Kebelakangan ini saya agak sibuk mengurus suami saya turun naik Klinik Kesihatan dan PPUM dalam usaha menjaga bekas luka operation ibu jari kaki kanannya disebabkan Diabetik Ulser.
Namun, alhamdulillah, semangat kami biasa sahaja walaupun luka masih belum pulih sepenuhnya.
Semangat meneruskan hidup lebih tersinar dengan adanya harapan untuk mengubah keadaan yang tidak menyeronokan hari ini. Tidak perlu kita bicara apa yang tidak menyeronokan kerana saban hari kita mendengari nya di media massa dan dimana-mana sahaja kita berada. Rakyat tidak sunyi berbicara...... betul atau salah, sama-sama setuju atau tidak setuju sudah tidak lagi menjadi hal. Masing-masing mahu pendapatnya didengari.
Dikalangan keluarga saya begitu juga. Ada yang suka berbicara dan ada yang senyap sahaja tidak mahu orang lain tahu apa pendiriannya. Tetapi saya adalah jenis orang yang suka bertanya ...... walaupun dalam hati orang yang mendengarinya mungkin tidak berapa suka.
Saya perhatikan dikalangan keluarga saya dan keluarga besar saya isu PRU14 seperti berpecah dua. Saya kira rambang dari ahli yang mahu bicara. Ada yang mirip pada PAS dan ada yang mirip pada HARAPAN. Tidak ada yang terang-terang menyatakan sokongan pada BN. Saya kurang pasti pendirian mereka sebenarnya kerana ada ahli yang asyik kata Undi itu Rahsia........
Ada dikalangan adik-adik ipar saya yang menasihatkan saya supaya jangan ghairah sangat menyokong Pakatan Harapan kerana ada desas-desus PH dipengaruhi oleh mereka yang berfikiran Zionist. Saya katakan mudah sahaja padanya bahawa soal pengaruh zionist ada di mana-mana jika kita dapat lihat dengan teliti melalui pembacaan yang luas atau kita bersahabat dengan mereka yang berpengalaman dalam hal-hal seperti ini. Maka pada saya yang tidak banyak ilmu dan pengalaman, saya pilih sahaja pihak yang kurang keburukannya dan saya ada keyakinan mereka ikhlas berjuang. Pada pandangan saya dalam hal pengaruh zionist ini BN atau PAS pun belum tahu bersih sepenuhnya darinya. Kita semua tahu Zionist ini amat halus dan amat licik pengaruh strateginya. Di negara luar seperti Arab Saudi pun ada yang mengatakan mereka sangat rapat dengan pihak Israel. Jika begitu saya pasti kebarangkalian mereka dibawah telujuk Zionist tidak dapat dinafikan. Saya hanya berdoa saya berada dijalan yang benar..... Semoga Allah sentiasa memelihara.....
Dalam pada itu ramai juga ahli keluarga saya yang jitu PAS...... kerana sejarah perjuangannya. Pada pemerhatian saya strategi PAS untuk memerintah Negara amat lemah sekali. Saya sendiri tidak mahu mempercayai mereka itu juga menerima sesuatu dari BN an kerana itu mere senyap-senyap menyokong BN. Ini mungkin fitnah. Saya tidak yakin dengan strateginya kerana asas strategi PAS tidak jelas dan tidak lantang dalam mengatakan BN itu banyak membuat kesilapan. Pada hemah saya PAS cari jalan tengah dan "Play Safe" dan tidak mahu membuat kenyataan yang nyata bahawa kepimpinan BN itu sudah jauh menyimpang jalan dari segi undang-undang Malaysia. Cuma kepimpinan Negara yang ada sekarang tidak didapati bersalah beraasaskan siasatan yang dijalankan oleh pihak Peguam Negara. Rakyat tidak mampu berbuat apa....
Maka saya lihat PRU14 ini bukan seperti PRU yang telah lepas kerana sebenarnya PRU kali ini semestinya berazam untuk menyelesaikan masaalah besar yang dihadapi yang membebankan rakyat waku ini. Masa adalah Fakta Penting. (Time is the Essence). Segala kesalahan mesti dihentikan sekarang. Lepas itu barulah boleh berbuat kebaikan. Ini adalah kerana tanpa menyelesaikan hal yang berkaitan dengan peraturan dan undang-undang, amat sedikit sekali yang boleh dilaksanakan. Dengan lain perkataan, kita hendaklah mendahulukan hakikat "nahi mungkar!"
Itu sahaja catatan saya buat kali ini....
Semoga kita dapat fikirkan bersama.
Saya menerima apa sahaja teguran atas pandang saya kerana tidak ada manusia yang tidak bersalah.
Yang penting kita harus mahu memperbaiki kesalahan kita.
Dan berdoa semoga Allah menerima kita....
Dan semoga kita sejahtera di sini dan di Sana.
Allahu'alam.
.........