi cerita Syawal belum selesai.
Ini pengakhirnya....
Tadika SmarTop Subur Fitrah di Tangkak Johor mengadakan Hari terbuka pada 8 Ogos 2015. Acara makan minum jamuan Hari Raya macam biasa dengan sumbangan Nasi Arab di datangkan dari Shah Alam. Yang lain-lain-lain adalah sumbangan warga SmarTop.
Meriah sekali.......
Alhamdulilah.
Para tetamu terdiri dari ibu-bapa, Institusi pendidikan dan sekolah yang berjiranan termasuk Maahad Tahfiz perempuan. Jiran tetangga warga keturunan Cina sama-sama hadir. Setiap tahun begitu. Mereka seronok....kami pun seronok.
Tetapi yang paling seronok buat saya ialah persembahan anak-anak tadika dengan beberapa lagu termasuk Que Sera Sera....
Unik buat kami kerana smarTop juga memberi lagu terjemahannya.
Que Sera Sera
When I was a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich,
Here's what she said to me...
Que sera sera
Whatever will be, will be...
The future's not ours to see...
Que sera-sera.....
Kemudian "versi SmarTop.....".....
When I was just a little girl,
I asked my teacher, what will I be?
Will I be brave,
will I be strong?
Here's what she said to me
O my little love
An Abd you will always be
And that you are born to be.
As a khalifah, strong and brave to be.....
Dari kecil lagi kami di SmarTop cuba memberi erti pada hidup ini. Melentur buluh biar dari rebungnya. Semoga mereka sudah mula memahami bahawa mereka punya Tuhan Allah yang telah mencipta mereka dengan penuh kasih sayang dan mereka adalah seorang hamba yang perlu taat pada yang Maha Pencipta, juga dengan penuh kasih sayang.
Kami mengikuti module "Little Abd Program" yang dirangka oleh NGO Haluan. Alhamdulilah ia dapat memandu bagaimana kita harus mengaturkan aktiviti harian supaya anak-anak sentiasa merasai wujudnya Allah dan mengenali peranan Rasulullah Sallahualaihiwassalam.
Semoga dari kecil lagi mereka sudah punya "wawasan" hidup dan sudah punya kesedaran bahawa hidup harian harus berteraskan pada satu disiplin diri untuk kesejahteraan jangka panjang.
Untuk menjadi "strong and brave to be" kami adakan program renang sebulan sekali dan program tae kwan do seminggu sekali.
Semoga Allah sentiasa memandu kami di SmarTop apa yang terbaik bagi kami di sisiNya.
Kini ku masih kecil
Ku tanya guru diri ku siapa
Kuat kah aku,
berani kah aku?
Ini jawapan guru,
Wahai sayang ku....
Kau tetap hamba Allah
Mengenal Allah tugas mu
Menjadi khalifah
kuat dan berani......
Semoga Allah meredhai usaha sekerdil ini.
Aamiin ya Rabb.....
nota: sumber terjemahan saya dapatkan dari
guru SmarTop.
......
Ini pengakhirnya....
Tadika SmarTop Subur Fitrah di Tangkak Johor mengadakan Hari terbuka pada 8 Ogos 2015. Acara makan minum jamuan Hari Raya macam biasa dengan sumbangan Nasi Arab di datangkan dari Shah Alam. Yang lain-lain-lain adalah sumbangan warga SmarTop.
Meriah sekali.......
Alhamdulilah.
Para tetamu terdiri dari ibu-bapa, Institusi pendidikan dan sekolah yang berjiranan termasuk Maahad Tahfiz perempuan. Jiran tetangga warga keturunan Cina sama-sama hadir. Setiap tahun begitu. Mereka seronok....kami pun seronok.
Tetapi yang paling seronok buat saya ialah persembahan anak-anak tadika dengan beberapa lagu termasuk Que Sera Sera....
Unik buat kami kerana smarTop juga memberi lagu terjemahannya.
Que Sera Sera
When I was a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich,
Here's what she said to me...
Que sera sera
Whatever will be, will be...
The future's not ours to see...
Que sera-sera.....
Kemudian "versi SmarTop.....".....
When I was just a little girl,
I asked my teacher, what will I be?
Will I be brave,
will I be strong?
Here's what she said to me
O my little love
An Abd you will always be
And that you are born to be.
As a khalifah, strong and brave to be.....
Ibu bapa dan tetamu mendengari persembahan anak-anak
Dari kecil lagi kami di SmarTop cuba memberi erti pada hidup ini. Melentur buluh biar dari rebungnya. Semoga mereka sudah mula memahami bahawa mereka punya Tuhan Allah yang telah mencipta mereka dengan penuh kasih sayang dan mereka adalah seorang hamba yang perlu taat pada yang Maha Pencipta, juga dengan penuh kasih sayang.
Kami mengikuti module "Little Abd Program" yang dirangka oleh NGO Haluan. Alhamdulilah ia dapat memandu bagaimana kita harus mengaturkan aktiviti harian supaya anak-anak sentiasa merasai wujudnya Allah dan mengenali peranan Rasulullah Sallahualaihiwassalam.
Semoga dari kecil lagi mereka sudah punya "wawasan" hidup dan sudah punya kesedaran bahawa hidup harian harus berteraskan pada satu disiplin diri untuk kesejahteraan jangka panjang.
Untuk menjadi "strong and brave to be" kami adakan program renang sebulan sekali dan program tae kwan do seminggu sekali.
Semoga Allah sentiasa memandu kami di SmarTop apa yang terbaik bagi kami di sisiNya.
Kini ku masih kecil
Ku tanya guru diri ku siapa
Kuat kah aku,
berani kah aku?
Ini jawapan guru,
Wahai sayang ku....
Kau tetap hamba Allah
Mengenal Allah tugas mu
Menjadi khalifah
kuat dan berani......
Semoga Allah meredhai usaha sekerdil ini.
Aamiin ya Rabb.....
nota: sumber terjemahan saya dapatkan dari
guru SmarTop.
......
Monday, August 17, 2015
Apa yang celaru......
Sabtu dan Ahad yang sangat celaru dalam hati dan fkiran saya....
Seperti kosong dan rasa serba tidak kena. Di lubuk hati sekejap rasa gelap dan sekejap rasa terang.
Mungkin kerana beberapa peristiwi.....
Suami dan saya menerima jemputan ke majlis perkahwinan oleh seorang hartawan tempatan. Kami dijemput kerana ayah dan ibunya adalah teman akrab kami dan suami saya mengaji di bawah seorang uztaz di rumahnya.
Maka rasa tidak beradab kalau tidak mera'ikan jemputan itu. Tetapi entah mengapa hati saya berbelah bagi. Kami bertolak dari rumah selepas solat Maghrib kerana tempat itu tidak jauh. Apabila kami sampai dewan itu sudah hampir penuh. Saya bersangka tidak baik.....Tidak solat kah yang ramai ini? Kalau solat di bangunan itu, bagaimana seramai itu tetamu solat dalam wkatu yang pendek walaupun bergilir. Saya menyentap diri saya supaya berfikiran positif.....jangan berburuk sangka. Jangan sekali-kali.
Saya anggarkan seramai seribu tetamu hadir. Majlis di mulakan dengan doa. Yang membuat saya celaru ialah laungan musik yang amat kuat. Tidak dapat bercakap secara normal dengan jiran yang duduk sebelah. Jamuan makan diiringi dengan selebriti menyanyi. Tuan rumah pun menyayi duet dengan selebriti terkenal wanita. Tepukan gemuruh.
Saya rasa tambah celaru. Yang hadir majoritinya Islam....itu pemerhatian saya. Tetapi ramai yang tidak menutup aurat. Maka acara hiburan pun pada saya tidak memenuhi kehendak Syar'ie. Saya berdiam diri. Mungkin fikiran saya salah.
Semasa pulang saya berkata pada suami mengharapkan kita tidak lagi mendapat jemputan walimah seperti itu. Dia mendiamkan diri.
Malam berikutnya kami pergi lagi ke satu majlis yang serupa yang diadakan di sebuah hotel. Yang menjemput kami bukan seorang hartawan tetapi dari golongan mereka yang berharta dan bermasyarakat international. Program majlis hampir sama. Ada tarian wanita dan pria diiringi dengan lagu-lagu asli.
Saya tambah celaru kerana tidak menyangka berada dalam format majlis yang sama. Juga ramai yang tidak menutup aurat.
Suami dan saya dalam zone umur yang bila-bila masa boleh dipanggil pergi. Hati saya berdebar entah-entah Malaikat maut ada berhampiran dan menunggu saat bagi kami. Diperingkat umur begini saya sentiasa takut Malaikat maut datang mengejut.
Astaghfirullah....
Malam itu Allah masih memberi peluang berfikir dan membaiki tekad.
Namun ada seorang teman bertanya: Berdosa ke kita berada dalam majlis itu? Tadi tujuan kita hanya silaturrahim.....
Saya takut untuk memeberi pendapat, jauh sekali fatwa.
Kami hanya mampu bertaubat dan semoga kami tidak lagi terjebak dengan situasi begitu....
Semoga Allah mengampuni dan memberi taufik dan hidayahNya semoga kami semua muhasabah diri, dan memastikan semua perilaku diri menepati erti Pengabdian padaNYA.
Subhanallah, Allahuakbar. PadaNYA kami memohon keampunan dan padaNYA kami berserah diri. Kasihanilah kami ya Rabb....
....
Sunday, August 16, 2015
SENJA di Putrajaya.....
Kami berkejaran untuk pulang dari Hospital Putrajaya sebelum Maghrib.
Di pertangahan jalan dari arah Puchong saya rakam
waktu senja dibandarraya ini.
Cantik. Jarang sekali saya dapat melihat keindahan alam ciptaan Ilahi sebegini.
Alhamdulilah.
Kami berkejaran pulang setelah menziarahi anak saudara suami saya
yang sedang mendapat rawatan rapi kerana sakit diabetisnya yang dihidap dari bayai lagi.
Kini ia berumur 29 tahun dan sentiasa sahaja keluar masuk hospital.
Mujur juga ayahnya dapat membantu dari segi perbelanjaan hidup.
Alhamdulilah. Keluarganya sentiasa bersyukur
kerana walaupun ia sakit begitu
ada gadis yang berwibawa yang sayang padanya dan mahu menjadi isterinya.
Sekarang ini ada orang yang sentiasa di sisinya. Mulia hatinya.
Walaupun isteri sibuk bekerja sebagai jurutera,
mereka dapat menyesuaikan diri dan hidupnya damai.
Kini ia sakit yang luarbiasa tenatnya. Semoga Allah mudahkan segala urusannya dan semoga Allah kurnia yang terbaik baginya di sisiNya.
Aamin ya Rabb...
....
Saturday, August 15, 2015
Ambil yang jernih.....
Isnin yang baru lalu saya dan dua orang teman akrab mengauatkan tekad untuk pergi menziarahi seorang teman lagi di Teluk Intan. Mujurlah teman saya yang seorang ini masih bekerja melepasi umur bersara dan ia menawarkan kami menggunakan kereta dan supirnya. Saya lega kerana tidak perlu bersusah payah memandu sendiri atau minta suami saya menemankan saya.
Teman saya di Teluk Intan ini punya sebuah Institusi Pendidikan Islam di tengah-tengah tanah bendang yang cantik dan nyaman yang dimulakan sejak sebelum ia bersara lagi di atas tanah Ibunya yang telah diwakafkan. Kegigihannya membina dan mengurus Institusi ini seorang diri amat berjaya. Saya dan seorang teman lagi pernah membantunya sedikit sebanyak memberi program extra curricula sebagai motivasi anak-anak yang kurang berkemampuan ini membina jati diri. Alhamdulilah boleh dikatakan Institusi ini berjalan dengan lancar dan teman saya amat riang setiap kali kami menziarahinya.
Atas sebab-sebab kesibukan tanggongjawab masing-masing walaupun sudah bersara, maka sudah lama kami tidak menziarahinya dan tidak berhubung walau pun dengan talipon. Amat malang sekali kerana baru-baru ini teman saya itu menalipon dan dalam mada sedih dan celaru mengatakan bahawa Institusi Pendidikan yang dikendalinya sudah diambil alih oleh sebuah NGO dan banyak perubahan telah dilakukan.
Teman saya ini saya dengari seperti tidak puas hati dan minta kami membantunya untuk mengambil balik Institusi itu.
Ini satu kejutan bagi kami.
Setelah beberapa kali ia menghubungi kami dan kami menghubunginya, jelaslah pada kami bahawa masaalah yang ada bukan pada NGO yang mengambil alih tetapi pada diri teman saya sendiri.
Teman saya ini sudah agak pelupa. Saya syak ia menghidap "dementia" atau yang hampir dengannya. Pada pertama kali selepas lebih lima tahun saya tidak bersua muka, saya dapati dia sudah tidak mengenali wajah saya. Amat sedih saya rasai dan bimbang atas fakta itu kerana ia beroperasi berseorangan dan tinggal berseorangan.
Hidup ini bolih berubah mengikut kehendak Allah.
Dalam ziarah kami yang terbaru ini, kami berjumpa dengan pihak pengurusan dan berbincang dari hati ke hati. Jelas pada kami apa yang harus kami buat. Selepas sessi itu kami menziarahi teman saya ini di rumah adik lelakinya yang tinggal berhampiran Institusi itu.
Kali ini kami tahu bagaimana mahu "bersembang" dengannya. Mujur saya ada pengalaman menjaga ibu mertua saya yang menghidap Alzeimer beberapa tahun dahulu. Kini ia telah meninggal dunia. Pengalaman ini amat berharga dalam saya cuba memahami dan membatu teman saya ini. Tetapi tidak menjadi hasrat saya untuk bercerita panjang di sini.
Saya hanya mahu berkongsi bahawa perjalanan hidup ini bukan sentiasa satu laluan yang mudah. Menjaga keakraban dengan teman-teman seperjuangan amat penting dan saya amat bersyukur saya masih ada beberapa teman yang dapat berganding bahu membantu antara satu sama lain. Kami semua sudah di zon warga emas dan peristiwa seperti ini suka kami kongsikan secara umum semoga kita dapat menyedari dan memahami bahawa hubungan keluarga itu amat penting walaupun fakata status ekonomi keluarga tidak sama. Dalam masa-masa di penghujung hidup ini, teman akrab tidak mencukupi. Masyarakat di sekeliling kita akan bertanya siapa warisnya. Mereka tidak bertanya siapa teman akrabnya. Itu lumrah budaya kita.
Malangnya kini kita sudah renggang dalam hubungan kekeluargaan, teutama dalam konteks keluarga besar. Ramai yang nafsi-nafsi.
Sedih dan bimbang kerana setip kita menghadapai risiko itu.
Setelah setengah hari bersama teman saya ini di Teluk Insan dan makan tengah hari bersana, kami pulang ke rumah.
Saya hanya membawa kenangan yang indah dari rumahnya dan rumah adik lelakinya sahaja. Namun jauh dilubuk hati, kami berjanji akan sentiasa menghubunginya.
Yang indah ialah bunga-bunga di taman rumah adik lelakinya yang sekarang memantau hidup harian kakanya.
Kita ambil yang jernih.....
Semoga Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayahNya dan semoga kami masih sihat untuk membantunya. Semoga Allah memudahkan kami semua menjalani hidup di hujung pentas dunia....
Semoga kita redha dan Allah meredhai.
Aaminn ya Rabb....
....
Thursday, August 13, 2015
Mengabdi diri, membenam muka ke bumi.....
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(Al-Baqarah 2:34) Iblis di arah sujud hormat pada Adam.
Tetapi Iblis enggan kerana sombong dan takkabur.
Sujud adalah satu perbuatan yang melambangkan kepatuhan manusia pada Haliqnya. Kita sujud dalam solat dan di luar solat untuk menyatakan kesetiaan, ketaatan dan kesyukuran.
Ia satu pengakuan bahawa manusia itu hamba yang paling rendah kedudukannya.
Allah jua yang paling tinggi, maha Agong dan maha Berkuasa.
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.
(Al-Hajj 22:18) Bukan sahaja manusia yang sujud pada Allah, bahkan kesemua makhluk yang Allah ciptakan sujud patuh pada Allah swt. Hanya bentuk sujud itu tidak dinyatakan bagaimana. Dan dalam ayat lain disebutkan juga bahawa semua ciptaan Allah bertasbih padaNya, memujinya dan membesarkanNya.
Manusia sujud dengan membenamkan muka ke bumi, tempat paling rendah dan paling "kotor" kerana bumi dipijak-pijak oleh berbagai kejadian Allah yang lainnya. Manusia dijadikan dari tanah dan akan pulang ke tanah bila jasadnya dikuburkan bila sampai janjinya. Maka manusia yang benar-benar berilmu dan bertaqwa akan merasakan sesuatu di dalam qalbunya apabila dalam keadaan sujud, sama ada dalam solat atau di luar solat.
Maka dalam konteks ini saya terkesan di hati dan berdoa semoga saya sentiasa dapat sujud hingga ke akhir hayat walaupun saya tahu bahawa pada mereka yang tidak mampu atas sebab-sebab yang Syar'ie ia di bolehkan sujud sebagai isyarat sahaja tanpa membenamkan muka ke bumi.
Saya perhatikan ramai antara kita yang solat dengan duduk di atas kerusi dan sujud dengan menundukan kepala sahaja. Saya bayangkan pastinya kesan sujud itu kurang "impaknya'. Maka saya katakan pada teteman saya supaya jangan mengambil mudah untuk solat di atas kerusi kerana saya takutkan akan hilang "kemanisan" dan kenikmatan erti sujud itu. Saya bayangkan kita kurang rasa "hina" di hadapan Allah kerana muka kita tidak sampai ke bumi. Namun saya mengakui bahawa mereka yang halus imannya akan sentiasa rasa khusyuk dan tawadhuk dalam apa jua keadaan.
Saya perhatikan ada juga manusia yang akan cuba sedaya upaya tidak duduk di kerusi kerana mahu sangat sujud membenamkan muka ke bumi. Ia akan terkial-kial menahan kesakitan dalam perbuatan duduk antara dua sujud buat beberapa ketika supaya ia mampu sujud bila dikehendaki sujud dalam rukun solat yang sedang dilakukan itu.
Namun.....Allah maha mengetahui, maha kasih dan maha mengasihani hamba-hambanya. Maka sujudlah dalam bentuk yang termampu.
Saya hanya berfikir sendirian dan merasa-rasa sendirian. Semoga Allah menerima pengabdian saya yang serba kekurangan ini.
Aamiin ya Rabb....
....
Wednesday, August 5, 2015
Mencari perlindungan....
Dalam kemelut politik negara dan hampir bolih dikatakan kegawatan ekonomi, secara fitrahnya rakyat mencari perlindungan sama ada secara sedar atau separa sedar.
Saya hanya banyak memohon doa dan mengingati perjuangan Nabi kita Muhammad Sallahualaihiwasalam. Sentiasa mengingat-ingat bagaimana mencontohinya. Dalam mencari-cari bahan baca untuk membantu melerai kebuntuan fikiran, bagaimana harus bertindak jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya menjumpai nukilan di bawah ini.
The Prophets Life Style.
Saya hanya banyak memohon doa dan mengingati perjuangan Nabi kita Muhammad Sallahualaihiwasalam. Sentiasa mengingat-ingat bagaimana mencontohinya. Dalam mencari-cari bahan baca untuk membantu melerai kebuntuan fikiran, bagaimana harus bertindak jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya menjumpai nukilan di bawah ini.
The Prophets Life Style.
- Talk - Softly
- Walk - Humbly
- Eat - Sensibly
- Breathe - Deeply
- Sleep - Sufficiently
- Dress - Properly
- Interact - Politely
- Act - Fearlessly
- Work - Patiently
- Think - Truthfully
- Believe - Correctly
- Behave - Decently
- Learn - Practically
- Plan - Orderly
- Earn - Honestly
- Spend - Intelligently
- Sacrifice - Regularly
- Worship - Dedicatedly
- Serve Parents - Happily
- Show Love - Passionately.
Saya catat semata-mata untuk bertenang secara santai. Kaedah mencari ketenangan secara serious nanti kita bincang dilain kesempatan. In sya Allah.
Semoga Allah sentiasa memelihara keluarga kita, negara kita dan Islam di Malaysia.
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(Al-Mulk 67:12) |
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
(Al-Mulk 67:13) |
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
(Al-Mulk 67:14) |
....
Tuesday, August 4, 2015
Penawar minda....
Raise your words not your voice. It is rain that grow flowers, not thunder. Jalaludin Ar Rumi.
Do not depend too much on anyone in this world because your own shadow leaves you when you are in darkness.....
Ibn Taymiyyah.
Every breath is a step to the Afterlife. So have compassion for one another. This is a journey and the kindness that you show to fellow travellers engenders Love.
Remember we are in this journey together.....
Shaikh Hamza Yusuf.
The measure of a man is what he does with power.
Good people do not need laws to tell them to act responsibly, while bad people will find a way around the laws.
Plato.
Sunday, August 2, 2015
Rasa terhempet.....
Rasa terhempet....
Rasa ibarat degupan jantung mendebarkan
Ramadhan telah berlalu...sepertinya sudah tidak ada
"tempat mengadu".
Laluan hidup masih samar seperti belum menampakan perubahan
yang boleh membuat rakyat mendakap keyakinan,
bahawa akan ada kesungguhan pemimpin untuk memperbetulkan
ranjau-ranjau yang menghalang sepanjang perjalanan.
Rasa terhempet...
Walaupun kini dewasa tua dan tidak banyak yang harus difikir,
berfikir bertubi-tubi seperti muda
Tetapi anak cucu masih belum sempurna membina kehidupan
seperti tuntutan yang disyariatkan.
Bukan niat untuk bergantung pada ihsan pemerintahan
tanpa mencambah fikiran
Bukan senghaja mahu mencari kesilapan
kerana kelemahan diri yang belum diperbetulkan.
Tetapi masih menaruh harapan laluan-laluan
dan peraturan-peraturan
tidak menjadi batu halangan yang menyulitkan
pada usaha setiap warga yang inginkan keselesaan,
kedamaian, keharmonian
dalam ruang yang di benarkan.
Rasa terhempet.....
Kerana janji-janji belum sepenuhnya ditepati,
Masih ternanti-nanti hak yang seharusnya dan sewajarnya
diberi untuk dirasai.
Kos saraan hidup makin meninggi saban hari,
Ada anak cucu yang masih tiada kerja tetap mencari rezki
ibarat kais pagi makan pagi dan rasa tertekan
kerana tiada pemimpin yang peduli sepenuh hati.
Masing-masing menjaga kepentingan melupakan ikrar setia
pada Allah, Tuhan maha Perkasa, maha Memerhati.
Rasa terhempet......
Melihat gelagat pengaruh politik makin celaru tidak menentu.
Yang dirasakan boleh membantu menyelesai kegawatan,
habis semuanya dibuang
Kerana terdesak dan takut integriti diri ditelanjangkan
kerana takut tanpa kuasa akan lebur jawatan
Akan lebur segala kesenangan
yang sebelum ini menjadi nikmat harian.
Padahnya berat, di dunia dan di akhirat,
Barulah sedar sudah tidak ada tempat hendak lari bersembunyi
Dan tidak ada tempat mendapat pertolongan yang bererti.
Rakyat masih terpinga-pinga siapa hendak diikuti.
Kini masih rasa terhempet
Yang tahu, yang bijak pandai menikus menyepi
Membiarkan orang-orang suruhan berbuat sesuatu
tanpa kuasa diberi
Rakyat ternanti-nanti
Kepada siapa mahu mengadu kerana takut bertindak sendiri
Kebarangkalian bahaya diri amat menekan minda dan hati
Ya Allah....tolonglah kami
Apa sahaja yang terbaik di sisi MU bagi kami sudah amat memadai,
Tunjuki kami jalan agar tidak diperangkap dan terperangkap
dalam kemelut politik dan ekonomi
Yang makin hari makin membimbangkan
dan kami hampir tiada pilihan.
Namun kami tetap yakin Engkau yang maha Esa sudah mencukupi.
Engkau yang maha Mengetahui siapa yang Benar
dan siapa yang sentiasa mengkhianati.
Kami sabar menunggu Ya Illahi, kami terus berusaha menolong diri
menunggu percaturan Mu penuh peduli.
Wahai yang maha Bijaksana, dan maha Melindungi
Kasihanilah hamba-hamba Mu ini
yang ingin patuh setia mengabdi diri.
Pada MU sahaja dan tiada yang lain bagi kami.
Ampunilah kami dan tolonglah kami.
.....
"tempat mengadu".
Laluan hidup masih samar seperti belum menampakan perubahan
yang boleh membuat rakyat mendakap keyakinan,
bahawa akan ada kesungguhan pemimpin untuk memperbetulkan
ranjau-ranjau yang menghalang sepanjang perjalanan.
Rasa terhempet...
Walaupun kini dewasa tua dan tidak banyak yang harus difikir,
berfikir bertubi-tubi seperti muda
Tetapi anak cucu masih belum sempurna membina kehidupan
seperti tuntutan yang disyariatkan.
Bukan niat untuk bergantung pada ihsan pemerintahan
tanpa mencambah fikiran
Bukan senghaja mahu mencari kesilapan
kerana kelemahan diri yang belum diperbetulkan.
Tetapi masih menaruh harapan laluan-laluan
dan peraturan-peraturan
tidak menjadi batu halangan yang menyulitkan
pada usaha setiap warga yang inginkan keselesaan,
kedamaian, keharmonian
dalam ruang yang di benarkan.
Rasa terhempet.....
Kerana janji-janji belum sepenuhnya ditepati,
Masih ternanti-nanti hak yang seharusnya dan sewajarnya
diberi untuk dirasai.
Kos saraan hidup makin meninggi saban hari,
Ada anak cucu yang masih tiada kerja tetap mencari rezki
ibarat kais pagi makan pagi dan rasa tertekan
kerana tiada pemimpin yang peduli sepenuh hati.
Masing-masing menjaga kepentingan melupakan ikrar setia
pada Allah, Tuhan maha Perkasa, maha Memerhati.
Rasa terhempet......
Melihat gelagat pengaruh politik makin celaru tidak menentu.
Yang dirasakan boleh membantu menyelesai kegawatan,
habis semuanya dibuang
Kerana terdesak dan takut integriti diri ditelanjangkan
kerana takut tanpa kuasa akan lebur jawatan
Akan lebur segala kesenangan
yang sebelum ini menjadi nikmat harian.
Padahnya berat, di dunia dan di akhirat,
Barulah sedar sudah tidak ada tempat hendak lari bersembunyi
Dan tidak ada tempat mendapat pertolongan yang bererti.
Rakyat masih terpinga-pinga siapa hendak diikuti.
Kini masih rasa terhempet
Yang tahu, yang bijak pandai menikus menyepi
Membiarkan orang-orang suruhan berbuat sesuatu
tanpa kuasa diberi
Rakyat ternanti-nanti
Kepada siapa mahu mengadu kerana takut bertindak sendiri
Kebarangkalian bahaya diri amat menekan minda dan hati
Ya Allah....tolonglah kami
Apa sahaja yang terbaik di sisi MU bagi kami sudah amat memadai,
Tunjuki kami jalan agar tidak diperangkap dan terperangkap
dalam kemelut politik dan ekonomi
Yang makin hari makin membimbangkan
dan kami hampir tiada pilihan.
Namun kami tetap yakin Engkau yang maha Esa sudah mencukupi.
Engkau yang maha Mengetahui siapa yang Benar
dan siapa yang sentiasa mengkhianati.
Kami sabar menunggu Ya Illahi, kami terus berusaha menolong diri
menunggu percaturan Mu penuh peduli.
Wahai yang maha Bijaksana, dan maha Melindungi
Kasihanilah hamba-hamba Mu ini
yang ingin patuh setia mengabdi diri.
Pada MU sahaja dan tiada yang lain bagi kami.
Ampunilah kami dan tolonglah kami.
.....
Saturday, August 1, 2015
Saya jadi "Fulll-time Nanny"......
Bermula dari Syawal hari kedua.....
Suami saya "berkeras" untuk bawa cucu-cucu anak perempuan saya balik kampung di Pontian. Saya agak bimbang kerana kurang kederat untuk mengurus mereka walau pun hanya untuk beberapa hari.
Dua cucu saya di foto ini (yang terkiri dan terkanan) adalah anak-anak istimewa yang sudah saya cerita sebelum ini. Maka saya khuatir tidak dapat menangani karenah mereka. Tetapi demi keseronokan keluarga, saya setuju membawa mereka bersama...
Saudara-mara di kampung seronok dengan cucu-cucu saya ini kerana mereka mudah berinteraksi dan Akif yang otistik punya banyak idea yang di luar dugaan mereka di sekelilingnya. Ia fasih berbahasa inggeris dengan slang Mat Saleh kerana ia mudah mendengari dan mengikut apa yang di lihat dan didengari dari TV Astro. Saya kurang selesa ia terlalu "melekat" di TV tetapi oleh kerana kurang pengawasan kerana kesibukqan kerjaya ayah-ibunya maka itulah jadinya. Yang positif hanya kefasihannya berbahasa inggeris. Saya takut pemikirannya juga "terpengaruh".
Tidak ada program kesukaannya di kampung Pontian.Maka ia ligat membina kreativiti sendiri dari permainan lama yang ada. Itu salah satu ciri Otisma. Bijak dalam satu bidang tetapi agak bermasaalah dalam bidang lain. Bagi Akif ia akan berbuat sesuatu mengikut kegemaran hatinya sendiri dan tenaga fisikalnya agak sulit untuk dikawal.
Maka menjadi "nanny" buat beberapa hari pun agak sukar terutamanya dalam melatih solat pada waktunya. Saya hanya menekankan soal ketepatan masa (sejauh yang mungkin) dan membiasakan diri bersolat. Qualiti solat saya lepaskan pada ibunya untuk mendidik dan melatih. Untuk anak-anak istimewa ini bukan mudah. Tambah rumit bagi Akif ialah kerena penyuburan "sexuality" kanak-kanak lebih sedikit dari anak biasa. Saya terpaksalah mengawasinya dan cuba memantau gerak-gerinya.
Rumit bukan?
Selain itu saya pening bila sampai waktu makan kerana saya dapati kesukaan mereka bukan nasi masakan Melayu. Ibunya sudah membiasakan makanan bukan melayu dan itu menyulitkan saya. Mujur juga mereka masih suka spegeti atau mee. Selamat juga kederat saya.
Saya minta anak saya ambil mereka setelah 3/4 hari bersama saya. Saya pulang hanya dengan suami. Perjalanan agak sunyi kerana tidak ada cucu-cucu yang sentiasa "bergaduh" sesama mereka.
Saya pulang dan dapat berpuasa Enam dalam tiga hari sebelum suatu lagi masaalah timbul. Ujian Allah datang berbagai rupa dan kita perlu bersabar. Anak menantu saya yang sedang mengandung terpaksa masuk Wad Hospital Selayang kerana masaalah kandunganya. Maka saya kenalah pula menjaga cucu-cucu yang belum bolih ke tandas sendiri. Dua orang sahaja tetapi yang seorang itu masih peringkat toddler dan bergantung sepenuhnya pada saya. Mujur ia mudah menyesuaikan diri walaupun waktu malam ia selalu sahaja jaga dari tidurnya mencari ibunya. Maka saya sibuk dan penat siang dan malam. Tetapi melihat perkembangan penyesuain diri membuat saya teruja. Saya menjaganya di rumah anak lelaki saya di Puchong kerana saya bolih tumpang perkhidmatan pembatu rumah di sana.
Menjadi "nanny" diumur senja bukan mudah hendak mempelbagai cara untuk menghibur hati si kecil. Mujur di rumah anak lelaki saya ini banyak permainan berbagai rupa. Saya hamya memantau.
Rumah anak lelaki saya ini juga dalam kawasan banyak burung merpati. Anak saya senghaja menabur makanan sebagai "sedekah" kepada haiwan. Itu tanggongjawab manusia juga. maka setiap pagi saya akan bawa si kecil ini keluar rumah untuk mendapat cahaya matahari dan melihat burung makan. Kekadang ia akan berlari mengejar burung-burung ini dan akan beterbanganlah entah ke mana. Saya teruja melihat si kecil gembira ceria.
Saya pulang ke rumah saya setelah anak menantu saya melahirkan. Tetapi tidak panjang umurnya. Hanya satu jam di alam dunia. Tetapi tempatnya di akhirat nanti sudah dijanji Syurga. Saya terus menjaga cucu-cucu dan membantu anak menantu saya menjaga pantang bersalin buat sementara. Semoga ia sihat dan rutin saya akan kembali seperiti sebelumnya. Bila bertugas sebagai "nanny" saya terpaksa 'ponteng' kelas-kelas pengajian. Semoga Allah kira tugas "nanny" seperti berbakti pada keluarga.
.....
Subscribe to:
Posts (Atom)