"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, January 5, 2016

Siapa ingin ke Thaif ?.....





Thaif adalah sebuah bandar tidak jauh dari Makkah, hanya lebih kurang 30 kilometer. Kami membuat lawatan kesana dan antara sebab terpenting ialah untuk merasai berada di Thaif dan mengingat kembali sejarah Islam mengenai perjalanan Dakwah Rasulullah Sallallahualaihi Wasalam di kalangan kaumnya. 

Saya petik penulisan di bawah ini berwarna hijau dari 4mbilhikmah.blogspot.my untuk maklumat yang lebih tepat, terima kasih.



Thaif dalam sejarah awal perjuangan Rasulullah Muhammad SAW memang sangat pahit. Terhitung tiga tahun sebelum hijrah, Rasulullah SAW melakukan perjalanan ke Thaif untuk melakukan dakwah dan mengajak Kabilah Tsaqif masuk Islam. Perjalanan ini dilakukan tidak lama setelah wafatnya Siti Khadijah pada 619 Masehi dan wafatnya Abu Thalib, pelindung utama yang juga paman Rasulullah SAW pada 620 Masehi.

Meninggalnya Abu Thalib dan Siti Khadijah ini yang disegani oleh kaum musyrik Qurais, membuat mereka semakin berani mengganggu Rasulullah SAW. Oleh karena itu, jika warga kota Thaif mau menerima Islam, kota ini akan dijadikan tempat berlindung bagi warga muslimin dari kekejaman kaum musyrikin Makkah.

Untuk menghindari penganiayaan yang lebih berat secara diam-diam dan dengan berjalan kaki, Rasulullah mencoba pergi ke Thaif untuk meminta pertolongan dan perlindungan. Rasulullah tinggal di Thaif selama sepuluh hari untuk berdakwah dan meminta perlindungan. Namun, ternyata penduduk Thaif melakukan penolakan dan memperlakukan Rasulullah dengan kasar.

Saat itu, kaum Tsaqif melempari Rasulullah SAW, sehingga kakinya terluka. Tindakan brutal penduduk Thaif ini membuat Zaid bin Haritsah membelanya dan melindunginya, tapi kepalanya juga terluka akibat terkena lemparan batu. Akhirnya, Rasulullah berlindung di kebun milik ‘Utbah bin Rabi’ah.

Saat itu, Rasulullah SAW berdoa,

“Ya, Allah kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku kurangnya kesanggupanku, dan kerendahan diriku berhadapan dengan manusia. Wahai Dzat Yang Maha Pengasih ladi Maha Penyayang. Engkaulah Pelindung bagi si lemah dan Engkau jualah pelindungku! Kepada siapa diriku hendak Engkau serahkan? Kepada orang jauh yang berwajah suram terhadapku, ataukah kepada musuh yang akan menguasai diriku?

Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka semua itu tak kuhiraukan, karena sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku. Aku berlindung pada sinar cahaya wajah-Mu, yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan di akherat dari murka-Mu yang hendak Engkau turunkan dan mempersalahkan diriku. Engkau berkenan. Sungguh tiada daya dan kekuatan apa pun selain atas perkenan-Mu.”

Dari do’a ini tentu semua begitu memahami betapa beratnya cobaan Rasulullah SAW saat itu dalam menghadapi penganiayaan dengan penuh ridho, ikhlas dan sabar, serta tidak pernah berputus asa. Seperti sejumlah cerita yang diriwayatkan kembali Ulama Hadist terkenal, Imam Bukhori dan Muslim dari Asiyah RA (istri kedua Rasulullah SAW).

Ia (Aisyah) berkata, “Wahai Rasulullah SAW, pernahkah engkau mengalami peristiwa yang lebih berat dari peristiwa Uhud?“ Jawab Nabi saw, “Aku telah mengalami berbagai penganiayaan dari kaumku. Tetapi penganiayaan terberat yang pernah aku rasakan ialah pada hari ‘Aqabah di mana aku datang dan berdakwah kepada Ibnu Abdi Yalil bin Abdi Kilal, tetapi tersentak dan tersadar ketika sampai di Qarnu’ts-Tsa’alib.

Lalu aku angkat kepalaku, dan aku pandang dan tiba-tiba muncul Jibril memanggilku seraya berkata, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan dan jawaban kaummu terhadapmu, dan Allah telah mengutus Malaikat penjaga gunung untuk engkau perintahkan sesukamu,“ Rasulullah SAW melanjutkan.

“Kemudian Malaikat penjaga gunung memanggilku dan mengucapkan salam kepadaku lalu berkata, “ Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu terhadapmu. Aku adalah Malaikat penjaga gunung, dan Rabb-mu telah mengutusku kepadamu untuk engkau perintahkan sesukamu, jika engkau suka, aku bisa membalikkan gunung Akhsyabin ini ke atas mereka.” Jawab Rasulullah SAW, “Bahkan aku menginginkan semoga Allah berkenan mengeluarkan dari anak keturunan mereka generasi yang menyembah Allah semata, tidak menyekutukan-Nya, dengan sesuatu pun.“ Subhanallah..!!




Dengan latarbelakang sejarah itu ketua rombongan kami berusaha mencari tempat Rasullulah berhenti bermunajat mengadukan hal pada Allah yang maha Agong dan maha Mulia. Kami mendapatkan pertolongan penduduk tempatan dan akhirnya kami sampai pada tempat seperti foto di atas tidak jauh dari bandar Thaif. Setibanya di sana kami dapati sudah ada jemaah lain yang sama-sama berkunjung di situ.

Kemudian kami beredar dan kami berhenti pula di suatu tempat tidak jauh dari situ di mana Rasulullah dahulunya pergi ke tempat itu dan solat berjemaah. Ada bangugnan di situ tetapai hanya sebagai tanda sahaja seperti foto bewarna kekuningan di atas.

Begitu kenanagan perjuangan Nabi kita Muhammad Salallahualaihi Wasalam. Saya mentekadkan diri untuk berkomitmen dan bersabar dalam menjalankan perintah Allah. Semoga Allah menurunkan Rahmatnya yang tidak terhingga.

aamiin...... 


........

Friday, January 1, 2016

Memberi erti perjalanan ke Al Quds....



SELAMAT TAHUN BARU 2016
Saya mulakan dengan cerita ziarah Bumi Ambia
di akhir 2015.


Di Lapangan Terbang Queen Alia, Amman menanti Bas untuk ke sempadan Israel,The King Hussein Bridge.

Kami mendarat awal pagi. Pemeriksaan Immigration di Amman laju sahaja dan kami makan bekalan sementara ajen pelancungan di Amman membawa sarapan segar.

Sebelum sampai di sempadan kami diberi penerangan ringkas mengenai kedudukan semasa. Saya pasti ramai yang sudah tahu pergolakan di Palestine untuk sekian lama.Namun pada hari kami di sana keadaan agak tenang dan kami dinasihatkan supaya jangan bertindak keterlaluan dalam apa jua hal. Kami tidak dibenarkan mengambil foto di setiap check-point tentera Israel dan di mana jua kita nampak askar Israel. Di Pejabat Immigresen apakan lagi. Senyap sahaja. Kami juga diajar apa yang perlu dikata apabila ditanya oleh pegawai immigresen Israel. Jangan pandai-pandai jawab panjang lebar. Jawab tepat dan diam. Mesti hormat mereka. Kalau tidak nanti panjang cerita dan kita boleh tergendala entah untuk berapa lama.

Alhamdulilah kami selesai dalam lebih kurang sejam setengah kerana ramai pelancung yang masuk sama. Kami menaiki bas. Semua baggage di screen keselamatan. Kami ikut sahaja.

Setelah selesai kami menaiki bas. Jalan selepas sempadan Jordan eluk dan baik.




Saya senyap sahaja tidak berbual banyak di dalam bas. Saya yang antara ditanya: "Where are you going? " Oleh kerana sudah di ajar saya jawab: "We are going to Israel to visit the Mosque." Dia senyap membelek Passport saya dan kemudian saya diberi laluan masuk. Alahamdulilah. Tidak berhenti saya mohon Allah mudahkan segala urusan. Kalau jawab hendak ke Palestine besar kemungkinan banyak soalan lain akan timbul. Hati saya rasa tidak seronok menjawab demikian. Tapi itu helah sahaja, saya meyakinkan diri. Kami hendak ke Palestine. Bumi Ambia di situ Bumi kita juga.


Ini pemandang untuk beberapa kilometer. Sudah lupa nama daerah ini. Setiap detik saya sayu dihati.Sedih saya tidak datang sebagai pejuang hebat. Takut menyebut Palestine....
Terbayang sejanak askar-askar Sallahuddin Al Ayubi mara untuk membebaskan Al Quds....Saya hanya melihat, kaku. Ibaratnya. Semoga Allah mengampuni saya tidak memebela bumi ini sepenuhnya.





Foto-foto di atas ini contoh pemandangan yang kami lalui. Kami dibawa menuju ke daerah Jericho. Maka kampung dan bandar kecil sahaja kelihatan dan tidak menampakan kemewahan. Keadaan nampak tenang dan kelihatan juga rakyat biasa berlauan. Saya tahu ketenangan ini hanya sebuah facade kehidupan sebenarnya. Semasa saya giat membantu Aman Palestine Bhd. dahulu selalu sahaja saya mendengari cerita-cerita di Gaza dan di alQuds yang membuat hati marah. Saya sibuk mengingatkan diri saya bahawa apa yang nampak bukanlah satu hakikat yang sebenarnya. Jangan tertipu............



Tidak lama sampailah kami di Daerah Jericho dan berhenti di sebuh store membeli belah yang dikendali oleh orang Palestine. Ini daerah yang diserah pada PLO, kata pemandu pelancung tetapai banyak hal pentadbiran yang masih di kontrol oleh Yahudi. Kami digalakan membeli sebanyak yang termampu sebagi menolong ekonomi orang-orang Palestine. Pelancung bukan Islam katanya tidak  menyokong perniagaan orang Islam. Saya dengari fakta ini dan membeli sekadarnya. Kalaulah saya kaya raya............
Tidak mesti yang kaya suka membantu, celah kakak saya. Negara Islam kaya tetapi Palestine dibiarkan berkelana.



Di tempat ini saya perhatikan ramai pelancung asing, yang berkulit hitam dan berkulit putih. Apa agaknya yang tersurat dan tersirat di hati mereka?...... Saya lupa nama tempat ini. Nanti saya update bila teringat.....
Kami masuk ke kedai seperti di tempat lain. Kedua kakak saya membeli sakan. Bag tangan pun kakak saya beli. Bukan selalu ke Palestine. Mungkin kali ini sahaja. Betul katanya dan saya senyum lebar walaupu di hati tetap sayu.




Buah-buahan banyak dijual. Rakan-rakan dalam kumpulan kami ramai yang membeli buah dan kami kenduri buah di dalam bas. Sahaja membeli untuk menolong. Itu kaedah kami dalam ziarah ini. Foto di atas suami saya testing rasa. Buah-buah di Jericho adalah yang terbaik di dunia, kata pemandu pelancung kami. Kini kami amat percaya. Merasainya sendiri. Segar dan manis dan harga berpatutan. Sudah dijanjikan Allah Palestine Bumi Barokah.....Namun ramai orang Islam yang belum dapat menghayatinya. Semasa saya membantu meningkatkan dana Aman Palestine, ada sahaja yang berkata pada saya mengapa mahu sibuk membantu orang? Di Malaysia ini pun ramai orang miskin papa kedana. Biarkan Arab menyelesaikan masaalah Arab. Selalu sahaja saya kehabisan kata untuk menjawabnya. Saya bertenang kerana saya tahu Allah maha Mengetahui dan maha Mendengari.........





Kakak-kakak saya seronok membeli sakan. Saya tumpang seronok kerana saya ziarah dengan buget yang rendah. Alhamdulilah ada wakil dalam keluarga.



Kemudian kami dibawa ke restaurant untuk makan tengah hari. Di sebelah bawah restaurant ini banyak kedai-kedai menjual berbagai barangan. Kami tidak banyak masa dan saya hanya ambil foto suami dengan seorang pekedai di situ. 



Ini pemandu pelancung kami. Hebat dengan ilmu sejarah Palestine dan bersemangat pejuang. Sedap mendengari kata-katanya dan rasa juga terkilan tidak dapat berbuat sesuatu yang benar-benar membela.....




Saya cuba menahan kesedihan di hati kerana Ziarah saya hanya Touch-n-Go. Saya ambil foto pohon-pohon kurma. Semoga ia jadi saksi saya datang ......saya cuba dan belum berjaya. Semoga Allah ambil kira.....



Kami meneruskan perjalanan ke Daerah Hebron untuk ziarah beberapa maqam 
yang ada di Masjid Ibrahimi. 


Naik tangga ke pintu masuk Masjid Ibrahimi.
(Foto di bawah ehsan google)


Ada tiga Maqam di Masjid ini. Maqam Nabi Ibrahim AS, Nabi Yakob AS dan Nabi Ishak AS.
Saya tidak dapat ambil foto di sini kerana kami di minta untuk besegera kerana sebab-sebab keselamatan. Kata pemandu pelancung pada hari semalamnya seorang remaja Palestine di tembak mati atas sebab menggangu askar. (lebih kurang begitu ceritanya. Kami tidak banyak soal.) Maka kami bersegera. Diluar pun ramai askar Israel standby. Semasa kami mendekati Masjid itu pun saya sudah rasa bimbang. Alhamdulilah tiada kejadian buruk. Cuma kami kurang puas berada di situ. Lihat di google mengenai maklumat Masjid Ibrahimi ini. Ada ura-ura satu masa dahulu ia akan ditutup untuk orang Islam.

Sepanjang perjalanan kami ke masjid terdapat anak-anak muda cuba menarik kita membeli barangan di kedai-kedai kecil berhampiran Masjid dan kami dapati juga anak-anak kecil  cuba minta di kasihani untuk memberikan sesuatu. Tetapi kami sudah di pesan oleh pemandu pelancong supaya tidak melayan anak-anak ini takut-takut timbul suasana yang tidak baik anatara penduduk dan pelancung. Kami bergesa berjalan ke tempat pakir bas dan mereka mengikuti belakang minta dikasihani. Saya rasa amat kasihan dan bila samapai di bas kami beli juga apa yang mereka jual dalam bentuk key-chains, tasbih dan sepertinya. Anak-anak menjual gelang manik terbentuk tulisan PALESTIN. Kami beli apa sahaj dan beredar. Itu sahaja yang kami dapat buat. Sedih tak terkira......




Foto -foto di atas adalah pemandangan umum. Saya tegerak untuk rakam kerana nampak kemewahan hidup orang-orang Yahudi berbanding Palestine.





Di sepanjang beberapa jalan adalah tembuk besar seperti ini. Ini tembok lama bersejarah dari zaman Sallahuddin Al Ayubi.....kalau tidak silap saya. Mohon pembetulan jika salah. Kami diberi peneranagan secara sepintas lalu dan saya kurang mendengarinya.




Episod ziarah Masjid al Aqsa telah saya catat sebelum ini. Selepas malam di al Aqsa esuk paginya kami makan sarapan awal dan terus besedia untuk ke sempadan dan masuk balik ke Amman untuk meneruskan terbang ke Jeddah untuk melakukan Umrah pula. Dalam perjalanan meninggalkan Palestine kami sempat singgah menziarahi Maqam Nabi Yunos AS dan Maqam Nabi Mosa AS. 










Ini Pemandu kami pada pagi 10 Disember. Dia meneruskan cerita Palestine, terutamanya Daerah Jerico yang terkenal dengan ladang buah-buahan. Pagi itu ramai di antara kami yang membeli kurma untuk dibawa pulang ke Malaysia. Datanglah lagi kemari. Ini negara kamu juga. Sayu saya mendengari kata-katanya.

Sampai di sini sahaja catatan ziarah di Palestine. Siapa yang ingin ke sana harus fit fisikal kita kerana banyak jalan dan jalan cepat-cepat. Saya antara yang hampir kantoi kerana tidak cukup persediaan fisikal sebelum melangkah keluar bersama yang lain. In sya Allah jadi ingatan.

Semoga Allah memberkati episod kecil ini dan menerimanya juga sebagai usaha mencari RedhaNYA. Aamiin.....
Sebagai penutup saya rakamkan beberapa foto untuk lihat sendiri dan fikir sendiri.





Ini antara tembuk pemisah kini Rupa betuk tembuk berlaianan mengikut kiraan keselamatan orang-orang Yahudi.












Ya Allah, Engkau yang maha Mengetahui, maha Bijaksana dan maha Berkuasa atas segala sesuatu, kami mohon Engkau kurnia bagi kami kekuatan dan keberanian 

dan apa jua yang kami perlu untuk mendapatkan kembali Bumi Barokah
yang engkau telah cipta bagi kami. Kami mohon ampun atas kekurangan, kelemahan dan kelalaian kami dan semoga
di akhirnya nanti Bumi ini kami yang punya.
Aamiin ya Rabb......


.............
Related Posts with Thumbnails