"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, September 17, 2009

AKU PERNAH KE SITU.

Dalam akhir-akhir Ramadhan ini rasa hati bercampur-campur. Teringat ketika Hari Raya dengan emak dan sanak saudara. Tetapi heran tidak ingat bagaimana Hari Raya dengan bapak. Ingat puasa ada bapak tapi tidak ingat pasal raya. Bapak pulang ke Rahmat Allah semasa aku berumur 16 tahun. Tetapi kenapa tidak ingat. Aku ingat ketika ikut bapak pergi kenduri, pergi sembang di kedai kopi, pergi berkebun dan ketika-ketika duduk bersantai menolong menggulung rokok daun nya. Aku ingat menangkap iwak lele dan belut bersamanya di parit -parit waktu musim hujan ketika ia mengambil upah membesarkan parit-parit sebagai sempadan tanah dan aku juga ingat naik bonceng basikal nya pergi berziarah kawan-kawan nya. Tetapi kenapa tidak ingat berhari raya dengannya. Dan baru inilah aku rasa sayu kerana tidak ingat berhari raya dengan bapak.

Aku orang kampung, totok orang kampung. Dulu sudah ku ceritakan asal usul ku. Walaupun sekarang sibuk cuba menghayati Kemuncak Ramadhan, aku terpanggil sangat untuk mencatat sedikit bicara ketika ini semoga boleh berkongsi dengan generasi muda erti hidup dan kehidupan.

Tercetusnya keterpanggilan ini ialah apabila membaca blog yang ditulis oleh anak-anak generasi muda kini sama ada mereka berada jauh di perantauan atau hampir di kampung halaman. Mereka menceritakan keseronokan membuat persiapan Hari Raya, atau ada yang bercerita mengenai berbuka puasa untuk 'penghabisan' ini dan bermacam lagi. Tapi rata-rata tidak ada, atau kurang sekali yang bercerita berlatar belakangkan fakta Iman dan Keimanan. Iaitu tidak tertulis jelas dalam cerita- ceritinya. Aku takut kalau tidak tertulis, mungkin tidak tercatit dihati dan mindanya. Mana yang betul agaknya?

Aku cuma rasa agak terkilan dan rasa amat bersalah sebagai seorang generasi warga emas yang "dulu pernah ke situ". I have been down that road and much more.

Ketika umur 19 tahun dalam tahun akhir enam-puluhan aku sudah di hantar ke Amerika Syarikat oleh MARA ketika itu. Amat sedikit orang Melayu hinggakan satu ketika aku tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu kerana berbulan-bulan tidak bersemuka dengan Melayu. Betapa pengaruh Barat menyerap di hati dan minda ku. Aku rasa ketika itu "amat bertuah" mempunyai pengalaman yang berlainan dan melihat orang Barat sebagai contoh yang patut ditiru dan dihayati. Banyak peristiwa pahit manis yang dilalui dan banyak masaalah yang dihadapi. Tetapi minda ini tidak menyedari ketika itu bahawa proses mengejar kemajuan dan proses mencari penyelesaian tidak sedikit pun disandarkan kepada fakta iman dan taqwa. Dan iman bukan semata-mata menunaukan solat, puasa dan Haji. Betapa aku menginsafi fakta ini.

Maka sekarang apabila mendengar anak-anak generasi muda bercakap dan bercerita seperti mereka yang agak "tenggelam" dan "terpukau" dengan budaya Barat atau keBarat-Baratan, atau Ketimuran yang sudah pekat Baratnya seperti Jepun, aku rasa hiba dan sepertinya aku rasa bersalah dalam hal ini kerana aku pernah menjadi seorang penjawat awam yang agak senior dan telah tidak dapat membuat perubahan yang benar-benar berjaya untuk membina generasi muda supaya beramai-ramai menuju destinasi yang digariskan oleh alQuran. Aku lihat masih ada yang belum teringin atau masih belum masuk dalam jaringan dakwah Islamiah yang sewajarnya. Bagi mereka yang sudah termasuk dalam jaringan ini, aku perhatikan masih ada sisa-sisa minda keBaratan dengan tidak disedari. Jangankan mereka yang merantau ke Barat sahaja yang seperti ini, tetapi yang ke Timur Tengah pun ada yang terperangkap sedemikian. Aku tidak menyalahkan mereka sedikit pun kerana aku tahu kedudukan sebenar pergerakan Syariah Islam yang ada di negara tersebut dan yang ada di negara ini. Ramai lagi yang masih belum peka akan perangkap Zionist durjana terhadap cara pemikiran dan cara hidup kita, termasuk mereka dalam angkatan generasi umurku. Aku sendiri pun masih ada kalanya terjebak-jebak dengan perangkap ini kerana agaknya aku tidak membuat pertahanan diri dari awal-awal lagi. Aku amat insaf dan memohon ampun pada Ilahi.Semoga jenerasi sekarang membina dan mempertahan diri dari awal-awal lagi. Semoga tidak rugi seperti aku rugi.

Dalam kesunyian malam-amalan akhir Ramadhan ini aku berdoa semoga anak-anakku, dan semua anak -anak yang lain nya akan bangkit menyedari fenomena ini dan membina keazaman yang kuat membangunankan diri untuk jitu menuju matlamat yang Allah telah gariskan dalam alQuran dan Nabi Muhamad saw telah mencontohkan dalam hadith-hadithnya. Siapa yang belum membaca 'The Jewish Protocol', bacalah. Kita mesti baca dokumen ini untuk menyedarkan kita strategi jahat Zionist terhahap kita. Setelah membaca ini insyaAllah kita akan dapat membuat perbezaan antara yang baik dengan yang batil dan justru dapat mengubah diri kita ke jalan yang benar yang Allah redhai. Di waktu yang sama kita mendalami pula Ilmu Islam dan beramal dengan ilmu-ilmu itu sebagai pertahanan dan mungkin suatu hari nanti sebagai alat serangan pula. Kita tidak cukup dengan hanya bertahan. Di mana ia selaras dengan hukum-hukum tertentu kita juga perlau membuat "serangan".

Sampai di sini dulu. Semoga Allah memenuhi doa ini dan mendapat RahmatNya yang tidak terhingga. Amin.

Tuesday, September 15, 2009

RAMADHAN AKAN BEREDAR

Hanya tinggal empat hari lagi kita berada dalam suasana yang amat membantu mana-mana hati yang mahu ditarbiyah dengan kesabaran dan keikhlasan dan lain-lain lagi sifat seorang yang beriman yang di tuntut oleh Allah, yang maha Pencipta. ( Maha Fatir, mencipta dari tiada ke ada). Manusia sebenarnya bukan "mencipta", cuma "merangka" dari apa jua yang sudah ada. Ini bukan semata-mata soal bahasa tetapi saya sebut kerana amat perlu kita menghayati kekusaan Allah yang lebar luasnya hanya Dia sahaja yang maha Mengetahui.

Kalau Ramdhan terlalu sikit masa sahaja lagi bagi kita menumpu pada amalan yang khusus untuk kerohanian, mengapa kita mahu bercerita panjang lebar mengenai Hari Raya, yang bukan berkaitan dengan hati dan budi vis-a-vis Allah. Saya perhatikan keluarga muda suka bercerita di Blog atau di mana jua mengenai keseronokan keluarganya. Kadang-kadang dalam bercerita itu ia lupa pandang kiri kanan bahawa ada orang atau orang-orang yang tidak ada keluarga. Kita harus sensitif hal-hal seperti ini, terutama semasa Ramadhan di mana ramai yang merasa sayu keseorangan tanpa keluarga dan sahabat handai yang rapat disekeliling. Eluklah kalau kita berhati-hati dalam "berkongsi kegembiran" agar yang kurang "berada" tidak tambah rasa keseorangan.

Melainkan orang yang bersaorangan itu tidak rasa keseorangan kerana ia amat faham tentang kewujadan dirinya di Bumi Allah ini. Allah tidak menganugerah rahmat yang serupa pada semua orang. Yang "berada" Allah uji dengan "keberadaan" mereka. Allah uji tahap kesyukuran mereka dan Allah nilai serendah mana tunduknya hati mereka pada yang Maha Pencipta. Yang kurang berada Allah uji dengan kesabaran dan keikhlasan mereka. Namun semua kita harus peka dalam menyambut hari baik bulan baik ini nanti kita jangan terperngkap dalam minda elitis, lupa merenong dan menghayati kurnia Allah yang berlainan pada makhluknya yang lain dan yang berlainan.

Mana mungkin kita hendak ambil tahu semua keadaan, kata setengah pendapat. Itu mustahil. Manakan mustahil kalau kita benar-benar mahu mengkongsikan "kebahagian dan kegembiraan" kita dengan orang lain. Cerita juga rasa hati yang agak sayu melihat ketidaksamaan antara kita, cerita juga tentang keistimewaan "kelainan" yang dirasai oleh orang lain. Beri tahu diri sekurang-kurangnya untuk mendoakan yang kurang ada menjadi ada, dan yang ada rasa berazam untuk berkonsi apa yang ada dengan yang kurang ada.

Cuba fikir yang senang dahulu. Kucing kita, contohnya. Bila kita balik kampung atau kemana-mana sudahkah kita aturkan pemakanan kucing itu. Ah..! itu kucing mendatang, nanti setengah kita akan mengatakan. Cuba semak hati kita. Kalau kesejahteraan kucing kita ambil ringan, sungguhkah hati kita ini sensetif pada makhluk yang lainnya. Cuba fikirkan kerana Allah tuntut kita untuk punya belas kasihan pada makhluk yang lainnya.

Kita masih sempat untuk berdoa semoga hati dan minda kita tidak bersifat elitis. Sifat elitis seperti ini yang biasanya akan memberi pengaruh negatif jika kita berkerja dan punya peluang untuk membuat dasar untuk keluarga, masyarakat dan negara. Ambil contoh sahabat Rasulullah terutamanya semasa memerintah. Saidina Umar akan menyamar diri malam-malam hari untuk melihat kehidupan rakyatnya, dan akan pulang dengan mengambil kira apa yang beliau lihat apabila melaksana sesuatu keputusan.

Semoga kita semua mendapat limpah kurnia rahmat Allah Ramadhan ini dan seterusnya Ramadhan ke Ramadhan hingga ke akhir hayat.

Monday, September 14, 2009

MANA PERJUANGAN KITA

Pada Malam 13 Ramadhan Masjid Ar Rahman, Kg. Tunku dikunjungi tetamu istimewa dari Palestine. Ia dibawa khas oleh Sebuah NGO, "Haluan Palestine". Nama sebenarnya saya tidak ingat kerana disebut terlalu pantas oleh pengerusi majlis. Selepas majlis bersurai suami saya memberi tahu tetamu itu di gelar "Ahmad Yasin Syria".

Beliau datang dalam rangka lawatan ke negara Islam untuk mendapat sokongan moral dan material. Yang penting baginya bukan pertolonga harta benda semata-mata, tetapi mengharapkan umat Islam memahami isu Palestin dan terus menyokong perjuang mereka. Katanya isu pembebasan Palestine dan mendaulatkan Masjid Al Aqsa bukan perjuangan orang Palestine sahaja. Bukan juga perjuang orang Arab sahaja tetapi ini adalah perjuangan umat Islam sejagat. Sebab Allah telah menyebutkan dalam Al Quran bahawa Palestine adalah antara bumi Barakah yang Allah khaskan untuk orang yang beriman denganNya.


ANTARA PENDENGAR CERAMAH

GAMBAR KENANGAN


Di Malaysia ramai pejuang Palestine yang datang untuk memberi ceramah seperti ini. Tetapi kali ini ia berlainan sedikit kerana tetamu ini pernah dipenjarakan oleh Israel dan di dera dan diseksa dengan amat teruk sekali hingga matanya menjadi buta kedua-duanya. Oleh kerana masa ceramah adalah selepas Solat Terawikh, maka amat singkat sekali untuk berkenalan secara rapat. Tetapi sudah cukup untuk saya bertanya pada diri saya, "Di mana perjuangan saya untuk mendaulatkan kebenaran Islam?"

Agak malu rasa di hati bila terkenang hidup di Malaysia ini Allah beri rahmat terlalu banyak tetapi semangat juang kita agak lemah. Ada yang mengatakan rapuh. Kata setengah kawan ini adalah kerana masyarakat kita agak sudah bobrok hati dan mindanya kerana dibuai kemewahan, dilalaikan dengan hiburan dan diberi janji-janji yang mengelirukan.Tiada lagi keyakinan dan kekuatan untuk berjuang menegakkan kebenaran.

"KEBENARAN TIDAK PERNAH MEMIHAK" kata sepanduk di lebuh raya di tengah-tengah bandaraya Jakarta saya lihat baru-baru ini. Teringat benar kekurang yang ada pada diri sendiri, kerana tidak berani muncul kehadapan dan menggunakan berbagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa. Jangankan berani menggadai nyawa, kehilangan tempat kerja dan kedudukan pun sudah rasa takut. Amat malu rasa dihati.

Jadi saya berazam untuk berdoa di malam-malam 10 terakhir Ramadhan ini semoga Allah meningkatkan iman dan taqwa, hati ini Allah tanam dengan keberanian dan kebijaksanaan untuk memahami yang benar dan yang batil, dan kemudian memohon semoga Allah menunjuk jalan bagaimana untuk bertindak seterusnya agar nanti di Padang Masyar tidak ada penyesalan.

Ya Allah, hambaMu yang kerdil ini mohon pertolongan. Sesungguhnya Engkau Maha Bijaksana, Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Jadikanlah kami orang yang benar-benar beriman dan yang benar-benar berani seperti Saidina Umar Al Khatab dan Salahuddin Al Ayubi yang pernah membebaskan Baitul Maqdis dan menegakkan Islam.

Kalau tidak di sana, sekurang-kurangnya di Malaysia.

Saturday, September 12, 2009

STAY FOCUS - LAILATUL QADR (NIGHT OF POWER)

Alhamdulillah, All Praises be to Allah the Almighty and He Alone for gracing us with this Night of Power, (of Honour). What is the Night of Power? If you read the translation of the alQuran by Abdullah Yusuf Ali it says in Chapter 97, Verse 1-5 : you will get the nearest meaning. For only Allah knows best.

"1. What We have indeed revealed, This (Message) In the Night of Power
2. And what will explain to thee, what the Night of Power is?
3. The Night of Power Is better than A thousand Months.
4. Therein come down, The Angels and The spirit, By Allah's Permission, On every errand:
5. Peace!....This, Until the rise of Morn."

This is about the Mercy of God, Allah and he bestowed it upon us in the Month of Ramadhan, the last ten days as stated in many opinions of the learned man of the hadiths. LET US NOT BE IN A HURRY to ponder upon this Message. As stated, this one Night is better than a thousand months of good deeds. Let us not be submerged in OUR WORLDLY AFFAIRS and ignore THIS GIFT THAT SURPASS THE BOUNTY OF ANY OTHER IN THIS WORLD.

For some people it may not be fashionable to be talking about religion or Spritual Peace in this current world of Beauty, Wealth, Politics and Power. Dear friends, let me confess that I was just as ignorant or as "unbelieving" as can be. But by the Grace of Allah, He showed me the way. I am now convinced that this is worth more than anything we can ever imagined possible to achieve in this world. We may not see it in physical terms but it gives us that internal feeling of Bliss. We are all on a journey to find our Almighty Creator, therefore, this is one path we all must take.Please take a second, just a second, to think of this.

If we are indeed very "busy people" and can ill afford this ten days, think again. This is only ten days out of 365 days in a year. What percentage is that of our life time?

So, let us stay focus. We may not be there next year.

Thursday, September 10, 2009

VERSI BARU KHATAM AL QURAN

Alhamdulillah, pagi tadi ( 20 Ramadhan 1430 ) Masjid di Kampung Tunku telah mengadakan Majlis "khatam Al Quran" oleh kumpulan wanita yang diurus oleh Biro Muslimah masjid tersebut.


 
GAMBAR KENANGAN
Syabas diucapkan pada para peserta. Walaubagaimanapun apa yang ingin dikongsikan kali ini ialah konsep "khatam al Quran" patut dilihat semula dalam konteks relevannya dengan kehidupan. Bukan semata-mata sebagai satu acara "sosial" yang diwarisi dari generasi ke generasi. Dari kecil lagi kita telah dibiasakan dengan budaya khatam Quran, di mana kita membaca alQuran dari mula hingga tamat dan di akhirnya diadakan satu majlis atau sessi khatam alQuran. Biasanya rata-rata apa yang ditekankan ialah kita harus membaca dengan terang mengikut tajwid yang betul dan diawasi oleh seorang guru, yang biasanya seorang yang terlatih.

Adalah dirasakan sudah sampai masanya budaya ini di ubah konsepnya mengikut tujuan sebenar alQuran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril hampir seribu lima ratus tahun dahulu. Secara ringkasnya cuba amati cadangan berikut. Cadangan ini bukan original saya punya tetapi apa yang saya rumuskan setelah berbincang dengan kawan dan ustazah untuk beberapa lama kebelakangan ini.
  1. Kita ajar generasi muda membaca alQuran dengan tajwid yang betul dari umur awal-awal lagi, iaitu sebelum umur 12 tahun atau paling lewat, umur ia baligh.
  2. Biasakan membaca alQuran sedikit setiap hari hingga ia dapat merasakan keseronokan membaca.
  3. Keseronokan boleh timbul dari hati sanubari kalau sesaorang itu memahami apa yang dibacanya. Oleh itu setelah dapat membaca dengan tajwid yang baik, hendaklah diajarkan pula maknanya. Atau pun ini boleh dibuat serentak mengikut peluang dan ruang yang ada.
  4. Makna ayat-ayat alQuran itu pula harus di berikan apa relevannya dalam kehidupan seharian, dan mengapa ia adalah suatu yang unggul sebagai cara mendisiplin diri.
  5. Di bawah awasan seorang guru, anak-anak pula (hingga remaja dan belia) hendaklah dimaklumkan ayat-ayat yang jatuh wajib pada setiap diri untuk menghayati dan mengamalkannya. Ini hendaklah dalam ruang lingkup yang meliputi hal-hal yang di bawah kategori fardhu 'ain dan yang di bawah kategori Fardhu kifayah.
  6. Hal-hal fardhu kifayah seperti tuntutan sains dan teknologi hendaklah digaris merahkan supaya lekat dihati dan diberi kefahaman bhawa ilmu dalam Islam meliputu apa yang ada di langit-langit dan apa yang ada di bumi.Kesemua ini hendaklah diterokai dan ia merupakan satu kewajipan.
  7. Beri kefahaman bahawa alQuran bukan untuk di baca semata-mata. Ayat-ayat yang mengenai manusia dituntut untuk berfikir dan menggunakan aqal hendaklah juga digaris merahkan. Konsep Ulul-Albab hendaklah dijelaskan dengan terang.
  8. Bila agak sudah dewasa, sesaorang itu pula harus melihat sendiri pada dirinya mana ayat-ayat yang sudah dilaksana oleh diri sebagai individu dan oleh diri sebagai ahli kumpulan. Ini pastinya memakan masa dan setiap Muslim mesti istiqamah dalam melaksana apa yang di gariskan dalam alquran.
  9. Kemudian sesaorang itu harus pula membaca hadis bersekali dengan alQuran kerana dua sumber ini tidak boleh diasing-asingkan.
Butiran di atas tidak sempurana lagi, tetapi hanya sebagai permulan untuk melihat semula budaya membaca dan khatam alQuran dalam masyarakat kita. Jangan kita mengambil Islam sebahagian-sebahagian sahaja dan jangan ritualistik dalam pendekatan.

Saya sebagai individu sedang menyesali diri kerana semasa saya kecil , remaja, belia dan kemudian dewasa, fakta ini tidak dititik beratkan. Jadi saya menulis ini supaya genarasi akan datang tidak rugi semacam saya. Kerana hari ini kita lihat bukan orang Islam yang di hadapan dalam banyak bidang kehidupan dan bidang penyelidikan. Sekarang ini saya hanya memfokus kepada apa yang sewajarnya memandangkan umur saya sudah hampir senja.

Saya selalu nasihatkan anak buah saya supaya berfikir bulat  ( 360 DEGREE THINKING) dalam melaksan Islam. Pihak media juga harus mengutarakan individu-individu yang berjaya yang bersifat syumul. Kita berbangga dengan ilmuan yang dahulu kala tidak mencukupi. Tugas kita orang Islam adalah sekarang. Kenapa biarkan mentaliti Yahudi memerangkap kita. Lihat apa yang Allah kata mengenai Yahudi dalam alQuran supaya kita faham dan mengerti bagaimana hendak menyusun strategi menghadapinya.


Ini dulu. Kita bicang lagi dalam sessi lain. Mohon pembetulan cadang ini siapa yang sudi. Semoga ini jadi ilmu yang dimunafaatkan dan menjadi sebahagian dari amal soleh. Semoga Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayahnya dam memudahkan segala urusan hidup dan mati kita.


Monday, September 7, 2009

Malam 17

Selama lebih 60 tahun, tarikh yang terlekat dihatiku ialah 17 Ramadhan untuk Nuzul Al Quran. Rupanya ada riwayat lain yang mengatakan 21 Ramadhan. (rujuk Blog Zaadut-Taqwa).Ada nas tertentu.Tetapi fakta Al Quran turun dalam bulan Ramadhan tidak banyak dipertikai. Dan dalam bulan Ramadhan jugalah Tentera Islam menanag Perang Badr al Kubra. Walaupun bilangan tentra kaum kufar jauh lebih besar tetapi Allah telah menurunkan pertolongan yang tidak disangka-sangka oleh akal biasa.

Dalam merenongkan peristiwa sejarah ini, fakta yang menyusuk dan menyentuh hatiku ialah perihal pertolongan Allah swt kepada sesiapa yang Ia kehendakki. Komitmen yang tinggi, Iman kental yang membentuk keyakinan diri dalam perjuangan adalah sesuatu yang aku janji pada diri untuk mewarisinya. Semoga Allah memudahkannya.

Aku bertanya pada diri. Di mana kedudukan ku dari segi keyakinan untuk berpegang teguh pada janji Allah bahawa kita harus rasa cukup dengan pertolonganNya dan pemeliharaanNya. Kalau kita ada masaalah, aku diingatkan supaya jangan menggunakan akal semata-mata dalam mencari penyelesaian. Jangan menggunakan logik semata-mata kerana syaitan mudah masuk jarum dan mempengaruhi minda yang tidak dikawal oleh Iman. Ego pula mudah terperangkap dengan 'rationalisation' sesuatu fakta. Hati akan berkata-kata menggunakan rasional bahawa manusia sepatutnya boleh berfikir. Tetapi kadang-kadang kita lupa bahawa pemikiran kita boleh dipengaruhi oleh nilai-nilai universal tanpa kita menyedari bahawa nilai-nilai ini kadangkala boleh bercanggah dengan dasar-dasar Tauhid. Oleh itu aku diingatkan supaya berhati-hati melayan pemikiran sendiri.

Berkali-kali aku diingatkan bahawa dalam mencari penyelesaian sesuatu masalah, aku harus banyak bermunajat pada Allah kerana Allah sahaja yang boleh menunjukkan jalan-jalan penyelesaian yang betul dan adil bagi semua pihak. Tanpa munajat dan mohon pertolongan, manusia yang sememangnya ada bersifat 'tamak' pasti akan mengolahkan sesuatu yang memberi keuntungan dan kesejahteraan pada dirinya dahulu. Kesejahteraan dan keadilan pada pihak kedua atau ketiga mungkin tidak akan terjangkau difikirannya.

Al Quran membawa Rahmat pada manusia. Cuma hati manusia sahaja yang susah mencari penyelesaian mengikut peraturan dan prinsip-prinsip yang telah di terangkan di dalamnya. Seorang kawan mengatakan bahawa kalau begitulah kita, maka kita baru dalam peringakat yakin pada ilmu, (ilmu yakin). Belum sepunhunya yakin pada mata ('ainul yakin) dan jauh sekali keyakinan yang bersifat mutlak (haqqul yakin). Proses mendidik hati hanya senang di mulut. Mendidik hati kecewa supaya belapang dada adalah suatu proses yang berat. Aku selalu mengingatkan diri jika bermasaalah seperti ini, maka kita harus membina keyakinan bahawa pada Allah sahaja kita patut bergantung diri, tempat kita berpaut kuat dan bukan pada orang atau apa jua yang lainnya.

Malam 17 pada Ramadhan tahun ini membawa makna yang tersendiri. Ia mengejutkan diri supaya mencermin hati. Hati ini hak Allah dan kesemuanya hak Allah. Jangan kita gaduh-gaduh pasal hak, pasal kuasa pasal kelemahan atau kekurang orang lain. Tiada siapa yang sempurna dalam apa jua hal sekali pun. Kalau kita mengaku hamba, maka kita pasti fakir di sisiNya. Dan fakir di sisiNya harus membawa keinsafan.

Semoga Ramadhan ini, dan seterusnya dari Ramadhan ke Ramadhan, Allah kurnia kekuatan dan kebijaksanaan, Iman dan taqwa untuk terus menjalani hidup ini dalam keadaan sejahtera di sisiNya.


Tuesday, September 1, 2009

DARI EMBAH KE HUZAIFAH - rindu dan kerinduan

Ini Ujai, gambar sebulan dulu. Kakak Nenni masih ada. Benjol di kepala mungkin sudah hilang. Embah rindu Ujai sebab dah dekat 2 minggu tak jumpa. Embah pun tak talipon sebab Embah tak sihat.

Bulan Ramadhan tahun lepas waktu ini Ujai masih di Jepun umur 3 tahun. September ini Ujai masuk 4 tahun. Adik Akif 2 tahun 6 bulan, Adik Uwais 1 tahun, baby Haniya 7 bulan.

Embah kalau rindu cucu, Emabah boleh pergi tengok. Tapi ini bulan puasa, Embah sibuk sikit sebab kakak Nenni pun dah balik Indon. Tok Ayah pun tak berapa sihat. Dia banyak berehat.

Ujai belum tahu erti puasa. Tapi Embah rasa Ujai tahu erti RINDU. Sebab kalau Ujai lama kat rumah Embah nanti Ujai sebut-sebut "Ibu, ibu" kadang kala sebut "ayah, ayah". Agaknya itulah cara umur Ujai bagi tahu nak balik kat ibu dan Ayah. Sebab ujai tentu rindu.

Uwais dengan Ibunya, Sarah
Akif dengan Pak 'Ang nya.
Baby Haniyya
Dalam bulan puasa ini ramai orang dalam kerinduan. Ada yang rindu kampung, ingat Emak dan Ayah. Teringat puasa masa kecil-kecil dulu, puasa 'yang-yuk, pagi-pagi buka periok'. Tapi ada yang puasa cukup sehari dan terus cukup sebulan. Nanti Ujai besar ajar adik-adik puasa, ikut contoh ibu dan ayah.

Ustaz dalam tazkirah di Masjid ada cerita pasal kerinduan juga. Orang yang warak dan dan betul-betul menjiwai puasa, rasa kerinduan untuk segera ke Syurga.Pada bulan Puasa Allah arah Syurga untuk buka pintu luas-luas mempersilakan hamba-hambaNya yang beriman.

Rasa rindu berbeza antara seorang dengan seorang. Ada yang merindui zaman muda dengan suami kekasih atau isteri tersayang tapi kali ini mereka telah pergi dahulu bertemu Allah. Rindu seperti ini dapat mendorong sesaorang untuk lebih komited dalam beramal soleh. Ada juga yang senyap-senyap rasa rindu kepada yang tersayang yang telah menghilang. Rindu seperti ini boleh menjejas konsentrasi beribadah, terutamanya di bulan Ramadhan ini. Kita dituntut jangan buang masa lagha. Maka kena terus membaca al Quran atau berzikir atau buat apa jua yang mendekatkan kita pada Allah.

Pada bulan Puasa seperti ini ramai yang muhasabah diri, di mana letaknya Iman dan Taqwa dan dimana letaknya quality pengabdian kita. Kita meninjau juga kehidupan mereka yang Allah uji dengan kesusahan kerana kemiskinan, kerana peperangan, kerana kehilangan tempat bertaut dan mungkin kerana kehilangan pekerjaan. Ada diantara kita yang meninjau kehidupan yang Allah uji dengan kesenangan dan kemewahan, yang Allah uji dengan kesihatan dan yang Allah uji dengan sakit dan tidak keupayaan. Ketika begini, ramai antara kita yang mungkin rasa "rindu" pada saat-saat lampau seolah-olah mahu kembali semula untuk memperbaharui cara berfikir cara hidup dan cara bertindak dengan harapan dapat mendekatkan lagi diri pada Allah. Kerinduan seperti ini boleh menimbulkan keinsafan dan ini baik kerana ia dapat mendorong kita untuk lebih khusyuk dalam bertaubat dengan taubat nasuhah.

Allah suka pada orang orang yang sentiasa bertaubat, kerana orang-orang seperti ini amat merindui kematian secara positif. Kalau orang bukan Islam mengingat mati itu adalah sikap yang "fatalistic" dan negatif untuk kehidupan, tetapi dalam Islam mengingat mati, merindui kematian itu menunjukan sesaorang itu sudah termasuk dalam barisan orang-orang yang Allah tempatkan di jalan yang benar. Semoga demikian dan kita akan dapat kenikmatan hidup di dunia ini walaupun kita kena melalui berbagai rintangan.

Embah teringat cerita-cerita orang wara', golongan yang halus hati budinya yang Guru ilmu tasawuf ada ceritakan. Lebih kurang ceritanya begini: Suatu hari seorang Sahabat Rasulullah berjumap seorang tua yang sedang bersedih dan menangis. Bila ditanya kenapa ia menangis. Dia bersedih kerana dia diberitahu bahawa dalam Syurga nanti tidak ada lagi solat. Tentu dia akan rindu pada solat kerana ketika solatlah ia rasa amat hampir dengan Allah. Kerinduan inilah buat dia rasa sedih. Sahabat pun menceritakan yang sebenar. (wallahu'alam).

Salam Rindu.
Related Posts with Thumbnails