"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, April 30, 2017

My remaining siblings...




Secara relatif, saya sering pulang kampung 
untuk ziarah kedua kakak saya ini
walaupun emak dan bapak sudah lama meninggalkan kami.




Saya yang bongsu dari lapan adik beradik. Tujuh perempuan dan satu sahaja lelaki. Seorang kakak
 meninggal berumur 5 tahun.
Baru-baru ini abang saya di diagnose ada ketumbuhan di kepala dan kami saudara mara datang menziarahinya.
Alhamdulillah, sakit mengeratkan lagi pautan kasih sayang dan silaturrahim dalam keluarga besar.

Sakit memberi kami kesempatan berharga untuk lebih berhati-hati dan serious dalam muhasabah diri.
Dalam rasa sayu, kami bersyukur ke hadrat Allah swt
yang menunjuki kami erti menerima kekurangan dalam 
menjalin kasih adik beradik.
Manusia rata-rata suka melayani pemikiran dan kekadang terperangkap dan sukar menyedari pemikiran yang dipengaruhi unsur hawa nafsu. Ini boleh menggelincirkan
hubungan erat keluarga yang cuba dibina oleh emak dan bapak dari sejak lahir.
 Saya selalu sahaja khuatir tentang hal ini.


Namun Emak menjadi benteng tegar dan kuat
 buat saya untuk melihat
bahawa kekurang yang dilihat anak-anak sebagai
kelemahan adalah juga sumber kekuatan yang Allah kurnia yang tidak kami sedari hinggalah kami melalui sendiri liku-liku hidup yang penuh cabaran dan ujian.

Alhamdulillah. Fenomena sakit dapat  mengarah fokus kami kepada berpegang teguh pada prinsip untuk mengambil segala penagalaman hidup dalam konteks
membuang yang keruh dan mengambil hanya yang jernih.

Kasihnya Ibu membawa ke Syurga
kasihnya saudara sama berada.
(Sama bertekad bahawa hidup ini sementara
dan kita harus lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam perjalanan mencari Redha Allah jua.)

Saya ambil kesempatan merakam  foto kami
 berempat yang masih ada.
Dua kakak saya di Pontian Johor dan abang dan saya 
di Shah Alam dan di Petaling Jaya.
Ini rakaman sejarah buat anak,  cucu dan cicit
 sebelah emak saya. Jika ditakdirkan saya pergi dahulu, foto ini semoga dapat mengubat rindu semua.
Demikian juga jika saya yang akhir 
keseorangan menunggu masa.

Semoga kami sentiasa dalam doa keluarga tercinta,
bahagia sejahtera di dunia dan di Alam Barzah sana. Dan semoga di Akhirat nanti  kami  dapat betemu
 semula dengan belas kasihan kurniaan Allah yang
maha Berkuasa di Syurga FirdausNya tanpa hisab 
dengan RahmatNya semata-mata.

Aamiin ya Rabb....


,,,,,,,

Friday, April 28, 2017

Detik laluan mendidik anak membesar....





Anak-anak saya suka update peristiwa yang berlaku pada 
anak-anak mereka dalam menjalani alam persekolahan. Di atas ini
kelihatan Ujai dan Akfif berlatih sejenak sebelum bermulanya pertandingan main chess peringkat sekolah-sekolah di Putrajaya bagi anak-anak istimewa.

Ujai mendapat tempat kedua dan Akif mendapat tempat ketiga. (yang menghadap kamera itu Akif) 

Saya sronok mendapat berita ini kerana untuk anak istimewa boleh bermain chess adalah satu perkembangan positif bagi mereka.
 Anak-anak yang biasa pun saya difahamkan ada yang
 sukar memahami game ini.
Alhamdulillah. Akif otistik dan Ujai overaktif.

Sayangnya di Malaysia ini setahu saya usaha kerajaan bagi golongan ini amat ketinggalan. Usaha terepi anak oku terpaksa dibuat dengan pihak swasta yang melibatkan kos yang agak tinggi.
Anak saya seharusnya menyusun bajet keluarga untuk memberi keutamaan pada anak-anaknya yang istimewa.



Anak-anak istimewa seperti Akif dan Ujai ini agak mencabar minda 
ibu-bapa yang semestinya berfikiran berlainan. Kami difahamkan
 stuktur  otak anak-anak ini berlainan. Sebelum berkali-kali 
menjalani terepi, Ujai cepat mengira tetapi lambat membaca. 
Akif agak lambat kedua-duanya tetapi agak lebih dalam
 hal-hal yang berkaitan dengan  teknologi. Dia lebih fokus hal-hal
 seperti itu dan lebih kreatif cara mereka sendiri.

Kelihatan di atas ia cuba memegang dan merasi kulit ular sempena lawatan sekolahnya ke Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Lihat mukanya....macam teruja dan macam takut.
Aktiviti seperti ini bagus untuk anak istimewa.




Di atas ini lain pulak ceritanya. Dia anak normal tetapi suka menguji sesuatu dan suka meng"explore" apa jua yang menarik perhatiannya.
 Tanpa disedari suatu hari dia mencuba naik mesin exercise ayahnya 
di rumah....treadmills seperti di bawah ini.

Image result for photo of treadmills


Entah macam mana di tersepit dan tangannya terheret
hingga luka yang perlu rawatan yang serious kerana
 kulit tangannya perlu diganti dengan 
kulit baru. Dia menjalani pembedahan mengambil kulit dari
 pehanya untuk ampal pada tangannya. 
Kelihatan foto diatas ibunya membawa dia putar-putar sedikit
 di Hospital Kuala Lumpur bila boring di katil pesakit.
 Ia tinggal disana hampir 10 hari
dan ketika saya menulis ini ia belum pulih sepenuhnya. 
Tetapi ia dibenarkan pulang ke rumah dan berjumpa
 doktor ikut jadual yang ditentukan.

Lamalah dia tidak bersekolah. Uwais, namanya, sekarang dalam
 tahun dua di sekolah Rendah di Puchung Perdana. 




Yang ini Ammani Farissa namanya dan tinggal dengan saya. 
Dia okay secara keseluruhannya.
Cuma saya agak cerewet supaya dari awal lagi Ammani harus
 mula berpakaian yang syar'e. Di sini kelihatan di pergi sekolah tadikanya untuk ambil bahagian dalam pertanding "choral speaking" 
yang dianjurkan oleh pengurus Tadikanya.
 Mummynya memakaikan baju seperti di atas dan saya mula
rasa selesa. Semoga ia terus memahami 
mengapa perlu berpakaian begini.


Berbagai karenah mendidik cucu-cucu saya. Saya selang-seli bercerita untuk berkongsi pengalaman dan mengingatkan diri
 bahawa melentur buluh itu biar dari rebungnya.
Bukan mudah kerana pengaruh TV, pengaruh luaran,
 pengaruh teknologi dan berbagai lagi faktor sememangnya
 mencabar semua kita yang dikelilingnya.

Mengikut Shaikh Hamza Yusuf, seorang Ulama berbangsa Amerika
mengatakan bahawa pengaruh TV lebih banyak buruknya
 dari baiknya. Program kanak-kanak yang biasanya seperti nampak baik, tetapi ia boleh menarik perhatian hingga kanak-kanak
 tidak mahu renggang dengannya.
 Begitu juga dengan Cell phone. Kartoon dan games yang 
dipromosikan pun amat bahaya pada pemikiran kanak-kanak.
Di negara Malaysia ini belum banyak diperkatakan, 
atau pun sudah banyak diperkatakan tetapi ibu-bapa masih
 lagi terperangkap dalam dakyah halus yang dibawanya.

Orang dewasa pun begitu juga.
Banyak program yang membunuh kepintaran berfikir, 
atau dengan lain perkataan , program yang mematikan fikiran 
masih memukau ramai orang dewasa. Saya tidak berhajat
 berhujah panjang lebar, cuma saya
sudah mula menyedari betapa betulnya kata
 Shaikh Hamza Yusuf itu.
Tetapi masih belum berjaya membuat orang Islam terutamanya
berfikiran lebih waras atau lebih bijak dalam hal ini.
(bolih lihat Shaikh Hamza dalam UTube juga).

Katanya kita kurang mengisi masa kita meningkatkan tahap Ilmu
berkenaan Islam sebenarnya, dan yang sudah berilmu pun masih belum cukup beramal dengannya. Shaikh Hamzah cuba membawa perhatian kita supaya mencontohi bijak pandai di zaman Rasulullah saw dan di zaman lahirnya intelektual Islam yang membina ummah
 ke tahap yang disegani oleh kaum lain.

Ayuh kita berfikir sejenak mengenai hal ini. Semoga kita maju
di dunia dan  sejahtera di akhirat.
Kita mohon kebijaksanaan dan kekuatan dari 
Pencipta yang maha ESA.
Mohon Hidayah Mu ya Rabb...


......

Monday, April 24, 2017

Tidak salahkah dia.....?






Semua orang tahu tetapi tidak yakin pada hakikat bahawa kita tidak tahu sebenarnya apa yang akan berlaku pada diri kita di hari muka. Kita melihat berbagai hal berlaku pada orang tua, namun dalam hati kita merasakan bahawa tidak mungkin perkara itu akan berlaku pada diri kita sendiri.

Sering kita rasa kita orang baik. Maka mana mungkin perkara yang tidak baik akan terjadi pada diri kita. Ini boleh dikira suatu andaian yang keterlaluan.....

Apabila kita tua barulah kita menyedari hakikat sebenarnya. Ramai antara kita yang tidak punya pilihan dalam menjalani hidup ini. Ada diantara kita yang sudah dididik oleh orang tua kita bagaimana kita harus bertindak jika sesuatu menimpa diri kita. Ada orang tua yang tidak mendidik anak-anak bagaimana mahu menghadapi masaalah yang dihadapi. 

Apa pun, kita tidak tahu sepenuhnya mengapa keadaan berlaku demikian. Ketentuan Allah hanya Dia yang maha Mengetahui......

Tetapi jika kita ditarbiah dengan baik ketika kecil oleh ibu bapa yang berilmu, dan beramal berasaskan Iman dan Taqwa, maka masalah yang dihadapi dapat dilihat dari sudut yang  benar dan yang hak. Jika tidak sempurna pun, kita tidak akan menjadi stress dan terkapai-kapai yang boleh mengakibatkan seseorang itu mengambil jalan yang sempit dan berbuat sesuatu yang tidak diingini, samada dari sudut biasa ataupun dari sudut Iman dan taqwa.

Sehubungan ini, saya ingin kongsikan satu peristiwa. Saya terkesan di hati melihat bagaiman seorang teman sebaya saya mengambil tindakan apabila ia samapai ke persimpangan jalan dalam hidupnya. 

Ia bercerai dengan sebab suaminya telah mengambil keputusan untuk mengahwini wanita yang jauh lebih muda darinya. Dia tidak dapat menerima perkongsian hidup seperti ini dan setelah berfikir panjang dalam konteks prinsip Islam yang difahaminya dan mengikut nasihat mereka yang arif dalam hal ini, teman saya ini mengambil keputusan untuk hidup sendirian. Beliau tidak tahu sama ada ini keputusan yang terbaik bagi dirinya dan pada anak-anaknya yang kini sudah dewasa. Apa pun ia sentiasa berdoa memohon keampunan dan memohon petunjuk dar Allah yang maha melihat dan maha memahami apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

Dia meneruskan kerja-kerja amal yang sememangnya dibuat sebelum bersara lagi sama ada menerusi NGO yang dianggotainya atau secara terus dengan bantuan kekawan dalam kumpulan kecil yang kami sama-sama bentuk.

Dia sangat minat membantu anak-anak remaja atau yang tua sedikit darinya dari dahulu hingga sekarang  Tumpunany ialah pada anak-anak muda yang terlibat dalam kesalahan kes JUVANA. Kumpulan anak-anak ini yang ramai terdiri dari anak sebangsa amat ketara sekali dan amat sedikit mendapat bantuan. Ada yang langsung tidak diambil kisah oleh keluarga.

Sering dia bercerita pada kami dalam kumpulan pada sessi dia mahu mendapatkan bantuan kewangan dari teteman yang berkemampun. Alhamdulillah ramai yang membantunya dari segi wang ringgit dan tenaga. 

Ada yang menjadi supir baginya kerana teman saya ini sudah mengalami sakit lutut yang agak serious. Tugasnya mengikut jadual ialah memberi khidmat nasihat, mengadakan program motivasi dan juga cuba menyalorkan anak-anak Juvana ini dalam program yang lebih teratur yang memberi mereka harapan untuk berdikari apabila mereka dewasa nanti.

Semuanya teman saya ini buat berseorangan. Tiada lagi bantuan dari sang suami yang dahulunya amat rapat dengannya dan amat memberi sokongan. Tetapi teman saya tidak kecewa. Ia sungguh memahami bahawa kebergantungan hidup kita ini hanya pada Allah semata-mata. Ia yakin pertolongan Allah itu akan bersama dengannya kerena dia tidak ada rasa dendam pada sesiapa pun. Apa jua yang berlaku ia ambil sebagai ketentuan Allah yang pasti ada hikmahnya.

Dalam konteks ini suatu hari dia bertemu dengan anak-anak remaja/dewasa yang buta, tetapi bukan buta asli. Mereka menjadi buta kerana jenis penyakit yang dihidapinya. Untuk memendekan cerita , teman saya ini bergabung rapat dengan anak-anak muda ini dalam sessi yang dibuatnya dimana sahaja di Malaysia ini. Anak-anak yang buta ini menjadi sumber inspirasi pada anak-anak juvana kerana cereita-cerita mereka menjadi buta telah menimbulkan kesedaran bahawa apa jua masaalah yang di hadapi pasti ada jalan keluar yang Allah akan tunjuki. Kita hanya perlu bersifat sabar dan yakin bahawa Allah tidak menzalimi sesiapa asalkan sahaja kita patuh pada perintahNya dan laranganNya.

Saya amat kagum mendengari peristiwa-periatiwa yang dilalui olehnya dalam usaha membantu anak-anak Juvana. Teman saya ini sentiasa riang dalam menceritakan episod yang berlaku. Ia bercerita bukan dengan hasrat menunujuk-nunjuk tetapi dengan hasrat semoga ada teteman yang muda darinya mahu mewarisi kerja-kerjanya kerana kini ia sudah hampir kehujung jalan dan dengan sakit lututnya yang memerlukan pembedahan ia khuatir nanti tiada siapa yang mahu mewarisi tugasnya yang dirasakan amat penting pada anak-anak juvana yang tidak mendapat perhatian yang cukup oleh masyarakt dan mereka yang sepetutnya berwajib dalam hal ini.

Pada bulan Ogos nanti, in sha Allah, ia akn menjalani pembedahan lutut kirinya. Sekarang pun dia sudah bertongakt kemana jua dia berpergian. Saya pula yang berfikir-fikir tidakkah salah suminya meninggalkannya. Saya sering merenung wajahnya dan rasa terharu tentang kegigihan dan kecekalan hatinya menjalani hidup yang sedemikian tanpa sokongan suami.

Saya cubit diri saya supaya tidak merepek-repek dalam berfikiran. Dia bukan beseorangan. Yakinlah Allah sentiasa membatu dan Allah menggembirakannya kerana dapat membantu golongan yang terpinggir ini. Semoga Allah terima sebagai amalan yang mendapat ganjaran yang tidak terhingga di akhirat nanti.

Cerita ini hanya untuk renungan.....
Kebergantungan hidup kita hanya pada Allah jua.





Tiada daya dan kekuatan melainkan dari  Allah yang maha Tinggi dan maha Agong.


.......

Sunday, April 23, 2017

Masih suka berbakti......




Diumur senja sebegini, bagaimana mahu berbakti pada anak bangsa? Pasti jarang kita fikirkan. Saya pun tidak terfikir bagaimana mulanya.

Satu hari seorang teman yang amat aktif dalam aktiviti qariah masjid bertanyakan sesiapa yang ingin mengambil bahagian menjadi "Story Tellers" untuk pelajar sekolah rendah di kampung saya sendiri, Kg Tunku Petaling Jaya. Saya rasa teruja untuk menyumbang tenaga yang sedikit ini dan ilmu mengenai cerita untuk anak-anak dalam Bahasa Inggeris. Maka kami yang sedikit bilanganya ini bertemu suatu petang di Cafe Masjd dan berfikir strategy bagaimana untuk menarik sukarelawan dan bagaimana hendak menentukan minat pelajar-pelajar akan tertumpu pada program ini di waktu sebelum masuk sessi petang.

Program ini adalah program dicetuskan oleh Ibu-Bapa pelajar sekolah teresebut dan wakilnya yang juga tinggal di Kg Tunku memaklumkan akan program ini  pada ahli qariah untuk sama-sama memunafaatkan masa demi kemajuan dan kecermerlangan anak-anak. Story telling ini disarankan dibuat dalam bahasa Inggeris supaya anak-anak yang kurang ketermpailan dalam bahasa itu akan dapat mencapai kemajuan.

Waktu yang di luangkan adalah antara jam 12.30 - 1.00 tengah hari. Pihak PIBG berpendapat waktu ini anak-anak untuk sessi petang sudah ramai datang dan untuk mengelakan mereka membazirkan masa, maka pihak PIBG telah membentuk program ini.

Syabas pada Ibu-Bapa yang prihatin untuk kemajuan anak-anak dan kemajuan negara umumnya.

Kini bilangan sukarelawan sudah ramai dan dijangka seorang pencerita akan menyumbang masa sekali dalam dua atau tiga minggu. Semuanya berumur lebih lima puluhan tahun dari suri rumah dan mereka yang telah bersara baru dan lama. Ketika ini yang paling tua dalam group sukarelawan ini ialah seorang ahli pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ia berumur 88 tahun dan masih ingin berbakti pada masyarakat dan negara. Dalam foto di atas dia yang di kiri sekali.






Kelihatan di atas antara pelajar yang berkumpul mengikut arahan guru untuk mendengari kami sukarelawan bercerita setiap hari sekolah melainkan Jumaat. Setiap kami mempunya cara sendiri bagaimana mahu becerita dan menarik perhatian kerana suasana yang ada tidak berapa conducive untuk acta "storytelling". Terlalu ramai pelajar yang terlibat, iaitu tahun 1,2 dan tiga.

Ini disedari oleh pihak sekolah tetapi buat sementara waktu kami kena akur dengan situasi yang ada.

Tidak mengapa berbuat sesuatu dalam keadaan sekeliling yang panas dan bising. Kami menggunakan pembesar suara tetapi masih belum dapat menguasai perhatian semua pelajar.

Kami bertekad jika tidak semua yang mendapat munafaat, sekurang-kurangnya pelajar yang di baris hadapan kelihatan seronok dan mudah merespond pada storyteller hari itu.

Kami menyedari hakikat kekurangan yang ada tetapi sanggup meneruskan usaha kerana jika kami menunuggu hingga kesemuanya sempurna, kita tidak akan memulakan apa-apa. Kita tidak berbuat apa-apa kerana terlalu cerewet. Kami buat yang sebaiknya kerana dalam usaha berbakti Allah sahaja yang menilai usaha sebenernya. Dalam hidup ini kita tidak tahu amalan mana yang Allah terima dan melayakan kita mendapat anugerah Syurganya. Tidak semesti amalan yang besar-besar sahaja yang Allah kira. Keikhlasan hati itu utama. 

Maka kami buat sebaiknya. Tidak lama lagi kami akan cuba berbincang balik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program ini dan cuba membuat cadangan pada pihak sekolah. Mungkin kita pecahkan setiap kumpulan pelajar satu storyteller dan tidak mengumpulnya dalam satu kumpulan yang besar. Kami rasakan ada masaalah ruang di sekolah ini.

Tidak mengapa. Kami buat 'one thing at a time'. Buat, jangan tidak buat.

Itu dulu sedikit coretan orang-orang bersara yang tidak mahu mengurung diri di rumah. Kerja kebajikan sememangnya bukan mudah dan kerja sukarelawa sememangnya berat. Semoga Allah sentiasa menolong kami dan usaha ini diberkati.


...........

Tuesday, April 18, 2017

Bukit-bukit Pasir yang aku tidak tahu.....





bukit-bukit pasir


yang aku tidak tahu

Membaca sebuah tafsir alQuran 2 hari dulu, saya rasa terkejut seketika apabila di sebut Surah Al-Ahqaaf dan saya seperti tidak pernah mendengarinya. Rasa agak ketakutan di hati kalau-kalau ilmu semudah itu sudah tidak tahu 
atau hilang dari ingatan. Maka cepat-cepat saya buka google dan kemudian saya baca surah itu sekali lagi dengan menumpu terjemahannya sekali lagi.

Di bawah ini ayat-ayat dalam surah al-Ahqaaf yang saya ingin rakam untuk ingatan, semoga selamanya.



Surah Al-Ahqaaf - سورة الأحقاف

(bukit-bukit pasir)

A021
Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Aad, ketika ia memberi amaran kepada kaumnya yang tinggal di lembah "Al-Ahqaaf", - sedang (amarannya itu samalah seperti) amaran-amaran yang telah diberikan oleh Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya dan yang datang sesudahnya - (dengan berkata): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari yang besar (huru-haranya)".
(Al-Ahqaaf 46:21



A022
Mereka menjawab: "Adakah engkau datang kepada kami untuk memesongkan kami dari menyembah tuhan-tuhan kami? Maka bawalah azab seksa yang engkau janjikan kepada kami itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
(Al-Ahqaaf 46:22

A023
Nabi Hud berkata: "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang kedatangan azab itu) hanya ada di sisi Allah, dan (tugasku hanya) menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutuskan membawanya, tetapi aku lihat kamu satu kaum yang jahil (akan tugas Rasul)!"
(Al-Ahqaaf 46:23

A024
Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
(Al-Ahqaaf 46:24

A025
"Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya". (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) - tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.


Tujuan perkongsian kali ini hanya semata-mata mahu
berkongsi fakta bahawa manusia boleh hilang ingatan sekelip masa.....kami yang warga tua ini. Maka kaum muda harus beringat untuk mamahat ilmu dari muda supaya daya ingatan menjadi kuat.....
dengan izin Allah jua.

Kita jauhkan diri dari berbuat dosa semoga tidak tergolong seperti dalam ayat-ayat di atas.

Mohon keampunan Mu ya Rabb
 atas segala kelalaian.


........

Monday, April 17, 2017

Age is but numbers.....NO ! Age is for real.



Umur bukan setakat nombor sahaja. Umur adalah satu hakikat.

Janganlah kita ikut pendapat mereka yang tidak percaya pada ketentuan Allah dan percaya pada hari Akhirat. Mereka berkeyakinan jika kita tidak ambil umur secara serious, maka kita dapat lakukan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang berumur muda. Sering saya terbaca dalam kiriman Whatsapp kekawan menunjukan video orang tua menari secara orang muda menari dengan iringan musik yang rancak. Ada beberapa contoh lain yang saya percaya ramai kita yang tahu dan saya khuatir ada yang mula berfikir secara yang sedemikian.

Tidak....

Kita harus ambil umur secara serious, tua atau muda sebab kita tidak tahu bila datangnya giliran kita akan didatangi malaikat Izrail.

Di dalam alQuran Allah menyebut hakikat umur. Umur 40 antara yang disebut sebagai umur yang penting. 

A015
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".



Maka kita harus serious dalam memikirkan fakta umur. Ramai kita yang meraikan tarikh hari lahir tanpa beringat bahawa umur kita sudah berkurangan. Janganlah kita memikirkan sampai bila kita akan hidup.
Setiap hari pun umur kita berkurangan, jangankan setiap tahun. Dan Allah telah memberi peringatan bahawa kita boleh sampai umur yang seperti kebudak-budakan.


A070
Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
(Al-Nahl 16:70) | 


Ayuh kita serious dalam melihat umur....

Saya berkongsi cerita fenomena umur dan tua kali ini kerana 2 minggu dahulu abang saya berumur 74 tahun di diagnose dengan ketumbuhan di otaknya. Namun ia belum sahih sama ada kanser atau bukan. Walau apa pun saya perhatikan dia sudah agak lupa-lupa. Sebelum ini dia tidak demikian. Saya berdoa semoga pemerhatian saya itiu tidak tepat dan kalau dia lupa-lupa itu adalah fenomena sementara. Ia masih dalam pemerhatian doktor2 pakar dan kini di rumahnya dijaga rapi oleh isteri dan anak-anaknya. Saya bersyukur anak-anak amat prihatin tentang orang tuanya.

Therefore age is not just numbers. It is for real......
Semoga Allah sentiasa memelihara kita.


.......

Tuesday, April 11, 2017

Senja di Hati.....





Pagi ini aku duduk termengu sendiri
Di dewan tamu yang kosong sepi.
Terilintas ingatan pada Ibu suami yang sudah lama pergi.
Membuat keluarga besar seperti tiada Permaisuri. 

Dulu aku amati peristiwa saban hari
Ia sering duduk bermenung seperti ia menanti-nanti,
Tetapi tidak lagi bertanya siapa yang di sisi
atau siapa yang bertanya merindu diri.
Keberadaan siapapun seperti sudah tidak memberi erti.

Sebenarnya.........
 apa yang ada di hatinya mustahil dapat di duga
Misteri hidup di umur senja hanya tersandar pada yang maha Pencipta, maha Berkuasa
Sedalam mana isi hatinya tidak dapat dirungkai 
oleh fikiran kerdil anak-anak walau ramai bilangan.

Kini aku juga sudah sangat hampir ke fasa yang sama,
Termengu berfikir, membanding kemampuan diri
dahulu, kini dan seterusnya.
Debaran dirasakan..........
 Fikiran kekadang lesu, kekadang garang.
Ibarat ada cetusan tidak tahu dari mana munculnya,
Cuma hati ini mengharap itu pastinya dari Tuhan
 Yang maha mengasihi dan maha mengerti 
akan turun naiknya Iman dan Taqwa di diri.

Gengaman jejari ku lemah dan lesu
Hampir tiada kederat memegang dan mengangkat sesuatu.
Walau seberat secawan kopi, getaran mengganggu.
Jangan bimbang......
Seorang teman sering mengatakan.
Itu peringatan supaya kebergantungan kita hanya pada Tuhan yang maha Tinggi maha Menyaksikan.
Lepaskan genggaman pada isi dunia,
Ia hanya hiasan pinjaman, 
 hanya lompatan untuk hidup di Akhirat
yang sempurna dan Indahnya tiada bandingan.

Allah sediakan bagi mereka yang ikhlas pengabdian
Untuk diri dan umat sejagat penuh pengorbanan.
Semata-mata kerana Allah Tuhan sekelian Alam.

Mohon Redha dan Keampunan,
Menghuni Syurga Firdaus yang diidamkan
Kekal abadi dengan semua yang kita sayang
dengan Rahmatnya jua yang tiada sempadan.

Aamiin Ya Rabb...
Engkau Tuhan yang maha Esa
Tiada tandingan Kekuasaan.


......
Related Posts with Thumbnails