"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, November 15, 2013

Seketika di Muara.....



Waktu senja di Muara Nelayan
Sungai Menghulu, Langkawi.

Suatu petang di Langkawi kami mengambil masa "bermalas-malasan" meninjau apa lagi yang ada di Langkawi. Adik teman saya yang akan tinggal lama di langkawi  memberitahu banyak juga tempat yang tidak terkenal tetapi cantik dari segi keindahan alam yang belum banyak tercemar. 

Di muara sungai Menghulu adalah antaranya. Di situ ada gerai-gerai makanan yang kecil menghidangkan makanan tempatan yang istimewa sedapnya. 
Untuk pelancung yang lumayan bekalan wangsakunya tempat ini saya rasa bukan pilihannya. Tetapi pelancung yang mahu bersantai sambil mencari ilmu berkaitan kemanusiaan dan mahu melibatkan diri bagaimana mahu mempertingakat kebajikannya, maka tempat ini boleh membuka minda.

Setelah berputar-putar sejam dua, kami sampai di Muara hampir waktu Maghrib kerana kami boleh jama' solat. Gerai pun belum mula perniagaannya. Saya berlegar-legar melihat-lihat keadaan sekeliling.
Di sini tempat penduduk yang berpendapatan rendah saya kira sebab rumah-rumah nampak seperti tidak teratur. 

Sayup-sayup kedengaran dari jauh suara azan Maghrib. Di situ seperti tiada surau kerana sunyi sahaja. Saya rakam keindahan senja untuk kenanagan. Cuba menghayati nikmat keindahan Allah kurnia berbagai cara.

Selepas maghrib gerai mula beroperasi. Kami makan Kue Tiew goreng kerang dan udang. Sedap dan quatitinya sepinggan pun mencukupi kenyang seorang dewasa lelaki.
Sebelum ini kami datang sebelah malam selepas solat Isyak dan bersembang lama mencari-cari idea bagaimana kami juga boleh mendapat munafaat dari pembangunan Langkawi yang makin pesat.

Mohon petunjuk Mu ya Rabb dan kurniakanlah 
kami kekuatan dan kebijaksanaan
 membangun di Langkawi
dalam ruang lingkup mendirikan Kebenaran Mu.

....

Thursday, November 14, 2013

Mencuba Ubat Cina






Perubatan Tradisional Cina menjadi sebahagian dari faedah saya dan suami dalam program kembara ke Pulau Payar Marine Park, Langkawi baru-baru ini.  Syarikat pelancungan itu ada persefahamn dengan pengusaha perubatan tradisional cina di Bandar Kuah untuk saling memperkenalkan pelanggan. Suami dan saya mengambil kesempatan ini dan Alhamdulilah saya berpuas hati mencubanya.



Mula-mula ia melihat melalui cara "mengurut" dengan siku dan jejari di bahagia badan terutamanya ditulang belakang, untuk mengdiagnos apa masaalah kesihatan yang dialami. Rasanya amat sakit. Betul-betul amat sakit. Saya menangis menahan kesakitan. Jerit kesakitan dapat di dengar di luar bilik rawatan dan seorang teman saya rasa takut hendak mencuba. Kalau diurut sudah tidak tahan sakit, bagaimana agaknya kesakitan orang-orang yang didera dalam penjara oleh mereka yang zalim. Maka itulah saya tidak menjadi aktivis. Takut diseksa....apalah.....
Itulah saya kagum dengan mereka yang berjuang untuk kebenaran dan tidak takut luka hingga ketulang belulang. Semoga saya jadi berani. Semoga Allah meredhai.

Tetapi suami saya steady sahaja. 
Hanya Uungh...Engh...sikit sahaja. Agaknya dia boleh tahan didera. Senyum lebar dia,....macam percaya tak percaya......

Tetapi lepas diurut, badan rasa lega.

Saya mengadu sakit lutut dan setelah diurut bahagian lutut, juga sangat sakit, saya diberi rawatan accu-puncture 4 jarum kanan dan kiri. Alhamdulilah, sekarang ini ada sedikit perubahan. Saya dapati lebih mudah untuk turun naik tangga dan duduk bangun bersolat. Semoga semakin hari semakin bertambah baik melalui ramuan ubat serbuk yang dibekalkan termasuk bahan ginseng. Katanya masaalah saya kerana terlalu banyak makan ubat-ubatan yang ada komponen dadah. 

Saya mengerutkan muka.......apakan daya.
Dia memandang muka saya seolah-olah bertanya: 'apa ? ....tidak percaya ?....

Saya senyum tawar....

Ramuan yang diberi adalah untuk membantu pengaliran darah di badan dan untuk membuang angin yang terselit-selit di celah-celah tulang.

Kita hanya mampu berikhtiar. Allah yang menyembuhkan.

Anak saya yang sakit tulang belakang pun mencuba juga. Sakit tulang belakangnya suatu yang kronik dan semoga ada jodoh keserasian ubat-ubatan tradsional cina itu.

Doktor ini seronok merawat kami kerana ia tidak menyangka ada pelanggan keturunan Melayu yang berminat dan sungguh-sungguh mahu mencuba. 

Semoga Allah anugerah sihat demi meneruskan tugas yang belum selesai membantu meningkatkan kebajikan kemanusiaan.
Mohon pertolongan Mu ya Rabb....

....

Wednesday, November 13, 2013

Seharian Memancing.....




Teman yang mengajak saya ke Langkawi adalah peminat memancing, suami isteri sama sahaja. Dari kecil mereka suka memancing. 

Kembara ke Pulau Payar dan pulau-pulau dipesekitaran   di gabung dengan pakej "Exotic Fishing Trip" untuk melihat kesesuaian dan keberkesanan.  Anak saya Azrul rasa teruja kerana mendapat peluang yang jarang diikuti. Saya ikut sahaja. Kembara dengan anak yang sentiasa sibuk bekerja menjalin ikatan kasih keluarga yang tidak akan saya lupa. Kembara ini pun ditaja olehnya termasuk membeli barang-barang kesukaan saya. Suami dan saya rasa di manja......



Memancing di lautan terbuka adalah pengalaman baru bagi saya. Saya pernah ikut teman-teman memancing tidak jauh dari Port Kelang suatu masa muda dahulu  (akhir tahun tujuh-puluhan), dan itulah kali pertama dan terakhir. Berayun-ayun bot di atas air waktu malam bukan kesukaan saya.



Kapten bot menunjuk cara memancing di laut yang agak dalam. Saya rasa kurang selesa di hayun ombak. Ada kalanya amat tidak selesa. Namun saya dengari juga tunjuk ajar kapten seolah-olah mahu menandingi teman-teman yang sudah biasa memancing ditengah laut. Teringat sifat anak-anak kecil....mana mahu kalah !

Teman saya menjanjikan hadiah melancung percuma ke Langkawi di musim cuti sekolah bagi sesiapa yang dapat ikan duluan. Anak saya Azrul senyum lebar....Mana tahu, 'first time lucky'....

Aa Ha ! Yang dapat ikan duluan adalah adik teman saya yang memang bertugas dengan syrikat pelancungnya di Langkawi. 'Disqualified....'  Semua gelak. Masih ada peluang untuk menang...

Tetapi tidak ada ikan yang besar yang memakan umpan udang hidup yang telah disediakan awal pagi lagi, enam kilo kesemuanya. Hingga habis umapan tidak ada ikan besar. Hanya yang kecil-kecil sahaja...

Tetapi saya rasa seronok melihat teman-teman seronok. Walaupun ikan kecil, mereka yang dapat ikan terus mencuba lagi.







Saya mencuba juga,.....tanpa hasil. Agaknya sebab tidak memancing dari hati. Hanya ikut-ikutan....

Kemudian kapten membuat keputusan  berubah tempat di kawasan yang terselindung pulau kerana di lautan terbuka cuaca amat panas. Ikan besar pun melarikan diri. Ikan yang di atas itu dapat dipancing oleh suami teman saya. Sangat teruja kerana itu sahaja yang melekat dipancingnya. (lihat gambar dibawah ini).




Di lokasi baru saya melihat sahaja gelagat peminat-peminat mancing. Ada yang sanggup tunduk lama-lama untuk memastikan cara ia menghulurkan pancing itu betul supaya mengena.  Ada yang melemparkan umpan jauh dari sisi bot. Ada yang mengumpan dengan udang saiz besar. Anak saya mencuba di 'lubuk' yang sama tetapi tidak menjadi juga. Penat berdiri, ia duduk......tapi masih tidak berjaya.



Yang tidak disangka-sangka, dapat pula. Umpan pancing anak saya dimakan ikan dan di tarik ke celah-celah batu di dasar laut. Tidak nampak dari paras muka laut. Maka ia tarik kuat-kuat dengan sangkaan ia dapat ikan. Rupanya bukan ikan tetapi koral yang patah dan sangkut dimata kail. 

Saya yang teruja kerana ia cantik dan saya bawa pulang untuk saya letak dalam akuarium ikan-ikan kecil di rumah saya.


Setelah penat dan waktu pun sudah agak lewat kami pun pulang. Di bawah ini habuan pada hari itu.


Alhamdulilah. Syukur atas segala nikmat. Yang tidak minat memancing  (termasuk suami saya) tidur sahaja atau duduk merenong jauh-jauh. Saya cadangkan pada teman saya agar lain kali bekalan air dan makanan diedar pada ahli  yang tidak giat memancing supaya dapat mereka menyibukan diri bersembang dan makan.

Malam itu kami makan nasi dengan ikan yang digoreng .


Keesukan harinya teman saya mengaturkan lagi satu sessi memancing. Saya dan suami tidak ikut. Kali ini dapat ikan besar, barakuda dengan cara trolling. Hari semalam tidak ada habuan walaupun cara trolling. Rezki Allah tentukan. Tengah hari itu kami makan ikan yang digoreng dan dimasak asam pedas. Pada lewat petang kami terbang pulang ke Kuala Lumpur.
Alhamdulilah. 

Bukan sebarang orang ada kesabaran memancing. Saya tiada sifat kesabaran itu dan rasa agak gelisah mahu cepat pulang. Tetapi saya tidak pula mahu merosakan keseronokan ahli yang lain. Maka saya naik keatas dek bot mengambil angin melihat lautan yang luas terbentang. MasyaAllah. 
Rasa amat kerdil.... 


Dalam perjalanan pulang saya bertanya pada suami saya sama ada ia setuju bahawa memancing itu suatu acara sukan atau rekreasi yang boleh dikatakan membazir masa. Katanya kekadang satu malam pun tak dapat seekor ikan.

Pastinya pendapat ini tidak tepat.
Bila hati sudah suka, semuanya  indah sahaja...

Maka kita betulkan nowaitu kita dalam membuat sesuatu. Allah maha mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi dan Allah maha bijaksana dalam membuat apa jua ketentuan.
Mohon petunjuk Mu ya Rabb....

....

Tuesday, November 12, 2013

Meninjau sepintas lalu Langkawi Geopark





Saya tiga beranak kembara ke Langkawi  dari 2-5 Nov kali ini sebagai sokongan moral untuk teman menilai pakej pelancongan yang sedang di rangka oleh syarikat pelancungannya untuk Tahun melawat Malaysia 2014. 

Antara acara kembara ialah pergi ke Pulau Payar. Ia menjadi sebahagian dari projek Langkawi Geopark yang diiktiraf oleh UNESCO. Tidak pernah saya tahu mengenai Langkawi Geopark ini walaupun sudah beberapa kali ke Langkawi. 

Rasa tertinggal. Rasa malu juga.....
Maka saya jadikan ini satu pengalaman yang mencabar, iaitu menaiki bot laju ke daerah ini dalam umur senja sebegini.... 

Ini merupakan pakej cubaan, maka kami hanya meninjau sepintas lalu sahaja. Pakej ini di gabungkan dengan pakej "Exotic Fishing Trip" yang juga sedang dirangka untuk memenuhi citarasa berekreasi golongan yang suka memancing.



Saya seperti bertatih masuk ke dalam bot yang bergoyang  dalam air laut yang beromabak kecil. Saya meyakinkan diri saya masih boleh aktif dan  menyusun tempat duduk untuk memulakan kembara.


Bot meluncur laju dan perjalanan lebih kurang satu jam
boleh membuat kita mabuk laut kerana ombak kuat dan 
badan rasa terhentak-hentak. Saya telah makan ubat tahan mabuk maka keadaan diri amat selesa dari segi kesihatan. Alhamdulilah.
Mula-mula saya rasakan tempat duduk seperti tidak stabil dan ada juga rasa khuatir jika berlaku kemalangan sebab kami jauh dari daratan. Saya bertawakal dan
berterusan berdoa semoga Allah memudahkan.
Ada ketikanya kami tidak nampak daratan. Ia hanya samar-samar sahaja jauh di hujung dunia. Sepertinya begitu. Saya tidak dapat merakam foto bila bot terlalu laju dan saya harus berpegang pada tepi bot supaya tidak terpelanting. Ada ahli kumpulan yang duduk di bawah lantai bot dan beberapa orang merasai mabuk laut walaupun sudah makan ubat sebelum bertolak. Saya hanya dapat merakamkan beberapa shots sahaja sebagai kenangan.





Setelah sejam bergelut dengan ombak kami  mula menghampiri Pulau Payar. 
Ia dikenali sebagai Pulau Payar Marine Park dalam pakej pelancungan. Kami tidak singgah kerana ada beberapa prosidur yang tidak sempat dibuat oleh teman saya. Maka kami hanya berhenti dan melihat dari jauh aktiviti yang nampak berlaku di Pulau Payar itu. Boleh snorkling dan boleh diving. Airnya jernih. Tetapi saya rasa air di Pulau Redang lagi jernih.


Aktiviti snorkling oleh kumpulan pelancung

Jetty tempat mendarat

Antara bot pelancung yang menghampiri jetty untuk mendarat. Katanya pakej untuk ke sana kosnya tinggi. Ia melebihi rm150 seorang. Inilah yang sedang dikaji oleh teman saya.


Kemudian kami beredar ke arah lain untuk memancing. Kami pergi  ketengah laut sejauh dua setengah kilometer melepasi boundry Marine Park yang dilarang untuk memancing. Kehidupan Laut di situ terpelihara.

Dalam perjalanan menghala ke tengah laut  suami saya tiada masaalah duduk dalam bot laju. Dia tidak perlu makan ubat.


Kami ditemani sebuat bot agak kecil yang juga cuba memancing. Tidak berapa ada ikan di situ mungkin kerana salah musim. Inilah antara faktor dalam pakej kembara yang pihak syarikat  harus memperolehi maklumat yang lebih tepat.

Kemudian kami beredar ke pulau lain. (Lupa namanya). Kami bersantai di situ. Sebelum ke situ kami membeli ikan dari nelayan untuk di masak makan tengah hari. Hati budi kaum nelayan Melayu amat tinggi. Nelayan ini gandingan usaha suami isteri dan hanya mengenakan bayaran rm15 ringgit untuk berbagai ikan kecil dan besar dan beberapa ekor ketam.
Kami tidak sampai hati dan beberapa ahli kami memberi infak tambahan yang agak lumayan. Alhamdulilah. "Erti hidup pada memberi". Allah memberi peluang untuk berbakti di tengah lautan. Anak saya Azrul rasa amat teruja dengan pengalaman ini.





Suami dan anak saya mengambil kesempatan bermandian di pantai yang hanya ahli kami sahaja yang berada di situ.



Seperti pulau dan pantai ini kami yang punya. Ketua kumpulan kami mengetuai solat di pantai. Dalam kembara, solat tetap solat. Saya miss ambil foto. Tujuan sampingan kami ialah untuk mendidik anak remaja yang bersama kami supaya sentiasa mengambil berat tanggongjawab syar'ie. Wudhu air laut dan solat dalam berpakaian mandi yang basah. Yang penting tutup aurat.
Sememangnya menjadi tujuan ketua kumpulan untuk menjadikan kembara ini suatu yang unik. Ia dan teman saya sedang memikirkan bagaimana manhaj hidup berterusan walaupun terapung-apung di tengah lautan. Saya rasa mereka akan menyisipkan program tazkirah ringan selaras dengan tujuan kembara dan tujuan musafir dalam hidup seorang Muslim. Mereka mahu pakej ini berlainan corak dan dapat menyentuh hati-hati ahli kumpulan dan dapat merasai kaitan kembara dan aqidah. Jika ada pelancung asing yang bersama maka strategy "soft dakwah" akan diolah mengikut keadaan dan kesesuaian supaya tidak tercemar nama baik Islam dan orang Islam.
Semoga semua ahli tidak lalai dari mengingati Allah.
  Kemudian kami beredar pulang dan sampai di jeti hampir jam 5 petang untuk membolehkan ahli tempatan solat 'Asar.




Dalam perjalanan  pulang  ombak tidak besar dan rasa nyaman menaiki bot hingga sampai di jeti yang berhampiran dengan Pantai Chenang.
Nanti saya akan cerita pula episod memancing ikan. Sampai di sini dahulu. Semoga kembara ini membuat semua ahli lebih menghargai keindahan alam ciptaan Allah dan berusaha memeliharanya untuk warisan generasi akan datang. 
Alhamdulilah. Allahuakbar.

......

Monday, November 11, 2013

Murobbiah SmarTop...


Terlalu cepat waktu berlalu. Saya sayu.

Tahun hadapan belum tentu umur ini kesampaian untuk melihat kemajuan yang kami bina seperti menenun kain....sehari sehelai benang. Semoga nanti  lambat laun ia akan jadi kain jua.

Saya sayang Tadika ini.

Maka saya rakam gambar kenangan. 
Para Murobbiah tersayang....



9 Nov 2013 Hari Ihtifal.
Sejarah bagi sekolah Tadika sepadu di Tangkak yang menghadapi berbagai cabaran. 

Sering saya senyum sendirian teringatkan cabaran yang menguji rasa hati.






Harapan tahun hadapan tetap tinggi, setinggi Gunung Ledang kalaupun bukan Gunung Kinabalu. Pihak pengurusan terpaksa menaikan bayaran yuran keseluruhan kerana kos pengendalian makin naik terutamanya bahan bekalan makanan dan lain-lain peralatan. SmarTop tidak mengambil sebarang keuntungan dan mengendali Tadika semata-mata kerana ingin memberi Pendidikan pengukuhan dari segi menyantuni  akhlak. Keterampilan membaca , menulis dan mengira itu sememangnya tidak dapat dinafikan tetapi kami ingin keterampilan itu disepadukan  dengan pembangunan akhlak mulia. 

Mohon doa semua....




Ini sijil yang kami sampaikan pada Hari Ihtifal. Semoga dewasa nanti SmarTop menjadi kenangan abadi.

Gambar di bawah saya rakam para murobbiah bertemu bicara dengan ibu bapa tentang kemajuan anak-anak di Tadika. 
Ini proses biasa di semua Tadika. Tetapi saya melihat proses ini dengan rasa sayu juga. Pertamanya saya tidak pernah melalui sistem pendidikan Taska atau Tadika. Saya teringat emak saya  menggendong saya sambil menoreh getah mencari sesuap nasi. Pastinya saya anak kecil yang banyak karenah. 

Itu didikan survival hidup yang saya belajar tanpa saya sedari. Akhlak terbina melalui contoh-contoh dalam keluarga hinggalah saya bersekolah rendah....
Sekarang saya sentiasa meyakini dan merasai bahawa Allah itu maha adil, maha bijaksana dan maha mengasihani. Alhamdulilah, kesyukuran yang amat sangat...Semoga Rahmatnya berpanjangan.






Bandar tangkak adalah asalnya sebuah Kampung Baru semasa Parti Komunis cuba menjatuhkan kerajaan. Maka struktur penduduk amat mencerminkan masyarakat 1 Malaysia. Maka dari segi pendidikan, SmarTop cuba menggabungkan keserasian antara kaum melalui mata pelajaran bahasa Mandarin dan ketika Acara Rumah Terbuka Eid Fitri kami menjemput jira tetangga yang berketurunan Cina. Ini langkah 'soft dakwah' yang kami cuba terapkan. Semoga Allah melihatnya sebagai amal soleh. Ini satu langkah kecil ke arah membina tamadun dalam ruang linkup paradigma Tauhid. Semoga Allah meredhai. 
 Ameen ya Rabb...

...

Sunday, November 10, 2013

Penat,.... semoga bermunafaat....





9 November........
Sudah jam 8.00 pagi tetapi baru sedikit bilangan kasut yang saya lihat di hadapan pintu kelas Tadika SmarTop......agak cemas rasa kalau-kalau tidak ramai yang datang untuk majlis Ihtifal bagi akhir tahun 2013.

Namun kasut dan selipar yang biasa-biasa ini juga membuat hati saya riang dan teruja kerana sudah sampai hari dan waktunya untuk menunjukan pada ibu-bapa kebolehan anak- anak setelah hampir setahun berusaha membina potensi diri mereka yang berbagai rupa dan tahap yang berbeza.

Ooops...tak perlu lama saya menunggu, mereka telah bersedia

Ibu bapa juga sudah seperti tidak sabar menanti upacara....

Di bawah ini  sebahagian dari acara....mengucap Syahadah dalam 4 bahasa, iaitu Arab, Melayu, Inggeris dan Mandarin.



Acara lain ialah nayanian nyasyid dan lagu negara ku. Ringkas sahaja tetapi ia membawa erti yang besar bagi saya secara peribadi kerana di Daerah Tangkak tidak mudah mendapatkan guru yang sesuai dan berkualiti. Alhamdulilah, impian sudah mula menjadi kenyataan. Namun kami menyedari bahawa perjalanan masih jauh dan usaha yang gigih masih diperlukan.

Usaha ini bukan mudah bagi saya yang sudah hampir 67 tahun. Peranan saya kecil sahaja tetapi dalam usia yang ada ini ia cepat memenatkan

Ya, saya rasa penat.... sering penat.

Tetapi ia menyeronokan.
Dalam kesibukan turun naik hospital membantu mengurus cucu yang baru lahir dengan jaundice yang berpanjangan, Allah masih bagi saya ruang untuk berkejaran ke Tangkak untuk memastikan semua berjalan lancar. Bayaran gaji untuk bulan Oktober sedikit kekurangan dan rasa agak kerisauan. Alhamdulilah. Bersangka baik dan Allah membantu. Kesyukuran terhadap Allah yang tidak terhingga. Seorang teman dari tingkatan enam yakin pada perjuangan kami dan dengan mudah ia membantu.Semoga Allah menganugerah rahmatNya yang tidak terhingga.

Waktu itu sempat juga kami adakan majlis mengucapkan terima kasih pada guru Mandarin kami yang berhenti kerana mendapat kerja tetap sebagai Pharmacist.



Guru Mandarin itu Teacher Leng namanya. Kami hadiahkan sebuah terjemahan alQuran - The Miracle 15 in 1.Kami maklumkan juga serba ringkas isi kandungan Kitab itu dan bercerita juga beberapa personality terkenal dunia yang telah memeluk Islam. Ia nampak positif dan kami mengharapkan kerja dakwah yang sekecil ini Allah terima sebagai amal soleh. Kini negara China dipercayai akan mendahului Amerika Syarikat. Tujuan kami memperkenalkan mandarin hanyalah untuk membuka minda anak-anak supaya mereka tahu adanya Bahasa Mandarin yang mungkin suatu hari nanti ada yang berminat mempelajarinya.

Kita tidak lagi mahu ketinggalan. 
Dalam pada itu rakan kuat di Tadika SmarTop mengajak saya ke Langkawi membantunya meneroka peluang mencari dana melalui program pelancungan. Tidak pernah terfikir untuk menerokai bidang ini tetapi saya bersetuju untuk memberi feedback dalam program Exotic Fishing Trip yang dikendalai oleh Ajen Pelancongan Indra Travel yang dipunyai oleh adiknya.
Maka berkejaran pula saya dan suami bersama seorang anak ke Langkawi minggu lepas selama 5 hari bagi tujuan ini. Semua ini membuat saya kepenatan. Nanti saya ceritakan episod menjadi bahan kajian pelancongan di lain entry.
Di sini saya catat sedikit aktiviti memilih makanan dan tempat makan dan kami diminta memberi penilaian. Menilai bukan suatu tugas yang mudah. Terutamanya apabila kita kena memikirkan juga citarasa pelancong luar negara. Tahun 2014 adalah tahun melawat Malaysia. Maka saya dan suami cuba membantu sewajarnya.


Kita jumpa di Langkawi.....

Semoga ia bermunafaat dan Allah meredhai.


....

Saturday, November 2, 2013

Salam Ma'al Hijrah



Saban tahun kita diingatkan
Hijrah itu satu Kewajipan, satu Tuntutan
Meneguhkan Iman Allah itu satu, tiada sekutu
Tuhan sekian Alam, jangan sedetik pun ragu.


SELAMAT MENYAMBUT
 TAHUN BARU 1435 HIJRAH

...
Related Posts with Thumbnails