SELAMAT HARI MALAYSIA
Alhamdulilah...Malaysia terbbangun hasil kegigihan rakyatnya
tidak kira di mana mereka berada.
Ini termasuklah rakyat di Pontian, Johor. Kini terkenal kerana pergolakan
Politik dan anggota kepimpinan Negara termasuk juga Ahli Parlimennya.
Saya di lahirkan dan dibesarkan di Pontian Kecil, Johor.
Ia satu komuniti luar bandar dan penduduknya ramai menjadi petani dan nelayan.
Inilah rupa Sungai Pontian kecil yang terkini dikirim oleh seorang teman, meminta saya bersamanya menghadiri Reunion Pelajar Sekolah PONTIAN SECONDARY ENGLISH SCHOOL pada bulan Oktober tahun ini, insyaAllah.
Sebelum itu, sempena Hari Malaysia, saya ingin kongsikan sedikit cerita saya
membesar dan bersekolah jauh di kampung.
Di foto bawah ini ialah Mr Lucas, Guru Besar sekolah saya semasa saya
di Special Malay Class pada tahun 1956-1957. Ketika itu Malaysia belum Merdeka dan
Mr Lucas didatangkan dari Australia.
Saya ingat dia dan isterinya boleh berbahasa Melayu.
Saya tidak ada dalam foto ini. Kelihatan di sini teman-teman saya yang majoritinya berketurunan Cina dan saya bersama mereka
dari Standard 6 hinggalah ke Form 5.
Sayu di hati mengimbas kembali sejarah ini dalam konteks Hari Malaysia yang kita sambut pada 16 September. Terlalu sayu bila saya lihat semula foto-foto di WhatApp kiriman teman terutama foto di bawah ini. Semasa saya di Darjah 1 di Sekolah Melayu Sungai Durian, Kukup, Johor , saya juga menggunakan "IPAD" tersebut.
Bayangkan .........
Terharu mengingatkan bagaimana emak bapak saya bekerja kuat mendidik dan menghantar
saya ke sekolah supaya saya berjaya dalam hidup. Emak bapak saya adalah kaum pendatang dari Tanah Jawa, tetapi saya lahir di sini. Datang sebagai "Contract Labour" dan bermula di sini menebang hutan untuk menanam getah. Saya menamatkan sekolah rendah dan menengah dengan hasil getah dan bertani ubi, keladi dan keledek
sebagai pendapatan tambahan.
Kini saya sudah dewasa tua. Mendapat pendidikan di peringkat University dan mendapat latihan dalam bidang kerjaya saya di luar Negara. Alhamdulilah.
Saya mula bekerja di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Rasa seronok dan rasa teruja bekerja keras membangun negara di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Abd Razak,
Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir.
Alhamdulilah Malaysia membangun dan terkenal di dunia sebagai negara
yang punya potensi tinggi untuk menjadi negara maju.
Cuma saya rasa terkilan kerana tidak dapat berbahasa Mandarin atau mana-mana dialect Cina walau pun di sekeliling saya ramai warga keturunan
dari Cina yang di bawa masuk oleh penjajah British.
Di peringkat menengah pelajar melayu di kelas saya (kelas terbaik di sekolah)
hanya ada satu pertiga sahaja pelajar Melayu. Mungkin lebih sedikit dari itu.
Saya sudah agak lupa.
Tetapi kami amat rapat dan seronok belajar bersama. Semua mata pelajaran diajar oleh guru keturunan Cina dan India.
Guru Melayu hanya mengajar Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.
Kami dapat berhubung balik setelah lebih 50 tahun melalui FB. Tetapi itu hanya teknologi. Kami berhubung rapat kerana ikatan mesra hasil belajar bersama dengan bahasa penghantar bahasa Inggeris. Saya tidak rasa perkauman ketika itu.
Saya terkilan, dan mungkin ramai yang juga rasa demikian apa bila Kerajaan membenarkan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil tanpa menggalakan kaum Melayu belajar juga dalam sistem itu supaya tidak ada polarisasi seperti sekarang ini. Bukan sahaja kita sama-sama pandai tetapi kita tidak boleh di bohongi kerana kita tahu budayanya dan cara berfikirnya. "Silap" kita mungkin kita terlalu taksub mahu mementarbatkan Bahasa Melayu dan tidak berfikir panjang akan perkembangan ekonomi dunia seperti sekarang ini. Negara China sudah dapat menandingi Amerika Syarikat dan Jepun.
Di negara-negara Afrika juga pengaruh negara China makin hari makin meluas.
Saya berfikir seorang diri dan bincang-bincang dengan kawan raptat mengingat kembali sama ada kita boleh berfikiran radikal dan merangaka baru dasar Pendidikan Negara untuk mengintergrasi semua kaum melalui bahasa iaitu Inggeris , Mandarin dan Melayu. (Tetapi jangan pula kita meminggirkan Bahasa Arab kerana itu faktor pokok dalam proses pengabdian pada yang maha Esa).
Saya dimaklumkan oleh seorang teman bahawa sekarang ini Kementerian Pendidikan ada menghantar guru-guru belajar Bahasa Mandarin di Beijing. Ini perkembangan positif. Tetapi baelajar bahasa sahaja tidak mencukupi. Untuk mahir kita kena belajar beberapa mata pelajaran dalam bahasa yang kita pilih. Inggeris atau mandari di samping Melayu.
Kelemahan Melayu di negara sendiri bukan kerana Bahasa tetapi lain-lain faktor terutamanya faktor nilai budaya. Saya tidak bercadang berbicara tentang itu di sini. Saya cuma mahu mencuit fikiran sesiapa yang suka berfikir.
Janganlah kita taksub hanya dengan Bahasa.
Dalam alQuran kita dituntut IQRA', iatu perjuangan dan perjalanan hidup kita ini seharusnya berpaksikan ILMU. Hanya ILMU, IMAN DAN TAQWA sahaja yang menjamin kejayaan hidup dunia dan akhirat.
Maka tidaklah salah kita pandai Mandarin kerana tugas orang yang beriman ialah membina UMMAH. Ini termasuk semua bangsa dalam dunia ini.
Maka di Malaysia jika kita mahir Mandarin maka ramailah lagi orang yang boleh berdakwah mengembangkan Islam di kalangan keturunan China.
Dan jika kita ada dasar intergrasi dan perpaduan melalui Pendidikan, maka kita boleh berdiri sama tinggi.
Allah tidak menuntut keutamaan pada Bahasa (melainkan Bahasa Arab).
Allah meletakan keutamaan pada ILmu yang menjadi paksi beramal
untuk menjalin Iman dan Taqwa
demi kesejahteraan hidup yang Allah redha.
Jom kita fikir bagaimana keadaan di Malaysia ini boleh diperbaiki dari semua segi.
Entry saya cuma "Touch-n-Go". Malah tidak dapat difahami serta merta dan jika boleh difahami, mungkin ramai yang tidak bersetuju.
Tidak mengapa. Itu sikap saya. Semoga Allah menunjuki jlan.
.....