Ini kisah hari semalam, Ahad akhir July. Sudah lebih 10 tahun tidak ke Port Dickson. Bayangkan rasa teruja tak menentu....
Semacam ingat,.... tetapi kurang ingat. Semasa bertugas dahulu sering ke sana dan favorite hotel saya ialah The Regency. Kekawan lama ajak berjumpa di Avillion Port Dickson. Saya mula-mula yakin ia terletak ke arah Teluk kemang. Bukan.....
Ia terletak di batu 3 dikira dari bandar Port Dickson. Siapa nak tahu di batu berapa kita berada. Teman saya brother Yahya memberi informasi, tetapi bila dah diumur ini banyak ingatan yang tidak menjadi. Selepa hampir setengah jam barulah berjumpa....mengah juga dibuatnya kerana sudah banyak perubahan dan pembangunan yang berlaku yang tidak saya sangka.
Akhirnya sampai.....
Di tepi pantai cantik menghijau.
Kami makan tengah hari dan bersembang panjang.....
Ini hidangan....Rezki kurniaan Tuhan, hamba-hamba yang mukmin tidak perlu bimbang. Hanya perlu berusaha dan tawakkal. Yang penting bukan banyak atau sedikit, sedap atau tidak sedap. Yang Allah tuntut hanya ikhlas dan bersyukur..... dan suka mengkongsikan apa jua yang Allah anugerahkan.
Ini kekawan dari tahun 1964/1965. Sebahagiannya sahaja.
Pertemuan sekali sekala mengingat zaman muda untuk
memperbaiki zaman tua.
Sayu dan gembira...semoga Allah sentiasa bersama, menunjuki
jalan yang diredhaiNya.
Ini brother Yahya yang bermurah hati menjamu kami.
Alhamdulillah.... kami mensyukuri.
Ini foto shoot kenangan,
untuk anak cucu mengimbas pengalaman, buat ingatan....
Hidup ini tidak panjang, hargai keluarga dan juga sahabat handai.
Jam dua petang kami beredar dengan rasa suka
tetapi juga bimbang.
Kot ini kali terakhir kami dapat sembang santai. Semoga Allah memberkati talian silaturrahim yang kami cuba jalin
dari hati ke hati.
Hingga berjumpa lagi....
Di Syurga Firdaus kami mohon doa Illahi.
Aamiin ya Rabb... Tuhan yang maha Mengasihi.
.....