"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, September 11, 2015

Memperkasa Ulul Albab...

Hamza Yusuf's photo.
Salam Jumaat...

Saya ambil ini dari Facebook Sahaikh Hamzah Yusuf, 
Salah seorang Founder Zaytuna College di Berkely, Amerika Syarikat. 
Saya mengikuti kuliahnya di Youtube
 dan saya berpendapat ia amt memberi munafaat. 
Maka saya ingin kongsikan apa jua cerita mengenai
 Zaytuna College dan Shaikh Hamza Yusuf.

Di dalam al Quran "Ulul Albab" di sebut (tak silap saya ) sebanyak 6 kali.
Al Quran bermula dengan ayat IQRA' 
ILMU adalah suatu yang mesti diangkat tinggi oleh semua
 yang mengaku dirinya beriman.

A001
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),(Al-'Alaq 96:1

A002



Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;(Al-'Alaq 96:2

A003
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (Al-'Alaq 96:3) | 
A004
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, (Al-'Alaq 96:4)  
A005
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(Al-'Alaq 96:5) |

Ayuh kita gerakan kaum kekeluarga kita ke arah ini. Hanya dengan ILMU, IMAN dan TAQWA kita orang Islam dapat menerajui kepimpinan ummah dan dunia ini "in sya Allah" akan menjadi maju dan sejahtera. Ini yang di tuntut dan semoga kita Allah kurnia ruang dan peluang untuk melaksanakannya.
Aamiin....
.....

Thursday, September 10, 2015

Tiba-tiba ..Blank Pages...?


image kiriman telegram teman.

Cantiknya dan nyamannya tempat ini masih terbayang diaqal dan masih dirasai dihati. Ini antara tempat yang terpaku diimaginasi sendiri. 

Teringat janji Allah: ".......dan mengalir dari di bawahnya sungai-sungai....". Tetapi ini sungai-sungai di bumi nyata. Apa jua jika dapat dibayangkan ia bukannya yang ada di Syurga. Hanya Allah yang maha mengetahui segala ciptaanNya. Allahuakbar.


Maka itu kita bermati-matian bekerja keras mahu mendapat anugerahNya. Kita diseru berhati-hati dan diingatkan supaya tidak kecundang juga akhirnya nanti. 





Dalam usaha berhati-hati seorang teman telah memberi tahu saya mengenai buku seperti di sebelah ini. Ada 1122  muka surat. Belum habis saya membacanya walaupun sudah beberapa bulan membelinya.

Kekadang rasa amat takut ketika membaca dan saya ketepikan buku itu untuk beberapa waktu cuba membujuk hati untuk terus membaca walaupun saya rasa amat khuatir dengan isi kandunganya. Saya takut saya tidak dapat melepasi ujian beberapa perkara yang diutarakan kerana tahap Iman dan Taqwa yang amat cetek. Semoga Allah memberi kekuatan dan ruang dan peluang untuk saya munafaatkan buku itu.

Di celah-celah meembaca ada kalanya saya kongsikan dengan teman sepengajian mingguan untuk mendapat kefaham yang sewajarnya. Kekadang saya tanyakan pada guru bahasa Arab saya jika saya jumpa kata-kata hadith yang perlu saya fahami.

Begitulah laluan hidup. Tanpa ilmu mustahil kita boleh beramal.

Suatu fakta yang sentiasa diingatkan oleh ustaz dalam pengajian ialah memastikan di akhir hayat kita nanti, kita tidak kecundang. Semoga kita sentiasa dalam hidayah dan kasih sayang Allah. Harus kita pastikan kita menjaga mulut dan hati semoga kita sentiasa di jalan yang lurus. Ustaz ada mengatakan jika kita lagha kebarangkalian kita tergelincir dari jalan yang benar amat mudah sekali. Di akhirat nanti kita akan dipertanggonhjawabkan dengan semua perilaku kita. Malaikat akan memberi buku catatannya sama ada denagan tangan kiri atau tangan kanannya. Amat rugilah kita jika kita ingat kita sudah beramal seperti yang di tuntut oleh alQuran dan Hadith tetapi bila kita buka buku kita, tiba-tiba KOSONG sahaja lembaran yang di tunjukan dari segi amalan-amalan soleh.

Pasti terkejut kita jika ini berlaku lantaran kita cuai. Kita tidak berhati-hati menjaga mulut dan Hati.

Dalam buku di atas ada bab-bab yang menceritakan keadaan sebelum Malaikat maut menghampiri diri dan menceritakan juga keadaan hidup di alam kubur, iatu di alam Barzah. Saya sentiasa khuatir menilai diri ketika saya membaca setakat ini. Semoga Allah sentisa menunjuki jalan.

Ustaz mengingatkan supaya kita sentiasa memohon keampunan dari Allah yang maha mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi. Katanya jangan suka mengingat kembali peristiwa-peristiwa yang ditakrif maksiat seolah-olah ia suatu yang harus dibanggakan seperti menikmati majlis-majlis yang tidak syar'ie perjalanannya walaupun baik tujuannya. Dalam Islam tujuan dan cara mesti betul barulah ia diiktiraf suatu yang syar'ie.

Kekadang saya terjebak dengan hal-hal seperti itu lantaran iman dan taqwa yang belum jitu.
Semoga Allah mengampuni dan semoga Allah mengurnia kekuatan dan kebijaksanaan dalam perjalanan mencari redhaNYA. Aamiin ya Rabb.....

....

Monday, September 7, 2015

Mengubat kesepian.....



Dua tiga minggu yang lalu saya teruja mendapat berita abang ipar saya mendapat isteri baru setelah dua tahun membujang kerana kakak saya meninggalkannya
 dan kami semua buat selamanya.
Kelihatan di foto ini dia berbaju batik dengan isterinya yang 30 tahun lebih muda darinya berbaju hitam. Saya gembira untuknya kerana kini sudah ada seorang menjaga hidup hariannya dan dia tidak perlu khuatir lagi terpaksa berseorangan ke hospital.
Tambahan pula ramai kaum lelaki mengatakan tidak sama 
anak yang menjaga dan melayan berbanding isteri yang menjaga dan melayan. 
Tambahan pula anak-anak sekarang sudah kurang kepedulian
 untuk menjaga ibu bapa dengan sempurna.
Terlalu sibuk dengan kerjaya. Namun ibu-bapa akan terus mendoakan mereka semoga mereka sejahtera dunia dan akhirat.

 Yang bersama dalam foto adalah anak saudara saya dari Johor Baharu.

Abang ipar saya berumur 83 tahun dan isteri kini berumur 51 tahun. 
Alhamdulilah Allah kurnia kemudahan meneruskan baki hidupnya. Dalam pada itu saya sayu juga teringkan kakak saya dan teringatkan diri sendiri di hari lebih tua nanti.

Begitulah perjalan hidup. Patah tumbuh hilang berganti, dan kita harus sentiasa redha atas segala ketentuan Allah. Dia yang maha mengetahui dan maha bijaksana. PadaNYA sahaja kita memohon segala pertolongan.


Senja yang masih memberi harapan.
Semja yang masih penuh nikmat. Semoga kita redha apa jua dan Allah meredhai.
Aamiin...

...

Sunday, September 6, 2015

Rindu Baitullah.....





Teteman menghantar foto-foto di atas lalu Whatsapp. Katanya inilah keadaannya kini. Sudah banyak perkembangan baru. Akhir sekali suami dan saya ziarah Umrah ialah pada bulan Ramadhan 2010. 

Rindu....amat rindu. Semoga Allah kurnia peluang sekali lagi...dan sekali lagi.....

Teringatkan kata Ustaz: Tanda akhir zaman antaranya ialah bila bukit gunung bergerak dari tempat asalnya. Katanya bukit-bukit di Makkah sudah bergerak dan tidak wujud lagi. Habis diteres dan di bina bangunan yang amat tinggi seperti di atas. Antaranya ialah Jabal Qobis. Saya pernah naik bukit itu pada ziarah saya dalam tahun 1983 dan dari di atas sana bolih nampak Kaabah. Sayup-sayup kelihatan. Katanya sekarang keadaan di situ sudah berlainan.

Sama-sama kita fikirkan.......

Teman rapat sama bertadarus di Masjid berlepas dua minggu dulu. Kami mengucapkan selamat berangkat semoga dianugerah Haji mabrur bertempat  di cafe Masjid sahaja. Saya sentiasa sayu di hati bila mengingatkan peristiwa-peristiwa Haji dan Umrah.



Kelihatan teman saya, Rose, nama singkatnya di kiri sekali. Ia pergi berseorangan secara muasasah. Dia berani pergi seorang demi menurut hati yang rindu ke Tanah Suci. Saya ingin bersama tetapi apakan daya.

Seorang lagi yang telah berangkat ialah anak saudara saya dari Abang di Shah Alam. Dia pergi dengan suami tetapi saya tidak dapat merakam wajahnya. Air matanya sentiasa berlinangan. Entah rahsia apa di hatinya. Semoga Allah kurnia juga Haji mabrur padanya dan suaminya dan adik beradik suaminya. Mereka dalam lingkungan umur awal tiga puluhan dan sudah Allah kurnia kesempatan menjadi tetamuNYA. Alhamdulilah.

Menunaikan rukun Haji adalah lambang perjalanan akhir kita menuju Allah. Kita mesti miqat Haji di tempat yang di tentukan dan dari situ kita harus yakin bahawa di akhir hayat kita, kita hanyalah Hamba Allah semata-mata. Kita tinggalkan EGO kita dari detik itu dan memegang Hakikat Allah maha Pencipta dan kita hanya salah satu makhlukNya yang perlu hanya padaNya. TIada yang lain selain dariNya.

Semoga kita tergolong dalam kumpulan yang memegang kuat janji bai'ah tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.



Sambil makan setelah doa selamat saya bermesra dengan anak-anak buah yang sama-sama hadir dalam majlis mengucapkan selamat berangkat. Dalam masyarkat kita majlis seperti ini mengeratkan silaturrahim. Semoga keluarga bertambah erat hubungan kasih sayang demi mencari Redha Allah.




......

Friday, September 4, 2015

Yang cantik dan menarik...




Cantik dan menarik perhatian.

Ini sebuah hiasan di shopping mall di Seoul yang saya kunjungi tidak lama dahulu. Saya dan suami lebih suka duduk dan melihat-lihat daripada berasak-asak membeli belah dan berdiri berpanjangan tanpa tujuan yang jelas. Membeli belah adalah agenda terakhir dalam senarai kesukaan bila melihat negeri orang. Saya lebih suka duduk santai dan berfikir-fikir. Kekadang fikiran "melancung" lebih jauh.

Manusia sememangnya suka akan yang cantik. Tidak kiralah dia berbentuk barangan, pemandangan, perkhidmatan, rupa paras atau suara atau apa jua. Namun cantik adalah suatu yang relatif. Dan apa yang dilihat indah dan cantik oleh seseorang mungkin menjelekan pada orang lain. Gurindam Melayu saya kongsikan di sini:


YANG KURIK ITU KENDI - YANG MERAH ITU SAGA
YANG CANTIK ITU BUDI  - YANG INDAH ITU BAHASA 

Tetapi saya perhatikan ini sudah tidak lagi relevan dalam corak hidup masyarakat sekarang. Pernahkah lagi kita mendengar orang berkata:


ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA - ORANG MEMBERI KITA MERASA.

Kalau ada yang berkata pun sudah amat sedikit bilangannya. Budi Bahasa sudah tidak mendapat tempat di hati ramai ahli masyarakat. Nilai kekeluargaan dan nilai sosial sudah banyak berbeza. Cara berinteraksi dalam keluarga dan dalam masyarakat tidak lagi menggunakan sentuhan lisan dan sentuhan rasa. Banyak menggunakan 'text message' atau cara-cara lain yang generasi dewasa tua macam saya tidak tahu menggunakannya.

Maka saya ingin bercerita.

Suatu malam saya keluar makan di restaurant Melayu yang sedehana besarnya dan agak banyak pilihan menu makananya. Ramai yang berkunjung di sana dan disebelah meja saya ada satu keluarga yang terdiri dari seorang ibu dan tiga orang anak. Ibu berumur lebih kurang lima-puluhan dan anak perempuan berumur lebih kurang lewat dua-puluhan. Dua anak lelaki adalah peringkat remaja, mungkin  15 dan 17 tahun umurnya. Yang menarik perhatian saya ialah mereka sibuk berurusan dengan telefon yang saya rasa canggih jenisnya. Tiada siapa bersuara melainkan kedengaran mereka bercakap dengan pelayan restaurant untuk menempah makanan. Lepas itu masing-masing tertumpu fokus pada telefon . Saya perhatikan anak yang paling muda tersenyum-senyum. Saya sangka berinteraksi dengan abangnya.

Silap pemerhatian saya. Rupanya ia medengar lagu atau apa jua melalui telefon canggihnya. Bila hidangan makanan tiba, mereka makan. Mereka tidak bercakap sepatah pun antara mereka. Saya senghaja memerhatikan semata-mata untuk kajian saya. Bila siap makan mereka bangun dan balik. Kebetulan sama masa dengan saya habis makan dan saya perhatikan mereka menaiki kereta mewah.

Sedih saya. Keluarga makan bersama, tetapi tidak berinteraksi dan menjalin ikatan keluarga. Mereka sibuk dengan dunia masing-masing. Agaknya di rumah bagaimana ye?

Saya mula berfikir kerana agak terkejut dengan fenomena yang baru saya lihat  itu. Kalau keluarga miskin di rumah, bagaimana agaknya? Saya tahu di kawasan FELDA fenomena itu sudah mula menjadi demikian juga. Saya perhatikan ini dalam keluarga saudara-mara saya sendiri, kerana anak buah dan saudara mara ada yang tinggal di kawasan FELDA.

Ke mana arah tuju pembangunan negara kita. Kita kaya raya tetapi tidak kaya budi dan budi bahasa. Itu tanggapan saya. Sudah amat kurang protocol berasaskan budi bahasa.

Bermacam-macam lagi yang diminati manusia mengikut cita rasa masing-masing. Ada yang akan berbuat apa sahaja untuk menikmatati kecantikan dan keindahan atau pun kehebatan. Manusia rata-rata suka dipuji dan disanjung. Tidak kira apa yang dipuji dan apa yang sebenarnya disanjung. Setengah pujian membawa bencana yang nyata yang timbul bukan serta merta tetapi setelah beberapa lama mendapat pujian itu.

Sebenarnya pujian yang keterlauan tidak membawa kepada kesejahteraan. Sebab itu ada hadith yang mengatakan kita tidak boleh memuji berdepanan. Ini akan merosakan iman orang yang dipuji kerana besar kemungkinan ia akan menimbulkan rasa riak dan ujub. Perasaan ini boleh menghapuskan amalan baik yang kita lakukan.

Lihat sahaja senario hari ini. Kegawatan dan krisis ekonomi dan sosial yang kita hadapi adalah lebih serious dari masaalah budi bahasa dan adab berbicara dan jalinan hubungan antara keluarga. 

Dalam al Quran kita ditanya "Ke mana kita akan pergi"  dan kita diberi penjelasan

A025
Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
(At-Takwiir 81:25) | 
A026
(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
(At-Takwiir 81:26) |
A027
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
(At-Takwiir 81:27
A028
Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.

(At-Takwiir 81:28) | 
A029
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
(At-Takwiir 81:29
Jom kita taddabur ayat-ayat itu di hadapan seorang guru mursyid untuk penjelasan lanjut.Semoga kita Allah kurnia jalan yang lurus dan kita selamat di dunia dan di akhirat.
.........

Thursday, September 3, 2015

Merdeka, Wahai Tanah Air Ku......





Saya tetap menunggu dengan penuh kesabaran semoga segala krisis di Malaysia kembali pulih.

Semoga setiap pagi saya bangun dari tidur saya tidak perlu berfikir panjang apa yang akan saya lakukan untuk mengubah cara saya bertindak supaya kesulitan yang saya hadapi kini kerana ekonomi yang tidak menentu akan segera beredar. Walaupun saya sudah bersara saya masih perlu membantu anak cucu yang kurang kemampuan.

Berbagai lagi yang kini sering saya fikirkan. Tetapi biarlah saya berfikir sendirian dan berusaha sendirian takut nanti kesabaran saya kecundang.

Mungkin sudah tidak ada jalan pintas bagaimana masaalah ini boleh  selesai segera. Sayu dan sedih  di hati memikirkannya.  Sebagai pesara perkhidmatan awam, saya amat sensitif atas apa jua yang berlaku dulu, kini dan mungkin selamanya.

Saya bertugas dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun. Saya mula bertugas di Jabatan Perdana Menteri. Saya diarah menjadi pembantu pada YM Tunku Shahriman selaku Setiausaha Majlis Tindakan Negara di bawah kepimpinan Almarhum Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Banyak yang saya pelajari selama setahun saya duduk dalam Bilik Mesyuarat yang sama. Masih teringat kegigihan beliau berjalan pantas masuk dalam Bilik untuk menyelesai masaalah negara. Mesyuarat beliau tidak panjang kerana beliau amat faham apa yang berlaku dan yang perlu di lakukan. Kementerian atau Jabatan yang di arah memberi taklimat biasanya merasa lega di akhir sessi jika tidak ada persoalan yang tidak dapat di jelaskan.

Dalam suasana Hari Merdeka kini, saya terkenangkan beberapa hal mengenai kerja-kerja saya dahulu. Saya teringatkan Almarhum Tun Razak yang saya berpeluang bekerja di bawah Jabatannya.  Perdana Menteri Datuk Sri Najib tidak sama seperti beliau. Sedikit pun tidak sama. Saya pernah juga bertugas di bawah YAB Dato Seri Najib semasa saya di Kementerian Pendidikan di tugaskan membina sekolah dan lain-lain Institusi Pendidikan di seluruh negara. Ketika itu saya menganggap dia sebagai Menteri yang berkaliber dan berwawasan. Saya merasakan dia mahu mencontohi Ayahnya kerana dasar kementerian dari segi kemudahan fisikal memberi keutamaan pada rakyat luar bandar. Saya masih ingat berjalan merentasi belukar, menaiki bot dan helikopter untuk ke kawasan pendalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Saya seronok berpeluang berbakti pada rakyat yang memerlukan.

Tetapi kini saya sedih.....

Ibarat usaha yang saya mulakan dahalu pastinya sudah tidak lagi boleh berterusan dengan lancar kerana pastinya peruntukan bajet pembangunan akan terjejas dengan adanya krisis yang tidak nampak penghujungnya. Saya merasakan kini kita menghadapi krisis dana di peringkat yang paling mengkhuatirkan...

Saudara mara saya di kampung-kampung masih ramai, terutamanya di kawasan Felda. Jurang perbezaan antara kaum yang kaya dengan yang miskin masih ditahap yang membimbangkan.

Saya suka berbincang dengan teman-teman yang kini sama-sama persara yang sudah hampir menjangkau umur tujuh-puluhan. Ramai teman-teman saya yang punya sentimen seperti saya. Tetapi apakan daya. Kami sudah tidak bertugas.

Maka kami hanya mampu bersabar dan berusaha sebaik mungkin dan sekuat mungkin untuk mencari penyelesain hidup diperingkat peribadi dan keluarga sahaja.

Alangkah sedihnya.....
Seperti tidak ada tempat bergantung.
"Kan kita ada Allah," Saya sering diperingatkan dan digesa jangan putus asa. Pastinya Allah akan akhirnya menunjukan mana yang Benar dan mana yang Batil.

Sementara itu saya dan teman-teman muhasabah diri. Dari mana asal kesilapan berlaku yang kini kita menanggung beban yang berat. Kita tidak lagi dapat rasa "bangga" di kalangan warga asing. Teman-teman sentiasa mengingatkan saya supaya jangan putus-putus bersyukur dan bersabar dalam menghadapi segala ujian dari Allah. Kemiskinan adalah ujian.....Kekayaan juga adalah satu ujian.

Pokoknya jangan kita terlalu cinta dunia hingga lupa segala peraturan yang Allah telah tentukan. Teringat saya pada kata-kata berikut:

MENGELUARKAN DUNIA DARI HATI
Seseorang bertanya kepadaku, “Bagaimana cara mengeluarkan cinta dunia dari dalam hati?”. Aku jelaskan kepadanya, “Perhatikanlah setiap perpindahan dunia itu dari satu tangan ke tangan lainnya. Dia berhasil untuk menghalangi dan membuat lupa para pemiliknya. Pada awalnya dunia akan mengangkat derajad pemiliknya dari orang lain, sehingga membuat dia disanjung dan dipuja. Saat ia terlena dengan kedudukan dan tarap hidupnya, tiba-tiba dunia menjerat dan menjatuhkannya, mereka diperdaya oleh dunia sehingga menghancurkannya. Dunia hanya tertawa, iblis pun ikut menyeringai tawanya. Demikianlah dunia memperlakukan orang kaya, para penguasa dan raja-raja, sejak zaman Adam hingga hari kiamat kelak. (Syaikh Abdul Qadir Jailani)

TINGGALKAN DUNIA DARI HATIMU
Wahai manusia, yang menjadikan engkau tidak mengenal ALLAH SWT dan para waliullah adalah rasa cinta dan sikap rakus terhadap dunia. Ingatlah kepada akhirat dan tinggalkanlah dunia (dari hatimu). (Syaikh ABdul Qadir Jailani)

TAMAK DAN RAKUS adalah kata kunci dalam masalah dunia kini.
Kita sudah jauh dari mengenal Allah sebenarnya.
Ayuh kita terus bertaubat semoga Allah mengampuni segala sifat-sifat keji yang ada pada diri kita dan di hujung hayat kita nanti kita redha dan Allah meredhai. Semoga Allah akan mengurnia kita kesejahteraan hidup yang abadi di Taman-taman SurgaNYA.

Ya Allah, Engkau yang maha kasih dan maha sayang. Selamatkanlah Malaysia, Tanah Air ku. Kurniakanlah kami Syurga Firdaus Mu tanpa hisab bersama semua yang kami kasihi dengan Rahmat Mu jua.
Aamiin ya Rabb....


.....

Wednesday, September 2, 2015

Minda ibarat Belon....



Ibarat belon...
Berguna, berfungsi bila mana ia dikembangkan.

Begitulah aqal fikiran kita. Jika tertup, ia lembab dan tidak memberi munafat pada diri dan jauh sekali pada apa jua yang ada di  sekeliling.

Apa yang sering berlaku dalam hidup kita yang tidak menyenangkan hati adalah disebabkan kita tidak berfikiran terbuka. Kita bersifat prejudis dan sangat egoistik. Itu pemerhatian saya, walaupun saya menyedari hakikat bahawa saya sendiri boleh jadi seperti itu. Cuma kalau kita faham fakta ini, kebarangkalian kita berminda sempit akan jadi minima. Tidak ada kesempurnaan pada diri setiap orang. Namun harus ada kesedaran bahawa kita perlu menyelongkar semua jenis ilmu dan ada kepedulian untuk memperbaiki akhlak sendiri dan semoga kita menjadi teman yang yang baik dan semoga kita tidak menyusahkan orang lain.

Walau bagaimana pun kita harus peka juga bahawa keterbukaan minda tidak bererti kita absorb atau menyerapkan dalam pemikiran apa jua yang berlaku di sekeliling kita. Ada kalanya terlalu terbuka pun bolih menjadikan kita  seorang yang tidak dapat menentukan pendirian dalam sesuatu hal atau mengambil keputusan dalam menyelesaikan sesuatu masaalah.

Ada kalanya kita harus mematikan Aqal kita buat seketika.

Mematikan Aqal? 

Ye betul ! .... kita berhenti sejenak berfikir dan kita gunakan hati nurani untuk merasakan sesuatu dan cuba memahami sesuatu menggunakan mata hati. Ini perlu kerana bertindak atas aqal fikiran sahaja belum tentu kita mencapai sesuatu yang benar dalam semua aspek.

Ia itu satu aspek lagi yang perlu kita bina dan menyandarkan tindakan kita ialah kesucian hati. Atau dengan lain istilah, kita harus membina kesucian Ruh. ini satu bidang Ilmu yang kita harus pelajari untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Kita mahu termasuk dalam golongan muqarrabin. In sya Allah.


osprey raptor bird











  Seperti seekur burung, kita harus ada dua sayap  untuk terbang tinggi di awan.

 Sampai di sini dahulu kita berbicara. Bila ada kesempatan kita duduk di hadapan seorang guru  yang mursyid untuk menimba ilmu yang lebih    sempurna, dan semoga hidup kita juga Allah  kurnia kesempurnaan dunia dan akhirat.

Aamin ya Rabb....

......
Related Posts with Thumbnails