"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, December 29, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2018 ..... mengira hari-hari dalam setahun




Kepada sidang pengunjung blog ini saya ingin mengucapkan:
 SELAMAT TAHUN BARU 2018.

Suka saya turunkan di bawah ini ayat-ayat alQuran yang berkaitan dengan pengiraan masa, iaitu hari-hari dalam sesuatu bulan atau tahun mengikut peredran Bulan atau Matahari. Kita boleh gunakan kiraan cara Tahun Masehi yang menggunakan edran Matahari atau cara tahun Hijrah yang menggunakan kiraan mengikut edaran Bulan.


A005
Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
(Yunus 10:5) |
A012
Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
(Al-Nahl 16:12) |

A012
Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.
(Al-Israa' 17:12
InshaAllah kita bertemu lagi pada tahun hadapan ... 2018. Semoga Allah sentiasa menganugerah RahmatNYA yang tidak terhingga.
Aamiin ya Rabb....
.........

Thursday, December 28, 2017

Hampir sehari di Kuala Selangor, merentasi yang pahit dan manis.





Biar saya cerita yang manis dulu.
Kelmarin kaka saya yang sudah beberapa hari di rumah anaknya mengajak saya dan suami ke Kuala Selangor untuk ziarah cucu yang belajar di Univerdity of Selangor (UNISEL) kerana kakak saya belum pernah ke sana.Cucu ini adalah cucu perempuan yang sulung ke university. Saya teruja kerana saya juga belum pernah ke sana.

Setibanya di sana kami solat Zohor dan kemudian kami sembang santai dan saya suka menyakat dan melawak dengannya. Dia amat sporting dan tidak tersinggung (nampak dari zahirnya) bila disebut dia berwajah comel dan lebih baik kalau dapat kurangkan berat badan. Tetapi sebenarnya dia tidaklah berat sangat cuma adik perempuannya dan kakak-kakak iparnya slim-slim belaka. Dia tertawa dan senyum selalu sepanjang sembang-sembang santai itu. Saya seronok dengan pilihan bidang pengajiannya, iaitu TESL. Siapa yang belajar Bahasa tidak ada ruginya.

Sebelum itu kami makan NASI AMBENG di Restoran IBU di pinggiran bandar Kuala Selangor. Ramai pengunjung dan Alhamdulillah sedap sekali dan kami belikan buatnya sebungkus untuk makan malam. Kami di bawa melihat kampus sedikit terutamanya kawasan perumahan pelajar. Saya teringat zaman saya seorang pelajar di University Malaya dahulu. Terasa umur sudah jauh meninggalkannya.

Kami seperti memburu masa kerana banyak lagi hal yang perlu diselesaikan. Maka dengan berat hati kami berpisah dengan pelukan kasih sayang. Semoga hubungan kasih sayang itu berpanjangan dan berkekalan.

Kemudian kami berpatah balik semula ke bandar Kuala Selangor untuk menjejak seorang cucu saudara yang sedang bermasaalah dan memerlukan pertolongan kami. Begitulah lumrah hidup. Allah akan terus menguji kesabaran kita semua.


Cucu saudara saya ini berumur 37 tahun  dan punya empat orang anak yang ditinggalkan suami lebih 4 bulan tanpa nafkah. Kami diberi tahu suaminya sudah mengambil isteri kedua lebih kurang 5 tahun yang lalu. Sejarah hidupnya hingga saat ini bukanlah suatu yang direstui oleh keluarganya. Maka kerana itulah dia mencari saya dan saya ajak kakak saya bersama mencari tempat kerjanya pada hari itu. Ini suatu proses yang pahit pada cucu saya ini. Kakak saya dan saya cuba melihat masaalah dengan objektif supaya masaalah dapat selesai tanpa menimbulkan masaalah yang lain pula. Kami cuba selesai masaalah tanpa masaalah.

Cucu saya ini tidak berpelajaran tinggi. Pastinya dia kebingungan kerana tiada cukup pendapatan untuk menyara anak empat orang yang masih kecil dan yang tua baru masuk tingkatan 4. Tidak perlu saya bercerita panjang kerana masaalah seperti ini banyak berlaku di masyarakat kita. Cuma saya kurang yakin sama ada Pejabat agama memeriksa dan menyoal siasat seorang suami yang mahu berpoligami. Cucu saya menanda tangan bersetuju poligami kerana dijanjikan dia tidak akan teraniyaya. Terbukti sudah suami tidak berkemampuan dan tidak bertanggong jawab. Dan saya amat musykil kenapa Pejabat agama amat mudah mempercayai fakta yang tertara dalam borang pesetujuan. Isteri yang kurang pandai berurusan dan tidak memahami banyak hal menjadi mangsa. Siapa yang harus peduli.......

Setelah mendengari ceritanya panjang lebar dengan keperhatinan supaya tidak berat sebelah dalam mencari jalan keluar, saya dan kakak saya sebagai langkah penyelesaian jangka pendek memberi sedikit bantuan wang ringgit untuk membolehkan dia mengaturkan anak bersekolah, membayar sedikit hutang piutangnya dan belanja barang-barang dapur dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Saya berpesan kuat supaya jangan terlibat meminjam duit dari 'A Long'  Saya sudah lihat kes dimana isteri meminjam duit dari A Long dan bertambah besar masaalahnya.

Inilah kes ditelan pahit dibuang sayang.........

Saya berhenti di sini semoga saya dapat membantu  mencari jalan keluar yang terbaik yang mengikut hukum hakam dan peraturan perundangan Islam yang ada.
Semoga Allah menunjuki jalan yang terbaik bagi semua....


........

Cuti tanpa Cuti......





Ini kakak saya berumur 81/82 tahun. Masih boleh mengurus diri dan tinggal berseorangan. Suami sudah pergi dahulu buat beberpa tahun. Kakak saya boleh dikira sihat dan memerlukn bantuan untuk ke hospital dan membeli barangan dapur. Alhamdulillah. Ada anaknya yang tinggal dekat bersebelhan rumah.

Saya sering merindukannya. Teringat sembang-sembang santai yang kami sering buat terutamanya semasa emak saya masih ada. Emak saya meninggalkan kami bertemu Penciptanya pada tahun 2004. Rasa amat kehilangan....

Kakak saya yang ini yang tertua yang Allah masih panjangkan umur dan semoga umur yang bermunafaat.

Cuti panjang kali ini saya tidak dapat balik kampung kerana beberapa kesempitan peribadi. Apakan daya.....Kami hanya berhubung melalui talipon. Kakak saya ini ramai sahabat handai dan Alhamdulillah ada sahaja yang mahu membawanya ke Majlis Ilmu menaiki keretanya. Kakak saya tidak mampu berpergian seorang. Kadangkala saya merenung jauh memikirkan kalau saya berada ditempatnya..........

Dalam memikirkan kakak-kakak saya di kampung, seorang anak saya mengirimkan foto lama di mana kami ziarah melacung ke Tokyo.


Ketika itu anak saya yang sulong melanjutkan pengajian di sana. maka kami lepak-lepak selam 2 minggu pada tahun 2005 atau 2006 begitu. Foto di atas kelihatan dua orang kakak saya. Mereka masih kuat. Malahan kakak saya yang tertua boleh berjalan laju dari saya. Sekarang dia sakit lutut dan bila bersolat dia duduk atas kerusi. Satu nostalgia.......

Sudah lama kami tidak bercuti bersama. InsyaAllah bulan April 2018 saya ingin k Jakarta atau ke Bogor. Saya katakan pada suami saya untuk bawa kakak-kakak saya bersama dan kita lanjutkan cuti InsyaAllah ke Solo. Allahyarham bapak dulu dari daerah sana tetapi kami belum pernah ke sana. Kami ingin menjejak wariasan di hati-hati sahaja kerana kami tidak ada waris yang nyata yang bapak saya dapat susur-galurkan sebelum ia meninggal dunia. Semoga impian kami jadi kenyataan....


Sementara itu saya menghibur hati melihat Lorong Sulaiman tinggalan Bapak saya. 
Rumah keluarga yang asal sudah dirobohkan 
dan diatas itu anak buah saya 
membina rumah berhampiran dengan rumah ibunya 
sejauh 200 meter di belakangnya.
Begitulah kehidupan. Ia sementara sahaja.
 Entah bila saya akan "Cuti" juga buat selamanya.
Semoga Allah kurnia RahmatNya yang tidak terhingga.
Aamiin ya Rabb.


........

Kiriman dari anak angkat di Acheh.......






Bila cerita Acheh ingatlah peristiwa sunami. Kita belum merasa dugaan besar seperi Acheh walapun ketika itu ada sebahagian negara kita yang terkena tetapi tidak sedahsyat yang di Acheh. 

Subhanallah......
Takdir Allah tiada siapa yang dapat menduga....

Waktu itu anak-anak angkat saya masih menuntut di Mesir. Foto di sebelah ini adalah salah seorang darinya. Dua minggu dulu ia kirim berita yang menyeronokan. Dia bertugas sebagai Mudir disalah sebuah sekolah seperti yang tertara dikiriman foto di bawah ini. Dia dianugerah sekolah yang paling bersih dan sihat di seluruh Acheh. Pastinya dia yang paling seronok. 


Sepulangnya dari Mesir dia bertugas dibergabagai tempat dan Mudir di sekolah ini dia memegangnya hampir sepuluh tahun (lebih kurang begitu). Yang menyeronokan suami dan saya ialah kerana kejayaannya dikatakan kerana didikan kami semasa bersama kami selama mereka belajar di Malaysia, lebih kurang 5 tahun. Waktu itu anak angkat saya ada 3 orang dan tinggal bersama kami waktu cuti penggal dan cuti umum dan bila-bila sahaja yang mereka perlukan. Saya anggap mereka keluarga dan semuanya atas dasar keperhatinan dan kasih sayang sesama Islam.Alhamdulillah.....

Dua bulan yang lalu seorang lagi datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama kami 2 atau 3 malam berbincang mengenai Pasentren yang akan ditubuhkannya. Dari rumah saya dia menghubungi kenalan rapat yang lain untuk berbicang mengenai bagaimana mahu menggumpul dana. Yang seorang lagi menjadi guru di sekolah yang di atas tadi.

Apa yang menyeronokan kami dan membuat kami bersyukur tiada terhingga ialah kerana kami teringat janji Allah bahawa "buat sahaja apa yang Aku suruh dan tinggalkan apa yang Aku larang, maka RahmatKu pasti bersama". Semoga peristiwa ini menjadi pedoman kami hingga ke akhir hayat jua. Kami menyedari hakikat bahawa kami masih jauh dari kewajipan kami untuk berbuat yang baik dan tinggalkan larangan. Semoga detik-detik seperti ini mengingatkan kami.

Ada ustaz mengatakan bahawa anak bukan bererti anak kandung sahaja. Anak didik adalah dikira anak juga. Maka profession guru atau siapa jua yang mengajar dan mendidik maka anak murid dan pelajar di bawahnya adalah anaknya juga. Mereka yang tidak menjaga dan mendidik tetapi membantu perbelanjaan anak-anak sekolah dan ada yang ke peringkat tinggi, maka mereka itu pun di kira anak-anak. Allah maha Mengetahui, maha Bijaksana dan maha Kasih Sayang. Kita sesama Islam jangan berkira hinga tahap nafsi-nafsi. (Engkau adalah engkau dan aku adalah aku hingga adik beradik pun boleh bertelingkah sepanjang hayat). Semoga Allah memelihara kita dan kita sentiasa berazam kuat mematuhi SyariaNya.

Itu sahaja sedikit coretan hidup buat renungan dan ingatan bersama. Keadilan Allah tidak seperti keadilan manusia. Dia yang maha Adil dan semoga kita sentiasa dalam lindunganNya.
Aamiin ya Rabb.....


......

Wednesday, December 27, 2017

.......tiba-tiba cerita X'mas





Pada minggu sebelum X'mas, saya hadhir satu majlis jemputan kekawan dalam kumpulan KUTU untuk makan tengah hari di sebuah hotel sederhana di Kuala Lumpur. Sudah amat lama saya tidak lagi pergi "lepak-lepak dan makan-makan" atas nama silaturrahim di tempat yang amat selesa. Maklumlah saya sudah dalam zon umur yang perlu menggunakan masa mengikut prioriti yang genting sekali. Hari itu saya hadhir juga kerana ingin memberitahu bahawa saya akan undur diri dari kumpulan itu kerana kemampuan diri yang makin lama makin terhad dari banyak segi.

Tidak ada banyak cerita hari itu yang saya akan kongsikan di sini kerana tidak ada yang benar-benar menyentuh hati yang dapat saya buat bekalan untuk "ke sana". Namun saya bersyukur saya masih ada ramai kekawan yang saya boleh minta pertolongan jika saya memerlukan. Alhamdulillah.


Ini antara kekawan itu. Semua mereka adalah dua atau tiga tahun lebih muda dari saya.


Yang di kiri sekali adalah tuan rumah pada hari itu.
Sungguh bermurah hati dan kami
seronok menjamu selera.
Alhamdulillah.


Bila saya pulang, ada kejutan dari kumpulan kekawan yang lain. Mereka adalah seangkatan dengan saya semasa tingkatan lima di Pontian, Johor dan kini ada Whatsapp khas.(Majoroti ahli adalah mereka yang belum Islam). Maka ada seorang ahli yang mempertikaikan mengapa ada ahli yang selalu menghantar berita-berita mengenai Islam. Dia tidak minat dan menganggap saya mencemari keselesaan beragama. Saya tidak harus ada dalam kumpulan itu.

Pengurus kumpulan bertanyakan pendapat pada ahli Islam yang lain secara berasingan. Ia menyimpulkan supaya kita tidak perlu ambil apa-apa tindakan kerana hanya dia seorang sahaja yang menyuarakan pendapat itu. Yang lain hanya senyap.

Sebelum ini dalam satu majlis bersama saya secara berterus terang menjemput mereka untuk menerim Islam. Saya katakan supaya tidak menilai Islam dari watak dan karenah pengikut-pengikut tetapi nilailah Islam dari alQuran dan Hadith. Itu yang sebenarnya Islam. Penganut Islam bukan bukti sepenuhnya kerana ada berbagai ciri yang tidak dapat dipersetujui bersama.

Saya katakan pada pengurus kumpulan (beliau Islam) bahawa saya berbuat demikian kerana itu adalah antara tuntutan pada kita..... kita hendaklah berusaha menyebrkan Syiar Islam dan menjemput mereka memeluk Islam dengan cara yang terbaik mungkin.... cara yang penuh hikmah. Beliau sememangnya faham dan tidak mahu mengeluarkan saya dari kumpulan. Alhamdulilah.

Dua hari dulu saya menghantar entri dalam kumpulan mengatakan lebih kurang seperti berikut: Dear friends at heart, Please trust me. I believe I am friendly to all. I do not intend to transgress into your private interests. (saya hantar foto saya) Look at the background of my foto which was taken 2 days before X'mas. See.... I am respectful of your choices But I am inviting you to my "territory" with all my love... sincere love. HAPPY NEW YEAR 2018. Salam....


Saya sayang kekawan saya, siapa jua. Dan pernah saya katakan Islam lah yang akan memungkinkan kita mencapai kebahagian dunia dan akhirat. (secara ringkas.) Saya rasa saya sudah cuba memberi penerangan sedikit mengenai Islam pada yang belum Islam. Semoga saya dapat berlepas diri di akhirat nanti walaupun usaha saya amat kecil....amat kecil sekali. Saya harus tidak berhenti mencuba.

Saya menunggu respon kekawan itu jika ada.....

Walau apa pun Allah swt jua yang maha Berkuasa atas segala sesuatu.....
Mohon keampunan Mu ya Rabb...


........

Jantung Ku. @ Penyesalan.......






Ini pemandangan dari jendela kecil bilik mandi saya. Sudah hampir jam 6 pagi dan saya harus bercepat-cepat bersiap sedia untuk ke IJN hari itu. Isnin 4 Dis 2017.

(saya terhenti menulis di sini sebab komputer meragam)

Di bawah cerita selanjutnya.



Waktu mana pun jalan ke IJN memang sentiasa sesak. Saya duduk senyap tetapi agak rasa cemas juga sebab debaran jantung yang belum reda. Tiada pilihan..... cuma bersabar dan doa.

Saya cuba mendapatkan kelulusan untuk mempercepat kan temu janji saya dari Februsry ke hari itu. Tidak dibenarkan kerana IJN ada prosidur yang harus di ikuti. Katanya saya harus melapor diri ke Bahagian Kecemasan untuk tindakan serta merta jika perlu.

Maka itulah yang saya lakukan  Dalam masa 10 minit saya dipanggil untuk buat ECG dan saya diminta menunggu giliran berjumpa Dr bertugas. 

Saya menunggu.....

Saya rasa seperti hampir sejam baru saya berjumpa Dr. Itu pun saya minta dipercepatkan. Entahlah apa yang menyebabkan demikian. Saya ikut sahaja. Dr wanita muda yang memeriksa saya. Katanya dari laporan ECG jantung saya normal. Kemudian ada beberapa soalan rutin yang saya jawab. Katanya saya normal juga ...... rasa tak sedap hati tapi saya ikutkan sahaja. Saya tidak ada Ilmu untuk berbicara.....

Saya diberi temujanji pada 29 Januari tahun hadapan. Maka saya menunggu. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa pulak kaitan Jantung dengan penyesalan seperti dalam tajuk entri saya kali ini......

Saya muhasabah diri dan meyakinkan diri bahawa apa yang perlu saya buat ialah bersedia untuk pulang ke pangkuan yang maha Pencipta. Saya ingat kembali prinsip yang saya peganag. Bukan jantung bermasaalah maka ia berhenti dan manusia pun mati. Tetapi Allah sudah tentukan kita mati maka jantung pun berhenti. Sakit itu hanya asbab sahaja.

Pulang rumah saya termenung sendiri.....
Teringatkan destinasi hidup yang pasti. Dan teringat juga pesan Ustaz bahawa manusia akan merasi penyesalan..... semua manusia. Tidak kira status amalan dan tidak kira status iman dan taqwa.
Dalam alQuran ada beberapa ayat yang becerita mengenai hari penyesalan.

A009
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(At-Taghaabun 64:9

Maka menjadi inagatan pada diri. Semoga hari itu Allah tidak mendapati pada diri ini penyesalan yang tidak ada tempat untuk "membela" diri.
(Tafsir ayat ini tidak dapat saya kupas di sini sbb ilmu belum samapi ke situ. Cukuplah buat ketika ini bahawa hari penysalan akan dilalui oleh semua manusia.)

Saya turunkan di bawah ini maklumat tambahan yang saya cari di Google. Semoga penulis ini mendapat ganjaranya dari Allah jua.

Khazanahalquran.com – Salah satu nama dari nama-nama hari kiamat adalah “Hari Penyesalan”. Disaat semua kesempatan telah tertutup dan hanya tersisa pertanggung jawaban. Di hari itu semua orang akan menyesal. Pelaku keburukan menyesali dosa dan kesalahannya sementara orang-orang baik juga menyesal, andai dulu mereka lebih banyak melakukan kebaikan. Allah swt berfirman,
وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
“Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara telah diputus, sedang mereka dalam kelalaian dan mereka tidak beriman.” (QS.Maryam:39)

Di hari itu orang-orang yang dzalim berusaha menyembunyikan penyesalan mereka ketika melihat adzab yang begitu dahsyat.
وَلَوْ أَنَّ لِكُلِّ نَفْسٍ ظَلَمَتْ مَا فِي الأَرْضِ لاَفْتَدَتْ بِهِ وَأَسَرُّواْ النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُاْ الْعَذَابَ
“Dan kalau setiap orang yang zalim itu (mempunyai) segala yang ada di bumi, tentu dia menebus dirinya dengan itu, dan mereka menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu. (QS.Yunus:54) *Juga pada ayat (Saba’:33)

وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلاً
“Dan (ingatlah) pada hari (ketika) orang-orang zalim menggigit dua jarinya, (menyesali perbuatannya) seraya berkata, “Wahai! Sekiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama Rasul.” (QS.al-Furqan:27)
يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَاناً خَلِيلاً
“Wahai, celaka aku! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrab (ku).” (QS.al-Furqan:28)
وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيهْ
Dan adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kirinya, maka dia berkata, “Alangkah baiknya jika kitabku (ini) tidak diberikan kepadaku.” (QS.al-Haqqah:25)
إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَاباً قَرِيباً يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَاباً
Sesungguhnya Kami telah Memperingatkan kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata, “Alangkah baiknya seandainya dahulu aku jadi tanah.” (QS.an-Naba’:40)
يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
Dia berkata, “Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan) untuk hidupku ini.” (QS.al-Fajr:24)
وَلَوْ تَرَىَ إِذْ وُقِفُواْ عَلَى النَّارِ فَقَالُواْ يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلاَ نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Dan seandainya engkau (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, mereka berkata, “Seandainya kami dikembalikan (ke dunia) tentu kami tidak akan mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman.” (QS.al-An’am:27)
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
Pada hari (ketika) wajah mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata, “Wahai, kiranya dahulu kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul.” (QS.al-Ahzab:66)
 Saya berhenti di sini dahulu dan sama-sama kita renungkan buat muhasabah diri dan memohon pada Allah Peunjuk dan Hidayahnya semoga kita sentiasa di jalan yang di redhaiNYA.
........

Monday, December 11, 2017

Farid mengambil tempat.....






Hari Sabtu yang lepas. Hari bahagia istimewa untuk Farid, anak saudara suami saya. Hampir semua keluarga terdekat berkumpul di sebuah Masjid di Kelang untuk Majlis Akad Nikah. Saya sudah lupa nama Masjid dan anak saya memandu laju kerana kami sudah agak lewat. Dengan teknologi yang ada mencari lokasi amat mudah. Tetapi suami dan saya sudah agak kaku mahu belajar menggunakannya.




'Mudah saje, mak', katanya.
Anak-anak harus sabar dengan kemampuan warga emas.
Bukan sahaja pasal memandu, tetapi dengan semua hal.
Bila sudah 70an sudah banyak yang berkurangan.
Saya selalu pesan pada anak-anak jangan bergantung
umur panjang. Berusaha dan bersedia sentiasa
dan jangan ambil ringan.


Saya seronok lebih hari itu kerana Farid 
bersetuju mengetuai lafaz doa.
Panjang juga doa pilihannya. Bukan setakat
 doa sebelum makan.
Alhamdulillah. Sudah kelihatan bunga-bunga hidup 
teratur dan bahagia.
Semoga Allah kurnia hingga ke Jannah.



Gembira riang...
Rasa macam tidak mahu pulang kerana banyak 
hendak dibualkan dengan saudara mara yang ada.
Dalam majis seperti inilah
silaturrahim keluarga dapat dieratkan.
Alhamdulillah, Allah masih kurnia ruang dan peluang.

.........

Sunday, December 10, 2017

Lambaian Kasih jiran sempadan......


Map of Thailand highlighting Pattani Province


Jiran sempadan yang saya maksud ialah Patani atau Pattani.
Maklumat ringkas dari google (Wikipedia) seperti di bawah ini.
(Map of Thailabd highlighting Pattani Province)  

Pattani terletak di Semenanjung Melayu dengan pantai Teluk Thailand di sebelah utara. Di bagian selatan terdapat gunung-gunung dan atraksi turisme seperti taman negara Budo-Sungai Padi yang yang berada di perbatasan provinsi Yala(Jala) dan Narathiwat(Menara).
Pada awalnya, Pattani merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang berdaulat, mempunyai kesultanan dan perlembagaan yang tersendiri. Patani adalah sebagian dari 'Tanah Melayu'. Namun pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi korban penaklukan Kerajaan Siam.
Pada tahun 1826, penaklukan Siam terhadap Patani mendapat pengakuan Britania Raya. Dalam usahanya untuk mengokohkan kedudukannya di Pattani, pada tahun 1902 Kerajaan Siam melaksanakan undang-Undang Thesaphiban.
Dengan itu, sistem pemerintahan kesultanan Melayu telah dihapuskan. Dengan ditandatanganinya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Pattani telah diakui oleh Britania sebagai bagian dari jajahan Siam walaupun tanpa mempertimbangkan keinginan penduduk asli Melayu Patani.


Minggu lepas "anak angkat" kami sekeluarga dari Pattani datang bercuti ke Semenanjung dan antara tempat yang disinggahi ialah rumah kami di Kampung Tunku, Petaling Jaya. Duduk ditengah-tengah itu ialah Zahron. Ia ketua keluarga dan di kanannya ialah anak saudaranya. Saya jemput mereka minum pagi sebelum mereka bertolak pulang ke  Pattani. Saya hidangkan masakan Melayu biasa, bee hoon goreng, lempeng dan jejemput ikan bilis.(Saya pun bukan pakar memasak). Mereka tidak biasa dengan lempeng tetapi nampak berselera dengan bee hoon goreng. Saya bekalkan apa yang terlebih untuk dimakan diperjalanan. Seperti anak-anak saya sendiri, pasti saya bekalkan sesuatu untuk perjalanan jauh. Mana tahu kan.......




Di bawah ini saya berfoto dengan isterinya. Zahron         berketurunan Melayu tetapi isterinya asli Thai walaupun ia seorang asli Muslim berasal dari Bangkok.




Suami dan saya berkenalan dengan Zahron tiga tahun yang lalu semasa kami mengembara
ke Thailand bersama beberapa jiran Masjid Kg Tunku yang diketuai oleh Ybhg Dato Dr Hussin Ahmad. Sedihnya kali ini 
Dato Dr Husin sudah meninggal dunia 2 bulan yang lalu.
Maka kami menyambung tali persaudaran dan 
silaturrahim yang ada. Semoga ukhuwah Islam berkekalan....

Waktu itu Zahron membawa kami hingga ke Krabi. Kami melawat beberapa tempat dan yang saya rasa teruja ialah bila kami dibawa ke Pulau Babi walau pun sudah tidak ada babi barang seekor pun. 
99% penduduknya adalah Muslim.

Kami mengingat semula peristiwa-peristiwa bersama 
Dato Dr Husin dan rasa nostalgik. Kenangan indah...
Zahron sedang menuntut di University Malaya peringkat Phd. 
Thesisnya dalam Bahasa Inggeris dan semoga perubahan Supervisor tidak menjadi masaalah baginya.

Saya tidak lupa ambil foto keluarga buat kenanagan.
Anak mereka yang sulung baru di tingkatan 1 di sekolah menenagh.
Yang kecil sekali di KelasTadika. Zahron dan isteri berusaha supaya anak-anak boleh tiga bahasa, Melayu, Thai dan Inggeris.
Semoga usahanya tercapai.

Sayangnya kami tidak dapat lama bersembang kerana masa yang terhad. Mujurlah pada hari semalamnya suami saya sudah menjamu mereka makan nasi Arab di Shah Alam.
Saya tidak turut sama.


Dalam masa yang terhad saya dapat juga bertanyakan pada Zahron menganai seorang yang baru saya tahu di media sosial yang hebat pencapaiannya dalam berbagai bidang. Beliau baru sahaja meninggal dunia dalam usianya 68 thun.Sehubungan itu Zahron dapat juga bercerita sedikit mengenai perkembangan Islam di Pattani. Saya selalu teruja apabila orang bercerita mengenai personaliti yang giat berjuang menegakan Kebenaran. Personaliti 
yang baru saya tahu ialah Surin Pitsuan.
Saya suka ambil tahu apa yang berlaku di negara jiran untuk menambah pengetahuan sendiri mengenai strategy dakwah melalui perjuanagn mereka. Bila Zahron pulang saya terpanggil untuk google lanjut mengenai Surin Pitsuan ini.
Saya turunkan di bawah ini.

Tetapi sebelum itu saya turunkan sedikit maklumat yang berkaitan Pattani. Kemudian boleh baca sedikit mengenai
 Surin yang saya maksudkan.

Pattani merupakan salah satu daripada empat provinsi Thailand yang mempunyai mayoritas penduduk beragama Islam(80%). Nama Pattani berasal dari dua perkataan Bahasa Melayu logat setempat yaitu "Pata" ("Pantai") dan "Ni" ("Ini"). Sebagai salah satu wilayah baru yang terbentuk dari Negara Patani awal, demografinya tidak jauh berbeda dengan provinsi-provinsi mayoritas Melayu Islam yang lain seperti Narathiwat(Menara), Yala(Jala), Satun(Sentul) dan Songkhla(Senggora).
Al-Fattani adalah dari perkataan Bahasa Arab bermaksud kebijaksanaan atau cerdik, karena di situ tempat lahirnya banyak ulama dan cendikiawan berbagai golongan dari tanah melayu (jawi). Banyak juga yang menjadi ahli tafsir Al-quraan, pengarang kitab bahasa Arab dan bahasa Melayu serta banyak juga yang telah menjadi tenaga pengajar di tanah Arab kebanyakan dari Fattani maka orang-orang Arab menggelar mereka adalah orang Fattani
Fattani adalah serambi Mekah di gelar Fattani Darulsalam.
H. E Dr. Abdul Halim bin Ismail aka Surin Pitsuwan.
Dr. Surin Abdul Halim bin Ismail Pitsuwan, 57, is a political scientist by training and, a politician and a diplomat by vocation. Born in a madrasah (pondok) in Thailand's Southern province of Nakorn Sri Thammarat, he received his primary Islamic education from his grand-father, Hj. Yakoob bin Abdul Rauf, a well-known ulama, who was trained in Patani and Mecca, Saudi Arabia.

For his secular education, Surin was sent to a government primary school located in a Buddhist temple near his village. Thus, he was well prepared to play a mediating role between his own Muslim community and the Thai Buddhist society at large. A role that he will have to repeat with the international community when he later served his nation in various capacities.

Dr. Surin received his B.A Degree in Political Science from Thammasat University in Bangkok and Claremont Men's College in California, USA, in 1972. With the support of the Rockefeller Foundation, he went on to pursue his Masters and Ph.D. degree at Harvard University (1974, 1982). He also spent one and a half years studying Arabic and doing his research at the American University in Cairo, Egypt (1975-1977). He became a Congressional Fellow under the sponsorship of the American Political Science Association (APSA) in 1983-1984, which enabled him to have a first-hand experience of the American legislative process.

Upon his return to Bangkok in 1986, Dr. Surin was elected a Member of Parliament from his home province of Nakorn Sri Thammarat under the banner of the Democrat Party. He has served as the Secretary to the Speaker of the House of Representative (1986-1989), Assistant to the Deputy Minister of Interior (1989-1992), Deputy Minister of Foreign Affairs (1992-1995), Minister of Foreign Affairs (1997-2001), Chairman of the ASEAN Standing Committee (2000).

Aside from his national service, Dr. Surin has served on many international commissions. He was a member of the Commission on Human Security (2001-2003), World Commission on the Social Dimension of Globalization (2002-2003), an advisor to the UNDP Human Development Report Project (2003-2004) and a member of the Advisory Board, UN Human Security Trust Fund.
.......

Apa yang memikat hati saya ialah Allahyarham Dr Surin ini memulakan pendidikannya di sistem PONDOK yang dibangunkan oleh Datuknya. Dalam satu ceramahnya di Utube saya ringkaskan bahawa beliau amat yakin sistem Pondok bukan sistem yang harus dipinggirkan. Pondok boleh menjadi asas yang kuat bagi seorang Muslim untuk maju dalam berbagai bidang tanpa melepaskan nilai Islam yang ada pada dirinya.

Semoga sumbangan beliau menjadi sebahagian amal soleh baginya dan mendapat tempat istimewa di sisi Allah. Aamiin....

Itulah sedikit cerita lambaian kasih dari jiran sempadan. Saya akan bercerita pada anak cucu bahawa pendidikan asas Islam tidak menjadikan seseorang itu ketinggalan. Allah maha Melihat...


.......

Friday, December 8, 2017

Pengalaman eceran merentasi hujan.....hampir terjebak banjir.






Sekembalinya dari Kelantan dan Trengganu suami dan saya landing di Tangkak dua hari untuk recover kepenatan. Partner saya tidak balik Shah Alam buat beberapa hari lagi, maka kami menaiki bas CEPAT EXPRESS dari Tangkak ke TBS Kuala lumpur. Kami sentiasa memilih Cepat Express ulang alik ke Tangkak untuk jimat ongkos. Kami hanya bayar Rm11 ringgit seorang purata bagi Warga Emas. Okaylah tu sebab harga petrol pun kini sudah mahal. Siapa kata ekonomi kita lebih baik . Saya takut hendak becerita panjang-panjang. Bacalah apa orang lain kata.

Naik Cepat Express jauh lebih selesa berbanding naik Bas Sekolah, walaupun bas sekolah itu jenis yang baik. Tetapi kami "take it easy", sebab sentiasa beringat "apa ada pada perjuangan jika tidak ada pengorbanan." Jika sentiasa mahu selesa, suami saya kata duduk sahaja di rumah. Eluk saya senyum sahja sahaja.....




Maka itulah kami santai menunggu Bas diTerminal bas di Tangkak.
Saya dihantar ke Terminal bas oleh partner saya dan suaminya.


Pengalam mengikuti rombongan untuk belajar bagaimana sesetengh Kopersi itu berjaya tidak seperti yang saya harapkan dari segi pengurusaan dan dari segi pencapaian malamat. Tetapi saya terima seadanya kerana meyedari hakikat bahawa kita tidak boleh memuaskan hati semua orang dalam masa yang sama. Namun saya cuba melihat apa jua yang positif. Antaranya saya dapati ahli rombongan yang lain nampak seronok dan tidak kedengaran apa jua rungutan. Saya fikir ini lumrah kerana misi dan visi kami dalam mengendali kopeasi masing-masing pastinya tidak serupa.

Saya agak teruja bila seorang kenalan wanita dalam rombongan ini ingin mencuba cara membuat kosmetik dengan berasaskan madu kelulut. Dia sudh membeli dua tiga jenis untuk mencuba kesahihan seperti yang diiklankan. Saya suka dengan saranannya kerana walaupun sudah hampir umur 60an ia masih berjiwa kreatif. Semoga dia berjaya.

Dalam rombongan ini kami tidak ada sessi ta'aruf maka usaha mengenali satu sama lain terhad kerana tidak ada kesempatan duduk bersama. Saya kerugian kerana tidak dapat mempelajari kejayaan mereka setakat ini. Koperasi Subur Fitrah kami baru sahaja ingin menapak kehadapan dan amat suka sekali kalau mendapat panduan. Di sini kami tidak dapat kerana program kami seperti 'Touch-n-Go" sahaja. Namun saya tidak ada apa-apa yang hendak saya kesalkan kerana dalam umur kami sekarang kami sudah agak biasa dengan style berbagai kumpulan yang berusaha maju dalam enterprise yang dipikulnya. 

Bila pulang ke rumah saya cuba google perihal Koperasi dengan harapan ada sesuatu yang dapat kami gunakan sebagai stepping stone untuk memajukan koperasi Subur Fitrah kami yang baru setahun jagung. Setakat ini saya belum menemui sesutu yang jelas. Suami saya kata tidak ada orang bisness yang mahu meluahkan rahsia kejayaannya secara terbuka. 'Sense of competitiveness' pasti tinggi.

Maka saya katakan pada partner saya untuk memberi saya sedikit masa untuk membetulkan cara saya berfikir dan cara saya bertindak. Sementara itu biarlah setiausaha kerja yang kami lantik menjalankan tugasnya dan semog saya dapat "jive in" dalam masa yang singkat ini.




Sementara itu saya bercerita pada anak saya yang saya rasa seronok.
Kami dapat melawat sedikit tempat-tempat menarik di kuala Trengganu dan bandar-bandar kecil menuju ke arah pulang.
Di belakang itu ialah pusat makanan laut. Ada udang goreng,
 sotong goreng dan berbagai lagi.
Kami makan untuk malam di situ dan membawa pulang ole-ole.





Tempat ini dekat tepi laut (PANTAI BATU BURUK) dan kami 
sempat bersantai buat seketika.
Walau apa pun pengalaman yang kami lalui ia pasti ada hikmahnya. Setiap yang kita buat dengan niat lillahitaala, insyaAllah akan membuahkan kejayaan. Kecil atau besar kejayaan itu tidak penting kerana Allah tidak melihat hasil yang kita capai, tetapai Allah melihat pada usaha yang kita lakukan.

Semoga akhirnya kami mencapai apa yang terbaik bagi kami di sisi Allah jua.
Mohon pertolongan dan keredhaan Mu ya Rabb....


......
Related Posts with Thumbnails