"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, July 8, 2013
Gusar menanti Ramadhan...?
Umur yang kini makin larut senja...
Dahulu semasa tenaga dan angan-angan masih kuat, semasa umur belum mengenal sepenuhnya erti hidup dan kehidupan, saya rasa "gusar" bila disebut Ramadhan sudah hampir dan apabila ditanya sudahkah membuat persiapan. Saya rasa tidak selesa dan rasa kebingungan....
Alhamdulilah, berkat doa ibu bapa dan teman setia yang selalu menjaga kebajikan saya dan sering menasihati saya, kini saya tidak lagi rasa gusar dan kebingungan. Malahan saya rasa sebak kerana insaf betapa dalam hidup ini doa ibu bapa dan teman-teman yang ikhlas bukan kecil ertinya.
Walaupun saya rasa belum pasti sepenuhnya yang saya sudah faham dan sudah mematuhi semua prinsip perjalanan hidup yang di tuntut oleh Syar'ie, tetapi saya sudah tidak "gusar" menanti tibanya Ramadhan yang membawa barakah pada umat manusia.
Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan dan mengampuni segala dosa yang tidak tertanggong untuk mengiranya. Hanya belas kasihan dari Allah jua yang maha Pengampun yang saya pohonkan dan semoga masih mendapat kurniaan Allah untuk menghayati Ramadhan yang sudah hampir sangat tibanya.
Umur kita hanya Allah yang tahu. Pada minggu yang lepas anak dua pupu saya berumur 21 tahun meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Itu sabab-musabab sahaja. Hakikatnya sudah sampai janjiNya. Dua-pupu saya ini bernama Zakaria Sungeb dan siapa yang selalu menerbitkan buku atau penulisan akan kenal padanya kerana ia bekerja dengan Galarie Ilmu di Kota Damansara. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruhnya dan semoga ahli keluarga redha akan pemergiannya.
Tahun ini saya jangka tidak dapat mengambil bahagian dalam penyediaan berbuka puasa di Masjid Kg Tunku. Semoga Allah kurnia peluang dan ruang yang lainnya untuk menyemarakan Ramadhan tahun ini dan semoga mendapat redhaNya mengikut laluan yang berlainan. Ustaz kata laluan masuk Syurga itu berbagai maka jangan kita memilih-milih hingga kita menjadi ahli Ibadah yang seperti seorang kapitalis. Ini kata Ustaz Pahrol dalam Blognya " Genta Rasa". Jangan kita menghitung banyak mana pahala yang Allah akan kurnia, tetapi kita harus sentiasa ingat bagaimana mahu melaksana ibadah bertujuan kerana Allah dengan hati yang ikhlas sejujur dan sehalus mungkin.
Semalam saya hadir dalam satu majlis di rumah seorang teman untuk menyambut Ramadhan. Aktiviti diisi dengan Tazkirah seorang ustaz jemputan yang mengingatkan hadirin supaya jangan melepaskan peluang untuk beribadah seperti yang dituntut dalam alQuran dan Hadith. Majlis juga diselangi dengan solawat atas Nabi Muhamammad saw dengan iringan alat gendang kecil yang dipersembahkan oleh murid-murid kelas Kafa anjuran NGO Pakatan Islam Kg Tunku, cawangan wanitanya.
Dalam hati saya berdoa semoga apa jua amalan soleh yang kita buat dalam bulan Ramadhan dapat terlaksana berterusan . Ia seharusnya menjadi amalan kita setiap hari mengikut kemampun masa dan tenaga dan tidak mengira dalam bulan apa dan di mana kita berada.
Selamat menyambut Ramadhan alMubarak.
Semoga Allah meredhai dan mengampuni dan di Syurga Firdaus kita bertemu nanti.
Ameen Ya Rabb....
....
Saturday, July 6, 2013
Emotional....
Manakan saya tidak emotional !
Bukan..bukan....saya tidak emotional. Tetapi saya suka menyatakan sesuatu yang dekat di hati saya dengan penuh emosi....iaitu emosi tanda saya peka dan peduli akan fakta yang saya katakan.
"I am not emotional. But I speak with emotions".
Saya mengatakan sesuatu sepenuh hati terutamanya sesuatu yang berkaitan prinsip dan nilai hidup Islam. Ilmu sedikit tetapi ingin juga berkata....
Kadang-kadang terkuat suara ....
Kata seorang teman :"You can call a spade a spade. But isn't it better to consider 'a rose is a rose by any other name'. Saya akur dan cuba menyatakan sesuatu 'with flowers' jika kena pada tempatnya.
InsyaAllah...... saya akan tetap menjaga adab-adab berhujah atau berbicara. Saya belum sampai (atau tidak sampai) peringkat membaling kasut seperti yang dibuat oleh seorang pada George Bush ketika ia Presiden Amerika Syarikat dahulu. Semua kerana emosi....lepas geram!
Kes membaling muka George Bush dengan kasut oleh seorang wartawan (yang tidak kena padanya) telah menyebabkan dia dipenjara. Pasti dia rasa puas walaupun tidak kena pada sasaran dan kos menyatakan dengan emosi itu suatu yang mahal. Setengah orang kata: "Apa yang hendak ditakutkan? Mati pun tak apa demi negara, agama dan bangsa". Ini kena tanya Ustaz yang mahir......
Saya akan katakan apa yang saya rasa saya harus pertahankan, walaupun kadang kala ia boleh membuat seseorang salah faham dan akan berkecil hati dan akan menarik diri dari kumpulan saya. Seandainya saya mendapat tahu seseorang itu tersentuh secara negatf saya akan mendahulukan diri memohon maaf dan menjelaskan apa maksud saya sebenar. Saya mengerti setiap kita mempunyi latar belakang hidup yang berlainan dan tidaklah wajar bagi saya untuk berkata sesuatu sesuka hati. Tetapi saya juga manusia biasa. Kadang-kadang tergelincir........
Semasa bekerja dahulu saya cuba menahan diri jangan sampai terlepas cakap. Saya dapati ketika itu saya lebih selesa bercakap dalam Bahasa Inggeris dan hujah yang "pahit" mudah dilunakan. Maklumlah bahasa Ibunda saya adalah bahasa Jawa dan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris saya lebih selesa bahasa Inggeris. Saya merasakan 'lenggok' bahasanya kurang menampakan rasa "emotional". Ia seperti mengatakan sesuatu "emphatically". Itu sahaja. Alhamdulilah saya belum pernah keterlanjuran............saya rasa begitu. Tetapi saya tidak dapat mengawal sepenuhnya tanggapan orang lain. Saya pujuk diri untuk yakin dan waspada dan berhujah dengan ikhlas. Saya cuba....
Tetapi realitinya ialah kita mudah bercakap mengenai menguasai emosi selagi emosi belum teruji.....
Maka sejak kelmarin telinga saya panas bila mendengar berita seperti apa yang terjadi di Mesir kini. Agak rasa panas juga telinga saya mendengar komen Raja Arab Saudi dan UAE dan Syria. Komen Presiden Obama juga jelas bermuka-muka. Tanyakan pada suami saya apa yang saya kata !...
Terbayang-bayang di mata melihat diri membalingkan kasut ke muka....
Muka siapa ye?
Kemudian beristighfar dalam hati supaya hati menjadi reda.
Cerita President Morsi belum berkesudahan sebenarnya. Kita lihat dan dengar..... Jangan emotional. Sekurang-kurangnya tolong beliau dengan doa, bersungguh-sungguh berdoa. Beliau ditipudaya dan dizalimi. Semoga doanya Allah dengari....
Nanti kita cerita lagi mengenai tipudaya manusia.
Ya Allah, bantulah kami untuk bertindak kena pada tempatnya....Bila sampai waktunya jadikan kami bersikap berani kerana benar.
Saya ingatkan diri...Jangan ikut prinsip seperti musuh-musuh Presiden Morsi yang berpegang pada fakta bahawa yang ramai atau majoriti itu betul. Yang minoriti itu tidak betul. Demokrasi boleh kita ikuti selagi mana prinsip syar'ie dipatuhi.
Semoga negara Mesir selamat dan sejahtera di bawah kuasa pemimpin yang beriman dan bertaqwa, pemimpin yang sah dan dikasihi rakyat semua...
Ameen Ya Rabb..
...
Friday, July 5, 2013
Siapa kata jalan ke Syurga itu mudah.....
Hati saya bersama dengan President Mohammed Morsi,. Biarkan ia dikata bermacam-macam oleh mereka yang sebenarnya tidak sayang pada Islam. Ia dituduh seorang "Iskamist" dengan implikasi negatif. Itu interpretasi musuh-musuhnya. Beliau tidak bertindak inclusive dalam mengendali negara dan berbagai lagi tuduhan atasnya.
Photo ehsan google.
Lebih setengah malam saya mengikuti laporan khas dari Astro terutamanya dari channel CNN. Yang lainnya tidak banyak membuat laporan. CNN cuba sedaya upaya untuk berprinsip neutral tetapi bahasa yang digunakannya ada kalanya menunjukan belang sebenarnya. Keyakinan saya pada Morsi tidak boleh dijual beli. Beliau dilantik secara sah dan menggulingkannya secara coup d'etat tidak bolih diterima sama sekali. Ini pendirian saya hingga ada pihak yang boleh meyakinkan saya selain dari nya.
Saya melihatnya dari jauh tetapi saya yakin beliau bukan berniat memusnahkan kepercayaan rakyatnya dan hanya mahu menguntungkan diri dan rakan-rakannya. Itu bukan prinsip Ikhwan Muslimun.
Saya tidak dapat berhujah dengan fakta-fakta seperti aktivist professional. Saya percaya ia pejuang Islam yang tulin. Pejuang dalam maksud mahu melaksana perintah Allah dan mahu menghindar laranganNya. Caranya mungkin sukar hendak dituruti oleh setiap individu tetapi ia harus terus mencuba dan pertolongan Allah pasti bersama. Allah telah berjanji: "Buat apa yang Aku suruh, Rahmat Ku akan bersama". Di mana jua janji Allah itu benar, tetap benar.
Tetapi jalan menuju redha Allah pasti penuh ujian, penuh cabaran, penuh halangan dan berbagai kekangan yang harus dilalui dengan penuh kesabaran. Hari ini ia tewas di tangan mereka yang mahu mencorak hidup mengikut suka hati. Esuk perancagan Allah siapa yang tahu. Cuma Allah berjanji siapa yang beriman dan bertaqwa, melaksana apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, Taman-taman Syurga tempat tinggalnya di akhirat nanti. Syurga itu benar, Neraka itu Benar. Jangan kita hanya bertindak ikut fikiran yang tandus keyakinan Allah itu Satu dan ia maha Berkuasa atas segala-galanya.
Hari ini bukan penentu kejayaan. Ia merupaka satu lagi fasa perjuangan yang menuntut kepimpinan mengatur semula strategy, memperbaiki kesilapan dan menghalusi dan menilai semula langkah-langkah tindakan. Ujian merupakan kurniaan Allah untuk mengangkat kedudukan seorang mukmin di sisi Penciptanya.
Walaupun ramai penyokong President Morsi telah ditangkap dan akan ditangkap, saya percaya akan ada pelapis yang sama komitmennya.
Peristiwa hari ini membuat saya sedih, tetapi tidak membuat saya kecewa. Saya ingin mengingat kembali Ayat 55 Surah An Nur dan muhasabah diri akan kehendaknya. Doa saya panjatkan untuk kejayaan yang luar biasa.
Semoga Allah mengurnia kekuatan dan kebijaksanaan.
Ameen Ya Rabb.
...
Thursday, July 4, 2013
Hari ini saya rasa amat sedih.....
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR,
ALLAHU AKBAR.....
Ingatan dan focus saya hari ini ialah pada President Negara Mesir, Mohammed Morsi. Saya rasa sedih.
Ia digulingkan dari kuasa dan istilah yang digunakan ialah Military Coup d'etat, satu istilah yang penuh kontroversi. Siapa dalang rampasan kuasa ini, sama-sama kita perhatikan. Saya sendiri bukan pakar politik untuk menuduh sesiapa. Tetapi hati saya mengatakan ia terdiri dari mereka yang berkepentingan diri.
Saya yakin, mereka yang tidak suka President Mohammaed Morsi ialah mereka yang tidak sayang akan Kebenaran Islam. Kalau orang seperti Mohammed Morsi boleh dituduh tidak cekap mengurus dan mengendali negara, dan dalam masa setahun sudah dikira gagal membangunkan ekonomi dan menaikan taraf hidup rakyat, maka saya ingin lihat penggantinya yang ditempatkan sekarang ini oleh Tentera bolih berbuat sesuatu yang segera yang dapat memuaskan hati rakyat Mesir. Saya ingin tahu di mana di dunia ini orang yang dilantik memerintah boleh membuat perubahan segera dan dalam setahun sudah boleh dinilai seperti President Morsi dinilai.
Saya takut ada petualang negara yang cintakan kebebasan yang dipengaruhi oleh kuasa-kuasa luar yang tidak suka akan Islam. Itu yang saya percaya dari fakta yang saya baca saya dengar dan saya lihat. Mungkin betul mungkin tidak tetapi firasat saya mengarah pada mengatakan ia betul.
Di Turkey pun saya rasa fenomena yang sama sedang berlaku. Tetapi lagi sekali saya katakan saya bukan pakar politik. Saya hanya guna firasat. Tetapi siapa percaya pada firasat.
Tidak mengapa kalau tidak ada sesiapa mengatakan saya betul kerana saya yakin Kebenaran tidak pernah memilih pihak. Yang benar tetap benar yang batil tetap batil.
InsyaAllah saya akan sentiasa memantau diri supaya berada di pihak yang benar. Sama-sama kita fikirkan Surah An Nur ayat 55. Itu janji Allah. Semoga Allah mennunjuki jalan.
Ameen Ya Rabb...
...
Wednesday, July 3, 2013
O Embah..you have grey hair ! !.....
Akif and Asim
.....Suddenly he came running almost charging at me and before I could do anything he was all over me, hugging and kissing me. I was sitting on the sofa in the living room and my daughter was in the kitchen. It took me by surprise as I was watching the Disney Channel on TV trying to explain one or two words to Huzaifah.
"Wo...wo...wo....hold on Akif. What are you doing ?", I wrestled with him a bit as I was afraid he would ruin my glasses and it would be a disaster ...
Suddenly he took out my head scarf and shouted out loud: "Embah you have grey hair ! Why's your hair grey?
This is Akif my dear grandson and he is an autistic child. My immediate reaction was a big laugh and said "..because I am old..old people have grey hair."
"Why do old people have grey hair?" looking at me demanding an answer!
"Because I was born a long time ago..." What better answer can one give.
Then he hugged me harder and kissed me ferociously and said "O Embah, I love old woman, I love you..."
That was totally unexpected and I was so touched by his action that I was almost in tears... He is autistic and has his own ways of doing things.
"Okay Akif I love you too", and hugged him in return.
"Embah, I love old woman...." he said again and again and ruffled my grey hair... he laughed and giggled. I was enjoying that special moment....
Akif made my day. He is five and attends a special class in a normal school in Putrajaya. Ever since he was diagnosed "mildly autistic" I learned new things about life, about the greatness of Allah and His creations and I learn the meaning of: "Nothing that He creates is created invain".
My daughter educates me on autistic children as she learned from the professionals in HUKM and UMMC. Children are special in their own ways and an autistic child like Akif is even more special to me. He loves to look at picture books and will insists on his mother to read them to him whenever he feels like doing. Akif has a lot of energy, typical of some autistic children, and likes to wrestle with his brothers or even with adults like me and my husband.
May Allah has mercy on Akif and on all others like him. Ameen.....
....
Monday, July 1, 2013
Cerita-ceriti ingin jadi kreatif......
Selalu kita kata kita suka pada sesiapa jua yang kreatif untuk menjadi staff kita dalam sesebuah organisasi. Isu kreativiti banyak dibincangkan semasa saya berkursus mengenai pengurusan sumber manusia semasa saya bekerja dahulu. Tetapi di sini saya hanya ingin menyentuh fakta kreatif secara santai.
HIASAN TINGKAP...krativiti ikut citarasa.
Saya perhatikan secara rambang daya kreatif ada kaitan langsung dengan daya imaginasi minda kita. Saya masih ingat semasa berkursus di INTAN bagi pegawai kerajaan, kami ditanya: Siapa diantara kamu yang kreatif, angkat tangan.
Hanya dua tiga orang sahaja yang angkat tangan, termasuk saya. Penceramah senyum lebar dan bertanya mengapa yang lain senyap sahaja. Untuk memendekan cerita, penceramah itu kata siapa yang berfikir dia kreatif, maka dia kreatiflah. Sebab kreativiti itu bermula dari minda yang berani mencuba apa sahaja.
Saya ingat saya tertawa sahaja pada diri sendiri. Entah ya entahkan tidak. Siapa nak buktikan? Saya jenis yang suka berangan-angan, maka sering tidak malu kalau saya didapati tidak menepati apa yang dikehendaki, terutamanya oleh boss semasa bekerja dulu. Kita tidak perlu serupa sentiasa. Kita boleh lain dan berlainan. Allah tidak buat dunia kita ini sempit. Maka jangan kita yang menyempit-nyempitkannya.
(HIASAN TINGKAP yang ini seperti melonggokan barang-barang sahaja...
juga ikut citarasa.)
Itu yang betul. Jangan kita yang sempit-sempitkan. Dan saya selalu teringatkan cerita "Angan-angan Mat Jenin". Tak kan salah suka berangan-angan. Tetapi pastikan jangan sampai tergelincir.........
Seingat saya dan setahu saya di Malaysia belum ada orang yang punya daya kreatif luar biasa yang mengharumkan nama negara setanding dengan yang ada di dunia luar sana. Agaknya mengapa ye?
Saya suka mengatakan kerana di negara kita ini kita tidak digalakan berubah. Kita takut pada perubahan. Kita terperangkap dalam hidup selesa dan rasa tidak perlu mengubah apa-apa atau mencipta apa-apa. Ikut sahaja sudah cukup. Kata setengah orang: ...kan itu lebih senang
Kita tidak kreatif mungkin juga kerana negara kita tidak banyak memperuntukan kewangan untuk kerja-kerja penyelidikan maka dengan itu tidak sempat tercetus idea baru dalam proses mencari-cari kerana masa yang terhad dan ruang yang terhad.
Entahlan.....Tanyalah diri dan jawab sendiri. Sebab saya sendiri pun tidak ada mencipta apa-apa yang luar biasa. Maka saya tidak akan menyalahkan orang lain.
Cuma saya ingin mencari penyelesaian bagi anak cucu-cucu semoga mereka berjiwa kreatif, dan mungkin menjadi "inventor", suka mencuba perkara baru, tidak takut membuat kesilapan walaupun kos kesilapan itu tinggi. Cuma cuba jangan ulang kesilapan yang sama.
Saya ingin mereka mematuhi saranan dalam al Quran supaya menjadi "ululalbab" yang sentiasa berfikir-fikir dan sentisa berusaha dan berani dalam apa jua keadaan. Ia tetap berani walaupun seorang....
Tidak perlu kreativiti untuk hidangan seperti ini ?...
Saya juga sesekali memerhatikan bahawa orang yang kreatif itu mencipta sesuatu kerana mereka dalam situasi terdesak. Kita ambil contoh mudah. Orang yang mencipta resipi baru saya percaya lahir dari situasi ia kekurangan bahan yang sebenarnya dan ia berani mencuba-cuba dengan apa jua bahan masakan yang tersedia dihadapannya ketika itu. Satu hari...a...ha "Eureka ! !" Ia dapat resipi yang dipercayai mendapat sambutan. Maka menulislah ia sebuah buku Resipi Baru.
Saya rasa bersalah atas diri. Tidak ada yang dapat saya ceritakan pada anak cucu sebagai contoh bahawa saya kreatif.Maka dalam baki masa yang amat singkat ini saya suka mencabar minda anak-cucu saya semoga mereka dapat keluar dari kepompong yang biasa-biasa.
Saya suka memikirkan hal hal kreativiti dalam muhasabah diri. Maka sahaja untuk cerita-ceriti saya catat di sini......saya pernah berkerja di bawah Lim Kok Wing yang kini bergelar Tan Sri (dan menubuhkan sebuah university kreativiti) dalam tahun awal tujuh-puluhan di abad lepas. Beliau menjadi Perunding pada Jabatan Perdana Menteri yang ketika itu di bawah pimpinan Allahyarham YAB Tun Abdul Razak. Saya berkerjasama juga dengan Mustafa Shariff seorang pakar runding dibidang komunikasi. Saya bekerja di bawah pengawasan Puan Nuraizah Abd Hamid (kini bergelar Tan Sri) di Jabatn Perdana menteri yang ditugaskan untuk melaksana satu mega Expo bagaimana mahu merubah minda Rakyat terutama mereka yang dibandar-bandar kecil. Generasi muda tidak pernah tahu hasrat YAB Tun Abd Razak yang murni ini. Dahulu mesej beliau mahu rakyat berubah....kepada yang lebih baik. Saya seronok bekerja di bawah Tun Abd Razak....
Kalau saya terus bersama mereka agaknya saya juga kini Jutawan atau lebih dari itu. Oooops....silap cakap.
Tapi hakikatnya sedikit-sebanyak saya dapat mempelajari cara bagaimana menggunakan media untuk menarik perhatian. Apakah fakta-fakta yang perlu diambil kira dan berbagai lagi. Selepas pengalaman Mega Expo dengan dua personality ini saya dapat melihat bagaimana mahu mempengaruhi orang selain dari menggunakan lisan dan media biasa. Minda kreatif sentiasa "cuba berfikiran serong", i.e cuba lihat dari berbagai sudut sebelum memutuskan sesuatu tindakan.
Ambil jalan yang tidak sering dilalui dan kita dapat menemui banyak perkara baru.
Pengalaman itu banyak membantu saya semasa berkerja seterusnya dalam perkhidmatan awam. Tetapi saya "syok sendiri". Jarang sekali idea saya digunakan kerana mungkin ia membuat kedudukan orang di sekeliling tidak selesa dengan saya.
Tidak mengapa dan saya tidak kecewa. Jangan jadi orang yang suka perasan diri dan jangan sekali rasa hairan diri. Itu salah dan boleh membatalkan segala amalan. Maka saya terus berkerja dengan rasa syok-sendiri walaupun saya tidak mendapat pengiktirafan oleh pihak pentadbiran seperti teman-teman saya yang lain. Saya belajar bersyukur seadanya. Saya tahu apa yang saya tidak dapat, dan mungkin itu lebih baik. Saya pun mendidik diri supaya rasa sama sahaja.... dapat atau tidak dapat. Saya belajar memahami Qudrat dan Iradat Allah yang maha besar maha agong.
Maka dalam waktu yang sama saya cuba membina minda anak cucu supaya berdikari kerana dengan berdikari (kerja sendiri) kebarangkalian seseorang itu dapat melaksana apa yang difikirkan baik tanpa perlu mengikut kehendak sesiapa adalah lebih baik. Semoga Allah menganugerah rezeki yang murah bagi tujuan ini dan sentisa menunjuki jalan. Yang wajib bagi kita ialah usaha.
Yang baik datangnya dari Allah, segala kekurangan dan kesilapan adalah kelemahan diri sendiri.
Semoga Allah mengampuni.
...
Sunday, June 30, 2013
Antara Idea dan perlaksanaannya....
Lihat foto sebelah...
Siapa ikut siapa berjalan ?...
Apa jawapan pun, ia betul dan benar. Tak salah. Hanya lelaki ini sahaja yang dapat mengesahkannya.
Apa pula kaitan dan dengan tajuk perbincangan kita ?
Jawabnya...tiada.
Atau ikut suka...
Ramai orang ada idea. Ada idea yang jelas dan nyata tetapi ada juga idea yang hanya difahami oleh orang yang berkata. Tatapi kekadang orang yang berkata pun tidak jelas apa ideanya. Untuk memastikan seseorang itu jelas dengan ideanya, kita tanya satu soalan yang kita mirip faham akanya dan pastikan jawapan itu kita faham sepenuhnya. Biasanya jika seseorang itu punya idea yang sepontan dan ia mengemukakannya pada kita, jarang sekali ia akan keluar dalam bentuk yang jelas dan nyata.
Ini lumrah berlaku pada sesiapa. Saya juga.
Saya belajar sesuatu dari boss saya semasa bekerja. Dalam menjawab sesuatu soalan yang isinya mengandungi sesuatu yang sensitif dan kontroversial dan kita tidak pasti bagaimana mahu menjawabnya, maka kita minta orang yang bertanya itu untuk mengulang soalnya. Biasanya manusia akan rasa tercabar mindanya bila diminta mengulang soalan. Maka semacam otomatik idea dalam soalan yang diulangnya itu akan menjadi berlainan dari soalan asal dan biasanya ia menjadi lebih mudah untuk dijawab.
Maka dari hari itu saya sering menggunakan cara itu. Ia bukan sahaja membuat soalan lebih mudah dijawab tetapi kita mendapat sedikit masa untuk memikirkan jawapan.
Cubalah, tetapi jangan kutuk saya kalau tidak menjadi.
Dalam senario lain pula, kita sering juga diajak berbincang mengenai sesuatu idea. Kalau idea tidak jelas maka kita tanyakan pula bagaimana orang yang punya idea itu mahu melaksanakan ideanya. Idea yang tiada cara untuk melaksanakannya maka ia akan seperti sia-sia. Atau pun ada cara untuk melaksanakannya tetapi ia memerlukan sedikit ubahsuai atau memerlukan penangguhan masa atau ia memrlukan idea itu dibincangakan dalam kumpulan yang lebih besar kerana manusia tidak serupa dalam cara berfikir dan tidak serupa dari segi pengalaman yang boleh mempengaruhi cara idea itu boleh dilaksanaka.
Jika ada pertanyaan pada sesuatu idea tidak brerti orang yang mendengarinya itu tidak bersetuju dengan idea itu. Ia cuma memerlukan kefahaman yang sempurna kerana banyak program dan projek yang menjadi kurang berjaya dalam perlaksanaan kerana tidak ada perbincangan yang mencukupi atasnya.
Saya pernah dimaklumkan dalam satu kursus "international business" semasa saya bekerja dahulu bahawa orang Jepun akan berhati-hati membincangkan idea sebelum perlaksanaan untuk mengelakan kegagalan dan kerugian. Kami dimaklumkan orang Jepun bukan tidak pandai berbahasa Inggeris, tetapi ia minta idea dijelaskan secukupnya supaya mereka punya cukup masa untuk memberi respon yang meyakinkan.
Tetapi senario sekarang mungkin sudah banyak berubah dan saya tidak tahu kerana sudah tidak bergiat dalam banyak bidang secara mendalam. Maka kadang-kadang orang muda salah faham dengan saya dan mengatakan saya cerewet kerana banya soalan atau agaknya mereka percaya saya sudah jumud dan lambat berfikiran.
Tidak mengapa. Saya ikut yang mana sesuai bagi saya. Setiap orang ada masanya, ada zamannya.
Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan menurunkan pertolonganNya.
Mohon keampunan Mu Ya Rabb...
....
Subscribe to:
Posts (Atom)