Saya tidak pernah lihat 16 September sebagai tarikh keramat. Bukan kerana tidak sayang negara tetapi seperti ia berlaku terlalu mudah. Tidak ada kejutan buat saya. Tiada bantahan besar dan tiada suara yang gamat mahukan ia wujud. Itu ingatan saya dalam sejarah hidup saya.....sejarah hidup keturunan pendatang membesar di kampung.
September 16 buat saya terfikir-fikir sedikit. Bila saya tinjau rasa hati saya , saya mula merasakan bahawa saya banyak tidak menegerti politik, geo politik, obejektif kuasa-kuasa besar terhadap negara-negara kecil dan berbagai lagi. Dan dalam pada itu juga semua, saya juga amat tidak memahami sepenuhnya mengapa manusia diciptakan dan mengapa Iblis berlaku sombong mengingkari perintah Alla swt. Erti pengabdian juga saya belum faham prosesnya dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Amat banyak yang saya tidak tahu dan sedihnya saya tidak tahu bahawa banyak hal saya tidak tahu.
Sekarang saya sudah tahu apa yang saya tidak tahu. Walaupun bukan kesemuanya, tetapi saya sudah mula memahami mengapa Allah turunkan Al Quran dan melantik Rasulullah saw untuk menyampaikanNya. Sedikit-sedikit pun saya mulai faham mengapa Malaikat diciptakan dan mengapa Jinn Iblis juga diciptakan. Dahulu faham juga tetapi kini saya menyedari kefahaman itu tidak menyeluruh dan tidak mencukupi. Ini semua ada kaitannya dengan fakta bagaimana menangani fenomena hidup dan kehidupan dalam dunia yang sementara ini.
Dalam hati saya 16 September berlalu senyap sunyi. Yang saya kedengaran suara bising.....dan makin hari makin bising tidak menentu ialah isu perpaduan Melayu dan Islam di negara Malaysia sekarang. Saya rasa sangat celaru kerana ramai sangat yang mahu meluahkan pendapat dan ramai juga yang sudah seperti mahu bertidak radical.
Siapa agaknya yang betul-betul mendengari?.........
Saya rasa seperti hilang kedamaian. Khuatir Malaysia bermasaalah berterusan........
Di negara luar Israel sibuk mahu memperluas Wilayahnya dengan hasrat mengambil West Bank dan Golan Heights bila Netanyahu menang. Netanyahu bermasaalah. Mungkin tak jadi. Tetapi siapa jua yang berkuasa di Israel tu, misi hidupnya sama.... nak control satu dunia. US dan Iran dan Saudi Arabia pula sentiasa bercakaran. Semuanya mahu berkuasa mutlak di dunia ini. Negara China dan Russia tidak nampak sangat gawat tetapi kita tahu dalam negara masing-masing berbagai tindakan yang tidak menyenangkan orang Islam berlaku. India pula mula berlagak angkuh dan menzalimi orang-orang Islam Kashmir secara terus terang. Hati saya rasa amat "berang" tetapi apakan daya. Saya hanya mampu memerhati dan berdoa satu hari nanti semoga keagongan Islam akan Allah kembalikan.
Malaysia tidak mampu buat apa-apa dalam apa yang berlaku di atas. Saya perhatikan demikian kerana hal-hal dalam negara pun tidak beres lagi. Yang suka pada kepimpinan sekarang memuji dan yang benci sering menghina dan menghina. Saya merasai seperti itu yang menyusuk dihati saya. Saya rasa amat tidak selesa walaupun saya sudah tua. Apakan daya ..... saya hanya mampu memerhati.
Tindakan besar-besaran himpunan Penyatun Ummah baru-baru ini diadakan dengan aman. Alhamdulillah......Saya rasa teruja juga kerana seperti kelihatan ada cahaya di hujung terowong gelap. Tetapi bila saya dengari ucapan-ucapan yang lantang diperdengarkan ada sesuatu yang tidak membuat saya selesa sepenuhnya dihati dan minda saya.
Apa agaknya yang menggusarkan fikiran....saya tanya diri sendiri.
Jika saya lihat sekali imbas memang cantik gerakan Penyatuan Ummah......
Cuma saya fikir-fikir adakah ia diasaskan bebar-benar atas kesedaran kelemahan Melayu dan Islam atau lebih melihat kelemahan Melayu dan Islam menjadi agenda sampingan sahaja. Mungkin ada dalam hati kecil mereka yang berkepentigan bahawa inilah jalannya untuk mengembalikan kekusasaan atas pentadbiran negara. Saya tidak mahu menuduh. Saya tidak menuduh kerana saya duduk dipinggiran. Dan orang-orang seperti saya ini seperti melukut di tepi gantang. Tidak menguntungkan dan tidak merugikan dalam kiraan jangka panjang. Allah yang maha tahu apa yang tersembunyi dan apa yang nyata dan terang..........
Maka saya cuma lihat dalam keluarga besar saya dan keluarga besar rakan seangkatan yang rapat dengan saya. Ramai ahli keluarga yang belum menampakan kesedaran yang luar biasa bahawa kaum Melayu jadi seperti yang ada sekarang ini kerana asas pegangan Islam amat longgar. Bijak dan pintar dalam Ilmu lain tetapi Ilmu Islam remah tidak akan membawa kejayaan seperti yang Allah perintahkan. Saya salahkan diri saya sendiri kerana uasaha saya diumur muda pun amat tercicir sekali. Sekarang ini saya mengajak anak-anak saya dan keluarga besar saya untuk muhasabah diri dan membina diri kearah objektif hidup yang Allah redha..... di dunia dan di akhirat.
Hanya dengan kekuatan kita berasaskan Syahadah Islam sahaja kejayaan luar biasa dapat dicapai. Jika berjuang atas dasar kaum dan ekonomi semata-mata, saya khuatir kita tidak akan berjaya. Saya telah mengikuti sedikit sebanyak sejarah bagaimana Empire Islam dahulu tumbang, bagaimana Negara-negara Islam kini pun tidak setabil walaupun sesetengnya itu kaya raya. Mereka jadi seperti peminta sedekah negara terkuat dunia seperti Amerika dan Israel. Saya sedikit-sedikit cuba mengikuti fenomena ini melalui Shikah Omar Baloch dan seorang dua shaikh yang lain di Utube dan mula memahami sebenarnya kedudukan negara-negara Islam kini vis-a vis negara-negara yang kuat ekonominya dan kuat angkatan tenteranya.
Saya juga mula memahami sedikit-sedikit pengaruh Zionists keatas uamt manusia. Saya mula memahami juga bagaimana Jinn dan Iblis mempengaruhi kuasa-kuasa besar ini dan bagaimana juga Jinn dan Iblis mempengaruhi manusia di negara-negara yang lemah dan miskin. Jinn dan Iblis ini sudah mengingkari Allah swt dan telah berjanji akan memusnahkan dengan apa jua cara sekali pun supaya manusia akan memenuhi Neraka Jahanam. Allah izin dan mereka nekat kerana kesombongannya.
Maka kita janganlah sombong dalam fikiran dan tiddakan kita. Kata-kata kita harus berlandaskan akahlak Islam. Kejayaan bermula dengan diri. Bina diri sekuat-kuatnya. Allah melihat usaha kita dan bukan hasil usaha kita. Jangan mudah kecewa sebab Allah memerhati. Kita lihat perjuangan Presient Morsi di Mesir. Beliau dianiyaya dan difitnah oleh orang yang mengaku dirinya Islam. Tetapi mereka dipengaruhi oleh Zionist yang bertopengkan seperti Islam dengan pujuk rayu yang manis-manis kononnya jika President Morsi memerintah, Mesir akan jadi papakedana. Sekarang ini kayakah Mesir. Dia dibawah telunjuk Zionist Israel dan Amerika.
President Morsi tidak tewas. Dia mahu memerintah Mesir mengikut lunas-lunas Islam. Ada beberapa negara Islam yang tidak membantunya. Tetapi President Morsi yakin penuh dengan Allah. Saya yakin perjuangannya tidak sia-sia. Semoga Allah kurnia baginya Syurga Firdaus bersama Rasulullah saw.
Dari kegelapan.....
Menuju keindahan cahaya terang benderang
dengan kebesaran Rahmat Allah.
Itu yang kita cari.
Jom kita sama-sama megubah fikiran dari menjadi bertambah baik.
Semoga kita menjadi orang-orang yang "senyap-senyap"
berusaha sedaya upaya,
benar-benar berjihad dengan apa jua kemampun untuk
mengalahkan kekuatan orang-orang yang berjiwa munafik dan orang-orang
yang terang-terang mungkar dan kuffar.
Kita harus juga menyedari bahawa pengaruh Zionist itu amat licin sekali dan
jika kita tidak berilmu dan berIman serta Taqwa kita tidak akan menyedari.
Zionist bukan semestinya berkulit putih.
Zionist menyerap masuk dalam berbagai rupa dan warna.
Kita mohon perlindungan dengan Allah dengan Allah sahaja
dan terus berusaha.
Kita munajat pada Allah sepenuh jiwa raga semoga hasrat kita
kesampaian..... berusaha menyelamatkan Malaysia dari kecundang.
Semoga Allah memberi kekuatan dan kebijaksanaan melangkaui kekuatan
dan kebijaksanaan musuh-musuh Islam,
dari dalaman atau luaran.
Aamiin Ya Rabb.....
........................................................