"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, October 31, 2017

Penat tapi seronok ....












Bilakah penat itu menjadi asbab keseronokan ?

Subuh 25 okt kami berada di KLIA1. Penerbangan kami ke Jarkata ialah pada jam 7.30 pagi. Kami duduk sebentar menikmati keindahan alam ciptaan yang Maha Pencipta. Masya Allah.



Saya ikut kumpulan teman-teman dari Tangkak. Destinasi pertama ialah di Puncak, Bogor. Setelah makan tengah hari kami sampai ke hotel yang dipilih oleh penganjur. Puncak sama sekali tidak dingin seperti yang dikhabarkan. Maklumlah.... cuaca berubah dengan pembangunan yang pesat di mana jua. Di Cameron Highlands pun demikian. Maka kami terima seadanya.







Hotel ini di kaki bukit. Ia baru diambil alih oleh Syarikat berfahaman Islam. Sebelumnya ia di punyai oleh seorang yang beragama Hindu.' Pemandangan sekitarnya cantik kerana ia dibina di tepi sungai beraliran deras. Tetapi penghuni terpaksa memanjat naik ke banguanan chalet beberapa mata tangga yang tinggi yang saya kira amat sulit bagi kami yang sudah masuk umur 7 series.






Tetapi buat beberapa individu yang masih bertenaga naik tangga 
tidak jadi masaalah.
Pada pagi hari lepas subuh ada pula yang turun naik tangga "jogging".
Saya hanya melihat dan rasa tertinggal








Lihat berapa tinggi buat saya "menongkah" naik tangga.
Penat tapi menyeronokan sebab ada teteman yang suka membantu dan rasa teruja  melihat keindahan alam sekeliling.




Ini foto kenangan buat suami saya di hadapan ruang pendaftaran.



Saya pula banyak duduk berehat sendirian dan Kak Nortipah datang
 berfoto dengan saya. Saya panggil 'kak' tetapi umur sebaya.
Saya hormat kerana kak Tipah adalah guru AlQuran di samping 
tugas-tugas lain yang mencabar.

Setelah sarapan kami menaiki bas ke Tamrin City di Jakarta untuk persiaran dan membeli-belah. Perjalanan turun bukit agak menyegarkan kerana laluan dipagari pohon-pohon rendang yang menghijau dan rasa seronok menikmati udara nyaman.







Apabila sampai di lebuh Raya maka cerita lalu lintas yang macet menjadi perkara biasa.




Tetapi kami punya supir Pak Hendra namanya yang amat pandai dan cekap memandu. Kami segera sampai dan tidak pernah rasa cemas ditengah-tengah macet total yang kami alami.


Kami makan tengah hari di Restoran Batik Kuring.


Hidangannya sederhana dan amat sedap sekali.
Suasana tempat makan amat sejuk dan menceriakan.
Tepat dengan kesukaan saya. ALHAMDULILLAH.

Selepas makan kami ke Masjid Istiqlal untuk solat Sunat sempena lawatan.
Masjid ini masjid terbesar di bandaraya Jakarta.




Saya ambil kesempatan berselfi dengan Dr Asmah Ahmad, 
seorang konsultant
Pembangunan Alam dan kajian envioroment.



Ini sebahagian peserta sibuk menyusun diri untuk berfoto.


Merakam keberadaan di hadapan Masjid al Istiqal.


Kenudian kami ke Ancol Beach City. Waktu sudah hampir senja dan sudah tidak ramai pelancung yang berkeliaran


Senja di Ancol City. Pantai itu dibina atas tanah tambakan. buatan manusia.
Tidak ada apa-apa yang luar biasa.




Sampai di sini dulu catatan kali ini. 
Hidup sentiasa mengejar masa. Suami dan saya mengikut rombongan ini semata-mata kerana diajak oleh teman akrab yang mengaturkan lawatan ini.
Kami sudah beberapa kali 4 tahun yang lalu kerana tugas suka rela.
Kali ini kami hanya melihat perubahan yang ada di Jakarta.
Alhamdulilah. Kepenatan dan kini berehat sehari dua.

......



Tuesday, October 24, 2017

Time-Out.....




Banyak yang saya perlu fikirkan dan selesaikan dalam masa yang saya harap tidak berlanjutan.
Maka saya akan mengambil masa keluar dari paradigma masaalah. Saya mahu musafir.
Dekat sahaja. Insya Allah saya akan kembali menulis.

Masaalah itu berbagai rupa. Saya akur pada prinsip bahawa Allah menguji kita setakat 
yang kita mampu.
Susah macam mana pun, saya yakin jika kita tangani dengan keikhlasan dan kesabaran
 Allah akan mengasihani kita.
Semoga Allah kurni kesihatan, iman dan taqwa
dalam mencari kedamaian.
Amin Ya Rabb...


......

Thursday, October 19, 2017

On The Boardwalk @ Pulau Kukup....








Lingering thoughts while on the boardwalk.....

This picture was taken 2 years ago when  we had the reunion get together for Class of 64, Pontian Secondary English School.

Tomorrow we are going to Kukup again, insyaAllah for our Grand Finale get together. It has been more than 50 years since we left school. Many has left "The Train" including our most beloved teacher, Ms Tan Lee Kiang. Many of us thought that we do not have the energy and the leisure time to be travelling the distance  from North, South and every where to Pontian.

We may have mini reunions of members from the same place, usually in Kuala Lumpur. We have members from  Australia, Canada, Singapore and New Zealand. Most of us are 69 -71 years old and getting weary.

We are looking forward to tomorrow. InsyaAllah we will have dinner together and the next day we hope to take the boat to Tanjung Balai Pulau Kerimun. 

I will write about our adventures, a group of senior citizens trying to act young. May Allah give us the strength to  reminisce our young days together......

Bye for now.....


......

Tuesday, October 17, 2017

Rindu kedamaian.....



Image result for wanita itu aku

(Gambar hiasan ehsan google)



Kekadang lepas solat saya duduk beberapa minit berfikir mengenai masa depan anak cucu.

Termenung jauh.....Adat kata baki masa buat saya sudah tinggal amat sedikit. Mungkin esuk lusa saya tidak tahu. Setengah ustaz kata jangan risau sangat hari muka. Nanti Syaitan lagi suka menggangu gugat fikiran kita. 

Manakan tidak terfikir2.... Anak cucu juga perlau panduan kaum tua bagaimana melayari hidup ini semoga tidak terkandas tanpa apa-apa pegangan. 

Saya rasa ramai kita rindu kedamaian di negra tercinta kita ini. Saban hari ada saja kita dengari berita-berita yang tidak menyedapkan hati, ada berita skandal itu dan skandal ini. Kesahihannya belum diketahui. Masaalah Ekonomi dan masaalah kewangan yang mudah dibukti kesahihannya pun masih belum namapk penyelesaian yang dijanji. Janji amat mudah diberi. Orang biasa seperti saya mudah termakan janji kerana mahu berfikiran positif semoga kesenangan hidup menjadi reality. Akan mudah pula kita menghulur bantuan pada yang lebih perlu dan mereka yang kesempitan akan rasa ringan kerana ramai yang ambil peduli.

Mengapa agaknya kita dirundung malang begini. Makin ramai yang bersedih hati kerana anak-anak yang sudah tamat pengajian dengan jayanya pun belum mula bekerja untuk menabur bakti pada ibu tua di rumah yang makin susut tenaga mahu menjaga diri. Kebelakangan ini saya sering bermuhasabah diri, bertanyakan mereka yang ahli sabab-musabab jadi begini. Kan kita Islam dan mengharap pertolongan Allah itu berdekatan.

Umumnya begitu, kata Ustaz. Tetapi kita bukan Islam sejati. Masih banyak rukun-rukun yqng belum termetri kuat dihati dan terbukti pada tindakan diri.  Ramai kita Muslim yang masih memilih-milih mana yang mahu dilaksana dan mana yang di tinggal, katanya buat sementara. Kita belum jitu mahu mencari Redha Allah yang sempurna. Bukan di tempat kita sahaja. Di tempat lain pun serupa sikapnya. Kita Islam pilih memilih. Wal hal Allah telah berfirman:


A208
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.



Allah melihat kita luar dan dalam. Tanpa pertolongan Allah manusia akan gagal. Pergolakan sedunia pun saya yakin kerana kita bukan Islam sejati walaupun dalam perlembagaan kita, kita ini negara Islam.

Ramai yang tidak yakin dengan Fakta ini kerana katanya mengapa Singapore, Jepun, Korea dan lain-lain boleh berjaya mencapai pembangunan seimbang. 

Saya tidak dapat menjawab soalan ini. Amat rumit jika Allah tidak bertahta di hati.....

Tetapi saya cuba sedaya upaya tidak mahu menjadi sebahagian dari masaalah.
"If we cannot solve the problem, make sure we do not become part of the problem". 
Ayuh sama-sama kita bantu membantu menghayati firman Allah seperti di bawah ini:


A082


Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


Ya Allah Ampunkanlah kami dan berilah kami kekuatan dan kebijaksanaan untuk mematuhi perintah Mu.
Aamiin ya Rabb......


.......

Friday, October 13, 2017

Hati menjdi keras.....





Sumpah saya tidak akan undi......

Terngiang-ngiang dalam ingatan saya kata-kata itu yang makin lama makin nyata walaupun pada fitrahnya bila umur meningkat maka ingatan harus menjadi kabur dan luntur.

Siapa yang kata tu?

Oh....Isteri taukeh kedai runcit yang selalu saya kunjungi. Ini disebut dalam 2 minggu yang lalu. Saya sering beli barang dan entah mengapa kali ini saya merungut: "Kenapa semua barang mahal sekarang?....."

Dia cuma senyum....senyum tawar.
Tiba2 dia kata: "Sumpah saya tak kan Undi......kali ni".
"Eh jangan sampai bersumpah pulak..." kata saya. "Kita doa saje ada calon yang kita rasa lebih berwibawa dan berjiwa rakyat yang kita boleh pangkah untuk pilih dia.

Itu sahaja yang saya katakan dan bergegas keluar kerana tidak selesa mahu becakap lanjut. Sudah banyak diceritakan di media sosial mengenai perihal ekonomi negara yang makin merosot. Petanda bagi orang seperti saya ialah harga barangan naik dan perkhidmatan untuk rakyat sudah tidak secantik dahulu.

Itu sahaja.........
Cuma saya ingin kaitkan hal seperti ini dengan cara manusia berfikir dan bertindak. Rata-rata apa jua yang dikatakan dalam media massa kita akan percaya. Tetapi bila bajet belanja dapur pun perlu kita sekat dan berjimat, maka pastinya ada benda yang tidak kena.

Makin hari makin kita dengari betapa malangnya rakyat Malaysia kini. Bacalah dan dengarilah sendiri.....
Teguran demi teguran dibuat semoga kepimpinan menjadi lebih peduli. Tetapi hingga kini saya belum nampak bukti keadaan akan menjadi seperti yang dijanji. 

Jika kita tidak Ikhlas maka lama kelamaan hati akan menjadi Keras......
Tidak dapat melawan hasutan Syaitan. Manusia bolih menjadi sombong dan manusia  boleh menjadi pendusta. IBLIS adalah makhluk Allah yang pertama yang menunjukan kesombongan dan keangkuhan. Iblis mendabik dada mengatakan dia lebih baik dari ADAM. Dia melawan kehendak dan arahan Allah swt.......Kita semua sudah maklum cerita selanjutnya dan hingga hari ini
manusia sentiasa di hasut Iblis Syaitan hingga ada manusia yang tidak  menyedarinya dan beranggapan dia manusia terbaik, terpandai dan terbilang dan memaksa manusia lain mematuhi kehendaknya.

Dalam sejarah Firaun adalah antara makhluk yang sombong dan angkuh dan kesudahannya pun kita sudah maklum. Namun kita perlu ceritakan pada anak-anak kecil, remaja dan anak-anak muda yang belum terdorong mencari ilmu ke arah itu.

Allah swt telah berfirman:


A016

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
(Al-Hadiid 57:16) | 




Bacalah sendiri tafsir ayat itu yang panjang lebar dalam kitab-kitab atau dari mulut-mulut Ustaz di Masjid-masjid di mana jua termasuk juga yang dalam Utube. Kita rakyat yang tidak mahu dizalimi. Itu sahaja yang dapat saya rumuskan dengan ringkas. Maka ayuh sama-sama kita berdoa Allah melepaskan kita dari musibah haru biru kehidupan rakyat yang ada kini. Kita tetap bersyukur atas semua kurniaan yang ada sebab kita belum sampai ketahap kebuluran dan merempat tiada kediaman. Bersyukur tetap bersyukur atas apa jua ketetapan Allah. Semua ada hikmahnya.

AlQuran mengatakan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang berusaha mengubahnya. Ayuh kita berusaha kuat untuk membuat perubahan......kita Hijrah.

Semoga Allah mengurnia kesabaran dalam menghadapi ujian dan semoga Allah menunjuki jalan. Yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Semoga Allah juga mengurnia kekuatan dan kebijaksanaan dalam usaha bersama kita semua....

Aamiin ya Rabb......



.......

Monday, October 9, 2017

Rasa amat ketinggalan.......




Ibarat bunga-bunga lalang mengering dan layu seperti yang 
di atas ini. Umur makin bertambah dan ini bererti baki hidup ini makin berkurangan.Semalam saya bercerita dengan kakak di kampung anaknya
 di hospital dengan kesan-kesan diabetis
yang membimbangkan.  Saya juga ada diabetis 
dan diumur sekarang masih banyak kagi yang belum terbuat 
untuk bekalan ke alam yang kekal nanti.

Saya teringat lawatan saya ke Perth baru-baru ini. Host yang 
membawa saya kesana ke sini 
baru berumur 39 tahun tetapi gigih dengan kerja-kerjq sukarela
 dalam bidang pendidikan yang dipelopori oleh Shaikh gurunya yang banyak menasihati  bahawa tidak akan ada kejayaan
 tanpa pengorbanan. Kita selalu cari jalan pintas untuk 
mencari sesuatu. Letih juga tetapi tidak mesti menjamin kejayaan. 







Hidup ini dipengaruhi oleh berbagai idea mengenai kejayaan dan kebahagiaan. Saya mengaku semasa muda sememangnya 
terikut-ikut akan budaya orang-orang yang dikatakan "modern"
 tanpa menyedari bahawa yang jelas dan
 "modern" itu adalah ISLAM dengan tradisinya yang penuh lengkap.
 Cuma saya cuai untuk menimba ilmu kearah itu. Umur makin 
rapuh seperti tumbuhan di atas ini.
Alhamdulillah dengan berkat doa ibu bapa dan ehsan teman-teman yang sudah lama mendahului saya mencari Ilmu untuk diamal
 persis tuntutan Islam, saya mula bertindak walaupun sudah jauh ketinggalan. Alhamdulillah Allah masih memberi ruang dan peluang.

Ceramah Shaikh Okasha Kameny yang saya sering ikuti dalam 
Utube  menyedarkan saya bahawa pengorbanan yang Allah tuntut
 tidak seberat pengorbanan yang Allah tuntut dari
 Nabi IbrahimAS yang di minta menyembelih anaknya kesayangannya. 
Itu pun saya tidak menguatkan tekad untuk bersungguh-sungguh.
 Mohon doa pembaca budiman semoga saya sekarang dapat menguatkan diri berkejaran sebelum samapinya garis penamat yang Allah tentukan.









Semoga kita semua mendapat anugerah limpah Rahmat Allah yang tidak terhingga dan mendiami  taman-taman Syurga 
yang tiada bandingannya di dunia ini.
Aamiin ya Rabb...


......

Sunday, October 8, 2017

Suatu pagi di ladang Cendawan .....




Pertama kali saya melihat cendawan dari tempat semaiannya.Ini cendawan  Avalon  dan saya melawat ladang itu dengan partner saya pada hari Rabu minggu lepas. Saya suka makan cendawan dan rasa amat teruja bila diajak ketempat itu, iaitu di sekitar Rantau Negeri Sembilan.

Kami sampai ditempat itu jam 11 pagi lebih kurang setelah sesat barat. Akhirnya berjumpa dan kami rehat seketika untuk minum kopi dan makan cendawan bergoreng sebelum melihat tempat 
percambahan cendawan atau 'culturing shed'.




Cendawan goreng sedap rasanya dan mirip "french fries". Anak-anak kecil dan remaja pasti gemar rasanya. Saya iklan sekarang kerana pengusaha ladang ini (berdiri di kanan sekali) gigih orangnya dan menjaga quality tanpa soal.




Ini tempat percambahan. Saya tidak banyak soal mengenai hal-hal teknikal kerana minat saya dan partner saya ialah untuk menilai 
sama ada ia suatu yang menguntungkan jika kami menjadi ajen
 pengedar untuk menambah Dana SmarTop kami.
 Maklumat yang ada sudah mencukupi untuk kami membuat perancangan.




Tempat percambahan cendawan ini sememangnya gelap sedikit dan 2 foto di atas dan di bawah ini saya lihat amat menarik perhatian saya. Masya Allah. Kebesaran dan kekayaan ciptaan Allah amat mengkagumkan.




A022
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).





Kami diberi peluang memungut sendiri cendawan yang sudah 
matang untuk kami bawa pulang.
Teringat peristiwa "apple picking" semasa di perantauan dahulu semasa remaja dan menutut ilmu di negara orang. Sekarang pengalaman lain pula.
 Allah maha kaya dan kami harus mematuhi segala peraturanNya.




A003


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaaq 65:3) | 


Demikian catatan ringkas suatu pagi yang bermunafaat. Semoga Ladang itu terus maju dan kami dapat berkongsi rezki. Allah mengajar kita supaya jangan tamak kerana orang tamak itu selalu rugi. Jangan sombong dengan kuasa yang Allah pinjamkan kerana bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Ayuh sama-sama kita berdoa semoga apa yang Allah anugerahkan pada kita jangan kita lupakan dan beranggapan itu semata-mata kerana usaha kita.

Tidak......

Allah maha berkuasa atas apa yang ada di Langit-langit dan di Bumi.
Usaha kita semata-mata merupakan pengabdian pada yang maha Pencipta dan yang maha Berkuasa.



........

Perpisahan dengan Chef pre school SmarTop....






Bertemu dan berpisah itu suatu yang lumrah  dalam melayari kehidupan. Di tangkak minggu lepas kami mengucapkan selamat bersara pada Chef kesayangan kami. Nama kesayangan chef kami ialah Tok Mak.

Dalam foto ini Tok Mak berdiri no 3 dari kanan beserta sebahagian dari anak-anak SmarTop. Berumur hampir 66 tahu Tok Mak  berkhidmat hampir enam tahun dengan SmarTop. Tok Mak masih ada talian persaudaraan dengan Partner saya dan kerana itu ia sanggup bekerja dengan kami walaupun umurnya sudah agak senior.





Dia sedih meninggalkan kami dan kami juga rasa  sebak berpelukan
mengucapkan selamat tinggal. Saya katakan padanya semoga dapat bertemu lagi. Jika ini pertemuan terakhir marilah sama-sama 
berdoa semoga kita dipertemukan semula di Syurga Firdaus 
Kurniaan yang Maha Pencipta dan dengan Rahmatnya semata-mata.






Patah tumbuh hilang berganti. Tetapi belum
 dapat gantinya dan sedang mencuba seorang calun muda 
dan belum banyak pengalaman. 
Chef kami ini kami panggil Tok Mak seperti panggilan cucunya yang juga berada di SmarTop. Tok Mak pandai masak dan ada anak-anak yang bagi tahu ibunya nak makan lauk macam Tok Mak masak. Alhamdulillah.
Allah kurnia kemahiran yang berlainan pada hamba-hambaNya.





Foto kenangan dengan para staf yang lainnya.
Semoga staf yang muda dapat mencontohi kegigihan Tok Mak dalam
perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak.
Tok Mak tidak pernah bersungut bila diminta bertugas lebih masa. 
Ia sentiasa senyum. Kami sayang dia dan semoga Allah terus memelihara kasihatannya dan dapat terus menyumbang pada pembangunan Ummah. Semuanya kerana Allah jua.


......

Saturday, October 7, 2017

A Make Over......Style Warga Emas.










Ini taman mini di hadapan rumah sewa kami di Bandar Baru Tangkak. Harus ada kehijauan supaya segar mata memandang.

Di dalam bagaimana ye?

Di dalam partner saya memikirkan suatu style "Make Over" yang mudah tetapi menceriakan......Syok sendiri...


Ta...Da !....




Ini ruang makan, biasanya untuk empat orang sahaja.
Dikemas rapi dan syahdu rasa dihati dan
senang mata memandang.




Dewan berehat kecil sahaja dan biasanya hanya suami partner saya yang duduk membaca buku.
Kami berehat di bilik masing-masing.



Ini bilik saya. Kecil tetapi mencukupi.
Alhamdulillah.

Jarang-jarang sekali kami ada tetamu. Kami banyak berurusan di pejabat  Tadika SmarTop
 yang hampir di bandar Tangkak.

Kami perlu menyewa rumah seperti ini kerana kemudahan hotel adalah mahal berbanding apa yang kami sewa ini.
Kami membayar sewa rumah kosong sebanyak rm500/- sebulan. Alhamdulillah Allah kurnia kemampuan.





Ini suatu sudut hiasan sahaja. Partner saya ini sekarang berminat menghias rumah 
dengan pokok bunga kehijauan.  Syabas!...kata saya. 
Ditakuti mati tiada yang urus jika ditinggal balik
 ke Shah Alam buat beberapa hari. 

Ini sahaja kami dapat selitkan keseronokan kami
dalam kesibukan mengurus Tadika dan Taska
SmarTop Subur Fitrah kami yang akan masuk 6 tahun
insya Allah pada tahun 2018 nanti.
Mohon kami didoakan terus dapat berusaha untuk
Ummah kerana Allah jua.


.........
Related Posts with Thumbnails